assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Ahad, 15 Februari 2009

Zambry, exco dirujuk pada JK hak dan kebebasan DUN Perak

Feb 14, 09 4:25pm

Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lalu, akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar.

Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin, telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Katanya keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh Khamis lalu yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina dewan, lapor Bernama.

"Setelah bersidang, pihak jawatankuasa berpendapat terdapat asas ataupun prima facie terhadap aduan yang dibuat oleh YB Wong Kah Woh. Oleh yang demikian jawatankuasa sebulat suara membuat keputusan untuk merujuk kesemua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ipoh hari ini.

Katanya, jawatankuasa yang bersidang pada 12 Februari lalu, telah dihadiri oleh beliau sendiri, Husin Din (Adun Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham) manakala wakil tunggal daripada BN iaitu Adun Temengor Datuk Hasbullah Osman tidak dapat hadir kerana mempunyai program di Gerik.

Hamidah merupakan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita, Ramly (Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air), Mah (Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam).

Laporan pada dewan

Saarani (Penerangan, PembangunaN Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan), Mohd Zahir (Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi) dan Zainol Fadzi ( Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan).

Ditanya bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap menteri besar dan exco berkenaan, Sivakumar berkata jawatankuasa berkenaan akan hanya melakukan penyiasatan dan membentangkan laporan dan saranannya kepada sidang DUN yang akan datang.

"Keputusan akan dibuat dalam dewan," katanya.

Sivakumar enggan memperincikan aduan yang telah dikemukakan oleh Wong namun akhbar hari ini melaporkan Adun Canning itu dalam surat aduannya kepada jawatankuasa berkenaan, telah mendakwa proses pelantikan Zambry sebagai menteri besar dan barisan exconya telah mencabuli Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Memandangkan Pakatan Rakyat mempunyai enam daripada tujuh anggota jawatankuasa tersebut, maka ada kemungkinan Dr Zambry dan exco yang lain itu, didapati bersalah.

Jika Pakatan mampu mendapatkan sokongan di DUN yang mencukupi untuk menyokong keputusan jawatankuasa tersebut, maka Dr Zambry dan exconya mungkin dikenakan hukuman digantung atau malah disingkir.

Bagaimanapun, Sivakumar berkata, adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan seumpama itu.

Beliau juga menafikan bahawa tindakan terhadap Dr Zamry dan exconya bersifat satu 'serangan balas'

"Apa yang dilakukan adalah mengikut undang-undang dan peraturan. Saya hanya menjalankan tugasa saya," kata beliau.

Sementara itu, dalam sidang akhbar di Wisma DAP di sini, Pengerusi DAP Perak dan Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap menteri besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu Rabu ini.

Beliau berkata tindakan menggantung keahlian kesemua tujuh Adun BN berkenaan merupakan antara bentuk hukuman yang boleh dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan