assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Sabtu, 25 April 2009

KOT2 ADA YG KITA TERLEPAS PANDANG.....

Satu lagi tempat jgn dilupakan ketika mandi wajid yang kebanyakan orng terlupa tentang nyer ..baru semlm aku diingatkan oleh uztazah arbaiyah iaitu pusat..
Kata nyer kebanyak tpt beliau pergi membuat kursus bila ditanya tentang perkara ini ramai yang kata tak teringat pula padahal kata beliau kalau pusat tak dikenakan atau dicuci memasa mandi wajid maka mandi wajid tersebut tak sah jadi nyer..maka beringat lah selalu jgn sampai terlupa tempat yang satu nie.
_____
Assalamualaikum,

Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM .

Mandi wajib yg betul

Mandi wajib mrupakan perkataan yg mudah disebut,ttp jgn tkejut jika dikatakan byk umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yg betul,sesorg itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung shj. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bg mbolehkan ssorg itu meratakan air keseluruh anggota badannya yg zahir.

Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam gombak timur dan penceramah, didapati byk umat islam yg tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruhan anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatny jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di taman sri keramat kuala Lumpur.

Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib ssorg itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.

"Niat mandi wajib: "Shj aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala."

Atau " Shj aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bhgn anggota badan.

"Bagi ppuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Shj aku menggangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi ppuan yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Shj aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Niat itu jika dilambatkan atau ketika ssorg itu memulakannya slps dia tlh mbasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibny tidak sah. Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi..

Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada pd badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu blh dibasuh serentak dgn mandi wajib. Ertiny mbasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan.

" Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di badan, sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. "jika rambut ssorg itu ditocang atau disanggul,sekirany tak sampai air ke dalamny, tocang atau sanggul itu wajib la dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Ttp sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu bernajis,ia wajibla dibasuh.

"Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg blh mhalang sampai air ke badan khususny di bhgn bwh kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Mbuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

" Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, ini lah yg merumitnya. Sbnrny jika rambut ssorg itu diwarnakan dgn pewarna slain inai,mandi wajib ssorg itu tidak sah.

"Oleh itu, ssorg yg mwarnakan rambutnya dgn pewarna slain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah mbuang pewarna pd rambutnya tlebih dahulu. Tp untuk mbuang pewarna itu pula bagaimana?.. ini lah yg rumitnya. Sedangkan pwarna pd rambut itu sbnrny tidak blh dibuang begitu mudah.

"Yang menyebabkan mandi wajib org yg menggunakan pwrna pd rambutny tidak sah kerana pwarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air sampai ke rambut. Ini bbeza dgn inai. Inai sbnrnya akan meresap ke rambut, ttp pwarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air thalang ke rambut."

"tp dlm hal ini, jgn pula ada yg slh phm. Sbnrny pwarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pwarna itu tidak bernajis, bukan lah bmaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah sy menyatakan bhw sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

"Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yg telah sy nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg serius orlh umat islam.

Mengenai sbb2 ssorg itu wajib mandi wajib pula, uztz hj mat jais menegaskan, ssb2 nya tdiri drp 6 sbb. 3 sbb mlibatkan lelaki dan ppuan iaitu kerana bersetubuh wpun tidak kuar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sbb lagi hny mlibatkan kaum ppuan shj,iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak(wiladah)

" Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dgn menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

"Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula,mereka tidak semestiny mandi slps bsetubuh, ttp diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bsetubuh pula, jika ia dilakukan pd waktu mlm, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak bwuduk sblm tidur adalah makhruh."

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir , dan berdo'a .

Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

? Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

? Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

? Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

? Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Den gan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.




Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia

Tangisan Rasulullah menggegarkan arasy

Jika harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang,

Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang hilang,

Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka segala-galanya telah hilang dari diri seseorang..

"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawafdi Ka'bah, beliau mendengar

seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir:

"Ya Karim! Ya Karim!"

Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi:

"Ya Karim! Ya Karim!"

Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!"

Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah,

lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata:

"Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkank u,kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah."

Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya:

"Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu..

"Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?"

"Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya,

dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,"

kata orang Arab badwi itu pula.

Rasulullah s.a..w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah

Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.

"Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya:

"Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu.Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya,Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi orang yang takabbur yang meminta dihormati,atau diagungkan,tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya. "

Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya dihari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.

Maka orang Arab itu pula berkata:

"Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya, ' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan- Nya.Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya! '

Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata:

"Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!"

Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya. "

KERANA SEHELAI BULU MATA

From:"hazlan hj. mohammad"

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili. Dia dituduh bersalah kerana mensia2kan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit & bumi, sungguh tidak benar. Saya tak pernah melakukan perkara itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa ". Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? Disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu. ...." Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang," Disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu" Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium"

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu". Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap". Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"

Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu". "Nah kalau dibiarkan kesemua angota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Org tersebut tidak dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahanam..

Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dlakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sbg saksi bhw dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dgn kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga: "Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."


PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL..... WALAU SEBESAR MANA PUN KESILAPAN YANG DILAKUKAN APABILA ADA KESEDARAN DAN KEINSAFAN BERTAUBAT LAH DENGAN SEPENUH HATI MAKA ALLAH AKAN MEMBERI KEAMPUNAN PADA ORANG YANG BERTAUBAT... ..

aku insan yang hina... tak sepi dr melakukan salah dan silap... moga taubat ku diterima NYA..... amin...

Mufti Sanggah Keputusan Kerajaan - Anak ikut agama asal ibu bapa bercanggah syarak

Oleh Nor Azma Laila dan Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang daripada pasangan itu menukar agama, bercanggah dengan hukum syarak, kata beberapa mufti semalam.

Sehubungan itu, mereka meminta kerajaan menarik balik keputusan itu bagi mengelak kekeliruan, terutama di kalangan umat Islam.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata dalam Islam, mana-mana bapa atau ibu menganut Islam, anak mereka dengan sendirinya beragama Islam kecuali yang sudah berumur lebih 15 tahun boleh memilih agamanya sendiri.

“Soal Islam tidak boleh dipermainkan, begitu juga dalam masalah hukum tidak boleh dibincang atau dipinda sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu mendapat pandangan ulama, mufti dan pakar agama supaya tidak timbul kekeliruan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

Keputusan itu dibuat berikutan kes bekas penganut Hindu yang kini memeluk Islam, Mohd Ridzuan Abdullah, 40, menukar agama tiga anaknya kepada Islam, walaupun ibu mereka masih beragama Hindu.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, pula menegaskan, bapa lebih berhak dan anak-anak mesti mengikut agama yang dianuti bapa.

“Apabila baligh mereka boleh menentukan agama yang ingin dianutinya, sama ada kekal dalam Islam atau sebaliknya.

“Bagi saya kes ini membabitkan masalah manusia, bukannya hukum. Walaupun anak itu memeluk agama lain, hubungan mereka dengan ibunya tidak akan putus. Dalam Islam adalah haram sekiranya memutuskan hubungan persaudaraan, walaupun berlainan agama,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie, Mohamad Isa Abd Rolip, berkata sebarang perubahan yang ingin dibuat perlu mengambil kira undang-undang sedia ada serta pandangan semua pihak supaya tidak menimbulkan kebimbangan masyarakat Islam.

“Keputusan itu seolah-olah satu dasar atau undang-undang baru yang perlu diikut, sekali gus menimbulkan kerisauan di kalangan umat Islam terutama saudara baru,” katanya.

Setiausaha Agung, Yayasan Maklumat dan Perkhidmatan Islam, Sabariah Abdullah, berkata sebarang keputusan atau kenyataan berkaitan isu pindaan atau perubahan dalam hukum Islam tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.

Peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi, Ikbal Salam, pula menyarankan bahagian khas syariah yang menguruskan isu penentuan hak jagaan anak-anak yang mana ibu atau bapanya memeluk Islam perlu ditubuhkan di Mahkamah Sivil.

“Mahkamah Sivil juga perlu diberi kuasa menguruskan kes sebegini dengan melantik hakim yang terlatih dalam bidang sivil dan syariah bagi mengetuai bahagian khas itu supaya kepentingan pasangan yang memeluk Islam juga terbela,” katanya.
ADMIN - KedahLaNie TIME - 9:27 AM
Labels: Agama, Berita Harian

NGO Islam minta Kabinet kaji semula status anak anut agama asal

KUALA LUMPUR - Kira-kira 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini membantah dan meminta Kabinet mengkaji semula keputusan jemaah menteri berhubung status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa memeluk agama lain.

