Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Jumaat, 20 Februari 2009
Mesyuarat Masjid As Salam kecoh wujud 'pengundi hantu'
Timbalan Nazir masjid itu, Yaziz Yunus berkata, selain kehadiran kumpulan pengundi terbabit, berlaku juga rampasan kuasa pentadbiran sehingga menghalang mereka daripada mengendalikan mesyuarat berkenaan.
Menurutnya, Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid yang masih mempunyai kuasa sehingga 31 Mei ini tidak diberi peluang mengendalikan mesyuarat sebaliknya dikendalikan pihak luar.
“Kami mengakui Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkuasa penuh menyusun dan melaksanakan mesyuarat masjid, tetapi bagi tujuan pengendalian dan mempengerusikan mesyuarat hendaklah diberikan kepada jawatankuasa masjid yang ada.
“Bukan dengan menyekat kuasa sehingga tidak memberi peluang kepada kami untuk bersuara atau mengendalikan mesyuarat,” katanya.
Menurut beliau, mesyuarat yang berlangsung pada hari itu sudah diumumkan batal dan mahu ditunda ke satu tarikh, tetapi setelah beberapa minit berlalu mesyuarat itu diteruskan kembali dan berakhir dengan keputusan di luar kehendak sebilangan ahli kariah.
Kira-kira 1,000 ahli kariah hadir membuat pencalonan pada hari tersebut, namun pulang dengan keputusan menghampakan.
Sebanyak 14 masjid daripada 23 keseluruhannya di daerah ini selesai mengadakan mesyuarat dan kesemua dijangka selesai berme-syuarat pada 28 Februari ini.
Sinar Harian difahamkan, sebanyak sembilan daripada jumlah masjid yang selesai bermesyuarat bakal mengadakan bantahan berikutan ketidakadilan yang berlaku.
Yaziz dalam pada itu mendakwa, sekumpulan penyokong luar yang sengaja dibawa pihak mendalangi gerakan merampas kuasa itu sudah melancarkan pemilihan sebelum mesyuarat diadakan.
Menurutnya, keadaan itu mengundang suasana lebih kecoh ditambah dengan insiden caci mencaci serta tindakan kasar beberapa ahli kariah.
“Jawatankuasa masjid terpaksa merujuk perkara ini kepada perasmi program, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Datuk Aman Shah Mohd Sahar bagi meredakan keadaan,” katanya.
Dakwa beliau lagi, wakil Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) juga dikatakan berpihak kepada kumpulan luar terbabit dan gagal mengawal keadaan mengikut enakmen yang ditetapkan.
“Kami kecewa pihak berkenaan tidak mematuhi syarat dan perjanjian yang telah ditetapkan dalam Enakmen Masjid dan Surau Selangor sehingga mereka meneruskan pencalonan barisan jawatankuasa baru yang tidak sah,” katanya.
Beliau berkata, senarai jawatankuasa baru itu bagaikan direstui pegawai Jais yang didakwa turut mengemukakan senarai keah-lian sendiri dari beberapa surau sekitar kariah masjid ini.
Tindakan menyalahi enakmen dilakukan kumpu-lan berkenaan mengundang jawatankuasa masjid tampil membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa.
Yaziz berkata, mereka juga berhasrat menghantar memorandum bantahan dan protes kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Sultan Selangor sekiranya perkara itu tidak diselesaikan dengan baik.
Khamis, 19 Februari 2009
MB S'gor saman Khir Toyo
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan dua saman fitnah terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung kenyataannya mengenai Abdul Khalid bulan lalu berhubung isu pembelian kereta Lexus dan pembelian 46 ekor lembu korban.
Kedua-dua saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada jam 11.57 pagi melalui firma guaman S N Nair & Partners.
khalid ibrahim on klang bas terminal 090109 03Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa Dr Mohamad Khir telah mengucapkan atau membuat dua kenyataan berunsur fitnah yang telah diterbitkan di dalam suratkhabar The New Straits Times bertajuk "Lexus is my own, says Khalid" pada 15 Januari lalu dan di dalam suratkhabar Utusan Malaysia bertajuk "Lepaskan Jawatan MB" pada 23 Januari lalu.
Menteri Besar itu mendakwa kedua-dua artikel itu secara langsung dan tidak langsung merujuk kepada beliau yang bermaksud antara lain bahawa beliau adalah seorang tidak jujur, tidak beretika dan sengaja menyalahgunakan kedudukannya untuk kehidupan peribadi dan jawatan awam, lapor Bernama.
Abdul Khalid mendakwa tindakan Dr Mohamad Khir itu antara lain didorong oleh niat jahat untuk mencetuskan kebencian dan kemarahan terhadap beliau serta merendahkan taraf beliau pada pandangan umum.
Ia juga berniat untuk memperkecilkan beliau dalam kapasiti persendirian dan rasmi, termasuk kapasiti beliau sebagai Menteri Besar, anggota Parlimen Bandar Tun Razak dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Ijok, dakwanya.
Dr Mohamad Khir juga didakwa telah secara salah menerima dan menunjukkan dokumen rasmi rahsia berkaitan dengan andaian salah laku dalam hal 'lembu korban' tanpa mengesahkan ketepatan fakta yang berkaitan dan seterusnya membuat tuduhan palsu.
khir toyo interview 121207 seriousSeterusnya Abdul Khalid mendakwa Dr Mohamad Khir juga enggan meminta maaf walaupun satu surat tuntutan untuk beliau memohon maaf telah dihantar kepadanya pada 3 Februari lalu.
Justeru, Menteri Besar itu memohon gantirugi pampasan, gantirugi teruk, gantirugi teladan dan perintah injunksi bagi menghalang Dr Mohamad Khir daripada terus melafazkan, bercakap atau menulis atau menerbitkan kenyataan terbabit yang didakwa memfitnah beliau.
Sementara itu, S.N. Nair ketika ditemui pemberita selepas memfailkan saman itu berkata Menteri Besar bertindak memfailkan kedua-dua saman itu setelah Dr Mohamad Khir enggan meminta maaf dan menarik balik kenyataan beliau walaupun telah diberi tempoh selama tujuh hari untuk berbuat demikian.
"Jumlah gantirugi kita tidak nyatakan, terpulang kepada mahkamah untuk tentukan. Apa yang penting buat Tan Sri (Abdul Khalid) ialah untuk membersihkan namanya kerana jelas sekali semua dakwaan terbabit tidak benar dan kenyataan terbabit juga dibuat tanpa dipastikan kebenarannya terlebih dahulu," katanya.
MB dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.
Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.
Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini.
bm version bn perak state exco 180209Sebelum itu, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar.
Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.
Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).
Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.
Dipanggil beri keterangan
Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.
Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).
Sivakumar masih menjadi Speaker DUN Perak kerana kerajaan baru BN belum lagi mengadakan sidang dewan untuk menggantikan beliau dengan calon dari BN.
Dengan menggantung tujuh daripada 28 ahli dewan undangan negeri (Adun) BN, maka jumlah wakil rakyat kini kembali memihak kepada Pakatan Rakyat.
Jika dewan bersidang sekarang, BN akan hanya mempunyai 24 Adun di pihaknya - termasuk tiga calon bebas - manakala Pakatan mempunyai 28 Adun.
Di segi teknikalnya, kerajaan negeri BN masih boleh terus memintah Perak, tetapi ia tidak boleh mengadakan sidang dewan kerana bimbang Pakatan akan mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya.
Kesemua tujuh Adun BN itu diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.
Speaker: Ada kes prima facie
Sivakumar berkata, setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry dan enam exco berkenaan.
"Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini.
"Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri," kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang ini.
Sebelum itu, kesemua tujuh Adun terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan pada jam 3 petang di Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.
Zambry dan enam Exco itu yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira 3.30 petang enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu.
Khabar angin tentang Hee
Di samping itu, Perak juga dilanda khabar angin bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Foong telah meletak jawatan.
Sebelum ini, beliau bertindak keluar dari DAP dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.
Bagaimanapun, seorang pemimpin DAP ketika dihubungi menafikan perkara itu.
Rabu, 18 Februari 2009
Penasihat Agama MB Kudeta dah keluar nasihat!
Written by Administrator
Wednesday, 18 February 2009
IPOH, 18 Feb. :- Parti politik sepatutnya mengelak daripada menggunakan ayat al-Quran untuk kepentingan mereka termasuk ketika berceramah mengenai perubahan pentadbiran kerajaan negeri atau menjelang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang. Penasihat Hal Ehwal Agama Islam kepada Menteri Besar Kudeta , Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz, berkata penyokong parti politik juga tidak wajar melaungkan takbir sewenang-wenangnya kerana takbir dikhususkan sebagai tanda kebesaran Allah.
Itulah antara nasihat awal yang dikeluarkan Penasihat Agama MB Kudeta. Nasihatnya nampak macam mengampu untuk menjaga periuk nasi bukannya untuk jaga agama Islam yang Syumul.
Beliau berkata, ayat al-Quran atau takbir adalah kalimah tinggi dan patut digunakan secara berhati-hati.
"Ayat al-Quran atau takbir tidak wajar digunakan sebagai benteng politik untuk menyampaikan maksud bagi kepentingan parti."satu kenyataan yang seolah meneruskan fahaman sempit untuk memisahkan antara agama dan politik.
Penasihat agama itu juga melahirkan perasaan tidak senang dengan terdapat segelintir orang bukan Islam yang membaca ayat Al Quran dengan terjemahan dalam bahasa Melayu.
Sebetulnya perkara ini pernah di sebutkan oleh saya dalam sidang dewan suatu masa dulu. Kita hairan bila orang melayu dan UMNO tidak mahu guna hujah Al Quran, tetapi dengki dan sakit hati dengan kesanggupan orang bukan Islam yang menggunakan Al Quran.
Mereka tidak memutar belit kan Al Quran, sedangkan UMNO lah yang memutar belit Al Quran sehingga Islam pun dicabuli dengan rekaan Islam Versi baru iaitu"Islam Hadhari".
- idhamlim.blogspot.com
HUKUM BERJABAT TANGAN DENGAN PEREMPUAN AJNABI
(Antara isu dalam Kuliah Maghrib (OLEH: UST MUHAMAD NAIM HASHIM) yang disampaikan di Surau al-Ikhwan Kembojasari pada 16 Febuari 2009- Kitab Hadis AKHLAK MULIA)
ISI PERBINCANGAN
1. PENDAPAT FIQH 4 MAZHAB
2. PENDAPAT FIQH TERKINI
3. HADIS&PENDAPAT ULAMAK2 ISLAM
4. PENDAPAT FATWA MALAYSIA
Berjabat Tangan Dengan Perempuan Mahram
1. Siapakah dia perempuan mahram?
1.1. Sebab Nasab, ada 7:
1) Ibu dan nenek ke atas..
2) Anak perempuan dan cucu ke bawah…
3) Saudara perempuan seibu seayah/seayah/seibu.
4) Ibu saudara dari ayah ke atas..
5) Ibu Saudara dari ibu ke atas..
6) Anak saudara perempuan dari saudara lelaki
7) Anak saudara perempuan dari saudara perempuan.
2.1.2. Sebab Susuan, ada 7, iaitu seperti susunan di atas (mahram sebab nasab).
2.2. Sebab Pernikahan, ada empat:
1) Ibu tiri (Isteri ayah).
2) Anak menantu (Isteri anak lelaki).
3) Ibu mertua (Ibu isteri).
4) Anak tiri (anak perempuan isteri).
2.3. Hukum Berjabat Tangan Dengan Mahram
Dibolehkan berjabat tangan dengan perempuan mahram.
Berjabat Tangan Dengan Perempuan Bukan Mahram Menurut 4 mazhab
1. Mazhab Hanafi
- Haram menyentuh wajah dan dua telapak tangan perempuan bukan mahram, sekalipun aman dari syahwat.
- Berjabat tangan dengan perempuan tua yang sudah tidak bersyahwat lagi; At-Thahawi berkata tidak mengapa. Manakala Syamsudin Ahmad bin Qaudar berkata tidak halal sekalipun aman dari syahwat.
2. Mazhab Maliki
- Haram berjabat tangan dengan perempuan bukan mahram. Ini dinyatakan oleh al-Imam al-Baaji, al-Qadhi Abu Bakar Ibnul Arabi dan As-Shawi.
- Hukum berjabat tangan dengan perempuan tua, menurut Syeikh Abul Barakat Ahmad bin Muhamad bin Ahmad ad-Durdair ia tidak dibenarkan.
3. Mazhab Syafi’i
- An-Nawawi di dalam beberapa karyanya, as-Syaribini dan lain-lain ulama as-Syafi’I menyatakan haram berjabat tangan dengan perempuan bukan mahram.
- Dibenarkan menyentuh perempuan bukan mahram ketika dalam keadaan darurat,seperti ketika berubat, pembedahan, mencabut gigi dan sebagainya, seandainya ketika itu tidak ada perempuan yang boleh melakukannya.
4. Mazhab Hanbali
- Imam Ahmad ketika ditanya tentang masalah berjabat tangan dengan perempuan bukan mahram, beliau menjawab: “Aku membencinya.”
- Berjabat tangan dengan perempuan tua; Imam Ishaq bin Mansur al-Marwazi
menukil dari imam Ahmad, ia tidak dibenarkan. Sementara Ibnu Muflih menyatakan; pemilik an-Nazham mengatakan makruh dan dengan anak kecil dibolehkan dengan tujuan menyemai budi pekerti.
PENDAPAT TERKINI (MUASIRAH)
PERTAMA:
Sheikul Azhar, Dr Muhammad Sayyid Tantawi, dipetik berkata, beliau tidak pernah terbaca hadis atau kisah dalam sirah, Rasulullah pernah berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahramnya. “Rasulullah tidak pernah sama sekali berjabat tangan de ngan wanita bukan mahram dan inilah yang dipersetujui oleh kebanyakan ulama fiqah.
“Namun, masih ada pendapat yang mengatakan (membolehkan) jika berjabat tangan itu tidak berlandaskan niat yang jahat iaitu semata-mata berjabat tangan dengan hujung jari sahaja secara ikhlas,” katanya. Beliau sendiri apabila pulang ke kampung halaman, se pupunya yang perempuan di mana sesetengahnya sudah lanjut usia datang menghulur tangan mereka untuk ber salam.
“Kami di kampung-kampung di Mesir, apabila kaum wanita ingin berjabat tangan dengan lelaki, maka mereka me lakukannya dengan berlapikkan hujung kain kelubung atau mengalaskan tangan dengan sesuatu. “Bagaimanapun, saya lebih cenderung kepada pendapat tidak (boleh) berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya kerana tidak ada nas Rasulullah pernah melakukannya,” katanya.
KEDUA:
FATWA DR. YUSUF AL-QARDHAWI
HUKUM BERJABAT TANGAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN
Tidak dapat dinafikan isu berjabat tangan antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah kontroversi yang tidak berkesudahan. Sudah tentu siapa sahaja akan berada dalam dilema apabila seorang wanita menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Lebih-lebih lagi sekiranya wanita tersebut adalah sanak saudara seperti ipar, bapa tiri, sepupu atau saudara mara sebelah isteri yang kebanyakannya bukan mahram. Malah persoalan berjabat tangan ini begitu sensitif bagi orang Islam Malaysia sehingga kredibiliti dan digniti seorang agamawan atau pemimpin Islam boleh tergugat kerana berjabat tangan dengan yang bukan mahram. Justeru itu, penting untuk kita membahaskan isu ini dengan teliti agar dapat menjernihkan kekeliruan ini.
Dr. Yusuf al-Qardhawi pernah ditanya tentang persoalan ini dan beliau membahaskannya dalam buku beliau bertajuk Al-Fatawa al-Mu’asaarah (Fatwa Semasa). Terdapat dua pandangan dalam bab ini:
Pandangan Pertama: Diharamkan berjabat tangan dengan wanita apabila disertai dengan syahwat dan nikmat daripada salah satu pihak, lelaki atau wanita. Lebih-lebih lagi jika kedua-duanya merasa terangsang melalui sentuhan ini. Atau sekiranya perbuatan tersebut boleh menimbulkan fitnah terhadap mereka. Ketetapan ini diambil berdasarkan kaedah menutup jalan menuju kerosakan (Sadduz-Zaraa’i) itu adalah wajib, tambahan pula jika diyakini amalan berjabat tangan ini hanya menggalakkan pergaulan bebas dan tidak terbatas.
Hal ini diperkuat lagi oleh apa yang dikemukakan para ulama bahawa bersentuhan kulit antara lelaki dan wanita asal hukumnya adalah harus tetapi boleh berubah menjadi haram apabila disertai dengan syahwat atau dikhuatirkan terjadinya fitnah. Khususnya dengan anak perempuan isteri (anak tiri), atau saudara sesusuan, yang perasaan hatinya sudah barang tentu tidak sama dengan perasaan hati ibu kandung, anak kandung, saudara wanita sendiri, ibu saudara dari ayah atau ibu, dan sebagainya.
Pandangan Kedua: Diharuskan berjabat tangan dengan wanita tua yang sudah tidak punya ghairah terhadap laki-laki, demikian pula dengan anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap laki-laki, kerana berjabat tangan dengan mereka itu aman dari sebab-sebab fitnah. Begitu pula bila lelaki tersebut sudah tua dan tidak punya ghairah terhadap wanita.
Hal ini didasarkan pada riwayat dari Abu Bakar r.a. bahawa beliau pernah berjabat tangan dengan beberapa orang wanita tua, dan Abdullah bin Zubair mengambil pembantu wanita tua untuk merawatnya, maka wanita itu mengusapnya dengan tangannya dan membersihkan kepalanya dari kutu. Ini berdasarkan kelonggaran yang Allah berikan kepada golongan ini dalam permasalahan aurat. Firman Allah:
Maksudnya: “Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Nuur 24 : 60)
Dikecualikan juga lelaki yang tidak memiliki ghairah terhadap wanita dan anak-anak kecil yang belum muncul hasrat seksualnya. Mereka dikecualikan dari sasaran larangan terhadap wanita-wanita mukminat dalam hal menampakkan perhiasannya.
Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: “...dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan…” (Surah al-Nuur 24 : 31)
Jika kita perhatikan riwayat sahih daripada Rasulullah s.a.w., nescaya kita jumpai sesuatu yang menunjukkan bahawa semata-mata bersentuhan tangan antara lelaki dengan perempuan tanpa disertai syahwat dan tidak dikhuatirkan terjadinya fitnah tidaklah terlarang, bahkan pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., sedangkan pada dasarnya perbuatan Nabi s.a.w. itu adalah tasyrik dan untuk diteladani.
Imam Bukhari meriwayatkan dalam Shahih-nya pada "Kitab al-Adab" dari Anas bin Malik r.a., ia berkata:
"Sesungguhnya seorang budak wanita di antara budak-budak penduduk Madinah memegang tangan Rasulullah s.a.w., lalu membawanya pergi ke mana ia suka."
Dalam riwayat Imam Ahmad dari Anas juga, ia berkata:
"Sesungguhnya seorang budak perempuan dari budak-budak penduduk Madinah datang, lalu ia memegang tangan Rasulullah s.a.w., maka beliau tidak melepaskan tangan beliau dari tangannya sehingga dia membawanya pergi ke mana ia suka."
Berdasarkan riwayat-riwayat tersebut, Dr. Yusuf al-Qardhawi menjelaskan semata-mata bersentuhan kulit tidaklah haram. Apabila didapati sebab-sebab yang menjadikan percampuran (pergaulan) seperti yang terjadi antara Nabi s.a.w. dengan Ummu Haram dan Ummu Sulaim serta aman dari fitnah bagi kedua belah pihak, tidak mengapalah berjabat tangan antara lelaki dengan perempuan ketika diperlukan, seperti ketika datang dari perjalanan jauh, seorang kerabat lelaki berkunjung kepada kerabat wanita yang bukan mahramnya atau sebaliknya, seperti sepupu perempuan baik dari pihak ibu mahu pun dari pihak ayah, atau isteri bapa saudara, dan sebagainya, lebih-lebih jika pertemuan itu setelah lama tidak berjumpa.
Kesimpulan daripada pembahasan ini ada dua perkara ditekankan di sini:
Pertama, bahawa berjabat tangan antara lelaki dan perempuan itu hanya dibolehkan apabila tidak disertai dengan syahwat serta aman dari fitnah. Apabila dikhuatirkan terjadi fitnah terhadap salah satunya, atau disertai syahwat dan nikmat dari salah satunya maka pengharaman berjabat tangan tidak diragukan lagi.
Bahkan seandainya kedua syarat ini tidak terpenuhi - iaitu tiadanya syahwat dan aman dari fitnah - meskipun jabatan tangan itu antara seseorang dengan mahramnya seperti ibu saudaranya, saudara sesusuan, anak tirinya, ibu tirinya, mertuanya, atau lainnya, maka berjabat tangan pada keadaan seperti itu adalah haram.
Malah berjabat tangan dengan anak yang masih kecil pun haram hukumnya jika kedua syarat itu tidak terpenuhi.
Kedua, hendaklah berjabat tangan itu sekadar keperluan saja, dengan golongan ahli keluarga yang bukan mahram, iaitu dengan kerabat atau besan yang terjadi hubungan yang erat dan akrab di antara mereka; dan tidak harus hal ini diperluas kepada orang lain. Untuk membendung kerosakan, menjauhi syubhah, mengambil sikap hati-hati, dan meneladani Nabi s.a.w. - tidak ada riwayat kuat yang menyebutkan bahawa beliau pernah berjabat tangan dengan wanita lain (bukan kerabat atau tidak mempunyai hubungan yang erat).
Dan yang lebih utama bagi seorang Muslim atau Muslimah - yang komitmen pada agamanya - ialah tidak memulai berjabat tangan dengan lain jenis. Tetapi, apabila diajak berjabat tangan barulah ia menjabat tangannya.
Kesimpulannya, seorang Muslimah yang baik seharusnya memelihara dirinya dan tidak sesekali mengamalkan budaya berjabat tangan dengan lelaki asing, tetapi dalam keadaan tertentu yang memaksa harus sekadar memenuhi keperluan seperti dijelaskan di atas. Bagaimana pun perbuatan menghulurkan tangan kepada lelaki, berdakapan dan lebih teruk saling mencium pipi, seperti yang diamalkan kebanyakan artis kini, adalah perbuatan yang haram dan mesti dihindari. Tetapi dalam masa yang sama juga tidak wajar menghukum seorang itu jahat atau berdosa kerana melihatnya berjabat tangan dengan lawan jenis, kerana hukum bersentuhan kulit asalnya harus dan terdapat perbezaan pendapat dalam hukum berjabat tangan di antara lelaki dan perempuan.
HADIS&PENDAPAT ULAMAK2 ISLAM
PERTAMA:
Ummul Mukminin Aisyah r.a pernah bersumpah menafikan Rasulullah s.a.w. pernah menyentuh tangan wanita dalam bai’ah peristiwa hijrah : ‘Demi Allah, tangan baginda tidak pernah menyentuh tangan wanita pun, baginda hanya berbai’ah dengan ucapan’. (Fath al-Bari 11/345-346 dan Sharh Sahih Muslim 13/10).
KEDUA:
Ini disokong oleh satu riwayat lain di mana Umaimah binti Raqiqah r.ah pernah berkata : ‘Aku datang kepada Rasulullah s.a.w. dalam kumpulan wanita, kami ingin berbai’ah dengannya. Kami berkata : “Kami berbai’ah denganmu wahai Rasulullah bahawa kami tidak akan menyekutukan Allah dengan sesuatu, kami tidak mencuri, tida berzina, tidak membunuh anak-anak kami dan kami tidak akan membuat cerita dusta yang direka-reka serta kami tidak akan mengingkari perintahmu pada kebenaran”. Lantas Rasulullah s.aw. bersabda : “Pada perkara yang kamu mampu dan berdaya”. Umaimah menceritakan lagi : “Kami berkata bahawa Allah dan RasulNya lebih mengasihani kami daripada diri kami, ayuhlah kami ingin berbai’ah denganmu wahai Rasulullah”. Lalu Nabi s.a.w menjawab : “Sesungguhnya aku tidak bersalaman dengan wanita, sesungguhnya perkataanku kepada seratus orang wanita adalah seperti perkataanku kepada seorang wanita atau seumpama perkataanku kepada seorang wanita”. (HR al-Tirmizi 4/151-152, al-Nasa’i 7/149, Ibn Majah 2/959. al-Tirmizi menyebut : ‘Hadis ini hadis hasan sahih).
PENDAPAT FATWA MALAYSIA
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam kali ke-79 pada 6-8 September 2007
"Pada prinsipnya hukum berjabat tangan dengan wanita Ajnabi adalah HARAM. Walaubagaimanapun dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, ianya dibolehkan tetapi dalam keadaan terkawal supaya ianya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam"
WALLAHUA'LAM...SELAMAT BERAMAL.
Selasa, 17 Februari 2009
LAMAN SUNNAH dan LAMAN HUKAMAK
Dalam sebuah khutbah yang terkenal dengan khutbah qoshi'ah, Imam Ali as. mengatakan: Mereka yang hidup di zaman dahulu tidak pernah dilaknat oleh Allah di hadapan kalian kecuali tatkala mereka telah melalaikan amar makruf nahi munkar (Nahjul Balaghah, khutbah ke:193)
RENUNGKAN :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ; Sesungguhnya satu kaum telah menaiki sebuah kapal, lalu mereka mengambil tempat masing-masing. Setiap orang mendapat tempat sendiri. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang memecahkan tempatnya (lantai kapal) dengan sebilah kapak. Lalu mereka bertanya kepadanya; "Apakah yang sedang engkau lakukan?" Lelaki itu menjawab ; "Ini tempatku, aku boleh buat apa-apa yang aku suka." (Nabi menjelaskan), Jika mereka menegahnya (melarangnya) kesemuanya akan selamat. Tetapi jika mereka membiarkannya nescaya kesemuanya akan binasa (tenggelam). ( Hadith Riwayat Muslim )
RENUNGKAN:
Tertulis dalam sebuah buku karangan Imam Al-Qurtubi berkenaan dengan akhir zaman. Katanya:Sememangnya di saat ini, alam semakin hampir kepada kemusnahanya. Antara tandanya ialah sesuatu kaum/bangsa itu ditadbir oleh mereka yang bukan haknya, hukum agama di perlekehkan, ulama di persendakan, dan akan tiba satu saat di mana ilmu akan diangkat dari bumi sehingga manusia tidak mampu membezakan halal dan haram
RENUNGKAN :
Maksudnya : Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah daripada yang mungkar dan kamu pula beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab itu beriman, tentulah ianya lebih baik bagi mereka. Di antara mereka anda yang beriman dan kebanyakan mereka ialah orang yang fasik. (Ali-Imran 110)
RENUNGKAN :
Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan makruf (yang baik) dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang munkar dan bersabarlah atas segala yang menimpa kamu sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah. (Luqman:17).
RENUNGKAN :
Berkata Imam al-Mawardi di dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah (Hukum-Hakam Pemerintahan) dalam bab berkenaan al-Hisbah (Tugas menjalan amar makruf nahi munkar):
"Jika orang yang bertanggungjawab menjalankan tugas amar makruf nahi munkar (yakni al-Muhtasib) telah melihat seorang lelaki bersama seorang wanita di satu jalan yang sunyi, maka kedudukan jalan yang sunyi itu merupakan suatu yang menimbulkan keraguan (terhadap pasangan tersebut), maka hendaklah ia menegah mereka; namun janganlah tergesa-gesa mengenakan hukuman/denda ke atas mereka berdua kerana dibimbangi wanita itu adalah mahramnya.
"Jika ia dapati wanita itu adalah mahramnya, maka hendaklah ia berkata kepada lelaki tersebut: 'Jagalah wanita kamu itu dari tempat-tempat yang mendatangkan keraguan.
"Adapun jika ia mendapati wanita itu bukan mahramnya, maka hendaklah ia berkata kepada lelaki itu: 'Takutlah kepada Allah dari bersunyian (dengan wanita yang bukan mahram) yang akan membawa kamu kepada melakukan maksiat kepada Allah.' Dan cara ia bertindak mencegah perkara tersebut hendaklah bergantung kepada tanda-tanda yang dilihatnya." (Halaman 376)
RENUNGKAN :
Menjadi kewajipan al-Muhtasib (atau pegawai agama yang bertanggung jawab hari ini) untuk melakukan tindakan mencegahnya sama ada dengan amaran atau disusuli dengan denda/hukuman jika perlu. Malah beliau menyebutkan:
"Jika seorang lelaki terang-terangan meminum arak di khalayak ramai, jika ia seorang muslim, maka hendaklah dicurahkan araknya dan dikenakan hukuman ke atasnya.
"Jika ia seorang kafir zimmi, hendaklah didenda atas kesalahan meminum arak secara terang-terangan (bukan atas kesalahan meminumnya)." (al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 377)_
RENUNGKAN :
Dari Abi Sa’id al-Khudri r.a. ia mengatakan, ‘Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, ‘Siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran maka ia harus mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tidak mampu maka ia harus mengubahnya dengan lidahnya. Jika ia tidak mampu maka ia harus mengubahnya dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman.’” (H.R. Muslim)
RENUNGKAN :
“Perumpamaan orang-orang yang melaksanakan hukum-hukum Allah dengan orang-orang yang melanggarnya bagaikan sekelompok orang yang naik kapal. Lalu mereka melakukan undian untuk menentukan siapa yang duduk di bahagian atas dan siapa yang duduk di bahagian bawah (dek) kapal.
Orang-orang yang duduk di bahagian bawah itu harus naik ke atas jika mereka memerlukan air. Lalu salah seorang mengatakan, ‘Sebaiknya kita melubangkan tempat kita ini, supaya kita tidak mengganggu orang lain.’
Jika orang-orang yang ada di atas membiarkan mereka melaksanakan apa yang mereka inginkan, niscaya akan binasalah semuanya. Namun jika mereka membimbingnya, maka mereka yang ada di atas akan selamat dan selamat pula mereka yang ada di bawah.” (H.R. Bukhari)
RENUNGKAN :
Imam Nawawi mengatakan, “Para ulama berpendapat bahawa amrun bil-ma’ruf wa nahyun ‘anil-mungkar bukanlah hanya kewajipan orang-orang yang mempunyai wilayah (kekuasaan) melainkan boleh juga dilakukan oleh kaum muslimin lainnya.” Maksudnya, usahlah menunggu sehingga diberikan kekuasaan atau pangkat, kerana seorang muslim yang biasa sahaja pun ada kewajipannya menghalang kemungkaran.
RENUNGKAN :
Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka hingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Q.S. At-Taubah 9: 115)
PESANAN:
Namun begitu, dalam memerangi kemungkaran, juga terdapat syarat-syaratnya.
Menurut Syaikh Abdul Qadir Audah rahimahullah:
1. Orang yang mukallaf. Bermaksud, orang yang memahami, bebas dari tekanan, serta terkena kewajipan sepertimana yang digariskan dalam syara’.
2. Orang yang mengimani agama Islam. Semua orang yang mengaku dirinya beragama Islam, menjadi wajib baginya melaksanakan amar makruf nahi mungkar.
3. Memiliki kemampuan. Sepertimana yang dinyatakan dalam hadis di awal tadi, semua orang ada kemampuannya, berbeza-beza mengikut tahap dan pendapat.
Terdapat 2 syarat tambahan, namun syarat ini tidaklah disepakati sebagai syarat yang wajib ada, iaitu
1. Sifat Saleh, Taqwa dan Dipercayai. Sifat-sifat ini menjadi penghias kepada peribadi seorang muslim, yang sekaligus memudahkan beliau melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Namun, Sa’id bin Jubair juga ada menyatakan, “Jika amar ma’ruf dan nahi mungkar hanya dilakukan oleh orang yang sempurna segala sesuatunya, maka niscaya tidak akan ada seorang pun yang melakukannya.”
2.Diizinkan imam/pemimpin. Dalam keadaan di bawah pimpinan yang tidak mengikuti ajaran Islam sepenuhnya, ada ulama mengatakan wajib amar makruf nahi mungkar, sebagai ganti kepada tanggungjawab yang gagal dilaksanakan pemimpin tersebut.
SELAMAT BERAMAL..WASSALAM
Ku Li Ulangi Pendirian Nizar Masih MB Yang Sah
Kenyataan Media Oleh ahlibahasa
"
Kenyataan Media Tengku Razaleigh Hamzah Feb 15,
“Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar”
Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.
Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri.
Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.
Dua prinsip perlu dijelaskan:
Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.
Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinnya mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.
Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.
Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.
Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalankeabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.
Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.
Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.
Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.
Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.
Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.
Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan.
Tengku Razaleigh Hamzah
Dipetik dari: http://perakdaily.com/?p=646
KRISIS DI DUNIA DAN AKHIRAT
Jika tangan manusia tidak melakukannya, tangan Allah pula melakukannya. Krisis kemarau, krisis banjir dan tanah runtuh, malah krisis macam - macam wabak penyakit yang di luar tangan manusia. Kita dihidupkan dengan krisis dan dipaksa berkrisis.
Jika anda memahami ini, anda sebagai seorang muslim pastinya akan lebih mudah menerima hakikat bahawa dalam krisis itu ada hikmat. Ada jawaban yang anda perlukan dalam kehidupan anda. Justeru anda tidak boleh menempelaknya sebagai buruk atau membelakanginya demi kesucian diri. Allah menciptakannya dan setiap ciptaan Allah penuh dengan hikmah dan kebenaran yang tersembunyi dan nyata.
Jika anda menguasainya, anda akan memperolehi hikmah dan kebenaran itu. Jika anda gagal menguasainya, anda akan kempunan dan kehilangan pedoman dalam kehidupan. Justeru anda perlu bijak berhadapan dengan krisis. Jika anda mahu menang, anda mesti masuk berlawan dulu. Jika anda mengisytihar menang sebelum berlawan, anda akan ditertawakan. Jika anda menawan sebuah empayar pun, orang akan kata, itu empayar haram di perintah oleh bapak menteri haram yang makan gaji haram!
Sebenar - benarnya anda masa itu menghina diri sendiri dengan membunuh diri sendiri di hadapan khalayak semata - mata untuk membuktikan bahawa anda berani membunuh diri!
Justeru kita dihadapkan dengan krisis yang lebih besar. Krisis nilai dalam kehidupan. Kita perlukan guru yang mengajar kita nilai kehidupan. Ia bukan raja atau pemerintah. Guru kita adalah orang - orang yang berilmu di antara kita.
Kita disarankan agar mengambil kira pandangan para ulama, para pengamal undang – undang Islam, para cendiakawan Islam dan ilmuan Islam lain yang bersih dan berjuang di medan perjuangan yang luas. Mereka guru yang akan memimpin kita kepada nilai hidup yang membahagiakan. Hidup kita akan kembali sentosa dengan pemartabatan nilai dalam kehidupan.
Biar pun perak kita terlepas, asalkan emas kita miliki. Kebenaran adalah emas dalam kehidupan. Kebenaran adalah nilai kehidupan sebagaimana emas adalah nilai mengukur wang dan harta.
Syurga tiada krisis di dalamnya. Jika kita ingin selamat daripada krisis, kita mestilah jadi ahli syurga sebelum masuk syurga lagi. Ia hanya milik seorang muslim yang tunduk pada kebenaran tuhanNya.
PESANAN DAN PENGAJARAN :
SELAMAT BERAMAL...HADAPILAH DUNIA INI DENGAN ILMU,IMAN DAN AMAL UNTUK MENJADI BEKALAN DALAM MENGHADAPI KRISIS DI PADANG MAHSYAR KELAK..DUNIA TEMPAT BERAMAL, AKHIRAT TEMPAT UNTUK MENERIMA BALASAN/GANJARAN...WALLAHUA'LAM.
Tahun 1993
Penyampai: DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk: SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Lokasi: DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh: 18-01-1993
Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.
Tajuk: SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Lokasi: DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh: 18-01-1993
Sumber: elizabeth wong
Isnin, 16 Februari 2009
Bersabarlah didalam menerima dugaan.
Dugaan terkadang datang bukan dari diri kita, ia juga datang pada sekeliling. Kita mengharapkan sesuatu untuk digapai. Kita sudah ada perancangan, kita sudah ada landasan, kita sudah ada asa, kita sudah buat segala galanya. Maha Suci Allah - Dia sahaja yang menentukan hasilannya.
Ya… di dalam setiap inci kehidupan yang ada, terkadang mata terlepas pandang kerana tidak semua kita mampu menanggungnya.
Didalam berukhuwwah sesama keluarga, bersabarlah dengan tingkah laku mereka. Entah, mungkin tidak sabar lalulidah kita terlanjur kata. Perbuatan kita mengundang terasa hati. Selagi boleh bersabar, cubalah buang ammarahitu di jalan positif.
Abangku sakit… Keluargaku susah… Bumbung dirumah sudah bocor sana sini… Tuhan - Dia memberikan kita ujian sesuai dengan kesanggupan. Dia menganugerahkan kesakitan sesuai dengan iman. Rawatilah keluarga dengan penuh kesanggupan. Meungkin dengan memberikan senyuman kepada mereka maka Allah sudah memasukkan diri kita dikalangan daftar orang orang yang diredhaiNya…
Terkadang Allah menguji kita dengan kesibukan… masa yang pendek dibanding dengan tanggungjawap yang terlalu banyak. Sedikit benar masa yang dapat diluangkan bersama dengan rakan rakan seperjuangan, kini telah dijemput untuk tinggal di ruang kesibukan.
Dan ketabahan orang orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang sabil. (Orang orang demikian sifatnya), mereka itulah orang orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) ; dan merekan itulah juga orang orang yang bertakwa. (Al-Baqarah : 177)
Sabarlah, Allah pun sudah memujuk kita didalam FirmanNya…
sumber dari sini.
FIKIR-FIKIRKANLAH SAUDARAKU SEISLAM!!
Jiwa aku rasa sesak dengan realiti dunia sekarang. Tak perlu keluar jauh merantau untuk melihat environment yang sudah mula berpenyakit. Selama ni penuh didada akhbar isu-isu sosial yang terus- menerus merosot sering buat aku tertanya-tanya keadaan sebenarnya bagaimana.
Persoalan ku terjawab:
Permainan drama yang tanpa pengarah, tanpa skrip dan tanpa perlu latihan telah terpampang depan mataku. Kenyataannya, inilah Malaysia yang dicanang-canangkan penuh dengan adat ketimuran hancur dengan babak-babak kejatuhan moral dan akhlak yang dasyat.
Kunjungan ku ke pusat membeli-belah terkemuka di Malaysia yang siap dengan taman rekreasi yang cukup indah bertabur dengan pesta-pesta maksiat sendirian. Hatiku benar terguris. Melayu Islam bertudung berpelukan mesra tanpa segan silu, menyemarakkan perasaan kasih terlarang. Hatiku benar-benar terguris.
Inikah melayu yang inginkan kemajuan, inikah melayu yang akan meneruskan perjuangan generasi bangsa. Melayu yang sinonim dengan Islam. Memalukan. Jijik. Pakaian yang cukup rapi menutup aurat tercemar dengan maksiat, berpegangan tangan berpelukan. Pakaian yang tak cukup kain atas bawah dan riak wajah yang bangga dengan kecantikan sementara membuatkan aku mual untuk terus menyaksikan.
