assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 7 Ogos 2009

7 Wasiat Raja-Raja Melayu

PolitikKiriman supershidie

" 'Tujuh wasiat Raja-Raja Melayu' Ogos 6, 09 5:43pm Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah: Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain; Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara; Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini; Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan; Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu; Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain.
(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku allahyarham Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi, bersempena seminar antarabangsa legasi pemikiran pemikir itu yang bermula Selasa lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara. Menurut Bernama, baginda bertitah wasiat sembilan Raja Melayu - yang terdiri empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu - disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu. "Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1).

Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan. "Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah," titah baginda. Mengenai Syed Hussein Alatas, yang meninggal dunia kerana serangan jantung pada 23 Jan 2007, Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Allahyarham sering membangkitkan mengenai kejijikan rasuah, dan dihuraikannya dalam buku tulisan beliau "Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi." "Walaupun ianya kotor dan jijik, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya, malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia," titah baginda.

Raja Nazrin Shah bertitah bahawa ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memeranginya adakalanya bergema lebih nyaring daripada kalangan mereka yang tidak bebas daripada melakukannya. "Lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan. Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur dan rakyat melarat," titah baginda. Baginda bertitah rasuah berlaku di mana-mana termasuk di istana, dalam sektor awam, swasta, organisasi politik, malah dalam badan-badan agama, kerana rasuah merupakan candu yang mengasyikkan dan yang menanggung derita bukan dalam kalangan pengamal dan penerima rasuah. "Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram," titah Raja Nazrin Shah.

Menurut baginda, rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya." writes " 'Tujuh wasiat Raja-Raja Melayu' Ogos 6, 09 5:43pm Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah: Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain; Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara; Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini; Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan; Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu; Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain.
(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Raja Nazrin Shah bertitah demikian semasa melancarkan tiga buku allahyarham Datuk Dr Syed Hussein Alatas, berjudul Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun, dan Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi, bersempena seminar antarabangsa legasi pemikiran pemikir itu yang bermula Selasa lalu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara. Menurut Bernama, baginda bertitah wasiat sembilan Raja Melayu - yang terdiri empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu - disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu. "Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1).

Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan. "Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah," titah baginda. Mengenai Syed Hussein Alatas, yang meninggal dunia kerana serangan jantung pada 23 Jan 2007, Raja Nazrin Shah bertitah bahawa Allahyarham sering membangkitkan mengenai kejijikan rasuah, dan dihuraikannya dalam buku tulisan beliau "Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi." "Walaupun ianya kotor dan jijik, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya, malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas dari undang-undang dan hukum dunia," titah baginda.

Raja Nazrin Shah bertitah bahawa ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memeranginya adakalanya bergema lebih nyaring daripada kalangan mereka yang tidak bebas daripada melakukannya. "Lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepura-puraan. Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur dan rakyat melarat," titah baginda. Baginda bertitah rasuah berlaku di mana-mana termasuk di istana, dalam sektor awam, swasta, organisasi politik, malah dalam badan-badan agama, kerana rasuah merupakan candu yang mengasyikkan dan yang menanggung derita bukan dalam kalangan pengamal dan penerima rasuah. "Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram," titah Raja Nazrin Shah.

Menurut baginda, rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watak merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya."

Artik yang Semakin Panas

Posted by Paktam

Dua isu penting yang dihadapi dunia hari ini, perubahan dramatik iklim dunia dan kos tenaga hidrokarbon yang semakin meningkat bertemu di sebuah kawasan yang sebelum ini jarang menarik perhatian media dunia kerana politiknya: Artik.

Pertemuan ini membawa kepada satu persaingan sengit antara empat negara Artik: Kanada, Rusia, Amerika Syarikat, Denmark dan Norway. Kehangatan persaingan ini kelihatan semakin jelas sehingga negara-negara terbabit, termasuk Kanada, mula memperlihatkan kesediaan untuk bertindak secara ketenteraan bagi menangani pertikaian itu.

Hal ini menambah lagi ancaman selepas ancaman peningkatan paras laut yang bakal menggugat kehidupan ramai manusia di banyak negara akibat pencairan ais di Kutub Utara dan Selatan.

Artik yang semakin panas menyaksikan banyak kawasan yang sebelum ini dilitupi ais sepanjang tahun dan juga kawasan yang cair pada musim panas semakin mengecil. Bagi banyak pihak, ini dilihat sebagai ancaman kepada alam sekitar, kehidupan di kawasan itu dan manusia yang tinggal di kawasan-kawasan rendah seluruh dunia.

Tetapi bagi kuasa-kuasa terbabit, perkembangan itu juga dilihat sebagai peluang untuk memperolehi sumber minyak dan gas di kawasan tersebut, dan membuka ruang bagi laluan kapal di wilayah negara terbabit. Laluan-laluan ini dituntut oleh negara terbabit sebagai wilayah mereka – dengan mendakwa laluan air tersebut bersambung dengan pelantar benua wilayah mereka – yang boleh dikawal.

Negara-negara terbabit, terutama Rusia dan Kanada, menganggap kawasan yang berpotensi menjadi lokasi sumber minyak dan gas dan laluan air tersebut sebagai sebahagian wilayah daratan mereka. Bagi Kanada, satu laluan laut dikenali Laluan Barat Laut didakwa sebagai laut dalam daratan yang sebahagian daripada wilayahnya.

Pada 2008, Kajian Geologi AS dalam satu laporannya menyebut Artik mengandungi sekitar 13 peratus sumber minyak dunia yang belum ditemui dan sekitar 30 peratus gas asli yang belum ditemui.
Laluan laut yang selama ini terhad bakal bertambah apabila laluan-laluan di Artik terbuka apabila kawasan ais di situ cair, membuka persaingan kepada syarikat-syarikat perkapalan. Laluan-laluan terbabit mampu untuk mengurangkan tempoh perjalanan kapal dan mengelak laluan-laluan berisiko.

Menurut undang-undang berkaitan kawalan ke atas wilayah laut dan sumbernya, Konvensyen PBB tentang Undang-Undang Laut (Unclos), sesebuah negara berhak terhadap laut dan sumber di dasarnya sehingga 200 batu nautika ke luar pantai. Unclos menetapkan wilayah dalam linkungan 200 batu nautika itu sebagai zon ekonomi eksklusif negara terbabit. Tetapi negara terbabit boleh menuntut had itu diperluaskan lagi sekiranya dapat membuktikan pelantar benua negara terbabit berlanjutan lebih jauh ke laut.

Unclos kini telah diratifikasikan oleh 155 buah negara. AS, salah sebuah negara yang terlibat dalam persaingan merebut wilayah Artik, tidak meratifikasikan undang-undang ini.

Kanada juga menegaskan akan memulakan rondaan di kawasan tersebut untuk menyokong tuntutan kawalannya ke atas Laluan Barat Laut. Rusia pula pada Ogos 2007 meletakkan bendera yang dibuat dari titanium di dasar laut di Artik, satu tindakan simbolik untuk menegaskan tuntutannya ke atas wilayah Artik terbabit.

Rusia juga telah mewujudkan program dalam dalam perancangan keselamatan negaranya yang memberikan fokus pada kawasan Artik di utara, yang sebahagian besarnya melibatkan peningkatan elemen ketenteraan.

Rusia dalam perancangan 10 tahun berhubung Artik menegaskan keperluan persediaan ketenteraan untuk menjamin keselamatan di bawah pelbagai situasi ketenteraan dan politik.

Kedua-dua Kanada dan Rusia telahpun menempatkan atau menjalankan latihan ketenteraan di wilayah Artik yang mereka tuntut. Kedua-dua pemimpin Kanada dan Rusia telah dengan jelas menyatakan kesediaan mereka untuk mempertahankan wilayah Artik mereka dengan kuasa tentera.

Berdasarkan kuasa, yang dapat menegaskan dan membuktikan kawalan ke atas wilayah dipertikaian itu, Rusia mendahului semua negara Artik, diikuti Kanada disebabkan kuasa ketenteraannya yang terhad.

Undang-undang antarabangsa menunjukkan pentingnya kuasa dalam menentukan hak milik sesebuah kawasan. Menurut Prof Eric Posner, seorang pensyarah undang-undang di Universiti Chicago dalam satu tulisannya, faktor kuasa ini mendorong Rusia mengerahkan kapal-kapalnya ke Artik untuk menunjukkan ia berkuasa ke atas wilayah terbabit. Menurutnya, Rusia menunjukkan ia ialah kuasa yang paling jelas di kawasan Artik terbabit berbanding negara lain.

Disebabkan inilah, Rusia terus meningkatkan kehadiran kuasa ketenteraannya di Artik, untuk menunjukkan Rusia sebagai kuasa semulajadi di kawasan tersebut sehingga menyukarkan sebarang usaha menafikan kawalan Rusia ke atas wilayah terbabit.