Mereka mendakwa keputusan itu dibuat tanpa mengambil kira undang-undang sedia ada dan pandangan pihak-pihak yang berkenaan.

Antara NGO Islam yang hadir ialah, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Alliance Coordinating Committee of Islam (Accin), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muafakat dan Khalifah Institute, Malaysian Chinese Muslim Association (Macma).

“Kami menegaskan apa-apa cadangan perubahan yang berkaitan mesti mengambilkira undang-undang yang sedia ada dan pandangan semua pihak yang berkenaan.

“Proses ini harus melibatkan perbincangan yang menyeluruh dan lengkap serta tidak terlalu reaktif kepada tekanan mana-mana pihak,”kata Pengerusi Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Mohamad Isa Ralip dalam satu kenyataan bersama pertubuhan-pertubuhan bukan Islam yang dibacakan di Sekteriat PGSM di sini hari ini.

Semalam, Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan itu adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet semalam memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang.

Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun emak mereka masih beragama Hindu.

Menurut Mohamad Isa, isu tersebut perlu ditangani dengan segera kerana ia dibimbangi tidak berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat.

“Mengambil kira sensitiviti yang tinggi dengan kes-kes seupama ini. Kami menyeru semua pihak menangani isu ini secara bersama dan saksama.

“Kami pertubuhan-pertubuhan Islam sekali lagi menyatakan kesediaan untuk terlibat dalam proses ini,”katanya.

Jelasnya, walaupun tiada peruntukan dalam Undang-undang Syariah berkaitan isu tersebut namun mengikut kaedah fiqyah (hubungan nasab), agama perlu dipertahankan.

“Apabila seseorang itu telah memeluk Islam maka agama yang baru dianuti oleh seseorang itu perlu dipertahankan. Ini secara tidak langsung menunjukkan Islam mahu berlaku adil kepada semua,”katanya.

Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yusri Mohamad berkata, keputusan Kabinet semalam seolah-olah ia telah diiktiraf sebagai undang-undang sedangkan ia belum diwartakan sebagai undang-undang.

“Kabinet harus mengambilkira pandangan semua pihak dalam aspek-aspek yang melibatkan hukum syarak. Mereka (Kabinet) sepatutnya mendapatkan pandangan daripada Mufti,pakar-pakar perundangan Islam dan pandangan Sultan perlu diambilkira terlebih dahulu.

“Kami bimbang ia akan dimanipulasi oleh pihak-pihak lain. Dalam perlembagaan sendiri ada menyatakan berhubung isu agama, bahawa agama anak itu ditentukan oleh ibu atau bapa,”katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Pembela Islam (PPI), Zainul Rijal Abu Bakar berkata keputusan jemaah menteri telah melangkaui keputusan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

“Perkara ini telah disebut dalam perkara 12.4 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa salah seorang ibu atau bapa yang memeluk Islam boleh menentukan agama anaknya.

“Keputusan Kabinet juga boleh dilihat subjudis terhadap kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah,”katanya.

Timbalan Pengerusi Persatuan Peguam Muslim, Mohamad Burok pula menyifatkan keputusan Kabinet semalam telah mengelirukan rakyat sedangkan Kabinet tidak mempunyai kuasa melaksanakan undang-undang.

“Kenyataan Kabinet semalam memperlihatkan seolah-seolah mereka mempunyai kuasa undang-undang.

“Ia tidak ubah apa-apa kecuali jika ada undang-undang dipinda di Parlimen barulah ia diterima. Jadi ini menggemparkan rakyat. Keputusan Kabinet semalam juga bercanggah dengan undang-undang syariah,”katanya.

Menurut Setiausaha Accin, Sabariah Abdullah, keputusan Kabinet semalam telah membuatkan orang Islam menjadi cemas kerana kenyataan tersebut belum digazetkan sebagai undang-undang.

“Kita memohon supaya setiap masalah agama dan kaum dianalisis dengan betul dan dirujuk sebelum apa-apa kenyataan dibuat. Kita harap perkara agama tidak diekploitasi oleh mana-mana pihak,”katanya.

Presiden Dakwah dan Kebajikan Saudara Baru India SeMalaysia (Al-Hidayah) Abdul Latif Sathrean Abdullah berkata kerajaan perlu menangani masalah tersebut segera.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan pihaknya bersama NGO lain akan menghantar kerajaan memorandum untuk membantah keputusan tersebut jika kerajaan tidak langkah segera untuk menangani masalah tersebut. - mStar Online

Anda tahu maksud munafik?


Oleh keraspedal

"antara perkara yang boleh merosakkan iman adalah nifak..pelakunya digelar munafik.munafik adalah seorang yang berpura pura beriman kepada allah,tetapi sesungguhnya mereka kafir serta ingkar kepada Allah dan rasulnya..

antara ciri ciri orang munafik adalah:
jika berbicara, mereka berdusta,
jika berjanji, mereka mungkiri,
jika diberi, kepercayaan dia khianati...

antara sifat orang munafik yang disebut dalam quran adalah,

(1)mereka melakukan kerosakan di muka bumi ini
#orang orang munafik ini walau pun mereka melakukan kerosakan pada muka bumi ini,mereka tetap mengatakan mereka melakukan kebaikan,contohnya,jika hari ini mereka mencuri beribu ribu ekar balak,malam besok,keluar dalam berita mereka merasmikan projek pemeliharaan dan pemuliharaan hutan hijau...gila apa.

#dinyatakan di dalam surah la baqarah ayat 11-12

(2)mereka menipu orang beriman..
#mereka menganggap orang yang beriman itu bodoh, surah al baqarah ayat 13

(3)menolak untuk berhukum dengan syariat allah.
#orang orang munafik,meskipun berusaha untuk menampakkan mereka beriman,tetapi apabila mereka soal berhukumkan dengan hukum allah,mereka menolaknya

(4)mereka menyeru kepada kemungkaran dan mencegah kebaikan..
#jika orang orang beriman berusaha melakukan amar maaruf nahi mungkar,mereka lebih suka untuk melaksanakan amar mungkar nahi maaruf(macam yang yb lim guan eng kata)

(5)mereka memusuhi orang beriman
#orang orang munafik gerun untuk bersama dengan orang beriman kerana risau kegiatan mereka jahat mereka akan dihalang orang orang yang beriman,jadi mereka memusuhi mereka..

antara 5 sifat di atas,..........ada pada pemimpin bn atau pr?fikirkan lah...



sumber:

http://keraspedal.blogspot.com/

Jumaat, 24 April 2009

Tazkirah : Mengapa Muslim biarkan hati mati

Ustaz Zainudin Hashim

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 2Cool

Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

* Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.
Back to top
View user's profile Send private message

Taliban Advance: Is Pakistan Nearing Collapse?

By ARYN BAKER/ISLAMABAD Aryn Baker/islamabad – 1 hr 14 mins ago
The move by Taliban-backed militants into the Buna district of northwestern Pakistan, closer than ever to Pakistan's capital of Islamabad, have prompted concerns both within the country and abroad that the nuclear-armed nation of 165 million is on the verge of inexorable collapse.

On Wednesday a local Taliban militia crossed from the Swat Valley - where a February cease-fire allowed the implementation of strict Islamic, or Shari'a, law - into the neighboring Buner district, which is just a few hours drive from Islamabad (65 miles, separated by a mountain range, as the crow flies). (Read "At Pakistan's Red Mosque, a Return of Islamic Militancy".)

Residents streaming from Buner, home to nearly a million people, told local newspapers that armed militants are patrolling the streets. Pakistani television stations aired footage of Taliban soldiers looting government offices and capturing vehicles belonging to aid organizations and development projects. The police, say residents, are nowhere to be seen. The shrine of a local Muslim saint, venerated across the country, was closed. The Taliban, which adheres to a stricter version of Islam than is practiced in most of Pakistan, hold that worship at such shrines goes against the teachings of Islam.

