Dato' A Samad Said tetap meneruskan perjuangan mendaulatkan bahasa ibunda biar pun gelaran Sasterawan Negara yang diberi kerajaan ditarik balik.
"Saya sanggup dengan rela diri sekiranya ada orang ingin menarik balik gelaran Sasterawan Negara asalkan bahasa ibunda saya dikekalkan.
"Tiada gunanya gelaran tersebut kerana ia bukannya milik kekal dan saya adalah 'Sasterawan Rakyat' yang akan terus berjuang demi anak cucu bangsa Melayu.
"Saya bimbang sekiranya kita tiada nanti, anak cucu kita akan hairan apakah bahasa ibunda mereka nanti," katanya pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 petang tadi.
Malam ini beliau dijangka berceramah bersama Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, tokoh akademik Prof Dr Shahrir Mohd Zain dan anggota Exco, Ustaz Mohd Amar Abdullah dalam siri ceramah Mansuhkan PPSMI di Padang Perdana.
A Samad yang dikenali dengan panggilan Pak Samad terkenal dengan penulisan yang kritis mendedahkan sebelum ini beliau sering menutup mulut dalam pelbagai isu yang dilakukan kerajaan.Image
"Tetapi selepas saya ke Mekah dan bertaubat, kini saya akan bercakap benar dalam segala hal, biar pun ia amat pahit di pihak kerajaan Barisan Nasional," katanya.
Beliau juga berkata, penggunaan bahasa Inggeris bagi mengajar subjek Matematik dan Sains jelas melanggar akta pelajaran Malaysia kerana tidak membantu peningkatan penggunaan bahasa Melayu.
"Bagi saya adalah halal untuk saya bercakap mengenai bahasa Melayu yang saya perjuangkan, tidak kira di pentas politik mana sekali pun.
"Setakat ini hanya PAS yang menganjurkan ceramah untuk menjelaskan kepincangan PPMSI dan sebab itulah saya memilih platform ini untuk menjelaskan kepada seluruh masyarakat," katanya.
Menurut beliau umurnya sekarang 76 tahun dan sudah sampai masanya memperjuangkan bahasa ibunda sebelum ia hilang di muka bumi.
Dr Shahril yang juga Timbalan Pengerusi Gerakan Mansuh PPMSI (GMP) berkata, terdapat dua badan induk yang kini lantang menentang kerajaan dalam isu tersebut iaitu GMP dan Gabungan Penulis Nasional (Gapena).
Kata beliau Gapena telah menyaman kerajaan kerana meneruskan dasar PPSMI.
ImageManakala GMP pula akan mengadakan demontrasi aman di hadapan Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dengan mengumpul 100,000 rakyat.
"Demontrasi tersebut akan diadakan pada 7 Mac ini dengan melibatkan pelbagai kaum dan NGO," ujar beliau.
Katanya juga tiada sebab untuk meninggalkan bahasa Melayu dalam mata pelajaran Matematik dan Sains kerana di negara-negara maju, mereka terus menggunakan bahasa ibunda.
Misalnya dalam anugerah nobel fizik, kebanyakannya diterima oleh negara-negara yang mengamalkan bahasa ibunda seperti Perancis dan Jerman.
Selain itu kata beliau negara juga akan hilang kreativiti sendiri sekiranya menggunakan bahasa Inggeris dalam setiap aspek kehidupan.
Beliau juga berkata sebelum ini media harian tidak berani memainkan isu bantahan tokoh-tokoh akademik terhadap PPMSI, sedangkan bantahan itu berterusan dilakukan 13 NGO.
"Kini lima tahun diamalkan PPMSI, selepas Pakatan Rakyat serta NGO lantang membantah, barulah media harian membuat liputan agak meluas," katanya.
Menurutnya terdapat enam kajian dibuat pusat tengajian tinggi terhadap pelaksanaan PPMSI dan kesemuanya mendapati banyak kelemahan yang timbul.
Katanya juga PPMSI menafikan hak bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara kerana lama kelamaan ia akan hilang dengan sendirinya dari bumi Malaysia.
Turut hadir pada sidang media itu Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah, Ketua Pemuda PAS, Mohd Zaki Ibrahim dan Penolong Pengarah GMP Suhaizan Kaiat.
HarakahDaily
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya

1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Jumaat, 27 Februari 2009
Horeyyy.... Tol naik lagi
Kadar tol 5 lebuhraya naik 5 peratus mulai 1 Mac
Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.
Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).
Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.
Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:
bullet button Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus (Lebuhraya E1 & E2) dinaikkan 0.68 sen sekilometer (tidak sampai satu sen) bagi kenderaan Kelas 1. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.
bullet buttonLebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint-Kerinci dan Damansara Link)(Lebuhraya E23): Kenaikan tol dinaikkan antara 30 dan 50 sen bagi kenderaan Kelas 1.
bullet buttonLebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kenderaan Kelas 1.
bullet button Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)(Lebuhraya E9): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kenderaan Kelas 1. Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.
bullet buttonLebuhraya Baru Pantai (NPE)(Lebuhraya E10): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kenderaan Kelas 1
MalaysiaKini

Rabu, 25 Februari 2009
Lepaskanlah Eli dan Anak Ali
Dilulus terbit pada Wednesday, February 25 @ 15:54:21 MYT oleh TokPenghulu
Pendapat Oleh amdang81
"
Bismillahir rahmanir rahim.. Assalamu alaikum wbt...
Semalam Malaysiakini melaporkan 10 000 tandatangan berupa petisyen sudah diserahkan kepada MB Selangor sebagai sokongan kepada Elizabeth Wong untuk mengekalkan kerusi Dun Bukit Lanjan dan Jawatan Exconya. Sokongan dari rakyat itu diusahakan sendiri oleh penduduk Bukit Lanjan.
Aku secara peribadi bersimpati terhadap Elizabeth yang telah 'dicabul' melalui penyebaran foto-foto dan klip video yang dikatakan dalam posisi separuh teLANJANg. Aku sendiri belum melihat foto dan video berkenaan. Tetapi dimaklumkan foto-foto berkenaan 'biasa-biasa' sahaja.
Terfikir aku, sekiranya foto-foto tersebut adalah 'biasa-biasa' sahaja, kenapa Eli mahu bertindak sehingga melepaskan jawatan? Memang malu jika peribadi kita disingkap seperti yang berlaku kepada Eli, tetapi jika ianya sesuatu yang tidak sampai kepada peringkat kesalahan besar, tiada sebab untuk Eli melepaskan jawatan.
Aku merasakan tindakan Eli mahu melepaskan jawatan adalah sesuatu yang waras pada pemikirannya. Pertimbangan itu mungkin sudah mengambil kira pelbagai perkara. Aku bukan mahu buruk sangka, tetapi aku merasakan gambar yang disiarkan itu mungkin mempunyai cerita yang lebih panjang dan lebih dari sekeping gambar 'biasa-biasa'.
Dalam situasi ini, tindakan Eli mahu melepaskan semua jawatan adalah suatu kewajaran kepada PKR dan Kerajaan PR Selangor. Kita semua perlu menghormati keputusan tersebut. Jangan sampai dari gambar yang 'biasa-biasa', muncul pula nanti cerita 'luar biasa'. Ini yang ditakuti.
Eli tahu tindakannya, maka lepaskanlah dia sebagaimana yang dikehendakinya. Cukuplah kita menyokongnya dari segi menyelar tindakan pihak yang 'mencabul'nya yang melanggar ruang peribadi seorang insan. Cukuplah dan lepaskanlah Eli.
Bagaimana pula dengan anak Ali si Ibrahim? Ibrahim Ali bukan tokoh baru dalam politik tanahair kita. Cukup terkenal dan pimpinan PAS Kelantan juga amat mengenalinya. Bahkan gelaran 'Katak' juga amat sinonim dengan Ibrahim Ali. Lompat dari satu parti ke satu parti bukan perkara yang asing bagi Ibrahim Ali. Semua orang pun tahu.
Anggaplah kerusi Ibrahim Ali sudah dilepaskan. Anggap sahaja kita tersilap percaturan dengan membenarkan logo bulan digunakan Ibrahim Ali dalam PRU 12 lalu. Memang dia yang meminta, tetapi kita terlalu baik dan sentiasa terlalu baik sangka. Kita juga sedar yang logo bulan hanya digunakan ketika pengundian, tetapi hakikatnya adalah bebas.
Kita sendiri yang membebaskan Ibrahim Ali. Kita juga tidak mengikatnya seperti mana yang kita katakan kepada ahli-ahli parti yang lain. Aku percaya Ibrahim Ali tidak terikat dengan Bai'ah. Aku percaya Ibrahim Ali memang berada di pihak bebas. Maka lepaskanlah dia.
Cukuplah sekali terjerat dengan Ibrahim Ali. Bukan kita tertipu, tetapi kita menimba pengajaran. Kita sentiasa diuji kawan dan lawan. Ujian bukan hanya bersifat kesusahan. Ujian juga datang dengan kesenangan. Rahmat juga bukan bersifat kesenangan, tetapi ada ketikanya susah dan perit itu adalah Rahmat yang tidak terhingga.
Wallahua'lam.

Langgan:
Catatan (Atom)