Pasangan ibu bapa yang turut kebaratan dengan pakaian yang tak tentu arah bersama-sama anak turut diperagakan dengan pakaian ‘rock’.
Ya Rabbi.. apa dah jadi.. bagaimanakah masa depan anak itu, kecil-kecil dah diperagakan begitu bahkan lebih menyayat hati bila ibu bapa turut bangga dengan pakaian kebaratan. Si ibu bangga dengan menampakan lengan, bahu, leher dengan rambut. Si ayah dengan gaya casual yang tidak kena dengan peranan tanggungjawab sebagai bapa.. rosak sudah masyarakat sekarang, keberadaan aku kat situ bagaikan bukan di Malaysia.
Manakah Islam sebagai agama utama yang diwar-warkan. Manakah budaya kesopanan pakaian dan akhlak masyarakat kita. Cina dan India pun pakai sempurna, ini.. Melayu….Memalukan! Hatiku benar-benar calar, mataku pedih, akal ku berserabut memikirkan kejatuhan akhlak umat sekarang ini. Memang patut Malaysia menghadapi pelbagai bencana. Kerja-kerja makin bertambah, makin berat tanggungan ini, semakin serius, penyakit yang melanda umat. Berjangkit dan terus berkangkit. Lebih teruk dari penyakit kronik yang ada sekarang, lebih hebat sebarannya, lebih kuat merosakkan sendi2 jasad, membunuh secara senyap, membunuh secara tak rasa. Akhirnya mati akal, mati iman. Kejahilan menguasai, mati dalam kekufuran yang sedar tak sedar sengaja dilakukan....
INILAH BANGSAKU YANG DIBANGGA-BANGGAKAN...SENTIASA DILAUNG-LAUNGKAN HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!!.....HIDUP MELAYU...
#CUBA HIDU SIKIT APA DAH JADI DENGAN BANGSAKU MELAYU INI???
#FIKIR-FIKIRKANLAH... HIDUP ISLAM... HIDUP QURAN... HIDUP SUNNAH… AMAL ISLAM…AMAL QURAN… AMAL SUNNAH… HAPUSKAN KEJAHILAN…TAMBAHKAN PENGETAHUAN... DULU... KINI... DAN SELAMANYA.....INSYAALLAH BAHAGIA DUNIA DAN BAHAGIA AKHIRAT#
WALLAHUAQLAM...SELAMAT BERAMAL..
11.47 a.m / ibnu muslim
TAZKIRAH - LARANGAN MELAKUKAN MAKSIAT
"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:
"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."
Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.
"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata:
"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA."
Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:
"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.
"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya:
"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.
Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:
"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:
"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.
Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan:
"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"
Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:
"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?"
Ibrahim pun menjawab:
"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.
"Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.
Kesimpulan: JANGAN MELAKUKAN MAKSIAT. SELAMAT BERAMAL
10.10 A.M / IBNU MUSLIM
Ahad, 15 Februari 2009
Zambry, exco dirujuk pada JK hak dan kebebasan DUN Perak
Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lalu, akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar.
Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin, telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.
Katanya keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh Khamis lalu yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina dewan, lapor Bernama.
"Setelah bersidang, pihak jawatankuasa berpendapat terdapat asas ataupun prima facie terhadap aduan yang dibuat oleh YB Wong Kah Woh. Oleh yang demikian jawatankuasa sebulat suara membuat keputusan untuk merujuk kesemua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ipoh hari ini.
Katanya, jawatankuasa yang bersidang pada 12 Februari lalu, telah dihadiri oleh beliau sendiri, Husin Din (Adun Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham) manakala wakil tunggal daripada BN iaitu Adun Temengor Datuk Hasbullah Osman tidak dapat hadir kerana mempunyai program di Gerik.
Hamidah merupakan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita, Ramly (Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air), Mah (Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam).
Laporan pada dewan
Saarani (Penerangan, PembangunaN Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan), Mohd Zahir (Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi) dan Zainol Fadzi ( Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan).
Ditanya bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap menteri besar dan exco berkenaan, Sivakumar berkata jawatankuasa berkenaan akan hanya melakukan penyiasatan dan membentangkan laporan dan saranannya kepada sidang DUN yang akan datang.
"Keputusan akan dibuat dalam dewan," katanya.
Sivakumar enggan memperincikan aduan yang telah dikemukakan oleh Wong namun akhbar hari ini melaporkan Adun Canning itu dalam surat aduannya kepada jawatankuasa berkenaan, telah mendakwa proses pelantikan Zambry sebagai menteri besar dan barisan exconya telah mencabuli Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
Memandangkan Pakatan Rakyat mempunyai enam daripada tujuh anggota jawatankuasa tersebut, maka ada kemungkinan Dr Zambry dan exco yang lain itu, didapati bersalah.
Jika Pakatan mampu mendapatkan sokongan di DUN yang mencukupi untuk menyokong keputusan jawatankuasa tersebut, maka Dr Zambry dan exconya mungkin dikenakan hukuman digantung atau malah disingkir.
Bagaimanapun, Sivakumar berkata, adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan seumpama itu.
Beliau juga menafikan bahawa tindakan terhadap Dr Zamry dan exconya bersifat satu 'serangan balas'
"Apa yang dilakukan adalah mengikut undang-undang dan peraturan. Saya hanya menjalankan tugasa saya," kata beliau.
Sementara itu, dalam sidang akhbar di Wisma DAP di sini, Pengerusi DAP Perak dan Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap menteri besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu Rabu ini.
Beliau berkata tindakan menggantung keahlian kesemua tujuh Adun BN berkenaan merupakan antara bentuk hukuman yang boleh dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan.