Oleh HAPIZAH AZIZ
cikgu sering menegur kenapa saya selalu membuat gubahan pelbagai berbentuk masjid semasa bersekolah dahulu dan saya tidak pernah menyangka simbol itu akhirnya mendekatkan saya terhadap Islam,” ujar Khamalin Mastura Cheong, 20.
Khamalin yang menyambut Aidilfitri kali kedua sebagai seorang Islam pada tahun ini ketika ditemui baru-baru ini menambah, kecenderungan terhadap Islam di luar sedarnya ketika berusia 16 tahun. Namun akhirnya beliau memeluk agama Islam selesai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Saya bersyukur dan puas hati dapat memeluk agama Islam pada awal tahun 2007 dan kini banyak membawa ketenangan kepada saya,” katanya.
Cerita beliau, selepas menamatkan pelajaran tingkatan tiga di sebuah sekolah di Selangor, beliau memohon memasuki sekolah teknik.
“Saya ditawarkan dalam jurusan bakeri dan konfektionari Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar pada tahun 2005,” ujarnya.
Pada setiap sesi pembelajaran kek katanya, beliau banyak mengikut naluri hatinya menggubah kek kepada bentuk masjid kerana terdapat keaslian dalam rekaan serta mudah menggabung ising yang diperlukan.
“Mungkin alasan itu pada asasnya, tetapi jauh di lubuk hati, saya berasa sangat tenang dan sukar meluahkan dengan kata-kata betapa damainya setiap kali memandang bentuk masjid yang selesai digubah berada di hadapan mata,” ujarnya tersenyum.
Khamalin ditemui sempena Majlis Sumbangan Zakat Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LPKI) negeri Kelantan di Institut Dakwah Islamiah, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), baru-baru ini.
Menurut beliau, minatnya menggubah kek ke bentuk masjid itu juga sering mendapat teguran daripada rakan tetapi dia tidak menganggapnya sesuatu yang membebankan.
Tambahan pula katanya, beliau mempunyai kawan rapat di kalangan orang Melayu dan sering memberi galakan dalam usahanya itu.
Selain itu jelasnya, setiap kali melihat kawan-kawannya bersolat, beliau tertarik dengan amalan tersebut yang mempamerkan keharmonian.
“Jika mempunyai kelapangan, saya sering melakukannya (solat) secara bersembunyi dan mendapati ibadat mudah dikerjakan dan berasa sungguh bahagia.
“Saya juga mendapati agama itu memberi ketenangan, tambahan pula ketika itu saya berhadapan dengan masalah keluarga,” ujarnya yang tinggal dengan keluarga angkat Islam sepanjang beliau bersekolah di Kuala Kangsar, Perak.
Menurut Khamalin, banyak contoh terbaik dalam Islam dapat dilihat dan dihayati sepanjang tinggal dengan keluarga berkenaan.
Akhirnya pada Januari 2007, beliau memeluk Islam dan mendapat tempat di Institut Dakwah Islamiah Perkim di Pengkalan Chepa, Kelantan.
Hasrat gadis sunti ini sekarang adalah untuk mendalami agama Islam dan menjadi pendakwah yang berwibawa pada masa hadapan.
“Saya akan memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam melengkapkan diri dalam agama ini, di samping mendoakan kebahagiaan ibu bapa,” ujarnya.
Beliau berharap, mereka akan menerima dirinya pada masa hadapan, setelah membuat penghijrahan dalam mengabdikan diri dalam agama Islam.
Khamalin juga bersyukur kerana golongan saudara baru sepertinya tidak diabaikan kerana pelbagai pihak sentiasa memberi sumbangan.
Terbaru, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LPKI) Negeri Kelantan menyampaikan sumbangan wang zakat kepada golongan tersebut.
Ia disampaikan oleh Timbalan Pengerusi (LPKI) Negeri Kelantan, Datin Tengku Rahimah Tengku Abdul Majid.
Sumbangan pada bulan Ramadan yang lalu, disampaikan kepada 76 saudara baru yang sedang mengikuti pengajian agama Islam dalam pelbagai peringkat di institut berkenaan.
“Kami menerima wang zakat, kain telekung dan kain pelekat.
“Saya berharap masyarakat terus memberi sokongan dan bimbingan agar dapat menangani pelbagai rintangan kerana pengorbanan memilih Islam sebagai pegangan hidup” ujarnya.
http://mengapaislam.wordpress.com/2008/11/23/mastura-cheong-pilih-islam/
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Ahad, 2 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan