assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Rabu, 22 April 2009

Syabas tangguh projek

Oleh saiful haizan hasam

KUALA LUMPUR – Kira-kira 7.4 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berdepan risiko gangguan bekalan air berikutan penangguhan projek baik pulih dan naik taraf bekalan di tiga kawasan padat penduduk itu.

Penangguhan projek bernilai RM2.6 bilion itu terpaksa dilakukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) atas arahan kerajaan bagi memberi laluan kepada penyusunan semula pengurusan air.

Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail berkata, penangguhan itu pasti memberi kesan langsung kepada pengguna memandangkan pelbagai aktiviti peningkatan kualiti perkhidmatan turut tergendala terutamanya kerja-kerja penting seperti penggantian paip.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya akan terus melaksanakan usaha-usaha yang tidak tertakluk kepada arahan pembekuan bagi mengurangkan kesulitan yang mungkin dihadapi oleh pengguna.

“Saya ingin memaklumkan kepada semua pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bahawa program penggantian paip lama dan paip komunikasi yang telah diiklankan menerusi akhbar tempatan pada 29 dan 30 Jun 2006 terpaksa diberhentikan.

“Pihak Syabas mendapat arahan daripada kerajaan supaya menangguhkan pelaksanaan kerja-kerja tersebut termasuk kerja baik pulih lain yang telah dirancang di bawah program ketiga yang sepatutnya bermula pada 1 Januari 2009,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Semalam, kerajaan negeri Selangor menyatakan hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berhubung pengambilalihan pengurusan air pada minggu ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap perbincangan itu dapat mencari penyelesaian segera mengenai isu tersebut yang melibatkan kerajaan negeri, kementerian dan syarikat-syarikat konsesi.

Sabtu lalu, Datuk Peter Chin Fa Kui dalam satu kenyataan menyebut kementeriannya akan menyegerakan rundingan tersebut dengan kerajaan negeri bagi mencari tindakan drastik pengambilalihan bekalan air di tiga kawasan itu.

Dalam pada itu, Rozali berkata, Syabas telah menyediakan senarai terperinci projek yang dibekukan itu bagi memberikan maklumat terkini kepada pengguna yang selama ini ternanti-nanti bila janji tersebut akan dipenuhi.

Jelas beliau, senarai penuh itu akan diiklankan di akhbar-akhbar tempatan dan dipamerkan melalui poster di pejabat-pejabat wilayah serta risalah yang diterbitkan Syabas.

“Bagi pihak Syabas, saya ingin memohon maaf kepada para pengguna kerana tidak dapat memenuhi janji dan komitmen yang telah saya berikan dengan melaksanakan projek-projek untuk kepentingan pengguna pada masa ini berikutan arahan penangguhan tersebut.

“Tempoh penangguhan ini tidak dapat dipastikan lagi kerana ia bergantung arahan lanjut daripada pihak kerajaan. Oleh itu, diharapkan para pengguna dapat bersabar sementara perkara tersebut dapat diatasi,” jelasnya.

Rozali turut menasihatkan pengguna supaya berhubung dengan Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (Puspel) untuk sebarang masalah dan kesulitan berkaitan isu air yang dihadapi.

Pengguna boleh menghubungi Puspel di talian bebas tol 1-800-88-5252

Tiada ulasan:

Catat Ulasan