assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Khamis, 17 Disember 2009

Berhijrahlah Sebelum Kamu Di hijrahkan

Kiriman abuaqil

"Ketibaan bulan Muharram 1431 Hijriyyah ini menandakan usia kita juga semakin bertambah, rezeki kita juga semakin berkurangan, ajal kita juga semakin hampir dan kehidupan yang sebenar iaitu kehidupan akhirat juga semakin dekat. Sungguh pantas masa berlalu.

Tahun baru 1431 Hijriyyah kali ini jatuh pada penghulu segala hari iaitu hari Jumaat bersamaan 18 Disember 2009. Dalam menyambut ketibaan Awal Muharram atau dikenali juga dengan Ma’al Hijrah terdapat beberapa jenis golongan :

Golongan yang pertama : Golongan yang menyambutnya sekadar lahiriah. Mereka menyedari ketibaan Tahun baru hijriyyah kerana mereka mendapat cuti umum pada hari tersebut. Kehadiran bulan penuh keberkatan ini tidak mendatangkan apa-apa perubahan dalam diri mereka. Mereka terus dengan tabiat dan perangai kebiasaan. Tidak terlintas di hati mereka untuk melakukan hijrah ke arah kebaikan.



Golongan yang kedua : Mereka menyambut kedatangan bulan Muharram ini dengan azam dan niat untuk melakukan hijrah ke arah kebaikan. Mereka berubah untuk beberapa ketika kemudian kembali kepada perangai lama.

Golongan yang ketiga : Mereka menyambut kehadiran tahun baru hijrah ini dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Mereka memasang azam yang teguh dan niat yang benar-benar mantap untuk melakukan perubahan dalam diri mereka. Golongan ini berupaya berubah menjadi hamba Allah yang bertakwa, soleh, menghindari perkara yang dimurkai oleh Allah SWT dan mereka terus istiqamah dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWT.

Kita muhasabah diri kita masing-masing. Kita termasuk golongan yang mana di antara tiga golongan yang di atas setiap kali menerima kedatangan Ma’al Hijrah.

Kesilapan yang lepas biarkan ia berlalu. Awal Muharram yang terbaru ini jangan dipersia-siakan seperti sebelum ini. Perubahan ke arah kebaikan mesti dilakukan walau pun kita tidak pasti untuk berapa lama. Begitulah hakikat iman manusia yang kadang-kadang bertambah dan kadang-kadang berkurangan.

Sesiapa yang memasang azam untuk berhijrah dia telah mendpat pahala sebagaimana sabda Rasulullah saw :

“ Sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya maka dituliskan untuknya satu hasanah ( kebaikan ). Dan sesiapa yang berniat untuk melakukan kebaikan kemudian dia melakukannya maka ditulis untuknya sepuluh kebaikan sehingga tujuh ratus kali ganda.” ( Riwayat Imam Muslim)

Alangkah ruginya kita sekiranya tidak memanfaatkan kelebihan yang Allah SWT sediakan untuk kita. Hanya berniat untuk berubah pun telah diberi pahala. Bila dilaksanakan, digandakan pula sepuluh kali ganda atau seberapa banyak ganjaran yang dikehendaki oleh Allah SWT. Jangan abaikan kasih sayang dan rahmat Allah SWT ini.

APAKAH PERUBAHAN YANG PERLU DILAKUKAN ?

Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari )

Hadis ini merupakan garis panduan untuk melakukan hijrah. Apa-apa perubahan ke arah kebaikan yang dilakukan merupakan satu hijrah dan telah menepati sabda Rasulullah saw di atas. Perubahan merangkumi dua perkara iaitu melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan Allah. Melaksanakan suruhan Allah sebenarnya lebih mudah berbanding meninggalkan tegahan Allah SWT.

Perubahan yang paling utama ialah melakukan taubat terhadap dosa-dosa yang lampau. Setiap individu muslim wajib bertaubat. Tiada siapa yang terlepas daripada dosa melainkan para Rasul. Taubat yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh akan menghapuskan dosa. Allah SWT telah menjanjikan akan mengampuni dosa sesiapa yang bertaubat.

Dari Nabi saw bersabda bahawa Allah berfirman ( hadis qudsi ) :

"Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu melakukan kesalahan siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa, oleh itu pohonlah keampunan kepadaKu, nescaya Aku mengampuni kamu." (Imam Muslim).

Ini adalah janji Allah SWT dan Maha Suci Allah daripada memungkiri janjiNya. Jangan berputus asa dengan keampunan Allah walau anda bayangkan dosa anda terlalu banyak. Semua itu terlalu mudah bagi Allah yang bersifat dengan al-Tawwab (Maha Penerima Taubat) dan al-Ghaffar ( Maha Pengampun).

Diikuti dengan menyempurnakan kewajipan yang telah difardukan seperti solat fardu, puasa bulan Ramadan, zakat dan sebagainya. Mengabaikan perkara fardu adalah satu dosa besar yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Solat yang ditinggalkan dengan sengaja menyebabkan seseorang itu akan menghuni neraka Saqar. Firman Allah SWT :

"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam neraka Saqar?. mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat. ( Surah al-Muddatsir: 42 dan 43 )

Jagalah anggota-anggota daripada melakukan dosa. Nikmat percakapan, pendengaran, penglihatan dan anggota-anggota lain jangan disalahgunakan untuk perkara yang diharamkan oleh syarak. Semua anggota kita akan menjadi saksi di akhirat nanti. Firman Allah SWT :

Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan ( Surah al-Nur : 24 )

Tingkatkan amal soleh seumpama ingin menjaga solat fardu berjamaah, tilawah al-Quran setiap hari, bersedekah, memperbanyakkan solat sunat, melazimi qiyam al-lail dan banyak lagi amalan-amalan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Tingkatkan juga ilmu agama agar sentiasa cenderung untuk meningkatkan keimanan dan amal soleh. Ibadat yang dilakukan juga hendaklah menepati ibadat Rasulullah saw supaya ibadat tidak menjadi sia-sia sebagaimana sabda Rasulullah saw :

” Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan bukan daripada perintah kami maka amalan itu tertolak( tidak diterima).( riwayat Imam al-Bukhari )

APAKAH AMALAN KHAS BULAN MUHARRAM ?

Berpuasa Sunat

Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)

Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunat pada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.

Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata : aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. ( Imam al-Bukhari dan Muslim).

Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.

Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab :”Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”.( Riwayat Imam Muslim).

BERHATI-HATI DENGAN AMALAN BERSUMBERKAN HADIS PALSU

Walaupun bulan Muharram mempunyai banyak keutamaan, namun diingatkan bahawa terdapat banyak hadis tentang kelebihan beramal dalam bulam Muharram ini bertaraf palsu dan mungkar yang tidak boleh diamalkan. Hukum meriwayatkan hadis palsu adalah haram maka beramal dengannya juga adalah haram.

Lebih parah lagi sekiranya seseorang itu menyebarkan hadis-hadis palsu dan menyandarkan kepada Rasulullah saw. Dia sebenarnya telah melakukan pendustaan dan menempah neraka Allah SWT. Sabda Nabi saw :

“Sesiapa yang melakukan pendustaan atas namaku maka siapkanlah tempat duduknya di neraka” ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Imam al-Zahabiy berkata selepas mengemukakan satu contoh hadis palsu : “hadis ini adalah hadis yang haram diriwayatkan kecuali dinyatakan kepalsuannya tanpa ragu-ragu lagi. Semoga Allah membalas perbuatan buruk terhadap orang yang merekanya.”

Selain daripada puasa yang disebutkan di atas tiada lagi puasa khas yang lain seperti puasa khas 1 Muharram atau puasa khas Sembilan hari awal Muharram. Amalan ini berdasarkan hadis palsu iaitu;

1) Nabi bersabda :” Barangsiapa yang berpuasa pada akhir Zulhijjah dan hari pertama Muharram maka tidak telah mengkhatamkan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya penghapus dosa selama lima puluh tahun. Hadis ini dikomentar oleh Ibn al-Jauziy sebagai palsu( al-Maudu’at).

2) Nabi bersabda :”Barangsiapa yang berpuasa sembilan hari dari awal maka Allah membina untuknya sebuah kubah yang luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu”.

( palsu,lihat al-Maudu’at, al-Fawaid)

Terdapat juga golongan yang menyunatkan amalan-amalan khas pada hari ‘Asyura seperti mandi, bersuci, solat khas malam ‘Asyura, memotong kuku, memakai wangian, memakai celak, menziarahi orang sakit, bersedekah, membuat bubur ‘Asyura dan banyak lagi amalan-amalan lain. Semua amalan tersebut dijanjikan dengan ganjaran-ganjaran yang tidak masuk akal.

Amalan-amalan tersebut dihukum oleh ulama muhaqqiq sebagai bid’ah kerana tiada sandaran dalil yang sahih dari Rasulullah saw dan para sahabat ra. Bahkan upacara tersebut mencermin amalan Yahudi, Nasrani dan orang Quraisy zaman jahiliah dan perayaan Syiah Rafidhah sesudah kedatangan Islam. Imam mUslim meriwayatkan dari Abu Musa al-Asy’ariy katanya :” Adalah penduduk Khaibar berpuasa pada hari ‘Asyura dan mereka menjadikannya sebagai hari raya serta mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian yang cantik-cantik.

Semua amalan di atas juga tidak pernah disunatkan oleh mana-mana imam empat mazhab.

Bersama-samalah kita memanfaatkan kesempatan dan peluang menemui bulan Muharram 1431 Hijriyyah pada kali ini dengan sebaik mungkin. Muharram tahun depan belum pasti kita temui, mungkin Malakul Maut yang akan menemui kita terlebih dahulu. Berhijrahlah sebelum anda dihijrahkan ke alam barzakh. Wallahu Ta’ala a’lam.

Oleh : Abuaqil

Rabu, 16 Disember 2009

Benjamin Stephen - Murtad Melayu hina Islam (Nabi)

sumber detik daily - lihatyoutube sebelah
Anak muda ini adalah bekas pelajar sebuah sekolah agama terkemuka di negeri Perak.

Bukan sedikit ilmu agamanya.

Tetapi hari ini, anak Perak yang dahulunya dikenali sebagai Badrul Hisyam, telah murtad dan menjadi pendakyah Kristian.

Apabila saya mendengar ceramah-ceramah yang beliau sampaikan di gereja dan di khalayak Kristian, saya mengesan sesuatu yang amat konsisten di dalam ceramah beliau. Ceramahnya tidak ilmiah dan tidak membantu Kristian memahami Bible. Sebaliknya, hampir keseluruhan ceramah beliau berbahasa skeptik dan sentiasa sinis serta menyindir serba serbi yang berkaitan dengan Islam dan Muslim. Malah ibu bapanya sendiri turut disindir dan diejek.

Tatkala bertanyakan kepada pelajar-pelajar sekolah beliau yang mengenalinya, anak muda ini yang berpewatakan lembut di sekolah sering diejek, dikutuk atau dalam bahasa rasminya dibuli, di sepanjang pengalamannya di sekolah. Pengalaman seperti ini sangat berpotensi untuk membentuk satu pola pemikiran memberontak yang luar biasa.

Akhirnya Badrul Hisyam dengan sinis dan skeptik beliau terhadap semua yang dialaminya tentang Islam dan Muslim, beliau murtad. Sesuatu yang mungkin tidak disangka oleh senior yang pernah membulinya!

Semasa mendengar ceramah beliau, saya terfikir, adakah Benjamin Stephen ini mengkritik Islam, atau mengkritik Sekolah Menengah Agamanya?

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Benjamin Stephen, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism yang luar biasa itu ditujukan segala-galanya ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

http://saifulislam.com/?p=6537

Amalan Berdoa Awal dan Akhir Tahun

Oleh: al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

Semalam, 17 januari 2007, dalam satu kuliah untuk muslimat tentang ma`al hijrah, seorang muslimat menimbulkan persoalan: amalan-amalan yang sudah biasa dilakukan oleh orang Melayu sejak beberapa lama tentu ada sandarannya daripada al-Quran dan Sunnah. Contohnya amalan berhimpun malam nisfu Sya`ban. Persoalan ini beliau timbulkan apabila saya membangkitkan persoalan amalan baca doa awal dan akhir tahun. Menarik juga soalan dan hujahan ini.

Ia menggambarkan cara berfikir masyarakat awam. Mereka meletakkan keyakinan penuh kepada ahli-ahli agama. Amalan yang telah dilakukan oleh ahli-ahli agama sejak berzaman tentu ada sandarannya. Ahli-ahli agama yang dimaksudkan oleh saya di sini ialah para imam di masjid dan surau dan mereka yang bergelar “asatizah” ; guru-guru agama.

Keyakinan tinggi mereka kepada perlakuan ahli agama ini memang tepat. Orang yang jahil tentu bergantung ilmu kepada yang lebih alim. Dalam konteks masyarakat awam tentu mereka menggantungkan kepercayaan ilmu sepenuhnya kepada ahli agama yang hampir dengan mereka. Mereka yakin, ahli agama tentuna merujuk kepada al-Qur’an dan hadith.

Tinggal lagi persoalan ialah bagi pihak ahli agama itu sendiri. Adakah amalan yang dilakukan adalah berasaskan ilmu dan pengkajian? Dengan merujuk kepada al-Qur’an dan hadis? Merujuk kepada tulisan ulama mu`tabar? Atau berdasarkan ikutan pada perlakuan orang sebelumnya? Ahli agama perlu sentiasa menambahkan ilmu. Perlakuan mereka mesti berasaskan ilmu. Maksud ilmu ialah dengan merujuk kepada al-Qur’an, al-Hadith dan perbahasan tokoh-tokoh ulama.

Persoalan yang penting di sini; adakah amalan membaca doa awal dan akhir tahun dilakukan oleh tokoh-tokoh ulama? Adakah ia sememangnya disebut oleh ulama-ulama besar hatta dalam mazhab Shafi`I? Saya melihat amalan membaca doa ini hanya dinukilkan dalam buku-buku amalan yang ditulis dan disebarkan secara meluas di alam Melayu. Buku-buku ini pula tidak menyebut sumber rujukan amalan tersebut. Apa hadithnya? Siapakah kalangan ulama silam yang memperakuina? Justeru, masalah sebenarnya ialah pada penulis-penulis buku-buku amalan ini. Mereka sebenarnya hanya mencatatkan amalan itu berasaskan amalan yang telah diterima turun temurun diamalkan di masjid-masjid dan surau-surau. Bukan berasaskan rujukan kepada tulisan ulama muktabar. Di sinilah masalahnya.

Hari ini rujukan para guru agama lebih meluas. Mereka merujuk kepada tulisan-tulisan ulama-ulama terkenal di zaman silam dan ulama terkenal kontemporari. Mereka mendapati amalan membaca doa awal dan akhir tahun ini tidak disebut oleh para ulama terkenal. Amalan ini tidak pernah berlaku dizaman Rasulullah saw malah pada zaman sahabat. Ia juga tidak diamalkan oleh tokoh=tokoh ulama. Bagimana ia menyerap masuk dan diamalkan di alam Melau? Saya tak ada jawapan bagi persoalan ini.

Apa pun, tinggalkan hakikat ini dulu. Kita berpindah pada hakikat yang lebih penting, yang boleh menentukan samada amalan yang dibuat itu tepat atau tidak. Cukup untuk memahami persoalan ini dengan merujuk sejarah penentuan tahun Islam. Ia hanya berlaku pada zaman Umar iaitu pada tahun ke 17 hijrah. Ia dinukilkan oleh Abu Nu`aim dalam karya tarikh beliau. Sebelumnya umat Islam hanya menggunakan hari dan bulan tanpa tahun. Umar yang berijtihad mencipta tahun berdaarkan peristiwa hijrah Rasulullah saw. Justeru ia dikenali sebagai Tahun Hijri. Umar juga ang berijtihad menentukan Muharram sebagai bulan pertama bagi calendar hijri ini.

Ceritanya panjang akan saya bicarakan kemudian. Jadi, kalau penentuan tahun berlaku zaman umar, tentunya penentuan awal tahun juga berlaku zaman Umar. Jika berlaku zaman Umar, amat mustahil amalan membaca doa awal tahun dan akhir tahun berlaku zaman nabi. Juga amat mustahil doa itu dibaca oleh Nabi saw.

Justeru, jangan sama sekali menyandarkan amalan tersebut kepada nabi saw. Jangan menyandarkan doa tersebut kepada nabi! Inilah keyakinan yang salah! Begitu juga dengan amalan membca Yasin dan diniatkan tiga perkara; panjang umur, murah rezki dan mati dalam iman. Tak ada satu nas daripada ulama yang menggesa umat melakukan amalan ini. Apatah lagi sumber Islam iaitu al-Qur’an dan Sunnah.

Amalan berdoa awal tahun dan akhir tahun serta membaca Yasin dengan tiga niat tadi tidak pernah dilakukan oleh para sahabat. Bahkan juga para ulama yang mu`tabar. Justeru, kenapa begitu bersemangat untuk melakukan amalan yang tidak dilakukan oleh generasi awal Islam dan tokoh ulama Islam? Baginda bersabda:

مَنْ أَحْدَثَ فِيْنَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya: “sesiapa yang mengada-adakan di kalangan kami sesuatu yang bukan daripadanya (agama) maka ia tertolak”. Namun, untuk berhimpun di awal tahun, bagi saya tidak ada kesalahannya. Sememangnya kita sepatutnya berhimpun setiap malam di rumah-rumah Allah. Tapi jadikan malam itu sebagai malam ilmu dengan disampaikan kuliah tentang Islam dan sejarah hijrah Rasulillah saw. Alangkah baiknya.

Tapi, macamana kalau mereka nak lakukan juga? Kata Imam Ahmad; jelaskan kepada umat apa itu sunnah, dan jangan bertekak bertegang leher! Jadi, sampaikan kepada mereka apa yang benar. Jika mereka berdegil, biarkan….mudah-mudahan di kesempatan lain boleh kita betulkan. Jangan pula lari meninggalkan masjid. Jangan jadikan dia sebagai medan perpecahan ummat. Perlakuan membaca Yasin bukannya haram. Tapi keyakinan mereka yang mesti diperbetulkan.

Oleh: al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri(Pengasas & Pengerusi Eksekutif Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha/AJK Pusat Persatuan Ulama Malaysia)

7 Tol Melalui Sirat

Oleh Akhi Fadhli

Sirat atau titian yang merintangi neraka jahannam menuju ke syurga. Tiada sesiapapun yang akan terkecuali daripada merintangi titian ini. Dalam titian ini, manusia akan menghadapi tujuh sekatan dan setiap sekatan ada soalan-soalan dan pemeriksaan yang terpaksa dilalui oleh manusia.

1. Sekatan pertama, manusia akan diperiksa dengan syahadah mereka. Adakah benar mereka beriman kepada Allah dan Rasulnya seperti dalam lafaz syahadah. Manusia juga mestilah bebas dari syirik.

2. Sekatan kedua, manusia akan diperiksa dengan solat mereka. Solat hendaklah sempurna dengan rukun-rukun, syarat-syarat serta khusyuk hati mereka.

3. Sekatan ketiga, manusia akan ditanya mengenai ibadah puasa mereka. Adakah puasa mengikuti rukun-rukunnya serta tidak dirosakkan dengan perkara yang membatalkan puasa atau merosakkan pahala puasa.


4. Sekatan keempat, manusia akan ditanya mengenai zakat. Adakah mereka mengeluarkan zakat seperti yang disyariatkan.

5. Sekatan kelima, manusia akan diperiksa dengan ibadat haji.

6. Sekatan keenam, manusia akan ditanya dengan wudhuk dan mandi wajib. Kecuaian dalam melaksanakan kedua-dua ibadah ini menyebabkan sesetengah ibadah tak boleh dilaksanakan. Perlu belajar, tidak boleh ikut-ikut orang dalam melaksanakan ibadah bersuci. Tidak boleh sekadar membaca buku, perlu berguru agar tidak sesat dan diganggu syaitan.

7. Sekatan ketujuh, manusia akan ditanya sama ada mereka melakukan kezaliman terhadap sesama manusia. Tidak boleh disembunyikan kezaliman yang dilakukan terhadap manusia lain.
Jika tol atau sekatan jalan raya (road block) di dunia mampu dihadapi dengan mudah oleh manusia. Masuk jalan bertol, kena bayar tol. Kalau kena saman kat road block, boleh bayar. Boleh buat rayuan lagi. Namun di akhirat tidak semudah itu. Hanya amalan, keikhlasan dan keimanan manusia yang mampu menghadapi sekatan-sekatan yang bakal dikenakan. Sebuah kisah dalam Al-Quran dalam surah Al Kahfi sebagai renungan.

Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain. Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan Kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.
Surah Al Kahfi: 32-33

Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh. Dengan pengikut-pengikutku yang ramai".
Surah Al Kahfi: 34

Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya. Dan aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah Aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.
Surah Al Kahfi: 35-36

Berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki? Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.
Surah Al Kahfi: 37-38

Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,
Surah Al Kahfi: 39

Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) Dia akan menimpakan dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus. Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi".
Surah Al Kahfi: 40-41

Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"
Surah Al Kahfi: 42

Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya sendiri. Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan Yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).
Surah Al Kahfi: 43-44



-ibnuahmad-

Rujukan:

1. Nik Abd Aziz Nik Mat, (2007), Nota Kepada Diri, Buku Harakah, Kuala Lumpur.
2. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Misbah Em Majidy, (2008), Kisah Cinta dalam Al-Quran, Anbakri Publika, Kuala Lumpur.

http://tunasislam.blogspot.com

Wanita dan Auratnya

asshafiee

"Salam perjuangan kepada semua muslimin dan muslimat, saya doakan kepada anda semoga mendapat nikmat kesihatan dari Allah untuk anda meneruskan kehidupan di dunia ini dengan keluarga tersayang. Apa-apapun kehidupan di dunia ini adalah untuk memperolehi kebahagiaan yang dituntut oleh Islam iaitu kebahagian di dunia dan di akhirat. Tergerak hati saya untuk menulis satu artikel berkaitan dengan pakaian wanita yang sekarang ini semakin bergaya dengan fesyen yang dinamakan busana muslimah.

Sebagai seorang ustaz dan pendakwah saya wajib menyampaikan perkara yang hak untuk kebaikan semua umat Islam. Artikel ini telah dipetik dari blog Salam Perjuangan sebagai perkongsian bersama untuk mencari kebenaran tentang perkara yang hak dan perkara yang batil. Islam telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Saya hairan kadang-kadang ada wanita yang bergelar ustazah yang berpakaian tidak mengikut syarak Islam. Bagaimana dia hendak menyampaikan seruan Islam kepada umum sedangkan dia juga berpakaian tidak ikut syarak. Sejak kebelakangan ini, pakaian menurut Islam dipesongkan dengan berbagai fesyen yang dapat menarik penglihatan lelaki terhadap pakaian yang dinamakan busana muslimah. Islam bukan menghalang berfesyen tetapi wajib mematuhi garisan yang telah ditetapkan Islam. Sepertimana firman Allah : “sesungguhnya Allah suka kepada perkara yang cantik dan kemas”.

Ada setengah wanita Islam hanya meletakkan auratnya kepala dan rambutnya sahaja, contohnya kepala bertudung tetapi lengannya terbuka (pakai baju tangan pendek). Ada pula kain tebelah sehingga menampakkan kakinya, tetapi kepalanya bertudung. Ada yang bertudung Wahida atau Wardina tetapi dihiaskan dengan keronsang-keronsang yang berkilau serta berbaju kilat sehingga dapat menarik pandangan orang lain. Di kampung, ramai wanita keluar dari rumah untuk menjemur pakaian atau sapu sampah dikawasan rumahnya hanya bertudung atau diletakkan sehelai kain dikepalanya dan kakinya tidak berstokin.

Bagi wanita yang menjaga auratnya dengan berpakaian mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Islam, maka ia telah menjaga dirinya dari fitnah pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Percayalah dengan pakaian yang sempurna dapat menghindarkan dirinya dari perbuatan jahat, perbuatan keji dan mungkar. Wanita perlu ambil berat masalah ini, kerana takut diri mereka menjadi mangsa kepada kejahatan yang tidak diingini. Banyak kes-kes pencabulan, rogol dan sebagainya adalah disebabkan wanita berpakaian yang menarik dan menjolok mata.

Berfesyenlah seperti yang dikehendaki oleh Islam, jangan gadaikan diri anda kelembah dosa dan noda disebabkan fesyen yang tidak mengikuti syariat Islam. Jadilah wanita yang solehah (wanita muslimah) dengan berpakian dan berakhlak mulia. Sesungguhnya anda akan dipelihara oleh Allah sepertimana serikandi Islam iaitu Saidatina Aisyah, Saidatina Khadijah, Maryam ibu Nabi Isa, Rabiatul Adawiyah.
Petikan dari http://asshafiee.blogspot.com

Bajet sulung Najib lulus dengan majoriti 3 undi sahaja

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, Dis 15: Bajet 2010, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tadi.

Ia berlaku apabila bajet 2010 itu dibuat bacaan untuk kali ketiga dan diluluskan lewat malam tadi. Ia menjadi ujian besar kepada kredibeliti Najib kerana ini adalah bajet pertama yang beliau bentangkan.

Peristiwa ini juga adalah yang pertama kali berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan Umno itu.

Semasa undian dibuat peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Dalam Negeri, iaitu kementerian yang terakhir yang dibahaskan, ia hanya diluluskan dengan majoriti satu undi sahaja.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan beberapa menteri kebinet bergegas ke Parlimen malam tadi bagi mengundi untuk bajet keseluruhan.

Najib bergegas ke Parlimen selepas berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun ke-90 Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa di sini malam tadi.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon juga bergegas ke Parlimen dari lokasi majlis tersebut.

Kini, BN mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat manakala PR 82 manakala tiga yang lain adalah Bebas.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usulnya mencadangkan agar bajet itu dikaji balik kerana ia sudah tidak realistik lagi setelah pendapatan Petronas merudum sebanyak RM58 bilion iaitu 37.5 peratus berbanding tahun lalu.

Sedangkan, katanya, bajet 2010 terlalu bergantung kepada pendapatan Petronas iaitu sebanyak 40 peratus. Oleh itu bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri itu perlu ditarik balik kerana ia sudah tidak relevan lagi.

Usul itu bagaimanapun ditolak oleh Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi.

Bagi Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad (gambar), perbahasan bajet tersebut sebagai suatu perbahasan yang tidak sempurna serta gagal menggamit keyakinan para Ahli Parlimen yang hadir.

"Perbahasan itu selesai dengan suasana ketidaktentuan dan ketidakyakinan," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Jelasnya, 66 sokongan berpihak pada kerajaan dan 63 sokongan berpihak pada pembangkang tersebut bukanlah perkara pokok untuk menilai 'Bajet Sulung Najib'.

"Pokoknya, ia bukan persoalan undi itu terbelah (dengan) 63 (menyokong pembangkang) lawan 66 (menyokong kerajaan) walaupun ianya nampak agak sengit," katanya.

"Ianya terlalu bergantung pada mereka yang hadir dan tidak ke parlimen, kalau (Ahli Parlimen) pembangkang yang lebih banyak sertai Parlimen, tentunya sokongan berpihak pada pembangkang."

Sebaliknya, beliau yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPPP) mengajak semua pihak melihat inti kelemahan dalam 'Bajet Sulong Najib' itu.

Katanya, kelemahan yang dimaksudkan pada perbentangan Najib yang juga Menteri Kewangan adalah soal pengurangan RM58 bilion wang Petronas yang sepatutnya diterima dalam suku akhir tahun ini.

"Yang lebih penting, lihat pada kelemahan Bajet (seperti) kerajaan kehilangan RM58 bilion hasil Petronas...menggambarkan Najib lemah untuk menjadi Menteri Kewangan," ujarnya.

Tambahnya lagi, kerajaan dan rakyat sepatutnya mengambil perhatian dengan Usul Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Bajet 2010 dinilai semula.

Beliau turut berpandangan bahawa 'Bajet Sulung Najib' akan menemukan kegagalan disebabkan kelemahan kerajaan dalam menghitung pendapatan dan perbelanjaan yang sewajarnya.

"Bajet adalah soal pendapatan dan perbelanjaan...tentunya bajet (yang) defesit akan terus melebar kerana jangkaan awal (Bajet 2010) pun sudah memperlihatkan tidak tepat," katanya.

Tok Guru terima kalau dilantik sebagai Mursyidul Am PR.


Malaysiakini melaporkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia dilantik sebagai 'pemimpin rohani' Pakatan Rakyat setelah gabungan parti pembangkang itu berjaya didaftarkan.

"Sekarang ini saya dilantik (sebagai) mursyidul am (PAS) oleh jawatankuasa agung (parti). Apa salahnya jika (dilantik) mursyidul am bagi Pakatan Rakyat, tidak ada apa (masalah)," kata Tok Guru kelmarin.

"Hendak dengar (pandangan saya) terima kasih. Tidak (mahu) dengar, (kalau) kata tidak terima (cadangan saya), saya tanya balik, tidak terima kenapa?"

Beliau diminta mengulas cadangan Datuk Zaid Ibrahim, seorang anggota biro politik PKR yang ditugaskan untuk mengukuhkan Pakatan, yang mengesyorkan Nik Aziz dilantik sebagai "pemimpin rohani" Pakatan.

Menulis di blognya pada 17 November lalu, bekas menteri itu berkata, syor itu ditimbulkan kerana Pakatan memerlukan seorang seperti tokoh kemerdekaan India, Mahatma Gandhi, yang tidak bercita-cita merebut jawatan perdana menteru, tetapi bergerak atas idealisme perjuangan.

Ditemui di pejabatnya di Kota Bharu, Nik Aziz berkata, sekiranya dilantik memegang jawatan itu, beliau akan bersikap terbuka walaupun cadangan-cadangannya mungkin ditolak.

"Jangan pula orang tolak (cadangan), kita marah. Itu tidak Islamik. Saya acapkali kata, kalau awak tolak Islam dan kalau awak boleh bawa hujah yang kukuh, saya pun tidak mahu Islam.

"Tetapi awak tolak Islam tanpa ada hujah, hanya begitu-begitu sahaja, mana boleh saya terima?" katanya, Khamis lalu.

Ditanya sama ada jawatan tersebut akan menambahkan bebannya yang sedia ada, Nik Aziz berkata, tidak mengapa selagi "menambahkan pengikutnya".

"Saya lebih suka pimpin orang Cina yang berfikiran terbuka daripada pimpin orang Melayu yang tertutup fikiran," tambahnya.

Kenyataan Mursyidul Am Pas itu diharap meredakan keresahan para penyokong pakatan Rakyat yang masih menunggu jawapan dan respon dari beliau setelah cetusan idea berkenaan yang dilontarkan sejak lebih sebulan lepas.

Selasa, 15 Disember 2009

GARIS PANDUAN HIBURAN YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM

MUQADDIMAH

Antara matlamat utama manusia ini dicipta oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri kepada Nya seperti yang firmankan oleh Allah dalam surah Az Zariyyat ayat 56 yang bermaksud :

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT.

TUJUAN

Tujuan garis panduan ini disediakan adalah untuk memberi panduan kepada para penganjur hiburan agar program hiburan yang dijalankan tidak menyalahi syara’ dan tersasar dari tujuan beribadah kepada Allah SWT.

ISLAM DAN HIBURAN

Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara’.

GARIS PANDUAN MENGADAKAN ACARA KONSERT / PERSEMBAHAN DAN HIBURAN DALAM ISLAM

1- Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.

Allah SWT memberi peringatan kepada sesiapa yang meragui kebenaran hari kiamat dengan firmannya :

"Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan (15) Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa (16).

( Taaha : 15-16)

2- Suatu persembahan / konsert yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya.
ما من إمرىء مسلم تحضره صلاة مكتوبة فيحسن وضوءها, وخشوعها وركوعها، إلا كانت كفارة لما قبلها من الذنوب، مالم تؤت كبيرة، وذلك الدهر كله.
Tidaklah ada diantara orang Muslim jika tiba waktu solat wajib, lalu dia membaguskan wudhuknya, kekhusyukannya, dan ruku'nya melainkan solat itu menjadi penebus dosa-dosa sebelumnya, selagi dia tidak mengerjakan dosa besar, dan itu berlaku selamanya.

( HR Muslim)

3- Tidak ada muzik / nyanyian yang disampaikan tidak mempunyai senikata lagu berunsur maksiat dan lagho seperti membawa kepada rangsangan ghairah nafsu melalui tema-tema cinta yang melampau, luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia sehingga mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.

Oleh itu nyanyian sebegini hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah seperti berikut :

Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya,
( Al Qasas : 55)

إن الله كتب على ابن آدم حظّه من الزنا أدرك ذلك لا محالة. فزنا العين النظر وزنا اللسان النطق والنفس تتمنى وتشتهى والفرج يصدق ذلك أو يكذبه.
Sesungguhnya Allah telah menentukan bahagian seseorang tentang zina yang tidak mustahil didapatinya. Maka zina mata adalah memandang, zina lidah adalah mengucapkan, zina hati adalah mengingini dan faraj (kemaluan) membenarkan atau mendustakannya.

(HR Bukhari dan Muslim)

4- Hendaklah hiburan tidak diiringi atau dialunkan dengan instrument bunyian terlampau seperti budaya rock sehingga penonton / pendengar mengikut rentak (melompat-lompat, menjerit dan bersorak) menjatuhkan akhlak mereka dan mendatangkan fitnah kepada diri mereka.

5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun mempersembahkan nyanyian dengan suara lucah yang menyebabkan fitnah dan rangsangan nafsu kotor dikalangan pendengar / penonton. Sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.

Allah swt berfirman berkenaan tuntutan menutup aurat :

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.

( Al A'raf : 26)

Rasulullah saw juga memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka :

إن مِن أهل النارِ نساءً كاسِياتٍ عارياتٍ مائلاتٍ مُميلاتٍ لا يدخُلْنَ الجنةَ ولا يَجِدنَ ريْحَهَا

Sebahgian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.

(HR Muslim)

إذا فعلت أمتي خمس عشرة خصلة فقد حل بها البلاء ... منهن.... واتخذت القينات والمعازف
الراوي: علي بن أبي طالب - خلاصة الدرجة: [إسناده صحيح أو حسن أو ما قاربهما] - المحدث: المنذري - المصدر: الترغيب والترهيب - الصفحة أو الرقم: 4/75

Apabila umatku melakukan 15 perkara maka mereka layak untuk menerima bala Allah. Antara 15 perkara itu ialah…. orang ramai menjadikan wanita sebagai penyanyi (penari-penari), alat-alat yang melalaikan (muzik). …
(HR Tarmidzi)

6- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya acara minum arak, pertaruhan judi, tiada drama / lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.

Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini:

لأن يطعن فى رأس أحدكم بمحيط من حديد خير له من أن يمس امرأة لا تحل له

Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh. (adab pergaulan dalam islam, dr rokiah)
(HR Baihaqi)

7- Penyanyi tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi itu dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda. Firman Allah SWT :

Maka janganlah kamu wahai wanita berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).
(Al Ahzab : 32)

Dan Rasulullah SAW juga bersabda :

عن أبي مالك الأشعري قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ليشربن الناس من امتي الخمر يسمونها بغير اسمها يعزف على رؤوسهم بالمعازف والمغنيات يخسف الله بعم الارض ويجعل منهم القردة والخنازير.
Daripada Abu Malik al-Asy’ari daripada Nabi saw bersabda; Beberapa orang daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan babi.

(HR Ibnu Majah)

PERINGATAN

Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghakan manusia. Allah SWT berfirman dalam surah Al Lukman ayat 6 yang bermaksud :

“Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan”.

Bertitik-tolak dari itulah, satu garis panduan berkenaan hiburan disusun supaya kehalusan seni hiburan yang digariskan Islam itu dapat direalitikan.

KESIMPULAN

Industri hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa disamping mematuhi adab-adab Islam. Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari pemuzik dan penggiat seni Muslim supaya membentuk industri hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat Kuffar. Sebarang percubaan Kuffar untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang beracukan penetapan dan susur galur Al Quran dan Sunnah Rasul SAW.

12 Jamadil Akhir 1429H
16 Jun 2008M

DATO SERI (DR)HJ HARUSSANI BIN HJ ZAKARIA
SPMP.,JSM.,AMN.,PKT.,PJK
MUFTI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Rahsia Iblis



Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."

3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong atau yng berkaitan dengannya)"

5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebihkurang sama dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisanbagiku? ." Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu,tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "

9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebutnama Allah."

10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan denhan nama Allah."

SEMOGA MENJADI PEDOMAN UNTUK KITA SEMUA

JAUHI VIRUS SYIRIK...

JAUHI SYIRIK VIRUS PEMUSNAH…

Assalamu’alaikum sahabat2

Semoga kita selalu mendapat Rahmat serta HiyadayahNYA. Untuk melihat betapa kebencian Allah terhadap sifat SYIRIK ini, mari kita sama2 lapangkan masa mencermati pernyataan atau kesaksian di bawah ini;

ﺤﺪﯿﺚ ﻘﺪﺴﻰ

ﻤﻦﻋﻟﻡ أﻧﻰ ﺬﻮ ﻘﺪﺮﺓﻋﻟﻰ ﻤﻐﻓﺮﺓ اﻟﺬﻧﻮﺐﻏﻔﺮﺖ ﻟﻪ ﻭﻻ ﺃﺒﺎﻟﻰﻤﺎﻟﻡ ﯿﺸﺮﻚ ﺒﻰ ﺸﻴﺎٴ

“ Barang siapa yang mengetahui sesungguhnya Akulah yang mempnunyai kekuasaan untuk mengampuni segala dosa, niscaya dia Kuampuni dan Aku tidak peduli ( walau banyak atau besar mana dosanya) asal tidak menyekutukan sesuatu pun dengan Aku “.

HR Al Hakin & At Tabrani dri Ibnu ‘Abas ra

ﺍﻟﻗﺮﺀﺍﻦ

ﺇﻨﻪ ﻤﻦ ﻴﺸﺮﻚ ﺒﺎﻟﻟﻪ ﻓﻗﺪﺣﺮﻡ ﺍﻟﻟﻪ ﻋﻟﯿﻪ ﺍﻟﺠﻨﻪ...

Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga,...

Al Maidah ayat 72

ﺣﺪﯿﺚ

ﺍﻟﺸﺮﻙﻓﻲ ﺃﻤﺘﻲ ﺃﺨﻓﻲ ﻤﻦ ﺪﺒﯿﺐ ﺍﻟﻨﻤﻞ ﻋﻟﻲ ﺍﻟﺼﻓﺎﺀ

“ Syirik yang dilakukan umatKu lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar “.

HR Al Hakim dri Ibnu ‘Abas ra

Kata tuk guru saya, (ngaji lps maghrib tunggu isyak jer) kita sentiasa di kelilingi godaan SYIRIK.. Katanya lgi; SYIRIK ada dua, yang Jali dan Khafi, namun keduanya Syirik tetaplah Syirik. Macam Arak sebotol dengan satu sudu tetaplah juga nama dan hukumnya Arak.

1. Syirik yang Jali; mungkin tidak berlaku terhadap umat Islam. Tapi yang hampir2 mungkin ada. Cth, langgar mati. Orang akan berkata, “ kalaulah dia tidak dilanggar, dia tidak mati dan dah jadi anak dara pun sekarag ”. Ertinya yang melanggar ada kuasa mematikan orang

2. Syirik yang Khafi; Syirik jenis inilah yang mengelilingi kehidupan umat Mohammad saw. Cth; ketika meninggalkan rumah untuk bercuti, kita akan mengunci rumah. Orang kaya2 ada beberapa lapis kunci dengan biaya yang bukan sedikit. Jauh dilubuk hatinya “rumah akan selamat kerana sudah dikunci” dengan beberapa lapis kunci tadi. Ertinya Kunci sebagai penyelamat. Anda boleh saja mendapatkan banyak lagi contoh yang sejenama dengannya.

Penyelesaian;

1. Ikuti benar2 pesanan Nabi saw, jangan buat sesutu kecuali dengan menyebut Nama Allah. Kalau nak kunci kereta untuk membeli belah bacalah. “ Bismillah... Ya Allah inilah ikhtiarku, selebihnya aku berserah padaMU untuk kelamatannya ”.

2. Belajar dan amalkan doa2 untuk pemeliharaan dan keselamatan. Insya Allah akan terhidar dari amalan Syirik di samping selalu dapat mengingatNYA. Hati pun akan aman tak kira di mana sekali pun hatta dekat sempadan Siam tuh...

3. Nabi saw perintahkan umatnya “Sentiasa Membaharui Keimanan” dengan membanyakan menyebut kalimah, Tahlil dengan disertai ketiga2 Syaratnya. Kalau nak tau banyak kena tanya Ustaz Insani or Dr Fauziah ler, hahaaaiii... ..!

Masalah;

Oooh, kalau nak bercakap2 pun kena Bismillah Ker...? sebaiknya memang begitu, mudahan tutur kata yang dilontarkan ada manfaat, tidak merangsang kekhilapan langsung terus membawa perdebatan yang kadang2 sifatnya hanya Lagha sahaja.( Arab tuh)

Kepada yang Meremehkan serangan Virus Sirik ini, jangan kita berkecil hati pulak kerana mungkin dia telah pun sangat mahir, jiwa sudah didasari dengan ampoh oleh Ilmu ‘Aqidah atau Usuluddin ini. Cuma dibimbangi kot2 ianya disalah tangkap oleh orang2 yang baru

Kalau member ada yang nak tanya apakah taraf ayat Al Quran di atas ayat Mansukh atau uslubya, begitu jugak Hadis itu Hadis Shahih atau Maudhok...? Jawabnya saya ngak tau pak...heheheee

Wallahu ‘Alam

Utuh Umai

Gambar sebenar Dacing/ (Justice) adalah SALIB


Perlembagaan Lord Reid menewaskan Hukum Allah oleh Melayu UMNO.

Anda menyokong UMNO bermakna anda menyokong ANAK TUHAN.

Kemurkaan Allah akan datang menimpa anda

British meninggalkan Salib kepada orang melayu,Supaya Salib ini diguna pakai oleh orang Stupido Melayu sampai sekarang terutama UMNO dan sekongkolnya..................

These virtues are the heartbeat of Christianity because they are the heart of our God.
The cross of Jesus Christ continues to be the supreme testament of truth and mercy. It is the perfect merging of similar yet dissimilar virtues. Truth we may say confronts and convicts but it is in the simultaneous extension of mercy or comfort, in action, that fulfills the mission perfectly. As people of The Way, we simultaneously bowed our knees to Truth and were apprehended by Mercy Himself at the time of our conversion or salvation
which catapulted us from a state of separation and self rule to restoration and God’s rule.

Truth we may say confronts and convicts. As disciples of Jesus, we must come to not only walk in truth but to commingle and apply it with mercy. The Old Testament admonishes us in
(Micah 6:Cool Amplified
to do justly, and to love kindness and mercy, and to humble yourself and walk humbly with your God. This is what He desires of us. In the New Testament the story of the Good Samaritan, found in
(Luke 10:25-37)
is an excellent illustration of the application of truth and mercy. It is the way in which we are called to walk, man to man. Just as Jesus dealt and deals with us, so we are called to...
go and do the same with those we come in contact with.

Extending mercy as we share truth is not un-Christian but God's way.
We do not have to pump our fists or point our fingers in the sharing of truth. Jesus showed us a more excellent way and but for a few examples, such as the cleansing of the temple,
He did not raise his voice nor get in any one's face. He did not deem it wise or becoming to meet force with force as did His disciples.
Why?
He knew there was a better way...

Isteri PM berdosa tak tutup aurat – Nakhaie Ahmad



(Gambar: Nakhaie berkata Rosmah berdosa dan bakal dapat siksa di akhirat)

KOTA BHARU, 14 Dis: Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad berkata, isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tidak menutup aurat sebagai berdosa.

“Perbuatan seperti itu satu dosa,” katanya merujuk kepada soalan seorang peserta pada satu wacana yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre.

Penganjur bersama program itu Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan dan Perbadanan Menteri Besar.

Seorang peserta menanyakan apa hukum isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak menutup aurat dijawab bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad sebagai berdosa.

Katanya, di akhirat kelak wanita yang tidak menutup aurat akan ditanyakan di hadapan Allah Taala mengapa tidak mematuhi suruhan agama.

Dewan konvensyen tempat wacana diadakan penuh sesak sehingga memaksa penganjur memasang dua skrin besar di luar dewan.

Orang ramai melimpah sehingga ke atas jalan raya.

Wacana itu yang panas sepanjang program berlangsung menampilkan tiga lagi anggota panel iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Mohd Affendi Yusof.

Pensyarah kanan UKM, Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Hadir sama anggota Exco, Dr Mohamad Fadzli Hassan.

Nakhaie yang juga bekas Naib Presiden PAS memberitahu, beliau meninggalkan parti itu dan menyertai Umno kerana tidak ada program dakwah dalam PAS.

“Sebab itulah sepanjang berada bersama PAS saya gagal mengislamkan seorang pun bukan Islam.

“Sedangkan ketika menerajui Yadim saya berjaya mengislamkan kira-kira 7,000 bukan Islam di Sabah dan Sarawak,” katanya diikuti suara riuh rendah orang ramai.

Penjelasan Nakhaie dari awal sehingga akhir dipertikaikan hadirin sehingga ramai yang menyoraknya.

Kadang kala beliau kelihatan emosi kerana tidak tahan berdepan dengan penonton yang cuba mencemuhnya.

Mohd Afffendi pula tanpa menyembunyikan perasaan menjelaskan mahu hak Kelantan mendapatkan royalti minyak diberi perhatian kerajaan pusat.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, katanya apa pun istilah yang digunakan kerajaan pusat sama ada royalti atau ihsan ia perlu dinikmati rakyat negeri ini.

Kata beliau rakyat Kelantan tidak perlu didiskriminasi bagi mendapatkan hak mereka.

Sedangkan sebelum itu ketika menjawab soalan moderator katanya, royalti hanyalah istilah Inggeris yang digunakan, sehingga disorak orang ramai.

Malah katanya, perjanjian yang ditandatangani di antara Menteri Besar, Datuk Mohamad Nasir dan Petronas pada 1975 seperti tidak sah kerana ada perjanjian baru dibuat kerajaan Malaysia dengan Thailand pada 1990.

“Mengikut perjanjian tersebut cari gali minyak berlaku di kawasan JDA yang melibatkan Malaysia dan Thailand, di mana pembahagian dibuat 50 – 50.

“Jadi perjanjian lama pada 1975 sudah tidak terpakai kerana minyak dicari gali di kawasan JDA,” ujarnya.

Merungkai persoalan itu Mohd Amar menjelaskan kerajaan Thailand membahagikan royalti kepada Songkla memandangkan kedudukan JDA lebih dekat dengan wilayah itu.

Sedangkan katanya Malaysia tidak membahagikan royalti kepada Kelantan biar pun kawasan carigali dekat dengan negeri tersebut.

“Ini bermakna Thailand jauh lebih cerdik berbanding Malaysia kerana cuba menafikan hak royalti minyak,” katanya disambut gelak ketawa orang ramai.

Dr Asri pula tidak mahu ulama masuk campur dalam tuntutan royalti dibuat kerajaan Kelantan kerana silap percaturan ia boleh menghakiskan kepercayaan rakyat kepada golongan berkenaan.

“Saya kata kepada Perdana Menteri bagilah kepada Kelantan kerana itu hak mereka. Pemimpin kena bersikap adil kepada semua pihak seperti dituntut Islam,” katanya.

Ketika menjawab soalan Dr Agus, Mohd Amar berkata, halangan kerajaan pusat terhadap Kanun Jenayah Syariah diluluskan di Kelantan bukan bermakna hukum itu tidak mahu dilaksanakan.

“Samalah seperti lampu trafic light merah, kita berhenti sekejap. Berhenti pun enjin kereta kita masih hidup.

“Dan apabila lampu isyarat sudah bertukar menjadi hijau maka kita jalanlah,” katanya.

Mohd Affendi juga memuji tindakan kerajaan negeri menganjurkan wacana seumpama itu bagi memberi peluang kepada rakyat mendapatkan maklumat dua hala.

Oleh itu katanya, Pemuda Umno sedia menganjurkan program wacana pada masa akan datang dengan menjemput wakil dari PAS.

Mohd Amar pula berkata, beliau sedia hadir pada wacana anjuran Umno jika bersesuaian dengan tajuknya.

HarakahDaily.Net/-

Kaji semula ucapan 'Salam 1Malaysia' - ulama

Mohd Yusri Amin

KOTA BHARU, 14 Dis: Selepas Islam Hadhari tenggelam bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini rakyat digalakkan melakukan perbuatan bidaah (tidak menjadi amalan Nabi Muhammad saw) apabila dipaksa melafazkan ucapan 'Salam 1Malaysia’.

Ulama menjelaskan ucapan seperti itu merupakan satu perbuatan bidaah dan tidak ada dalam Islam.

Malah, kata mereka ucapan itu seperti mempersendakan Islam yang menganjur umatnya melafaz ucapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh'.

Sehubungan itu, ia perlu dikaji semula dan pandangan dari para ulama yang adil perlu diambil untuk menilainya.

Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa berkata, ucapan Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpangkal kepada tuntutan agama.

"Rasulullah saw tidak pernah mengajar 'Salam 1Madinah ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam selepas diusirkan kafir Quraisy dari Mekah.

“Sekiranya mahu melaksanakan Islam dan bukan menjadi penghancur kepada amalan Islam berilah salam yang sempurna. Ini sesuatu yang cukup memalukan umat Islam di negara ini," katanya.

Ucapan Salam 1Malaysia kini seperti menjadi peraturan yang diwajibkan pembaca berita di media elektronik di negara ini. Ucapan itu dilafazkan ketika awal dan akhir membaca berita.

Bagaimanapun ramai ulama yang mencari makan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menegur perbuatan tersebut biar pun ia jelas bercanggah dengan Islam.

Begitu juga Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria membisu. Beliau sebelum ini dilihat lebih cepat mengkriitik dan mempersendakan pemimpin PAS.

Mohamad yang juga Adun Demit turut meluahkan rasa curiga terhadap slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kerana dalam ajaran Islam mestilah Allah swt didahulukan dalam segala hal.

Katanya juga, tauhid amali tidak dilaksanakan kerajaan BN sejak menerajui negara ini pada 1957.

“Dari segi dasar pemerintahan negara, Islam tidak dimartabatkan sebab Allah swt tidak didahulukan, bahkan Islam kerana hak Allah swt tidak ditunaikan.

“Mereka telah mensyirikkan Allah SWT dengan menduakan sistem dalam melaksanakan undang-undang. Inilah yang dinamakan sebagai syirik nasional,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, konsep 1Malaysia yang dilaungkan perdana menteri sekarang sekadar mengajak rakyat bersatu di atas dasar seperti diamalkan di United State America.

Sedangkan kata beliau penyatuan sebenar bagi umat Islam berdasarkan kepada tauhid.

HarakahDaily.Net/-

Isnin, 14 Disember 2009

Kakitangan K'jaan Yang Akan Tamat Kontrak Kini Tertekan - CUEPACS

SHAH ALAM: Cuepacs sudah menerima aduan daripada kakitangan kontrak yang bakal ditamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini, antaranya Kementerian Pelajaran, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri dan Jabatan Pertanian.

Presidennya, Omar Osman berkata Cuepacs menerima aduan hampir setiap hari berhubung kebimbangan kakitangan kontrak yang tidak disambung perkhidmatan itu dan kebanyakan mereka kini semakin tertekan dan terhimpit dengan keadaan tidak pasti berkenaan.

"Setakat ini sahaja, kami terima aduan daripada kira-kira 200 pekerja kontrak Majlis Tindakan Pelancongan Negeri atas alasan bajet tidak mencukupi, dan kami anggarkan jumlah itu akan meningkat.

"Cuepacs merayu supaya kerajaan mempertimbangkan semula rancangan untuk menamatkan perkhidmatan kakitangan terbabit demi masa depan mereka," kata beliau kepada pemberita selepas menutup Kursus Bola Tampar Peringkat Negeri Selangor di sini semalam.

Omar berkata kebanyakan pekerja kontrak terlibat merangkumi golongan muda berusia antara 25 hingga 30 tahun dan sudah berumah tangga. "Pekerja kontrak yang dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), tidak menghadapi masalah kontrak mereka dilanjutkan," katanya yang menambah terdapat kira-kira 60,000 kakitangan awam kontrak di negara ini.

Sementara itu, Omar meminta kerajaan menangguhkan tarikh peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bulan ini sebab mendapati ramai tidak lulus peperiksaan tersebut.

"Kalau boleh, kami minta kerajaan menilai semula pelaksanaan PTK ini," katanya. - BERNAMA

Renungan bagi nak mengadakan Majlis Perkahwinan

la ni musim orang kawin.

ni pendapat jumhur ulama.

1. diri pengantin- takut akan timbul rasa megah dan sombong/bongkak di hati pengantin..al-maklumlah "Raja Sehari", di seliputi pakaian yg mahai2 dan cantik berhias. sombong bongkak tu sifat syaitan.
2. orang yg melihat- takut timbul mcm2 fitnah- pujian, celaan dan cacian dsbnya.
3. ni adat agama lain ( Hindu).
4. Pendedahan Aurat- yelah pakaian pengantin tu kekadangnya..alahai...
5. Pergaulan bebas- la ni mak andamnya ada yg lelaki tur?...eh mak kau.. dia kan lelaki, mana boleh sentuh perempuan yg bukan muhrim.

kalu yg dah...nak buat mcm mana..byk kan beristigfar dan bertaubat, mana yg belum...fikir2 kan... ada yg kata takpe ni cuma sekali dlm seumur hidup..eh..hukum mana boley cam tu...haram tetap haram.

Wallahuallam.

Tuntutan Suatu Perjalanan

sumber ummianni
(Puisi Buatmu...Tok Guru)



Di mana pun kau berpijak
Ke mana pun hala tuju
Kau terikat pada satu janji
Pada khaliq penciptamu

Kau sampaikan seruan Illahi
Kebenaran mengiringi
Kau terdorong oleh amanah diri
Kau penyambung pewaris Nabi

Tuntutlah walau ke hujung dunia
Tuntutlah walau ke akhir nyawa
Ikrar mu hanya pada yang Esa
Selagi kau bernama manusia
Berpegang lah pada tali janji mu

Kepada ku ya Allah berilah hidayah
Kurniakan lah petunjuk rahmat Mu
Kau ciptakan kami dengan kemuliaan
Segalanya kami serahkan
Hanya lah pada kau yang SATU

Mengharungi onak duri
Penuh tabah serta keyakinan diri
Walau rebah jasad ke bumi.....

Setiap kita berpeluang menjadi guru.

sumber cina islam

“Dan siapa saja yang pertama memberi contoh perilaku buruk dalam Islam, maka ia akan mendapatkan dosa kejahatan itu dan mendapatkan dosa orang orang yang meniru perbuatannya tanpa dikurangi sedikitpun” (HR. Imam Muslim).

Disedari atau tidak, setiap kita berpeluang menjadi guru bagi orang lain. Bukan hanya ketika melakukan hal-hal yang berunsur kebaikan, tetapi juga pada ketika melakukan perkara yang berunsur keburukan. Sebab, perilaku yang kita tunjukkan dalam hidup ini kerapkali ditiru, meskipun kita tanpa niat meminta untuk ditiru.

Sekurang-kurangnya, perilaku kita ditiru oleh orang yang paling dekat dengan diri kita sendiri, misalnya anak-anak atau cucu kita sendiri, yang selanjutnya menjadi generasi yang menjadi pewaris bagi generasi selanjutnya.

Dengan demikian, beruntunglah bagi para insan yang berusaha membiasakan diri melakukan kebaikan . Perilakunya telah ikut membentuk perilaku orang-orang lain dan seterusnya akan merawat dunia ini dengan hal-hal yang baik dan sempurna sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam.

Sebagaimana diisyaratkan dalam sejumlah ayat Al-Qur’an, kita bukan hanya diizinkan untuk menikmati segala macam rahmat Allah di dunia ini, tetapi juga diserukan untuk merawatnya dengan baik. Termasuk juga merawat perilaku agar selalu di jalan yang benar dan tidak melampaui batas.

Jelasnya apa yang kita wariskan dengan ikhlas tak akan pernah luput dari pandangan Allah, meskipun sebesar zarrah. Allah memastikan akan membalasnya, dan bahkan diberikan aliran pahala bagi yang mewariskan dari apa yang kita wariskan kepada generasi kita.

Sebaliknya alangkah tidak beruntungnya orang-orang yang telah dan sedang mewarisi keburukan . Sebagaimana dikatakan dalam hadits di atas, bukan hanya dosa sendiri yang dibebankan, tetapi juga dosa-dosa yang yang mengikutinya. Karena itu, sebaiknya kita selalu secara matang mengambil peluang untuk berpikir sebelum bertindak dalam hidup ini.

Ahad, 13 Disember 2009

Jadikanlah Taubat Amalan Rutin

AgamaKiriman abuaqil

writes "Kenangkan dosa hari ini, dosa semalam dan hari-hari yang telah berlalu kita lakukan. Alangkah banyaknya…sehingga tidak terhitung. Namun demikian Allah al-Rahman tidak pernah menarik balik nikmat penglihatan, pendengaran dan percakapan yang telah melakukan dosa.

Malah Allah al-Rahim sentiasa menutup keaiban dan kekurangan diri kita daripada diketahui oleh orang lain.

Setiap insan tidak dapat lari daripada melakukan dosa dalam menjalani kehidupan seharian. Amat banyak pendurhakaan kepada Allah yang telah kita lakukan sejak baligh hingga ke saat ini. Inilah kelemahan insan yang tidak dapat dinafikan. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (Surah al-Nisa’:ayat 28)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat”. ( Ibn Majah )

Sesiapa yang mengatakan bahawa dia tidak mempunyai dosa sebenarnya dia telah melakukan dosa dengan ucapan sedemikian. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Maka janganlah kamu menganggap diri kamu suci. Dan dialah yang Maha Mengetahui siapa yang bertakwa”. ( Surah al-Najm : 32 )

Agama kita memperuntukkan satu amal soleh yang boleh menghapuskan segala dosa yang dilakukan iaitu taubat sebagai mengimbangi kelemahan manusia ini. Allah SWT yang bersifat dengan sifat al-Tawwab ( Maha Penerima Taubat) dan al-Ghafur ( Maha Pengampun) tidak akan membiarkan kelemahan hambanya ini dengan begitu sahaja. Dalam al-Quran bayak dijelaskan keutamaan, dorongan dan perintah agar kita sentiasa bertaubat.

Maksud firman Allah SWT

“Dan bertaubatlah kamu semua wahai orang-orang yang beriman supaya kamu memperolehi keuntungan.” (Surah al-Nur: 31)

Maksud Firman Allah SWT :

Dan bersegeralah menuju kepada keampunan dari Tuhan kamu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. ( Surah Ali Imran :133)

Allah SWT juga berfirman:

"Dan dirikanlah shalat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya amalan-amalan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." ( Surah Hud: 114).

Hadis-hadis Nabi saw juga banyak yang menyebut tentang kelebihan dan tuntutan taubat, antaranya ialah ;

Dari Nabi saw bersabda bahawa Allah berfirman ( hadis qudsi ) :

"Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu melakukan kesalahan siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa, oleh itu pohonlah keampunan kepadaKu, nescaya Aku mengampuni kamu." (Imam Muslim).

Sabda Nabi saw :

“Sesungguhnya Allah SWT sangat gembira dengan taubat hambaNya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kamu yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali”. ( Imam Muslim)

Dalam sabdanya yang lain, Rasulullah mengatakan:

“Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” (Imam Muslim )

Rasulullah saw yang terpelihara daripada dosa dan diutuskan agar menjadi contoh kepada sekalian manusia juga memohon keampunan kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari sebagai mana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Begitulah petunjuk sunnah Rasulullah saw kepada kita semua agar sentiasa bertaubat setiap masa. Jangan dibiarkan dosa berlanjutan dan dijadikan koleksi dari semasa ke semasa kerana maut datang tanpa isyarat dan amaran. Dosa yang dibiarkan pasti akan memberi kesan buruk kepada kita di akhirat kelak.

Allah SWT yang bersifat Maha Penyayang banyak mensyariatkan ibadat yang menjanjikan dosa-dosa diampunkan. Antaranya ;

1- Berwuduk

Rasulullah saw bersabda : “Tidaklah salah seorang daripada kamu mendekati air wuduknya, kemudian berkumur-kumur, memasukkan air ke hidungnya lalu mengeluarkannya kembali, melainkan gugurlah dosa-dosa di (rongga) mulut dan rongga hidungnya bersama air wuduknya, kemudian (tidaklah) ia membasuh mukanya sebagaimana yang Allah perintahkan, melainkan gugurlah dosa-dosa wajahnya melalui hujung-hujung janggutnya bersama titisan air wuduk, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua tangannya sampai ke siku, melainkan gugurlah dosa-dosa tangannya bersama air wuduk melalui jari-jari tangannya, kemudian (tidaklah) ia menyapu kepalanya, melainkan gugur dosa-dasa kepalanya bersama air melalui hujung-hujung rambutnya, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua kakinya, melainkan gugur dosa-dosa kakinya bersama air melalui hujung-hujung jari kakinya.” (Imam Muslim)

2. Solat fardu, solat Jumaat dan Puasa Bulan Ramadan.

Rasulullah saw bersabda :

"Salat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa di antaranya selama dosa-dosa besar dihindari." (Imam Muslim)

3. Puasa Sunat Asyura’ dan puasa sunat wukuf.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura' (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”( Imam Muslim )

4. Tasbih, tahmid dan takbir

Sabda Rasulullah saw : “ Sesiapa yang menyebut setiap kali selepas solat dengan tasbih, tahmid dan takbir ( 33x) di akhiri dengan ucapan Laa ila ha illa Allah….. maka diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. ( Imam Muslim)

Para ulama’ mentafsirkan dosa-dosa yang diampunkan di atas ialah hanyalah dosa kecil sebagai mana pendapat Imam al-Nawawiy dalam kitab syarh Muslim. Dosa besar hanya diampunkan bila dilakukan taubat nasuha.

