assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Ahad, 19 April 2009

“Why Islam” Pada Bas Di San Francisco


Posted on Sunday, April 19 @ 15:57:39 MYT by TokAyah
by membelaislam

whyislam2Pada awal tahun 2009, satu kempen untuk berdakwah kepada orang-orang bukan Islam di Amerika Syarikat (terutamanya di San Francisco) telah dilancarkan. Kempen berbentuk iklan pada bas dan kereta kabel di bandaraya yang berpenduduk 1.4 juta dan terkenal dengan budaya gay dan sekular.

Dari iklan tersebut ianya telah berjaya menarik perhatian serta minat orang-orang bukan Islam untuk memanggil nombor telefon yang tertera.


Kempen ini diterajui oleh Islamic Circle of the Bay Area [http://www.icnabay.us/] dengan kerjasama Council on American-Islamic Relations (CAIR - https://www.cair.com/) dan www.whyislam.org di bawah Pertubuhan ICNA (Islamic Circle of North America).

Selain untuk menyeru orang-orang bukan Islam untuk bertanya dan pelajari tentang Islam ianya juga bertujuan untuk cuba mengubah “stereotyping” dengan tanggapan salah kebanyakan orang-orang Amerika terhadap Islam.


Namun setiap yang baik tetap ada bangkangan. Terdapat juga di beberapa laman blog yang tidak senang dengan kempen yang dijalankan. Namun hasilnya dalam empat minggu kempen dijalankan, mereka telah mendapat lebih 600 panggilan telefon dan seramai 6 orang telah mengucap dua kalimah shahadah. Kempen itu kini telah dilanjutkan lagi.

Iklan-iklan ini terpampang pada sekitar 170 buah bas 10 kereta kabel.

Sama-sama kita mengucap syabas terhadap bersungguh mereka dan kita sama-sama doakan kejayaan mereka untuk mengubah persepsi salah orang ramai di Amerika Syarikat semoga lebih ramai yang memeluk Islam.


Malah berita terbaru melaporkan kini sudah banyak bandaraya lain di Amerika Syarikat [seperti Fort Lauderdale, Seattle, New York] turut serta dalam kempen yang sebigini -malah ada juga yang dalam bentuk “billboard”. Gambar ini dikatakan di lebuhraya Interstate 76 di Pennsylvannia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan