assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Sabtu, 30 Mei 2009

Resepi Pilihan......Kerapu Masak Stim Ala Phet Sat

BAHAN-BAHAN:

• 1 ekor ikan kerapu sederhana besar (bersihkan dan siang)
• 1 sudu serbuk cili kering
• 1 mangkuk air rebusan ayam
• 1 sudu makan gula
• 1 sudu makan kicap sotong
• 1 sudu makan sos tiram
• ½ biji limau nipis
• Sedikit serbuk lada putih

BAHAN-BAHAN YANG DIHIRIS HALUS:

• 1 biji bawang besar
• 2 ulas bawang putih jeruk
• 2 biji asam boi
• 1 biji tomato
• 5 tangkai cili padi
• 1 batang serai
• Sedikit lobak masin

CARA-CARA MEMBUATNYA:

1. Ikan kerapu hendaklah direbus terlebih dahulu.

2. Bawang besar dipotong dadu dan hiriskan bawang putih jeruk, asam boi, tomato, lobak masin.

3. Tumbuk cili padi bersama serai. Masakkan bahan-bahan yang dihiris halus dan campurkan dengan serbuk cili kering, air rebusan ayam, gula, kicap sotong, sos tiram, serbuk lada putih dan air limau nipis. Kemudian tuangkan ke atas ikan kerapu yang sudah siap direbus.

Jumaat, 29 Mei 2009

Kesian Putri Umno ni...



kihkihkih inila lah untung nya dapat skong umno.woit.......noraini kalau mung tak nampak lagi kejahatan umno,bodo sgt la mung ni......patut la tak pakai tudung rhupanye puteri...wakakakakaErkkk, ganas jugak puteri ameno nie..... jemputan sampai 5 ribu orang, ramai dia berkawan dengan orang ameno nie....

Yang teman terkejut adalah.......... ingatkan nak buat jalan kat pendalaman Sabah atau Serawak.....ruper ruper nyer kat Kg Fitri Setiu Terengganu jer....pulak tu negara yang diperintah Be End dengan baru memperolihi wang royalti minyak beratus juta juta ringgit..... Emmmmm

Apa sudah jadik labu...???? Mat Said, mu wat kerja dokkk ?????

HARAM KAN WEBSITE NI...


depa ni sedap2 main kutuk tok guru kita haramkan website ni..

http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=26771

Mercu tanda PJ ranap, dua terbunuh



Seorang lagi mayat ditemui kira-kira jam 10.30 malam ini, menjadikan dua orang disahkan terkorban apabila bangunan lama pusat membeli-belah utama Jaya Supermarket setinggi enam tingkat di Seksyen 14, Petaling Jaya ranap selepas operasi meruntuhkannya bertukar tragedi petang tadi.

Bangunan tersebut, yang ingin diganti dengan projek pembinaan baru, masih lagi terus runtuh sekeping demi sekeping.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Soiman Jahid berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 5.08 petang tadi megenai satu bangunan enam tingkat telah runtuh.

Katanya, mayat pertama ditemui petang tadi, bersama dua lagi yang cedera dan dikejarkan ke hospital.

Menurutnya, dua mangsa yang cedera itu ditemui pada jam 5.45 petang dan 6 petang.

Manakala mangsa ketiga ditemui pada jam 6.44 petang dan disahkan meninggalkan dunia.

Soiman berkata, berdasarkan maklumat, masih ada lima lagi mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan tersebut.

Anggota bomba dan penyelamat, katanya, sedang berusaha untuk mengesan dan mengeluarkan mereka.

Beliau berkata, pihaknya masih belum dapat mengenal pasti mangsa-mangsa terbabit.

Soiman berkata, bangunan lama enam tingkat itu yang sedang dalam proses dinaik taraf.

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Junaidi Mohamad berkata, mangsa yang terbunuh dan dua lagi yang cedera itu adalah warga Indonesia.

Sehingga jam 9 malam tadi, enam orang masih terperangkap dalam runtuhan bangunan tersebut.

Operasi menyelamat itu membabitkan 30 anggota bomba, 15 anggota penyelamat, 30 anggota RELA, 30 anggota Pertahanan Awam dan 50 anggota polis.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut ke tempat kejadian malam ini, memberitahu media bahawa mayat kedua itu ditemui pasukan penyelamat pada kira-kira jam 10.30 malam ini.

Menurutnya, pasukan penyelamat juga masih meneruskan usaha mengesan dan menyelamat lima lagi yang terperangkap dalam runtuhan bangunan tersebut.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Timbalan Pengarah Iktisas Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Jamiyah Hassan berkata, mangsa yang maut itu dikenali sebagai Maskor, 28, manakala yang cedera pula ialah abang Maskor yang dikenali sebagai Suryano, 32, dan Sale, 48.

"Dua mangsa yang cedera itu sekarang berada dalam keadaan stabil," katanya.

Dr Jamiyah berkata 45 anggota paramedik dari tiga buah hospital
iaitu PPUM, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur berada dilokasi kejadian untuk memberikan bantuan perubatan.

Seorang saksi, Syed Mohammad Aidid Syed Ahmad Aidid, 41, pula berkata beliau mendengar satu dentuman kuat seperti guruh ketika kejadian itu berlaku.

"Bangunan itu betul-betul di sebelah kiri saya. Saya nampak habuk. Batu-batu jatuh di atas kereta saya macam hujan batu," katanya kepada Bernama.

Syed Mohammad Aidid berkata beliau baru meninggalkan bangunan Digital Mall yang terletak bersebelahan bangunan yang runtuh itu untuk ke pejabatnya di Phileo Damansara.

"Di hadapan saya ketika itu terdapat sebuah kereta Proton dan seorang perempuan sedang melalui kawasan itu. Namun semua mereka sempat menyelamatkan diri. Saya pula terus pecut, bagaimanapun kereta saya di bahagian kiri dan atas kemek. Waktu itu saya rasa amat takut dan sempat berdoa agar tidak ditimpa sebarang kejadian buruk," katanya. Malaysiakini.

PMBK lancar skim Imam Al-Ghazali bantu pelajar miskin


KOTA BHARU, 28 Mei :- Kelantan yang dikenali sebagai negeri kebajikan tambah semarak lagi dengan pelancaran pelbagai tabung bagi membantu rakyat miskin.

Sebelum ini ada Tabung Serambi Mekah, Tabung Amanah Tok Kenali dan Tabung Qardhu Hassan.

Dan semalam skim bantuan Imam Al-Ghazali pula dilancarkan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Skim tersebut dikendalikan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Bantuan bulanan akan diagih kepada 100 pelajar miskin yang dipilih dari sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Ketua Pegawai Operasi PMBK, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman idea bagi mewujudkan skim bantuan tersebut dicetus memandangkan ramai pelajar cemerlang di Kelantan dari keluarga kurang berkemampuan.

"Contohnya adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, anak nelayan yang muncul pelajar terbaik SPM seluruh negara. Maka PMBK merasakan bertanggungjawab untuk membela mereka.

"Oleh itu PMBK memperuntukkan sebanyak RM5,000 sebulan bagi membantu 100 pelajar miskin yang cemerlang," katanya pada majlis pelancaran tersebut yang diadakan di Dewan Teratai, Kota Darulnaim.

Setiap pelajar terbabit mendapat bantuan sebanyak RM50 sebulan dan ia akan dimasuk ke akaun Bank Islam pelajar terbabit sama tarikh gaji yang diterima kakitangan PMBK.

Ariffahmi berkata, walau pun sumbangan tersebut agak kecil, namun ia amat bernilai bagi mereka yang dhaif.

Bagaimanapun katanya, jumlah sumbangan itu akan dikaji dari semasa ke semasa.

Sementara itu, anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata nama Imam Al-Ghazali yang dipilih PMBK amat bertepatan kerana imam tersebut merupakan seorang alim dalam mazhab ahli sunnah wal jamaah dan juga syiah.

"Al-Ghazali merupakan seorang yang digelar Hujjahtun Islam kerana mempunyai keperibadian mulia dan seharusnya menjadi ikon kepada mereka yang ingin menuntut ilmu dunia dan akhirat.

"Saya amat gembira kerana nama yang agung ini digunakan sebagai perangsang kepada penerima skim bantuan ini. Diharap PMBK dapat mempertingkatkan lagi jumlah penerimanya pada masa akan datang," katanya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, walaupun sumbangan yang diberikan PMBK agak kecil namun sekiranya diberi secara ikhlas nilainya lebih besar di sisi Allah Taala.

Hadir sama pada program itu Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan) Yik, Ustaz Zakaria Muhamad dan Pengurus Bank Islam Cawangan Kota Bharu, Muhd Zafrullah Ghazy.

Manakala Nik Nur Madihah yang mendapat 20A dalam SPM tahun lalu dijemput sebagai penceramah jemputan pada majlis tersebut.

(petikah dari harakahdaily)

AGAMA Islam garis langkah terbaik selesai konflik perkahwinan

Oleh Nik Salida Suhaila

HARI ini, kegetiran rumah tangga bukan saja berlaku kepada pasangan baru berkahwin, tetapi juga yang hampir melewati setengah abad. Puncanya, tiada persefahaman, akibat masalah yang mungkin remeh-temeh atau tiada masalah langsung, tetapi itulah berlaku apabila jodoh tidak berpanjangan.

Ada yang mengadu suami jatuh cinta lagi dan tidak mampu membahagi kasih, lalu isteri terpaksa memberi laluan kepada cinta baru suami, dan anak pula tiada pilihan melainkan reda dengan kehilangan seorang ayah yang mereka dambakan kasih sayangnya sehingga dewasa.

Keluarga adalah institusi paling kecil, tetapi utama dalam pembinaan tamadun. Asas kukuh menjadi tunjang kepada peradaban yang sihat dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, keutuhan dan kerukunan perlu dicapai setiap unit keluarga bagi membolehkan membina tamadun manusia. Pincang institusi itu bermakna akan ada pelbagai bentuk kerosakan di muka bumi.

Permulaan untuk membina unit asas institusi kekeluargaan adalah perkahwinan. Antara objektif perkahwinan, menghalalkan perhubungan antara lelaki dan wanita, memenuhi fitrah kehidupan manusia mengingini kasih sayang serta ketenangan terhasil daripada ikatan yang suci.

Ia juga untuk memanjangkan generasi sedia ada dengan pertambahan zuriat keturunan sebagai penyambung tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di bumi di samping mengelakkan masalah sosial yang semakin meruncing akibat hubungan terlarang antara manusia.

Asas kepada perkahwinan ialah rasa cinta, kasih sayang, melaksanakan tanggungjawab, saling mempercayai, hormat menghormati, belas kasihan dan bertolak ansur. Persoalan mengenai penganiayaan dan kezaliman terhadap wanita rentetan daripada perkahwinan tidak timbul langsung dalam Islam kerana isteri mempunyai hak mendapat kebahagiaan. Jika hak itu dinafikan oleh suami, isteri berhak menuntut perceraian.

Antara penyebab berlakunya konflik dalam rumah tangga adalah tekanan ekonomi, masalah komunikasi, memberi ruang kepada kehadiran orang ketiga, penyakit atau kematian, kesunyian dan tidak menyandarkan hubungan suci itu kepada tiang agama.

Konflik sebegini tidak seharusnya diakhiri dengan perceraian. Lagi pun, talak perkara paling dibenci Allah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah ialah perceraian." (Hadis riwayat Abu Dawud)

Langkah mengembalikan hubungan yang tegang seperti sedia kala adalah dengan memulakan sebuah kehidupan baru. Pasangan harus mengetahui penyebab kepada krisis berlanjutan. Jalan penyelesaian juga mesti dibincangkan bersama dan jangan melengahkan masa untuk memulakan sistem pembinaan semula perkahwinan yang bahagia.

Islam menganjurkan setiap individu Muslim hidup bahagia dan jika ada masalah yang mengganggu keharmonian, ia hendaklah diselesaikan seberapa upaya. Untuk menguruskan perdamaian akibat perbalahan antara pasangan, pelbagai cara boleh digunakan seperti mendapatkan nasihat daripada orang yang lebih dihormati.

Pasangan juga perlu berbincang dari hati ke hati dengan meluahkan apa terbuku bagi mengelakkan sebarang salah faham yang boleh berlarutan. Tetapi, ini hanya boleh berlaku jika masih wujud perasaan hormat antara suami isteri, jika sebaliknya, maka tiada perdamaian 'hati' yang boleh diusahakan lagi.

Selain itu, suami boleh memulihkan keadaan dengan tujuan memberi pengajaran mungkin dalam bentuk teguran, amaran atau pukulan yang tidak menyakitkan. Jika salah satu pihak cuai menjalankan tanggungjawab menyebabkan konflik dalam perkahwinan, suami atau isteri boleh membuat aduan dan tindakan mahkamah. Jika mahkamah menjatuhkan hukuman, maka hukuman ini bolehlah juga dikatakan sebagai amaran.

Tiada perhatian daripada ibu bapa yang bermasalah mengakibatkan anak mencari kebahagiaan lain, jurang komunikasi pula menidakkan ajaran dan bimbingan dalam sebuah keluarga, akhirnya wujudlah anak menagih perhatian di jalanan.

Asalnya, dulu mereka melepak untuk menghabiskan masa terluang dan ia sangat menyeronokkan, tetapi hari ini mereka menjadi samseng jalanan untuk membina 'jati diri' menghadapi kemungkinan kemudian hari. Akhirnya rumah tangga bermasalah menjadi semakin punah kerana ibu bapa tidak tegar menghadapi kerenah anak yang lebih mengusutkan.

Akhir-akhir ini juga banyak konflik perkahwinan membawa kepada krisis yang besar sehingga pasangan bertindak untuk tinggal berasingan. Ia berlaku mungkin disebabkan pasangan tidak langsung cuba menyelesaikan masalah.

Pasangan juga mungkin boleh meredakan kemarahan dengan berjauhan antara satu sama lain dalam tempoh tertentu. Ia tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan masalah lain yang timbul seperti nusyuz, pengabaian nafkah zahir dan batin.

Islam membenarkan pengasingan sementara jika ia adalah jalan terbaik untuk meredakan keadaan dan melindungi mana-mana pihak daripada kemudaratan lebih besar. Apabila seseorang lelaki bersumpah untuk menjauhkan diri daripada isterinya, al-Quran menjelaskan bahawa mereka perlu diberi tempoh untuk bertenang dan dapat berfikir semula secara waras.

Firman Allah bermaksud: "Kepada orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri mereka diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 226)

Bukan tiada caranya untuk menangani konflik rumah tangga, tetapi jika tidak kembali kepada ajaran-Nya, tentulah masalah menjadi semakin runcing, suami mesti sentiasa menjadi pemimpin, isteri setia dibimbing, anak pula jangan dikesamping.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

HARAM KAN WEBSITE NI...

depa ni sedap2 main kutuk tok guru kita haramkan website ni..

http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=26771

Sheikh Qardawi - Mogok lapar tidak haram bahkan dituntut !



"Utusan Melayu yang bertarikh 26 Mei 2009 telah melaporkan dengan memetik kata-kata seorang tokoh agama berkata : "mogok lapar bercanggah dengan al- Quran, sunnah, ijmak ulama, qias dan sumber perundangan Islam yang lain" .

Saya tidak mahu mengulas panjang memandangkan beliau mempunyai autoriti untuk mengeluarkan pandangan tersebut. Tapi penulis di sini ingin menjelaskan bahawa Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mogok lapar yang bertujuan mendedahkan kezaliman dan kejahatan pemerintah bukan sahaja tidak haram bahkan dituntut oleh syarak dan menjadi kewajipan kepada semua umat Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka !

Ikuti terjemahan fatwa beliau tersebut :
Ianya dipetik dari www.qaradawi.net :

Sebagai respon terhadap " Mogok Lapar" yang telah dilancarkan oleh Tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004 maka Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru :

“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka ! …”

Fikirkanlah ...

Khamis, 28 Mei 2009

Najib PM Paling Penakut Dalam Sejarah UMNO

Ahli Majlis Pimpinan Teringgi, Parti KeADILan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin atau popular dengan panggilan CikguBard hari ini mengelarkan Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO yang paling takut dalam sejarah politik negara.

Menurutnya, Datuk Seri Najib selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO tidak mendapat restu daripada UMNO untuk tidak memasuki Pilihanraya DUN Penanti kerana sebelum ini beliau mengatakan akan mendapat mandat dalam mesyuarat biro politik UMNO yang di pengerusikannya sendiri.
“Akhirnya Datuk Seri Najib terpaksa mendapat restu daripada mesyuarat BN untuk tidak bertanding dalam pilihanraya DUN Penanti. Mengapa Datuk Seri Najib takut sangat untuk menghadapi pilihanraya DUN Penanti?”

“Saya yakin alasan pembaziran seperti yang dikatakan itu hanyalah rekaan kerana hakikat sebenar beliau memang takut menghadapi kekalahan di DUN Penanti yang bakal mencalik reputasi yang tidak baik sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri yang baru saja dilantik dan telah menerima kekalahan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan tidak sanggup untuk menerima kekalahan seterusnya di Penanti”

“Mengapa mereka bercakap soal pembaziran kerana dalam lima pilihanraya kecil lepas SPR hanya membelanjakan tidak sampai RM3 juta sedangkan pihak polis membelanjakan lebih RM30 juta. Dalam soal ini SPRM perlu menyiasat kenapa badan yang bertanggungjawab secara langsung dengan pilihanraya hanya membelanjakan di sekitar RM 3 juta sedangkan pasukan keselamatan lebih RM30 juta” soal Badrul Hisham Shaharin dalam siri ceramah Pilihanraya DUN Penanti di Kubang Semang.

Seterusnya Ahli Majlis Pimpinan tertinggi, Parti KeADILan Rakyat juga mencabar Datuk Seri Najib untuk menyaman 19 akhbar luar negara yang mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

“Sebagai Perdana Menteri Datuk Seri Najib perlu menyaman semua akhbar luar negara itu dalam usaha membersihkan nama beliau dan reputasi pemimpin negara ini. Saya sebagai anak muda negara ini merasa tersangat malu apabila akhbar luar mengiatkan pemimpin tertinggi negara ini dangan isu seperti itu.”


“Sejarah telah membuktikan apabila akhbar luar negara telah mengiatkan PAS dengan rangkaian Al-Qaeda maka Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang telah memfailkan saman kepada pihak terbabit dan akhirnya pihak akhbar tersebut telah memohon maaf dan memberikan ganti-rugi. Ini yang kita mahu Perdana Menteri kita lakukan dalam usaha membersihkan namanya .” katanya disambut dengan ketawa lebih 2000 orang dimajlis tersebut.

Rabu, 27 Mei 2009

Kelebihan Hayati Al-Quran

Dinukil oleh Ustaz Zaki - Kelas tajwid Al-Ikhwan (Rabu Kuliah Maghrib)

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar dan utama yang diturunkan oleh ALLAH kepada Nabi kita Muhammad SAW. Ia merupakan petunjuk yang paling baik untuk umat manusia sehingga hari Qiamat, dalam mencari keredhaan ALLAH seterusnya mencapai kebahagian di dunia dan akhirat.

Diantara kelebihan membaca serta menghayati segala isi Al-Quran dapat dilihat melalui beberapa petikan hadith Nabi SAW sebagai pendoman kepada kita semua.

1. Sabda Nabi SAW yang bermaksud : Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarnya.
-Muttafaqqun 'alaihi

2. Sabda Nabi SAW yang bermaksud : Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab ALLAH (Al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (Al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa Alif laam mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf lanm satu huruf dan mim satu huruf.
-Riwayat oleh Imam At-Tarmizi

3. Sabda Nabi SAW yang bermaksud : Orang membaca Al-Quran dan dia mahir dengannya bersama Malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca Al-Quran sedang dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan.
-Sahih Bukhari Muslim

4. Abi Umamah Al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda Nabi SAW yang bermaksud : Kamu hendaklah membaca Al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari Qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya.
- Riwayat Muslim

5. Sabda Nabi SAW yang bermaksud : Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada Al-Quran (tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang.
- Riwayat Imam At-tarmizi

6. Dalam satu hadith Qudsi Sabda Nabi SAW yang bermaksud : SWesiapa yang sentiasa sibuk dengan Al-Quran dan zikir mengingati Ku daripada meminta-minta kepada KU maka Aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohonkan kepada Ku itu. Dan kelebihan kalam ALLAH di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya ALLAH di atas segala makluk NYA
- Riwayat Imam At-Tarmizi

7. Sabda Nabi SAW yang bermaksud : Tiada suatu kaum yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah ALLAH (masjid) membaca kitab ALLAH (Al-Quran)dan tadarus antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka Rahmat, dikelilingi oleh para Malaikat dan ALLAH menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisinya.
- Riwayat Muslim

8. Daripada 'Uqbah Bin 'Amir telah berkata : Telah keluar Rasulullah SAW menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapa dikalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan 'Aqiq (nama 2 tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan? Maka menjawap kami : Wahai Rsulullah! Kami semua menyukai perkara itu. Sabdanya : Mengapa sesaorang daripadamu tidak keluar daripada masjid untuk belajar atau membaca 2 ayat daripada kitab ALLAH (Al-Quran) maka ia lebih baik daripada 2 ekor unta yang gemuk, 3 ekor, 4 ekor di mana lebih baik baginya 4 dan semua bilangan unta.
- Riwayat Muslim

Sahih Bukhari paling sahih selepas al-Quran

Oleh Mohd. Radzi Mohd. Zin

Apabila membicarakan tentang hadis, tokoh paling utama yang selalu menjadi rujukan umat Islam adalah Imam al-Bukhari. Beliau terkenal sebagai perawi hadis-hadis sahih yang kemudiannya dikumpul dalam kitabnya, Sahih Bukhari.

Biarpun kita selalu mendengar dan menyebut nama tokoh ini, sebahagian besar umat Islam masih belum mengenali secara terperinci siapakah individu yang telah memberi sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam. Sehinggakan manfaatnya dapat kita nikmati sehingga sekarang.


Hadis adalah perkara yang berkisar tentang sunah Rasul SAW dan apa yang disandarkan kepada baginda dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya. Hadis atau sunah Rasul SAW adalah sumber rujukan kedua selepas al-Quran.

Menyedari hakikat itu, Institut Kajian Hadis Selangor (Inhad), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menganjurkan seminar 'Tokoh Hadis Al-Imam Al-Bukhari'.

Seminar sehari yang bertemakan Meniti Kegemilangan Ummah Generasi al-Hadis itu diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, 16 Mei lalu.

Seminar yang membentangkan enam kertas kerja itu dirasmikan oleh Exco Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr. Halimah Ali. Turut hadir ialah Rektor KUIS, Datuk Mohd. Adanan Isman.

Turut diadakan ialah pelancaran buku Meneladani Rasulullah SAW melalui Amalan Sehari Semalam terbitan Inhad, KUIS,

Dalam ucaptama seminar, pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Udah Mohsin menegaskan kewajipan berpegang kepada hadis sebagai sumber syariah.

Katanya, ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud, Apa juga yang dibawakan kepada kamu oleh Rasul maka hendaklah kamu mengambilnya dan apa juga yang Rasul menegah kamu hendaklah kamu menjauhinya...(al-Hasyr: 7)

Menurut beliau, oleh kerana berpegang dengan hadis sebagai sumber syariah adalah perintah Allah melalui al-Quran maka mengingkari hadis juga bermaksud mengingkari al-Quran.

"Mengingkari al-Quran adalah menjadi kafir. Oleh itu mengingkari hadis sebagai sumber syariah juga kafir," jelasnya.

Kata Dr. Udah, kitab susunan Imam Bukhari iaitu Sahih Bukhari atau judul asalnya al-Jami' al-Musnad al-Sahih Min Hadith Rasulillah SAW wa Sunanih Wa Ayyamih adalah paling sahih selepas al-Quran.

Ia disusun selepas beliau benar-benar mahir dan pakar dalam bidang hadis sehingga digelar 'orang mukmin dalam hadis'.

Menurut beliau, apa yang dilakukan oleh Imam Bukhari adalah mengumpulkan hadis-hadis yang dipelajari daripada guru-gurunya sehingga sampai kepada Rasulullah SAW.

"Beliau mengambil masa yang agak lama menyiapkan kitab ini. Sebanyak 600,000 hadis yang dikumpulkannya.

"Setiap hadis yang dimasukkan ke dalam Sahihnya telah diyakini sahihnya dan Imam Bukhari terlebih dahulu beristikharah dengan solat dua rakaat," tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Inhad, Mohd. Farid Ravi Abdullah berkata, disebutkan bahawa Imam Bukhari bangun 21 kali pada waktu malam untuk menulis hadis.

Imam Bukhari juga terkenal dengan insan yang sangat bertimbangrasa di mana beliau tidak mengejutkan jurutulisnya ketika bangun mentakhrij hadis pada waktu tengah malam.

Terpelihara

"Beliau juga tidak membiasakan diri meminta-minta daripada orang dan berhati-hati dengan setiap tutur kata agar terpelihara daripada melakukan dosa," katanya dalam kertas kerja bertajuk 'Imam al-Bukhari: Suatu Biografi Ringkas'.

Sesungguhnya Sahih Bukhari adalah peninggalan yang amat bernilai dan memberi sumbangan yang amat besar kepada umat Islam seluruh dunia.

Kitab ini menjadi rujukan utama kepada seluruh umat Islam selepas Imam al-Bukhari untuk mengetahui hadis Rasulullah SAW yang benar-benar sabit daripada baginda.

PUNCA ROSAKNYA UMMAH

AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ

Ertinya:
Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq".

H.R. Ibnu Ady

Keterangan
Nabi saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang aIim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orangorang yang berlainan pula. Bagi sijahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan.

Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya.

Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.

PUNCA KEBINASAAN

DIMANAKAH PUNCA KEBINASAAN SESEORANG

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, "Selagi akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pencarian (pendapatan kehidupan) tidak dapat dicapai kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt. Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isterinya dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum kerabatnya (adik beradiknya sendiri) atau dari menepati kehendak jirannya". Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?" (kebinasaan seseorang dari kerana isterinya, atau anaknya, atau orang tuanya, atau keluarganya, atau jirannya); Nabi saw. menjawab, "Mereka akan mencelanya dan mengaibkannya dengan kesempitan kehidupannya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya".

(HR BAIHAQI)

Keterangan
Benar sekali sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang yang mengetahui perkara-perkara yang diharamkan dalam agama tetapi terpaksa juga mereka menceburkan diri ke dalam lumpur kema'siatan untuk melayan kehendak isteri, anak, orang tuanya, keluarga ataupun jiran mereka.

WALLAHUA'LAM

HUKUM MEMERANGI PEMERINTAH ZALIM

Persoalan menjatuhkan kepimpinan atau pemerintahan yang dipegang oleh orang Islam adalah satu persoalan besar yang dibahaskan oleh para ulamak sejak sekian lama. Ini adalah kerana wujudnya hadith-hadith yang melarang dijatuhkan sesebuah pemerintahan yang dipegang oleh orang-orang Islam tanpa alasan yang kukuh, disamping penggulingan kepimpinan negara atau daulah boleh mengakibatkan pertumpahan darah dikalangan rakyat jelata.

Oleh itu, baginda Nabi s.a.w. melarang pertembungan demi merebut kepimpinan melainkan dengan alasan yang kukuh. Dalam hadith yang soheh diriwayatkan daripada Abi al-Walid Ubadah bin Somit r.a. katanya: kami telah berbaiah kepada rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbaiah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat Kufr Bawwah (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbaiah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. (Riwayat al-Bukhori hadith ke 7199, Muslim hadith ke 1836)

Hadith diatas menjelaskan kepada kita bahawa rasulullah meminta daripada umat Islam agar mentaati pemerintah dalam segala keadaan, sekalipun mereka melakukan kezaliman terhadap kita. Kita ditegah merebut kuasa melainkan apabila melihat Kufr Bawwah iaitu kekufuran yang dalil mengenainya jelas tanpa sebarang keraguan atau takwil. Kita pula dikehendaki menyatakan kebenaran dimana sahaja dan dihadapan sesiapa sahaja.

HUKUM MEMERANGI PEMERINTAH.

Pada asalnya syarak melarang umat dari keluar bersenjata memerangi para pemimpin yang fasik atau zalim sekiranya soal fasik atau zalim itu hanya terbatas kepada persoalan peribadi pemimpin sahaja tanpa melibatkan persoalan dasar kepada ajaran islam. Sebab kepada larangan keluar memerangi pemerintah tanpa sebab-sebab yang amat besar iaitu Kufr Bawwah ialah kerana kesannya yang amat merugikan.

Jika peperangan berlaku sesama Islam maka banyak darah muslimin yang akan tumpah, kekuatan umat menjadi lemah dan golongan kafir berkesempatan daripada peperangan saudara yang sedemikian. Kata al-Imam an-Nawawi dalam mensyarahkan hadith soheh muslim, Adapun keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya adalah haram dengan Ijmak al-Muslimin sekalipun mereka itu fasik ataupun zalim. Ini semua jelas terbukti didalam hadith-hadith yang memberi maksud apa yang aku sebutkan. Kata para ulamak:Sebab tidak dipecat dan diharamkan keluar menentangnya adalah kerana membawa kepada fitnah dan tumpah darah dan kerosakan yang nyata, maka menjadikan kerosakan memecatnya lebih besar dari mengekalkannya.

Dalam mensyarahkan hadith lain pula an-Nawawi menyebut: Sesungguhnya tidak harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam.(rujukan syarh soheh Muslim oleh an-Nawawi m.s. 540,552/jilid 12 cetakan dar al-khair beirut)

Ad-Dawudi pula menyebut: yang menjadi pegangan para ulamak mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar.(rujukan Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)

KUFR BAWWAH

Berhubung dengan persoalan kufr bawwah maka para ulamak berbincang apakah yang dimaksudkan dengan perkataan berkenaan dalam hadith diatas dan hadith-hadith lain yang menggunakan perkataan yang sama yang kerananya membolehkan pemerintah ditendang dan dipecat.

Ada yang menafsirkan dengan mungkar yang terang yang melanggar kaedah Islam dan tidak ada sebarang alasan dan andaian lagi kerana begitu terang dan nyata. Ini adalah pendapat an-Nawawi. Mustafa al- khin dan Mustafa al-Bugha memegang pendapat an-Nawawi ini dengan kata mereka an-Nuzhah: Tidak boleh menentang para pemerintah kecuali apabila berlakunya mungkar yang pasti yang menyanggahi prinsip-prinsip Islam. Jika berlaku demikian maka wajib memenangkan yang hak dengan apa pengorbanan sekalipun(rujukan Nuzhah al-Muttaqin syarh Riyadh as-Sholihin,m.s. 171/ jilid 1.ctk. Muassasah ar-Risalh, Beirut)

TIDAK MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH

Persoalan tidak melaksanakan syariat Allah bahkan membelakangkannya lalu memilih perundangan kufur adalah topik yang serius yang diperkatakan dikurun ini. Hendaklah kita ketahui bahawa sepanjang sejarah umat Islam sememangnya pernah wujud para pemerintah yang memiliki keperibadian yang tidak baik, Namun sejarah tidak pernah memberi tahu dikalangan mereka yang menolak secara rasmi hukum-hakam al-Quran dan Sunnah sebagai asas perlaksanaan hukum dan perlembangan dalam masyarakat dan negara.

Kejahatan mereka bersifat akhlak peribadi.Tetapi Islam tetap menjadi teras dan asas undang undang negara. Tidak pernah dikalangan meeka mengistiharkan pengubalan undang-undang yang tidak bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Kalaulah ada pemerintah yang melakukan sedemikian pasti umat islam yang ada ketika itu mengistiharkan jihad besar-besaran terhadap mereka.

Hal ini dapat kita lihat kepada fatwa yang dikeluarkan oleh al-Imam Ibn Kathir terhadap pemerintah Tatar atau Monggol yang mengubal undang-undang ketika menawan Baghdad dengan mencampurkan undang-undang Yahudi, Keristian, Islam dan juga pemikiran pemimpin mereka iaitu Ginkiz khan.

Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Ginkiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu , Yahudi, Nasrani,Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah ,sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-eAzim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70.Ctk. Beirut)

Dalam al-Bidayah Wa an-Nihayah yang merupakan kitab sejarah yang besar karangan Ibn Kathir sekali lagi beliau menegaskan perkara ini, katanya: Sesiapa yang meninggalkan hukum-hakam syarak yang diturunkan kepada Muhammad bin Abdillah, Nabi yang terakhir, lalu berhukum kepada syariat yang dimansuhkan (ajaran yang diturunkan kepada nabi yang sebelumnya) menjadi kafir. Bagaimanakah pula mereka yang berhukum kepada Yasa dan mendahulukannya keatas ajaran Islam? Sesiapa yang berbuat demikian maka menjadi kafir dengan Ijmak Muslimin(rujukan al-Bidayah wa an-Nihayah. Juz 12,m.s. 128.Ctk. Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut.)

Syeikh al-Islam Ibn-Taimiyyah, tokoh ilmuan yang agong, juga merupakan guru utama al-Imam Ibn Kathir, dengan lebih terperinci menyebut: Tidak syak lagi bahawa sesiapa yang tidak beriqtikad wajib berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah adalah kafir, Sesiapa yang menghalalkan untuk berhukum dikalangan manusia dengan apa yang dianggapnya adil tanpa mengikut apa yang diturunkan Allah, maka dia adalah kafirc Katanya lagi: Mereka itu jika mengetahui bahawa tidak harus bagi mereka berhukum kecuali dengan apa yang diturunkan Allah tetapi tidak mematuhinya bahkan menghalalkan untuk berhukum menyanggahi apa yang diturunkan Allah maka mereka adalah orang-orang yang kafir. (rujukan Majmuah at-Tauhid m.s. 205,206,Ctk. Dar al-fikr, Beirut.)

Dengan penjelasan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah,maka jelas diperincikan bahawa yang menjadi kufur adalah mereka yang tidak menganggap wajib berhukum dengan sistem Islam atau yang menghalakan sistem yang selain Islam.Namun sesiapa yang beriktiqad wajib berhukum dengan syariat Allah dan ianya syariat yang paling sempurna dan adil tetapi tidak berhukum dengannya kerana kepentingan peribadi dan harta benda dunia maka mereka adalah golongan yang sangat fasik dan zalim.

PEMERINTAH MUSLIMIN SEMASA

Sekiranya sesebuah pemerintah tidak melaksanakan syariat Islam dan menghalalkannya maka ini adalah kufur, maka diwajibkan kita menjatuhkannya dengan cara yang benar-benar menguntungkan Islam dan kaum Muslimin. As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi didalam Fiqh ad-Daulah menyebut tiga kekuatan yang perlu wujud dalam menjatuhkan kerajaan di zaman ini.

Pertama: Kekuatan ketenteraan.

Kedua: Perlimen yang mampu mengubah dasar.

Ketiga: Kekuatan pergerakan rakyat yang menyeluruh yang tidak mampu dihalang oleh sesiapa, sekalipun angkatan bersenjata. Sesiapa yang tidak mempunyai kekuatan ini hendaklah ia bersabar dan bersiap sehingga mampu memilikinya. Dalam masa tersebut maka dakwah diteruskan dengan lisan, menulis dan segala ruang yang ada. (Untuk huraian yang lebih terperinci sila lihat Fiqh Ad-Daulah m.s. 125.Ctk.Dar asy-Syuruq, Qaherah.)

Bagaimana sekiranya sesebuah pemerintah tidak melaksanakan syariat allah tetapi tidak menghalalkannya. Para pemerintah yang mendukung selain dari sistem Islam mereka tidak boleh dianggap terkeluar daripada Islam selagimana mereka tidak melafazkan ucapan yang menghalalkan sistem kufur atau menghina sistem Islam.Dari segi aqidah mereka tidak terkeluar dari islam, dengan itu bagimana nilaian terhadap kerusi pemerintahan mereka?

Dalam persoalan ini Al-Qardhawi di dalam Fiqh ad-Daulah yang dengan jelas menyatakan tetap wajib menjatuhkannya kerana ini adalah persoalan besar yang membabitkan perkara dasar Islam, para ulamak Islam yang lain dizaman kini menyatakan perkara yang sama. Antara yang dinyatakan oleh as-Syeikh Mohammad Naim Yasin di dalam buku al-Jihad: Adapun sekiranya kefasikan pemerintah dan maksiatnya ialah mewujudkan suatu sistem (bukan Islam) untuk rakyatnya dan jelas darinya kepastian menyelewengkan umat dari berpandukan peraturan allah dalam persoalan aqidah, Akhlah dan dipimpin umat selain dari al-quran dan as-sunnah. Sesungguhnya bersabar terhadap kemungkaran tersebut adalah lebih dasyat dan besar fitnahnya dibandingkan dengan sebarang fitnah yang berpunca dari bangkit menentang dan menghunuskan senjata terhadap pemerintah seperti ini.Maka wajib bagi kaum muslimin untuk berjihad menentang pemerintah yang sebegini dan menggunakan sebarang cara yang disyarakkan untuk memecatnya dari tampuk kekuasaan serta digantikan dengan sesiapa yang akan meminpin mereka dengan agama Allah (rujukan : Al-Jihad, Mayadinuhu Wa asalibuhu, ms 203-204. Ctk. Dar al-Furqan, Amman, Jordan )

Perlu diingatkan bahawa perlaksanaan syariaat bermaksud mengistiharkan dengan jelas dan benar bahawa al quran dan as-sunnah adalah perlembagaan pemerintahan . Adapun kecacatan dalam proses perlaksanaan syariat setelah ianya diistiharkan yang berpunca daripada kelemahan pemerintah atau pengendalian, ini tidak membolehkan rakyat keluar menentangnya selagi kecacatan tidak menjejaskan prinsip atau boleh dibetul dengan mudah disebabkan sudah tertera dalam perlembagaan negara.

Demikian adalah secara ringkas perbahasan dalam isu reformasi menjatuhkan pemerintah menurut pandangan Islam.

SUMBER: http://ustaznaim.blogspot.com

Selasa, 26 Mei 2009

Renungan - Rencah hidup manusia

KUALA LUMPUR: “Ustaz (Akhil Hayy) pernah buat pengakuan mengenai hubungannya dengan penyanyi wanita itu dan meminta izin untuk berkahwin dengannya.

“Saya izinkan mereka berkahwin dan sedia menerimanya sebagai madu, namun kini saya tak tahu sama ada mereka sudah berkahwin atau belum,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, mengulas isu hubungan suaminya dengan penyanyi Norwahidah Abdul Wahab, 31, atau Waheeda yang sedang hangat diperkatakan.

Menurut Maizawati, secara peribadi dia tidak mengenali Waheeda, tetapi mengetahui gosip hubungan suaminya dengan penyanyi itu melalui media.

Menurutnya, dia tekadkan hati untuk tidak mempercayai apa yang dipaparkan di media kerana diajar untuk tidak mengambil tahu perkara seumpama itu serta meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami.

“Kesabaran saya sudah sampai ke penghujung apabila ustaz tidak pulang ke rumah dan anak pula terpaksa bertukar sekolah kerana menjadi mangsa perli rakan mengatakan mereka mempunyai ibu tiri,” katanya yang mempunyai enam anak hasil perkahwinan dengan Akhil Hayy.

Hati Maizawati terguris apabila Akhil tidak memaklumkan di mana dia tinggal, malah tidak memberitahu apa yang dilakukan menyebabkannya tertanya-tanyakan haknya sebagai isteri.

Menurutnya, kali terakhir suaminya pulang ke rumah Februari lalu dan selepas itu, dia hanya mengetahui perkembangannya melalui media.

“Saya tetapkan dalam hati bahawa ustaz keluar bekerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga dan tidak pernah menyimpan prasangka buruk terhadapnya,” katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9, semalam.

Dia berkata, walaupun ada pihak terkejut dengan keputusannya mengizinkan Akhil berkahwin lagi, namun dia menganggap itu cara terbaik untuk menjaga nama baik suaminya.

Sebagai isteri, dia tidak mahu nama suami tercemar disebabkan cerita kurang enak yang menjadi buah mulut orang.

“Kerana itu saya mengizinkannya berkahwin dengan penyanyi wanita berkenaan. Saya rasa tidak salah membenarkan suami saya berkahwin lagi kerana dia mampu serta boleh berlaku adil.

“Tambahan pula, ia langkah terbaik untuk menyelamatkan mereka daripada melakukan perkara tidak elok.

“Bagaimanapun, sehingga kini, saya tak tahu apa yang terjadi kerana tidak dimaklumkan apa-apa. Mungkin pihak di sana (Waheeda) tidak sudi menerima saya sebagai madu, jadi biarlah saya mengundur diri dan mendoakan yang terbaik untuk mereka,” katanya.

Yang membuatkannya hairan adalah sikap Waheeda bermati-matian menafikan hubungannya dengan Akhil hingga pernah membuat kenyataan media untuk menepis gosip itu.

Apapun Maizawati mengetahui apa yang berlaku dan dengan hati terbuka membenarkan suaminya mengambil Waheeda sebagai isteri.

“Tapi, saya hairan kenapa dia (Waheeda) seolah-olah enggan menerima saya sedangkan saya sudah mengizinkan dia hadir dalam keluarga kami, malah tampil membuat kenyataan dia dan suami saya tidak mempunyai hubungan,” katanya.

Menurut Maizawati, dia mengambil keputusan memohon perceraian untuk membina kehidupan baru.

“Saya sering mengingatkan anak supaya jangan ambil peduli apa orang kata. Yang penting, saya terima hakikat bahawa jodoh kami sampai sini saja dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk ustaz dan wanita itu,” katanya.

Harian Metro cuba mendapatkan reaksi Akhil, namun dia gagal dihubungi.

Waheeda pula enggan mengulas apabila dihubungi satu laman berita online.

Isnin, 25 Mei 2009

Isu Mogak Lapar

Oleh Misbahul Munir

Mogok lapar adalah satu pernyataan protes oleh rakyat terhadap sesuatu ketidak adilan, kezaliman dan penindasan ke atas mereka. Di Barat, mogok lapar sanggup dibuat sehingga kebuluran. Dan mogok lapar yang dianjurkan akan diberi perhatian serta publisiti oleh media, dan ia cukup berkesan kepada pihak kerajaan atau majikan yang menindas rakyat. Mogok lapar biasanya diadakan sebagai jalan penyelasaian terakhir setelah berbagai usaha sebelumnya dibuat termasuklah proses undang-undang.

Mogok lapar yang kadang-kadang turut dianjurkan di negara ini tidaklah sehingga kebuluran, mereka masih boleh minum. Dianjurkan pula dua tiga hari sahaja. Samada tuntutan dipenuhi atau tidak, mogok lapar akan berakhir selepas tempoh yang dianjurkan.

Orang Islam boleh menganjurkan Puasa Sunat dan Solat Hajat sebagai ganti mogok lapar. Puasa Sunat dan Solat Hajat yang dianjurkan mestilah dengan niat untuk mohon pertolongan Allah supaya perjuangan kita diberi kemenangan. Ia juga sebagai satu pernyataan protes kita melalui pengaduan kita kepada Allah swt di samping usaha-usaha lain yang telah dibuat sebelum ini.

Jadi tidak ada salahnya mogok lapar dianjurkan, pelaku-pelakunya pula orang-orang bukan Islam sebagai tanda protes terhadap kezaliman yang berlaku. Orang Islam yang terdiri dari ahli PAS dan PKR pula berpuasa sunat dan Solat Hajat sebagai satu proses mohon pertolongan daripada Allah swt supaya perjuangan kita diberi kemenangan. Puasa Sunat dan Solat Hajat boleh dilaksanakan setiap masa, cuma sebagai satu pelancaran, bolehlah diisytiharkan supaya boleh dikerjakan secara serentak di seluruh Perak atau negara.

Allah swt yang menganjurkan kaedah ini sebagaimana firmannya yang bermaksud "Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat". Antara hikmah puasa adalah sabar. Dengan berpuasa, kita boleh bersabar berhadapan dengan kemelut ini, bersabar melalui puasa merupakan satu jalan mendekatkan diri kepada Allah swt, doa akan mudah dimakbulkan oleh Allah swt, begitu juga solat.

Sudah tiada jodoh

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my

KUALA LUMP UR: “Saya rasa jodoh kami sudah tiada. Ini ketentuan Allah SWT dan ia untuk kebaikan kami bersama,” kata isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung desas-desus perpisahan mereka yang kini menjadi perbualan hangat.

Menurut Maizawati, desas-desus mengatakan mereka bakal berpisah adalah benar dan dia turut mengesahkan kes berkaitan perceraian mereka akan dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada 2 Jun depan.

Katanya, keputusan berpisah bukan dibuat atas dasar mereka bermusuhan, tetapi ia jalan terbaik untuk menyelesaikan kekusutan yang berlaku.

“Saya tidak salahkan dia. Saya reda kerana saya anggap apa yang berlaku sebagai mainan dunia semata-mata. Cinta kita cinta kepada Allah. Setiap perkara yang berlaku ada qada’ dan qadarnya,” katanya.
---------------------------------------------------------------------------------
Akhirnya kesabaran isteri tercabar jua....Harap Ustaz Akhil dapat menyelamatkan rumahtangganya yang hampir musnah. Kalau perlu tinggalkan dunia glamer, berkorbanlah. Sesungguhnya Allah tidak suka akan penceraian. Fikirkan masa depan anak2 mu.
Back to top
View user's profile Send private message

Mufti Perak sudah jadi Penasihat UMNO Perak ?

sumber cina islam
Berikut ini saya dengan sangat berat hati terpaksa menyiarkan kenyataan Mufti Kerajaan Negeri Perak, Harussani Zakaria yang masih berada di Tanah Suci mengerjakan umrah. Pembaca blog ini boleh menilainya sendiri untuk menjawab benarkah tajuk yang saya letakkan untuk posting ini.

Saya sudah menunggu hampir sebulan supaya dia memberikan ulasan dan fatwa mengenai pengunaan bomoh untuk menjampi dewan undangan negeri Perak sebelum sidang 7 Mei yang lepas. Tidak pasti apakah sebabnya dia menjadi "bisu" dalam perkara yang sangat memalukan itu.

Namun tidak sampai beberapa jam setelah pengumuman akan diadakan mogok lapar di Wisma DAP kelmarin bila dihubungi melalui talipon dia terus memberikan ulasannya.

Walaupun dalam masa tawaf pun nampaknya dia sangat berminat mengeluarkan pendapatnya . Adakah benar dikatakan bahawa dia adalah Penasihat atau Mufti untuk UMNO Perak sahaja ?

Nampaknya UMNO Perak tidak ketandusan calon untuk Pilihanraya akan datang, maka saya cadangkan Harussani adalah salah seorang darinya, di Titi Serong pun tidak apa.

'Kalau menang belah dia tidak apa'

IPOH 23 Mei - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) hari ini membidas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau berkata, mereka sepatutnya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan tidak menimbulkan masalah apabila keputusan itu tidak memihak kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

''Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang," katanya ketika dihubungi semasa berada di Mekah, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selama tiga hari mulai Selasa hingga Khamis depan bagi mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.

Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya,".

Zambry pula semasa diminta mengulas rancangan pembangkang itu berkata, biarlah rakyat menilai sendiri sikap mereka.

Majlis Masjid-masjid Malaysia Akan Ditubuhkan

KANGAR, 24 Mei (Bernama) -- Majlis Masjid-masjid Malaysia akan diwujudkan akhir tahun ini, yang antara lain bertujuan menyemarakkan penggunaan masjid sebagai institusi agama dan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata pada masa ini seminar-seminar sedang berlangsung secara berperingkat di seluruh negara ke arah penubuhan majlis itu.

Bercakap dalam sidang media selepas majlis penutup seminar ke arah penubuhan Majlis Masjid-masjid Malaysia di Kuala Perlis hari ini, Jamil Khir berkata kerajaan berharap melalui majlis itu kelak, idea para imam seluruh negara dapat digabungkan untuk kebaikan umat Islam.

Katanya masjid adalah institusi masyarakat yang penting dan ia perlu berkonsepkan "mesra remaja" bagi memikat golongan remaja mendekati masjid.

Beliau berkata kerajaan juga sedang menimbang kemungkinan untuk menjadikan masjid di seluruh negara sebagai salah satu tempat bagi melahirkan askar wataniah.

Sebelum itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semasa menutup seminar itu menyarankan setiap masjid melahirkan empat askar wataniah setiap tahun.

Selain itu, masjid-masjid juga boleh dijadikan lokasi latihan askar wataniah.

Jamil Khir berkata idea yang dicetuskan oleh Raja Muda Perlis selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sememangnya boleh membentuk masyarakat yang berdisplin.

Ketika berucap sebelum itu, Jamil Khir berkata kerajaan memperuntukkan hampir RM75 juta sebagai imbuhan kepada 14,195 imam mukim dan kariah di seluruh negara tahun ini.

Selain itu sebanyak RM11.4 juta diperuntukkan sebagai elaun mengajar 3,313 orang guru takmir seluruh negara.

-- BERNAMA

7 perkara yang menghairankan Usman bin Affan.

sumber cina islam
7 Perkara Yang Menghairankan :-

1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.

2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.

3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.

4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.

6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.

7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya. (Usman Ibn Affan )