Begitulah perancangan Allah yang bersifat al-Hakim ( Maha Bijaksana ) menyusun ibadat-ibadat untuk menghapuskan dosa-dosa hambaNya. Solat fardu atau puasa Ramadan yang kita lakukan dengan ikhlas akan memberi kebaikan kepada kita sendiri. Dengan kata lain Allah mewajibkan amalan-amalan tertentu bukan untuk membebankan hamba-hambaNya tetapi sebagai ujian sama ada taat atau ingkar dan untuk menyucikan rohani mereka daripada kegelapan dosa.

Betapa ruginya mereka yang mengabaikan solat fardu dan puasa wajib. Tanpa mereka sedari golongan ini membuat koleksi dosa-dosanya dari semasa ke semasa. Mereka tiada peluang untuk menyucikan jiwa mereka daripada dosa. Lebih malang sekiranya mereka dijemput oleh Malakul Maut secara mengejut tanpa taubat, Na’uzubillah.

Jadikanlah taubat sebagai amalan rutin seharian, pohonlah keampunan dariNya dan laksanakanlah amalan fardu sebaik-baiknya. Semua itu akan menyucikan dosa-dosa yang telah dilakukan. Jangan berputus asa dengan rahmat dan keampunan sekiranya selepas itu kembali melakukan dosa. Jangan terpedaya dengan tipu muslihat syaitan agar kita perputus asa dengan keampunan Allah SWT . Perbaharuilah taubat pada setiap waktu. Pohonlah pimpinan dan bimbingan Allah SWT agar sentiasa istiqamah dalam melakukan taubat kepadaNya.



Oleh : Abu Aqil Adnan bin Ishak

Malaysia negara ’sumpahan minyak’

Posted by Paktam

Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara ’sumpahan minyak’ di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

“Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Tengku Razaleigh - bekas naib presiden Umno yang hampir menewaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden 20 tahun lalu - merupakan antara pengasas penubuhan Petronas pada tahun 70-an.

Menurutnya, Malaysia kini terjebak dalam perangkap pendapatan pertengahan, “tersangkut dalam pertumbuhan mudah dari pengeluaran tambah nilai yang rendah dan pemasangan komponen dan tidak mampu membuat lonjakan kepada ekonomi berintensifkan pengetahuan.

Katanya, tujuan awal penggunaan simpanan minyak Malaysia ialah untuk membantu negara melonjak daripada ekonomi yang berasaskan komoditi dan pemasangan kos rendah, kepada ekonomi yang lebih dipelbagaikan yang berasaskan kepada pekerjaan berpendapatan tinggi.

“Kita melihat simpanan minyak kita sebagai satu kurniaan kekayaan yang akan menghasilkan wang untuk tujuan pemodenan dan teknologi,” katanya ketika berucap di sidang kemuncak ahli korporat muda Malaysia di Menara Integriti, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, katanya, berbilion-bilion ringgit hasil eksport minyak sejak tiga dekad yang lalu, telah dibazirkan oleh kerajaan.

Menurutnya, hasil minyak negara yang sepatutnya digunakan mengikut yang telah dirancangkan sewaktu penubuhan Petronas, telah menjadi dana yang dibelanjakan sesuka hati oleh sesiapa juga yang mentadbir negara, tanpa sebarang pertanggungjawaban.

Buku bertajuk “Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Time’, yang dilancarkan baru-baru ini, menganggarkan kira-kira RM100 bilion telah dibazirkan dalam skandal kewangan sewaktu 22 tahun pentadbiran Dr Mahathir.

Pengarangnya, Barry Wain yang juga bekas editor Asian Wall Street Journal, menulis bahawa sebahagian besar skandal itu, termasuk percubaan kerajaan untuk memanipulasi harta timah antarabangsa dan pembabitan Bank Negara dalam pasaran matawang global, pada tahun 1980-an.

Bagaimanapun, ada sesetengah penganalisa yang menyebutkan jumlahnya lebih tinggi daripada itu.

Malahah Time memetik Daniel Lian - seorang pakar ekonomi dari Morgan Stanly di Singapura sebagai berkata, Malaysia mungkin telah kehilangan “sehingga AS$100 bilion” (RM340 juta) sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

Petronas menyumbangkan 40 peratus daripada bajet negara sejak bertahun-tahun lalu tetapi penggantungan terhadap perolehan hasil minyak semakin tidak dapat dipertahankan lagi.
Kerajaan akan memperluaskan lagi asas cukai dengan memperkenalkan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki membayar cukai tambahan di samping cukai pendapatan.

Tengku Razaleigh berkata, kekayaan minyak negara telah dibazirkan dan digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang gagal, membeli senjata, membina bandaraya secara besar-besaran di atas tapak ladang kelapa sawit.

Perolehan tersebut, katanya, tidak digunakan untuk membasmi kemiskinan di negeri-negeri yang miskin, tetapi disalurkan untuk tujuan politik dan golongan yang ada kaitan dengan politik.

Katanya, hasil minyak yang sepatutnya menjadi warisan kekayaan untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang, telah digunakan untuk menunjangi pemerintahan yang ‘authoritarian, menghakis demokrasi berpelembagaan dan korup keseluruhan golongan elit politik dan perniagaan. -Malaysiakini

Punca Hati Keras Membatu

Email : mohd naim mohd zain

Assalamu'alaikum wbt...

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Kes ragut: Sudah tiba masanya hukum hudud dilaksanakan

Anak Manjong

Salam Sejahtera,

Negara kita Malaysia nampaknya hak rakyat untuk hidup aman sejahtera dah semakin pupus akibat aktiviti jenayah yang semakin hari semakin meningkat.

Pihak polis dengan mudah mengatakan semua kejadian tersebut adalah disebabkan kerana pengaruh dadah, apa pun jawab mereka rakyat semakin sengsara, bini kematian suami dan sebaliknya, anak kehilangan penjaga, semua ini masaalah ini dipikul oleh rakyat jelata, pemimpin masih macam biasa, hidup mereka dikawal selia, mereka tak perlu risau bab ini semua, yang dok risau rakyat.

Sekejap tadi dalam berita NTV7, ia paparkan mangsa ragut yang kematian suaminya akibat jatuh dari motor menerima sumbangan khairat kematian dari socso, dan seterusnya mangsa dan anaknya layak dapat pencen socso sebanyak RM330.oo sebulan, untuk anak sehingga umur 21 tahun jika belajar hingga ke IPT. Ok lah itu yang ada perlindungan socso, bagaimana yang tak ada perlindungan seperti bekerja sendiri, peniaga atau pemandu teksi, sapa nak sara walau pun RM300.00.

Kemudian Pengerusi Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye mencadang hukuman yang lebih keras buat pesalah ragut iaitu hukuman mati bagi membendung kes ragut.

Pemberita pun pergi tanya kepada orang ramai yang bukan ahli hukum agama, apa jawab mereka! semuanya setuju.. senang sungguh menjawab kerana nak melepas geram kepada penjenayah tersebut,

Tetapi sedarkah mereka hukum Islam (Hudud) yang telah sedia ada kenapa tidak dilaksana, apakah dengan hukuman mati jenayah ragut dapat dikurangkan, kita boleh lihat bagaimana hukuman keatas pengedar dadah, walaupun hukuman mati dilaksanakan, kes pengedar tetap tak berkurangan, manusia yang ada tak akan takut dan gerun dengan hukuman ciptaan manusia melainkan hukuman Allah.

Peragut yang melakukan kerja-kerja ragut apa yang mereka ingat sebelum mereka membuat kerja tersebut hanyalah hidup atau mati, jadi kalau tertangkap kena hukuman mati, bagi mereka tak ada apa-apa hal bagi mereka, yang malangnya ialah mangsa ragut, jikalau hukuman hudud potong tangan, sekurang-kurangnya menjadi pengajaran terhadap peragut, selain dari itu hukuman yang diterima didunia dapat melepaskan hukuman Allah di akhirat, jikalau hukuman mati, diakhirat nanti pesalah itu akan menerima lagi hukuman atas kesalahan yang dilakukan, bukankan ini berlakunya tindakan zalim.

Dalam waktu beginilah pihak yang berautority seperti majlis Fatwa, Jakim mengambil kata sepakat bahawa hukuman hudud sesuai dilaksanakan keatas pesalah ragut, Seminar, simposium mengenai hukuman hudud boleh diwarwarkan, dengan secara tidak langsung rakyat dapat memahami hukuman Islam.

HarakahDaily.net/-