Perkataan “Ihsan” boleh diertikan sebagai berbuat baik dalam melakukan sesuatu perkara dan perkataan ini adalah berlawanan dengan perkataan “ Isa’ah” yakni keburukan. Sebenarnya masyarakat kita sering melafazkan ihsan dalam banyak aspek kehidupan mereka. Sesungguhnya Allah S.W.T sentiasa menyuruh kita supaya bersifat ihsan dalam kehidupan sehinggakan Allah berjanji untuk memberi balasan dengan ganjaran pahala yang setimpal dengan amalannya iaitu syurga Allah yang amat dinantikan oleh semua manusia di akhirat kelak. Ini adalah bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah Yunus ayat : 26 yang bermaksud:
“Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalan baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli syurga mereka kekal didalamnya selama-lamanya.”
Ihsan itu boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:-
Pertama : Ihsan dalam melakukan ibadah
Sifat itu sepatutnya dimiliki oleh setiap insan di dalam melakukan ibadah kepada Allah S.W.T untuk menjadi umat Islam yang cemerlang. Apabila kita melakukan setiap ibadah seolah-olah macam kita lihat Allah, tetapi sudah pasti kita tidak dapat melihat Allah bahkan yang pasti ialah Allah sentiasa melihat kita. Jadi sudah tentu kita akan melakukan ibadah tersebut dengan cara bersungguh-sungguh. Ini bersesuaian dengan apa yang diterangkan oleh Rasulullah S.A.W kepada Jibril a.s dalam satu hadis yang panjang seperti mana yang telah diriwayatkan oleh muslim yang bermaksud :
“ Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya, tetapi jika engkau tidak melihatnya, maka sesungguhnya ia melihat engkau.”
Kedua : Ihsan dalam amalan
Ihsan dalam amalan ini bermaksud setiap amalan yang dilakukan oleh seseorang itu adalah bertepatan dan berlandaskan kepada apa yang disyariatkan oleh Allah serta apa yang dibawa oleh baginda Nabi S.A.W.Ini adalah bersesuaian dengan firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat:112 yang bermaksud:
“(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahnya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya disisi tuhannya, dan tidaklah ada kebimbingan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”.
Ketiga : Ihsan dalam perkataan
Ihsan dalam perkataan bermaksud apabila kita hendak mengeluarkan perkataan atau bercakap, maka hendaklah dibuat saringan terlebih dahulu di dalam pemikiran kita, samada setiap perkataan itu boleh mendatangkan manfaat atau sebaliknya. Kerana semua manusia pada asasnya inginkan orang lain bercakap kepadanya dengan baik dan lemah lembut, maka tidak dapat tidak, ia perlulah melalui dari dalam dirinya sendiri terlebih dahulu untuk memberikan yang terbaik kepada orang lain seperti mana firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat : 83 yang bermaksud:
“…. Dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan yang baik…)
Keempat : Ihsan kepada manusia
Suruhan untuk melakukan ihsan sesama manusia merupakan suatu tuntutan daripada Allah S.W.T kerana ada kalanya ihsan itu adalah wajib, seperti bersifat ihsan kepada kedua ibubapa serta kaum kerabat seperti mana firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat :36 yang bermaksud.
“ Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat….)”
Allah S.W.T memerinthakan supaya manusia sentiasa melakukan ihsan kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat samada dalam keadaan senang atau pun susah, sihat ataupun sakit, ihsan ini boleh dilakukan dengan melaksanakan kebaikan kepada mereka dan menghindarkan keburukan dan kemudaratan terhadap mereka.
Adapun ihsan sesama manusia ada kalanya tidak diwajibkan oleh Allah, tetapi sangat disukai olehnya seperti melakukan sedekah dan sebagainya.
Kelima : Ihsan kepada haiwan
Bersifat ihsan kepada haiwan juga merupakan satu tuntutan kepada kita, samada binatang itu halal dimakan atau sebaliknya. Ianya boleh disembelih atau pun tidak, ini bertepatan dengan hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
” Dari Abu Yakli Sadad bin Usa dari Rasulullah S.A.W katanya : Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan atas tiap-tiap sesautu apabila kamu membunuh maka elokanlah pembunuhan dan apabila menyembelih maka elokanlah penyembelihan dan hendaklah salah seorang kamu menajamkan mata pisaunya dan hendaklah ia melapangkan binatang sembelihannya”.
Apabila kita meneliti hadis ini maka faham dan jelaslah kepada kita bahawa bidang ihsan ini adalah terlalu luas skopnya, sehinggakan Rasulullah S.A.W mengatakan bahawa “ Ihsan itu ada pada tiap-tiap sesuatu.”
Kesimpulannya di sini ialah jika seseorang itu sudah mengamalkan tuntutan Islam dan iman, maka belum tentu lagi ia menjadi seorang yang telah sempurna keimanannya kerana ia perlulah bersifat ihsan dalam setiap gerak langkah dan tindakan serta amalannya, kerana ihsan merupakan pergerakan atau pemangkin kepada tingkah laku manusia agar setiap amalan, perbuatan, percakapan dan niat adalah menepati kehendak syarak. Ia melakukan sesuatu itu bukan atas dasar kepura-puraan, riak atau takbur, tetapi sebalinya ikhlas hanya kerana Allah semata-mata kerana ia tahu bahawa Allah sentiasa memerhatikannya zahir dan batin di setiap masa dan setiap tempat, tidak kira senang atau pun susah.
Marilah sama-sama kita menyemai benih ihsan dan membajainya setiap masa supaya ianya sentiasa tumbuh subur dan menghasilkan buah yang boleh memberi manfaat kepada semua mahkluk Allah.
SELAMAT MEMBACA DAN BERAMAL
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Khamis, 23 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan