assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 13 Februari 2009

Persatuan Ulama selar Sister In Islam, program Musawah hari ini

Azamin Amin
Fri | Feb 13, 09 | 1:00:11 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Persatuan Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) menyelar penganjuran program Musawah yang membawa agenda Islam Liberal ke Malaysia dan mempertikaikan prinsip-prinsip asas Islam

Program �Musawah� adalah 'Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family' anjuran pendukung kuat fahaman sesat Islam Liberal di Malaysia iaitu Sisters in Islam (SIS).

Yang di Pertua Persatuan Ulama� Malaysia Dr Wan Salim Wan Mohd Nor berkata pertemua Musawah itu dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip-prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulamak muktabar.

Perjumpaan ini katanya bakal dihadiri oleh pelbagai tokoh Liberal Muslim yang dipertikaikan oleh ulamak Islam muktabar iaitu antaranya Muhammad Khalid Masud, iaitu pengerusi Majlis Ideologi Islamik dari Pakistan, Farida Bennani dari Morocco, Sana Benachour (Tunisia), Hussein Muhammad (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Britain), Zainah Anwar (Malaysia), Siti Musdah Mulia (Indonesia) dan Nur Rofia (Indonesia) dan aktivis bukan Islam seperti Cassandra Balchin (UK) dan lain-lain.

Kata Dr Wan, 200 Liberalis Muslim telah dijemput dari 40 buah negara dan berkumpul di hotel mewah (bertaraf lebih lima bintang) The Prince Hotel, Kuala Lumpur pada hari ini bagi menghadiri mesyuarat lima hari tersebut.

"Perjumpaan tertutup ini juga tidak membenarkan penyertaan dari pihak luar selain dari jemputan tertutup mereka. PUMPP melihat perjumpaan dengan dana besar ini berkemungkinan disokong oleh kepentingan Barat dengan tujuan meliberalkan Islam dan mengharapkan pihak penguatkuasa dapat menyiasat punca sumber-sumber dana membiayai program terbabit.

"Perjumpaan ini juga akan memberi persepsi yang negatif kepada Malaysia yang bakal digambarkan sebagai negara yang mengamalkan undang-undang Syariah yang mendiskriminasi wanita, terutamanya apabila perjumpaan ini bakal dibawa perhatian kepada wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan kehadiran Professor Yakin Erturk (The United Nations Special Rapporteur on Violence Against Women) yang akan merasmikan perjumpaan tersebut," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

PUM PP katanya juga menyelar kehadiran pimpinan negara bagi merasmikan program tersebut seolah-oleh tidak merujuk terlebih dahulu kepada pihak autoriti agama dalam negara seperti JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Kertas kerja dan bengkel-bengkel yang bakal dibentangkan semasa perjumpaan dilihat berhajat untuk menginterpretasikan semula al Quran dan Hadith dari sudut pandang wanita yang selama ini dikatakan bias pada lelaki.

"Musawah juga bakal mengenengahkan isu hak samarata antara lelaki dan perempuan dalam kekeluargaan Islam melalui hukum-hakam seperti poligami, faraid, ketaatan isteri, izin keluar rumah, aurat wanita, dan sebagainya. Hukum-hakam ini bakal dipertikaikan dengan melanggar segala Syari�at yang dibawa oleh al-Qur�an dan al-Sunnah," kata Dr Wan.

PUM PP katanya berharap kumpulan-kumpulan dan masyarakat bukan Islam tidak terpengaruh dengan propaganda kumpulan liberal Islam ini dan tidak campur tangan dalam urusan Aqidah dan prinsip-prinsip ajaran Islam sepertimana Islam mengajar penganutnya untuk tidak campur tangan dan menghormati dalam ajaran agama-agama lain sepertimana penegasan al Quran.

"Kita menyelar pelaksanaan program ini dan dilihat bakal merosakkan lagi aqidah umat Islam di Malaysia seterusnya membawa perpecahan kepada umat Islam dan memberi persepsi yang salah kepada Islam kepada semua pihak, termasuk masyarakat dunia yang hadir dan melihat perkembangan di Malaysia," katanya.-azm _

Pantun Perang Tempoyak 2009

Kami di Perak "beruntung" sebab kami menghadapi ape yang shbt2 tidak alami. Macam rakyat palestin la..mereka dipilih Allah SWT untuk menjadi pejuang agama-Nya di bumi Palestin dan Allah SWT tidak memilih bangsa lain untuk mengembalikan maruah Islam di bumi Palastin ini. Kenape? Sudah tentu la ade keistimewaan yang ada pada rakyat palestin ini yang tidak ada pada bangsa lain.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Perak. Kenape tidak berlaku di negeri2 lain? (Kelantan telah menghadapinya terlebih dahulu dan mereka telah berjaya mengharunginya dengan cukup baik, semuanya kerana perjuangan mereka didasari oleh sifat ketaqwaan dan semata2 mencari keredhaan-Nya).

Sesungguhnya semua ini akan mematangkan pejuang2 Islam di Perak dan insyaAllah tidak akan mematahkan semangat rakyat Perak yang cintakan keadilan mengikut acuan Islam. TAKBIRRR.

Pantun spontan dari saya:

Perang Tempoyak baru bermula,
Semut Merah berbaris lima,
Seruan takbir dibalas gas pemedih mata,
Menyemarak jiwa membela agama

YAB Nizar dicintai semua
Manis muka penuh imannya
Dugaan datang diterima dengan tangan terbuka
Moga Allah memberi kekuatan padanya.

Bukit Gantang kehilangan MPnya
Takdir Allah penentu segala
Medan perjuangan telah dibuka
Dipersila semua pejuang2 Islam datang membela.


TAKBIRRR.

Melalui e-mel - AzmanS

Teruskan perjuangan!!!


Sumber : Jundullah

- PAS Johor Bahru
Layari : http://www.pasjohorbahru.com

13.02.2009

DOSA KECIL JE......

13 February 2009

oleh Aris Awang

Hidup Sebuah Peperiksaan - Sijil Diberi di Mahsyar - Hadiah Selepas Titian Sirat

Pemuda dan Pemudi ku ikutilah kisah ini...

Suatu Hari Rasulullah s.a.w. dan sahabat sahabatnya turun di suatu tempat di padang pasir yang tandus dan tidak ada tanamannya.

Tetapi dihari itu mereka perlu ranting ranting kecil untuk menyalakan api “Kumpulkan ranting ranting kecil” perintah Nabi s.a.w kepada para sahabatnya

‘baik Ya Rasulullah’ jawab mereka

‘tapi lihatlah, betapa kosong padang pasir ini, tidak terlihat kayu kayu kecil pun disini’

Nabi saw bersabda : “Bagaimanapun setiap orang harus mengumpulkan sebanyak yang ia boleh”

Semua sahabat pergi ke padang pasir.

Dengan teliti, mereka mencari cari kayu kayu kecil dan mengumpulkannya, hingga akhirnya setiap orang berhasil membawa ikatan ikatan kecil ranting ranting kayu dan dikumpulkan di suatu tempat.

Sebentar kemudian jadilah setumpukan kayu yang telah menimbun.

Kemudian Baginda Suci s.a.w bersabda : “Dosa dosa kecil sama seperti kayu kayu kecil ini. Pada mulanya dia tidak tampak dimata, namun setiap sesuatu pasti ada yang mencari dan mengejarnya. Apa yang kamu cari tadi kini telah tertimbun banyak dihadapan mata. Dosa dosa kamu kelak juga akan dikumpulkan dan di hisab. Suatu hari nanti, kamu akan melihat dosa dosa kecil yang pada mulanya tidak tampak dimata tiba tiba telah tinggi menggunung”

Labels: Agama, Penulis Tamu - Aris Awang, tazkirah

Ke Mana Gerangan Hendak Dibuang Negeri 1.63 Juta Rakyat Perak Yang Menderhakai Sultan?

13 February 2009
Oleh: pendikar gunung kriang

Saya hanya tersenyum simpul apabila membaca berita mengenai keputusan Persatuan Kerabat Di Raja Kedah (PKDK) yang mencadangkan agar Pengerusi DAP, Karpal Singh diharamkan daripada menjejaki kaki ke Perak kerana kebiadapannya terhadap Sultan Perak. Karpal dikatakan menderhaka kerana ingin mengheret Sultan Perak ke mahkamah berikutan langkah baginda enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Tetapi bukan Karpal sahaja yang berpandangan demikian. Bukan Karpal sahaja yang berpandangan bahawa langkah Sultan Perak enggan membubarkan DUN adalah kurang bijak. Berdasarkan sembang-sembang di warung, kantin pejabat dan pasar, kebanyakannya memberi pendapat yang sama dengan Karpal, cuma pendapat mereka tidak pernah disiarkan. Jika disiarkan pasti mereka juga dianggap penderhaka, bahaya!!

Begitu juga jika diperhatikan pandangan pemilik blog dan komen-komen yang menyusulinya, kebanyakannya memberi pandangan yang hampir sama dengan Karpal. Jadi logiknya, pemilik-pemilik blog dan mereka yang memberi komen sedemikian adalah juga penderhaka dan oleh itu patut diharamkan dari menjejaki Perak.

Hari ini penganalisis politik dan pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Abdullah memberitahu kajian yang dibuatnya terhadap penduduk negeri Perak mendapati kebanyakan rakyat Perak mahukan DUN dibubarkan. Jadi jika mengikut logik yang sama, Prof Madya itu juga adalah penderhaka dan dan oleh itu patut juga diharamkan dari menjejaki Perak.

Hari ini juga Merdeka Center mengumumkan bahawa berdasarkan kajian pendapat umum yang dibuat di Perak mendapati 74% daripada rakyat Perak mahukan DUN dibubarkan. Jadi jika mengikut logik yang sama 74% rakyat Perak adalah penderhaka Sultan dan oleh itu perlu dibuang negeri! Penduduk Perak kini berjumlah 2.2 juta orang. Jika 74% penduduk Perak adalah penderhaka bermakna bilangan penderhaka yang mendiami Perak kini adalah seramai 1.63 juta orang!

1.63 juta orang bukanlah satu bilangan yang sedikit. Jika hendak dibuang negeri ke semua mereka, lokasi yang sesuai perlu dicari. Mereka tidak boleh dibuang ke Perlis negeri kecil yang hanya mempunyai penduduk seramai 0.22 juta orang itu. Jika dibuang ke Perlis, pecahlah negeri kecil itu untuk menampung 1.63 juta penduduk Perak yang menderhaka itu. Negeri yang paling sesuai dibuang negeri untuk penderhaka-penderhaka ini ialah negeri-negeri jiran seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Tapi Selangor dengan penduduk seramai 4.5 juta orang dan Pulau Pinang dengan 1.42 juta penduduk kelihatan tidak sesuai untuk maksud itu kerana sudah terlalu padat untuk diduduki. Mungkin negeri yang paling sesuai ialah negeri-negeri yang bersaiz besar tetapi penduduknya tidak begitu padat seperti Kelantan yang hanya mempunyi 1.45 juta penduduk dan Pahang yang mempunyai 1.37 juta penduduk.

Satu lagi persoalan, jika 74% rakyat Perak telah dibuang negeri, mampukah baki penduduk Perak yang tidak menderhaka seramai 570,000 itu membangunkan negeri mereka? Khuatir pula, selepas 1.63 juta rakyat Perak diusir, negeri Darul Ridzuan itu akan menjadi sepi dan pembangunan terbantut. Tiadalah lagi rakyat untuk meramaikan pesta karut Jom Heboh dan Tok Mufti pun tidaklah perlu membazirkan masa berharganya untuk membuat fatwa yang tidak dipatuhi!!

http://pendikargunung.blogspot.com/

Kesian BN, Akhirnya Tembelang ADUN Changkat Jering Pecah Juga!!

Star Online melaporkan Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd Zain hari ini menafikan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu telah dimasukkan ke hospital itu baru-baru ini.


“Dia tidak pernah dimasukkan ke HKL,” katanya ketika mengulas dakwaan adik Mohd Osman bahawa abangnya gagal hadir perbicaraan kes rasuahnya di Mahkamah Majistret di Ipoh semalam kerana dia dimasukkan ke HKL.

Berani betul manusia bernama Osman itu, mahkamah pun cuba ditipunya, mahkamah pun cuba dipermainkannya! Mujurlah Wakil Rakyat yang sudah banyak kali pura-pura sakit itu tidak lagi menjadi anggota PKR, jika tidak imej beliau sebagai wakil rakyat pembohong dan penipu akan merosakkan nama PKR. PKR patut bersyukur kerana Osman tidak begitu terlewat untuk keluar PKR. Bayangkan jika kini beliau masih menjadi wakil rakyat PKR, nama dan imej PKR pasti akan tercemar dengan tingkah lakunya itu.

Yang kasihannya ialah BN, kerana Osman telah mengisytiharkan dirinya sebagai penyokong BN. Kini nama dan imej BN yang tercemar teruk kerana isu rampasan kuasa di Perak menjadi kian buruk dengan adanya seorang Osman dan seorang Jamaluddin (ADUN Behrang) di dalamnya.

Changkat Jering yang diwakili Osman berada dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang yang bakal menghadapi pilihanraya kecil sedikit masa lagi. Masalah peribadi Osman yang tidak boleh dipercayai itu akan menjadi beban yang tentu sukar untuk digalas oleh BN bagi menghadapi rakyat dalam pilihan raya itu.
Kesian, BN…. Pendikar Gunung Kriang

Kedudukan Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) - Seorang pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhamad Nadzri Mohamed Noor mempersoalkan tindakan pemansuhan kedudukan Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tanpa melalui proses perundangan, yakni tanpa membuat persidangan Dun bagi membawa usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar atau tanpa diputuskan mahkamah diragui tahap kesahihannya.

"Selain itu, sebelum pelantikan Dato' Dr Zamry, Nizar pernah memohon pembubaran Dun kepada Sultan Perak. Meskipun baginda mempunyai kuasa budi bicara, namun kuasa beliau sebagai Sultan juga adalah kuasa rasmi dan simbolik yakni beliau bertindak atas nasihat Menteri Besar," katanya lagi.

Oleh itu, di sini timbul satu isu kesamaran kuasa yang perlu diperjelaskan oleh pihak mahkamah, kata beliau kepada Harakahdaily.

Selain itu, ditanya mengenai keabsahan pelantikan Menteri Besar Perak yang berada dalam kemelut, beliau berpendapat terdapat beberapa persoalan berbangkit yang berkaitan dengan masalah perundangan.

"Persoalan lain, adakah peralihan sokongan atau keluar parti dua Adun KeADILan kepada BN adalah sah?

"Ini berikutan telah ada peraturan di dalam KeADILan yakni jika terdapat ahli meletakkan jawatan atau keluar parti semasa menjadi ahli badan perundangan, individu itu mestilah meletakkan jawatan perundangan tersebut. Namun, adakah peraturan ini (secara lisan atau tidak) terpakai dan boleh dikuatkuasakan?" tegasnya.

"Selepas segala kesamar-samaran status perundangan dan kuasa yang dibangkitkan, adakah perlantikan Dr Zambry dari BN sebagai Menteri Besar Perak oleh Sultannya adalah sah?

"Selagi isu-isu atau persoalan undang-undang ini yang tidak diselesaikan oleh pihak yang berwajib, khasnya mahkamah, legitimasi kerajaan baru boleh dipertikaikan dari pelbagai sudut (khasnya dari sudut undang-undang dan struktur politik)," ujar Nazri lagi.

Ini kerana katanya, keadaan tersebut boleh menyebabkan ketidakstabilan politik di Perak menjadi bertambah serius. Katanya lagi, meskipun BN kini tidak lagi hegemonik, tetapi ianya dilihat masih dominan dan berkuasa.

"Dengan kekuasaan ini, jika dilakukan secara strategik dan bijaksana, BN mampu mengukuh kembali kedudukan, melambat-lambatkan perubahan atau menghapuskan penentangan walaupun keadaan-keadaan ini tidaklah eksklusif. Namun jika tersilap langkah, strategi yang dilakukan boleh memakan diri," katanya.

Hal ini tambah beliau, bergantung kepada kematangan politik masyarakat Malaysia akhir-akhir ini. Justeru ujarnya, apa yang ditetapkan melalui institusi negara, tidak semestinya menghasilkan kepatuhan atau kepercayaan masyarakatnya.

"Tetapi dalam masa terdekat ia mungkin boleh menafikan realiti sebenar yakni dengan menolak gelombang perubahan, namun pada masa 'near future' ia mungkin melakarkan impak yang sebaliknya," ujarnya lagi.

Oleh yang demikian Nazri mengharapkan tindakan lompat parti di kalangan ahli politik tidak menjadi budaya pemimpin Malaysia kerana ia akan menggugat kestabilan politik negara dan menafikan hasrat serta mandat pengundi yang telah diberikan semasa pilihan raya.

"Biarlah proses yang paling demokratik yakni pilihan raya, yang menentukan siapa yang berhak untuk menduduki jawatan dalam pemerintahan. Ataupun jika timbul pertikaian diselesaikan dalam mahkamah yang bebas," katanya.

Harakah
12/02/09

Rabu, 11 Februari 2009

Perak..Oh...Perak

Keadaan politik di Perak semakin jadi kelam-kabut. Dr. Zambery Abdul Kadir sudah pun ditabalkan menjadi menteri besar baru, sedangkan Menteri Besar Ir. Nizar masih lagi bertahan di pejabat beliau.
Malahan pada hari Sabtu lalu, Ir. Nizar telah mengadakan mesyuarat Exco yang meluluskan beberapa ketetapan.Salah satu ketetapan itu ialah membuka lapangan terbang Ipoh kepada penerbangan Fire Fly, sebuah anak syarikat MAS. Ini satu perkara yang tentu menceriakan masyarakat Ipoh terutamanya orang perniagaan.
Semasa Tajol berkuasa dia menyekat pembesaran landasan terbang Ipoh dengan membina bangunan Kelab Penerbangan di bahagian hujung landasan dan sekali gus tidak membenarkan pembesaran landasan itu.
Muslihatnya ialah beliau mahu membuka satu lapangan terbang baru di Tronoh yang menelan belanja RM tiga ratus juta.
Inilah salah satu punca kenapa masyarakat Cina menolak Tajol Rosli dan menghukum Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang lalu.Saya memang tertarik hati dengan cara Nizar mentadbir negerinya.
Walaupun baru sebelas bulan beliau menjadi Menteri Besar, banyak sungguh perubahan yang dilakukannya dalam pentadbiran negeri salah satu contoh yang baik patut dirakamkan dalam tulisan ini ialah bagaimana dia mengubah ‘system’ bayar tiket parking di seluruh Perak.
Pada satu ketika dahulu, sesiapa yang menggunakan tempat letak kereta kelolaan Majlis Bandaran, perlu membeli tiket parking khusus untuk sesuatu daerah ataupun majlis perbandaran. Kalau meletak kereta di Ipoh mestilah gunakan kupon khas untuk Ipoh, dan tidak boleh gunakan kupon yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaran Kuala Kangsar ataupun Telok Intan.
Apa yang Nizar buat ialah meluluskan satu dasar betapa kupon diseragamkan dan boleh digunakan di mana daerah ataupun wilayah di merata negeri. Dalam sekelip mata, cara pentadbiran Kerajaan pimpinan Tajol Rosli telah diubahnya untuk keselesaan rakyat.Bayangkan apa yang berlaku semasa Tajol Rosli. Mereka import mesin berkomputer berharga berjuta-juta ringgit semata-mata untuk membolehkan kumpulan tertentu membalun harta.
Saya pernah komen tentang pembelian mesin-mesin berkomputer itu satu ketika dahulu, dan apa yang saya hujahkan sudahpun menjadi kenyataan. Bayangkan membelanjakan lebih tiga puluh juta ringgit sebagai ‘parking meter’ dan tidak sampai dua tahun digantikan kerana mesin yang selalu rosak ataupun sengaja dirosakkan?
Lagi perubahan yang telah dilakukannya sepanjang sebelas bulan Ir. Nizar menerajui kerajaan PR. Sayangnya semua ini tidak banyak diketahui umum di luar Perak kerana kurang publisiti. Lagi pun, kebaikan semacam ini mendedahkan kebobrokan pemerintahan kerajaan BN pimpinan Tajol Rosli dan Ramly Ngah Talib.
Salah satu lagi kebaikan yang telah dibawakannya ialah dengan pemberian geran kekal kepada penghuni Kampung Baru (Kem) Cina di seluruh negeri Perak. Tindakan ini telah diperbesarkan oleh orang Melayu dan UMNO kerana mereka fikir penduduk Kampung Cina itu tidak layak mendapat geran hak milik kekal..
Satu ketika dahulu semua kampung baru yang berjumlah lebih 420 buah di merata negara telah dikuasai oleh Ong Ka Ting, seorang menteri kerajaan tempatan yang merangkap Ketua MCA. Apabila Pakatan Rakyat berkuasa di Perak, mereka telah membuat kajian pembangunan di setiap kampung baru Cina di Perak dan mendapati betapa banyak penyelewengan wang yang dilakukan atas nama pembangunan.
Namun, tidak pula diperbetul masalah hak milik penghuni dan penduduk di kampung itu. Ada yang mendapat hak milik hanya untuk tiga puluh tahun dan ada yang dapat untuk enam puluh tahun. Ir., Nizar telah membuat ketentuan memberikan hak milik kekal kepada semua pemilik rumah di kampung-kampung baru.
Perkara ini memang menaikkan amarah UMNO dan orang Melayu, tetapi kalau kita bercakap tentang hak asasi tentulah kita akur bahawa tindakan Nizar adalah adil dan bijaksana.Sayangnya khidmat yang ikhlas ini tidak dihargai oleh pihak istana yang mungkin menerima hasutan daripada golongan UMNO yang semacam gila talak sepanjang sebelas bulan yang lalu.Soalnya sekarang, tindakan Sultan sudah menaikkan amarah rakyat walaupun TV dan radio menyarankan sebaliknya.
Proses demokrasi dalam pilihan raya yang lalu jelas menunjukkan bahawa rakyat yang telah memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri Perak. Kenapa pula Sultan menukar proses ini?
Kalau betul baginda fikir Pakatan Rakyat tidak mendapat sokongan rakyat lagi, cuba biarkan proses demokrasi berterusan dan benarkan pilihan raya umum diadakan semula. Biar semua parti politik merujuk perkara ini kepada rakyat untuk mendapat mandat yang baru.Penulisan saya ini bukan bertujuan mengkucar-kacirkan keadaan di Perak. Ini tulisan untuk generasi yang akan datang.
Tidak kiralah apa kata orang Umno ataupun orang Keadilan, waima orang istana sendiri. Kita mesti kupas masalah krisis Perak ini dengan rasional supaya generasi depan tahu apa yang sebenarnya berlaku.Selepas ini kalau generasi depan marahkan institusi diraja dan juga UMNO mereka mesti tahu apa sebabnya.
Generasi saya adalah satu kandang dengan generasi Sultan Perak dan Mahathir Mohammad dan Abdullah Ahmad Badawi. Cuma Paklah dan saya tergolong kepada golongan junior dalam generasi tua iniNajib Tun Razak dan Anwar Ibrahim serta Zahid Hamidi termasuk dalam satu kelas generasi yang lain.
Begitu juga Abdul Rahim Tamby “Tak” Kecik yang kini menjadi Pengerusi RISDA dan Muhamad Muhammad Taib menteri kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang satu ketika dahulu merupakan Menteri Besar Selangor dan jatuh tersungkur setelah melarikan beberapa puluh kilo wang Malaysia ke Australia.
Selama sebelas bulan Ir. Nizar menerajui Perak perjalanan negeri berjalan lancar walaupun Kerajaan Pusat menyekat sumbangan dana kepada kerajaan negeri. Wang kerajaan Persekutuan telah disalurkan kepada badan-badan milik UMNO ataupun melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Apabila perkara ini berlaku, tentulah Paduka Sultan sedar dan setuju bahawa ini satu perkara yang tidak betul.
Tentu Paduka Sultan tahu kisah pejabat KEMAS yang dikosongkan oleh petugasnya yang merupakan orang-orang UMNO. Mereka telah mengosongkan pejabat KEMAS dan membawa balik semua peralatan, perabot termasuk penghawa dingin di bangunan itu sehinggakan kosong pejabat KEMAS dan tidak boleh digunakan lagi. Begitu juga dengan peralatan Bangunan Dewan Orang Ramai. Mereka tanggalkan segala kelengkapan dan ‘fittings’ yang ada kerana berkata semua ini adalah milik kerajaan UMNO.
Bayangkan perkara begini berlaku di seluruh negeri Perak, tetapi Sultan tidak pun bersuara.Rakyat Perak merupakan sebuah masyarakat yang amat setia kepada raja. Sejarah rakyat Perak penuh dengan kisah rakyat bangkit untuk mempertahankan institusi raja. Walaupun raja bersikap aneh dan bercanggahan dengan tatasusila golongan istana.Sudah menjadi lumrah, orang Melayu menjadi terlalu taksub bila berdepan dengan isu sultan. Ini menjadi semakin hebat dengan tersiarnya kisah kedaulatan raja dan ketulahan rakyat yang menderhaka kepada raja.
Satu ketika dahulu tersebut kisah pembunuhan Penasihat British di Perak, J.W. Birch yang dibunuh oleh orang Melayu kerana tidak bersetuju dengan perangai penasihat ini memperbudakkan raja Melayu. Di sinilah munculnya nama seperti Datuk Sagor yang terlibat dengan kisah itu.Semasa Raja Abdullah dihalau keluar sebagai orang buangan negeri oleh British, dia diarah hidup merempat di Kepulauan Seychelles dan zuriat orang Melayu Perak kini jelas kelihatan di sana.
Oleh kerana konsep kedaulatan dan ketulahan inilah makanya rakyat Perak sanggup bersikap toleran terhadap raja mereka. Sebelum Sultan Azlan naik takhta, Raja Perak bernama Sultan Idris, Almarhum Tuanku adalah seorang yang ‘flamboyant’ yang suka dengan cara hidup mewah dan mudah.Semasa Raja Idris memegang tampuk kesultanan, baginda suka berfoya-foya mengadakan majlis hiburan di mana baginda menunjukkan kemahiran bermain saksofon.
Kalau ada sambutan hari jadi baginda, majlis sambutannya diadakan selama satu bulan di perkarangan istana. Di sana akan ada satu suasana ‘funfare’ di mana rakyat akan pergi berbondong-bondong setiap malam menghabiskan masa bermain bermacam jenis mainan, seolah-olah itu adalah satu pesta judi kecil. Persiapan pula diadakan di setiap pelusuk kampung dan negeri di mana rakyat akan bergotong-royong menyumbang lembu dan kambing sebagai korban makan kenduri.
Rakyat tidak membantah, malahan mufti dan imam tidak bersuara dengan gelagat istana dan raja mereka. UMNO yang merupakan parti pemerintah tumpang sekaki dan setuju sahaja.Raja Idris mempunyai satu perangai yang suka pada perempuan. Hidup baginda memang menepati kisah raja Melayu dahulu kala di mana raja mempunyai ramai gundiknya.
Jadi, siapa yang pandai membekalkan gundik pastinya menjadi orang ataupun kumpulan yang disayangi raja. Semua itu atas nama kedaulatan raja dan ketulahan rakyat yang menderhaka kepada raja.
Gara-gara kefahaman songsang inilah sesiapa yang ingkar dengan nafsu serakah raja akan dihalau keluar negeri. (Kefahaman inilah juga membuatkan ayah Datuk Ibrahim Ali dihalau keluar negeri Kelantan kerana sikapnya sebagai “Kaki Gedebe”. Beliau dihalau daripada bumi Kelantan dan berpindah ke Buluh Kasap Johor.)
Pada satu ketika dahulu Raja Idris telah menghalau keluarga orang Melayu yang menolak keinginannya untuk memperisterikan salah seorang anak gadis mereka. Ini telah berlaku kepada seorang penyanyi bernama Mazwin Hamzah apabila Mazwin enggan menjadi isteri baginda. Keluarga Mazwin diarah pindah keluar negeri Perak. Allah Maha Besar, Mazwin telah menemui jodoh dengan adik kepada Sultan Brunei.
Apapun kesan daripada sikap Raja Idris yang suka dengan majlis “Yamyam” berakhir dengan baginda mangkat ketika menikmati majlis itu. Pada satu ketika dahulu saya tidak tahu apa maksud kawan yang menyebut Majlis Yam yam itu kerana itu adalah kod istilah yang diciplak daripada bahasa Cina. Rupanya ini adalah istilah yang ada kena mengena dengan “Yam Char”, Yam Seng’ dan Yummi.
Semuanya ada kena mengena dengan rasa nikmat di lidah rupanya.,Walaupun Raja Idris sudah lama mangkat, membolehkan Raja Azlan naik takhta dan kini menyambut Jubli Perak baginda, banyak juga peninggalan Raja Idris di istana Bukit Chandan.
Salah satu peninggalan Raja Idris ialah makhluk ghaib yang masih menghuni di istana itu. Makhluk Ghaib ini menjadi satu benda ghaib yang tidak menyenangi Tuanku Bainun isteri kepada Raja Azlan. Orang Perak kata Raja Permaisuri Perak itu tidak selesa menetap di istana Bukit Chandan di Kuala Kangsar.
Dia boleh pergi ke istana itu pada siang hari tetapi sebelum Maghrib dia mesti keluar daripada perkarangan istana. Orang Perak kata Tuanku Bainun tidak tahan “kerajan”. Inilah sebabnya Sultan Azlan jarang sangat menginap di istana Bukit ChandanIni juga sebabnya sebahagian Istana Kinta sedang diubah suai sekarang untuk memudahkan keluarga raja hidup senang lenang di Ipoh, gara-gara Tuanku Bainun tidak boleh tinggal di istana Bukit Chandan pada malam hari.
Pelik juga kisah ini kerana orang Perak berkata makhluk ghaib di istana itu adalah peninggalan Raja Idris yang mahukan hanya orang-orang yang betul-betul berdarah raja menetap di istana. Tuanku Bainun bukan datang daripada keluarga beraja. Dia adalah berasal darah orang biasa daripada Parit Buntar.
Yang anehnya, Tuanku Bainun dikatakan oleh rakyat Perak sebagai insan yang lupa asal usul beliau daripada darah biasa. Ini menjadi bualan mulut rakyat apabila Tuanku Bainun dikatakan menegah Raja Nazrin menikah dengan kekasih hatinya, seorang gadis Melayu yang cantik dan jelita serta mempunyai sedikit darah istana. Gadis itu bernama Wan Zaleha Radzi yang satu ketika dahulu terkenal dengan Program TV Tiga. Akhirnya Wan Zaleha menikah dengan seorang Mat Salleh.
Sebenarnya gelagat golongan istana Perak ini memang cukup menarik walaupun Raja Idris sudah lama mangkat. Kira-kira lima tahun dahulu, tersebut kisah pembunuhan isteri kedua Raja DiHilir yang telah dibunuh dan di humban ke sungai. Isteri Kedua yang malang itu bernama Intan Suraya. Polis telah mendapat maklumat siapa yang membunuhnya. Beberapa orang petugas istana telah ditangkap dan disumbat dalam lokap dan penjara. Isteri pertama Raja DiHilir telah dipanggil oleh polis untuk disiasat. Tetapi Raja Mahani (kalau saya tidak silap namanya) telah dibawa ke sebuah kamar besar di Hotel Istana Kuala Lumpur untuk polis mendapatkan maklumat.
Akhirnya beliau tidak dibabitkan, sebaliknya beberapa orang petugas istana telah dikenakan hukuman dan terpaksa meringkuk dalam penjara. Saya percaya satu hari nanti cerita sebenar siapa yang membunuh Intan Suraya akan terbongkar juga.
Saya tidak mahu dedahkan apa yang saya tahu kerana ia tidak akan mengembalikan nyawa Intan Suraya.Bila kita menyebut nama Raja Idris tentu rakyat Perak sedar bahawa yang sepatutnya memegang jawatan Raja Muda sekarang ini bukanlah Raja Nazrin.
Kalau mengikut salasilah Kesultanan Negeri Perak, yang patut menjadi Raja Muda Perak sekarang ialah Raja DiHilir yang merupakan waris kepada Raja Muda Musa. Akan tetapi, Raja Azlan telah merobah batang tubuh Perlembagaan Negeri Perak dan mengisytiharkan anak baginda Raja Nazrin sebagai Raja Muda, dengan melangkaui dua keluarga ia itu pewaris daripada keluarga Raja Muda Musa (Raja DiHilir) dan keluarga Raja Idris Shah (Raja Kecil Besar).
Kedudukan Raja Nazrin sepatutnya ialah sebagai Raja Kecil Sulung, satu kedudukan setingkat di bawah Raja Kecil Besar.
Nampaknya bila menyebut demokrasi ada satu bentuk demokrasi untuk rakyat marhaen dan satu bentuk demokrasi pula bagi golongan raja. Malahan sekarang ini ada satu bentuk demokrasi untuk orang Melayu UMNO.
Berbalik kepada kisah Sultan Azlan, baginda seronok sungguh sekarang ini kerana semua berita dan TV kerajaan menyiarkan berita betapa salah besar kalau rakyat derhaka dan menentang sultan.
