Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Sabtu, 31 Oktober 2009
Amaran azab akhirat agar henti perkara yang ditegah Allah
SEBAHAGIAN tanggungjawab bersahabat ialah saling mengajar dan menasihati, kerana keperluan kepada ilmu tidak kurang keperluannya dibanding pada harta. Justeru apabila berkawan bertujuan untuk mendapat pertolongan harta benda, itu bukanlah berkawan cara yang dikehendaki Islam.
Seandainya seseorang itu kaya ilmu yang dikurniakan Allah SWT, sayogia timbangrasa terhadap sahabatnya sekiranya jiwanya lapar dan dahaga ilmu.
Berilah santapan jiwanya dengan ilmu, sebagaimana bantunya memberi makanan ketika perutnya lapar.
Pimpinlah dia menuju kepada kebaikan di dunia lebih-lebih lagi kebaikan di akhirat. Justeru itu timbulnya sistem ‘usrah’ dengan berberapa orang yang diketuai seorang ‘naqib’ (penyelaras).
Usrah dipimpin seorang naqib. Ketua usrah tidak dipanggil sebagai tok guru, kerana menyebabkan ada orang merasa dirinya sebagai murid sentiasa jahil.
Justeru tiada peluang untuk bertukar fikiran merasa tidak perlu, kerana sudah ada tok guru di majlis tersebut. Usrah adalah majlis bentuk keluarga, perlu ada tegur menegur dan memberi pandangan.
Jika pendapat peserta tidak sejajar dengan keperluan usrah, menjadi tugas naqib sebagai ketua penyelaras, memberi pandangan dari sudut pengalaman dan pengetahuannya.
Dengan cara itu bakat sebagai penasihat dapat dicungkil dalam usrah, jika tidak penasihat hanya berlaku sebelah pihak. Sedangkan ta'lim ialah nasihat kedua pihak sebagai ukhuwah.
Sekiranya diajar dan dipimpin tetapi tidak mahu turut dengan kehendak ilmu, maka menjadi kewajiban naqib dan anggota usrah yang lain menasihatinya.
Sebahagian asam garam nasihat ialah peringatkan kembali mengenai peristiwa dahsyat di alam akhirat. Manusia akan berdepan dengan azab api neraka, jika melampaui peraturan Allah SWT.
Tujuan diperingatkan sengsara akhirat, supaya dia hentikan segala perkara yang ditegah ugama. Gerakkan jiwanya supaya sedar dia sedang bergelumang dengan keaiban.
Seperkara yang mesti diketahui ialah bahawa memberi nasihat dan teguran, hendaklah dilakukan dalam sulit rahsia.
Ajak dia ke suatu sudut dan nasihatinya secara empat mata, supaya orang lain tidak mengetahuinya.
Ini kerana orang yang dinasihati tidak terasa dirinya dalam salah. Telah jadi tabiat manusia yang dalam keadaan salah, dia tidak suka kesilapannya diketahui orang lain.
Justeru jika mendedahkan suatu perilaku yang negatif, jangan disebut nama pelakunya. Nabi Muhammad s.a.w. apabila terlihat kelakuan yang tidak baik oleh seorang sahabatnya, lalu dijadikan tajuk ucapan nasihatnya tanpa menyebut siapa pelakunya.
Nabi s.a.w. menasihati secara umum, mana yang wajar dan mana yang tidak. Seorang alim dan juga sebagai wali bernama Dzunnun Al-Masri berkata: "Kamu berkawan dengan Tuhan hendaklah dengan menyetujui semuanya, tidak berkawan dengan makhluk kecuali ada tegur menegur (nasihat menasihati), jangan berkawan dengan nafsu sendiri kecuali kamu berbalah dengannya."
Menurut Dzunnun bahawa hidup di dunia ini mesti berkawan dengan tiga pihak, lantaran tiga pihak itu berbeza maka cara berkawan pun berbeza juga.
Wajib bersama Allah SWT "Wahua ma'akum ainama kuntum," bahawa Allah SWT bersama denganmu di mana saja kamu berada. Manusia sentiasa berangkai dengan kekuasaan-Nya, setiap masa dan ketika.
Berkawan dengan Tuhan secara turut dan patuhi segala suruhan dan larangan-Nya, itulah cara dan kaedahnya manusia Muslim berkawan dengan Tuhan.
Sebab itu jangan ada sesaat pun hati terlalai dengan-Nya, kerana lalai itulah punca utama manusia menuju kepada ingkar dan kesalahan.
Manusia adalah mahluk. Justeru dia mesti bermasyarakat dan berkawan sesama makhluk, dengan cara saling tegur menegur nasihat menasihati. Sesiapa melakukan kesilapan jangan malu menerima tegur nasihat kawannya.
Ketiga, manusia terpaksa berkawan dengan nafsu, kerana nafsu itu kurniaan Allah SWT bersama kejadian dirinya. Tetapi kejadian nafsu seperti yang dijelaskan oleh firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan jiwa serta penyempurnaanya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kekufuran dan ketakwaannya." (Surah Asy-Syams ayat 7 dan 8)
Apabila manusia sedar bahawa nafsu sentiasa bersamanya, mereka terpaksa berkawan dengannya. Oleh kerana nafsu diilhamkan Allah SWT jalan berlaku fujur (kufur) dan takwa (taat) kepada Tuhan, maka cara berkawan sentiasa berlawan dan waspada.
Nafsu seperti yang ditegaskan oleh al-Quran menerbitkan dua perkara yang bertentangan, elok (takwa) dan hodoh (fujur). Kedua-duanya sama sama berasal dari nafsu.
Sebahagian ulama menafsirnya bahawa yang cenderung kepada fujur (ingkar) ialah nafsu yang rendah, sementara yang cenderung kepada takwa ialah nafsu jenis akal. Sesuai dengan akal dari minda yang terletak pada tempat tinggi.
Apabila bersahabat dengan seseorang mesti wujud nasihat menasihati, kerana nasihat itu menggerakkan hatinya yang lalai, hingga mengetahui apa yang dia tidak tahu sebelumnya.
Yang demikian adalah bukti kamu betul betul kasihan belas dengannya, sebagai sahabat sejati.
Pandangan Mata Hati Imam Syafi'i
Orang tua yang melihat dengan pandangan mata hati akan bertambah serius dalam melaksanakan kebaikan dan 'berpatah arang' dengan kejahatan. Masa telah begitu suntuk. Entah sempat, entahkan tidak. Itulah rasa hati mereka. Mereka tidak sudi lagi berpaling kepada yang mengganggu dan menggugat. Tumpuan utama hanyalah mengejar masa.
Imam Syafi'i misalnya, pada usia empat puluh tahun sudah pun berjalan dengan memakai tongkat. Orang keliling kehairanan, justeru Imam Syafi'i masih tegap dan sihat. Bukankah beliau seorang pemanah yang tepat dan penunggang kuda yang cekap?
Ketika menjawab soalan orang tentang mengapa dia bertongkat, Imam Syafi'i berkata, "Tongkat ini untuk mengingatkan bahawa aku telah tua. Cukuplah semua hadiah dan sanjungan yang telah ku terima selama ini. Aku tidak perlukan lagi. Tumpuan sepenuh hati ku sekarang ialah menuju Allah!"
Demikian 'orang tua' yang memandang dirinya dengan pandangan mata hati.
Sayangnya, kebanyakan kita yang mendakwa pengikut setia Imam Syafi'i tidak pula bersikap begitu. Kita tidak mencari tongkat "pengingat " seperti beliau, sebaliknya sibuk mencari tongkat "penggiat" - Tongkat Ali!
Ayat Kursi Menjelang Tidur
Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan.
Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."
Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"
Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.
"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hal nanti malam ia akan datang lagi."
Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun
ditingkatkan. Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.
"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."
Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W,
dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi.
Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan
Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ?
"Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."
Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah
ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.
"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia
tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa akhirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."
"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi :
Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."
Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang
pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.
"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.
"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah. "Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.
Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."
Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula :
"Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"
"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."
Jumaat, 30 Oktober 2009
Kalau NakJadi Kuli, Jadilah Kuli Allah
JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN
”Jangan jadi kuli kecuali menjadi kuli Tuhan. Jangan makan gaji selain makan gaji dengan Tuhan. Sebagaimana kita bila makan gaji - dengan orang ke, dengan kerajaan ke, dengan kompeni ke, dengan orang kampung ke - tentulah kita kena buat mengikut apa yang majikan kita hendak walaupun kita sendiri berasa payah, berasa lambat kalau ikut kehendak majikan kita. Tetapi kerana, kita makan gaji, kita kena buat serupa dengan tuan kita hendak. Kita dengan Tuhan kena lagu itu juga. Bila Tuhan kata Aku hendak kamu buat lagu ini - payah ke, susah ke, terkepit ke, sakit ke kamu kena buat juga sebab kamu makan gaji dengan Aku. Kalau kamu tidak hendak makan gaji dengan Tuhan, kamu hendak makan gaji dengan siapa lagi? Sudah pasti kamu makan gaji dengan syaitan. Tidak ada sebab kita hendak makan gaji dengan syaitan kerana syaitan tidak buat kita, syaitan tidak buat bumi tempat kita berpijak, tidak buat langit tempat kita junjung, tidak buat udara untuk kita bernyawa, tidak buat sedikit apapun. Jadi tidak ada sebab kita hendak makan gaji selain dengan Allah taala”
”Makan gaji dengan manusia dia bayar dengan duit tetapi makan gaji dengan Tuhan dia bayar dengan syurga, bila mati baru boleh terima gaji. Sebab itulah kita bersembahyang, kita berpuasa, kita bersedekah, kita mengajar, kita mengaji walaupun kadang-kadang benda-benda ini dirasakan serabut dan menyusahkan. Mengapa menyusahkan diri dengan sembahyang, padahalnya yang tidak sembahyang ramai yang boleh hidup? Jawabnya, oleh kerana aku makan gaji dengan Tuhan, aku kena turut kehendak Tuhan”
Paderi Jerusalem: Mari Bela Al-Aqsa
Seorang Uskup di Jerusalem yang bernama Atallah Hanna yang juga merupakan salah satu tokoh Kristian Ortodoks Rom Jerusalem mendesak semua gereja di dunia untuk membantu membela Masjid Al-Aqsa dari serangan Israel.
Uskup Agung Atallah Hanna menyerukan kepada seluruh semua umat Islam dan Kristian untuk bersatu dalam rangka mencegah serangan dan penodaan terhadap Masjid Al Aqsa.
Seruan ini datang setelah pasukan khusus Israel menyerang Masjid Al-Aqsa di wilayah pendudukan Jerusalem Timur, dengan menembakkan peluru karet dan tabung gas air mata.
Hanna mengatakan dalam sebuah pernyataan, "Kami menyerukan semua gereja Kristian di dunia untuk berdiri menentang tindakan Israel terhadap Al Aqsh dan tindakan diskriminatif terhadap saudara-saudara Muslim kami di Palestin."
Dinyatakan olehnya bahwa orang umat Kristian Palestin juga mesti melindungi tempat-tempat suci umat Islam, Hanna kemudian berkata "Kami, sebagai orang Kristian di Palestin,akan melihat setiap serangan terhadap tempat-tempat suci umat muslim sebagai serangan terhadap tempat suci kami juga. Kami berdiri dengan Masjid Al Aqsa, dan kami sangat mengutuk pengepungan dan serangan-serangan yang dilakukan oleh Israel terhadap Masjid Al Aqsha."
Hanna juga mengatakan bahawa Israel berusaha untuk menghancurkan semua tempat suci, kecuali tempat suci umat yahudi, sembari mengingatkan bahawa Israel sebelumnya juga pernah menyerang gereja Ortodoks Rom.
Kerana larangan dari zionis Israel, warga Palestin tidak boleh masuk ke dalam kompleks Masjid Al Aqsa. Warga Palestin, tidak boleh melaksanakan solat di dalam masjid, seruan azan dan solat pun terpaksa mereka lakukan di luar masjid.
Warga Palestin melaksanakan solat Zuhur di dinding luar masjid Al-Aqsha.(fq/wb)
Bersama Dr Haron: Menukar hukum Allah SWT kesalahan besar
SOALAN: Ada ulama mengatakan bahawa pemerintah Islam hari ini, dibolehkan memilih undang-undang selain undang-undang Allah dan menggantikannya dengan undang-undang ciptaan manusia kerana perubahan zaman, boleh membawa perubahan hukum berdasarkan kepada kaedah ilmu fikah yang berbunyi antara lain bahawa 'hukum Islam berubah mengikut perubahan tempat dan masa'. Betulkah pandangan ulama itu? Adakah kaedah fikah tersebut terpakai? Mohon Dato' jelaskan. - MOHD FIRDAUS AHMAD, Bandar Country Homes, Rawang
JAWAPAN: Permasalahan anda kemukakan ini besar yang melibatkan hukum-hukum Allah.
Saya ingin mengingatkan, jangan sampai kita mempermain-mainkan hukum Allah dengan memberi alasan remeh bagi membolehkan manusia menggunakan alasan agama untuk menolak hukum agama.
Hukum Allah SWT ada dua cabang yang terbesar. Pertamanya, hukum-hukum qat'ie dan keduanya, hukum-hukum yang tidak qat'ie.
Yang qat'ie bermaksud hukum-hukum tetap yang tidak berubah. Yang tidak qat'ie adalah hukum tidak 'rigid' dan boleh berubah.
Yang tidak berubah sabit seperti hukum-hukum kesalahan jenayah dan hudud. Sedangkan hukum-hukum yang sabit dengan ijtihad, ia boleh berubah.
Hukum-hukum haram halal sesuatu pemakanan yang sabit dengan ayat-ayat yang muhkamat, demikian juga dalam minuman serta dalam haram halal bergaul dengan perempuan.
Yang diharamkan dalam perkahwinan seperti yang disebutkan muhramat, yang diharamkan berkahwin selama-lamanya.
Begitu juga haram memakan babi, bangkai, darah, meminum arak dan yang seumpama dengannya, hukum haramnya kekal sampai sehingga bila-bila.
Sebenarnya tidak ada pilihan. Allah juga tidak pernah memberi pilihan dalam melaksanakan hukum-hukum qat'ie, seperti haramnya riba, mencuri atau merompak, berzina dan sebagainya sudah sabit pengharaman dalam al-Quran.
Hukumnya sabit, maka ia tidak lagi menjadi pilihan.
Firman Allah (mafhumnya): "Dan tidak harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan sesuatu perkara, tidak harus mereka membuat pilihan sendiri. Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia berada dalam kesesatan yang amat nyata." (Surah al-Ahzab, ayat 36)
Daripada ayat ini dan hadis-hadis Nabi yang sahih, jelas menunjukkan bahawa hukum-hukum Allah tidak boleh dipermain-mainkan.
Adapun kaedah yang disebutkan itu, memang ia suatu kaedah fikah yang termasuk dalam istilah al-qawa'id al-fiqhiyyah.
Kaedah seperti ini tidak boleh dilaksanakan kepada kesemua hukum. Ia dibuat oleh ulama terdahulu, bagi mengkhususkan kepada perkara-perkara penggunaan akal yang disebut sebagai ijtihad.
Ijtihad bererti, ulama mengeluarkan hukum-hukum baru yang diasaskan kepada nas-nas syarak berdasarkan kepada i'llah dan sebab-sebab khusus yang membolehkan hukum baru dikeluarkan.
Hukum-hukum ini adalah hukum akal. Akal manusia berbeza. Seperti berbezanya hukum-hukum ijtihad pada perkara-perkara furui'yyat (perkara cabang) dalam hukum fikah.
Perkara cabang inilah yang memungkinkan ijtihad dan berlaku perubahannya yang mengikuti perubahan zaman.
Namun demikian, bukan kesemua hukum ijtihad boleh berubah mengikut perubahan zaman atau mengikut selera manusia.
Jika ijtihad bertentang dengan hukum asal yang qat'ie dalam al-Quranul Karim, maka ijtihad tersebut tidak boleh dipakai.
Seperti kaedah lain yang disebutkan, ijtihad tidak boleh menyalahi hukum syarak.
Sepatutnya para ulama mencari jalan untuk memudah atau membolehkan hukum Allah dilaksanakan. Bukan mencari justifikasi untuk menghalang perlaksanaan hukum tersebut.
Antara sebab bagi manusia hari ini menolak hukum Allah SWT, adalah kerana ingin mempertahankan status-quo yang ada.
Jangan sesekali menyokong pemerintah, dengan tidak memberi perhatian serius daripada akibat penolakan hukum-hukum Allah SWT.
Oleh sebab itu, menukar hukum Allah dengan hukum ciptaan manusia adalah kesalahan yang amat besar.
Perhalusilah sebaik-baiknya sebarang tindakan kita, bagi mengelak kerugian besar di akhirat nanti. Wallahua'lam.
Bersama Dr Haron
Sebab-sebab was-was dalam ibadah
MUKADDIMAH
Persoalan was-was sering ditimbulkan oleh masyarakat. Sebelum ini sy telah menulis berkenaan dgn was-was dalam akidah (klik sini) . Saya telah berkata ingin menulis tentang tajuk was-was dalam ibadah pula. Hajat ini sudah lama tertangguh. Ramai dikalangan sahabat dan sahabiah kita yang mengalami penyakit ini yang mengadu pada saya. Banyak perkara yang perlu disentuh dalam perkara ini. Buat permulaan ini saya akan menulis tentang sebab-sebab seorang itu terjebak dalam perkara ini. Oleh itu dengan penulisan ini, mudah-mudahan ia menjadi panduan berguna kepada semua.
SEBAB-SEBAB WAS-WAS
Banyak perkara yang menyebabkan was-was dalam ibadah ini. Diantaranya adalah seperti berikut:
1. Kejahilan dalam agama.
Oleh kerana kejahilan sebahgian besar manusia terhadap agamanya menyebabkan mereka melakukan perkara yang tidak disuruh oleh agamanya. Manusia yang berilmu mengetahui najis-najis yang dimaafkan sedangkan manusia yang jahil terpaksa membasuh najis-najis yang dimaafkan. Saya telah menulis tentang najis2 yang dimaafkan pd artikel yang lepas (sila rujuk sini ). Manusia yang berilmu juga akan menjimat air ketika bersuci dan tidak termasuk dalam golongan yang melampau yang disebut dalam Hadis Nabi saw:
إنه سيكون في هذه الأمة قوم يعتدون في الطهور والدعاء
"Sesungguhnya akan ada satu dikalangan umat ini yang melampau dalam bersuci dan berdoa." (Hr Abu Daud)
Imam Ghazali berkata:
"Penyakit was-was adalah disebabkan kejahilan dengan ilmu syariat atau rosak akalnya. Kedua-duanya adalah sebesar keaiban dan kekurangan."
2. Kelalaian dalam beribadah.
Perkara utama dalam ibadah adalah khusyuk mengingati tuhan. Tidak kira ketika wuduk atau dalam solat. Firman Allah swt:
فاعبدني وأقم الصلاة لذكري
" Hendaklan engkau menyembahku dan dirikan solat supaya dapat mengingatiku." (14 : Toha)
Apabila lalai, menyebabkan seseorang itu tidak mengingati apa yang dibasuh dalam bersuci dan apa yang dilakukan ketika solat. Ketika ini syaitan akan mengambil peranan menggodanya sehingga dia terjebak dalam penyakit was-was. Ibnu Abbas telah berkata:
الشيطان جاثم على قلب ابن ادم فإذا سهى وغفل وسوس فإذا ذكر الله خنس
"Syaitan mendempek di hati manusia. Apabila manusia lupa dan lalai syaitan akan menimbulkan was-was di dalam hatinya. Apabila manusia ingat Allah syaitan akan berpaling."
Ini bertepatan dengan ayat 36 dan 37 surah az-Zukhruf.
3. Syaitan yang menggoda.
Tugas syaitan adalah untuk merosakkan wuduk dan solat seorang. Nabi saw bersabda:
إن للوضوء شيطانا يقال له الولهان فاتقوا وساوس الماء
"Sesungguhnya ada syaitan yang menganggu ketika seseorang itu berwuduk yang bernama walhan. Waspadalah terhadap was-was dalam penggunaan air ketika berwuduk." (Hr Ahmad dan tirmizi)
Didalam solat pula ada syaitan yang bernama Khinzab menganggu manusia solat.
4. Terlampau berhati2 dan memerhati.
Apabila sesorang itu terlampau berhati2 dalam bersuci, wuduk atau mandi menyebabkan dia tercampak dalam penyakit was-was. Dalam bersuci, wuduk dan mandi hanya cukup perasaan Zhon dan tidak perlu tahap yakin. Perasaan zhon adalah seseorang yang rasa sudah bersih ketika beristinjak (basuh najis) dan rasa sudah basuh dalam berwuduk dan mandi. Adapun sedikit perasaan yang mengatakan tidak bersih lagi atau belum basuh ia dipanngil waham dan tidak perlu dilayan.
Adapun dalam masalah batal wuduk dan solat ini dapat dilihat orang yang berpanyakit was-was ini sering membatalkan wuduk atau solatnya kerana perkara yang tidak pasti. Sedangnkan dalam Islam hanya mengira perkara yang batal sekiranya ia berlaku secara yakin. Nabi saw bersabda:
إذا وجد أحدكم في بطنه شيئا فأشكل عليه أخرج منه شيء أم لا فلا يخرجن من المسجد حتى يسمع صوتا أو يجد ريحا
"Apabila seseorang mendapati sesuatu pada perutnya dan tidak pasti samaada keluar angin dari duburnya atau pun tidak janganlah dia batalkan solatnya sehingga dia yakin keluar seperti mendengar bunyi kentut atau mencium baunya." (Hr Bukhari dan Muslim)
5. Lemah Iman
Kenipisan iman menyebabkan seseorang itu mudah itu ditipu daya oleh syaitan dan mengikut hawa nafsunya dalam perkara was-was. Kita lihat orang yang kuat imannya seperti Omar bin Khattab ra, syaitan takut untuk mendekati dan menggodanya. Nabi saw bersabda:
ايها يا ابن الخطاب والذي نفسي بيده ما لقيك الشيطان سالكا فجا إلا سلك فجا غير فجك
"Wahai anak Khattab, demi tuhan yang mana diriku berada dalam kekuasaanya, tidak ada syaitan yang berjalan menemui dirimu di satu jalan melainkan dia akan melalui jalan yang kamu tidak lalui." (Hr Bukhari dan Muslim)
KESIMPULAN
Oleh itu setiap muslim mengenal pasti setiap sebab-sebab diatas dengan baik dan cuba menghindari dengan baik. Pada artikel yang lain saya akan menyebut tentang contoh-contoh orang yang mengalami penyakit was-was dalam ibadah seperti yang diceritakan oleh para ulama. Minta maaf kerana jarang-jarang menulis. Doakan saya.
Rujukan: Al-Quran, Syarah sahih Muslim oleh Imam Nawawi, al-Waswasah karangan Dr Iadah alkubaisi dan al-Was wasah oleh Fuad Siraj.
Khamis, 29 Oktober 2009
Jambatan maut tiada kelulusan JKR
Salhan K Ahmad
Jambatan gantung yang runtuh sehingga mengakibatkan seorang murid sekolah meninggal dunia dan dua lagi hilang dalam tragedi kelmarin dibina tanpa mendapat kelulusan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Pengarah JKR Perak Datuk Dr Safry Kamal Ahmad memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya juga tidak mengetahui kontraktor yang terlibat dengan pembinaan jambatan tersebut.
"Anggaran kos juga kita tidak boleh cakap kerana tidak ada penilaian kos yang dibuat," katanya ketika dihubungi petang ini.
Jelasnya, beliau juga tidak dapat memberi butiran berkenaan kerana maklumat tersebut tidak disampaikan kepadanya dari pihak pentadbiran SK Kuala Dipang, lokasi jambatan maut itu.
Pelan pembinaan jambatan yang dibina merentasi sebuah sungai berhampiran sekolah itu di Kampar sepatutnya dirujuk kepada JKR terlebih dahulu sebelum diluluskan, tambahnya.
"Kalau ikut amalan biasa, kena rujuk kepada JKR terlebih dahulu," kata Dr Safry.
Jelasnya lagi, JKR seharusnya dirujuk memandangkan jambatan itu dibina dalam sebahagian kawasan sekolah.
"Kawasan tapak perkhemahan di seberang sungai itu juga termasuk dalam kawasan sekolah," katanya, sambil menambah struktur itu dibina tanpa merujuk sebarang agensi teknikal.
Jambatan baru sepanjang beberapa puluh meter di belakang kawasan sekolah itu siap dibina kira-kira dua minggu lalu untuk menghubung sekolah dengan tapak perkhemahan.
Sewaktu kejadian pada 10.30 malam Isnin lalu, 22 murid sekolah rendah yang menyertai program perkhemahan 1Malaysia tetapi 19 lagi dapat diselamatkan.
Dr Safry, yang bakal menganggotai jawatankuasa khas untuk menyiasat kejadian berkenaan seperti diumumkan timbalan perdana menteri semalam, juga berkata:
"Setakat ini kita cuma dapat tahu tiangnya tercabut bersama dengan sangganya, sebab-sebab lain kita belum dapat pastikan lagi.
"Kita akan tengok aspek-aspek teknikal, butir-butir terperinci dalam pembinaannya serta integriti strukturnya."
Sidang DUN Perak yang tak bertamadun...
Ustaz Noor Azli menjadi Imam pada solat Hajat,turut
kelihatan PJ Pas Perak Ustaz Abu Bakar Hussin
Berikut adalah lintas langsung yang dibawa oleh Harakahdaily terhadap perjalanan sidang Dun yang diadakan di Bangunan SUK, Perak.
12.50 tgh: Ketika ini semua Adun Pakatan Rakyat sedang bermesyuarat di Wisma DAP. Dijangkakan satu lagi sidang media akan diadakan pada jam 1.30 petang nanti.
12.37 tgh: Sidang media tamat, semua beredar.
12.35 tgh: Dalam sidang media itu juga Sivakumar menceritakan bagaimana beliau hampir tidak dapat bernafas dan lemas akibat jubahnya direntap dengan ganas.
12.30 tgh: Sivakumar dan Adun Pakatan Rakyat sedang membuat sidang media di dalam perpustakaan di kompleks SUK. Beliau (Sivakumar) menunjukkan cebisan jubah speaker yang dirampas sehingga terkoyak kepada media.
12.15 tgh: Dalam pada itu, Sivakumar memberitahu usul untuk melantik Osman Abdul Rahman sebagai senator telah diluluskan dalam sidang mereka sebelum ini.
12.14 tgh: Sementara itu, sidang dewan BN sedang berlangsung di dalam dewan dengan usul untuk melantik Datuk Azian Osman sebagai senator di Dewan Negara.
11.55 pagi: Adun PR sedang memberikan sidang media di luar dewan dan memberikan penerangan terperinci situasi yang berlaku hari itu.
11.52 pagi: Sambil keluar dewan semua Adun Pakatan Rakyat melambai kepada Ganesan dan mengucapkan 'Selamat Hari Deepavali.'
11.49 pagi: Ganesan cuba mengumumkan bajet 2010 diluluskan. Sivakumar berdiri dan mengumumkan sidang telah ditangguhkan.Semua Adun Pakatan Rakyat telah keluar dewan.
11.45 pagi:Adun BN cuba mengusul untuk menerima dan membahaskan bajet tetapi ditenggelami dengan suara daripada adun-adun lain.
11.40 pagi: Mikrofon Adun Pakatan Rakyat telah ditutup tetapi tidak bagi Adun BN.
11.37 pagi: Zambry cuba berdiri untuk bercakap dan Adun PR melaungkan 'lanun' terhadapnya.
11.35 pagi: Seorang Adun BN menyuruh Ganesan menghukum adun-adun PR.
11.30 pagi: Kedua-dua sidang sedang berlangsung sekarang. Seorang adun PR kelihatan sedang membaca sesuatu tetapiu tidak jelas kedengaran akibat gangguan.
11.25 pagi: Ganesan menyambung kembali sidang. Adun Pakatan Rakyat menyerit menyatakan Ganesan 'Speaker Haram'. Ganesan membuka sidang untuk debat mengenai belanjawan.Sidang mula kecoh. Riiuh. Dentuman meja ke
dengaran. Suara adun mula tenggelam timbul.
11.15 pagi: Sidang dijangka bermula semula jam 11.20 pagi. Suasana di luar tenang.
11.11 pagi: Adun Pakatan Rakyat terima usul dan luluskannya. Sivakumar tangguhkan sidang sementara waktu, tiada sesiapa kecuali Adun Pakatan Rakyat yang mendengar sidang tersebut.
11.01 pagi: Ganesan telah menangguhkan sidang dun. Adun Titi Serong mengusulkan agar sidang dun dibubar. Kerajaan BN adalah haram dan wajar dikembalikan kepada rakyat. Ganesan terus tidak menghiraukan sidang yang berlangsung sebaliknya berbual dengan bekjas MB, Tajol Rosli.
10.57 pagi: Ganesan disuruh oleh Sivasubramaniam untuk meninggalkan tempat duduknya. Suis mikrofon telah ditutup. Kemudian Sivakumar memberitahu dewan kejadian yang berlaku diluar dewan tentang kekasaran yang dilakukan terhadapnya.
10.56 pagi: Ngeh menyokong usul Nizar. Adun BN sedang berborak sesama sendiri. Adun Pakatan Rakyat melaungkan "setuju". Sementara di luar SUK, polis kelihatan menyuraikan sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul berhampiran sebuah restoran.
10.55 pagi: Ganesan kelihatan menguap dan tidak mengendahkan sidang yang dijalankan. Adun BN sedang bercakap sesama sendiri dan beberapa adun BN termasuk Zambry kelihatan meninggalkan dewan.
10.53 pagi: MB Pakatan Rakyat, DS Nizar bangun dan mengusulkan agar semua program PLKN dan 1 Malaysia dihentikan serta merta.
10.52 pagi: Sivakumar berkata beliau kini telah memulakan persidangan dan mengarahkan semua adun untuk bertakafur selama 1 minit untuk memperingati tragedi titi gantung di Kampar baru-baru ini.
10.45 pagi: Adun Buntong, A Sivasubramaniam bangun dan mengarahkan Ganesan untuk beredar kerana beliau merupakan speaker yang dilantik secara haram.
10.39 pagi: Adun Pakatan Rakyat memulakan persidangan dengan Adun Khalil Idham Lim membaca doa.Ganesan menyampuk dengan memberitahu sidang telah bermula.
10.38 pagi: Ganesan (Speaker BN) hanya duduk diam dan begitu juga dengan Adun BN.
10.37 pagi: Adun Pakatan Rakyat masuk ke dalam dewan dan melaungkan "Ketibaan Speaker Dewan". Sementara itu, DSP Glen memberikan masa 5 minit kepada penyokong PAS untuk beredar daripada kawasan SUK.
10.36 pagi: Helikopter masih kelihatan di udara.
10.35 pagi: Adun Pakatan Rakyat kelihatan di luar dewan persidangan dan mengecam Ganesan sebagai Speaker haram.
10.20 pagi: Kelihatan penyokong Pakatan Rakyat bukan beragama Islam berdiri berhampiran dengan penyokong PAS yang sedang bersolat hajat
untuk menunjukkkan solariditi mereka.
10.19 pagi: Keadaan di luar SUK kelihatan agak tenang walaupun kelihatan orang ramai sedang berkumpul untuk mengikuti kejadian yang berlaku ketika ini.
Kelihatan penyokong PAS sedang melakukan solat hajat berhampiran dengan pagar halangan di luar SUK.
10.09 pagi: Nizar dan Adun Pakatan Rakyat cuba masuk sekali lagi ke dalam dewan persidangan.Sivakumar kelihatan tanpa jubah Speakernya.
10.05 pagi: Dalam dewan kelihatan pengawal (betara) seramai 20 orang mengawal sekitar 'Speaker' Ganesan.
10.04 pagi: Persidangan bermula di dalam dewan dengan bacaan doa tanpa kehadiran adun Pakatan Rakyat.
10.00 pagi: Adun Pakatan beredar keluar daripada SUK. Beberapa adun dan Nizar kelihatan di lluar SUK. Nizar mendakwa mereka dihalang masuk ke dalam dewan.
9.57 pagi: Polis kelihatan menyerbu ke arah Sivakumar. Beberapa adun Pakatan Rakyat cuba menghalang daripada serbuan polis. Seorang SB dilihat merampas songkok Speaker. Jubah yang dipakai oleh Sivakumar juga cuba ditarik.
9.55 pagi: Keadaan di luar, adun pakatan rakyat dihalang dan dilambatkan oleh kawalan pihak polis.
9.55 pagi: Keadaan dalam dewan, Speaker BN Ganesan kelihatan sudah mengambil tempatnya begitu juga adun-adun BN.
9.50 pagi: Adun Pakatan diketuai Nizar terus bergerak ke arah pintu SUK.Sivakumar kelihatan memakai pakaian rasmi speaker.
9.45 pagi: Adun BN bersama Zambry Abdul Kadir telah berada dalam SUK.
9.40 pagi: Adun Pakatan Rakyat mula berarak menuju ke arah SUK bersama sekumpulan penyokong PAKATAN RAKYAT. Sivakumar dilindungi dan dikawal oleh para penyokong. Mereka kelihatan menuju ke arah 'Pokok Demokrasi' dan cuba masuk melalui kawasan tersebut. Polis hanya benarkan Adun-adun masuk.
9.35 pagi: Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar kelihatan di Wisma DAP.
9.25 pagi: Kawasan koridor bangunan SUK dipenuhi polis dan media hanya dibenarkan masuk setelah diperiksa dengan ketat dan disahkan pas mereka.
9.15 pagi: Adun Ngeh, Thomas, L P Seah, B P Ong, Sivanesan, Idham, Ramli, M M Leong and K W Wong adalah antara Adun Pakatan Rakyat yang kelihatan berada di Wisma DAP.
9.05 pagi: Anggota polis (SB) kelihatan mengambil gambar secara rambang kawasan sekitar.
9.00 pagi: Helikopter polis kelihatan berlegar di atas bangunan dan kawasan SUK.
8.50 pagi:Ngeh dan Thomas kelihatan terpaksa bertikam lidah dengan polis kerana dihalang daripada memasuki kawasan yang telah dikepung (dihalang) polis. Namun akhirnya mereka dibenrakan masuk.
8.45 pagi: Kelihatan Adun Ngeh dan Thomas Su berada di luar bangunan. Wartawan mula kerumuni mereka untuk mendapatkan maklumat.
8.30 pagi:Bilangan anggota polis dikatakan lebih 400 orang kini.
8.20 pagi: Pagar kawat berduri makin banyak dipasang. Antaranya bangunan ibu pejabat DAP juga kelihatan dikawal ketat. Orang ramai (awam) dihalang daripada masuk kawasan sekitar.
7.55 pagi: Semakin banyak kenderaan polis kelihatan. Trak FRU mula kelihatan. Trak meriam air juga kelihatan di sekitar bangunan SUK.
7.52 pagi: Keseluruhan kawasan SUK dikawal dengan ketat. Lebih 40 anggota keselamatan berkawal di hadapan SUK dengan memakai vest hijau dan diapit 2 buah trak merah dan beberapa kenderaan serta van polis. Kumpulan wartawan berada di hadapan hadangan berkawat berduri.
7.15 pagi: 6 buah kenderaan polis termasuk 'Black Maria' digunakan sebagai perisai di hadapan pagar dan pusat 'check point'. Anggota polis berpakaian biasa (SB) kelihatan mula penuhi kawasan sekitar. Keadaan mula sibuk.
7.00 pagi: Lingkaran dawai berkawat telah dipasang di sekeliling Bangunan SUK Perak.
Ayat Al-Quran Membenteng Sihir
Apabila kita membicarakan mengenai sihir, kebiasaannya kita akan berdepan dengan tiga golongan manusia, iaitu mereka yang tidak mempercayai kewujudannya, mereka yang terpengaruh serta menggunakan khidmat ahli sihir dan mereka yang terlalu takut dengan kesan ilmu sihir sehingga tidak mengetahui apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi melindungi diri mereka daripada terkena sihir.
Apa itu sihir? Menurut Ibnu Qudamah Al-Maqdisi di dalam al-Mughni, sihir adalah ikatan, jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya.
Sihir ini mempunyai hakikat di antaranya ada yang boleh membunuh, menyakiti, membuat seseorang suami tidak boleh bersama isterinya atau memisahkan pasangan suami isteri, atau membuat satu pihak membenci lainnya atau membuat kedua-dua belah pihak saling mencintai.
Amalan sihir ini sebenarnya mempunyai hubung kait yang rapat dengan alam jin dan syaitan. Tukang sihir, pawang, dukun atau bomoh menjalankan ilmu hitamnya menerusi pertolongan jin dan syaitan.
Ahli sihir perlu melakukan amalan syirik, khurafat dan tahyul terlebih dulu bagi bersahabat dengan jin dan syaitan yang mereka gunakan untuk melakukan kerja jahat mereka. Apabila tukang sihir meningkatkan amalan kufur maka jin dan syaitan itu akan lebih taat kepadanya dan lebih cepat melaksanakan perintahnya.
Sehubungan dengan itu tukang sihir dan syaitan adalah teman setia yang saling bekerjasama dalam melakukan perbuatan yang terkutuk di sisi syarak dan ini dicela Allah SWT seperti firman-Nya: "Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." (al-Jinn: 6)
Bagi sesetengah pihak, sekiranya sesuatu perkara itu tidak boleh dibuktikan mengikut kaedah saintifik maka dia akan menolaknya secara mentah seolah-olah ilmu sains itu menjadi satu cabang ilmu yang sempurna tanpa cacat-cela. Ilmu sains bukanlah sesuatu cabang ilmu yang sempurna. Sesuatu perkara itu hanya kita boleh diyakini sebagai seratus peratus benar sekiranya ia termaktub di dalam al-Quran dan Sunnah.
Sihir dan alam jin ini sebenarnya termasuk dalam perkara ghaib dan bagi umat Islam perkara itu perlu dirujuk kepada nas al-Quran dan hadis. Sekiranya sihir itu tidak wujud mana mungkin Allah SWT menyuruh kita berlindung diri daripada perbuatan tukang sihir seperti firman-Nya: "Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan; dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk; dan dari kejahatan makhluk (tukang sihir) yang menghembus pada simpulan- (dan ikatan); dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya." (al-Falaq: 1-5).
Di dalam al-Quran juga ada kisah Nabi Musa AS bertarung dengan tukang sihir Firaun. Bahkan dalam riwayat hidup Rasulullah, Baginda juga pernah terkena sihir Labid bin al-A'sham, seorang tukang sihir Yahudi seperti diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.
Bagi mereka yang terbabit dengan perbuatan sihir dan suka bertemu dengan ahli sihir seperti pawang, dukun dan bomoh, ketahuilah bawah amalan sihir ini termasuk dalam kategori dosa besar. Nabi SAW bersabda: "Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan" . Baginda ditanya: "Apakah dosa itu wahai Rasulullah? Baginda berkata: "Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina. "(Hadis al-Bukhari)
Sehubungan itu adalah diharamkan untuk bertemu bahkan mempercayai ahli sihir dan tukang ramal kerana ia perbuatan kufur. Sabda Baginda, "Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda, burung dan lain-lain), yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barang siapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang dia katakan, maka sesungguhnya dia sudah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad SAW" (Hadis riwayat al-Bazzaar)
Tukang sihir ini sudah melakukan kerosakan serta huru-hara di dalam sesebuah masyarakat. Lantaran itu majoriti ulama mengharuskan hukuman bunuh terhadap tukang sihir. Akan tetapi Imam Syafie berpendapat tukang sihir hanya boleh dikenakan hukuman bunuh sekiranya dia menggunakan ilmu sihirnya itu untuk membunuh jiwa insan yang lain. Imam Syafie mengkategorikan hukuman terhadap tukang sihir ini sebagai qisas.
Dalam usaha seseorang itu untuk menghindarkan diri daripada terkena sihir, janganlah pula turut mengamalkan perbuatan yang memiliki unsur sihir atau meminta pertolongan daripada ahli sihir. Hendaklah setiap umat Islam melindungi diri mereka daripada niat jahat tukang-tukang sihir itu dengan membaca ayat al-Quran serta doa yang diajar Rasulullah SAW.
Berikut adalah beberapa petua yang diambil daripada hadis Baginda.
# Membaca ayat Kursi, iaitu surah al-Baqarah ayat 255 setiap kali selesai solat lima waktu dan sebelum tidur.
# Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas setiap kali selesai solat lima waktu dan membaca ketiga surah itu sebanyak tiga kali pada pagi hari sesudah solat Subuh dan menjelang malam sesudah solat Maghrib.
# Membaca dua ayat terakhir dari surat al-Baqarah, iaitu ayat 285-286 pada permulaan malam.
# Membaca doa, "Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk ciptaan-Nya" pada malam hari dan siang hari ketika ingin pergi atau masuk ke sesuatu tempat.
# Membaca doa, "Dengan nama Allah, yang bersama nama-Nya, tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, baik di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui " -tiga kali pada pagi hari dan menjelang malam.
Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah, bacaan zikir dan permohonan perlindungan kepada Allah bagi memperoleh keselamatan dan untuk menjauhkan diri dari kejahatan sihir atau kejahatan lainnya iaitu bagi mereka yang selalu mengamalkannya secara benar disertai keyakinan yang penuh kepada Allah, bertumpu dan pasrah kepada-Nya dengan lapang dada dan hati yang khusyuk.
Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus
Wujud Syukur dengan Hati, Lisan dan Perbuatan
Assalamualaikum Wr Wb
Bissmillahirrohmman irrohiim
"Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba- Mu yang saleh".
Do’a Nabi Sulaiman manakala beliau mendengar suara semut yang berkata : ….. “Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari”, Allah SWT memberitahukan kepada Nabi Muhammad SAW, melalui wahyu Nya dalam QS. An-Naml (27) ayat 18.
Jadi sudah seharusnya dan sudah merupakan kewajiban kita sebagai kaum muslimin mengikuti ajaran yang telah sampai kepada kita dengan berucap dan berdo’a sebagaimana yang telah Allah ajarkan dan diabadikan dalam QS, tersebut diatas, karena sesungguhnya kita sebagai hamba Allah dan makhluk ciptaan Allah yang dahulunya tidak ada, melalui perjuangan panjang Ibu kita atau kedua orang tua kita lahirlah kita sebagaimana firman Allah dalam QS. An-Nahl (16) ayat 78. yang artinya “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur”.
Dengan perjalanan hidup yang panjang pula hari ini Alhamdulillah kita masih merasakan nikmat Allah yang tak terhingga, siapapun kita apapun jabatan kita dan dimanapun kita berada, kita sudah pasti tidak akan dapat menghitung hitung nikmat yang telah Allah berikan pada kita, sebagaimana yang telah Allah informasikan kepada kita agar kita berlaku dan bersikap jujur serta semakin mendekatkan diri kepada Allah SWT, sebagaimana firman Allah dalam QS. An-Nahl (16) ayat 18. yang artinya “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
Dengan mensyukuri nikmat Allah SWT Insya Allah kita akan mendapat berkah dan karunia yang lebih banyak lagi dari-Nya, untuk dapat mensyukuri nikmat Allah, kita harus melakukan instropeksi diri dengan merenungi betapa besar kasih sayang Allah kepada kita, dengan merenungkan baik hal – hal yang kecil sampai besar yang pasti luput dari pandangan kita yang sangat terbatas sebagai manusia, hanya dapat diingatkan agar senantiasa mensyukuri dan bersyukur akan karunia dan kasih sayang Allah pada kita hamba Nya, sebagaimana firman Allah dalam QS. Al-Baqarah (2) ayat 152. yang artinya “Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku”.
Barang siapa yang mensyukuri nikmat Allah, maka Allah akan menambah nikmat Nya, demikian pula sebaliknya, barang siapa yang mengingkari segala nikmat yang telah Allah berikan padanya, maka azab Allah sangat pedih baginya, sebagaimana firman Allah dalam QS. Ibrahim (14) ayat 7. yang artinya “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
Ada tiga cara untuk mensyukuri nikmat Allah SWT diantaranya :
1. Bersyukur dengan hati dan perasaan, kita sadar betul bahwa nikmat yang kita rasakan, kita alami dan kita terima selama ini hanya berasal dari Tuhan Yang Maha Esa, bukan dari akal manusia, atau makhluk lainnya.
2. Bersyukur dengan lisan, kita mengucapkan Alhamdulillah = Segala Puji Hanya Milik Allah SWT, sambil merenung dan menghayati, apa apa yang telah kita terima, kita alami dan kita rasakan.
3. Kita wujudkan rasa syukur kita dengan perbuatan seperti, menolong sesama, membantu dengan memberikan harta benda yang kita miliki, dengan perbuatan tentunya sesuai kemampuan kita masing masing, meningkatkan amal ibadhah kita, serta hijrah dari perlakuan yang dapat merugikan orang lain, baik kita rugikan dengan lisan atau kata kata, maupun kita rugikan dengan perbuatan dan atau tindakan kita hingga orang lain tersebut mengalami kerugian baik nama baik, sampai kerugian meteriil
Apabila kita mampu mewujudkan tiga hal tersebut, Insya Allah kita pasti terhindar dari murka Nya dan Insya Allah kita juga akan mendapatkan perlindungan serta pertolongan yang tidak disangka sangka, dan juga Allah akan menambahkan nikmat-Nya, pada kita semua, sebagaimana firman Allah dalam QS. An-Nisa (4) ayat 147. yang artinya “Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.
QS. At-Thalaq (65) ayat 3 artinya “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Semoga bermanfaat
Wassalamualaikum Wr Wb
Jual Beli Setelah Adzan Kedua Pada Hari Jumaat
"Hai orang-orang yang beriman, apabila siseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggalkan jual beli, yang demikian itu lebih baik bagimu jia kamu mengetahuinya. "
Sebahagian pedagang atau restoran atau penjual barang-barang secara kecilan masih melakukan transaksi jual beli setelah adzan kedua di kedai-kedai mereka, di depan dan di tepi masjid. Dalam hal ini penjual dan pembeli sama-sama berdosa, sekalipun yang dibeli hanya berupa makanan atau ubatan. Sedangkan hukum jual beli ini menurut pendapat yang rojih (kuat) adalah bathil.
Ada di antara pemilik-pemilik restoran, kedai-kedai dan gudang-gudang yang memaksa pekerja atau buruhnya bekerja pada waktu solat Jumaat. Mereka ini sekalipun keuntungannya kelihatan bertambah akan tetapi sebenarnya mereka bertambah rugi. Adapun pekerja seharusnya ia menaati printah Rasulullah saw dalam sabdanya;
"Tidak boleh menaati manusia dalam bermaksiat kepada Kholiq (Allah)." Hadith Shahih Bukhari dan Muslim
Kepada yg nak tunaikan Haji - Kemuliaan WUKUF
Arafah merupakan gambaran padang Mahsyar, yang nantinya semua makhluk dikumpulkan disana sebelum melangkah ke surga atau neraka. Kehadiran kita di Arafah memberi arti dan nuansa akhirat dengan Mahsyarnya, sekaligus merenunginya untuk bersiap-siap menghadapi hal itu.
Arafah juga merupakan tempat bertemunya Adam dan Hawa setelah beratus tahun saling mencari di muka bumi.
Wukuf artinya hadir dan berada di Arafah pada waktu tertentu antara waktu dzuhur dan ashar.
Disini masing-masing jamaah dipersilahkan untuk mengkondisikan dirinya berkonsentrasi kepada Allah, melakukan perenungan atas dirinya, apa yang telah dilakukan selama hidupnya, merenungi kebesaran Allah melalui Asmaul Husna-Nya, merenungi hari akhirat.
Bentangkan dosa-dosamu di padang Arafah ini, ingatlah satu persatu dosa-dosa yang pernah engkau lakukan, ingatlah betapa waktumu selama ini habis terbuang sia-sia karena lebih banyak digunakan untuk memperindah kehidupan duniamu. Pengakuan yang jujur dan ikhlas, tanpa rasa sombong dan takabur, di hadapan Allah adalah puncak amaliah haji. Itulah Arafah, wukuf kita adalah untuk mendefinisikan hakikat keberadaan kita dihadapan Allah, sekalipun sebenarnya Allah telah mengetahui itu semua.
Pandanglah langit Arafah. Renungilah bahwa pada hari yang mulia itu Allah SWT sedang memanggil para malaikatnya berkumpul di langit Arafah, dan membangga-banggakan umatnya yang sedang wukuf di Arafah di hadapan para malaikatnya di langit.
Disebutkan dalam hadits qudsi bahwa Allah berfirman bahwa :
“ Lihatlah kepada hamba-Ku di Arafah yang lesu dan berdebu. Mereka datang kesini dari penjuru dunia. Mereka datang memohon rahmat-Ku sekalipun mereka tidak melihatku. Mereka minta perlindungan dari azab-Ku, sekalipun mereka tidak melihat Aku”
Allah sangat memuliakan hari wukuf di Arafah. Hari itu, Allah mendekat sedekat-dekatnya kepada orang-orang yang wukuf di Arafah untuk mendengarkan ungkapan dan keluhan hati mereka, menatap dari dekat wajah dan perilaku mereka. Nabi Muhammad saw bersabda :
“ . . . Ia (Allah) mendekat kepada orang-orang yang di Arafah. Dengan bangga Ia bertanya kepada para malaikat, Apa yang diinginkan oleh orang-orang yang sedang wukuf itu ? “
Pada hari itu, Allah senang sekali jika kita berdoa kepada-Nya. Ia mengabulkan semua doa mereka disana, sebagaimana tersebut dalam hadist yang lain :
Sabda Rasullullah saw : “Diantara berbagai jenis dosa, ada dosa yang tidak akan tertebus kecuali dengan melakukan wukuf di Arafah” (disinadkan oleh Ja’far bin Muhammad sampai kepada Rasulullah saw).
Bahkan Allah murka ketika manusia tidak yakin dosanya diampunkan di Arafah, seperti sabda Rasullullah saw : “Yang paling besar dosanya diantara manusia adalah seseorang yang berwukuf di Arafah lalu berprasangka bahwa Allah tidak memberinya ampun” (Al Khatib dalam kitab Al-Muttafaq wal Muftaraq)
Demikian agung dan mulianya hari Arafah ini, meski wukuf hanya beberapa jam saja. Sungguh sangat penting berdoa di Arafah, disaksikan dari dekat oleh Allah SWT dan dibangga-banggakan- Nya kita di depan para malaikatnya.
“Hai malaikat-Ku ! Apa balasan (bagi) hamba-Ku ini, ia bertasbih kepada-Ku, ia bertahlil kepada-Ku, ia bertakbir kepada-Ku, ia mengagungkan- Ku, ia mengenali-Ku, ia memuji-Ku, ia bershalawat kepada nabi-Ku. Wahai para malaikat-Ku ! Saksikanlah, bahwasanya Aku telah mengampuninya, Aku memberi syafaat (bantuan) kepadanya. Jika hambaku memintanya tentu akan Kuberikan untuk semua yang wukuf di Arafah ini.”
(Sumber : Rahasia Haji, Imam al-Ghozali)
Rabu, 28 Oktober 2009
Selasa, 27 Oktober 2009
Subsidi Petrol - Jangan Ada Politik Busuk!!!
Saya tidak dapat memberi tumpuan 100% terhadap ucapan bajet PM. Ini kerana ketika itu 80% masa saya memegang stering dalam kenderaan. Mana mata nak beri tumpuan terhadap jalan, mana telinga nak mendengar suara Najib. Yang isteri pula asyik bertanya: eh, tahun ni tak ada bonus ke
Apapun, saya nak ucapkan terima kasih kepada Najib kerana beberapa penambah baikan yang cuba dilakukannya menerusi bajet sulungnya itu. Ya lah, kalau benda baik, apa salahnya kata baik. Cuma yang boringnya ialah banyak sangat program 1Malaysia dalam bajetnya itu. Buat itu, buat ini, seperti yang diumumkannya, semuanya atas nama 1Malaysia. Alahai, macamlah kering idea sangat, sampai tak ada nama lain untuk program itu ininya itu.
Antara perkara yang menarik perhatian saya dalam bajet Najib ialah kisah subsidi minyak, kerana maklumlah setiap hari kita menelan minyak berliter-liter. Kata Najib, kerajaan akan melaksanakan satu sistem pengurusan subsidi minyak pada awal 2010 bagi memastikan ianya hanya dinikmati oleh kumpulan sasar.
Tak adil, katanya minyak bersubsidi kini dinikmati oleh semua pengguna kenderaan termasuk pemilik kereta mewah dan rakyat asing. Oleh itu kerajaan akan memperkenalkan satu sistem subsidi bagi memastikan hanya kumpulan sasar yang berkelayakan saja menikmati subsidi minyak.
Menurut Najib, sistem yang mesra rakyat itu, akan mengguna pakai Mykad dan infrastruktur sedia ada.Bagaimanapun cara bagaimana ia dilaksanakan, cara bagaimana untuk menentukan hanya kumpulan sasar yang berkelayakan saja menikamati subsidi ini tidak pula diterangkannya. Ini yang suspens nih!
Bukan apa, saya khuatir apa yang jadi dengan beberapa pemberian subsidi dan bantuan itu ini sebelum ini berulang dalam pemberian subsidi petrol yang bakal dilaksanakan itu. Seperti cerita baja subsidi, yang banyak dapat ialah penyokong parti cap dacing, penyokong parti cap-cap bukan dacing atau tak ada cap dinafikan hak mereka, walaupun menepati syarat. Begitu juga rumah PPRT, projek jalan kampung, bantuan niaga dan sebagainya, kumpulan sasaran cap dacing saja yang banyak mendapatnya. Malah mereka yang bukan dalam kumpulan sasaran, asalkan penyokong cap dacing tiba-tiba tersasar dan layak menerima segala kemudahan itu.
Harap-harap perkara itu tidak berulang dalam pemberian subsidi petrol ini. Biarlah 1Malaysia 1Subsidi - semua yang layak, berhak mendapatnya. Jangan ada elemen politik busuk dalam pemberian subsidi petrol !
Jambatan runtuh: 19 pelajar terselamat, dua masih hilang
KAMPAR: 19 pelajar terselamat manakala dua lagi masih hilang dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Sungai Kampang, Kuala Dipang, runtuh, malam tadi, kata polis Perak.
Polis mengesahkan hanya tiga murid yang dihanyutkan air deras dalam kejadian jambatan runtuh di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan di Kampar.
Selain dua dilaporkan hilang, mayat seorang murid perempuan dikenal pasti sebagai Dina Deve a/p Nathan ditemui jam 8.40 pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam tadi, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha berkata, disahkan satu mayat sudah ditemui, manakala dua lagi masih hilang.
Beliau menafikan laporan awal yang mengatakan 22 pelajar hilang seperti selepas pihak penganjur kem salah membuat kiraan pelajar.
Kenyataan ini amat jauh berbeza dengan laporan awal yang mengesahkan 22 orang pelajar telah dihanyutkan oleh arus deras .
TABIK SETAN
Horned God Represents the horned god of witchcraft. Pan or Cernunnos. Note the thumb under the fingers and given by the right hand.
Horned Hand The sign of recognition between those in the Occult. When pointed at someone it is meant to place a curse. Note the thumb over the fingers and given by the left hand.
Witch Sign or Moon Sign Used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be using to indicate the "Hook Um" horns, Not the 2 above'
Anton LaVey, leader and founder of the Church of Satan.
Above: Anton LaVey, founder of the Church of Satan and author of The Satanic Bible, displaying the "Horned Hand" (also called the "satanic salute" and Il Cornuto) with his left hand, on the back cover of The Satanic Bible.
A Satanic Ritual
Above: (Satanists making the "Satanic salute" to an altar displaying the Goat of Mendes or Baphomet, to acknowledge their allegiance to Satan, during a Satanic ritual.)
Above, from the Satanic Bible: The ‘Satanic Salute’, Horned Hand or The Mano Cornuto is a signal of allegiance between members of Satanism to their ‘horned god’, a sign of recognition and allegiance.
MELAYU ISLAM....JUGA SAMA...!!!
Kesiannn... tengok mereka-mereka ni semua...
ENTAH APA BENDA LAH PERJUANGAN ANAK-ANAK MELAYU-ISLAM ZAMAN SEKARANG NI....
Dulu-dulu berjuangan menentang penjajah.. kemudian berjuang mendapatkan kemerdekaan.. kemudian berjuang utk mengekalkan kemerdekaan.. kemudian berjuang membangunkan negara.. SEKARANG NI.. ENTAH APA BENDA YANG SEDANG DIPERJUANGKAN...??????
Isnin, 26 Oktober 2009
Kisah Benar - Mangsa Rompakan (Ambil Ikhtibar)
Dear friends,
Please extra careful
Saya terpaksa mengambil beberapa hari cuti kecemasan kerana pada malam semalam iaitu pada kira-kira 12.30 malam (hari isnin malam selasa 20th Oct 2009), rumah saya telah dimasuk oleh 3 orang lelaki berbangsa melayu (berusia 20an).
1. Saya di ikat tangan kebelakang, di tanggal pakaian dan diambil gambar sebagai ugutan. Sekiranya saya melaporkan kepada phak polis mereka akan menyebarkan gambar tersebut.
1. Kemudian mereka meminta wallet saya. Saya dipaksa memberikan pin number ATM (both maybank & cimb). Mereka menyepak/terajang bila no pin yg saya berikan "salah". (kerana ada gang mereka yg pergi ke ATM).
Saya di "hostage" oleh 3 orang lelaki sementara yg lain ke ATM.
Malangnya ATM mesin tidak boleh digunakan selepas pukul 12 tgh malam.
Mereka terpaksa menunggu hingga pukul 6 pagi bau keluar dari rumah saya. Sementara menunggu, setiap sudut rumah saya di geledah. Mereka juga meminta saya password & id internet banking (maybank2u) kerana mereka ternampak bil2 yg telah saya bayar menggunakan maybank2u.
Walaupun di pukul saya berjaya menipu yg transaksi tersebut di buat menggunakan computer pejabat dan password di lock dalam komputer tersebut. Sekiranya saya melihat atau bersuara, mereka memukul kepala atau menendang saya. Walaupun pada mula nya saya berjaya membuka ikatan tangan, tetapi sukar utk bertindak kerana bimbang mereka akan lebih ganas kerana salah seorang dari mereka memegang pisau yg di ambil dari dapor. Bila mereka sedar ikatan tangan saya terbuka, saya dipukul lagi dan diikat semua kehadapan. Semasa kejadian saya diatas katil dan tidak dibenarkan bergerak.
2. Lebih kurang pukul 5.45 pagi, saya diarahkan meminum secawan air (rasa coklat, tapi pahit). Meraka kata " kami hendak keluar sekarang.
Minum dan baring". Saya hanya tersedar dari tidor pada pukul 3 petang, dalam keadaaan "terhoyong hayang" seperti mabuk. Handphone, laptop telah hilang. Talian telefon rumah semua di potong wayar. Dalam keadaaan separuh sedar, saya tidak dapat menghubungi sesiapa kerana semua nombor disimpan dalam handphone.
3. Selepas menyambung semula wayar telefon yg dipotong, saya secara tidak sedar menelifon 999. Dan 30 minit kemudian 2 orang pegawai polis datang. Mereka melihat saya seperti "mabok", mereka tidak benarkan saya memandu ke balai, sebaliknya mengikut mereka. Tiba di balai saya terkejut kerana jam dinding "4 petang".
4. Selepas itu baru saya sedar mengapa mereka memberi minuman tersebut, supaya memberi masa kepada mereka mengeluarkan semua duit dalam account bank saya. Mereka juga menggunakan credit card utk membeli barang. Saya sempat mencetak statement maybank2 "today's transaction".
5. Selain handphone, laptop, mereka juga mengambil kad pengenalan dan lesen memandu, Meraka memaksa saya memberikan nama ibu (utk tujuan pengesahah online oleh pikah bank). Beberapa barangan peribadi lain juga diambil.
6. Oleh sebab itu , saya memerlukan beberapa hari utk membuat kad pengenalan, lesen memandu, kat ATM, pemeriksaan doktok etc. Saya hanya boleh dihubungi menggunakan 03-61565471 (rumah) atau email. Sekarang saya tidak mempunya card credit utk membeli handphone dengan segara, insya allah selepas selesai saya akan beli.
7. Jumlah kerugian hampir 20 ribu:
a. Cash di rumah rm1500 - rm1800
b. Maybank account RM 7500 (6 kali dikeluarkan kerana limit yg tinggi) & dan transfer account dan pembelian melalui cash card c. Credit card rm 3,000 (setakat pagi tadi sebelum dilaporkan) d. ATM CIMB rm 3,000 (nasib baik limitted 3000 per day) e Accessaries, jam, pen, pakaian (blazer) dalam rm 3,000
Tetapi saya bersyukur kerana tidak di "apa apa kan" hanya dipukul/terajang/tendang. Saya merayu kepada mereka, saya bagi apa yg mereka minta cuba jangan apa apa kan saya. Setakat ini hanya tangan kanan saya yg bengkak dari sakit.
Ramai yg tanya macam mana mereka masuk. Mereka mencapai kunci yg digantung di dinding. (tersorok)
Beberapa pengajaran yg saya dapat:
1. Jangan simpan lebih dari satu atm card atau credit card dalam wallet 2. jangan simpan lebih dari 500 dalam saving or cash account yg ada atm card 3. Jangan melawan ketika kejadian. (saya seperti sudah jangka akan berlaku, kerana minggu lepas saya berbual dengan Puan Rus & Maaris pasal kejadian pecah rumah)
Insya allah . saya akan mula berkeja setelah selesai semua.
PAS Yang Belum PAS
"Meneliti setiap baris ucapan TGNA didalam blog beliau mengenai kemelut kepimpinan Parti Pas, amat tersentuh hati saya terlebih lagi bagi seorang politikus kerdil seperti saya untuk menilai dan merumuskan maksud yang tersirat dan tersurat dari setiap ayat yang terkeluar daripada mulut beliau sebagai seorang Mursyidul am yang amat kita hormati.
Kebelakangan ini boleh dikatakan kerap kita mendengar atau merasai nukilan serta luahan hati TGNA yang menyentuh mengenai gerak geri serta sepak terajang kepimpinan parti Pas,.. sebagai seorang Mursyidul am memang sudah menjadi tanggung jawab beliau untuk menegur atau memberikan nasihat sewajarnya jika terdapat sebarang ketidak seimbangan, kecelaruan, kepincangan, serta kecacatan yang berlaku terhadap Parti Pas terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan dengan dasar dan perjuangan Parti.
Bagi seorang pemain politik diperingkat bawahan, saya melihat kenyataan TGNA dari sudut kebaikan bagi masa depan parti,. Beiau begitu sensitif dan berpandangan jauh dari segi menilai situasi serta keadaan parti yang mungkin kita tidak dapat membacanya.
Idea atau pendapat beliau bahawa Parti Pas perlu mengadakan EGM atau mesyuarat khas bagi "Proses Membersihkan Pemimpin " adalah amat sesuai dengan aspirasi rakyat. Kalau kita menoleh kembali PRU ke12 dimana UBN kehilangan 5 negeri dan kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen, ini merupakan bukti pemberontakan minda rakyat dan penolakan terhadap pemimpin negara yang tidak bersih.
Begitu juga halnya dengan rumah tangga Pas,.TGNA mungkin telah menghidu beberapa kerat pemimpin didalam parti yang mempunyai masalah,.bukannya pemimpin yang tidak sehaluan dengan beliau...
Bagi saya TGNA telah menjalankan tugas beliau dengan baik,. kerana beliau merasakan Parti Pas bukan milik beliau dan juga bukan milik segelintir pemimpin dalam Pas,. yang telah kerap kali mengelirukan minda dan keyakinan setiap ahlinya dengan berbagai tingkah laku yang boleh mendatangkan fitnah dan tohmah seperti isu KERAJAAN PERPADUAN dengan UBN,.bukankah ini semua MENGELIRUKAN ahli Parti ?????
Oleh yang demikian amatlah penting untuk sama-sama kita menilai kenyataan TGNA tersebut demi untuk kebaikan semua,. kita bukannya zalim untuk menendang keluar beberapa pemimpin dalam Parti tanpa sebarang sebab,..akan tetapi sebagai seorang Pemimpin haruslah bersikap KRITIS terhadap segala pandangan dari peringkat akar umbi.
Teguran TGNA mempunyai asas yang kuat,.kerana bagi saya,pemain politik yang kerdil inipun sudah lama menghidu bau yang kurang menyenangkan didalam RUMAH PAS,.. alangkah baiknya kita bergotong royong mencari punca bau tersebut dan mencuci RUMAH PAS sekali lagi agar dapat memberikan keselesaan kepada kita untuk kita diami dan memberikan keselesaan kepada TETAMU yang datang ke RUMAH PAS.
Rentetan peristiwa didalam Parti Pas sedikit sebanyak telah meninggalkan kesan yang kurang baik di hati ahli-ahli parti dan juga pengundi yang mengundi untuk PAS,.dimanakah perasaan dan tanggung jawab Pemimpin PAS disaat ada usaha untuk berbaik-baik dengan parti yang telah mereka tolak pada pilihan raya yang lepas ?....dengan bermotifkan KERAJAAN PERPADUAN sanggup mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat yang mengundi mereka ?....
Oleh yang demikian saya merasakan amat perlu diadakan EGM didalam PAS kerana dengan cara inilah ahli parti dapat menentukan PEMIMPIN mereka bagi memimpin perjuangan dan menentukan hala tuju Parti dan bukannya Pemimpin yang sanggup menggadaikan MARWAH serta PERJUANGAN parti.,.
Alangkah baiknya seruan Mursyidul Am diperluaskan lagi di peringkat Kawasan dan Cawangan,.kerana diperingkat inipun,gejala ini telah merebak bahkan pas diperingkat ini telah banyak yang dijangkiti oleh Virus KEMARUK DAN GILA PANGKAT.
Akhir sekali fikir-fikirkanlah kepada mereka yang suka berfikir,. bacalah kepada mereka yang suka membaca,.ingat sebelum kena............
Pangkat dan kedudukan adalah amanah,..jangan leka menjalankannya.
Setiap langkah serta usaha,..menjadi penentu kepada semua..
Setiap kata serta bicara,..menjadi harapan kepada jelata
Setiap tinta keluar dari pena..menjadi penentu hasil dan jaya
jangan tersilap mengguna pena,. memberi laba pada yang kaya.
JIKA KEPALA MENCECAH LANGIT, JANGAN LUPAKAN KAKI DI BUMI.
Perlu Ada Perubahan Dalam PAS
Sejak blog Tok Guru menjadi tumpuan pada 22 Okt lepas, saya sebenarnya ingin mengeluarkan sedikit pandangan peribadi sebagai satu yang boleh dikongsikan bersama khususnya bagi pengujung blog ini. namun dek keterbatasan waktu dan kesibukan memikirkan persiapan Sidang DUN pada 28 ini saya baru berkesempatan pada hari ini.
Sesungguhnya saya ingin menegaskan lebih awal bahawa saya sangat sayangkan PAS berbanding individu-individu tertentu dalan PAS yang mempunyai agenda yang saya anggap menyeleweng dari perjuangan asal PAS. Pemimpin boleh datang dan pergi dijemput dan tidak dijemput namun wadah perjuangan Islam PAS ini lah satu-satunya harapan ummah di malaysia yang perlu kita pertahankan.
Persoalannya sekarang adakah kita masih sayangkan PAS atau sebaliknya sehingga kekadang saya nampak ada tindakan ingin mempertahankan individu tertentu walaupun ianya nampaknya membawa onar dalam PAS. MAKA saya dengan ini menyatakan sangat bersetuju dengan langkah kepimpinan PAS bermula dengan cetusan TG. Nik Aziz supaya apa yang dihasratkannya :" saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betu begitulah."
Siapalah saya yang sangat kerdil dalam PAS ini. Hanya saya dan Dato' Anuar Tan , satu di Perak dan satu di Kelantan menjadi wakil rakyat PAS berbangsa Cina, Sebenarnya saya merasa bangga dengan penerimaan PAS kepada kami sebagaimana penerimaan golongan Ansar kepada golongan muhajirin dalam peristiwa hijrah Rasulullah. Itulah PAS yang saya sangat sayang sebagai wadah perjuangan teman-teman cina Islam yang lain di Malaysia, tidak ada jemaah lain lagi untuk kami hrapkan melainkan PAS.
Siapapun tidak boleh mendabik dada dan merasa segunung jasa telah diberikan kepada PAS. Kekadang ada yang sudah semacam tidak menghormati keperibadian Tok Guru walaupun dia pemimpin dan ahli PAS yang masih hingusan. melenting tidak tentu pasal dan mengikut rentak akhbar arus perdana sama-sama menghentam Tok Guru. Berapa banyak komen yang dikirim melalui blog ini saya telah buang jauh-jauh dan memberikan ingatan kepada saya sesunggunya inilah perangai "melayu" dalam PAS sangat mudah melupai jasa orang lain, gopoh dalam mengeluarkan pendapat dan mudah untuk menghukum.
Kalau diamati blog Tok Guru, saya kagum dengan ketelitian dan sangat hati-hati nya menerbitkan positng dengan dimulai :-
"Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri."
dan hampir penghunjung posting beliau menyatakan :-
"Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini.."
Itulah sosok Tok Guru yang kita kenali dan saya yakin segala tindakan yang dilakukan termasuk luahan hasratnya dalam blognya adalah cetusan dari Tok Guru sendiri. apalagi asasnya memang ada, buka angin sepoi-sepoi bahasa lagi namun ribut kencang yang mesti ditangani dengan segera.
Masa telash tiba dan ianya mesti ditangani dengan segera,jangan sampai melarat dan berjangkit kepada politik di Perak setelah dia memberi kesan yang terakhir di Manek Urai dan Bagan Pinang.
Tentunya Tok Guru sesudah sembahyang baru mengeluarkan pandangan dan kenyataan, kalau kita keluar pandangan dulu baru sembahyang, maka saya menaruh kepercayaan yang besar agar apa yang dihasratkan oleh Tok Guru dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat demi untuk mengekalkan dan menambahkan lagi sokongan orang Melayu dan kaum lain kepada PAS.
Itulah lumrah dalam sesebuah jemaah, segala masalah adalah sesuatu lumrah dalam kehidupan berjemaah, namun sebagai salah seorang yang sejak hari pertama mengucap dua kalimah syahadah telah bersama dengan PAS maka saya semacam bayi yang baru lahir pada masa itu telahpun menjadi ahli PAS mengharapkan sesuatu yang terbaik sesudah dari penyelesaian isu ini.
Saya sayangkan PAS berbanding diri saya sendiri apa lagi individu yang ada dalam PAS yang lain , Ahli atau pemimpinya kerana hujjah saya PAS sedang berjuang atas landasan Islam dan tali rantai dan kesinambungan dari perjuangan para Nabi dan Rasul. Mana ada lagi perjuangan yang lebih baik dan mulia dari itu. Kita ada atau tiada perjuangan ini pasti ada kesinambungannya.
Kerana itu sepatutnya mereka yang terkeluar dari rentak dan keputusan parti termasuk keputusan bersama dengan Pakatan Rakyat, perlu ditegaskan perlu keluar atau dikeluarkan. Itulah yang sebaiknya supaya ribut dalaman yang segera akan diselesaikan akan tidak membawa padah yang lebih besar kepada PAS.
Sambutan Hari Terbuka pakatan Rakyat Perak yang julung-julung kali di Hadapan Pejabat PAS Ipoh malam tadi menampaknya kesepaduan 3 parti dan cantuman 3 kaum, Melayu, Cina dan india bersama mendokong wadah Pakatan Rakyat dinegeri ianya dicetus dan dilahirkan. Mereka yakinkan kepada perjuangan PAS, walaupun mungkin ada yang baru yakin kepada PAS dikalangan kaum india dan cina. Namun ianya suatu kejayaan yang besar setelah kita menunggu 50 tahun lebih.
Alangkah sedihnya sekiranya masalah ini tidak dapat ditangani dengan baik akan mengecewakan mereka dan menyusutkan sokongan mereka kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Ditambah kiti memiliki Kelab Penyokong yang mempunyai harapan yang tinggi kepada pemimpin PAS dan ia adalah aset kepada PAS.
InsyaAllah bertolak dari penyelesaian kemelut ini, PAS akan terus kehadapan untuk memimpin ummah dan warga Malaysia tidak mengira bangsa dan agama.
http://idhamlim.blogspot.com
Tafsir : Surah al-Baqarah :121
Ayat ini mengandung hal-hal sebagai berikut:
1. Sifat sahabat-sahabat Nabi dalam mengikuti Alquran dan mengamalkannya.
Abdullah bin Abbas berkata: “Mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya.” Ia berkata, “Maksudnya adalah mengikuti Alquran dengan yang sebenar-benarnya, menghalalkan apa yang telah dihalalkan, dan mengharamkan apa yang telah diharamkan serta tidak menyelewengkannya dari tempat-tempatnya.”
Qatadah berkata: “Mereka itulah sahabat-sahabat Muhammad saw. yang telah beriman kepada kitab Allah dan membenarkannya, menghalalkan yang telah dihalalkan dan mengharamkan yang telah diharamkan, serta mengamalkan apa yang ada di dalamnya.”
2. Alquran diturunkan untuk direnungkan dan diamalkan.
3. Menganjurkan seorang muslim agar meneladani para pendahulunya, yaitu para sahabat Rasul dan tabiin dalam merenungkan kitab Allah, mempelajarinya dan mengamalkan apa yang ada di dalamnya.
Tafsir Thabari, jilid 1, halaman 518-520
Bajet 2010 tak untungkan rakyat bawahan - Fomca
Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Sha'ani Abdullah, berkata biarpun bajet kali ini melihatkan banyak galakan dan pelepasan tertentu bagi mencergaskan ekonomi, ia tidak menampakkan sebarang pemberian yang nyata dan jelas kepada orang perseorangan
Selain merujuk kepada laporan audit yang mencatatkan banyak penyelewengan, Sha'rani berkata sekiranya dana kerajaan tidak diuruskan dengan berkesan, maka soal ketirisan yang berlaku sebelum ini akan berulang.
Beliau turut menyelar kerajaan yang kurang menumpukan hal-hal berkaitan rakyat secara terus, tetapi lebih kepada hal-hal yang bersifat lebih besar.
"Saya lihat soal jaringan keselamatan sosial ini terlalu disempitkan ruang lingkupnya, sedangkan kos perjalanan juga adalah satu sara hidup, tapi dilihat sebagai satu aspek asing. Kalau boleh kurangkan tambang bas atau rel harian, pengguna boleh jimat belanja harian dan guna penjimatan itu untuk keperluan lain seperti menghadapi kenaikan harga barang," tegas beliau.
Menyentuh soal subsidi yang turut dimuatkan dalam bajet kali ini, Sha'ani berkata Fomca sememangnya bersetuju dengan poemberian tersebut, tetapi ia perlu dibahagikan secara adil.
"Saya melihat orang yang guna banyak akan dapat manfaat bersama, khususnya untuk orang yang mencuri yang menggunakan bahan tersebut untuk perdagangan. Mereka juga dapat subsidi. Jadi, ia akan menjadi satu ketirisan dari dana kerajaan yang tidak mencapai saranan kerajaan untuk membantu golongan yang disasarkan kerajaan," tegas beliau, sebagaimana dipetik dari sebuah wawancara yang disiarkan secara langsung.
Ahad, 25 Oktober 2009
DI BAWAH LINDUNGAN KAABAH - 1
Sudah saya terima surat sahabat yang terkirim dalam bulan yang lalu. Mula-mula saya sangat bersedih hati sebab semenjak kite bercerai di Jeddah, tak pernah saya menerima surat lagi daripada engkau. Tetapi setelah surat itu saya terima saya baca, hilanglah sedih dan duka saya, nyata bahawa engkau tidak melupakan saya.
Maksudnya engkau terangkan itu, sangat saya setujui, itulah suatu maksud yang baik, sebab itu adalah suatu hikayat dan kejadian yang mendukakan hati dan merawankan fikiran, yang kerapkali benar terjadi di dalam lingkungan belia-belia kita.
Saya setuju maksud sahabat itu, pertama adalah karangan yang engkau maksudkan itu, akan ganti bingkisan (persembahan) kita kepada orang-orang yang menjadi korban itu, hantaran kepada arwah mereka yang suci; kedua ialah untuk menjadi cermin perbandingan orang-orang yang hidup kemudian daripada mereka.
Bukan sedikit belia-belia yang telah menanggung sebagai orang yang telah ditanggung oleh kedua orang itu, tetapi sukar orang yang selamat sampai ke akhirnya. Padahal “rindu dendam” atau “cinta berahi” itu laksana Lautan Jawa, orang yang tidak berhati-hati mengayuh perahu memegang kemudi dan menjaga layar, karamlah ia diguling oleh ombak dan gelombang, hilang ditengah samudera yang luas itu, tidak akan tercapai selama-lamanya tanah tepi.
Tidak ada bantuan yang dapat saya berikan kepada engkau di dalam pekerjaan itu, hanya bersama ini saya kirimkan surat-surat yang semasa kita masih di Makkah tak sempat saya berikannya kepada engkau.
Demi apabila buku ini telah selesai, kirimkanlah kiranya kepadaku barang senaskah, guna menghidupkan kenang-kenanganku pada masa yang telah lampau, semasa itu kita masih dibawah Lindungan Kaabah.
Sahabatmu.
MEKKAH PADA TAHUN 1927
Harga getah di Jambi, di seluruh tanahair sedang naik, negeri Mekah baharu sahaja pindah dari tangan Shariff Hussin ke tangan Ibn Sa’ud, Raja Hijaz dan Najad dan daerah takluknya yang kemudian ditukarkan namanya menjadi kerajaan “Arabiah Sa’udiah”. Setahun sebelum itu telah naik haji dua orang yang kenamaan dari negeri kita. Keamanan negeri Hijaz, telah tersiar. Kerana itu banyak orang yang berniat menyempurnakan Islam yang kelima itu. Tiap-tiap kapal haji yang berangkat menuju Jeddah penuh sesak memebawa jemaah haji.
Konon khabarnya, belumlah pernah orang naik haji seramai tahun 1927 itu, baik sebelum atau pun sesudahnya.
Ketika itulah saya naik haji. Dari pelabuhan Belawan saya telah belayar menuju ke Jeddah menumpang kapal “Karimata”. Empat belas hari lamanya saya terkatung-katung di dalam lautan besar. Pada hari kelima belas sampailah saya dipelabuhan Jeddah, pantai Laut Merah itu. Dua hari kemudian saya pun sampai ke Mekah tanah suci kaum Muslimin sedunia.
Betapa besar hati saya ketika melihat ka’bah tidaklah dapat saya perikan, kerana dari kecilku sebagai kebiasaan tiap-tiap orang Islam, Ka’bah dan menara Masjidil Haram yang tujuh itu menjadi kenang-kenanganku.
Saya injak tanah suci itu dengan persangkaan yang baik, saya hadapi tiap-tiap orang yang mengerjakan ibadat dengan penuh kepercayaan, bahwa mereka pun berasa gembira iaitu sebagaimana yang saya rasai itu saya tidak akan bertemu dengan kejadian-kejadian yang ganjil atau hikayat yang sedih daripada penghidupan manusia. Sebab sangka saya tentu sahaja selain daripada diri saya sendiri, oran-orang yang datang kesana itu adalah orang-orang yang gembira dan yang mampu banyak tertawanya daripada tangisannya. Tetapi rupanya, di mana-mana jua di atas dunia ini; asalkan sahaja ditempati manusia, kita akan bertemu dengan yang tinggi dan yang rendah, kesukaan dan kedukaan, tertawa dan ratapan tangis.
Saya telah mendengar di antara azan (bang) yang sayup-sayup sampai di puncak menara yang tujuh, di antara gemuruh doa manusia sedang berkeliling (tawaf) di sekeliling Ka’bah, di antara takbir umat yang sedang pergi balik di antara Safa dan Marwah, saya telah mendengar ratap dan rintih seorang makhluk tuhan, sayu-sayup sampai antara ada dengan tiada hilang-hilang timbul di dalam gemuruh yang hebat itu.
Sebagai kebiasaan jemaah yang datang dari Tanah Jawa, saya menumpang di rumah seorang syeikh yang pekerjaan dan pencariannya semata-mata daripada memberi tumpangan bagi orang-orang haji, di hadapan bilik yang telah ditentukan oleh seorang syeikh untuk saya, ada pula sebuah bilik kecil yang muat dua orang. Disana tinggal seorang belia yang yang baharu berusia 32 tahun, badannya kurus lampai, rambutnya hitam berminyak, sifatnya pendiam, suka bermenung seorang diri di dalam biliknya itu. Biasanya sebelum kedengaran azan subuh ia lebih dahulu bangun pergi ke masjid seorang diri. Menurut keterangan syeikh kami belia itu berasal dari Sumatera, datang pada tahun yang lalu, jadi ia adalah seorang yang telah bermukim di Mekah.
Melihat kebiasaannya demikian dan sifatnya yang soleh itu, saya menaruh hormat yang besar atas dirinya dan saya ingin hendak berkenalan. Maka dalam dua hari sahaja berhasillah maksud saya itu; saya telah beroleh seorang sahabat yang mulia patut dicontohi. Hidupnya sangat sederhana, tiada lalai daripada beribadat, tiada suka membuang-buang waktu kepada yang tidak berfaedah, lagi pula sangat suka memerhatikan buku-buku agama, terutama kitab-kitab yang menerangkan kehidupan orang-orang yang suci, ahli-ahli tasauf yang tinggi.
Bila saya terlanjur mempercakapkan dunia dan hal ehwalnya, dengan sangat halus dan tiada terasa percakapan itu dibelokkannya kepada ke halusan budi-pekerti dan ketinggian kesopanan agama, sehingga akhirnya saya terpaksa tunduk dan memandangnya lebih mulia daripada biasa.
Baru dua bulan sahaja semenjak dari awal Ramadhan sampai Syawal, pergaulan saya dengannya, saya telah banyak tertarik olehnya di dalam menuju kesucian, terutama di dalam negeri yang semata-mata untuk beribadat itu. Tetapi pergaulan yang baik itu tiba-tiba telah terusik sebab dengan kapal yang paling akhir telah tiba seorang teman baru dari Padang. Entah kerana kebetulan sahaja atau atau disengaja lebih dahulu, ia telah menjadi jemaah sheikh kami pula. Sahabat saya yang baru tiba ini sangat terkejut melihat bahawa sahabat saya ada di Mekah. Rupanya tidak disangka-sangkanya mereka akan berjumpa disana dan sahabat saya pun rupanya tidak menyangka akan berjumpa dengan sahabat baru itu.
Nama sahabat saya ialah hamid dan nama saudara baru itu Salleh. Salleh menurut keterangannya, hanya dua atau tiga hari sahaja sebelum naik haji akan tinggal di Mekah, ia akan pergi ke Madinah lebih dahulu; dua tiga hari pula sebelum jemaah haji ke Arafah ia akan balik ke Mekah. Setelah selesai mengerjakan haji, ia akan meneruskan perjalanannya ke Mesir, menyambung pelajarannya.
Setelah musta’id maka Salleh pun berangkat ke Madinah.Ketibaan sahabat baru itu mengubah keadaan-keadaan dan sifat-sifat Hamid, entah khabar apakah yang agaknya yang baru di bawa darinya dari kampung yang mengganggu kesejahteraan fikiran Hamid. Ia bertambah tekun membaca kita-kitab terutamanya tasauf karangan Imam Al-Ghazali. Terkadang-kadang kelihatan ia termenung seorang diri di atas satah (atap rumah yang mendatar sepeti rumah-rumah di negeri Arab) rumah tempatnya tinggal melihat tenang-tenang kepada qal’ah (bintang-bintang) tua di atas puncak Jabal Hindi. Saya seakan-akan tidak pedulikannya lagi. Sedang saya mengerjakan tawaf keliling ka’bah maka terlihat oleh saya ia bergantung kepada kaswah (kain tabir yang melingkungi Ka’bah) menengadahkan mukanya kelangit, airmatanya menitik dengan derasnya membasahi serban yang membalut dadanya, kedengaran pula ia berdoa: Ya Allah! Kuatkanlah hati hambamu ini!”
Sebenarnya saya ini pun seorang yang lemah hati, kesedihan itu telah pindah kedada saya, meski pun saya tak tahu apa yang disedihkannya.
Khabar apakah yang agaknya yang telah dibawa oleh Salleh dari kampung? Apakah sebab Hamid bersedih hati demikian rupa? Dunia yang manakah yang telah memutuskan harapannya? Tipudaya siapakah yang telah melukai hatinya, hingga ia menjadi demikian rupa itu? Itu sentiasa menjadi soal kepada saya.
Bersambung….
[ toyu ] Alhamdulillah, satu kisah cerita yang bertajuk “Di bawah Lindungan Kaabah” yang menarik dan hasil karya seorang tokoh yang hebat – HAMKA (Haji Abdul Malik Karim Abdullah)