Walau bagaimanapun, persaingan ini masih perlu ditadbir oleh Unclos yang menjadi dasar peraturan di lautan. Ini kerana negara-negara terbabit juga sedar beberapa peruntukan Unclos dapat digunakan untuk menyokong hujah mereka.

Kesemua negara terbabit, kecuali AS, melaksanakan kajian mendalam untuk membuktikan hak milik mereka ke atas wilayah yang mereka tuntut. Di Washington, banyak pihak mula mendesak kerajaan AS meratifikasikan Unclos supaya dapat membawa kes tuntutan AS dengan lebih berkesan.

Pentadbiran Presiden Barack Obama telah memulakan langkah untuk mendorong Kongres AS meratifikasi perjanjian yang ditandatangani AS pada 1994 itu, walaupun sekumpulan wakil rakyat konservatif terus menentang tindakan ini yang dilihat sebagai menggadaikan kedaulatan. Tindakan meratifikasikan Unclos akan memberikan Washington lebih suara dalam hal ehwal Artik.

Walau bagaimanapun, negara-negara terbabit mungkin akan terdorong untuk bertindak secara unilateral dalam menangani pertikaian, terutama yang mempunyai kekuatan ketenteraan seperti Rusia dan AS.

Kedua-dua Moscow dan Washington bertindak secara unilateral selama ini dalam mempertahankan hak milik mereka. Rusia bertindak dengan menegaskan kawalannya melalui kuasa ketenteraan manakala AS bertindak berdasarkan pandangan tidak ada pihak boleh menuntut wilayah tersebut dan kawasan itu perlu dijadikan bebas.

Pada masa yang sama, AS juga digesa membina hubungan yang lebih rapat dengan negara jirannya Kanada. Penyokong pendekatan ini melihat AS mampu menjamin keselamatan kawasan terbabit melalui kuasa ketenteraannya yang dilihat diperlukan oleh Kanada.

Mereka yang melihat AS dan Kanada sebagai sekutu semulajadi mahu kerjasama itu diwujudkan supaya kedua-dua pihak akan mendapat manfaat keselamatan dan berkongsi akses kepada laluan dan sumber wilayah terbabit.

Pertikaian ini memperluaskan lagi kawasan-kawasan panas di seluruh dunia yang kini memberi tumpuan pada Afghanistan, Pakistan dan Iraq serta Asia Barat. Hari demi hari, persaingan di Artik mula memperlihatkan potensi sebenarnya. Persaingan itu mula menyaingi perebutan sumber minyak dan gas yang berlaku di Laut Kaspia pada masa ini.

Bagi Malaysia, walaupun terletak jauh dari kawasan tersebut, ia juga perlu memberikan perhatian, antaranya untuk mengenalpasti peluang-peluang seperti eksplorasi minyak dan gas di kawasan itu.

Malaysia juga perlu meningkatkan perhatian kepada kesan-kesan perubahan iklim kepada politik dan sosial Malaysia yang berpotensi terkesan akibat kemasukan pelarian contohnya, yang pasti terhasil akibat peningkatan paras laut yang akan mendorong pergerakan manusia ke negara-negara lain. Hal ini akan memberi kesan pula kepada keselamatan negara dan keselamatan manusia di negara kita.

Hal ini telah menunjukkan pelbagai dimensi pemanasan global dan perubahan iklim, dan menunjukkan pentingnya negara-negara terbabit dan seluruh masyarakat dunia meningkatkan dan memperbaiki mekanisme multilateral untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan perubahan iklim dan segala kesan-kesannya.

Arahan jauhi riba

Oleh : WAN JEMIZAN WAN DERAMAN

UMAT islam perlu berhati-hati agar tidak terlibat dalam kegiatan riba termasuk dalam membeli rumah.

MELIHAT kepada situasi hari ini, semakin mudah untuk seseorang itu terlibat dengan amalan riba. Bank-bank dan syarikat-syarikat insurans konvensional mengamalkan riba dalam transaksi harian mereka.

Apabila individu mendapatkan pinjaman daripada bank-bank konvensional atau membeli produk-produk insurans daripada syarikat insurans konvensional, secara automatik individu tersebut akan terlibat dengan amalan riba.

Riba jika dilihat dari segi istilah bermaksud mengambil atau mengenakan tambahan ke atas harta atau nilai pokok atau modal secara batil. Ada beberapa pendapat dalam penjelasan makna riba.

Secara umumnya riba boleh disimpulkan sebagai pengambilan tambahan, baik dalam transaksi jual beli mahupun pinjam-meminjam secara batil yang bertentangan dengan prinsip muamalat Islam.

Ia sebagaimana firman Allah SWT yang maksud-Nya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu...(an-Nisaa' : 29)

Di dalam al-Quran, perkataan riba ini diulang lapan kali di dalam empat surah iaitu surah al-Baqarah, ali-'Imran, An-Nisaa' dan Ar-Rum.

Ini menunjukkan bahawa pengharaman riba itu diturunkan secara berperingkat- peringkat seperti juga pengharaman arak kepada manusia.

Dalam Surah Ar-Rum ayat ke-39, Allah SWT telah menerangkan unsur negatif yang terdapat dalam riba. Riba itu tidak dapat memberikan apa-apa faedah sekalipun di sisi Allah SWT.

Sebaliknya, orang yang mengeluarkan zakat itulah yang akan dilipat-gandakan pahalanya serta mendapat keredaan Allah SWT. Inilah teguran pertama daripada Allah SWT kepada pengamal riba.

Riba telah disepakati oleh seluruh ulama akan pengharamannya dan ia juga diharamkan oleh semua agama. Allah SWT melaknat mereka yang melibatkan diri dengan riba.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Rasulullah melaknat pemakan riba, pemberinya, dua orang saksinya dan juru tulisnya". (riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, An Nasa'i dan Ibn Majah)

Riba adalah salah satu dosa besar. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina (tanpa saksi adil). (riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Terlibat dengan riba menjadi sebab mendapat kemurkaan Allah SWT. Pemakan dan pemberi riba sebenarnya mereka memerangi Allah SWT dan Rasul-Nya sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya. (al-Baqarah: 278)

Al Qurtubi menyebut bahawa tiada dosa yang lebih buruk dari riba sehinggakan Allah SWT sendiri begitu tegas di dalam firman-Nya dengan mengisytiharkan perang.

Setiap manusia mempunyai kehormatan diri yang sangat tinggi termasuklah dalam soal hartanya. Tidak wajar mencabuli harta yang dimilikinya kerana ia dikira mencabul kehormatannya. Riba adalah salah satu bentuk pencerobohan ke atas harta orang lain secara batil.

Sebagai contoh dalam pinjaman, sebarang pertambahan ke atas nilai pokok yang diberikan dianggap sebagai mendapatkan habuan tanpa ada susah payah malah diperolehinya di atas kesusahan orang lain.

Oleh itu Islam mengharamkan riba untuk menjaga maruah seseorang daripada sewenang-wenangnya dicerobohi.

Islam sangat menggalakkan sifat tolong menolong di antara satu sama lain. Firman Allah yang bermaksud: ...dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah... (al-Maidah: 2)

Falsafah di sebalik pinjaman dalam Islam ialah untuk memenuhi keperluan seseorang yang dalam kesusahan, memupuk semangat tolong menolong dan untuk menyuburkan kasih sayang di antara satu sama lain.

Dengan mengenakan caj tambahan yang kadangkala berganda-ganda melenyapkan nilai-nilai mulia ini malah dengan amalan riba ini telah menyuburkan sikap mengeksploitasi dan menindas golongan yang sedang dalam kesusahan.

Akhirnya lahirlah manusia yang tamak, mementingkan kepentingan sendiri dan menjadi hamba kepada harta.

Islam mengharamkan riba kerana ia bercanggah dengan fitrah kehidupan manusia di mana setiap individu perlu menjadi anggota atau unsur kepada produktiviti. Akan tetapi menerusi amalan riba ini menyebabkan manusia menjadi malas untuk berusaha dan hanya memikirkan bagaimana hendak melipatgandakan keuntungan di atas keringat orang lain.

Akhirnya harta tidak berkembang dan hanya berlegar di kalangan orang-orang kaya sahaja. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda. (al-Rum: 39)

Riba juga akan membuka pintu keburukan dan menghilangkan keberkatan harta serta kehidupan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa". (riwayat Ahmad)

Pengamal riba dikira telah melakukan dosa zina ibu bapa sendiri seperti sabda Rasulullah SAW: "Riba mempunyai 73 pintu, riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya..." (riwayat Ibn Majah dan Al-Hakim)

Riba itu boleh terjadi dalam dua keadaan iaitu semasa berjual beli ataupun berhutang. Dalam perbahasan kitab fikah ia disebut sebagai Riba Buyu' (riba dalam jual beli) dan Riba Duyun (hutang).

Riba Buyu' adalah berlaku pertukaran barangan ribawi yang berbeza dari segi kuantitinya seperti menukarkan 1 kilogram (kg) beras jenis A dengan 2 kg beras jenis B atau berlaku penangguhan dari sudut masa seperti membeli emas secara hutang. Dalam konteks semasa riba jenis ini boleh berlaku sebagai contoh dalam urusniaga mata wang asing (forex).

Barangan ribawi ialah medium pertukaran seperti emas, perak, mata wang dan makanan asasi seperti beras, gandum dan sebagainya. Jual beli yang melibatkan barangan ribawi ini hendaklah mematuhi syarat yang ditetapkan agar tidak berlaku transaksi riba seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda: Emas hendaklah dibayar dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tepung dengan tepung, kurma dengan kurma, garam dengan garam, bayaran harus dari tangan ke tangan (tunai). Barang siapa memberi tambahan atau meminta tambahan, sesungguhnya ia telah berurusan dengan riba. Penerima dan pemberi itu sama-sama bersalah. (riwayat Muslim)

Riba Duyun adalah riba yang berlaku dalam urusan pinjam meminjam, iaitu apa-apa penambahan ke atas amaun pokok sama ada penambahan tersebut dijanjikan oleh peminjam atau ditetapkan oleh pemberi pinjam semasa akad atau semasa apabila telah berlaku default.

Sebagai contoh, seseorang memberi pinjam kepada sahabatnya RM10,000. Semasa beliau memberikan wang tersebut beliau menetapkan kepada sahabatnya supaya membayar lebih RM500 ke atas nilai pokok tersebut daripada awal lagi atau mengenakan caj sebanyak lima peratus jika sahabatnya gagal membayar ansuran atau sahabatnya berjanji untuk membayar lebih sebanyak RM300.

Semua senario ini adalah contoh mudah senario transaksi Riba Duyun dalam pinjaman. Riba jenis ini banyak berlaku di bank-bank konvensional masa kini seperti pinjaman dalam membeli kereta, membeli rumah, pinjaman peribadi dan sebagainya.

Berdasarkan hujah-hujah yang diberikan sama ada daripada ayat-ayat al-Quran, as-Sunnah dan praktis semasa bank-bank dan syarikat-syarikat insurans konvensional pada hari ini, ia menunjukkan amalan riba membawa kepada lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada individu mahu pun ahli keluarga mereka.

Justeru, sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab serta mementingkan keadilan dalam setiap perkara, seharusnya kita mempromosikan perbankan Islam dan produk-produk yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat Takaful, sebagai alternatif dan jalan penyelesaian daripada terlibat dengan amalan riba.

Sekurang-kurangnya, kita telah berusaha untuk memberi jalan keluar kepada masyarakat daripada terus bergelumang dengan amalan riba yang sememangnya dilaknat oleh Allah SWT.

Dosa datang dalam 4 peringkat

"Dosa Peringkat Pertama

Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat
bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat
dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama
ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua.

Dosa Peringkat Kedua

Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas
perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit
permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.

Dosa Peringkat Ketiga

Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya.
Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat
dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa
kepada unsur MURTAD. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa
ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. "Selepas peringkat ini seseorang itu
akan sampai ke peringkat keempat.

Dosa Peringkat Keempat

Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula
MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN. Pada peringkat ini orang
tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong,
bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.

Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita
setiap hari dan cepat-cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita
yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang-orang yang bertaqwa disisi
Allah.

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah
akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya
islam yang lengkap ini." Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada
pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap." Sahabat
bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku
bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut". Rasulullah menjawab,
"Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan
berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka
selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya )
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-
Hujurat ( 49 ):6 ).

Khamis, 6 Ogos 2009

Peringkat-peringkat Isteri

WanitaOleh: Aisya Humaira

Isteri SiddiqinIsteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun sesuatu yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, diterima dengan penuh perasaan malu dan bersyukur.


Sekiranya ada, adalah, sekiranya tiada, dia bersabar. Tidak sesekali meminta, apatah lagi yang tidak perlu. Jika diberi sekalipun dia menolak bahkan adakalanya sesuatu yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Inilah golongan isteri yang bersifat siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, umpama hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali sesuatu yang perlu sahaja. Sesuatu yang tidak perlu, tidak akan dimintanya bahkan sekiranya suami memberi yang sesuatu tidak perlu dia tolak dengan baik. Tetapi sekiranya sesuatu yang diperlukan pun tiada, dia tetap bersabar. Namun dia tidak akan sesekali mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Inilah golongan muqarrobin. Golongan ini juga sukar untuk dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya sesuatu yang perlu dan sekali-sekala meminta juga sesuatu yang tidak perlu seperti inginkan kehidupan yang agak selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal dan juga kenderaan. Namun sekiranya suami tidak memberi, dia tetap bersabar dan ianya tidak pula menjadi masalah. Inilah adalah golongan orang yang soleh.

Isteri Fasiqin

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja sesuatu yang perlu, bahkan sesuatu yang bukan keperluan pun dia tetap meminta-minta. Jika diberi sekalipun tidak pernah berasa puas, tidak pernah berasa cukup, sudah mendapat kemewahan pun masih tidak berasa cukup. Sekiranya tidak dipenuhi akan menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasiq. Golongan isteri seperti ini selalu sahaja menderhaka kepada suami, apatah lagi dengan Allah SWT.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuatkan suaminya selalu dalam keadaan serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diturutkan, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, shopping menjadi kelaziman. Namun demikian tidak juga berasa puas dan berasa cukup. Pelbagai kehendak terpaksa dituruti. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang seperti air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelora. Lama-kelamaan bercerai menjadi jalan penyelesaian. Sekalipun penceraian tidak menjadi demi menjaga air muka dan maruah keluarga ataupun hendak menjaga nama baik dan kedudukan ataupun tidak mahu melihat anak-anak menjadi porak peranda, yang demikian, apalah ertinya rumahtangga yang sebegitu rupa. Ke manakah hilangnya keindahan dan kenikmatan berumahtangga. Apalah bahagianya andai gelombang dan gelora krisis tidak pernah berhenti dan tenang. Apalah yang akan terjadi kepada anak-anak melihat ibu bapa mereka yang sentiasa bertelagah seperti anjing dengan kucing.

Semoga Allah SWT menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling cinta mencintai antara satu sama lain. Sebagaimana dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi, Rasululllah SAW bersabda :

"Di sekitar Arsy terdapat menara-menara daripada cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Bahkan para nabi dan syuhada' iri terhadap mereka. Ketika ditanya oleh para sahabat, Rasulullah SAW menjawab : Mereka adalah orang-orang yang saling cinta mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah."

Aisya : "Isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata penawar hati penajam fikiran, di rumah dia isteri di jalanan kawan, di waktu kita buntu dia penunjuk jalan."

Normal 0 false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-theme-font:minor-fareast; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:Arial; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;}

Sumber ; tinta-aisya.

Tahu, Faham & Amal

AgamaNukilan:IbnuNaFis

Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah,
Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan
para pengikut Baginda

Menutup aurat merupakan kewajipan agama yang sudahpun diketahui umum umat Islam. Tuntutan menutup aurat itu sabit berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur'an, hadits dan kesepakatan para ulama. Akan tetapi ramai umat Islam yang mengabaikan dan bersifat acuh tak acuh akan tuntutan dan kewajipan menutup aurat ini, baik lelaki mahupun perempuan.

Apa yang menyedihkan ialah cara atau tren berpakaian segolongan individu, khususnya perempuan, tidak menepati dengan apa yang digariskan oleh syara‘. Pakaian yang mereka pakai bukan untuk menutup aurat, sebaliknya hanya menampal sebagai perhiasan semata-mata agar dipandang cantik dan bergaya.

Lebih mengecewakan lagi, anggapan sesetengah individu itu bahawa memadai apabila dia memakai tudung sahaja, maka sudah bermakna dia menutup aurat. Sedangkan pakaian yang dipakai nyata masih tidak menepati tuntutan menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syara‘, seperti memakai seluar yang ketat atau pakaian pendek, nipis (jarang) dan kain berbelah, sama ada mereka sedari ataupun tidak bahawa pakaian yang mereka pakai itu adalah mengghairahkan. Bahkan cara bertudung pun masih
menampakkan anggota aurat yang wajib ditutup atau disembunyikan.

Ada pula yang memakai pakaian yang lengkap menutup aurat pada waktu-waktu tertentu sahaja, seperti ketika menghadiri majlis-majlis keagamaan dan kedukaan seperti kematian, tetapi tidak pada waktu-waktu lain.

Sikap sebahagian wanita-wanita muslimah seumpama ini menunjukkan bahawa mereka belum memahami maksud sebenar menutup aurat itu dan bagaimana cara melaksanakannya
sebagaimana yang dituntut oleh syara‘.

Tuntutan Menutup Aurat Adalah Perintah Allah Subhanahu Wa Ta‘ala

Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah mewajibkan lelaki mahupun perempuan untuk menutup aurat mereka dan menggariskan caracara menutup aurat itu. Tuntutan menutup aurat ini adalah perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Memakai pakaian yang menutup aurat sebagaimana yang digariskan oleh syara‘ bererti mentaati perintahNya. Bilamana menutup aurat merupakan suatu ketaatan, maka memakai pakaian yang mendedahkan aurat pula merupakan suatu kederhakaan.

Tuntutan menutup aurat ini tidak boleh dipandang ringan. Ancaman dan balasan Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap mereka yang tidak melaksanakan atau tidak memperdulikan
tuntutan menutup aurat itu adalah sangat keras. Antara akibat melanggar tuntutan ini ialah laknat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka yang melakukan penderhakaan terhadap perintahNya itu tidak akan masuk syurga, bahkan bau syurga pun tidak dapat dihidu oleh mereka, sebagaimana yang ditegaskan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya: “Ada dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku (Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam) melihatnya, iaitu; kaum lelaki memegang cemeti seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang lain, dan wanita–wanita yang berpakaian tetapi mereka (sebenarnya) bertelanjang (pakaian tiada menutup aurat kepala dan badan sebagaimana yang diperintahkan oleh agama), yang berjalan melagak menggoyangkan bahu, kepala mereka seperti bonggol unta yang condong. Mereka tidak boleh masuk syurga, bahkan tidak boleh menghidu baunya, padahal bau syurga itu sebenarnya dapat dihidu dari jarak sekian, sekian (yang cukup jauh).” (Hadits riwayat Muslim)

Oleh itu, kita hendaklah mengenakan pakaian untuk menutup aurat sebagaimana yang disuruh syara‘ kerana mentaati perintah Allah Subhanahu wa Ta‘ala, bukannya kerana tuntutan fesyen semasa atau kesesuaian tempat dan keadaan.

Menutup Aurat Nikmat Anugerah Allah Subhanahu Wa Ta‘ala

Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menurunkan bahan-bahan pakaian di muka bumi dan memberikan manusia keupayaan menghasilkan pakaian sebagaimana yang ditegaskan melalui
firmanNya:

Tafsirnya: “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup ‘aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”. (Surah al-A‘raaf: ayat 26)

Ayat ini menjelaskan bahawa bahan pakaian yang telah diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada hamba-hambaNya itu sebagai tanda-tanda limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya untuk menutup aurat mereka. Maka mereka yang mengabaikan kewajipan ini dengan mendedahkan aurat mereka adalah orang-orang yang tidak bersyukur dan tidak menghargai nikmat tersebut.

Banyak kebaikan dan faedah yang boleh didapat daripada kewajipan menutup aurat ini. Islam tidak mensyariatkan sesuatu melainkan untuk kebaikan dan kemaslahatan manusia itu sendiri.
Tuntutan menutup aurat ke atas wanita adalah untuk kebaikan bagi diri kaum wanita juga.

Di antara rahsia atau faedah menutup aurat yang khusus bagi wanita sepertimana yang dijelaskan dalam al-Qur'an ialah untuk mereka dikenal sebagai perempuan yang baik-baik dan dengan berpakaian sedemikian, maka mereka tidak akan diganggu. Secara tidak langsung pakaian yang menutup aurat dan sopan merupakan antara cara untuk menghindari fitnah, pandangan yang jahat atau berlakunya perkara yang buruk, umpamanya kes rogol.

Oleh itu, kewajipan menutup aurat juga merupakan satu nikmat yang wajib disyukuri, iaitu dengan cara melaksanakan kewajipan ini.

Bagaimana Cara Menutup Aurat Yang Dituntut Syara‘?

Sebelum dijelaskan cara menutup aurat bagi wanita sebagaimana yang dituntut oleh syara‘, perlu disebut terlebih dahulu bagaimana aurat wanita itu di hadapan lelaki bukan mahramnya. Secara sepintas lalu, bagaimana aurat perempuan dalam sembahyang, maka itulah juga auratnya di luar sembahyang. Apa yang boleh nampak di hadapan orang-orang yang bukan mahramnya hanyalah kedua tapak tangan dan muka sahaja, manakala keseluruhan anggota badan yang lain merupakan aurat yang wajib ditutup.

Cara berpakaian bagi perempuan yang sempurna menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki syara‘ itu dirujuk kepada firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya:

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab: 59)

Dalam ayat di atas telah jelas menyatakan bahawa pakaian yang dipakai ketika keluar itu hendaklah dalam keadaan labuh dan menutup seluruh tubuh pemakainya. Terdapat juga beberapa hadits yang menyebut tentang ciri-ciri pakaian yang dikehendaki oleh syara‘, umpamanya hadits yang diriwayatkan oleh ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha:

َMaksudnya:

“Bahawa Asma’ binti Abu Bakar telah berkunjung kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan memakai pakaian yang nipis. Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam berpaling daripadanya. Baginda bersabda: “Wahai Asma’, sesungguhnya orang perempuan apabila sampai umur haidh (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini… dan ini... (sambil) Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangan Baginda.” (Hadits riwayat Abu Daud)

Berdasarkan kepada dua dalil di atas, maka dijelaskan bahawa ciri-ciri pakaian menutup aurat yang dituntut oleh syara‘ bagi wanita itu adalah seperti berikut:

1. Pakaian yang longgar. Bukan pakaian sempit yang menampakkan susuk atau bentuk tubuh badan.

2. Pakaian yang labuh yang menutupi keseluruhan anggota aurat. Bukan pakaian yang pendek, singkat atau terbelah yang mendedahkan perut, dada, leher, tangan, kaki dan punggung.

3. Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat dari kelihatan. Bukan pakaian yang nipis atau jarang yang menampakkan warna kulit dan bayang-bayang tubuh dari luar.

bersambun g tunggu minggu depan……………

Sumber:jomfaham

8 cara menjadi suami yang terhebat

Oleh : Zailina Mahmud

Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya, rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi.

Berikut adalah beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.

1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

Makna bacaan solat

Assalamualaikum wbt,

Segala puji bagi Allah ,Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manuasia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan Nya .Adakah kita Tidak mengenang Budi ,Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkan kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya. Jadui di kesempatan ini saya sebarkan/forwardkan Makna bacaan solat yang kita baca setiap hari…………… untuk dijadikan renungan dan ikibar yang boleh diamalkan .

Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"wahai tuhan ku,aku tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

Sumber: arkib taman2syurga

HARAM MENGUMPAT (GHIBAH) DAN NAMIMAH (ADU DOMBA)

Mengumpat dan mengadu domba, keduanya adalah seburuk-buruk kejahatan dan yang paling banyak beredar di masyarakat, oleh karena itu hanya sedikit
orang yang selamat daripada keduanya.

Yang dimaksud dengan mengumpat atau ghibah ialah menyebut seseorang dengan sesuatu yang tidak disukainya.Baik yang disebut itu ada pada badannya,
agamanya, dunianya, dirinya, kejadiannya, akhlaqnya, hartanya, anaknya,
orang tuanya, istri/suaminya, pembantu rumah tangganya, pakainnya, gaya
berjalannya, gerakannya, senyumnya, cemberutnya, air mukanya atau yang
lainnya.Namanya tetap ghibah baik yang disebut dengan lisan ataupun
tulisan, atau yang berbentuk rumus, isyarat dengan mata, tangan,
kepala atau yang lain.

Mengumpat dengan menyebut bagian badan misalnya, buta, pincang, botak,
hitam; atau pada agamanya misal fasik, khianat, dzolim, meremehkan sholat,
durhaka kepada orang tua; atau pada dunianya misalkan menyebut orang lain
tidak beradab, tidak peduli orang, banyak omong, banyak makan minum; atau
yang berhubungan dengan orang tuanya misal bapaknya fasik, anak orang
kampung, anak tukang becak; atau yang berhubungan pakaian seperti
mengumpat gembel; atau mengumpat yang berhubungan dengan akhlak seperti
sombong, pembual, suka merengut, keras kepala, lemah hati, banyak
sangka.Pokok dari semuanya adalah menyebut orang lain dengan sesuatu
yang tidak disukainya.

Imam Abu Hamid Al Ghazali mengutip ijma

ummat Islam bahwa ghibah
itu ialah menyebut sesuatu yang tidak disenangi oleh seseorang ada
pada dirinya.

Adapun yang disebut namimah (mengadu domba) ialah memindahkan ucapan dari
seseorang atau orang lain kepada yang lainnya dengan maksud merusak
mereka.

Hukum keduanya adalah haram menurut ijma? seluruh ummat
Islam.Dalilnya jelas tersebut dalam Al Qur?an, Sunnah Rosul dan
ijma? ummat Islam.

