assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Khamis, 19 Februari 2009

MB S'gor saman Khir Toyo

Feb 18, 09 5:02pm
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan dua saman fitnah terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berhubung kenyataannya mengenai Abdul Khalid bulan lalu berhubung isu pembelian kereta Lexus dan pembelian 46 ekor lembu korban.

Kedua-dua saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada jam 11.57 pagi melalui firma guaman S N Nair & Partners.

khalid ibrahim on klang bas terminal 090109 03Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Khalid mendakwa Dr Mohamad Khir telah mengucapkan atau membuat dua kenyataan berunsur fitnah yang telah diterbitkan di dalam suratkhabar The New Straits Times bertajuk "Lexus is my own, says Khalid" pada 15 Januari lalu dan di dalam suratkhabar Utusan Malaysia bertajuk "Lepaskan Jawatan MB" pada 23 Januari lalu.

Menteri Besar itu mendakwa kedua-dua artikel itu secara langsung dan tidak langsung merujuk kepada beliau yang bermaksud antara lain bahawa beliau adalah seorang tidak jujur, tidak beretika dan sengaja menyalahgunakan kedudukannya untuk kehidupan peribadi dan jawatan awam, lapor Bernama.

Abdul Khalid mendakwa tindakan Dr Mohamad Khir itu antara lain didorong oleh niat jahat untuk mencetuskan kebencian dan kemarahan terhadap beliau serta merendahkan taraf beliau pada pandangan umum.

Ia juga berniat untuk memperkecilkan beliau dalam kapasiti persendirian dan rasmi, termasuk kapasiti beliau sebagai Menteri Besar, anggota Parlimen Bandar Tun Razak dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Ijok, dakwanya.

Dr Mohamad Khir juga didakwa telah secara salah menerima dan menunjukkan dokumen rasmi rahsia berkaitan dengan andaian salah laku dalam hal 'lembu korban' tanpa mengesahkan ketepatan fakta yang berkaitan dan seterusnya membuat tuduhan palsu.

khir toyo interview 121207 seriousSeterusnya Abdul Khalid mendakwa Dr Mohamad Khir juga enggan meminta maaf walaupun satu surat tuntutan untuk beliau memohon maaf telah dihantar kepadanya pada 3 Februari lalu.

Justeru, Menteri Besar itu memohon gantirugi pampasan, gantirugi teruk, gantirugi teladan dan perintah injunksi bagi menghalang Dr Mohamad Khir daripada terus melafazkan, bercakap atau menulis atau menerbitkan kenyataan terbabit yang didakwa memfitnah beliau.

Sementara itu, S.N. Nair ketika ditemui pemberita selepas memfailkan saman itu berkata Menteri Besar bertindak memfailkan kedua-dua saman itu setelah Dr Mohamad Khir enggan meminta maaf dan menarik balik kenyataan beliau walaupun telah diberi tempoh selama tujuh hari untuk berbuat demikian.

"Jumlah gantirugi kita tidak nyatakan, terpulang kepada mahkamah untuk tentukan. Apa yang penting buat Tan Sri (Abdul Khalid) ialah untuk membersihkan namanya kerana jelas sekali semua dakwaan terbabit tidak benar dan kenyataan terbabit juga dibuat tanpa dipastikan kebenarannya terlebih dahulu," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan