sumber detik daily - lihatyoutube sebelah
Anak muda ini adalah bekas pelajar sebuah sekolah agama terkemuka di negeri Perak.
Bukan sedikit ilmu agamanya.
Tetapi hari ini, anak Perak yang dahulunya dikenali sebagai Badrul Hisyam, telah murtad dan menjadi pendakyah Kristian.
Apabila saya mendengar ceramah-ceramah yang beliau sampaikan di gereja dan di khalayak Kristian, saya mengesan sesuatu yang amat konsisten di dalam ceramah beliau. Ceramahnya tidak ilmiah dan tidak membantu Kristian memahami Bible. Sebaliknya, hampir keseluruhan ceramah beliau berbahasa skeptik dan sentiasa sinis serta menyindir serba serbi yang berkaitan dengan Islam dan Muslim. Malah ibu bapanya sendiri turut disindir dan diejek.
Tatkala bertanyakan kepada pelajar-pelajar sekolah beliau yang mengenalinya, anak muda ini yang berpewatakan lembut di sekolah sering diejek, dikutuk atau dalam bahasa rasminya dibuli, di sepanjang pengalamannya di sekolah. Pengalaman seperti ini sangat berpotensi untuk membentuk satu pola pemikiran memberontak yang luar biasa.
Akhirnya Badrul Hisyam dengan sinis dan skeptik beliau terhadap semua yang dialaminya tentang Islam dan Muslim, beliau murtad. Sesuatu yang mungkin tidak disangka oleh senior yang pernah membulinya!
Semasa mendengar ceramah beliau, saya terfikir, adakah Benjamin Stephen ini mengkritik Islam, atau mengkritik Sekolah Menengah Agamanya?
Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Benjamin Stephen, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism yang luar biasa itu ditujukan segala-galanya ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.
http://saifulislam.com/?p=6537
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Rabu, 16 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
???????????
BalasPadamSikit2 melayu murtad...apa sgt la kristian ni kalau nak banding ngan islam yg ada kat malaysia ni... andai kita kuatkan iman dan penuhi dada dengan ilmu keagamaan, kita tidak akan mudah lari dari agama kita sendiri sekiranya kita kuat. Iman dan ahli agama, sila jawab...
BalasPadamMurtad ke tak murtad ke itu soal diri sendiri. Isu agama mana yg benar or salah itu bukan persoalannya kerana semua agama mengajar umatnya kebaikan bukan kejahatan. Lagipun, itu hak dia utk memilih jalannya sendiri. Kalo dia dah bahagia dgn agama kristian, kita nak buat macam mana, kan? Itulah namanya " kebebasan beragama".
BalasPadamBetul tu. I sokong 99% you punya idea berfikir. Memang la sakit hati si Steven tu tukar agama, but nak buat mcm mana lagi, maybe dia lihat kehidupan ni ngan perspektif yg berbeza. I mean, he find his new path in another religion. Takpe, jgn marah.. Kat dunia ni berlambak isu tukar agama ni... Artis tukar agama pun ada, cuma tidak " digembar-gemburkan" isunya sahaja. WORLD NEED PEACE
PadamSebagai seorang Islam kita hendak lah saling ingat menigati supaya tidak dituntut dihadapan Allah dipadang Mahsyar nanti.
BalasPadamSayang sekali, politik punya pasal, akidah umat Islam langsung tak terjaga. Orang Melayu sibuk berbalah tentang politik kepartian, puak-puak kafir evangelis pula sibuk menyebarkan fahaman mereka.
BalasPadam