Allah berfiman:

*.... dan janganlah sebagian kamu mengumpat (menggunjing) sebagian yang
lain. (surat Al Hujurat (49) ayat 12 )

*celaka bagi setiap pengumpat lagi pencela. ( surat Al Humazah
(104) ayat 1 )

*(Janganlah pula diikuti) orang yang pengumpat yang kian kemari
mengadu domba. ( surat Al Qolam (68) ayat 12 )

**Dari Hudzaifah ra. Dari Nabi saw. : Tidak masuk surga orang yang
suka mengadu domba (riwayat Bukhari dan Muslim)

**Dari Ibnu Abbas ra. :Sesunggunya Rasulullah saw. melewati dua buah
kubur maka Rasulullah bersabda: Sesungguhnya keduanya ini sedang
menerima siksa, keduanya tidak disiksa karena dosa besar (menurut
anggapan mereka).

Menurut riwayat lain:,.. bahkan itu adalah dosa besar.Adapun salah satunya
ialah orang yang suka kian kemari mengadu domba dan satu yang
lainnya ialah orang yang tidak bersuci dari kencingnya (riwayat
Bukhari dan Muslim)

**Dari Abu Hurairah ra. Bahwa Rosululloh bersabda : Apakah kalian tahu apa
ghibah itu? Para sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya yang lebih
mengetahui. Rasulullah bersabda: Ghibah adalah kau sebut sesuatu
yang tidak disukai oleh temanmu tentang dia. Rasul ditanya: Bagaimana
bila yang kuucapkan itu memang betul ada pada temanku itu? Rasul
menjawab: Jika apa yang kau ucapkan itu memang ada pada dirinya
berarti kamu telah mengumpatnya.Jika apa yang kamu katakan itu tidak
benar ada padanya berarti kamu mengada-ada (memfitnah). (riwayat
Muslim, Abu Daud, Tirmidzi dan An Nasa?i)

**Dari Abu bakrah ra.: Sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda ketika
berkhutbah pada hari raya qurban di Mina sewaktu mengerjakan haji
wada?. Rasulullah saw. bersabda : Sesungguhnya darah kalian, harta
kalian, kehormatan kalian haram atas kalian (mengganggunya)
sebagaimana haramnya hari kalian ini, dinegeri kalian ini (Mekkah)
pada bulan kalian ini, ketahuilah apakah sudah kusampaikan? (riwayat
Bukhari dan Muslim)

**Dari ?Aisyah ra. Ia berkata: Aku berkata kepada Rasulullah saw. :
cukuplah engkau katakan kepada Shafiyah begini?begini?.(sebagian
perawi hadits ini mengatakan: -yang dimaksud ?Aisyah, ia pendek-).
Nabi saw. bersabda : Sesungguhnya kamu telah mengucapkan suatu kalimat
yang sekiranya dimasukkan ke air laut, ia (kalimat itu) sanggup
merubahnya (merubah air laut). ?Aisyah berkata lagi : Kepada Nabi saw.
pernah kuceritakan tentang seseorang, Nabi saw. bersabda: Aku tidak suka
kepadaku diceritakan tentang seseorang dan sesungguhnya aku
begini..begini.. (riwayat Abu Daud dan Tirmidzi , Tirmidzi menyebut
hadits ini hasan shahih )

**Dari Anas ra. Ia berkata; Rasulullah saw. bersabda : Ketika aku
dimi'rajkan, kulewati suatu kaum yang mempunyai kuku dari tembaga,
mencakari muka-muka dan dada-dada mereka. Aku berkata : -siapakah
mereka itu wahai jibril?- Ia (jibril) menjawab: Mereka adalah
orang-orang yang memakan daging manusia (yang suka mengumpat) dan
menjatuhkan martabat pribadi mereka (riwayat Abu Daud)

**Dari Sa?id bin Zaid ra. ; dari Nabi saw. : Sesungguhnya riba
yang paling besar ialah memperdengarkan (membicarakan sehingga
didengar orang) tentang pribadi seorang muslim yang bukan haknya
(riwayat Abu Daud)

**Dari Abu Hurairah ra. Ia berkata : Rasulullah saw. bersabda :
Orang Islam itu saudara bagi muslim lainnya, tidak sepantasnya ia
mengkhianatinya, berdusta kepadanya, dan t idak pula pantas ia
membiarkan tidak menolongnya.Tiap-tiap orang Islam haram pribadinya,
hartanya, darahnya diganggu oleh muslim lainnya.Ketaqwaan adalah di
sini.Cukup bagi seseorang mendapat kejahatan, jika ia menghina
saudaranya yang muslim (riwayat Tirmidzi dengan derajat hadits hasan)

Sebagai Renungan:

Menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril: sebesar kurma...

Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.

Sah pelantar Cakrawala berada di perairan Kelantan

Oleh Salmah Mat Husain

Kini sah kedudukan pelantar minyak Cakrawala hanya terletak 153 kilometer dari pantai di Pengkalan Kubur. Jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Perkara itu disahkan anggota Exco, Dato' Husam Musa yang mengetuai ekspedisi ke pelantar minyak Cakrawala semalam.


Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali.

Pelantar berkenaan iaitu dikenali sebagai Lawit, Bintang dan Jernih. Dan ia disahkan juru ukur perunding yang juga menyertai ekspedisi tersebut.

Husam berkata, sebaik sahaja sampai ke kawasan pelantar berkenaan, operasi mengukur dijalankan menggunakan alat khas.Image

"Alhamdulillah dari Pengkalan Kubur jaraknya hanya 153 kilometer. Kedudukannya memang terletak dalam perairan Kelantan.

"Dan pada masa yang sama terdapat tiga lagi telaga yang begitu hampir dengan perairan Kelantan iaitu hanya 68 batu daripada pantai Tok Bali," katanya pada persidangan media selepas menyambut ketibaan dua lagi bot yang menyertai ekspedisi terbabit.

Mengikut peta tersebut katanya, pelantar Lawit, Bintang dan Jernih sememangnya terletak dalam perairan Kelantan.

"Dengan ini terbukti telaga serta pelantar minyak berkenaan terletak dalam perairan Kelantan.

"Dan tidak ada sebab lagi kerajaan pusat berdolak dalih tentang royalti yang sememangnya menjadi hak rakyat di negeri itu," ujarnya.

Sebelum ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak memaklumkan kerajaan pusat akan mengkaji balik royalti kepada Kelantan mengikut undang-undang.

Image Oleh itu Husam berkata, kajian undang-undang mengenai perkara itu tidak sepatutnya melebihi dua bulan kerana terdapat ramai pakar perundangan di Kuala Lumpur.

"Sekarang baru bulan Ogos, ada hampir sebulan Ramadan, jadi kerajaan pusat sepatutnya menyerahkan royalti berkenaan Ramadan bagi membolehkan ia diagihkan kepada rakyat," ujarnya.

Beliau juga berkata, juru ukur akan membuat laporan kepada kerajaan negeri mengenai kedudukan sebenar pelantar berkenaan.

Pengerusi Petronas pertama, Tengku Razaleigh Hamzah pernah memberitahu Kelantan berhak menerima royalti 5 peratus memandangkan kedudukan pelantar di kawasan perairan negeri ini. - mj _

H1N1, bala dan keengkaran orang agama tegur kemungkaran - Tok Guru

Oleh Wan Nordin dan Salmah Mat Hussin

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkiaskan, virus H1N1 yang semakin serius melanda negara hari ini adalah satu bala atas kemungkaran yang berlaku. Bala ini katanya akan datang tidak mengira samada di kawasan itu ada golongan agama atau sebaliknya, semuanya akan ditimpa.

Lebih-lebih lagi apabila ada golongan agama yang 'membisu' yang tidak mahu menegur atau menasihati kemungkaran yang berlaku, ujarnya sinis.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini virus H1N1 yang melanda negara yang kini menyebabkan 12 kematian.

Beliau ditemui di pengkalan kapal, Pengkalan Kubor sebaik menyambut ketibaan delegasi MISI ROYALTI 2009 yang membuat pelayaran ke Pelantar Minyak Cakrawala, sempadan Malaysia Thailand 4 hingga 5 Ogos.Misi itu dikepalai Exco Kanan Kelantan, Dato' Paduka Husam Musa.

Bercakap lanjut mengenai isu H1N1, Tok Guru bagaimanapun berharap semua pihak berdoa kepada yang Pencipta selain berusaha dengan kaedah perubatan.

Beliau turut mahu semua pihak berganding bahu bagi mengatasi kemelut ini, kerajaan pusat, rakyat mahupun kerajaan-kerajaan negeri.

"Kita kena serah kepada Allah, bala ini bila mari(datang) dia jangan kata tak ada kena mengena dengan tuhan, alim ulama sebut ia akan kena termasuk kepada orang baik, kerana apa mungkin kerana dia tidak nasihaa dan tak tazkirah.

"Oleh itu kita kena kerjasama semua sekali, rakyat mahupun kerajaan kena bekerjasama, jika tidak habis kena bala, bumi ini tuhan punya, justeru kita tidak boleh buat pandai-pandai," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan terkini, seorang lagi kanak-kanak, berusia enam tahun, meninggal dunia 2.30 pagi ini di Hospital Batu Pahat akibat wabak selesema babi A (H1N1), menjadikan jumlah seluruhnya 12 orang meninggal dunia di seluruh negara sejak dua minggu lalu.

Dua korban terbaru wabak tersebut yang dilaporkan sebelumnya terjadi di Melaka.

Seorang lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun dari negeri itu - masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang - menjadi korban terbaru kes selepas kematian kanak-kanak tiga tahun disahkan akibat virus tersebut.

Mangsa kesembilan Iffah Syazwina Samsuddin dilaporkan meninggal dunia pada 4.30 petang semalam di Hospital Melaka.

Korban kelapan membabitkan seorang guru 51 tahun dari Kuala Selangor yang meninggal dunia Ahad lalu. Sekolah tempat guru itu mengajar ditutup pada 27 Julai.

Setakat ini, 1,476 kes selesema A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara, termasuk 16 kes terbaru termasuk kematian tersebut.

Korban ketujuh, ibu 24 tahun dari Miri, Sarawak yang baru melahirkan anak sulungnya dua minggu lalu meninggal dunia Ahad lepas. Anaknya bagaimanapun dilaporkan selamat.

Keenam, murid lelaki berusia 11 tahun dari Johor Bahru meninggal akibat komplikasi, 2 Ogos lalu.

Kelima, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Perak meninggal dunia Jumaat lalu.

Pada 28 Julai lalu, wanita berusia 20 tahun dari Melaka meninggal dunia akibat pneumonia teruk yang dijangkiti dari persekitaran.

Sehari sebelumnya, seorang lelaki berusia 42 tahun mati akibat wabak itu setelah disahkan menghidap selesema A (H1N1).

Si mati yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal akibat pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan.

Korban kedua wabak itu di negara ini, lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di hospital swasta di Subang Jaya, 26 Julai.

Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari di unit rawatan rapi.

Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1)./wann_

Jangan Prejudis Terhadap Islam

Oleh Ustaz Nasrudin Tantawi

1. Saya perlu memberi teguran dan sekaligus memberi peringatan kepada Yb. Jeff Ooi berkaitan kenyataannya di Sunday Star .

2. Saya merujuk kepada kenyataan Yb Jeff Ooi [ Ahli Parlimen Jelutong - DAP ] merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan di dalam akhbar The Sunday Star bertarikh 02. 08. 2009 muka surat N.12 .


3. Yb. Jeff Ooi telah mempertikai Mohd Razali bin Abdullah , Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan menuduh dan menggelarkannya sebagai "Muslim Extremist" kerana menjadi ahli Jamaah Islam Malaysia [ JIM ] yang mempunyai misi " to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020 "

4. [ Membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang - undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020 ] bukan sahaja menjadi cita - cita JIM tetapi ianya menjadi cita - cita setiap muslim yang mukmin dan muttaqin [ muslim yang benar - benar beriman dan tunduk kepada perintah Allah swt ]

5. Yb. Jeff Ooi dinasihat dan diperingatkan agar TIDAK keterlaluan dalam kenyataan dan tindakan yang boleh menyinggung perasaan ummat Islam dan TIDAK bersikap prejudis terhadap Islam .

6. Saya tegaskan sekali lagi , bahawa menjadi asas dan prinsip seorang muslim dan pergerakkan Islam membentuk cita - cita untuk melaksanakan syariat Islam dan sememangnya Islam itu adil untuk semua . Justeru itu , cita - cita atau prinsip tersebut tidak membawa maksud ia ekstrim sebagaimana yang didakwa.

7. Islam adalah agama yang adil , toleransi dan damai sifatnya . Jangan lihat Islam pada wajah manusia yang ingkar terhadap perintah Allah swt tetapi lihat Islam pada wajah mereka yang berilmu , bertaqwa dan soleh perilakunya . lantaran itu Islam adalah agama yang suci , maka dimanakah tidak kenanya cita - cita untuk melaksanakan suatu yang suci , adil dan toleransi .

8. Jika Islam tidak benar , sila buktikan dimana tidak benarnya ? jika berpegang dengan ajaran Islam itu adalah ekstrim , maka apakah implikasinya ? apalagi yang menghantui pemikiran beliau mengenai Islam ? atau beliau masih mengalami Islamophobia hasil dari propaganda barat dan kuncu - kuncunya ?

9. Sewajarnya beliau tidak memahami Islam dari perspektif musuh - musuh Islam seperti barat , golongan Islam Liberal dan pelampau tetapi sebaliknya merujuk terlebih dahulu berkait dengan dasar dan prinsip Islam melalui para alim ulama' yang memperjuangkan Islam .

10. Saya mendesak dan menyeru supaya Yb. Jeff Ooi memohon maaf kepada ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang tersebut dan kepada semua ummat Islam secara terbuka di atas keterlanjuran kata dan sikap yang ditunjukkan .

Rabu, 5 Ogos 2009

Istimewa Perempuan Islam

AgamaNukilan:imamazhari
Gambar Hiasan

Kaum hawa berkata, susah menjadi perempuan Islam, lihat saja peratuan dibawah ini :-
Perempuan auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki,

Perempuan perlu meminta izin suaminya apabila mau keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya,

Perempuan saksinya kurang dibanding lelaki,

Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki,

Perempuan perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak,

Perempuan wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat kepada isterinya,

Talak terletak ditangan suami dan bukan ditangan istri,


Perempuan kurang dalam beribadah karena masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Hakikatnya..

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan disayangi serta disimpan ditempat yang selamat dan terbaik.

Tentunya intan permata tidak akan dibiarkan terserak bukan? Demikian halnya dengan perempuan dan auratnya.

Perempuan perlu taat kepada suaminya, tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya.

Bukankah ibu adalah seorang perempuan? Perempuan menerima warisan setengah dari lelaki, tetapi harta itu
menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima warisan, perlu

menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya. Perempuan perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,

tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah di muka bumi ini,

dan jika meninggal karena melahirkan adalah syahid. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan diminta

pertanggung jawabnya terhadap 4 perempuan, iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Sedangkan seorang perempuan, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki yaitu suaminya,ayahnya,anak lelakinya

dan saudara lelakinya. Seorang perempuan boleh memasuki pintu syurga melalui pintu syurga manapun yang disukainya

cukup dengan 4 syarat iaitu sholat 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah, tetapi perempuan jika taat kepada suaminya serta menunaikan

tanggung jawabnya kepada Allah, akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berjihad tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya Allah.begitu sayangnya Allah kepada perempuan.

* Kucoretkan catitan ini sekadar untuk ku hiasi dalam diari hidup ini, bahawa wanita diciptakan untuk lelaki ini sebagai pelengkap kehidupan sebagaimana nabi Adam seolah-olah merindui akan sesuatu dan jiwanya perlu dilengkapi..Moga catatan ini memberikan inspirasi untuk semua wanita yang bergelar Muslimah..
Ayuh serlahkan kesolahan mu!!!


Sumber:Saujanahikmah

Wabak & Penyakit Berjangkit Menurut Islam

Keluarga Oleh Aisya Humaira

Seperti yang diketahui penyakit selsema babi atau virus H1N1 telah menjadi wabak yang merbahaya. Negara kita telah menjangkau 58 orang yang disahkan dan Mesir seramai 40 orang. Malahan dalam berita ikhwanonline menyatakan kemungkinan virus selesema babi ini akan

bergabung dengan virus selsema burung. Ia akan menjadikannya lebih merbahaya. Mudah-mudahan Allah menjauhkan kita dari perkara tersebut.

Disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut :

PERTAMA : Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi SAW. Nabi SAW bersabda maksudnya :

“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” - Hadis riwayat Bukhori.

Ini adalah suruhan Nabi SAW kepada umatnya, berhati-hati ketika bermuamalat dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.

KEDUA : Penularan dan merebaknya penyakit memerlukan kepada syarat-syarat yang ketat. Oleh itu Nabi saw menafikan penularan ini:

“Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” - Hadis riwayat Bukhori.

Setiap penyakit yang berjangkit ada cara-cara tertentu, ada yang berjangkit melalui makan dan minum, ada yang melalui darah dengan suntikan, ada yang melalui hubungan jenis dan sebagainya. Hadis menafikan jangkitan penyakit tanpa sebab dan dengan cara jangkitan yang sebenarnya.

KETIGA : Dalam keadaan yang diperlukan, orang yang sihat boleh bersama pesakit dengan berserah pada Allah SWT. Jabir bin Abdullah r.a. telah meriwayatkan :

"Sesungguhnya Rasulullah SAW mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi SAW bersabda : “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguhlah kepada Allah dan berserahlah pada-Nya.” - Hadis riwayat Tirmizi

Oleh itu sesiapa yg bertanggungjawab untuk bersama pesakit yang berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dengan Allah dan meminta perlindungan kepada-Nya.

KEEMPAT : Pengasingan pesakit berjangkit dari orang-orang yang sihat (isolation).

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

"Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.” - Hadis Riwayat Bukhori

Nabi SAW bersabda:

“Bergaullah bersama pesakit kusta dengan jarak selembing atau dua lembing.” - Hadis riwayat Abu Nu'aim.

Hadis-hadis ini menunjukkan bahawa perlunya pengasingan di antara orang yang sihat dengan pesakit yang berjangkit ini. Ini untuk mengelakkan jangkitan penyakit dan penularannya ke dalam masyarakat.

Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali menegah pesakit kusta dari bersama orang yang sihat.

KELIMA : Kuarantin (quarantine) dalam Islam.

Kuarantin adalah menghadkan pergerakan orang-orang yang sihat yang pernah bersama dengan pesakit yang berjangkit pada satu tempat dalam masa penyakit itu boleh berjangkit. Tujuan utamanya adalah supaya dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit itu menular ke dalam masyarakat yang sihat. Walaupun mereka ini dilihat sihat tetapi ada kemungkinan penyakit sudah berjangkit kepada mereka dan gejala penyakit itu belum timbul kerana masih lagi di peringkat permulaan.

Nabi SAW bersabda:

“Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hamba-Nya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” - Hadis riwayat Muslim.

KEENAM : Syahid kepada orang yang mati kerana penyakit wabak (epidemics).

Aisyah r.a. berkata:

“Aku bertanya Rasulullah SAW tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” - Hadis riwayat Bukhori.

KETUJUH : Islam menggalakkan umatnya berusaha mengelakkan dari penyakit. Antara usahanya adalah tidak masuk ke tempat yang ada penyakit berjangkit atau wabak. Ini jelas apa yang berlaku kepada Saidina Umar r.a. ketika mana beliau hendak masuk ke dalam negeri Syam. Apabila beliau mengetahui di negeri Syam berlakunya wabak taun, dia berpatah balik dan tidak jadi masuk ke negeri Syam. Lalu Abu Ubaidah al-Jarrah r.a. berkata:

“Adakah engkau cuba lari dari ketentuan Allah?”

Umar menjawab:

“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” - Hadis riwayat Bukhori.




KELAPAN : Doa Qunut Nazilah kerana wabak.

Mazahab Syafie dan Hanafi berpendapat sunat qunut nazilah dalam solat untuk menghindarkan taun dan penyakit wabak yang lain. Mazhab Maliki mengatakan sunat solat bukannya doa qunut. Mazhab Hambali menyatakan bahawa tidak disyariatkan qunut untuk menghindarkan wabak kerana berlaku wabak taun pada zaman Saidina Umar r.a. dan beliau tidak qunut dan tidak menyuruh orang lain qunut.

KESEMBILAN : Sengaja memindahkan penyakit berjangkit kepada orang lain.

Menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah perkara yang dilarang. Nabi SAW bersabda:

“Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” - Hadis riwayat Ibnu Majah.

Persidangan Islam yang diadakan di Dubai pada tahun 1415 hijrah telah menyatakan bahwa senghaja memindahkan penyakit yang berjangkit seperti AIDS kepada orang lain adalah dosa besar dan berhak untuk mendapat hukuman yang berat. Perbuatan ini dianggap pembunuhan dengan sengaja yang mewajibkan qisas jika membawa kematian kepada mangsa.

Aisya : Utamakan Kesihatan

Membaca Yasin 3 Kali Pada Mlm Nisfu Sya'aban

Agama oleh IbnuNafis

Para ulamak kita di tempat lain (di Mesir, beberapa tempat di Saudi, Yaman, Siria, Nusantara, dan lain-lain) kebanyakannya tidak bersetuju dengan fatwa tersebut.Oleh kerana itulah amalan beramai-ramai pada malam Nisfu Sya'ban ini

Oleh kerana itulah amalan beramairamai pada malam Nisfu Sya'ban ini dilakukan oleh para ULAMA' zaman berzaman di merata tempat sejak zaman salaf lagi.

Di bawah ana nukilkan tulisan Sidi Abu Muhammad pada menceritakan Nisfu Sya'ban dengan jelas dan adil ya...

Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya'baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam yang maksudnya :

"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan."

(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)

Di Malam Nishfu Sya'baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi`ie dalam kitabnya al-Umm:

"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."


Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu di atas.

Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu `alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi`in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah,

bahawa para tabi`in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma'dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya'baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.

Para tabi`in tersebut menghidupkan Malam Nishfu Sya`baan dengan dua cara:

* Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

* Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi`in itu.

Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya'baan, maka berlaku khilaf antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid`ah yang keji. Khilaf berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersholat, maka lakukanlah sholat-sholat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan Isya`), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya'baan atau pada malam-malam yang lain.

Sedikit tambahan lagi:

Amalan-amalan ini merupakan teknik yang pelbagai dalam menyampaikan dakwah oleh para ulama silam yang amat pakar dalam menyampaikan dakwah mereka ke seluruh pelusuk dunia. Adapun teknik-teknik amalan yang dilakukan oleh sesetengah pihak bergantung kepada para ulamak yang mengajarkan dan kepada siapa diajarkan. Semuanya adalah dibenarkan selagi mana tidak melanggar syara'. Samaada hendak solat sunnah, berzikir atau membaca Al-Quran bergantung kepada kemampuan individu.

Perkara-perkara ini tidak patut sama sekali diperselisihkan atau ditentang. Biarlah manusia lain ingin beramal sedanyanya tanpa kita sibuk menutup jalan-jalan kebajikan ini. Apapun perkara ini adalah dalam batasan perselisihan yang dibenarkan oleh syara'. Berlapang dadalah jika pihak lain tidak bersetuju dengan kita, selagi mana menjaga akhlak Islam.

Malang sekali jika perkara-perkara besar dalam masyarakat tidak dihiraukan, tetapi kita lebih suka membicarakan adakah boleh melakukan amalan pada malam nisfu Sya'ban atau tidak. Tetapi, kita lebih risau jika digolongkan di kalangan mereka yang menentang apabila perbuatan makruf dilakukan, manakala apabila perbuatan mungkar dilakukan, duduk diam sahaja tidak endah. Na'udzubillah min zalik. Inilah akibatnya jika tidak mempunyai kefahaman jitu dalam ikhtilaf serta ujub dengan diri sendiri dalam ilmu yang dimiliki.

Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya'ban yang menjelang. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Amiin.

Wallahu A'lam

Sumber : www. Iluvislam.

Arak oh arak di Selangor

Oleh Roslan SMS Corner

Ini bukan soal mahu mensabotaj sesiapa. Tetapi ini soal prinsip. Sebagai pembawa obor tetapi kepada Allah swt, dalam soal yang membabitkan ketahanan aqidah dan ketaatan pada hukum dan peraturan al Quran dan Sunnah.

PAS mahu buktikan bahawa dalam soal mempertahankan prinsip berkaitan Islam PAS sanggup berhadapan dengan apa sahaja risiko, tidak seperti Umno yang hanya menuntut apa yang meguntungkannya sahaja dan menyahkan apa sahaja yang tampak rugi atau boleh menjejaskan kedudukannya walaupun ia tuntutan agama.


Di Selangor sebagai komponan yang membentuk kerajaan negeri pada PAS lah diharapkan menjaga dan mempertahankan isu berkaitan dengan Islam dan masyarakat Melayu.

Allah swt mengharamkan arak, meminum atau menjualnya. Itu sudah jelas dan diketahui bukan hanya oleh umat Islam malah begitu juga yang bukan Islam.

Di Selangor kebetulan terdapat undang-undang yang mengkategorikan tindakan meminum dan menjual arak ini sebagai suatu jenayah syariah. Walaupun ia tidak menepati hukum syarak yang sebenarnya dari segi hukumannya, namun sekurang-kurangnya ia meneroka peluang pencegahan yang sewajarnya diberi perhatian serius oleh umat Islam.

Dengan kuasa yang dipinjamkan oleh Allah swt padanya di Selangor PAS terpanggil untuk memberi perhatian dan tumpuan pada kerja-kerja amar makruf nahi mungkar sekurang-kurangnya dikalangan rakyatnya yang beragama Islam.

Kerana itu PAS tidak dapat menerima jika ada mana-mana pihak yang cuba menghalang atau menyekat perlaksanaan dan penguatkuasaan hukum dan peraturan berkaitan agamanya.

Dalam bab arak contohnya PAS Selangor bukannya menuntut “blanket ban” atau pengharaman keseluruhan terhadap penjualan dan peminuman arak dikalangan seluruh masyarakat termasuk bukan Islam. Ia akur kedudukan dan bilangan masyarakat Islam di negeri ini, kerana itu tuntutan PAS hanya terhad terhadap penjualan dan peminuman arak dikalangan masyarakat Islam.

Jangan ada sesiapa mempertikaikan hal ini. Tanggungjawab PAS adalah melindungi umat Islam di negeri ini dari bencana dan bahana arak.

Kerana itu janganlah kaitkan pendirian dan kedudukan PAS ini dengan kononnya agenda musuh atau usaha mahu mensabotaj sesiapa. DAP dan PKR adalah rakan kongsi PAS dalam kerajaan PR Selangor, PAS akan terus bekerja ke arah pemantapan PR. Tetapi dalam hal ini ia membabitkan isu dan urusan umat Islam. Biarlah ianya diselesaikan oleh umat Islam sendiri tanpa campurtangan mana-mana pihak terutama yang tidak tahu akan hujung pangkal.

Laporan BERNAMA:

Pas mahu kedudukan Ronnie Liu dalam exco dikaji
04/08/2009 7:58pm

SHAH ALAM 4 Ogos — PAS Selangor hari ini menggesa agar kedudukan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu dikaji semula kerana didakwa campur tangan dalam beberapa isu penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan.

Pesuruhjaya Pas Negeri Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata Pas mahu porfolio yang disandang Liu ditukarkan dengan orang lain bagi mengurangkan masalah yang sedang dan pernah berlaku sebelum ini.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di sini hari ini, Dr Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor berkata beliau dimaklumkan sendiri oleh pegawai-pegawai kerajaan negeri bahawa mereka tidak senang dengan campur tangan pihak tertentu termasuk Liu di dalam usaha untuk mengawal pengurusan dan penjualan arak di kalangan masyarakat Islam di Selangor.

Liu telah mempertikai keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan tindakan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) merampas 70 tin dan botol minuman keras daripada sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Seksyen 8 di sini pada 30 Julai lepas. Menurut satu laporan akhbar, minuman keras itu telah dipulangkan kemudian.

Liu dilaporkan berkata bahawa peraturan penjualan arak di Selangor yang sedia ada kekal sehingga satu garis panduan penjualan arak yang baru dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Dr Hasan berkata keputusan untuk melarang penjualan arak di kedai serbaneka 7-Eleven di kawasan yang majoriti penduduknya Islam seperti di Seksyen 8 telah diluluskan dalam satu mesyuarat penuh Majlis Bandaraya Shah Alam baru-baru ini.
MBSA mengambil keputusan itu dan mengambil tindakan atas desakan-desakan para penduduk setempat, katanya.

Dengan perkembangan ini, Dr Hasan berkata Pas Selangor mendesak agar kerajaan negeri serius dan menyegerakan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk digunapakai di seluruh negeri Selangor supaya kontroversi seumpama itu tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam.

Katanya kajian JAIS mendapati kebanyakan pembeli arak di kedai serbaneka yang dibuka sehingga larut malam mendapati ramai golongan muda Melayu daripada peringkat sekolah sehingga institusi pengajian tinggi membeli arak untuk diminum dari pukul 7 malam hingga 12 tengah malam.

Pas juga akan mengemukakan dengan segera draf peraturan kecil mengenai penggunaan arak di kalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasakan di peringkat PBT kepada kerajaan negeri dan juga pakatan pembangkang.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata Liu juga telah mempertikai serbuan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya terhadap sebuah pusat hiburan di Bandar Sunway di mana JAIS telah membuat tangkapan terhadap pengunjung-pengunjung Islam yang meminum arak.
— BERNAMA

12 barisan di akhirat

Oleh : Zamri Keciks

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:

"Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka din yatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki.. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka."Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya... ..Wallahua' alam.

Taubat Orang Jahil Tetap Diterima Oleh Allah

Oleh : mohd naim mohd zain

ISLAM tidak menutup pintu kepada umatnya yang bersalah, jika mereka mahu kembali kepada kebenaran dengan membersihkan diri dengan bertaubat. Malah, Islam membuka seluas-luasnya dan menggalakkan mereka berbuat demikian. Galakan diberikan setinggi-tingginya kepada mereka sehingga Allah meletakkan sebagai tanggungjawab-Nya untuk menerima taubat yang datang daripada hati tulus ikhlas. Hal ini kurniaan yang tiada tolok bandingnya bagi orang Islam. Sekali gus, menunjukkan bahawa sesungguhnya Allah Maha Pengampun.

Allah mengurniakan kepada hamba-Nya yang lemah peluang untuk kembali ke barisan yang suci. Dia tidak menyingkirkan mereka buat selama-lamanya seandainya hamba-Nya mempunyai keinginan untuk mendapat perlindungan yang abadi di sisi-Nya.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 17)

Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah menerima taubat orang yang melakukan perbuatan keji kerana kebodohannya. Kemudian mereka bertaubat walaupun malaikat telah bersedia untuk mencabut rohnya sebelum sampai ke tenggoroknya.
Mujahid berkata: “Setiap orang yang melakukan maksiat kepada Allah, baik keliru atau sengaja, bererti dia bodoh hingga menghindari dosa itu.”

Abdul Razaq berkata: “Ma'mar telah khabarkan kepada kami daripada Qatadah, dia berkata: Sahabat Rasulullah SAW sepakat mengatakan bahawa setiap orang yang melakukan maksiat kepada Allah, maka bererti dia jahil, baik sengaja atau tidak.”
Mufassirin juga bersepakat berpendapat yang dimaksudkan dengan kejahilan adalah kesesatan dari jalan hidayah sama ada panjang atau pendek masanya, selagi tidak berterusan sehingga roh sampai ke halkum.

Begitu pun, bagi mereka yang mengetahui atau sedar mengenai kesalahan perbuatan yang dilakukan, mereka dilarang mengulanginya.
Rasulullah menempelak mereka yang melakukan kejahatan terus menerus, sedangkan mereka mengetahui kejahatan yang dilakukannya. Sepatutnya, mereka meminta keampunan kepada Allah di atas kesilapan pertamanya tanpa mengulangi kesalahan itu.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah b Amr, daripada Nabi ketika Baginda sedang berada di atas mimbar, Rasulullah bersabda bermaksud: “Berilah kasih sayang, nescaya kamu akan dikasihi dan berilah keampunan nescaya kalian akan diberikan keampunan. Celakalah bagi orang yang mendengar perkataan, tetapi tidak mengamalkan dan celaka pula bagi orang yang terus menerus berbuat dosa yang mereka kerjakan, sedangkan mereka mengetahui (larangan berbuat dosa).”

Ada beberapa keadaan taubat seseorang itu diterima oleh Allah. Antaranya taubat hendaklah terbit dari lubuk hati hamba-Nya. Hati itu adalah hati yang baru, iaitu hati yang penuh dengan penyesalan di atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan sehingga menjadikannya benar-benar sedar dan insaf.

Taubat yang diterima Allah juga adalah taubat dalam keadaan segera sebelum roh sampai ke tenggoroknya. Hal ini seperti dijelaskan oleh Imam Ahmad yang meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba selama (rohnya) belum sampai ke tenggorok.”

Hal itu bererti apabila sudah putus harapan untuk hidup, malaikat mula datang menjemput, roh mula keluar dari tenggoroknya, dada mula terasa sesak dan mencapai tenggoroknya. Pada saat itu taubat tidak lagi diterima. Hal ini dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang antara mereka, (barulah) dia mengatakan: Sesungguhnya saya bertaubat sekarang.” (Surah al-Nisa’, ayat 18)

Taubat juga tidak diterima ketika datangnya sebahagian tanda besar kiamat akan muncul. Perkara ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud : “Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda Tuhanmu itu (yang menjadi alamat hari kiamat), tidaklah berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya.” (Surah al-Am’am, ayat 158)

Taubat juga tidak diterima oleh Allah di kalangan hamba-Nya yang mati dalam kekafiran. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah juga dalam surah an-Nisa, ayat 18 yang bermaksud: “Dan tidak pula diterima taubat orang yang mati, sedangkan mereka dalam kekafiran.”
Ibn Abbas menerangkan ayat itu diturunkan kepada pelaku amalan syirik.

Oleh itu, manusia perlu mengelak daripada berada dalam tiga keadaan di atas untuk bertaubat. Sebaik-baiknya bersegera bertaubat di atas setiap kesilapan yang dilakukan.

Sesungguhnya manusia tidak dapat lari daripada memohon taubat kepada Allah. Perkara ini kerana tiada sesiapa yang boleh mengampunkan dosa manusia, selain Allah. Firman-Nya bermaksud: “Dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah.” (Surah Ali Imran, ayat 135)
Sesungguhnya Allah tidak pernah jemu memberi keampunan kepada hamba-Nya selagi mana hamba-Nya memohon keampunan kepada-Nya. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Said, daripada Nabi bersabda bermaksud: “Iblis berkata: Wahai Tuhan, dan demi kemuliaan-Mu, aku akan terus menggoda anak cucu Adam selama roh mereka masih berada di tubuh mereka. Allah pun menjawab: Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, Aku tetap akan memberi ampunan kepada mereka selama mereka segera bertaubat dan memohon ampunan kepada-Ku.”