Meanwhile courts throughout the Malakand division, of which Swat and Buner are a part, have closed in deference to the new agreement calling for the implementation Shari'a, law. "If the Taliban continue to move at this pace they will soon be knocking at the doors of Islamabad," Maulana Fazlur Rehman, head of one of the country's Islamic political parties, warned in Parliament Wednesday. Rehman said the Margalla Hills, a small mountain range north of the capital that separates it from Buner, appears to be "the only hurdle in their march toward the federal capital," The only solution, he said, was for the entire nation to accept Shari'a law in order to deprive the Taliban of their principal cause.

The fall of Buner is raising international alarm. Speaking before the House Foreign Affairs Committee in Washington Wednesday, Secretary of State Hillary Clinton characterized the situation was a danger to Pakistan, the U.S. and the world. "We cannot underscore the seriousness of the existential threat posed to the state of Pakistan by continuing advances, now within hours of Islamabad, that are being made by a loosely confederated group of terrorists and others who are seeking the overthrow of the Pakistani state," Clinton said. She also accused Pakistan's leaders of "basically abdicating to the Taliban and the extremists" by signing the cease-fire agreement. (Read "Will Pakistan Toughen Up on the Taliban?")

Even before the fall of Buner, the capital was in a state of panic. Private schools were closed for two weeks for fear that militants would attempt a siege, along the lines of the Taliban attack on a police academy in Lahore last month. And an unspecified threat against foreigners two weeks ago resulted in the closure of the U.S. embassy and the British High Commission for a day.

On Sunday, just a week after Pakistani President Asif Ali Zardari signed a provision allowing for the implementation of Islamic law in Malakand, Sufi Mohammad, the local religious leader who negotiated the accord (and who is father-in-law to the local Taliban leader), announced that he would not recognize the Supreme Court of Pakistan, even in cases of appeal. He also said that while the Taliban fighters would adhere to the peace agreement, they would not give up their arms. (Read "Can Pakistan Be Untangled from the Taliban?")

Read "A Pakistan Police Academy Under Fire"

Read "Benazir Bhutto: Aftermath of an Assassination"

Pakistan's ambassador to the U.S., Husain Haqqani, defended the government's concession to the Taliban, denying in an interview with CNN that the cease-fire agreement amounted to capitulation. He justified the action by comparing it to the 2006 U.S.-led Anbar Awakening in Iraq in which U.S. military commanders struck agreements with moderate jihadists. "We are open to criticism of that strategy, but to think that that strategy somehow represents an abdication of our responsibility toward our people and toward the security of our country and the region is incorrect," Haqqani said.

Also on Wednesday, a top adviser to Pakistan Prime Minister Yousuf Raza Gilani made an explosive announcement accusing a long-simmering separatist movement in the province of Baluchistan of being sponsored by archenemy India and Afghanistan. The mysterious deaths of several Baluch leaders over the past few weeks have renewed demands for Baluch independence from the nation of Pakistan.

The implication by Rehman Malik, Gilani's Interior Affairs adviser, that neighboring countries were fomenting instability in Pakistan will only heighten regional tensions at a moment when the country is least equipped to deal with them. Already columnists in several Pakistani newspapers are warning of a return to 1971, when a separatist movement in East Pakistan, now Bangladesh, ended with a civil war that split the nation.

David Kilcullen, a counter-terrorism expert for both the Bush and the Obama administrations, warned that Pakistan is on the brink of collapse. "Afghanistan doesn't worry me," Kilcullen said in an April 12 interview with the Sydney Morning Herald. "Pakistan does. We have to face the fact that if Pakistan collapses it will dwarf anything we have seen so far in whatever we're calling the war on terror now."

During an April 16 conference in Tokyo to raise donations for his beleaguered nation, Pakistan President Asif Ali Zardari warned that terrorists operating in the country posed a global threat. At that conference, countries including the U.S. and Japan pledged more than $5 billion to improve health, education and governance in Pakistan.

But with security and stability increasingly in doubt, it's becoming clear that more urgent action is needed beyond financial donations aimed at institution-building. Neither Zardari nor opposition leaders have been able to come up with answers to the insurgency. Columnist Kamila Hyat, writing in The News, called for an overhaul of current strategies, including reaching out to Pakistan's old foe, India. If Pakistan doesn't have to worry about protecting its eastern flank, she argued, it can concentrate on solving its internal problems. "The only option for Pakistan is to break free of the militant grip, focus on building a new relationship with India and realize the only hope for a brighter future lies in building regional harmony rather than waging war." It's a sound proposal for the long term, but with the Taliban already taking advantage of the peace deal in Swat to expand their reach, Pakistan may be forced into negotiating with militants first.

View this article on Time.com

Related articles on Time.com:

Can Pakistan Regain Control of Swat from the Taliban?
Shifting Alliances Complicate U.S.-Pakistan War Against Militants
Time and Money Running Out for Pakistan
Why Pakistan Will Be Holbrooke's Toughest Test
Why Pakistan Balks at Taking a Tougher Line on the Taliban

Biar betulll... Minyak masakkk...!!!

PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas , Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya. "

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Orang ramai juga boleh melayari laman web http://www.nordicgr oup.us/oil. htm The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama

Kanak-kanak Hilang




Mohon bantuan kepada sesiapa yang ada terjumpa
Nurhidayah Binti Surip (umur 11 tahun) yang telah hilang dari Asrama
Anak Yatim Darul Kifayah, Tmn Koop Polis, Gombak sejak hari Isnin 6 April 2009 .
Jika ada maklumat sila hubungi :

Abdul Razak Bin Salim
HEP Politeknik Johor Bahru
0177011038 / 0169326003

atau Sjn.Dalila IPK Kuala Lumpur.
juga saya mohon bantuan sebarkan maklumat kepada rakan-rakan
terutamanya di sekitar KL.

BERSAMA PEMIMPIN

YB DATO’ HJ. MAHFUZ OMAR
(Ketua Penerangan PAS Pusat)
&
YB AZMIN ALI
(Naib Presiden PKR)

25 April 2009
Sabtu, 9.30 malam
Jalan Kiambangsari,
Bdr. Sg. Buaya, Rawang.

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
DI JEMPUT HADIR DAN SEBARKAN

Kampung Halamanku nan terpencil - Bandar Sg. Buaya (BSB)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Bissmillahi rahman nirohim..

Segala puji bagi ALLAH tuhan yang MAHA pencipta, MAHA pentadbir, MAHA adil dan segalanya MAHA, yang tidak akan berlaku sesuatu tanpa kehendak NYA. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, sahabat serta pewaris2 perjuangan baginda.

Bandar Sg. Buaya satu nama yang gah diperkenalkan dipertengahan tahun 90an menerusi media2 arus perdana. Terbayang diruang mata, hamparan suasana keindahan yang mengisi ruang iklan tv, kenyamanan udara dipadang yang hijau bersantai satu keluarga disaluti alunan lagu ala2 T.S. P.Ramli dengan bait2 kata.. 'Sg. Buaayaa... Ku.. rinduuu...'(melodi Getaran Jiwa). Ditambah broser2 layout kedudukan BSB 18 minit toll(BSB) to toll(J.Duta).


Hakikatnya sehingga kini inilah satu2nya laluan utama BSB adalah jalan masuk asal bagi peneroka Felda Sg. Buaya yang di upgred dan selalu berlaku tanah runtuh di kala hujan lebat. TV3, STAR, Metro semua media utama menjadikan isu ini sebagai bahan berita sensasi memenuhi ruang kosong media mereka. Sekali dijentik sekali melatah itulah resam orang kita. Datanglah pemuka2 menjanjikan yang manis2 didepan penhuni BSB dan media sampai sanggup berjanji ' jangan pilih saya kalau 'interchange' tak dapat dalam 2 tahun ni, akhirnya keluar banyak versi masing2 main sorong tarik masing nak 'taichi'. Kesimpulan suara kami seolah tak didengari atau keujudan kami tak dirasai. Agenda bermusim ini bukan sahaja melibatkan ahli politik malah berjangkit pada segelintir mereka yang mempunyai 'hidden agenda' menyelusup masuk dalam NGO2 yang di tubuhkan yang kononnya memperjuangkan isu ini.

Tak cukup dengan itu jenayah pecah rumah, samun, mencuri harta awam keruntuhan moral remaja dan remaja yang dah senja kerap berlaku. Masalah ketiadaan bekalan air akibat masalah diantara Pemaju dan PUAS, ribut melanda BSB hampir sebahagian besar rumah2 rosak teruk, hikmahnya terbentuklah uhkuwah dikalangan penguhuni. ALHAMDULILLAH berkat usaha penduduk, surau2, polis dan warga asal dan munajat kita kapada ALLAH, sedikit sebanyak berjaya yang termampu ditangani.

Sekolah Agama Felda Sg. Buaya tidak dapat menampung kebanjiran anak2 kami yang menjadi anak khariah, mencetuskan lagi masalah di mana nak dihalakan mereka ini bagi menyediakan generasi ini budaya cintakan Agama dan menbezakan yang haq dan yang batil. Peranan surau2 di BSB sangat berkesan, pengkuliah2 sentiasa sibuk memenuhi ruang waktu hampir setiap malam bagi mengisi santapan Rohani setelah penghuni2 yang sentiasa sibuk mencari rezeki disiang hari. Peringkat awalnya An'Nur satu2 surau yang memainkan peranan yang memberi impak yang cukup besar kepada masyarakat yang cintakan Agama. Bertitik tolak dari sinilah terbentuknya satu Jamaah yang besar dari seluruh BSB sehingga tercetusnya ideal penubuhan SAR An'Nur (SARAN), bagi merungkai masalah tiada tempat mendidik anak2 diperingkat rendah. Alhamdulillah..

Jamaah yang besar ini juga telah melahirkan daii2, bagi menyebar luas dakwah dengan tertubuh nya beberapa surau diantaranya Al-Ikhwan, As-Syuro, Hidayah, Nurul Iman, Al-Ansar, Al-Ikhlas dan At-Taqwa. Subhanallah... berkat kekuatan Jamaah peraan Surau diterjemahkan lagi dengan menjana ekonomi, kebajikan dan amar makruf nahi mungkar menjadi lebih terserlah selaras tututan Agama yang disunnah oleh Rasulullah SAW.

Harta yang dikumpul menjadi berkat bila dibelanjakan kan di jalan yang haq. Itulah ungkapan popular pengkuliah2, namun bukan semua boleh menghadham apa yang ungkap oleh penyambung lidah Rasulullah dan Ulamak itu, tercetus pula perbezaan pendapat tuduh menuduh dikalangan Jamaah yang menjadi mangsa orang awam. Sunnahtullah itulah ungkapan yang sesuai,tiap peristiwa ada hikmahnya, bila ilmu sudah dituntut dan kefahaman telah disimpul wajib pula diterjemahkan dengan amalan itulah Islam yang Syumul. ALLAH akan menyaring mengikut kemampuan makhluk NYA 'Jangan kamu mengaku beriman selagi kamu tidak diuji' firman NYA. Akhirnya benda yang tersimpul terlerai bersama masa dengan sendiri. Baru kita kenal hati budi orang disekeliling kita. Ini lah resam hidup bermasyrakat.

'Demi masa' bertepatan dengan sumpah Allah ke atas masa, setelah hampir 10 tahun berada diBSB bermacam2 peristiwa pahit manis dari yang datang berdua dah jadi berlima, yang kurus dah jadi sihat ada yang masuk pindah dan pindah semula. Peristiwa2 inilah yang mengiring telah mematangkan kami menenal erti bermasyarakat bersama pertambahan usia. Inilah kampung halamanku BSB buruk baik, suka duka selagi kita disini akan dipertanhankan dari segala anasir2 jahat terutamanya yang melibatkan Syariat Islam. Allahu Akhbar...

Semuga Allah merahmati dan menberkati Kampung Halamanku ini dari segala mara bahaya, bencana, wabak penyakit dan perpecahan. Amien... Ya Rabbal Alamien...

Wallahu'alam, Jazakallahu khairan kathiro.
Wassalam

Media Indonesia dilarang tanya Najib tentang Manohara

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengelak menjawab soalan mengenai dakwaan 'kehilangan' bekas model, Manohara Odelia Pinot, sewaktu berada di Jakarta untuk bertemu dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono hari ini.

najib tun razak rosmah with indonesia president bambang in indonesia 230409Wartawan yang membuat liputan sidang akhbar selepas pertemuan mereka, tidak dibenarkan bertanya mengenai kes tersebut.

Sewaktu sidang akhbar itu berlangsung, ibu Manohara - Daisy Fajarina - pula mengadakan sidang akhbarnya untuk merayu kepada Najib supaya membantu mencari anaknya itu, lapor AFP.

Manohara berkahwin dengan kerabat diraja Kelantan, tahun lalu.

Daisy mendakwa anaknya mengalami deraan fizikal dan emosi oleh suaminya, yang didakwa bersama Manohara di Malaysia tanpa kerelaan anaknya.

"Sebagai perdana menteri Malaysia yang baru, saya menggesa Najib menyiasat dan mempertahankan kebenaran dan hak kami," kata Fajarina di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Wanita Indonesia.

"Saya hanya mahu anak perempuan saya dibebaskan... sebagai seorang ibu saya mempunyai hak untuk bertemu anak saya," tambahnya.

Daisy pengsan apabila beliau diserbu oleh para wartawan Indonesia yang memberi liputan meluas mengenai kisah Manohara itu.

- AFP

Petunjuk


“Orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun” (QS. Al-Baqarah: 156).

Apa yang paling dicari setiap hamba di dunia ini? tentunya petunjuk dari Allah SWT. Sebabnya ialah hidup dengan petunjuk Allah kita akan selalu merasa tenang, tidak terombang-ambing, tabah, dan sabar. Perasaan itu akan selalu setia menyertai hati dan pikiran, meskipun di saat di timpa musibah.

Di kala ditimpa musibah, tidak akan segera menyesalinya, apalagi mengutuknya. Sebab, selalu saja terasa bahawa apa yang sudah dimiliki adalah berasal dari Allah, sehingga pada waktunya akan kembali kepada Allah. Makanya, mulut dan hati akan mengiringi setiap musibah kecil atau besar dengan mengucapkan, “Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun”.

Lagipun dalam Al-Qur’an seawalnya sudah dijelaskan bahwa manusia akan dicuba dalam hidup ini. Cubaannya dalam bentuk ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Bagi orang-orang yang tabah ketika ujian itu diberikan, akan menjadi manusia yang berkualiti. Orang-orang itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Allah. Orang-orang seperti itulah yang disebutkan dengan orang-orang yang mendapat petunjuk (QS. Al-Baqarah: 157).

Kerana itu, kita perlu sentiasa berdoa dan berusaha agar selalu hidup dalam petunjuk Allah. Usaha yang penting berupa menjauhi cara hidup yang dilarangNya, seperti berbuat zalim kepada orang lain. Sebab, orang-orang yang zalim disebutkan dalam Al-Qur’an tergolong dari orang yang tidak akan mendapat petunjuk Allah (QS. Al-Qasas: 50).

Kisah sedih peminjam PTPTN

TUJUAN saya bukan untuk meraih simpati atau memalukan mana-mana pihak tetapi tujuan saya hanya satu, biarlah pihak PTPTN membuka mata dan memandang serius perkara ini.

Saya sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam semester empat jurusan Mikrobiologi. Saya berasal dari keluarga susah dan telah kehilangan bapa pada 2001. Ibu hanya pengusaha gerai kecil di kampung. Lantaran itu, saya sangat mengharapkan bantuan PTPTN untuk meneruskan pengajian saya di ibu kota ini. Dengan harapan menggunung, saya yakin tidak akan menghadapi masalah ketika pengajian dan tidak menyusahkan ibu di kampung menanggung pengajian saya.

Namun harapan tinggal harapan. Sepanjang empat semester saya belajar di universiti ini, masalah pinjaman saya dengan PTPTN tidak pernah selesai. Semenjak semester satu, pinjaman mula bermasalah. Pembayaran kepada saya tidak pernah dalam keadaan sempurna.

Pada semester satu: Mungkin kerana masalah semasa proses pendaftaran, nama saya tercicir.
Oleh sebab itu, sepanjang semester satu saya tiada punca kewangan. Keadaan saya terlalu perit. Lebih perit apabila kos buku adalah tinggi. Habis cara saya lakukan untuk mendapatkan wang.

Pada semester kedua: Setelah seksa saya di semester satu, saya diberi bayaran dua kali ganda. Pada saya itu tidak memberi makna apa-apa. Dengan bayaran yuran pengajian dan yuran penginapan yang mencecah RM2,000, bayaran dua kali ganda itu tidak bererti kerana masih banyak hutang yang perlu saya jelaskan.

Semester ketiga: Biarpun statusnya sama seperti rakan-rakan yang lain, tetapi keadaannya tidak sama. Pada semester ketiga, dipotong bayaran yuran, juga bayaran pendahuluan pada awal pengajian dulu sebanyak RM1,500, pinjaman hanya berbaki RM800.

Dan jumlah inilah yang akan menampung perbelanjaan selama enam bulan ini. Cukupkah?
Jika pelajar lain mempunyai sumber kewangan lain daripada ibu bapa, saya bergantung sepenuhnya kepada pinjaman PTPTN, bagaimanakah nasib saya?

Oleh itu saya mengambil keputusan untuk bekerja. Saya berulang-alik antara tempat kerja dan universiti. Pelbagai dugaan yang saya hadapi semata-mata untuk mendapatkan duit tetapi itulah yang memberi semangat untuk terus gigih belajar.

Penat dan lelah, saya tidak pedulikan. Kawan-kawan melihat saya dengan kekaguman, tetapi derita PTPTN yang mengheret kepada kekaguman itu saya tanggung sendiri dan hanya saya yang rasa.

Dengan tekanan di tempat kerja, dengan tekanan pelajaran, di hujung malam saya pasti menangis menghadap Ilahi. Sedihnya apabila terpaksa memonteng kelas dan ketinggalan banyak nota pelajaran.
Namun, kerja itu sedikit sebanyak mampu menjadi sumber kewangan pada waktu itu dan tidak lagi hanya makan roti di akhir semester.

Saya berharap semester depan, semester keempat, pihak PTPTN membuat bayaran dengan sempurna.
Namun malang menimpa lagi. Semester ini, sejak bulan Januari saya telah berusaha menyelesaikan masalah PTPTN, tetapi sampai April dan tidak lama lagi semester akan berakhir, masalah PTPTN tak selesai lagi.

Setiap hari saya terpaksa memikirkan masalah pinjaman PTPTN. Lebih malang, semester ini saya tidak boleh bekerja memandangkan semester ini agak pendek dan saya harus tumpukan perhatian sepenuhnya pada pengajian.

Telah beratus-ratus duit saya pinjam dari kawan-kawan. Berbekalkan kepercayaan mereka terhadap saya, mereka masih sudi membantu.

Bagi saya PTPTN terlalu kejam terhadap saya. Saya bertanya pihak PTPTN apa masalah saya, kata mereka surat perjanjian tidak sampai ke rumah. Baiklah saya pasrah, saya buat seperti yang disuruh. Menunggu dan terus menunggu sehingga saya merasakan terlalu letih menghadapi PTPTN lagi.

Situasi pada waktu itu seolah-olah saya tiada kerja lain selain mengemis duit daripada PTPTN. Pada 25 Mac 2009, saya mengambil keputusan pergi sendiri ke pejabat PTPTN di Damansara.

Setiba di sana, saya disuruh menandatangani akuan penerimaan surat perjanjian sedangkan saya masih belum terima surat perjanjian tersebut. Kata mereka surat perjanjian itu telah dipos tetapi masih tak sampai kepada saya. Saya bertanya pada orang yang berurusan dengan saya waktu itu, bilakah pembayaran akan dibuat? Katanya pada 3 April 2009.

Namun, pada 3 April 2009, wang tidak masuk juga. Saya menghubungi dan kata mereka PTPTN hanya akan membuat bayaran pada hari ke-14 bekerja

Saya menangis waktu itu, apa yang terbayang hanyalah mengikat perut untuk tempoh itu. Tetapi sampai bilakah saya mampu bertahan, tidak lain saya terpaksa meminjam lagi. Malunya saya rasa hidup asyik menagih duit orang.

Pada 10 April sekali lagi saya menelefon pihak PTPTN, bertanyakan bilakah PTPTN akan membuat pembayaran. Mereka memberi lagi alasan PTPTN sedang membuat pengesahan daripada pihak universiti dahulu. Pembayaran tidak pasti bila akan dilakukan.

Saya rasa sudah terlalu penat dipermainkan pihak PTPTN. Saya tidak berniat meraih perhatian mana-mana pihak, saya cuma ingin meraih perhatian pihak PTPTN sendiri.

Pandanglah sekejap masalah saya dan tolonglah mengerti derita saya selama ini. Biarlah saya belajar dengan tenang selepas ini. Dan saya yakin di luar sana masih ramai yang menghadapi masalah seperti saya.

NAZIATUL AZLIN IBRAHIM
Universiti Putra Malaysia, Serdang

Anak kekal agama: Keputusan Kabinet disambut baik ???

KUALA LUMPUR: MCA menyatakan rasa puas hati dengan keputusan Kabinet berhubung penyelesaian pertikaian mengenai agama anak-anak yang kekal menganut agama asal ibu bapa masingmasing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka memeluk Islam.

"Langkah ini adalah selaras dengan konsep 1Malaysia gagasan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk meningkatkan harmoni.

"Keputusan Kabinet akan menyelesaikan isuisu yang telah memberi kesan keharmonian di negara ini," kata Gan Ping Sieu, jurucakap MCA Ketua Biro Pendidikan dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Kabinet yang menyatakan ibu atau bapa yang menukar agama Islam, anak-anak kekal menganut agama asal semasa berkahwin.

Gan berkata, MCA mengulangi pendiriannya bahawa jika agama anak-anak tidak boleh dipersetujui oleh kedua-dua ibu bapa jika ibu atau bapa memeluk Islam, status quo agama kanak-kanak itu hendaklah kekal sehinggalah mereka berumur 18 tahun.

Namun, kata beliau MCA melihat keputusan Kabinet itu hanya boleh digunakan di dalam kes di mana ibu bapa bercerai dan seorang daripada mereka menjadi "muallaf" kerana memeluk Islam.

Gan berkata, masih timbul persoalan tentang kes-kes perkahwinan sivil yang masih belum diputuskan mengikut undang-undang sivil, contohnya perpisahan walaupun seorang daripada pasangan telah memeluk Islam.

"MCA berpandangan keputusan Kabinet digunakan dalam kes-kes seumpamanya walaupun pertikaian perkahwinan sivil belum selesai," katanya.

Gan berkata, arahan Kabinet yang sama perlu dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam dan Majlis Agama negeri-negeri bagi mengelakkan sebarang percanggahan terhadap kesepakatan yang dicapai oleh pemimpin-pemimpin dalam Kabinet.

Hakikatnya, arahan Kabinet sedemikian mesti terus disepadukan menerusi pembaharuan perundangan atau meluluskan Akta Parlimen atau meminda Perlembagaan Persekutuan, katanya.

Ini, katanya akan mengelakkan kekeliruan apabila keretakkan rumah tangga berlaku tanpa penyelesaian yang memuaskan dan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan di mahkamah untuk mendapatkan hak penjagaan dan menentukan agama anak-anak.

Sementara itu, Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) turut menyambut baik keputusan Kabinet mengenai agama anak-anak.

Presidennya Datuk A. Vaithilingam, yang juga presiden Hindu Sangam Malaysia, berkata keputusan mengenai pegangan agama anak-anak mestilah seiring dengan agama yang dianuti semasa perkahwinan kedua-dua ibu bapa, adalah satu langkah bijak dan permulaan yang baik bagi menyelesaikan pertikaian antara pasangan.

"Kami terbuka untuk lebih banyak perbincangan mengenai penukaran agama seseorang bukan Islam kepada Islam," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata persatuan itu mengharapkan lebih banyak perbincangan dan dialog dengan pemimpin-pemimpin Islam mengenai perkara itu.

"Bagi MCCBCHST, kami sedang di dalam proses memohon mengadakan mesyuarat dengan jawatankuasa yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan kami memuji mereka kerana segera menangani perkara ini," katanya. BERNAMA

Khamis, 23 April 2009

PERINGATAN RASULULLAH S.A.W

Daripada Abu Muhammad Abdullah Ibn 'Amru Ibn Al-'Aas R.A, beliau berkata: Rasullullah SAW telah bersabda:"Seseorang dari kalangan kamu belum benar-benar beriman sehinggalah hawa nafsunya tunduk menuruti ajaran yang aku bawa"
(Hadis Hasan Sahih)

SELAMAT BERAMAL

IHSAN DALAM SEMUA PERKARA

Perkataan “Ihsan” boleh diertikan sebagai berbuat baik dalam melakukan sesuatu perkara dan perkataan ini adalah berlawanan dengan perkataan “ Isa’ah” yakni keburukan. Sebenarnya masyarakat kita sering melafazkan ihsan dalam banyak aspek kehidupan mereka. Sesungguhnya Allah S.W.T sentiasa menyuruh kita supaya bersifat ihsan dalam kehidupan sehinggakan Allah berjanji untuk memberi balasan dengan ganjaran pahala yang setimpal dengan amalannya iaitu syurga Allah yang amat dinantikan oleh semua manusia di akhirat kelak. Ini adalah bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah Yunus ayat : 26 yang bermaksud:

“Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalan baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli syurga mereka kekal didalamnya selama-lamanya.”

Ihsan itu boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:-

Pertama : Ihsan dalam melakukan ibadah

Sifat itu sepatutnya dimiliki oleh setiap insan di dalam melakukan ibadah kepada Allah S.W.T untuk menjadi umat Islam yang cemerlang. Apabila kita melakukan setiap ibadah seolah-olah macam kita lihat Allah, tetapi sudah pasti kita tidak dapat melihat Allah bahkan yang pasti ialah Allah sentiasa melihat kita. Jadi sudah tentu kita akan melakukan ibadah tersebut dengan cara bersungguh-sungguh. Ini bersesuaian dengan apa yang diterangkan oleh Rasulullah S.A.W kepada Jibril a.s dalam satu hadis yang panjang seperti mana yang telah diriwayatkan oleh muslim yang bermaksud :

“ Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya, tetapi jika engkau tidak melihatnya, maka sesungguhnya ia melihat engkau.”

Kedua : Ihsan dalam amalan

Ihsan dalam amalan ini bermaksud setiap amalan yang dilakukan oleh seseorang itu adalah bertepatan dan berlandaskan kepada apa yang disyariatkan oleh Allah serta apa yang dibawa oleh baginda Nabi S.A.W.Ini adalah bersesuaian dengan firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat:112 yang bermaksud:

“(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahnya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya disisi tuhannya, dan tidaklah ada kebimbingan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”.

Ketiga : Ihsan dalam perkataan

Ihsan dalam perkataan bermaksud apabila kita hendak mengeluarkan perkataan atau bercakap, maka hendaklah dibuat saringan terlebih dahulu di dalam pemikiran kita, samada setiap perkataan itu boleh mendatangkan manfaat atau sebaliknya. Kerana semua manusia pada asasnya inginkan orang lain bercakap kepadanya dengan baik dan lemah lembut, maka tidak dapat tidak, ia perlulah melalui dari dalam dirinya sendiri terlebih dahulu untuk memberikan yang terbaik kepada orang lain seperti mana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat : 83 yang bermaksud:

“…. Dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan yang baik…)

Keempat : Ihsan kepada manusia

Suruhan untuk melakukan ihsan sesama manusia merupakan suatu tuntutan daripada Allah S.W.T kerana ada kalanya ihsan itu adalah wajib, seperti bersifat ihsan kepada kedua ibubapa serta kaum kerabat seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat :36 yang bermaksud.

“ Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat….)”

Allah S.W.T memerinthakan supaya manusia sentiasa melakukan ihsan kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat samada dalam keadaan senang atau pun susah, sihat ataupun sakit, ihsan ini boleh dilakukan dengan melaksanakan kebaikan kepada mereka dan menghindarkan keburukan dan kemudaratan terhadap mereka.

Adapun ihsan sesama manusia ada kalanya tidak diwajibkan oleh Allah, tetapi sangat disukai olehnya seperti melakukan sedekah dan sebagainya.

Kelima : Ihsan kepada haiwan

Bersifat ihsan kepada haiwan juga merupakan satu tuntutan kepada kita, samada binatang itu halal dimakan atau sebaliknya. Ianya boleh disembelih atau pun tidak, ini bertepatan dengan hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

” Dari Abu Yakli Sadad bin Usa dari Rasulullah S.A.W katanya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan atas tiap-tiap sesautu apabila kamu membunuh maka elokanlah pembunuhan dan apabila menyembelih maka elokanlah penyembelihan dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan mata pisaunya dan hendaklah ia melapangkan binatang sembelihannya”.

Apabila kita meneliti hadis ini maka faham dan jelaslah kepada kita bahawa bidang ihsan ini adalah terlalu luas skopnya, sehinggakan Rasulullah S.A.W mengatakan bahawa “ Ihsan itu ada pada tiap-tiap sesuatu.”

Kesimpulannya di sini ialah jika seseorang itu sudah mengamalkan tuntutan Islam dan iman, maka belum tentu lagi ia menjadi seorang yang telah sempurna keimanannya kerana ia perlulah bersifat ihsan dalam setiap gerak langkah dan tindakan serta amalannya, kerana ihsan merupakan pergerakan atau pemangkin kepada tingkah laku manusia agar setiap amalan, perbuatan, percakapan dan niat adalah menepati kehendak syarak. Ia melakukan sesuatu itu bukan atas dasar kepura-puraan, riak atau takbur, tetapi sebalinya ikhlas hanya kerana Allah semata-mata kerana ia tahu bahawa Allah sentiasa memerhatikannya zahir dan batin di setiap masa dan setiap tempat, tidak kira senang atau pun susah.

Marilah sama-sama kita menyemai benih ihsan dan membajainya setiap masa supaya ianya sentiasa tumbuh subur dan menghasilkan buah yang boleh memberi manfaat kepada semua mahkluk Allah.

SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL

Renung sejenak..


"kebumikan daku disini..."
Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolahkan. Yang hendak di utarakan ini pasal musibah kematian pelajar2 kita di luar negara khususnya di US, hatta ada, juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal di sini tatkala mereka datang untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka, ditakdirkan Allah mereka meninggal di Amerika.

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain, misalan kampungnya. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan berhari2 di rumah mayat (mortuary).

Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat.

Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Kita nak ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kasih kita padanya. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal ( US lah!).. Itulah kasih sebenarnya, hatta mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal.

Sudahlah semasa hidup banyak melakukan maksiat, hatta pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah.

Orang Melayu selalunya bersifat sentimental tidak kena tempat. Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.

Bila nak bawa balik ke Malaysia, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles, maka mayat itu akan disedut segala cecair dalamannya.

eraturan penerbangan Amerika (dia kafir mana dia tahu!) ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (kononnya on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat.

Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang. Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan?

Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika si mayat itu dikebumikan di US bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat, malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan di US dan dia tidak perlu disedut apa2.

Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”.

Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada ahli2 waris disaat2 mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga, maka di saat beginilah mungkin boleh kita utarakan. Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukan main berazam lagi.

Memang tidak salah, tetapi kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah.

Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar…………..

Wallahua’lam bissawwab...

http://apadianie.blogspot.com

Ali Rustam didakwa kata lucah di sidang DUN

Zaili Muhammad

MELAKA - DAP menuduh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam melakukan gangguan seksual kepada wanita di dalam Persidangan Dun Melaka berikutan tindakan beliau membangkitkan isu Elizabeth Wong berulang-kali kepada Adun Kota Laksamana (DAP), Betty Chew Gek Cheng sehingga menimbulkan kekecohan.

Ali yang bangun untuk membahaskan ucapan terima-kasih kepada Tuan Yang Terutama Negeri Melaka kerana merasmikan sidang Dun memulakan kekecohan apabila bertanya kepada Betty mengenai isu yang melanda Elizabeth.

"Saya nak tanya Betty betul ke isu Elizabeth tidur dengan lelaki Melayu sedangkan mereka belum berkahwin, Yang Berhormat ada tengok tak video itu," kata Ali Rustam.

Betty menjelaskan bahawa beliau tidak tahu mengenainya kerana tidak menonton video tersebut.

Speaker Dun, Dato' Othman Muhamad juga turut menyampuk dengan mengatakan bahawa Betty ada melihat video itu tetapi menafikannya.

Ini membuatkan Ketua Pembangkang, Adun Kesidang (DAP), Goh Leong San, bangun mencelah dan meminta Ketua Polis menyiasat Ali dan Othman kerana menonton video lucah dan melakukan gangguan seksual kepada wanita yang berada di dalam dewan itu.

Goh berkata, ucapan Ketua Menteri adalah merupakan satu gangguan seksual dan beliau mesti meminta maaf serta menarik balik kata-katanya.

"Speaker tak boleh bela Ketua Menteri sebab adakah kita balik rumah tanya isteri kita ada tonton video lucah ataupun tidak.

"Ini adalah gangguan kepada Yang Berhormat wanita, Bentara wanita dan juga semua wanita yang berada di dalam dewan ini," katanya.

Ali kemudiannya berkata,"Saya nak tanya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz apa hukumnya orang yang belum berkahwin tidur bersama tapi Nik Aziz kata tak salah, inilah keadaannya sejak PAS kawan dengan DAP tidur dengan perempuan bukan bini pun boleh".

Betty sekali lagi bangun mempersoalkan bagaimana Ketua Menteri boleh tahu mereka tidur bersama sedangkan orang lain semua tak tahu dan ini katanya menunjukkan Ketua Menteri ada menonton video lucah.

Suasana kembali terkawal apabila Ali Rustam merasakan ucapan lucahnya itu memakan diri-sendiri, lalu beliau berhenti daripada memperkatakan isu Elizabeth dan meneruskan ucapan terima-kasihnya. - azm _

600 kontraktor mungkin gulung tikar

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Lebih 600 syarikat kontraktor menghadapi risiko gulung tikar ekoran tindakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) membekukan projek penggantian paip lama dan paip komunikasi bernilai RM2.6 bilion.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Kontraktor Air Selangor, Ang Chin Hann, berkata antara 20,000 dan 30,000 orang mungkin kehilangan pekerjaan kerana majikan dalam sektor berkaitan tidak lagi mampu untuk menggaji mereka.

Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau berkata bahawa setelah enam bulan projek itu ditangguhkan, tiba-tiba Syabas mengumumkan ianya dibekukan tanpa sebarang notis kepada kontraktor terbabit.

"Kami semua sangat terkejut apabila membaca berita mengenai pembekuan projek menerusi akhbar hari ini. Kami langsung tidak dimaklumkan mengenainya oleh pihak pengurusan Syabas," katanya merujuk kepada kepada pengumuman pembekuan projek itu oleh Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail semalam.

Dalam pengumumannya itu, Rozali menjelaskan bahawa pembekuan itu adalah atas arahan kerajaan ekoran penyusunan semula sektor pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ang berkata anggota persatuan itu berharap agar kerajaan menimbang semula arahan pembekuan itu, kerana selain menjejaskan ramai kontraktor termasuk kontraktor Bumiputera, langkah itu juga akan menyebabkan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berdepan risiko gangguan bekalan air.

"Kebanyakan anggota persatuan terdiri daripada anak negeri Selangor, jadi kami banyak bergantung pada projek Syabas untuk beroperasi. Tolonglah fikirkan nasib kami semua terutama dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang," katanya.

Di SHAH ALAM, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata projek yang dibekukan itu bernilai RM300 juta dan bukannya RM2.6 bilion, kerana menurut beliau, Syabas telahpun melaksanakan projek itu bernilai RM2.3 bilion.

"Jadi kenyataan Syabas tidaklah berapa tepat," katanya.

Gobind cabar penggantungannya di mahkamah


Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh yang digantung selama setahun daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, akan membawa kes itu ke mahkamah esok.

Saman tersebut akan difailkan terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kata bapa Gobind, Karpal Singh.

Ia ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan minggu lalu yang membatalkan penggantungan Speaker DUN Perak, V Sivakumar ke atas Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam exco kerajaan negeri.

"Kes Perak itu telah mewujudkan duluan (precedent) untuk membawa perkara (penggantungan) tersebut ke Mahkamah Persekutuan," kata Karpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor.

Tindakan Gobind itu, bila difailkan esok, merupakan yang pertama dibuat terhadap keputusan speaker Dewan Rakyat.

Bulan lalu, Gobind telah digantung selama setahun, tanpa sebarang bayaran elaun dan faedah lain, ekoran kenyataannya dalam dewan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. malaysiakini.

Doktor temui pokok dalam paru-paru


IZHEVSK, Rusia - Adakah anda masih ingat pesanan orang tua yang memberitahu supaya jangan menelan biji tembikai kerana takut benihnya akan tumbuh dalam perut?

Pesanan itu mungkin dianggap tidak munasabah tetapi beberapa doktor di sini terkejut apabila mendapati sebatang pokok fir kecil berdaun hijau setinggi lima sentimeter berada dalam paru-paru seorang pemuda, Artyom Sidorkin yang berumur 28 tahun.

Menurut sebuah akhbar semalam, Sidorkin pergi ke Pusat Kanser Udmurtian di sini, Rusia Tengah pada minggu lalu kerana batuk berdarah dan sakit dada.

Akhbar Komsomolskaya Pravda melaporkan, doktor-doktor pada awalnya mendapati terdapat tumor di dalam salah satu paru-parunya berdasarkan ujian X-ray tetapi setelah dibedah, mereka terkejut menemui pokok kecil itu.

"Mata saya berkedip-kedip sebanyak tiga kali kerana menganggap saya melihat benda lain.

"Saya kemudian memanggil pembantu untuk melihatnya semula," kata Dr. Vladimir Kamashev yang membuat pembedahan itu.

Sidorkin berkata, sebelum ini doktor memberitahunya batuk berdarah itu bukan disebabkan dia dijangkiti sebarang penyakit.

"Ia sangat sakit seperti mencucuk dalam saluran badan. Terasa sakit yang amat sangat. Namun saya tidak pernah terfikir ada objek dalam badan saya," kata Sidorkin.

Menurut beberapa doktor, adalah mustahil pokok kecil itu ditelan memasuki paru-paru manusia.

Mereka percaya Sidorkin mungkin menelan benih pokok itu yang kemudian membesar di dalam tubuhnya.

Sebahagian paru-paru Sidorkin dan pokok itu diawet untuk kajian lanjut.

Zamri Kecik's

Rabu, 22 April 2009

Berapa lama Kita dikubur?

Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu merah Karet.

Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ice-krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya untuk dicicapi, sementara tangan kirinya mencengkam Ikatan sabuk celana ayahnya.

Yani dan Ayahnya memasuki wilayah pemakaman umum Karet, berputar sejenak ke kanan & kemudian duduk Di atas tembok nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915: 20- 01-1965"

"Nak, ini kubur nenekmu mari Kita berdo'a untuk nenekmu" Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yg mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia mendengarkan ayahnya berdo'a untuk Neneknya...

"Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya Yah." Ayahnya mengangguk sambil tersenyum, sambil memandang pusara Ibu-nya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 42 tahun ya Yah..." Kata Yani berlagak sambil matanya mengira dan jarinya berhitung. "Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 42 tahun ... "

Yani menoleh kepalanya, memandang sekeliling, banyak kuburan di sana . Di samping kuburan neneknya ada kuburan tua berlumut "Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910"

"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 106 tahun yang lalu ya Yah", jarinya menunjuk nisan bersebelahan kubur neneknya. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengusap kepala anak satu-satunya. "Memangnya kenapa ndhuk( anak perempuan) ?" kata sang ayah menatap teduh mata anaknya. "Hmmm, ayah kan semalam bilang, bahwa kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan disiksa dineraka" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya. "Iya kan yah?"

Ayahnya tersenyum, "Lalu?"
"Iya .. Kalau nenek banyak dosanya, berarti nenek sudah disiksa 42 tahun dong yah di kubur? Kalau nenek banyak pahalanya, berarti sudah 42 tahun nenek senang dikubur .... Ya nggak yah?" mata Yani bersinar keranana bisa menjelaskan kepada Ayahnya pendapatnya.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak keningnya berkerut, tampaknya cemas ...... "Iya nak, kamu pintar," kata ayahnya pendek.

Pulang dari pemakaman, ayah Yani tampak gelisah Di atas sajadahnya, memikirkan apa yang dikatakan anaknya... 42 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...142 tahun disiksa .. atau bahagia dikubur .... Lalu Ia menunduk ... Meneteskan air mata...

Kalau Ia meninggal ... Lalu banyak dosanya ...lalu kiamat masih 1000 tahun lagi berarti Ia akan disiksa 1000 tahun?
’Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un’ .... Air matanya semakin banyak menetes, sanggupkah ia selama itu disiksa? Iya kalau kiamat 1000 tahun ke depan, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu ia akan disiksa di kubur. Lalu setelah dikubur? Bukankah Akan lebih parah lagi?
Tahankah? padahal melihat adegan pameran dipukuli masa di tv kemarin ia dah tak tahan?

Ya Allah... Ia semakin menunduk, tangannya mengangkat, setinggi bahunya naik turun tak teratur.... air matanya semakin membanjiri pipi dan janggutnya…

”Allahumma as aluka khusnul khootimah”.. berulang Kali di bacanya DOA itu hingga suaranya serak ... Dan ia berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani.

Dihampirinya Yani yang tertidur di atas dipan Bambu. Di betulkannya selimutnya. Yani terus tertidur.... tanpa tahu, betapa sang bapak sangat berterima kasih padanya karena telah menyadarkannya arti sebuah kehidupan... Dan apa yang akan datang di depannya...

"Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."

Sebarkan e-mail ini ke saudara-saudara Kita, mudah-mudahan bermanfaat.. ..

Media asing sudah mula burukkan imej Najib, kata Mahathir


Belum pun tiga minggu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan sebagai Perdana Menteri yang keenam, tetapi media Barat sudah memulakan langkah memburuk-burukkan beliau, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir menambah, dari Perancis sehingga ke Britain dan Australia, rencana-rencana yang disiarkan membawa mesej yang sama dengan dipercayai maklumat disalurkan oleh rakyat tempatan.

Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

"Perdana Menteri yang baru dikatakan amalkan rasuah dan terlibat dalam kes bunuh.

"Penulis Australia mengatakan bahawa Malaysia adalah negara pariah," kata Dr. Mahathir sambil menambah, "saya tidak boleh percaya usaha memburuk-burukkan yang begtiu banyak berlaku pada waktu yang sama secara kebetulan."

Turut disertakan dalam usaha mengecam Perdana Menetri baru ialah dakwaan bahawa beliau akan membawa kembali konsep kepimpinan "Mahathirism".

"Dengan ini, akhbar Barat nampaknya cuba menunjukkan yang Perdana Menteri keempat (Dr. Mahathir) merupakan seorang diktator yang menangkap orang tanpa sebab, memanipulasikan kehakiman, mengawal media dan sebagainya," katanya.

Justeru kata Dr. Mahathir, beliau menyerahkan kepada rakyat Malaysia untuk menghakimi dan mendefinisikan konsep "Mahathirism".

"Mereka adalah pengundi yang Najib perlu mengambil berat. Media asing mempunyai agenda sendiri," kata beliau dalam blognya.

Rakan-rakan media Barat di Malaysia pula menyalurkan dengan berita anti-Najib, jelas beliau.

Katanya lagi, Najib boleh menjangkakan lebih banyak laporan sedemikian daripada akhbar-akhbar asing.

Pun begitu, apa yang rakyat Malaysia fikir adalah penting dan Perdana Menteri perlu membersihkan imejnya dari segi persepsi mereka. Mstar.

Tuan Guru Nik Aziz tidak tanding jawatan presiden


Posted on Wednesday, April 22 @ 00:30:00 MYT by Paktam
Oleh keraspedal

Murshidul AM, TG Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak akan bertanding sebagai calon Presiden PAS walaupun mendapat pencalonan seperti diberitahu oleh Setiusaha Politik beliau, Saudara Anual Bakri Haron kepada The Malaysian Insider .


saya memahami dengan keputusan tuan guru nik aziz yang tidak mahukan perpecahan berlaku dalam parti seperti wujudnya team A dan team B antara beliau dan presiden sekarang..jelaslah,tuan guru merupakan seorang yang berfikir demi kepentingan parti dan penyokong amnya.

ramai percaya,isu ,mengenai mencabar presiden muncul apabila haji hadi mengcadangkan kerajaan perpaduan yang ditolak majoriti penyokong pas,tindakan beliau menarik balik cadangan itu mungkin berpunca dari isu mencabar kedudukan beliau,walaupun beliau memdakwa beliau menarik balik kerana ramai tidak faham dengan konsep kerajaan perpaduan.

walaupun jawatan presiden sekali lagi mungkin tidak dicabar,isu demokrasi dalam pas tidak mungkin dimainkan kerana pas adalah parti yang bebas dari politik wang serta lobi menglobi seperti yang berlaku pada sebuah parti melayu di malaysia..

perjalanan pas masih jauh,penuh dengan liku,jadi janganlah jadikan isu ini sebagai penghalang bagi kita terus bersama dengan pas..

Ahmadinejad : Permata Baru Islam


Posted on Wednesday, April 22 @ 09:38:53 MYT by Reformis
Oleh addin77

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad kelmarin menuduh Barat menggunakan Holocaust sebagai alasan untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin dan kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dari dewan di mana persidangan antiperkauman anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan, di Geneva.
Persidangan itu menjadi kecoh sejak dari awal lagi apabila dua penunjuk perasaan yang memakai rambut palsu berwarna-warni melontar hidung badut berwarna merah ketika Ahmadinejad memulakan ucapan sambil berdoa. Sekumpulan pelajar Yahudi dari Perancis berkata, apa yang cuba disampaikan oleh Ahmadinejad adalah ‘sandiwara yang berlaku dalam persidangan ini’.


Insiden itu menyebabkan Ahmadinejad yang diberi penghormatan untuk berucap, terpaksa memulakan semula ucapan. Beliau menyampaikan ucapan selama lebih setengah jam dengan melemparkan kritikan terhadap Amerika Syarikat (AS) dan Eropah yang didakwa membantu penubuhan negara Israel selepas Perang Dunia Kedua dengan mengorbankan penduduk Palestin.“Mereka menggunakan kekerasan tentera untuk menjadikan seluruh penduduk negara Palestin kehilangan tempat tinggal atas alasan penderitaan yang dialami oleh Yahudi (semasa Holocaust),” katanya.

Kritikan beliau itu menyebabkan kira-kira 40 diplomat dari Britain, Perancis dan beberapa negara EU keluar dari dewan persidangan, malah mengancam untuk meninggalkan persidangan jika ia terus diselubungi dengan ucapan anti-Semitik dan retorik mengutuk Israel, insiden sama yang pernah berlaku pada persidangan serupa 8 tahun lalu di Afrika Selatan. AS dan 8 negara Barat memulaukan persidangan tersebut semalam menjelang Hari Peringatan Holocaust Israel, kerana bimbang persidangan itu dapat berjalan secara adil.

Ahmadinejad turut menuduh Israel sebagai rejim paling kejam dan kuat menindas selain menyalahkan pencerobohan AS ke atas Iraq sebagai salah satu konspirasi Zionis. Kebanyakan retorik yang diutarakan beliau bukan perkara baru, namun masa dan profil persidangan ini mungkin membantut usaha pemulihan hubungan Iran dengan AS, terutama apabila Timbalan Duta AS ke PBB, Alejandro Wolff menyifatkan apa yang berlaku sebagai ‘pertunjukan Ahmadinejad.’

Syabas atas keberanian Ahmadinejad, ia merupakan pengajaran kepada pemimpin dunia Islam yang selama ini menjadi bisu dan pekak. Inilah yang patut yang dilakukan pemimpin Islam terhadap Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. Sekarang bukan masa untuk berlemah lembut atau bermadah kata dengan puak-puak kufar ini. Pemimpin Islam perlu tegas seperti Ahmadinejad, jangan terlalu beretorik dan tunduk kepada kehendak golongan kufar ini. Kita seluruh umat Islam perlu bersatu dan jangan di perkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Untuk melihat umat Islam dimuliakan kita perlulah mengembalikan Islam ditempatnya. Islam memerintah tetapi bukan Islam diperintah seperti yang berlaku di negara ini. Moga ALLAH melahirkan lebih ramai lagi pemimpin seperti Ahmadinejad.

Klik disini untuk melihat sokongan rakyat dunia terhadap keberanian Ahmadinejad.

Malaikat mendoakan manusia

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya." (Surah Al Anbiyaa', ayat 26-28)

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" (Sahih Muslim no. 469)

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn'...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." (Shahih Bukhari no. 782).

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadis ini)

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'" (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir).

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan.

Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" (Shahih Muslim no. 2733).

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit.'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.

Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)


11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian.

Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain." (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343).

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

(Sumber: ShukurOrg)