assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 20 Februari 2009

Mesyuarat Masjid As Salam kecoh wujud 'pengundi hantu'

BUKIT SENTOSA - Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa Masjid As Salam yang berlangsung Ahad lalu dilaporkan tercemar dengan insiden tidak diingini apabila didakwa wujud kehadiran ‘pengundi hantu’.

Timbalan Nazir masjid itu, Yaziz Yunus berkata, selain kehadiran kumpulan pengundi terbabit, berlaku juga rampasan kuasa pentadbiran sehingga menghalang mereka daripada mengendalikan mesyuarat berkenaan.

Menurutnya, Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid yang masih mempunyai kuasa sehingga 31 Mei ini tidak diberi peluang mengendalikan mesyuarat sebaliknya dikendalikan pihak luar.

“Kami mengakui Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkuasa penuh menyusun dan melaksanakan mesyuarat masjid, tetapi bagi tujuan pengendalian dan mempengerusikan mesyuarat hendaklah diberikan kepada jawatankuasa masjid yang ada.

“Bukan dengan menyekat kuasa sehingga tidak memberi peluang kepada kami untuk bersuara atau mengendalikan mesyuarat,” katanya.

Menurut beliau, mesyuarat yang berlangsung pada hari itu sudah diumumkan batal dan mahu ditunda ke satu tarikh, tetapi setelah beberapa minit berlalu mesyuarat itu diteruskan kembali dan berakhir dengan keputusan di luar kehendak sebilangan ahli kariah.

Kira-kira 1,000 ahli kariah hadir membuat pencalonan pada hari tersebut, namun pulang dengan keputusan menghampakan.

Sebanyak 14 masjid daripada 23 keseluruhannya di daerah ini selesai mengadakan mesyuarat dan kesemua dijangka selesai berme-syuarat pada 28 Februari ini.

Sinar Harian difahamkan, sebanyak sembilan daripada jumlah masjid yang selesai bermesyuarat bakal mengadakan bantahan berikutan ketidakadilan yang berlaku.

Yaziz dalam pada itu mendakwa, sekumpulan penyokong luar yang sengaja dibawa pihak mendalangi gerakan merampas kuasa itu sudah melancarkan pemilihan sebelum mesyuarat diadakan.

Menurutnya, keadaan itu mengundang suasana lebih kecoh ditambah dengan insiden caci mencaci serta tindakan kasar beberapa ahli kariah.

“Jawatankuasa masjid terpaksa merujuk perkara ini kepada perasmi program, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Datuk Aman Shah Mohd Sahar bagi meredakan keadaan,” katanya.

Dakwa beliau lagi, wakil Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) juga dikatakan berpihak kepada kumpulan luar terbabit dan gagal mengawal keadaan mengikut enakmen yang ditetapkan.

“Kami kecewa pihak berkenaan tidak mematuhi syarat dan perjanjian yang telah ditetapkan dalam Enakmen Masjid dan Surau Selangor sehingga mereka meneruskan pencalonan barisan jawatankuasa baru yang tidak sah,” katanya.

Beliau berkata, senarai jawatankuasa baru itu bagaikan direstui pegawai Jais yang didakwa turut mengemukakan senarai keah-lian sendiri dari beberapa surau sekitar kariah masjid ini.

Tindakan menyalahi enakmen dilakukan kumpu-lan berkenaan mengundang jawatankuasa masjid tampil membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Sentosa.

Yaziz berkata, mereka juga berhasrat menghantar memorandum bantahan dan protes kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Sultan Selangor sekiranya perkara itu tidak diselesaikan dengan baik.

1 ulasan:

  1. Salam sabahabat, Sinar sepatutnya dptkan maklumat dr ke2 pihak, jaga etika kewartawanan kalau nk jadi akhbar yg wibawa, ana berada disana itu kehendak mejoriti yg hadir, enakmen tlh di baca di hadapan semua dan faham dan baru keputusan secara undian dibuat oleh ahli khariah yg hadir... kan telus tu... yg lepas2 tu angin takda ribut takda tau2 dah ada AJK masjid yg baru tak merasa la nak mengundi... baca blh percaya kena pikir byk2...
    Wassalam.

    BalasPadam