Malahan mufti Perak yang selalunya bersuara lantang pun tumpang sekaki mengatakan adalah berdosa kalau kita menentang raja.Seperti yang saya katakan, saya dan Sultan Azlan adalah tergolong satu generasi.
Saya masih teringat selalu bertemu dengan beliau ketika kami sama-sama pergi makan dan minum di Kelab Golf DiRaja Selangor (Royal Selangor Golf Club). Ketika itu, kebanyakan orang Melayu yang menjadi ahli Kelab itu adalah golongan istana ataupun pegawai kerajaan. Orang putih dan bukan Melayu kebanyakannya daripada syarikat swasta.
Saya masih ingat Raja Azlan kerap ke kelab itu untuk duduk semeja dengan beberapa kawan baginda. Saya ke situ untuk menikmati hidangan makanan yang lazat dengan harga patut. Salah seorang Melayu daripada syarikat swasta ketika itu ialah Rahim Razali (Datuk sekarang ini) Tentu Rahim akan membuat pengakuan bahawa salah satu sebab kami suka ke ruang makan RSGC ialah kerana hidangan Kopi ‘O’ Keras yang memang lazat.
Kalau saya tidak silap ketika itu Rahim Razali adalah seorang pengarah Syarikat Lintas Advertising. Saya dan Rahim Razali jarang bercakap di dewan makan itu tetapi angguk sahaja sambil menjeling arah meja di mana ada seorang Melayu di kelilingi beberapa orang Cina menikmati juadah mereka.
Setiap kali si Melayu ini datang ada sahaja sebotol-dua minuman brandi “Johnny Walker” di atas mejanya. Itu sebabnya generasi saya yang selalu pergi ke RSGC menggelarkan Melayu ini dengan nama Mr. Johnny Walker.
Apa yang saya maksudkan ialah orang Melayu tidak ambil kisah apakah seseorang itu suka minum brandi ataupun bir ataupun wiski ataupun kopi ‘o’ sahaja. Apakah orang Melayu yang berseronok dengan minuman keras itu seorang Melayu marhaen ataupun golongan berdarjat. Ataupun apakah dia mengambil minuman keras itu dalam bilik makan rumahnya ataupun secara terbuka, kerana minuman keras adalah dikira haram di kalangan penganut agama Islam. Tetapi orang Melayu akan begitu prihatin kalau ada kaumnya yang makan daging babi. Sedangkan babi dan brandi adalah sama haramnya.,Begitu juga di zaman Tunku Abdul Rahman dahulu, setiap hujung minggu Tunku dan para sultan akan berbondong-bondong ke Kelab Lumba Kuda Kuala Lumpur (yang kini menjadi tapak Menara Berkembar KLCC) melihat sukan lumba kuda.
Mereka diiringi dengan kawalan polis untuk melihat kuda berlari. Tetapi orang bukan Melayu ke sana untuk berjudi. Sama ada Tunku dan raja-raja turut berjudi, tidak ada siapa yang ambil peduli kerana sewaktu itu para mufti dan imam tidak berani bersuara untuk menegurnya.Begitulah juga sikap Melayu dengan pembesarnya.
Sikap tidak berapa ambil peduli orang Melayu terutama sekali golongan marhaen menjadikan kita sekarang ini satu bangsa yang sungguh rendah tahap ekonominya.Dari sudut ekonomi kita berada di bahagian bawah sekali.
Di negara ini ekonomi negara diterajui bangsa Cina, yang kedua ialah golongan Punjabi ataupun Benggali. Yang ketiga ialah kaum India. Bangsa Melayu jatuh tercorot sekali.Kalau ada puak yang mengatakan orang Melayu sudah maju berbanding bangsa lain, puak itu memang tersilap besar. Seperti yang saya katakan dahulu ada tiga jenis orang Melayu sekarang ini: a) Melayu istana, (b) Melayu UMNO dan (c) Melayu bukan UMNO. Yang hidup merempat dan serba kekurangan sekarang ini ialah Melayu bukan UMNO.
InsyaAllah akan kita bincangkan perkara ini dalam siri seterusnya.Berbalik kepada isu politik Perak, sekarang ini semua pihak dalam kerajaan dan UMNO membesar-besarkan isu “Jangan derhaka kepada raja”. Apakah yang dikatakan derhaka? Apakah mempertikaikan tindakan raja satu perbuatan derhaka?Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu menyaman Sultan Azlan Shah. Sebagai seorang peguam berpengalaman, tentu dia tahu apa yang mahu dibuatnya. Tentu dia yakin akan menang daripada sudut undang-undang.
Tetapi, Anwar Ibrahim telah menolak sikap Karpal Singh. Anwar tidak mahu Sultan ditarik ke mahkamah dan kerana itu Karpal Singh naik marah secara terbuka dan mengatakan Anwar tidak layak menjadi Ketua pakatan Rakyat.
Dalam tulisan saya yang lepas, saya bersuara lantang mengatakan di mana Anwar Ibrahim tersilap. Tetapi sekali lagi saya tidak bersetuju dengan Karpal dalam tohmahannya terhadap Anwar. Kesilapan utama Anwar dalam krisis politik Perak ini ialah beria-ia dan menyibuk mahu mengepalai pasukan menentang UMNO dan BN.
Sepatutnya kerja itu dibuat oleh Karpal Singh dan Lim Kit Siang.Apabila kita ambil kira kisah menyaman Sultan, kita lihat TKT Mahathir pun tidak suka perbuatan itu. Beliau ada berkata: Sebagai seorang Melayu, saya juga terguris, tidak gembira dengan perkembangan terbaru ini terutama tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mahu menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.Amboi...sedap cakap TKT Mahathir.
Cuma kita mahu para pembaca ingat apakah yang dibuat oleh Mahathir semasa dia menjadi perdana menteri? Bukankah dia orang yang menjadi dalang menukar Perlembagaan Malaysia yang menarik imuniti raja-raja Melayu? Bukankah dia arahkan semua kerajaan BN dan UMNO negeri mengubah Perlembagaan negeri agar raja-raja Melayu hilang imuniti mereka?
Apa gunanya dia merancang penarikan imuniti itu kalau raja tidak boleh ditarik ke mahkamah? Bukankah Mahathir yang menyebut satu ketika dahulu, bahawa dalam dunia moden suara rakyat adalah raja?Dengan pemansuhan imuniti raja, apa sahaja yang diputuskan oleh Parlimen mesti dipersetujui oleh raja.
Kalau rang undang-undang diluluskan di Parlimen raja mesti setuju dan menurunkan tandatangannya.Berdasarkan fakta ini, itu sebabnya mungkin kenapa Ir. Nizar enggan keluar daripada rumah kediamannya dan masih menjalankan tugas sebagai menteri besar. Kerana undang-undang Perak mengatakan Sultan tidak ada kuasa memecat menteri besar. Pemecatan Menteri Besar hanya boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri ataupun selepas undi tidak percaya diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri itu.
Jika benar fakta ini, undang-undang mana yang digunakan oleh UMNO dan BN untuk menegakkan satu kerajaan baru di Perak? Apakah dasar makanya UMNO mengatakan Ir. Nizar adalah seorang menteri besar haram?
Sesungguhnya sejarah akan menyerlahkan bahawa krisis politik Perak ini adalah satu mainan politik yang telah dirancang dengan teliti oleh UMNO untuk merampas kuasa. Sultan Azlan Shah ternyata telah keliru dengan keadaan sebenar.
Apa yang sedang berlaku adalah satu penipuan bukan sahaja ke atas sultan malahan terhadap para pengundi di Perak.
Ketika menulis artikel ini saya dapat satu SMS tentang kematian seorang Ahli Parlimen PAS di Perak. Sambil kita memanjatkan doa ke hadrat Illahi terhadap roh arwah si mati, saya juga berfikir ini adalah satu pertanda daripada langit di mana Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan nanti menjadi satu pertanda apakah rakyat sayangkan UMNO dan Sultan mereka.
Marhaintua 09 Februari, 2009.

Selasa, 10 Februari 2009

hikayat lara perak


gadis(rakyat) dah pilih suami(PR) utk menjadi pelindungnya dan asalnya si bapa(sultan) telah bersetuju maka kahwinlah mereka dgn aman damai hinggalah tiba satu saat datanglah satu laki lain yang telah menggunakan cara kotor utk menjadi pelindung gadis ini dan dgn tiba-tiba bapa(sultan) gadis(rakyat) ini telah memaksa si suami(PR) ceraikan gadisnya(rakyat) dan dgn tergesa-gesa si bapa menikahkan gadisnya(rakyat) dgn laki(bn) tadi.

persoalannya,

adakah betul tindakan bapa(sultan) memaksa gadisnya(rakyat) diceraikan sedangkan mereka telah hidup dgn bahagia?

adakah si suami(PR) menderhaka kepada bapa(sultan) kerana enggan menceraikan isterinya(rakyat) sedangkan isterinya(rakyat) masih sayangkan si suami(PR)?

adakah si gadis(rakyat) yang marah dan sedikit emosi terhadap bapa kerana rumahtangga yang mereka bina atas dasar suka sama suka telah diminta supaya berpisah secara paksa boleh dianggap derhaka? sedangkan gadis(rakyat) itu nakkan haknya didengar oleh bapa(sultan).

*siasahdaily.blogspot.com

PRK PARLIMEN BUKIT GANTANG - CALONNYA ADALAH YAB MB DS NIZAR

Tanpa sebarang persediaan minda, kerana fizikal berkampong di HDK dan baru tiba kerumah. Santapan ulung adalah melayar. Layaran pertama 2.30 petang adalah di sudut HarakahDaily. Secara fitrah saya berduka dan digandakan duka dengan mendapat berita perginya Ahli Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.00 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

Beliau yang tinggal di Changkat Larang, Batu Gajah menghadapi masalah kesihatan sekembalinya daripada luar negara, demikian menurut Pegawai Khas beliau, Shaharudin Ahmad Sani kepada Harakahdaily sebentar tadi. Shaharudin mengendalikan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bukit Gantang di Markas PAS Air Kuning, Taiping.

Parlimen Bukit Gantang mempunyai tiga DUN iaitu Changkat Jering, Titi Serong dan Sepetang.

"Dalam lawatan beliau ke Taiwan sebelum ini, beliau pernah dimasukkan ke hospital Taiwan atas masalah gula yang tinggi.

Saya ingat saya yang sentiasa berulang alik ke H akan pergi dulu menemuiNya. Kesempatan disini saya Ibn Abdullah Awab, Isteri dan anak-anak menyampaikan salam takziah dan simpati sesungguhnya kepangkuan isteri dan anak-anak Allahyarham dan keluarga menghadapi ujian dari 'allah ini. Sama-sama kita membaca Al Fatehan untuk aruah mudah-mudahan roh beliau diletak dan ditempatkan 'Allah bersama-sama dengan roh para Nabi Rasul dan Ambiak.

Ketentuan Allah Mengajar Kita Menghadapi UMNO-BN dan Istana.

Minda dan fizikal saya terbatas sekarang, cukuplah sekadar saya mengeluarkan pandangan yang besar dengan seiklas-iklasnya dan saya merayu kepada PAS Pusat dan PAS Perak, apalah kiranya cadangan dari insan yang uzur ini diambil perhatian. Iaitu calun yang paling utama, calun yang paling layak mewakii PAS di Parlimen Bukit Gantang adalah YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin MB PR Perak.

Kita uji emas, kita sepuh emas, kita canai intan dan berlian di PRK Bukit Gantang dengan meletakkan Wira kita iaitu YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Kepada seluruh pimpinan PR dari PAS, DAP dan PRK medan rakyat dan medan kepercayaan inilah kita leburkan UMNO-BN dan panji-panji kuning yang berjalor biru itu dikembaliakn kewarna asalnya kuning.

13 SAFFAR 1430 / 9 FEBRUARI 2009 JAM 3.01PTG.

http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/2009/02/bukit-gantang-kita-jadikan-bukit.html

Dinukilkan oleh:
Ibn Abdullah Awab:
http://tintaibnabdullahawab.blogspot.com/

Wanita..sanggup bermadu?

-bait muslim-

Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak
bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan
hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan
suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang
memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan
manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan
penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-
rupanya… Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan
kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup
melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?"
suaraFatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik
Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung
labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah
menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya.
Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

" Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap
Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah
menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan
apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi
tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak
berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah
jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang
tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi
hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon
suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan
agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah
yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan
memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada
dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri
kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan
Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik
denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami
erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri
tak ubah sepertilelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu
kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat.
Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya.
Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan
berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung
sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran
pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui
lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi
menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi
dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri
dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah.
Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi
sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri
pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun,
Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau
tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia
meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah
merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya,
Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan
tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah
ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang
tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut
mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan
oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin
tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam
gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan
rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju.
Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah,
Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap
kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk
membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar
berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia
yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan
gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula
yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu
dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah
Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke
arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri
dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri
keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding
dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak
hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg
berisi fail di tangannya. Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah
khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri
di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah
tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah
jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"Perjuangan, " jawab Fikri.

SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!
JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…
TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN
ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI
KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!
PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH
UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI
BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…
JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI
MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG
PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…
TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL
DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH
BAKAL ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG
DICINTAINYA…. KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN
ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA… DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI
ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN…
SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…
BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…

Isnin, 9 Februari 2009

Kita tidak kalah dan tidak akan bersedih

Kita tidak kalah di Perak, kita terima kuasa dari mandat rakyat tetapi kita jatuh angkara “politik pintu belakang”. Pokoknya rakyat tidak menolak kita yang menolak kita adalah mereka yang bermain “politik pintu belakang” itu.

Lalu sebagaimana dianjurkan oleh sahabat saya adinda Nik Abduh didalam blog beliau:

Jika anda yakin rakyat sedang berubah untuk menolak rasuah dan pemimpin rasuah, yakinlah kita pembangkang sedang berada di laluan tepat menuju kemenangan. Rakyat bersama kita dan kita bersama rakyat. Kuala Terengganu masih segar menjadi sumber kekuatan.

Jika rakyat pun menolak kita, janganlah juga anda bersedih. Jika tidak, anda termasuk dalam kalangan orang - orang yang tidak yakin dengan janjiNya.

Beliau sebelumnya menyebut:

Anda baca buku ‘La Tahzan’ karangan seorang ulama masyhur itu? Baca tak?
Jika belum, beli dan baca. Saya telah membacanya dalam teks asal Arabiyyahnya. Ayahanda juga telah membacanya sebab saya telah membacanya setelah saya mengambil buku itu daripadanya setelah dibacanya buku itu.

Jika anda telah membacanya, maka amalkannya.

Apa? ‘La Tahzan’. Jangan bersedih!

“Jangan bersedih! Sesungguhnya Allah bersama kita.”

“Maka bersabarlah ( wahai Muhammad ). Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Dan janganlah orang - orang yang tidak yakin ( dengan janji tuhan itu ) meremehkanmu ( dan mendorongmu untuk tidak tetap dan thabat di atas suruhan dan laranganNya. )” - Akhir al Rum.

Di mata rakyat kita adalah pejuang sebenar, pemimpin sebenar dan lebih penting lagi kita tahu di hadapan Allah swt kita beroleh redha Nya. Oleh itu terimalah dugaan kecil ini dengan tenang, kita yakin dengan izin Allah swt, apabila kuasa kembali ketangan rakyat, ia tidak akan diserahkan kembali kecuali kepada pemimpin yang mereka senangi dan yakini!

Kita dari dahulu sehingga kini dan insyallah sampai bila-bila akan tetap yakin dengan janji Allah swt, ia pasti datang, lantas orang PAS tidak akan bersedih tetapi bekerja dan terus bekerja untuk memperoleh janji Allah swt itu samada kita syahid atau menang untuk mendapatkannya.

Isu Perak: Haron Din jawab Mufti Perak

Salmah Mat Husain
Sun | Feb 08, 09 | 7:43:01 pm MYT

PENGKALAN CHEPA, 8 Feb (Hrkh) - Golongan alim ulama di Negara ini harus bersikap adil di samping memihak hanya kepada Islam dalam menyelesaikan sesuatu isu apa lagi mengeluarkan kenyataan berbaur politik

Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din, menyifatkan kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, yang mengeluarkan kenyataan sesiapa tidak taat kepada pemerintah dianggap derhaka dilihat sebagai tidak menepati tugasnya sebagai Mufti yang hanya wajib memihak pada Islam dan bukannya pada mana-mana individu apa lagi untuk kepentingan politik.

Menurutnya, tindakan sedemikian hanya akan mengundang kekeliruan di kalangan masyarakat, kerana golongan ulama merupakan rujukan utama masyarakat dalam masaalah agama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan mufti berkenaan yang didakwa sedemikian sebagai merujuk tindakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar, yang enggan melepaskan jawatannya sebagai menteri besar.

Harussani baru-baru ini mendakwa, sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah ataupun Raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup Kursus Kepimpinan Dakwah Halaqat, anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan, di Putik, di sini semalam.

"Mufti Perak telah menyatakan pendapatnya, tetapi tidak pernah berlaku seumpamanya sebelum ini di mana Mufti telah memihak pada mana-mana parti politik.

"Sepatutnya sebagai orang yang diberi tanggungjawab menjaga kepentingan agama, Mufti tidak seharusnya terjebak dalam kancah politik, selain hanya memihak kepada kebenaran Islam yang satu,"ujarnya lagi.

Haron Din, seterusnya memberitahu kenyataan Mufti sedemikian jelas menampakkan ianya kurang bijak dalam memberikan pandangannya berhubung kemelut politik di Perak.

"Kalau nak membuat sebarang ulasan pun biarlah ianya memberi gambaran yang jelas iaitu Islam,"ujarnya lagi.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu beliau merujuk pada sejarah Islam bagaimana seorang alim ulama yang masyhur Izzudin Abdul Salam yang berani menyatakan kebenarannya walaupun di hadapan sultan sehingga beliau akhirnya dibuang daerah.

Menurutnya, keberanian ulama di zaman ini amat diperlukan khususnya untuk menangani kegawatan suasana politik dunia dan tempatan yang semakin meruncing.

"Hanya golongan ulama sejati yang berani mengeluarkan kenyataan yang benar walaupun sedar diri terpaksa berhadapan dengan sebarang kemungkinan,"ujarnya lagi. - mks. _