assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 19 Mac 2010

Mencari dan mendedahkan keaiban orang

Oleh Songkok Putih

Islam memandang berat perbuatan mendedahkan keaiban orang lain dan ini termasuk didalam perkara mazmumah (keji) dan sangat dipandang berat. Islam juga melarang umatnya mencari keaiban orang lain dan mendedahkannya sesuka hati.

Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang suka menghebahkan tuduhan buruk di kalangan orang beriman, mereka akan beroleh azab seksaan yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)." (Surah al-Nur, ayat 19)

Sifat dan dasar Islam ini haruslah difahami. Oleh itu adalah dikehendaki setiap orang menyimpan rahsia atau menutup keaiban saudaranya. Lebih-lebih lagi jika rahsia atau aib hanya semata-mata prasangka atau tuduhan buruk yang tidak berasas. Hal ini dikhuatiri akan menimbulkan fitnah dan perselisihan yang mengakibatkan oleh orang yang terfitnah mengalami kesengsaraan perasaan dan jiwa serta masyarakat pula memandang serong.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat kelak." (Hadis riwayat Muslim)

Untuk menerangkan isu dan perkara ini, lebih-lebih lagi dalam politik semasa mengenai pendedahan maklumat pendapat Ibn Hajar dalam Kitab Fath al-Mubin membahagikan manusia kepada dua golongan boleh dirujuk sebagai panduan terrutama kepada penulis-penulis internet dan blogger.

Pertama ialah orang yang tidak pernah disebut melakukan kejahatan atau kemungkaran; jika terdengar atau diketahui bahawa mereka melakukan sesuatu kemungkaran, maka tidaklah harus didedahkan atau diperkatakan.

Jika tetap diperkatakan atau didedahkan juga kemungkaran yang didengari itu, maka ia menjadi umpat yang hukumnya haram dan amat berat dosanya.

Kedua, orang yang sudah terkenal dengan kejahatan atau kemungkarannya secara terang-terangan, malahan tidak mempedulikan sebarang nasihat diberikan dan tidak malu melakukan kejahatan secara terbuka; harus didedahkan keaibannya. Mendedah dan bercakap mengenai kejahatan mereka dalam situasi ini tidak lagi dianggap mengumpat.

Malah ada kalanya wajib didedahkan kejahatannya kepada orang ramai, supaya mereka sentiasa berwaspada dengan tingkah lakunya kerana jika didiamkan tentulah ia bermaharajalela dan kejahatannya semakin hari akan bertambah sehingga membahayakan masyarakat.

Menurut sesetengah ulama pula, adalah sunat merahsiakan keaiban manusia dalam empat perkara iaitu keaiban berkaitan hak Allah, keaiban lampau yang tidak diketahui orang, keaiban orang yang berkedudukan dalam masyarakat dan keaiban dilakukan untuk melindungi kepentingan anak yatim.

Abu al-Haisam pegawai kepada Uqbah bin Amir (salah seorang sahabat Nabi SAW) berkata: "Saya pernah berkata kepada Uqbah bahawa saya mempunyai jiran yang suka minum arak, dan saya akan melaporkannya kepada pihak berkuasa supaya mereka datang menangkapnya. Lantas Uqbah berkata: Jangan! Tetapi nasihatilah mereka itu. Abu al-Haisam menjawab: Saya sudah melarang tetapi mereka masih berbuat demikian. Justeru, saya tetap akan melaporkannya kepada pihak berkuasa. Uqabah berkata lagi: Jangan! Sebab saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang menutupi suatu keaiban, maka ia seolah-olah menghidupkan anak yang ditanam hidup-hidup dalam kuburnya." (Hadis riwayat Abu Daud, Nasa'i dan Ibn Hibban)

Semua orang tetap ada keaibannya tertentu, sama ada kecil atau besar keaibannya tentu ia tidak suka diketahui orang. Apatah lagi jika ada orang yang sengaja mencari keaiban dan seterusnya menyebarkannya ke sana-sini, tentulah ia akan marah. Lebih buruk lagi jika ia membawa kepada perselisihan dan pergaduhan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya jika kamu mencari-cari keaiban orang lain, bererti kamu telah merosakkan mereka atau setidak-tidaknya hampir merosakkan mereka itu." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Hibban)

Sebenarnya hal ini bertentangan dengan dasar Islam yang menganjurkan umatnya supaya saling berkasih sayang, hormat-menghormati, bantu-membantu dan tidak benci-membenci antara satu sama lain.

Bagi orang yang suka menyebarkan keaiban orang lain, seharusnya berfikir sejenak bahawa dirinya juga tidak sepi daripada aib dan cacat. Jika ia tidak suka keaibannya dicari dan didedahkan, maka mengapa pula ia sanggup mencari dan mendedahkan keaiban orang lain. Tidakkah ia bimbang suatu hari nanti orang lain pula akan mencari dan mendedahkan keaibannya.

Rasulullah SAW menilai bahawa mencari keaiban orang lain itu termasuk dalam perbuatan orang munafik yang menyatakan beriman dengan lidah tetapi hatinya membenci. Kelak mereka akan dibebani dosa yang berat di hadapan Allah.

Diriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai orang yang sudah menyatakan beriman dengan lidahnya, tetapi iman itu belum sampai ke dalam hatinya! Janganlah kamu menyakiti orang Islam dan janganlah pula mencari keaiban mereka. Sebab sesiapa yang mencari keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mencari pula keaibannya. Sesiapa yang dicari keaibannya oleh Allah, maka Dia akan mendedahkannya, meskipun ia berada dalam perjalanan yang jauh." (Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah)

Banyak perkara dan peristiwa dalam politik semasa telah mendedahkan kepada kita bagaimana Allah membuka aib mereka yang suka mendedahkan aib orang lain.

Mereka tersungkur dan kial-kial menepis aib yang datang bertubi menimpa diri mereka sendiri akibat kedurjanaan yang pernah dilakukan.

Bila Allah mendedahkan aib mereka, sehingga kedasar tiada ada apa lagi yang mampu mempertahankannya. Sesungguhnya Jamaah PAS seperti sebuah taman yang ada yang ada pokok ranum buahnya, binatang dan serangga. Malah ada juga serangga dan binatang perosak yang mengganggu suasana aman dan damai di taman.

Taman itu ada tuan yang menjaga, tetapi tuan yang menjaga mungkin tidak boleh mengatasi semua serangga perosak. Disebalik tuan punya taman ada Tuan Maha Besar iaitu Allah yang menghidupkan biji benih yang mati. Allah yang akan menjaga taman ini seperti sunnahtullah. Kita hanya perlu bersungkur sebagaimana hadis yang menyebut mengenai tanaman yang dimakan binatang dan manusia adalah pasti mendapat pahala sedekah.

Mufti patut utamakan akidah

Oleh Wan Nik Yusof

Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam bukunya fi-Fiqihi al-Aulawiyat banyak memaparkan seni keutamaan fikah kehidupan umat Islam berpandukan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Antara yang penting diberi perhatian ialah mengenai ‘keutamaan kualiti ke atas kuantiti’ yang memfokuskan kepada perspektif syariat di dalam mengukur kebaikan yang diraih. Oleh itu, kunci kepada pencapaian kualiti itu bukannya bilangan, tetapi nilai ilmu yang dikuasai. Mereka yang berilmu adalah tidak ramai, sedangkan merekalah diakui oleh Allah sebagai orang yang mulia di sisi-Nya.

Firman Allah; ”Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.”
(Surah az-Zumar 39:9)


Keutamaan ilmu

Ia bermakna, tradisi kelangsungan ilmu kalangan umat Islam harus diutamakan bagi menjadi umat yang sempurna. Ilmu sahajalah dapat memastikan kedudukan umat terus relevan mengikut perkembangan persekitaran hidup yang penuh mencabar. Ia selari dengan maksud hadis dari Muaz Ibn Jabal radhialLahu anhu: “Ilmu adalah pemimpin, dan amal adalah pengikut.” Oleh sebab ini, mereka yang berilmu itu adalah sifatnya takut kepada Allah dan sifat itu sebenarnya sifat ulama’.

Firman Allah; ”Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.”
(Surah Fatir 35:28)

Berikutnya dari Ibn Hajar dalam sahih al-Bukhari, Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa orang yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, maka akan diberikan ilmu (kefahaman) mengenai agama-Nya. Kerana seseorang yang berilmu dan memahami ajaran Islam, ia akan mengamalkannya dengan benar dan baik.”

Mungkin, Khalifah Umar Abdul Aziz memahami konteks hadis di atas lalu beliau menanggapinya sebagai, “sesiapa yang berbuat sesuatu tanpa memiliki persiapan ilmu, maka ia akan lebih banyak menyebabkan kerosakan daripada menimbulkan kebaikan.”

Sifat pemimpin hendaklah berilmu

Dalam konteks ini, Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi telah menyentuh secara langsung dalam kaedah kepemimpinan, betapa ilmu adalah suatu seni keutamaan yang mesti dilalui dan dikuasai. Lantas menguasai pelbagai cabang ilmu termasuk ilmu agama adalah syarat bagi semua jenis kepemimpinan (politik, ketenteraan dan kehakiman). Justeru itu, penguasaan ilmu kalangan pemimpin hendaklah diselarikan dengan mengamalkan ilmu dan komited atas amalannya. Natijah sifat pemimpin itu akan membawa kebaikan kepada seluruh kepemimpinannya.

Ia bermakna, pemimpin politik harus menguasai ilmu pemerintahan, pengurusan sumber negara dan cukup amalan agamanya. Begitu pula, pemimpin tentera harus menguasai semua ilmu peperangan, strategi keselamatan dan komited dengan agama. Pun seorang kadi juga mufti yang mengurus dan merencana kehakiman harus mendalami kesemua ilmu kehidupan umat, kepemimpinan dan sedia taat mengamalkan ajaran agama.

Apa pun, seseorang pemimpin itu hendaklah berilmu pengetahuan tinggi dan sedia lengkap dengan kefahaman dan amalan agamanya. Tanpa ilmu dan agama, pemimpin itu hanya akan berjaya menguruskan diri dan umat yang dipimpinnya setakat di dunia sahaja. Tanpa agama, kepimpinannya tidak mungkin akan menyelamat dirinya dan umatnya sampai ke akhirat. Ini merupakan visi kepimpinan Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam.

Kelantan menerapkan kepemimpinan berilmu

Visi kepimpinan Rasulullah inilah yang sedang diisi melalui wadah kepimpinan ulama’ dan kepimpinan Islam negeri Kelantan. Ia berlaku sejak 20 tahun lepas di bawah pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Justeru itu, pengalaman 13 tahun Rasulullah di Mekah dengan agenda memantapkan generasi pertama Islam telah diberi keutamaan. Program pembinaan akidah (keimanan) dan bimbingan kerohanian telah diutamakan. Sehingga generasi pertama itu memenangi ujian pertama di dalam peperangan Badar. Maka, di Kelantan asas-asas pembinaan akidah dan kerohanian menjadi keutamaan tatkala melaksanakan program pendidikan massa yang menolak segala kaedah dan pendekatan keduniaan yang menafikan agama.

Berlaku secara amali di Kelantan ialah falsafah Islam telah diterapkan di dalam sistem pentadbiran dengan mengutamakan prinsip akidah (ubudiah), syariah (masuliah) dan kualiti (itqan). Sehubungan itu, agenda pembebasan campur-baur antara halal dengan haram diutamakan. Misalnya, memindahkan akaun kerajaan Negeri ke Bank Islam, mewujudkan tabung Serambi Mekah yang mengasingkan sumber halal dengan yang haram, memperkenalkan peraturan pakaian menutup aurat, mengamalkan bacaan al-Fatihah sebagai adab memulakan majlis dan bacaan doa tasbih kafarah dan surah al-Asri ketika mengakhiri majlis, menyedia tempat duduk khusus untuk lelaki dan wanita, dan mempamerkan mesej dakwah melalui papan tanda dan billboard. Malah, menerapkan budaya pengurusan berintegriti, tadbir urus terbaik, tanpa rasuah dan mengutamakan kualiti. Di samping sentiasa berserah kepada Allah di atas setiap kekusutan dihadapi dengan menganjur solat hajat dan munajat.

Kesemua kaedah dan pendekatan akidah, syariah dan kualiti itu adalah bersifat keagamaan yang tidak pernah wujud di dalam falsafah sekular atau mana-mana pihak yang memakai perkiraan pentadbiran sekularisme. Justeru itu, pihak kerajaan Barisan Nasional amat tidak popular di dalam mengamalkan seni keutamaan berteraskan akidah mahu pun keagamaan. Oleh itu, tidak berlaku di sepanjang penguasaan pentadbiran pihak kerajaan BN untuk menerima prinsip akidah, syariah dan kualiti berteraskan Islam. Maka, tidaklah menjadi syarat utama untuk kerajaan BN mentadbir segala urusan politik, ketenteraan dan kehakiman mengikut acuan Islam.

Kesannya ada Mak Menteri yang tidak menutup aurat, maka jauh sama sekali untuk mewajibkan isteri-isteri Pak Menteri, pembesar negeri dan kakitangan wanita menutup aurat. Muncul pula, NGO seperti Sisters in Islam yang mengkritik undang-undang syariah mengenai hukuman sebat. Salah faham Islam terus melebar kalangan umat Islam sendiri. Jauh sekali orang bukan Islam untuk memahami Islam.

Oleh itu, keberkatan tidak dapat dirasai di dalam pentadbiran kerajaan BN. Ia adalah manifestasi amalan sekularisme kerajaan BN yang mengabaikan tuntutan akidah Islam. Di atas perjalanan pincang akidah Islam itu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mencadangkan agar Umno sebagai tunggak BN menukar dasar perjuangan yang sekular itu kepada Islam.

Mufti sepatutnya menegur sekularisme

Atas aspek ini, ada ulama’ termasuk mufti yang bersikap tidak cuba memberi keutamaan untuk memperbetulkan perjuangan Umno agar tidak berkompromi dengan sekularisme. Sebaliknya, pihak ulama dan mufti tertentu sibuk mengutamakan usaha menangani perselisihan sesama umat Islam. Sedangkan punca segala-gala kepincangan di dalam masyarakat Islam di negara ini adalah sekularisme.

Sepatutnya ulama’ dan mufti bergegas-gegas menemui pemimpin Umno yang sekular itu supaya menerima dasar Islam di dalam menjalankan urusan pentadbiran negara dan negeri. Mereka sepatutnya mereka memberi penjelasan dan keyakinan kepada para pemimpin dan pembesar Umno betapa segala-gala kesan buruk akan menimpa umat Islam bila mana mereka terus bergelumang dengan sekularisme, termasuklah berlaku perselisihan sesama umat Islam selagi mana tidak menerima dasar Islam.

Sememangnya para ulama’ dan mufti amat arif di dalam menilai keutamaan akidah dan syariah serta kualiti Islam. Tiadalah alasan untuk ulama’ dan mufti mengunci mulut di dalam persoalan hukum qat’i ini. Janganlah pula ada ulama’ dan mufti tersalah menilai seni keutamaan ini. Sehingga ada yang mengutamakan usaha menyelesaikan isu perselisihan antara parti-parti politik berbanding usaha membetulkan akidah perjuangan yang sekular kepada Islam.

Apa yang berlaku dalam krisis politik di Perak sebelum ini adalah jelas angkara kegagalan ulama’ dan mufti kerajaan. Apabila sikap hukumah para ulama’ dan mufti gagal menegur tindakan tidak berakidah oleh ahli politik yang sanggup ‘murtad’ dengan parti sendiri dan keluar menjadi ahli politik ‘bebas’ dan menyokong pula puak BN. Kesanya, terbaliklah sebuah kerajaan Negeri yang dipilih oleh majoriti rakyat dan muncullah kerajaan BN sebagai kerajaan bertaraf ‘kerajaan yang merampas kuasa.’

Sebaliknya, selepas kejadian ahli politik ‘murtad’ itu dan berkuasa semula kerajaan BN di Perak (tanpa mandat majoriti rakyat), dengan tiba-tiba muncul seorang mufti berpihak kepada kerajaan yang merampas kuasa, atas alasan kononnya kembali semulalah kuasa orang Melayu. Sedangkan kerajaan yang terbalik dek kerana tindakan ‘murtad’ ahli politik tersebut sebenarnya juga dikuasai oleh orang Melayu dan seorang beragama Islam menjadi Menteri Besar.

Dalam hal tersebut, di manakah benarnya hujah keutamaan untuk seorang mufti berpihak kepada kerajaan yang merampas kuasa? Malah, sanggup pula menjadi broker untuk mengadu-domba beberapa pemimpin agar bersetuju dengan sikap ‘agamanya’ yang tersasar daripada hukum fikah keutamaan berteraskan akidah dan syariah.

Jika benar mufti itu mempunyai niat untuk membina keutuhan akidah dan syariah, seeloknya pada ketika dua ahli politik itu ingin ‘murtad,’ sewajarnya mufti yang berkhidmat kepada kerajaan Negeri itu menegurnya, kerana ia boleh menggugat kestabilan politik umat Islam yang sedang menerajui kerajaan Negeri.

Namun, ia tidak berlaku, malah seni keutamaan yang diamalkan oleh mufti itu sudah dilihat tumpul. Maka, tidak berlakulah apa yang sepatutnya. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah tidak sepatutnya berlaku. Dan rakyat kini sudah mengetahui arah kiblat mufti itu. Natijahnya, kepada Allah jua kita kembali, dan kepada-Nya kita semua berserah diri.

Sultan S'gor tak akan hadiri AGM Perkasa

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (bawah, tanpa songkok) tidak akan berangkat menghadiri majlis perasmian mesyuarat agung tahunan (AGM) Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) pada 27 Mac ini.

Menurut Bernama, setiausaha sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Banir berkata pembatalan itu bagi mengelakkan salah tanggapan dan manipulasi pihak-pihak tertentu terutamanya dalam keadaan politik sekarang.

Pada asalnya baginda telah berkenan berangkat dan menyampaikan titah perasmian selepas mengambil kira perjuangan Perkasa yang mempertahankan institusi raja, hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta kemuliaan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Baginda bercadang untuk menasihatkan Perkasa agar tidak terlalu ekstrem dan tidak terlalu perkauman dan harus berusaha mencapai objektif menerusi saluran dan undang-undang sedia ada, katanya pada sidang media, di Shah Alam hari ini.

Namun kata Mohamad Munir, selepas mengambil kira nasihat beberapa anggota dewan Diraja Selangor, Sultan Sharafuddin membatalkan hasrat kerana berpandangan walaupun Perkasa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi ia diterajui seorang ahli politik.

Kisah Suraqah bin Malik Patut Dicontohi

sumber detikdaily
Rasa kecewa, marah dan putus asa berkecamuk dalam dada para pembesar Quraisy. Mereka gagal menghadang langkah Rasulullah saw dan Abu Bakar yang hijrah ke Yatsrib. Padahal mereka sudah mengepung rumah Rasulullah, bahkan sudah sampai di mulut Gua Tsur---tempat persembunyian Rasulullah dan Abu Bakar. Akhirnya mereka memutuskan membuat sayembara untuk menangkap keduanya. Agar tidak terlalu berat menanggung malu, sayembara itu diumumkan ke segenap kabilah yang terpencar di sepanjang jalan antara Makkah dan Yatsrib.

"Barang siapa yang berhasil membawa Muhammad, hidup atau mati, maka baginya seratus ekor unta betina yang hampir beranak." Demikian bunyi pengumuman spektakuler itu.

Berita itu menyebar ke mana-mana. Tak terkecuali ke Madlaj, kampung kecil di pinggiran kota Makkah. Ketika utusan dari Makkah datang membawa berita sayembara itu, beberapa penduduk kampung itu sedang nongkrong di Balai Desa. Mendengar pengumuman itu, seorang pemuda bernama Suraqah bin Malik al-Madlaji sangat tertarik. Dia bertekad merebut hadiah besar itu. Rasa tamak membuatnya ingin memenangkan sayembara itu sendirian. Karena itu, ia tidak membeberkan rencananya ke orang lain.

Kebetulan, ada seorang lelaki datang ke Balai Desa. Laki-laki itu bercerita bahwa baru saja dia berpapasan dengan tiga orang musafir. Kuat dugaannya, ketiga orang itu adalah Muhammad, Abu Bakar dan seorang penunjuk jalan.

"Tidak mungkin!" bantah Suraqah. "Mereka adalah Bani Fulan yang tadi lewat sini untuk mencari unta mereka yang hilang," lanjut Suraqah mengaburkan perhatian mereka.

"Mungkin saja," kata yang lain mengiyakan Suraqah. Siasat Suraqah tidak menimbulkan kecurigaan orang-orang yang berada di Balai Desa. Ketika mereka beralih membicarakan masalah lain, diam-diam Suraqah menyelinap keluar. Ia bergegas pulang. Sampai di rumah, ia menyuruh pelayannya menyiapkan kuda dan membawanya ke sebuah lembah yang disepakati dan menambatkannya di sana.

"Keluarlah dari pintu belakang. Hati-hati, jangan sampai dilihat orang! Siapkan juga senjataku," perintah Suraqah.

Beberapa saat kemudian, Suraqah pergi menyusul. Setelah berjumpa dengan pelayannya, segera ia mengenakan baju besi, menyandang pedang dan memasang pelana. Kemudian ia memacu kudanya sekencang-kencangnya. Dalam benaknya terbayang seratus ekor unta akan berada dalam genggamannya.

Suraqah bin Malik terkenal sebagai penunggang kuda yang cetakan. Perawakannya tinggi besar, pandangan matanya tajam. Pantas ia menjadi pencari jejak yang andal. Tidak ada jalan yang sulit baginya. Apalagi kudanya tangkas dan terlatih baik.

Suraqah terus memacu kudanya. Tanpa diduga, tiba-tiba kaki kudanya tersandung. Suraqah pun jatuh terguling. "Kuda sialan!" katanya menyumpah kesal.

Tanpa mempedulikan rasa sakit, ia melompat lagi ke punggung kudanya, dan langsung menghelanya. Baru beberapa tombak, kudanya tersandung lagi. Suraqah semakin kesal sekaligus heran. Belum pernah ia mengalami kejadian seperti ini. Sempat terbesit di hatinya, ingin kembali saja ke kampungnya. Tapi ambisinya untuk memiliki seratus ekor unta membakar semangatnya untuk memacu lagi kudanya.

Tiba-tiba dada Suraqah berdesir. Kegembiraan yang luar biasa meluap dalam hatinya. Tidak begitu jauh di depan, ia melihat tiga orang sedang berjalan. Ia yakin mereka adalah objek buruannya. Pelan-pelan ia mendakat. Dan dalam jarak yang sangat dekat, tangannya bergerak mengambil busur. Aneh, tiba-tiba tangannya menjadi kaku, sedikitpun tak dapat digerakkan. Kaki kudanya terbenam pasir. Debu-debu berterbangan di sekitarnya, membuat matanya kelilipan dan tak dapat melihat. Dicobanya menggertak kuda tetapi sia-sia saja. Kaki kudanya lekat di bumi bagai dipaku. Dalam keadaan panik, Suraqah akhirnya berteriak, "Hai, berdo'alah kepada Tuhan kalian, supaya Dia melepaskan kaki kudaku. Aku berjanji tidak akan mengganggu kalian!"

Rasulullah menoleh, tersenyum, dan berdo'a. Sungguh menakjubkan, kaki kuda Suraqah terbebas dari jepitan pasir. Suraqah merasa heran dan kagum. Namun rasa tamak sudah menguasai dirinya. Melupakan janjinya, secara tiba-tiba ia maju menerjang Rasulullah. Malang baginya, kaki kudanya terperosok lagi, bahkan lebih parah dari semula. Rasa takut menggentarkan hati Suraqah. Ia segera memohon belas kasihan kepada Rasulullah.

"Ambillah perbekalanku, harta, dan senjataku. Aku berjanji, demi Allah, tidak akan mengganggu kalian lagi," ucap Suraqah.

"Kami tidak butuh hartamu. Jika kamu menyuruh kembali setiap orang yang hendak mengejar kami, itu sudah cukup bagi kami," jawab Rasulullah saw. Rasulullah lantas berdo'a, dan bebaslah Suraqah dan kudanya.

"Demi Tuhan, saya tidak akan mengganggu tuan-tuan lagi. Aku akan menyuruh kembali setiap orang yang berusaha melacak kalian sesudahku nanti," janji Suraqah seraya beranjak kembali.

"Apa yang engkau kehendaki dari kami?" tanya Rasulullah.

"Demi Allah, wahai Muhammad, saya yakin agama yang engkau bawa akan menang dan kekuasaan engkau akan tinggi. Berjanjilah padaku, apabila aku nanti datang menemuimu, sudilah engkau bermurah hati padaku."

"Hai Suraqah, bagaimana jika pada suatu waktu engkau memakai gelang kebesaran Kisra?" tanya Rasulullah.

"Gelang kebesaran Kisra bin Hurmuz?" cetus Suraqah kaget.

"Ya, gelang kebesaran Kisra bin Hurmuz!"

"Tuliskanlah itu untuk saya."

Rasulullah menyuruh Abu Bakar menulis pada sepotong tulang, lalu beliau memberikan tulang itu kepada Suraqah.

Setelah yakin Rasulullah bisa melanjutkan kembali perjalanannya dengan aman, Suraqah kembali pulang. Di tengah jalan ia berpapasan dengan orang-orang yang hendak mengejar Rasulullah. "Kembalilah kalian semuanya! Telah kuperiksa seluruh tempat dan jalan-jalan yang mungkin dilaluinya. Namun aku tidak menemukan Muhammad sialan itu! dan kalian semua tidak sepandai aku dalam mencari jejak!" teriak Suraqah kepada mereka.

Dengan kecewa, orang-orang itu mengurungkan niatnya. Sementara Suraqah tetap merahasiakan pertemuannya dengan Rasulullah. Setelah ia yakin benar Rasulullah telah tiba di Madinah, barulah ia membuka rahasia itu. Mendengar cerita Suraqah, Abu Jahal marah besar dan berteriak, "Pengecut! Tak tahu malu! Engkau benar-benar bodoh!" teriak Abu Jahal.

"Hai Abul Hakam! Demi Allah, kalaulah engkau mengalami peristiwa yang kualami ketika kaki kudaku amblas ke dalam pasir, engkau akan yakin dan tak akan ragu sedikit pun, bahwa Muhammad itu benar-benar utusan Allah. Nah, siapa yang sanggup menantangnya, silakan!" sahut Suraqah tak kalah galaknya.

Hari terus berganti. Sepuluh tahun kemudian, Rasulullah yang dulunya harus meninggalkan kampung halamannya berhasil menaklukkan Makkah, kota kelahirannya. Saat itulah, para pembesar Quraisy yang selama ini memusuhinya, datang menghadap dengan kepala tunduk. Rasa takut dan cemas memenuhi hati mereka. Keinginan mereka hanya satu: mohon belas kasihan. Dan Rasulullah bukanlah pendendam, karenanya mereka semua dilepas dan dimaafkan. "Pergilah, kalian semua bebas," ucap Rasulullah.

Beberapa saat kemudian, datang seorang lelaki dengan menunggang kuda. Ia ingin sekali menemui Rasulullah. Lelaki itu adalah Suraqah yang ingin menyatakan imannya di hadapan Rasulullah langsung. Tidak lupa dia membawa sepotong tulang bertuliskan perjanjian Rasulullah kepadanya sepuluh tahun yang lalu. Suraqah berhasil menemui Rasulullah di Ju'ranah, di perkemahan pasukan berkuda bersama kaum Anshar. Tetapi orang-orang yang ada di sekitar perkemahan itu tidak mengizinkan Suraqah untuk mendekat. Bahkan di antara mereka ada yang memukulnya dengan gagang tombak.

"Berhenti! Berhenti! Hendak ke mana engkau?" cegah mereka.

Suraqah diam saja. Pukulan dan upaya para sahabat untuk menghalanginya tidak ia hiraukan. Ia terus menyeruak di antara mereka hingga bisa mendekati Rasulullah yang sedang duduk di atas unta. Begitu Rasulullah melihatnya, Suraqah segera mengangkat tulang yang dipegangnya.

"Wahai Rasulullah, saya Suraqah bin Malik. Dan ini tulang bertuliskan perjanjian engkau kepadaku dahulu."

"Mendekatlah ke sini wahai Suraqah, mendekatlah! Hari ini adalah hari menepati janji!" sahut Rasulullah.

Di hadapan Rasulullah, Suraqah mengikrarkan keislamannya. Tak lama kemudian, hanya dalam waktu lebih kurang sembilan bulan sesudah ia menyatakan masuk Islam, Rasulullah kembali menghadap Allah swt. Semua sahabat bersedih, tak terkecuali Suraqah. Bayangan masa lalunya muncul, ketika ia hendak membunuh Rasulullah yang mulia, hanya karena mengharapkan seratus ekor unta. Padahal sekarang andaikata seluruh unta di muka bumi dikumpulkan untuknya, tiadalah berharga dibanding seujung kuku Nabi. Tanpa disadarinya, dia mengulang ucapan Rasulullah kepadanya, "Bagaimana, hai Suraqah, jika engkau memakai gelang kebesaran Kisra?"

Sepeninggal Rasulullah, ummat Islam dipimpin oleh Abu Bakar. Tapi, hingga Abu Bakar wafat Suraqah belum mendapatkan janji Rasulullah itu. Karena memang Persia belum ditaklukkan. Namun Suraqah tidak pernah ragu, suatu waktu janji itu pasti terbukti. Barulah pada akhir masa khalifah Umar bin Khatab, tentara kaum Muslimin berhasil menaklukkan kerajaan Persia.

Beberapa utusan panglima Sa'ad bin Abi Waqqash yang telah menaklukkan Persia itu tiba di Madinah. Di samping melaporkan kemenangan-kemenangan yang dicapai tentara Muslim, mereka juga menyetorkan seperlima harta rampasan perang yang diperoleh selama mereka berjuang menegakkan kalimatullah.

Khalifah Umar tertegun memandangi tumpukan rampasan perang itu. Ada mahkota raja-raja, pakaian kebesaran kerajaan bersulam, dan benda-benda lain yang sangat indah. Khalifah membalik-balik tumpukan itu dengan tongkatnya. Kemudian berpaling kepada orang-orang yang hadir di sekitarnya seraya berkata, "Alangkah jujurnya orang-orang yang menyetorkan semua ini."

Ali bin Abi Thalib yang turut hadir ketika itu menyahut, "Wahai Amirul Mukminin, lantaran engkau jujur maka rakyat pun jujur pula. Tetapi bila engkau curang, maka rakyat akan curang pula."

Khalifah Umar mengambil dua gelang kebesaran Kisra dan menyerahkannya kepada Suraqah bin Malik. Saat itulah Suraqah teringat kembali janji Rasulullah kepadanya. Setelah menanti sekian lama, janji itu terbukti sudah. Rasa haru dan bahagia bergetar di hatinya. Sungguh besar hidayah Allah yang telah membuatnya percaya pada kerasulan Muhammad saw. Ia juga tidak akan pernah melupakan kasih sayang Rasulullah, yang telah memaafkannya padahal ia hendak membunuhnya. Ya, kasih sayang itu terus dikenangnya, bahkan dirindukannya hingga akhir hayatnya.

Khamis, 18 Mac 2010

Arak 'FREE', Coli Dan Seluar Dalam Tak Wajib

Artikel Oleh: sofiwahab

"Banner Program Pakatan Rakyat sering direntap dan dimusnahkan walaupun diletakkan di kawasan premis Pejabat PAS, DAP atau PKR. Namun banner seperti di sebelah ini tiada siapa yang kacau malah seolah-olah digalakkan pula.

Apakah banner PR lebih bahaya dari banner di sebelah ini.

Malang sekali kerajaan negeri Melaka langsung tidak ambil peduli tentang program maksiat dan melalaikan seperti ini. Tidak ada langsung tanda-tanda kerajaan negeri telah insaf daripada membiarkan gejala maksiat berlaku di negeri ini.

Walaupun anak luar nikah dilahirkan 393 tahun lepas, namun ia sedikitpun tidak merunsingkan mereka.

Sebagai manusia kita risau dengan perangai manusia sekarang. Namun bagi Umno/BN mereka tidak kisah. Mereka lebih takut kalau rakyat faham agama dan menolak mereka.

Banner ini dirakamkan oleh blogger Kijang59 di sekitar Taman Melaka Raya. Saya menggesa pihak kerajaan negeri, JAIM dan MBMB mengambil tindakan dengan segera, terutama isi kandungan banner ini yang jelas tidak bermaruah dan menggalakkan orang melakukan maksiat.
http://mutaligat.blogspot.com

Sifat-sifat ULAMA pewaris nabi

Tazkirah Oleh: deobandi

""Seorang 'alim memberi peringatan dengan ilmu dan adab. Sedangkan orang yg sebaliknya memberikan peringatan dengan pukulan dan marah"

Kita mencari Ulama pewaris Nabi lalu berpegang kepada beliau, disini disenaraikan secara ringkas sifat2 yang perlu ada pada seorang Ulama Pewaris Nabi .

Kita mencari Ulama pewaris Nabi lalu berpegang kepada beliau, disini disenaraikan secara ringkas sifat2 yang perlu ada pada seorang Ulama Pewaris Nabi .

(Ini adalah rumusan dari kitab2 Tasawwuf ; Siirul Asrar, Fathur Rabbaniy, Kashful Mahjoob, Ihya Ulumuddin dll)

1. Beliau termasuk didalam 'rantaian' pewaris Nabi iaitu dipanggil silsilah.

Ini bermakna beliau telah menerima Ijazah kebesaran Syaikh daripada Syaiknya yang telah menerima daripada Syaikhnya dan seterusnya keatas sehingga bertemu salah seorang Sahabat Nabi - Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman atau Sayyidina Ali Ridhwanullah Alayhim Ajmai'in dan seterusnya bertemu Rahmat-Al-Alameen, Sayyidina Wa Maulana Muhammad Sallallahu Alayhi wasallam.

2 : Alim didalam Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf (mahir didalam Ilmu Al-Qur'an dan Hadis Nabi)

Seorang Shaikh yang benar adalah seorang yang sangat mahir didalam hukum hakam agama dan beliau dapat membezakan diantara Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf.

Beliau juga mestilah seorang yang mahir didalam Ulumul Qur'an dan Hadith serta mampu berijtihad terhadap sesuatu masalah yang dikemukakan padanya.

3: Mahir didalam Ilmu Ma'rifat Ketuhanan serta mampu mendidik jiwa manusia kepada ketuhanan.

Ini adalah mewarisi Ilmu Nabi yang batin, iaitu beliau telah mendapat curahan berbagai Ilmu Hikmat Ilahiyyah yang menjadikannya memiliki kebijaksanaan. Beliau telah sampai kepada Mushahadah akan wajah Tuhan serta didalam bimbingan Rasulullah Sallallahu alayhi wasallam.

Dengan demikian melayakkan beliau memimpin manusia lain kepada Allah Ta'ala.

4 : Sentiasa berpegang teguh dengan Syari'at Nabi.

Sifat ini merupakan penjagaan. Seorang Shaikh wajib mematuhi hukum2 yang termaktub didalam Al-Qur'an dan Sunnah Nabi. Beliau sama sekali tidak boleh melanggar hukum Syari'at ; samada pelanggaran tersebut dilakukan oleh dirinya secara terang2an atau mengadakan perkara2 yang bertentangan dengan hukum Islam.

Ini adalah bermaksud kepada hukum2 yang telah disepakati oleh Ulama2 Mu'tabar. Jika ia merupakan khilafiyah para Ulama maka tidak boleh dihukumkan keatas beliau terhadap sesuatu yang dilakukannya.

Apabila seorang Shaikh melakukan perkara ma'siat terang2an atau menggalakkan muridnya melakukan ma'siat atau merelekan mereka melakukan perkara ma'siat, maka orang seperti ini tidak layak diikuti sebagai Shaikh.

5 : Menjalankan Amr Ma'ruf nahyi Anil Mungkar.

Ini merupakan salah satu ciri penting iaitu beliau hendaklah seorang yang sentiasa menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan. melalui nasihat2, teguran2 dan amaran2 kepada murid2nya, masyarakat dan juga terhadap penguasa-penguasa negeri.

6. Bersifat siddiq (benar) dalam perkataan dan perbuatannya.

Setiap perkataan dan perbuatan tiada lain melainkan kebenaran seruan Nabi. Hal ehwal dirinya ini memberi pengaruh kepada orang yang melihatnya.

7 : Kurang dunianya, iaitu tidak mencintai dunia atau mengejar dunia .

Hidup beliau penuh didalam kesederhanaan. Beliau bukan seorang yang mengejar pangkat, kemewahan atau kedudukan.


8 : Memiliki sifat halim (lemah lembut) kepada manusia didalam pergaulan. Serta mencontohi segala akhlaq Nabi.

Mencontohi Rasul didalam pergaulan umum sesama manusia tanpa mengira pangkat atau darjat manusia. Walau bagaimana pun sangat tegas di dalam mendirikan hukum agama.


9: Tabligh - menyampaikan seruan agama kepada manusia umum.

Beliau mestilah seorang yang sentiasa berusaha menyampaikan agama yang benar kepada manusia umum.

10 : Terkenal di tempat jauh.

Seorang Shaikh yang benar akan dikenali oleh mereka2 yang jauh dari tempatnya. Allah Taala akan memberikan ilham dan petunjuk kepada manusia untuk mencari Shaikh ini walaupun dari jauh.

Ini juga sebagai membezakan seorang Shaikh yang benar daripada mereka yang berpura2 menjadi Shaikh.

Wallahu A'lam

Antara Roh Islam Dan Perkauman Melayu

oleh : Nash Ar-Rawy
( www.nasharrawy.blogspot.com )

Roh Islam sememangnya wujud di dalam batang tubuh setiap orang yang mengucap syahadah . Sayangnya roh itu sudah dicengkam oleh sindrom wahhan; iaitu penyakit cintakan dunia dan takut mati. Pengaruh duniawi dan fisikal yang menyaluti tubuh menjadikan roh Islam itu tiada bisa dijanai atau menyerlah . Ini adalah kerna manusia berpegang pada yang mati, bukannya pada yang hidup .

Yang di luar itu sebenarnya mati ; yakni batang tubuh tiada bisa bergerak dan kaku beku kerna dia ‘Si Mati , “ jika tiada ‘Si Hidup” ; iaitu roh yang di dalam yang hidup lagi menghidupkan kerna ianya berasal daripada yang Maha Hidup ; yang empunya nyawa, rezeki, pangkat , kedudukan dan Yang Empunya Global .( “ Rabbil’ alamiin “ ).

Amat malang sekali manusia hanya mementingkan keperluan yang luar semata-mata seperti makan minum , kenderaan mewah , rumah mewah, dan kehidupan duniawi yang serba mewah. Sedangkan kehidupan yang sebenar adalah ‘orang dalam ‘ yang membawa manusia ke arah masa depan alam ukrawi yang memerlukan santapan rohani yang secukupnya iaitu: “ wa akimissolah tali zikri “ ( dan mengerjakan solat untuk tujuan zikir ) dalam keadaan “ Solatun Daimun “ ( senantiasa mengingati tuhan dan sepanjang masa berkeadaan solat ; bukan 5 waktu sahaja) .

Kerna, perbuatan kamu itu kekal dalam solat dan “talizikri “; justeru kamu tiada bisa melakukan maksiat kerna ada ‘tali zikri’ dan baru lah solat itu mencegah perkara benci dan mungkar ( “fahsya niwal mungkar “). Apabila segala laku-buat , aksi dan reaksi kamu adalah dalam “ Wataqollubaka fissajidiin’ ( dan pergerakan-pergerakan kamu adalah antara mereka yang sujud ) . Jika disebaliknya ; yang berlaku adalah “ Fawailullil musolliin” ( masuk ke neraka weil orang yang solat ); solat tapi tak bersolat!

Inilah intipati roh Islam dalam diri kamu yang hidup lagi menghidup kerna datangnya daripada yang Maha Hidup bukannya jasad kamu ; yang kamu utamakan yang pada hakikatnya adalah “ Si Mati “ . Justeru kerna, yang hidup yang bawa yang mati ; bukannya yang mati yang membawa yang hidup . Ibarat sebuah kenderaan itu, kelihatannya seperti hidup; boleh ke sana ke sini . Namun, jika tiada pemandunya ( ‘Si Hidup ) kenderaan itu mati ; langsung tiada bisa bergerak kerna memang sebenarnya barang mati atau ‘ Si Mati ‘) .

Apabila dalam aplikasi kehidupan manusia meninggalkan yang utama ‘Si Hidup” ( roh Islam ) dan memprimakan yang mati(‘Si Mati’);maka terjadilah penyakit wahhan tadi ; iatiu cintakan duniawi dan takut mati . Sayang untuk meninggalkan harta, saham, estet , kilang dsb ;lantaran itu takut pada mati . Justeru itu , roh Islam tiada berfungsi dan mati nya roh jihad fisabillah di dalam diri . Oleh kerna , terlalu sayang kepada tubuh badan dan penyaruh fisikal dan materi yang terlalu kuat . Maka roh Islam tiada dijanai dan tiada dibangkitkan; tidur lena dengan khayalan dan kepalsuan sandiwara dunia yang menipu dan meninggalkan masa depan kepentingan ukrawi . Yakni, kehidupan kamu yang sebenar! .

Justeru itu, apabila ditiupkan semangat assobiyyah dan pengapian perkauman Melayu , atas nama Melayu ; maka automatis roh Islam itu dimatikan kerna bangkai yang dikuburkan nabi 1,400 tahun dahulu di hidupkan semula menyesatkan manusia . Manusia memperjuangkan barang yang mati iaitu kebangsaan Melayu ( assobiyyah ) dan perkauman Melayu ( kaumiyyah) dan meminggirkan roh Islam yang suci murni , lagi hidup dan menghidupkan ; dikotori dan dipolusi dengan perkauman Melayu yang menjijikkan dan diharamkan nabi dalam hadis-hadisnya . Antaranya, “ Barangsiapa yang menegakkan assobiyyah , memperjuangkan assobiyyah dan mati kernanya; matinya mati jahiliyyah “ . Perkauman Melayu dan Kebangsaan Melayu itu membawa kepada kezaliman. Zalim kerna tiada meletakkan yang hak pada tempat yang sebenarnya! Islam sebagai “Ad-deen waddawlah” dan “Ad-deen wa syariah” dipinggirkan sebaliknya menegakkan perjuangan yang mati iaitu sentimen dan perkauman Melayu yang sesat lagi menyesatkan . Sebagai ajaran baru dan ugama baru yang dibawa oleh Umno yang paling bahaya sekali untuk satu Malaysia. Masuklah Parti Islam Satu Malaysia ( PAS) bersama PAKATAN rakyat yang tiada bernaunsakan perkauman untuk menyelamatkan agama bangsa dan negara daripada kerakusan perkauman, kronisma yang “ breach of trust’ dan ‘ breach of agreement” dalam skandal Royalti; RM2BILLION bukannya RM20juta yang ditipu Umno kepada bangsanya sendiri ; justeru kerna tiada “ROH ISLAM’ sanggup melakukan pengkhianatan ; petualang agama , bangsa dan tanahair . Sementara hutang semasa royalti adalah RM600juta seperti kata Husam .

Tegakkanlah roh Islam dalam diri anda yang bersifat “rahmatan lil’alamiin” menangkis kesesatan perkauman Melayu Umno ; kerna Islam itu ‘Ad-deen” dan hanya Islam yang boleh selamatkan manusia. Sementara fahaman sesat perkauman Melayu Umno ( Kebangsaan ) ; natijahnya : “ MELAYU TIPU MELAYU“ dan Islam cabut lari seperti yang berlaku kepada ‘ Islam hadhari ‘. Yang ada hanya satu sahaja .iaitu: ISLAM ISLAM

“ God is the greatest! “

Rabu, 17 Mac 2010

Istisqa: MB Kelantan ikut sunah Nabi

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 15 Mac: Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Ustaz Mohd Azhar Abdullah berkata, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah meneruskan amalan solat sunat yang diteruskan oleh para nabi termasuk Nabi Muhammad s.a.w. sebelum ini.

“Andainya itu ajaran baginda Rasulullah, maka Tuan Guru telah mengikut amalan berkenaan yang telah diajarkan oleh baginda sewaktu musim kemarau berlaku di zamannya,” ujarnya lagi.

Katanya, memandangkan agama itu hidup di negeri Kelantan, menyebabkan pemimpinnya mengamalkan amalan sunnah tersebut termasuk dalam memohon hujan apabila negara ini dilanda panas dan kemarau baru-baru ini.

Tambahnya, setiap ujian yang melanda itu ada hikmahnya yang tersendiri, iaitu sebagai bala terhadap pendosa-pendosa yang dikenali sebagai kifarat Allah.

Sambungnya, selain itu juga ianya sebagai suatu peringatan kepada mereka agar tidak melakukan perkara yang dilarang Allah, kerana bala Allah akan menimpa mereka walaupun bukan melakukan dosa.

Kejadian hujan lebat yang turun pada rakaat pertama pada program solat sunat istisqa Jumaat lalu disifatkan sebagai Allah telah memperkenankan doa-doa setiap hamba, khususnya mereka yang paling hampir denganNya.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohammad Fadzli Hassan, ketika diminta mengulas berhubung solat sunat tersebut memberitahu Allah ingin menunjukkan kebesaran-Nya, apabila hamba memohon, Allah terus memperkenankannya.

“Kita sepatutnya rasa bersyukur kerana mempunyai seorang Menteri Besar sepertinya yang begitu sukar dicari. Saya juga ingin peringatkan pada pihak tertentu yang sering memfitnah serta mengadu-domba Tuan Guru, takutlah dengan doa-doanya,” ujarnya lagi.

Katanya, sejak Tuan Guru dinobatkan sebagai seorang pemimpin Islam berpengaruh dunia, tekanan terhadapnya begitu hebat.

“Jadi saya ingin mengingatkan, berhati-hatilah dengan doa tok guru jangan sekali-kali diambil mudah,” ujarnya lagi.

Jumaat lalu, hujan tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat istisqa sewaktu Menteri Besar itu mengimamkan solat tersebut.

Akibatnya ribuan yang hadir untuk solat tersebut termasuk anggota-anggota Exco kerajaan negeri, dan lain-lain pimpinan basah kuyup terkena hujan.

Harakahdaily.net/-

Selasa, 16 Mac 2010

Nama Syaitan Laknat Yang Wujud Dalam Al-Fatihah

Assalamualaikum,

Semoga boleh dimanfaatkan

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan Nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6) IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. Iya bermaksud 'matahari' "Mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan....!!!!"
7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu: -

"AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan Dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang Sentiasa membaiki bacaannya.."

Perhatian;
Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,
Insya-Allah.
wassalam.

Apakah Benar Engkau Pejuang?

Oleh DPP Baling

APAKAH BENAR ENGKAU PEJUANG
Engkau ingin berjuang...
tapi tidak mampu menerima ujian
Engkau ingin berjuang...
tapi rosak oleh ujian
Engkau ingin berjuang...
tapi tidak sepenuhnya menerima pimpinan

Engkau ingin berjuang...
tapi tidak begitu setia dengan kawan
Engkau ingin berjuang...
tapi tidak sanggup berkorban
Engkau ingin berjuang...
tapi tidak ingin jadi pemimpin

Engkau ingin berjuang...
tapi jadi pengikut agak segan

Engkau ingin berjuang...
tapi tolak ansur tidak engkau amalkan
Engkau ingin berjuang...
tapi tidak sanggup menerima cabaran
Engkau ingin berjuang...
tapi kesihatan dan kerehatan tidak sanggup engkau korbankan

Engkau ingin berjuang...
masa tidak sanggup engkau luangkan
Engkau ingin berjuang...
kerenah wanita tidak kau tahan
Engkau ingin berjuang...
keluarga lintang pukang
Engkau ingin berjuang...
diri engkau tidak kau tingkatkan

Engkau ingin berjuang...
disiplin diri engkau abaikan
Engkau ingin berjuang...
janji kurang engkau tunaikan
Engkau ingin berjuang...
ukhwah engkau cuaikan

Engkau ingin berjuang...
tetamu engkau abaikan
Engkau ingin berjuang...
keluarga engkau abaikan
Engkau ingin berjuang...
ilmu berjuang engkau tinggalkan
Engkau ingin berjuang...
kekasaran dan kekerasan engkau amalkan

Engkau ingin berjuang...
pandangan engkau tidak diselaraskan
Engkau ingin berjuang...
rasa bertuhan engkau abaikan
Engkau ingin berjuang...
iman dan taqwa engkau lupakan.

Isnin, 15 Mac 2010

JADILAH KULI ALLAH, BUKAN KULI SYAITAN

oleh INSTITUT PEMIKIRAN NIK ABDUL AZIZ

”Jangan jadi kuli kecuali menjadi kuli Tuhan. Jangan makan gaji selain makan gaji dengan Tuhan. Sebagaimana kita bila makan gaji - dengan orang ke, dengan kerajaan ke, dengan kompeni ke, dengan orang kampung ke - tentulah kita kena buat mengikut apa yang majikan kita hendak walaupun kita sendiri berasa payah, berasa lambat kalau ikut kehendak majikan kita. Tetapi kerana, kita makan gaji, kita kena buat serupa dengan tuan kita hendak. Kita dengan Tuhan kena lagu itu juga. Bila Tuhan kata Aku hendak kamu buat lagu ini - payah ke, susah ke, terkepit ke, sakit ke kamu kena buat juga sebab kamu makan gaji dengan Aku. Kalau kamu ticlak hendak makan gaji dengan Tuhan, kamu hendak makan gaji dengan siapa lagi? Sudah pasti kamu makan gaji dengan syaitan. Tidak ada sebab kita hendak makan gaji dengan syaitan kerana syaitan tidak buat kita, syaitan tidak buat bumi tempat kita berpijak, tidak buat langit tempat kita junjung, tidak buat udara untuk kita bernyawa, tidak buat sedikit apapun. Jadi tidak ada sebab kita hendak makan gaji selain dengan Allah taala”

”Makan gaji dengan manusia dia bayar dengan duit tetapi makan gaji dengan Tuhan dia bayar dengan syurga, bila mati baru boleh terima gaji. Sebab itulah kita bersembahyang, kita berpuasa, kita bersedekah, kita mengajar, kita mengaji walaupun kadang-kadang benda-benda ini dirasakan serabut dan menyusahkan. Mengapa menyusahkan diri dengan sembahyang, padahalnya yang tidak sembahyang ramai yang boleh hidup? Jawabnya, oleh kerana aku makan gaji dengan Tuhan, aku kena turut kehendak Tuhan”

Dana Kilat Khas - Bantu Keluarga Daif

Assalamualaikum wmt. wbt. Sahabat seaqidah semua,

Segala puji bagi ALLAH, selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasullullah SAW, keluarga, sahabat serta pewaris2 perjuangan suci ini.

Di celah2 Masyarakat yg sibuk berjuangan mencari habuan2 duniawi utk diagihkan kpd tanggungan2 kita yg diamanahkan oleh ALLAH SWT (marilah sama2 kita niatkan sebagai satu ibadah. Insya'Allah akan di berkati oleh NYA.) ada cerita2 sedih yg perlu kita kongsi dan wajib sbg seorg Muslim sejati utk bahu membahu meringan bebanan sdr seaqidah kita.

Terdapat satu keluarga dalam khariah kita sangat memerlukan bantuan segera buat masa ini. Ayahnya yg baru kehilangan perkerjaan sekitar Dec. 2009 akibat krisis ekonomi mempunyai tanggungan seorg isteri dan 8 org anak. Anak sulong (16thn) bekas pelajar MRSM dan anak ke2 (14thn) terpaksa berhenti sekolah dan berkerja akibat tekanan hidup.

Tindakan kami setakat ini telah memberi bantuan makanan (Al-Ansar) dan zakat drp Masjid, usaha memperbaiki kereta dan dalam berurusan dgn LZS. Keutamaan sekarang memastikan anak2 beliau dapat menyambung pelajaran yg terhenti sejak awal 2010.

Maklumat yg kami dpt ini hasil temubual ana bersama sahabat dan Tn. Hj. Mazlan dirumah beliau petang semalam 14/03/2010. Justeru itu kami membuka tabung kilat bagi melancarkan usaha2 sedikit kita ini bagi memastikan keluarga ini dpt keluar dr kedhaifan yg memungkinkan kerosakan yg lebih teruk. Tujuan dana:

1. Peralatan dan pakaian anak yg masih bersekolah 7 orang
2. Makanan yg mencukupi
3. Membaiki kereta sekitar RM1,700.00
4. Sewa rumah yg tertunggak dll keperluan asas.

Maklumat tambahan bantuan bberbetuk sementara krn Bapa baru mendapat perkerjaan yg memerlukan beliau terpisah dgn keluraga dan menumpang di surau Damansara. Sementara anaknya 2 org bkerja menjual buku2 secara berjalan di kedai2 dan tinggal di asrama pekerja di Cheras. Semalam juga ana menghantar ke stesyen Komuter Rawang bapa dan ditambah 2 anak perempuan utk bekerja semasa musin cuti.

Bantuan boleh disalur kepada : Wan Hairul (019 3350 466) atau Tn Hj. Mazlan (019 2215 990)

Pejamkan mata cuba letakkan diri kita di situasi tersebut, maka keinsafan akan lebih dirasai.

"Jangan kita mengaku beriman selagi kita tidak diuji"

"Sia-sia (berdosa) kita tidur dalam keadaan kekenyangan dalam waktu yang sama jiran sebelah berada dalam kelaparan"

"Harta yg sebenarnya ialah harta yg di infak kejalan ALLAH dan menjadi bekalan di akhirat kelak"

Sebarkan.

Sekian, Jazakallahu khairan kathiro.
Wassalam.

Malu Itu Ada 10 Macam

Oleh YUSSAINE YAHYA

Pertama ; Rasa malu kerana berbuat salah, seperti rasa malu Nabi Adam ‘alaihissalam yang melarikan diri dari Allah SWT saat di syurga. Ketika Allah SWT bertanya , “Mengapa kamu melarikan dirimu dariKu wahai Adam?” Adam menjawab, “Tidak wahai Tuhanku, melainkan kerana rasa malu terhadap engkau”.

Kedua ; Rasa malu kerana keterbatasan diri (kelemahan dan rasa serba tidak sempurna), seperti rasa malu para malaikat yang membuatkan mereka senantiasa bertasbih kepada Allah SWT siang dan malam bahkan tanpa sesaat pun tanpa tasbih, namun demikian pada hari kiamat kelak mereka berkata, “Mahasuci Engkau ya Allah, kami belum dapat menyembahMu dengan sebenar-benar penyembahan.”

Ketiga ; Rasa malu kerana pengagungan atau dikenali juga sebagai rasa malu kerana memiliki makrifah kepada Allah (mengenal Allah lalu mengagungkanNya). Ketahuilah wahai sahabat sekalian bahawasanya sejauh mana makrifah seseorang hamba terhadap Tuhannya maka sejauh itu pula rasa malunya terhadap Allah SWT.

Keempat ; Rasa malu kerana kehalusan budi seperti rasa malu Rasulullah SAW saat mengundang orang ramai pada acara walimah Saidatuna Zainab ra.Kerana mereka tidak segera pulang, Baginda bangkit dari duduknya dan merasa malu untuk mengatakan kepada mereka, “Pulanglah kalian”.

Kelima ; Rasa malu kerana menjaga kesopanan , seperti rasa malu Ali ibn Abi Thalib ketika hendak meminta baju besi kepada Rasulullah SAW kerana dia adalah suami kepada Puteri Rasulullah SAW.
Keenam ; Rasa malu kerana merasa diri terlalu hina seperti rasa malu seorang hamba yang memohon bermacam-macam keperluan kepada Allah SWT dengan menganggap bahawa ia adalah hamba yang terlalu hina di hadapan Allah SWT atas banyaknya hajat dan keperluannya kepada Allah SWT.

Ketujuh ; Rasa malu kerana cinta, iaitu rasa malu orang yang mencintai di hadapan kekasihnya bahkan ketika terlintas di dalam fikirannya saat berjauhan dengan kekasihnya, dia tetap merasa malu tanpa diketahui apa sebabnya, apalagi jika kekasihnya muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

Kelapan ; Rasa malu kerana ubudiyah, yakni rasa malu yang bercampur dengan cinta dan rasa takut. Seorang hamba yang merasa ubudiyahnya masih kurang, sementara kekuasaan Yang Disembah terlalu agung, sehingga ubudiyahnya yang kurang dan cacat serta tidak sempurna itu membuatnya rasa malu.

Kesembilan ; Rasa malu kerana kemuliaan, yakni rasa malu seorang hamba yang memiliki jiwa agung tatkala berbuat baik atau memberikan sesuatu kepada orang lain. Sekalipun dia sudah terkorban dengan mengeluarkan sesuatu namun dia merasakan kekurangan dalam berbuat baik.

Kesepuluh ; Rasa malu terhadap diri sendiri, yakni rasa malu seseorang yang memiliki jiwa besar dan mulia andaikata dia memiliki rasa redha dengan kekurangan diri sendiri dan merasa puas pula melihat kekurangan orang selain dia. Dia merasa malu terhadap dirinya sendiri sehingga seakan dia memiliki dua jiwa, yang satu merasa malu terhadap yang lainnya. Ini merupakan rasa malu yang paling sempurna. Sebab, jika seorang hamba merasa malu terhadap dirinya sendiri maka dia lebih layak untuk merasa malu terhadap orang lain.

Allahumma, kurniakan kami hakikat rasa malu seperti yang Engkau kehendaki.

http://jihadtegakislam.blogspot.com/

Iman Semut VS Iman Manusia

Oleh YUSSAINE YAHYA

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanyadimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada diatas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur.

Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya,iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN" .

Wallahulam.

http://jihadtegakislam.blogspot.com/

MB, Exco, pegawai basah kuyup ketika solat istisqa

M Faqih

KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di sekitar bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.

Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi kelmarin.

Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat.

Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut.

Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.

Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.

Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.

Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa.

Harakahdaily/-

GST Menambah Bebanan Rakyat

Posted by tokdalang

Goods Service Tax (GST) adalah cukai yang dikenakan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dibeli setiap pengguna. Rang undang-undang GST telah dibentang dalam persidangan Parlimen pada 16 Disember tahun lalu. GST ini akan mengakibatkan 80 peratus rakyat negara ini mengalami penurunan dan kualiti hidup, ia juga akan mengakibatkan jurang antara kaya dan miskin semakin lebar. Persoalannya mengapakah kerajaan bersungguh-sungguh mahu melaksanakan GST ini sedangkan kesan pelaksanaan cukai itu akan terus membebankan rakyat ditambah pula iklim ekonomi negara yang tidak menentu. Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga salah seorang anggota pasukan petugas pemantau GST (Anti-GST Task Force), Azan Ismail ada hujah-hujahnya. Ikuti temubual beliau bersama wartawan Salmiyah Harun ketika dihubungi pada Rabu 3 Mac baru-baru ini.

Apakah kewajaran kerajaan melaksanakan GST dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini?

Saya bukan menolak kebaikan GST ini. Banyak negara sudah laksanakan cukai ini, yang mana akhirnya semua negara akan menuju kepada sistem yang sama. Jika banyak negara mengamalkan satu sistem pendapatan sebuah negara, kita tidak boleh mengasingkan diri mengamalkan satu sistem "obsolete' yang tidak sesuai bagi negara lain. Sebab itu kita mahu tidak mahu terpaksa mengikut. Kita setakat negara yang berskala ekonomi kecil yang 'open economy' terpaksa menyesuaikan diri kepada sistem yang ada dalam dunia untuk membolehkan kita dilihat sebagai sesuai kepada negara lain. Kita perlu ada rakan dagang.
Jadi daripada situ kita perlu buat persediaan. Persoalannya perlukah kita laksanakan GST sekarang ini? Inilah yang perlu kita teliti. Pengalaman negara-negara luar untuk melaksanakan GST ini memerlukan persiapan rapi. Struktur ekonomi dalaman kita perlukan satu kaedah penyesuaian supaya, apabila satu perkara baru dilaksanakan perlu sesuai dengan kemudahan yang ada dalam negara kita.

Pada pandangan YB sebab apa kerajaan begitu bersungguh-sungguh untuk melaksanakan GST. Apakah GST ini boleh membantu secara keseluruhan ekonomi negara ini?

Formular GST itu 'yes'. Tetapi masanya tidak! Kita sebenarnya ciplak formula ini. Asasnya bukan kita yang perkenalkan. Kita ciplak negara lain, justeru kita pun kena ikutlah apa persediaan-persediaan negara lain yang mempunyai pengalaman lepas mengenai perkara ini. Kita tidak mahu ikut. Macam kata di New Zealand, Australia, United Kingdom yang membuat persiapan yang rapi. GST ini melibatkan kutipan cukai bukan amalan meniaga saja. Kesan ia besar kepada keseluruhan ruang lingkup perniagaan. Dalam sesebuah negara itu semua akan kena, jadi perlukan persiapan yang rapi. Di mana persiapan yang kita buat. Adakah kita hendak buat proses penyesuaian perbankan negara kita pun tak terlaksana, dulu kita buat pun 'Islamik banking' berapa lama kita suaikan dengan sistemnya, kefahaman orang, banyak perkara yang harus diselesaikan dahulu sebelum kita laksanakan. Kita tidak mahu sistem yang baik akan menuju kegagalan sebagaimana kegagalan kita melaksanakan penswastaan, dasar persyarikatan Malaysia, dasar pandangan ke timur. Ini semua memberi kesan yang besar. Kenapa kita tidak belajar daripada pengalaman ini semua.
Sekarang pula kita hendak mengamalkan sistem yang jelas bukannya satu konsep seperti dasar pandang ke timur. GST ini satu formula yang mesti ikut dengan tepat. Peratus yang kena bayar berapa? Kaedah cukai berapa? Ini adalah satu formula yang jelas, tidak boleh ikut secara rambang atau ikut rasa kesesuaian. Ini tidak boleh! GST tidak ada pilihan seperti itu.

Apakah kerajaan boleh mencapai target untuk menambahkan pendapatan negara melalui GST?

Kerajaan mendakwa kalau kerajaan tidak laksanakan GST akan memberi kesan kepada ekonomi, kerana melalui GST kerajaan bercadang untuk memungut pendapatan tambahan kerajaan sebanyak RM1 billion. Kita hendak laksanakan ini sahaja? Hendak baiki sistem komputer, perbankan, dan segala kemudahan ke arah itu sudah memakan belanja RM5 billion. Jadi adakah betul untuk kita hendak kumpul RM1 billion dalam keadaan ekonomi kita yang tidak baik ini. Kita hendak tambah pendapatan kerajaan RM1 billion kita berbelanja RM5 billion. Tidak munasabah langsung.

Kerajaan menegaskan dengan adanya GST ia memberi keadilan kepada semua pihak, undang-undang itu adil semua pihak dikenakan cukai. Apa pendapat YB?

Kita tahu GST semua orang akan kena iaitu dari segi kesan percukaian. Inilah matlamat GST itu. Cuma kita hendak pertikaikan kerajaan tidak membuat persiapan yang rapi. Adakah betul GST ini memberi keadilan. Inilah persoalannya. Kita hendak cukai semua orang, adakah pengagihan untuk kenakan cukai kepada semua orang itu betul? Kita kena tahu GST ini akan cukaikan barang, perkhidmatan ia di panggil cukai berganda atau berlapis-lapis. Kalau dulu peringkat pertama dikenakan cukai peringkat kedua tidak ada cukai, sekarang tidak kira, ia akan berlapis-lapis. Setiap lapisan sama ada perniagaan atau perkhidmatan akan ada GST.
Orang yang berpendapatan rendah tidak perlu dicukai, kita hanya mengenakan cukai terhadap orang yang telah mencapai tahap memang kena cukai. Ini sistem yang ada sekarang. Kini kerajaan kata tidak kira siapa, semua kena cukai. Memang keadilan kepada orang yang selama ini membayar cukai, sebab merasakan tidak adil sebab mereka pun rakyat Malaysia juga. Mereka ini bayar cukai sebab pendapatan mereka banyak. Kini tidak kira sama ada pendapatan banyak atau sikit semua kena cukai. Ini tidak adil daripada kita letakkan rakyat pada satu 'level' yang sama. Kerajaan kena akur dalam masyarakat kita ada perbezaan atau katagori ekonominya. Ada orang susah, ada orang merempat, ada orang miskin, dan ada yang fakir. Islam sendiri pun mengkatagorikan manusia di atas muka bumi ini, ada mualaf, fisabilillah. Islam mempunyai kaedahnya bagaimana hendak mengagihkan dana kepada umatnya.
Kalau kerajaan hendak kutip hasil daripada semua untuk negara supaya adil bagi semua, ini adalah polisi yang silap. Sebenarnya GST ini, menjadi mangsanya adalah orang ramai atau pengguna, bahkan satu pihak yang lain pula berfungsi sebagai pengutip cukai bagi pihak kerajaan . Misalnya kita beli sebatang pen harga dahulu RM1 tapi sekarang kita bayar RM1.10. Sepuluh sen itu sebabnya ada GST dan tuan kedai akan kutip sepuluh sen itu dan menjadi tanggungjawabnya mengutip bagi pihak kerajaan sehingga tiga empat bulan akan serahkan kepada kerajaan. Berapa GST yang dikutip atas kenaikan beberapa peratus harga barang itu? Di sebalik ini, pengilang dan pengeksport akan menerima rebet daripada kerajaan, tetapi rebet tidak diberi kepada pengguna atau orang yang membeli atau menggunakan perkhidmatan, rebet akan diberi kepada kumpulan-kumpulan pengimport atau pengeksport dan pengilang. Jadi, mereka ini secara tidak langsung mendapat pendapatan yang lebih. Ini bermakna kerajaan melaksanakan GST tanpa melihat membebankan rakyat tetapi memberi satu kemudahan kepada pengilang, pengimport dan seangkatan dengannya untuk dapatkan rebet. Orang ramai tidak dapat apa-apa terpaksa bayar sahaja.
Benda ini akan mendedahkan kita kepada satu elemen spekulasi atau mengambil kesempatan dan keuntungan lebih di kalangan masyarakat oleh penjual, pengilang ataupun pengedar.

Mengapa para penjual, pengilang ataupun pengedar akan mengambil kesempatan ke atas pelaksanaan cukai tersebut, bagaimana ia berlaku?

Sebab proses untuk melaksanakan semakan kita belum ada, kita cuma laksana sahaja. Sekarang berapa ramai orang yang tidak bayar cukai. Siapa yang boleh semak untuk memastikan GST berjalan dengan betul dengan semakan. Sekarang ini, apabila harga gula naik pun semua makanan naik baik roti canai, semua alasan makanan naik sebab gula naik. Sekarang ini bila perkenal GST, tengok sebulan pertama huru-hara kita dibuatnya bila beli barang. Orang akan pertikai kenapa harga barang naik, sebabnya GST. Kenapa gunting rambut pun naik? GST! Semua peniaga akan menggunakan alasan GST. GST akan menyebabkan huru-hara sebab akan berlaku pertengkaran, market domestik kita akan menjadi huru-hara. Proses itu akan memakan masa yang lama. Sebab itu saya tegaskan risiko, akan jadikan pasaran dalaman kita huru-hara lebih tinggi berbanding usaha kerajaan mahu meningkatkan pendapatan negara. Masalahnya, kerajaan tahu risiko ini tetapi kerajaan hendak laksanakan juga. Saya jangkakan kerajaan mungkin sudah tahu permulaan pelaksanaan GST akan berlaku huru-hara dalam pasaran, mungkin ada sebab yang lebih besar. Dan saya tanya kenapa kerajaan sanggup ambil risiko itu? Mesti kerajaan ada satu benda. Pada saya itu bukan sebab ekonomi bukan sebab itu meraih keuntungan kerajaan, ada motif lain iaitu motif politik.

Kerajaan mengatakan mereka hanya mengenakan cukai empat peratus sahaja, bagaimana YB melihat kesan cukai itu kepada masyarakat khususnya mereka berpendapatan rendah?

4% adalah cukai permulaan iaitu asas. Maknanya cukai paling kecil adalah 4%, tetapi kita tengok negara-negara lain yang mengamalnya ia berlaku pengumpulan peratus, iaitu empat peratus naik kepada tujuh peratus. Ada negara kenakan GST sampai 17 peratus pun ada. Jadi kita jangan bercakap besar dan omang-omong kosong sebab formula GST ini bukan kita yang cipta. Cuma mengikut kaedah pelaksanaan negara yang pernah buat GST, jadi kita jangan yakin kononya kita hendak kekal kepada 4 peratus sahaja sedangkan negara yang berpengalaman dalam hal ini, akhirnya GST ini 'accumulate' sampai mencecah 17 peratus.
Jadi kita jangan cakap besar kononya tahu GST setakat empat peratus sahaja.

Cukai GST akan diganti cukai yang sedang dibayar sekarang oleh rakyat iaitu cukai jualan dan perkhidmatan antara 5% hingga 20%. Maka GST bukan satu beban tambahan. Benarkah dakwaan ini?

Memang betul ada sesetengah perkara sudah dibayar, ada unsur seperti GST. Sekarang kita beli kereta kena bayar cukai import dan bermacam-macam cukai lagi, sepatutya kancil atau proton saga kita beli dengan harga RM7000 hingga RM8000, kita pula terpaksa bayar RM25,000 hingga ke RM30,000 disebabkan cukai. Bermacam-macam cukai. Misalnya kita beli sebungkus meggi RM1 yang mana di dalam harga itu sudah ada unsur cukai macam GST. Memang sudah ada. Jadi kerajaan hendak jenamakan semula GST itu pada barang-barang yang sudah dikenakan bermacam-macam cukai. Ada barang yang sebelum ini tidak dikenakan cukai tetapi kena bayar cukai. Sebagai contoh gunting rambut, jika ada GST maka cukai akan dikenakan. GST adalah tambahan daripada cukai-cukai yang lama sebelum ini telah dibayar. Dan ada juga cukai yang boleh digunakan pakai tetapi dikecualikan. Tetapi untuk menjenamakan semula akan menghuru-harakan pembeli. Sepatutnya kerajaan memperluaskan pendidikan tentang GST ini supaya orang faham dan menerima dengan baik hakikat negara ini ada satu cukai baru. Kenapa tidak membuat proses pemberitahuan supaya rakyat faham lebih awal? Ataupun buat percubaan dahulu mungkin dalam masa dua atau tiga tahun. Baru laksanakan secara menyeluruh. Kenapa tergesa-gesa hendak laksanakan cukai ini?