;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya

1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Sabtu, 18 April 2009
Pesta 'mari berkawal' - Hikayat Bandar Sang. Buaya (BSB)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bismillahir rahmanir rohim.
Bandar yang terpinggir ini sekali lagi dilanda fenomena pelik, 'mari berkawal' tema yang sedang panas ditaja oleh beberapa pihak BSB. Mana satu nak pilih ni??? fening.... 'Bila terhantuk baru terngadah' itulah peninggalan nenek moyang yang tepat dan sebati dalam Masyarakat khususnya Melayu. Peti surat kita diasak dengan jemputan kemajlis taklimat (baguslah tu)terselit juga sumbangan RM... itu biasa 'ada duit semua boleh jadi'
Minta maaf cakap masa jenayah pecah rumah sedang berluasa 2 tahun lalu tak lah sebegini hebat promosi berkawal ni... Yang pastinya Kembongjasari, Kembangjasari dan beberapa sari lagi kita bergerak secara berjemaah bermula di Surau mengumpul anak khariah sendiri berkawal disetiap lorong tak pulak minta RM... atau ada tajaan dari mana2 pihak termasuklah K.. yang popular dengan peruntukan tu. Antara sari2 yang berkawal tu kita ada coodination bila berlaku sesuatu jenayah atau maksiat. Siap bina pondok sendiri dari poket penghuni lorong masing2 nampak hasilnya (dengar2 ada yang berminat ambil gambar dan claim itu dia yang punya usaha, bawa keatas untuk apa Wallahualam kita tak layan khabar angin lantaklah ALLAH ada). Rasa ukhuwah antara anak khariah lebih berkesan surau pun makin ramai yang hadir. Berkat usaha, doa munajat bersolat hajat memohon perlindungan ALLAH jadi agenda mingguan mengiringi sukarela2 yang berkawal dimalam hari. Bila kawalan oleh anak khariah sendiri maka urusan menjadi semakin mudah boleh beza mana orang mendatang mana yang anak khariah... betul tak???. Apa ni??? 2,3 malam saya balik rumah sendiri asyik kena soal jawab dengan orang yang saya tak kenal.. rungut jiran ku.. Kadang2 bila balik malam rimas juga rasanya dipandang orang yang kita sendiri tak kenali.
Amalan kami selama ni, bila nak buat persatuan atau pertubuhan yang melibatkan anak khariah dan dana2 tertentu, pemilihan pimpinan mestilah telus yang dilantik dalam mesyuarat anak khariah, lepas tu kalau ada peruntukkan maklumkan berapa apa yang di belanja dan berapa bakinya. Baru datang keikhlasan untuk kita memberi kerjasama bak kata orang, kita buat sesuatu mesti jelas duduk perkara jangan jadi macam keldai atau lembu apa yang di bubuh di belakang terus dibawa tak kira rumput ker, kain ker, najis ker asal suruh jalan, jalan..Bersangka baik memang tuntutan Agama, tetapi Rasulullah amat marah dengan umatnya yang jatuh lubang yang sama berkali2. Jangan jadi penyumbang kepada kerja mungkar yang dirancang bertopeng kerja2 kebajikan. Na'uzubbillahi minzalik.
Ustaz kata walaupun orang yang zalim suruh buat pekara baik kita kena ikut... betul tapi kita ada pilihan lain, kecuali masa tu, agama kita atau nyawa kita dan keluarga teramcam itu cerita lain macam Saddam Husain walaupun jahat bila diancam kafir laknat berdosa kita tak menyahut seruan FIssabilillah...
Rasanya itu saja yang nak kongsi, baik juga ada yang peringat.. dulu kan dah kena beberapakali ingat eeee lupa ni.. bila nasi dah jadi bubur.... lu.. pikir la sendiri... Tepuk dada tanya IMAN...
Wallahu'alam
Sekian, Jazakallhu khairan kathiro.
FIKIR ITU PELITA HATI
DUN Perak.....
Oleh Mohamed Hanipa Maidin
Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?
Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.
Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.
Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.
Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:
Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.
Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
Lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah
Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.
Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.
Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.
Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:
1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.
3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.
5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.
6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.
7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.
8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.
Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.
Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.
Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.
Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.
Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.
Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.
Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.
Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.
Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.
Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- dari harakahdaily.

PM elak ulas 'Bangkitlah Melayu'
Jimadie Shah Othman | Apr 17, 09 1:43pm
dikemaskini Perdana Menteri mengelak mengulas laporan Utusan Malaysia kelmarin yang menyeru orang Melayu "bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan".
Datuk Seri Najib Razak berkata, sama ada berita utama itu bertentangan dengan konsep "Satu Malaysia" yang dipromosi olehnya, ia terserah kepada penilaian seseorang.
"Itu terpulang kepada tafsiran masing-masing. Tetapi bagi saya... Saya bukan bercakap daripada segi (laporan) Utusan, ya?
"Secara umumnya, saya tidak mahu sikap yang keterlaluan dalam negara kita.
Tidak kiralah (sikap) keterlaluan itu daripada mana-mana pihak (pun). Kita mesti bersikap sederhana. Islam merupakan agama yang menggalakkan pemikiran dan amalan sederhana.
"Kita tidak boleh bersifat perkauman. Kita tidak boleh berfikir secara keterlaluan," katanya selepas merasmikan perhimpunan tahunan dewan perniagaan Cina terbesar ACCCIN di Klang, Selangor.
Dengan tajuk 'Bangkitlah Melayu', akhbar itu memetik beberapa sumber dengan seruan:
"Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.
"Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka."
Tindakan akhbar Umno menyiarkan laporan itu mengundang kritikan tokoh DAP Lim Kit Siang semalam.
Ahli parlimen Ipoh Timur menyifatkan tindakan akhbar itu menyebabkan terbinanya "penjara kaum" dalam BN sendiri dan memusnahkan kewibawaan gagasan Satu Malaysia.
Sementara itu, menyentuh pilihanraya kecil DUN Penanti yang bakal diadakan, perdana menteri menyifatkan tindakan PKR mengosongkan kerusi itu sebagai "keputusan politik" dan tidak kena pada masanya.
"Banyak tenaga, masa dan wang ringgit (dibuang) untuk pilihanraya kecil yang tidak perlu sebenarnya. Melainkan kalau seorang (wakil rakyat) itu meninggal dunia, maka beliau perlu diganti.
"Tetapi perletakan jawatan ini keputusan politik dan boleh juga disifatkan sebagai mainan politik untuk tujuan-tujuan tertentu. Rakyat tidak suka suatu pilihanraya kecil yang sengaja diadakan," katanya.
Najib bagaimanapun enggan mengulas peluang BN merampas kerusi itu kerana menurutnya: "Ini bukan soal peluang, tetapi tentang prinsip".
Bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin semalam menyerahkan surat rasmi meletak jawatan ADUN kawasan itu berkuatkuasa serta-merta.
Mengulas krisis perlembagaan di Perak ekoran keputusan mahkamah semalam yang tidak menyebelahi pembangkang, Najib berkata beliau "tidak nampak ada krisis".
Tambahnya, masyarakat negara ini berpegang teguh kepada kedaulatan undang-undang.
"Kedaulatan undang-undang mestilah menjadi prinsip tonggak yang perlu kita hormati. Jangan kita (hanya) hormati bila keputusan itu memihak kepada kita. Dan bila tidak memihak kepada kita, kita buat (perkara) lain pula," katanya.
Mahkamah Persekutuan semalam membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam exconya daripada menghadiri sidang DUN.
Selain itu, Najib turut menjelaskan, kerajaan akan mencadangkan penyelesaian masalah kenaikan tol – yang dibangkitkan ACCCIN kepadanya – secara tuntas.
Katanya, kerajaan mempunyai banyak pilihan, selain mengambil alih konsesi tol utama Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

TERKINI : Kenyataan Media Speaker Perak.
sumber cina islam
a onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="http://2.bp.blogspot.com/_iIZgphCORuk/Sel3GoJQwdI/AAAAAAAAAec/YNUm7S2bd1A/s1600-h/180420091374%5B1%5D.jpg">
Kenyataan Media Speaker DUN Perak, V. Sivakumar dalam Bahasa Inggeris sebentar tadi. Beberapa kenyataan tambahannya akan menyusul...

Tiga ditahan ISA, terbaru 1 April
Abdul Rahim Sabri | Apr 17, 09 12:36pm
dikemaskini Walaupun perdana menteri membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini, tiga lagi ditahan bawah akta kontroversi itu sejak bulan lalu.
Abdul Matin Anol Rahmat ditahan di rumahnya di Ulu Tiram, Johor pada 1 April, dua hari sebelum Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam.
Beliau ditahan bagi siasatan berhubung gerakan Jemaah Islamiah (JI), kumpulan pengganas di Asia Tenggara yang dikaitkan dengan al-Qaeda.
Abdul Matin mengikut jejak menantunya Zaini Zakaria yang meringkuk di kem tahanan Kamunting, Perak selama lima tahun sehingga 13 Februari lalu.
isa handcuffsAgus Salim yang berasal dari Medan, Indonesia ditahan di sebuah restoran tempatnya bekerja di Larkin, Johor pada 5 Mac.
Seorang lagi Johar Hassan diura-urakan turut ditahan tetapi tiada maklumat lengkap mengenai penahanannya.
Menurut sumber-sumber jaringan JI, beliau dipercayai ditahan seawal-awalnya bulan lalu.
Maklumat ketiga-tiga individu ini didedahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) jam 11 pagi dalam satu aduan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).
Mereka ditahan menurut Seksyen 73 (1) ISA untuk soal siasat selama 60 hari, kata NGO itu lagi.
"Penahanan ketiga-tiga mereka ini tidak diumumkan oleh polis atau kerajaan dalam mana-mana saluran media.
"Malah ahli keluarga juga belum berjumpa tahanan. Mereka digelapkan daripada sebarang maklumat tentang keadaan tahanan dan di mana ditahan," kata pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.
Turut hadir di pejabat Suhakam hari ini, ibu dan adik Agus, Junaidi Bahari yang tiba dari Medan malam tadi.
Junaidi berkata keluarganya mendapat berita penahanan abangnya daripada pengurus kedai makan tersebut.
Katanya, hampir 50 hari, keluarganya belum mengetahui di mana Agus berada.
"Saya harap polis Malaysia bebaskan abang kerana abang saya belum tahu apa salahnya," katanya dalam sesi aduan kepada Suhakam.
Tambahnya, Agus perlu dibicarakan di mahkamah untuk mengetahui beliau bersalah atau tidak.
Menurut Junaidi lagi, Agus merupakan anak sulung daripada lima adik-beradik dan masih bujang.
Sementara itu, menjawab soalan pemberita berhubung identiti Johar, Syed Ibrahim berkata beliau mendapat sedikit maklumat daripada beberapa isteri tahanan dan isteri bekas tahanan ISA.
Bagaimanapun, beliau belum mempunyai maklumat terperinci berhubung bila dan bagaimana Johar ditangkap.
"Sebab itu saya membawa terus (aduan) ke Suhakam, supaya Suhakam dapat bertanya kepada polis," katanya.
Pesuruhjaya badan itu Datuk S Subramaniam berkata, beliau berjanji akan mengesan tahanan dan melawat mereka.
"Saya memberi jaminan untuk menemui tiga orang ini untuk dapatkan maklumat dan akan memaklumkannya kepada GMI dan ahli keluarga," katanya selepas menerima memorandum NGO itu.
Sementara itu, GMI memaklumkan ia akan meneruskan rancangan untuk mengadakan himpunan besar-besaran untuk menuntut ISA dimansuhkan.
Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat anggota gabungan itu semalam, kata Syed Ibrahim tetapi beliau enggan menyatakan tarikh bantahan tersebut.
Katanya, GMI akan mengumumkan tarikh tersebut dalam masa yang terdekat.
GMI sebelumnya dilaporkan merancang demonstrasi besar tersebut Jun ini.

MB Terengganu akui pusat salahguna wang royalti
Oleh Khairul Azlam Mohamad & Sazali Mohd Noor
KUALA TERENGGANU, 16 April (Hrkh) - Isu penyelewengan serta penyalahgunaan wang royalti petroleum negeri Terengganu yang sering kali dibangkitkan oleh PAS akhirnya diakui oleh Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato' Ahmad Said
Dato' Ahmad mengakui isu royalti yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut ada kebenarannya yang kini dalam proses rundingan serta tuntutan kembali.
Wakaf Mempelam (Abdul Wahid) ada membangkitkan mengenai royalti iaitu wang royalti dibelanjakan untuk membiayai Program Rumah Mesra Rakyat (PRMR) yang dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) diberi kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain.
"Ini memang kita (kerajaan) akui dan kita (kerajaan) telah membuat semakan-semakan dan ini merupakan sebahagian dari rundingan yang perlu kita (kerajaan) kembalikan wang ini kepangkuan negeri Terengganu,"jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung Persidangan Mesyuarat Yang Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, di Wisma Darul Iman, semalam.
Menurutnya, SPNB telah menggunakan RM873 juta wang royalti minyak Terengganu bagi melaksanakan projek perumahan di seluruh Negara.
Namun begitu, katanya dari jumlah tersebut hanya RM102 juta dibelanjakan bagi projek SPNB itu di negeri ini.
"Ini bermakna, SPNB masih berhutang dengan kita (Terengganu) sebanyak RM771 juta dan tuntutan untuk wang royalty yang dijadikan dana khas yang dibahagi ke negeri-negeri lain adalah sebanyak RM717 juta,"ujarnya.
Katanya, kerajaan negeri juga sedang berbincang bagi menuntut kembali wang royalti minyak sebanyak RM2.6 bilion yang telah digunakan oleh beberapa kementerian lain.
Menurutnya, beberapa kementerian terbabit menggunakan dana khas (royalti) dalam melaksanakan projek-projek di negeri ini termasuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dan pembinaan Lebuhraya Pantai timur (LPT).
Menteri Besar itu menjelaskan dari tahun 2000 hingga tahun 2008 kerajaan Terengganu hanya menerima wang royalti petroleum sebanyak RM6.27 bilion dari kerajaan pusat.
Katanya, jumlah wang yang sepatut diterima oleh kerajaan Terengganu dalam tempoh tersebut adalah RM15.847 bilion.
Ahmad turut mengumumkan kerajaan negeri baru menerima sebanyak RM650 juta dari jumlah yang sepatutnya diterima iaitu sebanyak RM1.394 juta sepanjang tempoh September 2008 hingga Mac 2009.

Bongkar: Waspada serunding babi di pasaran
Sumber Malaysiakini
Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia.
Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama.
Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi
dalam lima jenama.
"Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.
Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:
bullet buttonDendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
bullet buttonAbon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)
bullet buttonAbon/dendeng sapi asli cap ACC
bullet buttonDendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
bullet buttonDendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).
Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar
atau tidak tercatat pengeluarnya.
Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta.
MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi.
Jumaat, 17 April 2009
Pasar malam Bdr. Sg. Buaya - Al-Ikhwan
Bismillahir rahmanir rohim
Begitulah ketetapan ALLAH diakhir zaman masa cukup pantas berlalu, dengan keizinan NYA jua Pasar Malam Bdr. Sg. Buaya (PMBSB) anjuran Surau Al-Ikhwan berusia hampir 9 tahun. Dipanjatkan kesyukuran kami kerhadrat ILLAHI kerana dengan limpah kurnia serta Innayah NYA jua masa yng berlalu tanpa di sedari ini, banyak ranjau duri,karenah, fitnah mehnah dan tribulasi yang berjaya kami lalui dengan usaha, doa dan keizinan ALLAH.
PMBSB bermula pada Sept. 2001, rentetan kunjungan beberpa peniaga Melayu Islam yang datang menemui kami menyampaikan hasrat mereka supaya dapat diadakan Pasar Malam di BSB. Tergamam, terkejut dan terharu bercampur baur begitulah gambaran perasaan kami di atas keyakinan mereka ketika itu kerana walaupun di sekitar BSB terdapat beberapa buah Surau dan NGO, Al-Ikhwan jua yang ALLAH SWT amanahkan ALHAMDULILLAH...
Mesyuarat demi mesyuarat pertemuan demi pertemuan pro dan kontra jadi agenda, akhirnya undian (anak khariah Al-Ikhwan) jadi penentu PMBSB dilancarkan. Jamaah yang Pro dan yang kontra di gembelingkan (AJK) bagi merealisasikan amanah dan hasrat tersebut. SUBHANALLAH... menitis air mata kami, melihat kepada komitmen yang di beri oleh dua kumpulan berbeza pendapat itu tadi.
Peringkat permulaan setelah dikenal pasti lokasi tapak yang sesuai kerja2 penandaan lot2 peniaga secara berjamaah dijalankan setiap malam selepas Isyak sehingga awal pagi, disinilah bermulanya cabaran kami ditertawakan dan dipersendakan oleh sebilangan ahli Masyarakat 'kerja gila' ungkapan yang biasa. Wang poket kami korban untuk tujuan promosi dan perbelanjaan urusetia.
Bertemakan 'menang menang' PMBSB kami nukilkan didalam kertaskerja dipersembahkan kepada MDHS dan pemaju ketika itu L & G dan kami terjemahkan pada setiap hari Khamis malam Jumaat dilancar di Bdr. yg sepi lagi terpinggir di Hulu Selangor ini. Peluang berniaga, Masyarakat setempat dapat berbelanja dan bertemu, Kontraktor dan penduduk asal sedikit sebanyak dapat mendapat menafaatnya dan bandar yang sunyi ini sekurang2 seminggu sekali akan meriah.
Lumrah Manusia, semasa mebajak, menyemai siapa yang peduli (malah di sindir diejek), masa menuai juga dipandang orang. Bak cendawan tumbuh selepas hujan dengan Persatuan nya dengan Badan Bertidaknya mendabik dada merekalah orang yang sepatutnya menuai hasil. PMBSB diganggu sehingga hampir mencetuskan pergaduhan.
Sekali lagi kami menyingsing lengan memulakan semula bagi mengubah lokasi tapak PMBSB ke pinngir jalan utama, setiap perkara ada hikmahnya. Lokasi tersebut paling sesuai dan kekal hingga kini. Usaha pihak2 tersebut tak terhenti begitu sahaja sehingga mendapat surat kebenaran dari MDHS untuk kami memberhentikan kutipan sumbangan PM kepada tabung Surau dan diserahkan kepada Sipolan tu tadi. Berkat usaha doa dan munajat kami, sekali lagi kami kemukakan kertaskerja dan komitmen yang selama ini kami berikan, maka surat tersebut dibatalkan dan Al-Ikhwan terus diamanhkan untuk mengendalikann PMBSB sehingga kini.
Sekiranya mereka2 yang bernafsu untuk mengaut laba yang mereka jangkakan sangat menguntungkan meraka salah, kerana sumbangan dari peniaga tidak seberapa tetapi sangat bermanafaat untuk kami kongsikan bersama kontraktor dan Rela bertugas dan selebihnya (malu kami nyatakan disin)i sekadar cukup untuk menampung pengajian di surau dan sebahagian bil api dan air AL-Ikhwan. Petugas gaji kami dibayar diakhirat kelak Insy'Allah. Sekiranya hujan lebat tiada kutipan sumbangan dijalankan kerana kedaifan lokasi ketika hujan, tetapi telah kami perbaiki mengikut kemampuan dari masa kesemasa.
Deretan kereta dibahu jalan menjadi rungutan, itu memang diakui usaha berterusan dengan Petugas, kun2, tali dan signboard (habis di curi oleh anasir2 jahat). Tetapi terpikir juga itulah budaya pasar malam memang begitu walau dimana masaalah yg sama baik di KL, Bdr. Tun Razak, Keramat hingga ke Pasar Borong walaupun Trafik polis menyaman aktiviti parking kereta dibahu jalan tetap seperti biasa kerana yang melakukan adalah sebahagian dari kita yang merungut nilah... (sila tanya petugas PM). Saya menasihatkan diri saya dan sahabat diluar sana berlapang dadalah kita tak akan boleh memuaskan hati semua orang sedangkan dalam keluarga sendiri kita tak berrpuashati inikan pula Masyarakat yg besar. Kadang2 dengan ALLAH pun kita tak berpuashati melanggar perintah NYA.
Akhirkata saya berpesan kepada diri saya dan pembaca sekelian kita dahulukan niat kita kerana ALLAH sebelum melakukan kerja atau ungkapan, semuga kita selalu di pelihara oleh NYA. Insy'Allah. Segala puji bagi ALLAH.
Sekian Jazakallahu khairan kathiro.
Surau Al-Ikhwan, Kembojasari.
"Apalah guna Redha seluruh alam kalau ALLAH tak meredhai kita, carilah redha ALLAH walaupun sekelian alam tak meredhai kita pasti selamat dunia akhirat"
Datuk Ngeh : Keputusan Mahkamah Tidak Mengakhiri Krisis Perak
Menurut Dato' Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Negeri Perak, krisis Perak belum berakhir lagi. Menurutnya, walaupun Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan bahawa tindakan Speaker Perak menggantung Zambry dan kuncu-kuncunya tidak sah, ia tidak membawa apa-apa makna yang mengikat.
Mahkamah juga tidak membuat apa-apa keputusan mengenai 'Persidangan Bawah Pokok' yang dibuat pada 3 Mac 2009. Dalam persidangan itu, keputusan Jawatankuasa Hak & Kebebasan untuk menggantung 7 orang ahli Dewan Negeri itu telah diterima dan diluluskan.
Keputusan Mahkamah Persekutuan menimbulkan lebih banyak keraguan kerana ianya telah campurtangan dalam prosiding Dewan Negeri.
Menurutnya lagi, apa sahaja keputusan yang dibuat pada hari ini boleh diabaikan oleh Dewan Negeri kerana ia hanya merupakan satu deklarasi dan bukannya mandamus atau certiorari. Beliau menegaskan bahawa deklarasi itu hanyalah pendapat yang tidak menguatkuasakan tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
Dewan Negeri mempunyai undang-undang tersendiri. Undang-undang itu hanya boleh ditafsirkan oleh Speaker. Samada Speaker bertindak secara betul ataupun tidak, hanya dewan sahaja yang boleh membincangkan hal ini melalui usul yang dibawa. Keputusan Speaker hanya boleh dicabar dalam Dewan itu sendiri.
Dato' Ngeh juga mengatakan bahawa Mahkamah telah mentafsir kuasa -kuasa Speaker, adalah tidak baik jika Dewan Negeri juga memberi pendapatnya mengenai keputusan-keputusan Mahkamah. Beliau mengatakan bahawa deklarasi yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan adalah 'akademik dan tidak perlu'.
Suara perak.
PAS Tidak Berwala' Dengan DAP
Setiu – Kerjasama antara Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam Pakatan Rakyat (PR) dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) adalah kerjasama ‘Tahaluf’ yang berbeza dengan UMNO dalam Barisan Nasional (BN) dengan MCA dan MIC.
UMNO dalam BN bekerjasama dengan MIC dan MCA dalam soal wala’, yang menggadaikan maruah, harga diri dan prinsip Islam.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS tetap dalam mempertahankan dasar-dasarnya dan teguh dalam pendiriannya walaupun bekerjasama dengan DAP.
“Alah melarang kita berwala’ dengan makna memberi kesetiaan sehingga kita menjual harga diri dan maruah kita kepada orang bukan Islam,
“kerjasama diantara PAS dengan DAP adalah kerjasama Tahaluf, kerjasama UMNO dengan MCA dan MIC (adalah) kerjasama wala’, “ujarnya.
Menurutnya ramai diantara kita yang hanya mempelajari feqah sembahyang, feqah puasa dan feqah zakat, tetapi tidak ramai yang mengetahui tentang feqah politik.
Katanya wala’ adalah istilah politik dalam kitab feqah yang bermakna hubungan dengan orang bukan Islam sehingga kita boleh menjual maruah dan harga diri kita.
“Dia kata jangan laksanakan Islam, kita ikut dia, dia ajak kita minum arak, kita minum sama dia, dia kata judi kena benar (dibenarkan), kita benarkan,
“maksiat kena benar(kan), kita ikut dia, ini yang dibuat oleh UMNO, (dan) kerjasama (seperti) ini diharamkan oleh Islam,”katanya dalam ceramah sempena isu Sidang Dewan Undangan Negeri, di Merang dekat sini semalam.
Katanya dalam kerjasama PAS tidak berganjak dari dasarnya kerana PAS bekerjasama dengan DAP adalah kerjasama Tahaluf.
Katanya dalam perbincangan dengan pihak DAP, beliau telah menolak permintaan DAP supaya PAS ‘membuang’ perjuangan menegakkan Islam dalam PAS, tetapi bersetuju untuk bersama dalam menentang kezaliman dan menegakkan keadilan.
“Kebetulan almarhum Yusof Rawa dan almarhum Fadzil Noor serta Tok Guru Nik Aziz banyak menugaskan saya untuk berunding dan berdailog dengan orang-orang DAP,
“mereka minta supaya kita buang perjuangan menegakkan Islam dalam parti PAS, saya kata tak boleh, ini dasar kita (PAS), ini hak kita,”
“kita tak suruh dia buang sosialis dia, tak suruh dia buang ‘cina’ dia,”
“tetapi menentang kezaliman, untuk memberi hak kepada sesiapa yang berhak, untuk tolong orang miskin, bela orang kena zalim, lawan ISA tangkap orang tak perlu bawa ke mahkamah, ini boleh kita bekerjasama,”tegasnya.
Oleh itu, katanya sebab itulah DAP kelar dari pakatan dalam Barisan Alternatif pada tahun 2001 kerana PAS tetap teguh mempertahankan dasar perjuangan menegakkan Islam.
Namun sebaliknya DAP kembali bekerjasama setelah melihat contoh pemerintahan yang adil menurut Islam yang dilaksanakan oleh PAS di negeri Terenganu dan Kelantan.
“Ketika kita nak mengharamkan arak dan judi, kita panggil orang bukan Islam, kita tanya mereka, arak dalam ugama mereka bagaimana?, dia (mereka) kata (dalam) ugama dia arak boleh, (jadi) itu hak dia, dia nak minum itu hak dia,
“Babi…. Dia boleh makan, kita tak boleh larang dia nak makan babi, judi ?, Judi ugama dia kata tak boleh, maka kita tutup kedai judi,”jelasnya.
Beliau berkata itulah perbezaan diantara PAS dengan UMNO dimana PAS mempunyai had dan batasan tetapi tidak ada dalam UMNO.
Khamis, 16 April 2009
Kemelut Politik Perak Yang Melucukan
Posted on Thursday, April 16 @ 04:00:00 MYT by Paktam
Pena_Mas writes "
Kemelut politik di Perak tidak berkesudahan.Selepas episod rampas-merampas, rusuh-merusuh, derhaka tak derhaka, saman-menyaman akhirnya sampai kepada episod terakhir perbicaraan di mahkamah Persekutuan.
Apa yang melucukan, hantarlah seramai mana hakim,peguambela,peguamcara dalam menduduki perbicaraan sekali pun, keputusan sebenar sudah dapat dijangkakan.Speaker Perak Tak Layak, Speaker Perak Tak Berhak, Speaker Perak Tak Kebal dan bermacam-macam lagi alasan yang boleh direkacipta untuk memenangkan kerajaan Haram Perak.Walaupun di kalangan hakim-hakim yang bersidang sudah tentu ada yang telus dan jujur, tetapi ada tangan ghaib yang lebih berKuasa untuk memutuskan sebarang keputusan mahkamah yang bertindak sebagai 'External Decision Maker'.Tunjuklah kitab-kitab Undang2 Tubuh Badan Perak sekalipun, keputusan sudah ada di tangan pemerintah dan rentetan perbicaraan hanyalah aksesori-aksesori tambahan untuk melengkapkan ceritera sahaja.
Walau apa pun, kita sebagai rakyat biasa, hanya dapat mengangguk dan menerima sahaja kerana tiada kuasa sedikit pun untuk men'takwil' keputusan yang telah dibuat. Sekiranya difailkan rayuan sekalipun saya jamin 100% keputusannya tetap sama dan tidak berubah walau sebesar zarah pun.Apa yang pasti Menteri besar yang baru ini dan kuncu-kuncunya sedang mengejar dateline 13 Mei ini takut benar jika tidak dapat bersidang, terbubarlah DUN dan hilangkah kelayakan masing2 nanti..
Apa pun, saya cadangkan agar Gobind Singh (MP PKR) yang digantung dlam Dewan Rakyat baru2 ni cepat2lah failkan saman terhadap speaker yang menggantungnya dalam persidangan Parlimen tidak lama dulu..Kita tengok apakah speaker UMNO ini boleh dicabar dan tidak kebal sebagaimana Speaker Perak,Sivakumar dan meluluskan serta membolehkan Gobind Singh masuk semula ke Parlimen.Fikir-fikirkanlah
Fairus lepas jawatan ADUN Penanti
Petikan Malaysiakini
Bekas timba lan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya melepas jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.
Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.
Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".
Kenyataan Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR.
"Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," tambahnya.
Fairus yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung satu projek kuari di Pulau Pinang, meletakkan jawatan timbalan ketua menteri pada 8 April lalu.
Berikutan peletakan jawatannya itu, pilihanraya kecil perlu diadakan bagi kerus tersebut dalam tempoh 60 hari.
DUN Penanti terletak dalam kawasan parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika diwawancara dengan akhbar berbahasa Cina - Nanyang - Fairus
memberi masa dua minggu kepada pucuk pimpinan PKR supaya membersihkan namany.
Beliau juga dilaporkan mendakwa segala tohmahan itu difitnah oleh orang dalaman parti itu sendiri.
Mengenai masa depannya, Fairus memberitahu akhbar berkenaan bahawa beliau ada banyak pilihan - keluar parti, letak jawatan, lompat parti atau menjadi ADUN bebas.
Beliau juga menyatakan akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang minggu depan
Berikut adalah kenyataan penuh Fairus hari ini:
Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.
Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.
Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini.
Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.
Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan.
Tudung Lawan Tali Leher
Oleh Abu Saif
“Bertudung busuk dan kotor adalah lebih tidak Islamik berbanding dengan tidak bertudung!” tegas seorang doktor yang senior. Saya masih termenung. Jari berentak perlahan menari-nari di atas meja. Tanda otak sedang ligat berfikir
"Tapi doktor, kalau busuk dan kotor yang jadi isu, serangan juga patut dibuat kepada tali leher doktor lelaki. Sebagai lelaki, saya sangat tahu bagaimana kaum lelaki melayan tali leher mereka. Tak pernah dibasuh, dicampak merata-rata, lebih berpotensi menjadi punca jangkitan berbanding tudung yang jarang dipakai lebih daripada sehari,” saya menyampuk.
Cakap saya memang gurau-gurau.
Tapi isinya ada unsur-unsur pembunuhan.
Membunuh sikap double standard yang sering berlaku oleh orang kita sendiri terhadap tuntutan agama kita ke atas kita. Tiga kali ‘kita’.
Apa yang pasti, tudung busuk lagi kotor atau tidak bertudung, dua-dua tidak Islamik. Apa yang Islamik ialah bertudung, dan tudungnya bersih tidak berbau.
Ketika negara ‘kafir’ seperti United Kingdom sudah jauh ke depan dalam menghormati agama, membenarkan aurat dipelihara di dalam pasukan beruniform dan perkhidmatan kesihatan, kenapa masyarakat kita masih lebih Barat daripada Barat? Tudung itu budaya atau perintah Allah? Jika ia perintah Allah, di mana Allah dalam prioriti kamu?
SIFIR TULEN VS PALSU
Sifirnya mudah.
Kalau ada perempuan yang melampau-lampau keperempuanannya, maka berhati-hatilah. Lenggoknya berlebih-lebihan, solekannya tebal bagai kulit Kamus Dewan, cakapnya lebih mengada-ngada berbanding perempuan gedik, kemungkinan besar, dia itu sebenarnya LELAKI! Yang terdesak untuk menjadi perempuan.
Kalau ada lelaki yang melampau-lampau kelelakiannya, maka berhati-hatilah. Jalannya bersepah-sepah berlagak macho, bajunya rugged hingga ke kenduri pun mahu bersarung jersi, cakapnya lebih mencarut daripada mat lepak di kaki lima, ketahuilah, mungkin dia itu sebenarnya PEREMPUAN! Yang terdesak untuk menjadi lelaki.
Kata orang Arab:
tabimatbu
“Yang mengikut, lebih teruk daripada yang diikut”
Barat itu biasa-biasa sahaja.
Yang terdesak mahu menjadi Barat ini yang berlebih-lebihannya.
Berlebih-lebihan itu simptom kepalsuan. Fake!
PERBANDINGAN SOLAT
“Makcik kalau dah sakit perut sangat, memulas-mulas dan makcik sedang menyiram bunga di tengah-tengah jalanraya, makcik sanggup buang air besar di tengah jalan?” saya bertanya dengan bahasa provokasi, iaitu bahasa simpanan yang hanya sesekali dipanggil masuk ke gelanggang.
“Tak sanggup!” katanya tegas.
“Habis makcik buat apa?” saya bertanya lagi.
“Makcik cari jugalah mana-mana semak untuk buang air,” katanya.
“Aha, kalau solat ni sama penting dengan berak tu pun jadilah!” saya menamatkan perbualan yang amat ‘jarang berlaku’ itu.
Makcik itu ketawa. Saya tahu dia akan ketawa. Sebab itu saya berani menggunakan analogi seteruk itu.
Macam-macam alasan diberikannya bahawa susah untuk solat semasa bekerja. Tetapi kalau berak, kurang pula alasannya. Boleh sahaja dicari semak samun untuk melepas. Tahu malu! Tetapi kalau solat, macam-macam alasan diberi. Tak ada telekung, sejadah tak bawa, kain kotor, dan entah apa-apa lagi. Sedangkan semua masalah itu jalan keluarnya mengikut peruntukan azimah dan rukhsah dalam Islam.
Sama jugalah dengan aurat.
Baju lengan panjang kotor, tudung bawa kuman dan seribu satu alasan untuk menolak pemakaian yang elok menutup aurat di hospital oleh doktor dan jururawat. Semuanya kerana Tuhan bukan prioriti utama. Sebab itu berani beralas-alasan. Bermalas-malasan.
Tetapi tali leher yang tidak membawa konotasi agama, hampir tidak pernah saya mendengar kerisauan sesiapa untuk ia berjuntai-juntai di sisi pesakit. Selepas tali leher, tali pinggang lelaki, cuba tanya berapa kali setahun dibasuhnya? Semua itu bukan source of infection? White coat, rajin benarkah ia dibasuh?
Semua itu ada jawapan masing-masing.
Tetapi menyerang tudung dan baju lengan panjang, ia hanya presenting problem. Ada pun the real problem, pentingkah Tuhan dalam hidup kamu?
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang
WAHAI BANGSA MELAYU, JANGAN JADI SEPERTI BANGSA ARAB MENOLAK KENABIAN MUHAMMAD SAW
Dr Fikrah
Semalam saya buka laman web Perakdaily, dan terdapat sebuah artikel yang menceritakan tentang penolakan bangsa Melayu terhadap perjuangan PR. Mereka agak terkesan dengan dakyah BN yang memburukkan isu sembah derhaka. Patutlah begitu, “dehaka” itu adalah Bahasa Melayu, manakala Cina dan India tidak menggunakan perkataan tersebut.
Hakikatnya, Bangsa Melayu yang terpengaruh dengan dakyah BN itu haruslah “memahami”, bukannya hanya mengikut buta. Kita tidak mahu rakyat Malaysia menyokong PR kerana bencikan UMNO semata-mata. Sebaliknya, sokonglah PR dengan kefahaman, bukan dengan semangat. Ini kerana semangat itu mungkin akan berkurangan, dan kefahaman itu semakin bertambah.
Hakikatnya, perkara ini tidak perlu dihairankan kerana Nabi Muhammad SAW juga meghadapi masalah yang sama. Baginda SAW bukan sahaja dibenci oleh beberapa pimpinan Quraisy yang juga berbangsa Arab, malah beliau dibenci oleh bapa-bapa saudaranya seperti Abu Lahab. Bangsa Arab Quraisy sendiri menolak kehadiran Nabi Muhammad SAW.
Ini kerana ajaran Islam yang telah dibawa oleh Baginda SAW adalah bercanggah dengan ajaran nenek moyang mereka. Kadangkala, orang-orang “lama” pun ada yang berkata sedemikian. Mereka berkata “sebelum ini atuk dan bapa kita mengundi BN, maka kita perlu meneruskan amalan tersebut”. Kenapa melihat pada amalan tok nenek moyang, sedangkan mereka hidup di zaman mereka?
Lebih teruk daripada itu, pimpinan Quraisy yang juga sebangsa dengan Nabi Muhammad SAW merancang untuk membunuhnya. Ya, walaupun mereka adalah serumpun, tidak hairanlah sekiranya perkara ini boleh terjadi. Kerana ingin menjaga kepentingan mereka, mereka sanggup merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW yang juga sebangsa dengan mereka.
Hari ini, Melayu sendiri tidak mahu menerima Islam yang dibawa oleh PAS. Di dalam Perlembagaan Persekutuan, Melayu itu adalah Islam. Tetapi bagaimana pula dengan seorang Melayu yang murtad? Apakah pula bangsa dia? Adakah setelah dia murtad, dia berbangsa kristian? Atau berbangsa Cina? Mana mungkin, kristian itu bukannya bangsa, dan Melayu sampai kiamat tidak boleh berbangsa Cina!
Mereka beralasan menolak PR kerana “sembah derhaka”. Hakikatnya berapa jutakah orang Melayu sendiri yang mengatakan mereka Islam, menderhakai Allah dan Rasul? Ketaatan yang 100% ialah kepada Allah dan Rasul sahaja, manakala pempimpin, sekiranya perintahnya bercanggah dengan Allah dan Rasul, maka ia tidak berhak ditaati, sepertimana yang disebut di dalam Surah an Nisa’ ayat 59.
Lihatlah peristiwa hijrah. Baginda SAW berhijrah ke Madinah, meninggalkan sanak saudaranya, kampung halamannya, dan bangsanya sendiri. Semua ini adalah untuk menegakkan Islam. Begitu juga kita hari ini, kita sanggup dicerca oleh bangsa sendiri semata-mata untuk menegakkan Islam. Bahkan kita mungkin akan diancam dengan lebih teruk daripada itu. Inilah hakikatnya.
Salam Perjuangan

Fitnah, mengumpat pembunuh tanpa senjata
AHMAD BAEI JAAFAR
Kita sering mendengar ungkapan yang menyamakan orang Melayu dengan tabiat hasad dengki. Katanya, orang Melayu tidak boleh maju kerana apabila maju sikit adalah pula orang yang mendengki kepadanya. Ada orang yang tidak senang hati dengan kejayaannya.
Persoalannya, benarkah orang Melayu seperti itu? Atau semua itu hanya persepsi hasil penelitian suasana persekitaran yang sering digambarkan oleh media. Mungkin kita tidak pernah berada dalam masyarakat orang lain; Cina, India, dan Barat dalam tempoh yang lama. Kita tidak berpeluang hidup dalam masyarakat mereka, maka sebab itu kita tidak dapat melihat penyakit itu dalam kalangan mereka.
Sebenarnya, selagi manusia mempunyai nafsu, mereka tidak boleh elak daripada penyakit hasad dengki. Siapapun mereka, bangsa apapun mereka, keturunan apapun mereka, penyakit hasad dengki boleh bersarang dalam jiwa mereka. Kalau tidak, tidaklah Rasulullah memberi amaran berikut: “Jauhilah kamu daripada hasad dengki, sesungguhnya hasad dengki itu memusnahkan kebaikan seperti api memakan kayu api.”
Kalau Sahabat Rasulullah sudah diberi peringatan begitu, sudah tentu menunjukkan orang Arab juga ada penyakit hasad dengki. Bukan orang Melayu sahaja, tetapi bangsa lain juga ada hasad dengkinya.
Beruntunglah para Sahabat kerana mereka diberi peringatan awal oleh Rasulullah, lalu mereka berhati-hati dan dapat menjauhkan diri daripada penyakit hasad itu. Barangkali kalau orang Melayu mendapat didikan Rasulullah secara langsung, tentu mereka juga akan terhindar daripada hasad dengki itu.
Orang Melayu pada hari bukan sahaja tidak berpeluang bersama Rasulullah, malah mereka sendiri malas untuk mengkaji dan mengambil tahu ajaran baginda. Mereka tidak mahu meluangkan masa untuk belajar ajaran Islam baik di surau mahupun di masjid dan sebagai.
Oleh sebab itu, sebahagian besar orang Melayu mudah terdedah kepada penyakit hasad dengki. Apabila seseorang itu sudah ada hasad dengki terhadap orang lain, nanti orang itu pula akan membalas dendam. Kesannya, akan terjadilah rangkaian hasad dengki dari generasi ke generasi lain tanpa henti.
Lazimnya, dalam masyarakat Melayu hasad dengki dikaitkan dengan perbuatan sihir. Tetapi kerana hasad dengki juga mereka sanggup menabur fitrah dan mengumpat seseorang yang dianggap musuhnya. Kerana mahu menjatuhkan seseorang, dia sanggup membuat fitnah atau sekurang-kurangnya mengumpat peribadi lawannya.
Fitnah ialah tuduhan yang tidak berasas terhadap seseorang dengan tujuan untuk menjatuhkan maruah diri orang berkenaan. Manakala mengumpat ialah mendedahkan keaiban seseorang pada khalayak ramai dengan tujuan menjatuhkan maruah diri seseorang. Kedua-dua perbuatan itu adalah dosa besar yang seharusnya tidak amalkan oleh umat Islam.
Di negara kita mengumpat dan menabur fitnah berlaku berleluasa sama ada dalam kalangan orang awam, ahli politik, ahli perniagaan, dan juga orang agama. Kalau dahulu fitnah dan mengumpat tersebar melalui ceramah dan surat layang, tetapi kini tersebar melalui SMS dan e-mel juga laman blog.
Mengapa dua perbuatan itu mudah berlaku dalam kalangan umat manusia? Sebenarnya selain kerana hasad dengki, manusia terbabit tidak memiliki iman dalam jiwa mereka. Meskipun mereka mengakui beragama Islam namun iman yang tersemat dalam jiwa mereka terlalu tipis.
Perlu ditegaskan di sini, orang yang memiliki iman yang padu, sentiasa hampir dengan Allah, takut kepada Allah, malu untuk melakukan dosa kepada Allah. Oleh sebab itu mereka tidak sanggup melakukan dosa. Sebaliknya jika mereka memiliki iman yang tipis, mereka tidak akan takut kepada Allah, tidak malu kepada Allah dan pada masa yang sama mereka sanggup melakukan dosa.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Iman dan malu bergandingan, apabila terangkat salah satu daripadanya akan terangkat juga yang satu lagi.” Dalam hadis yang lain baginda berkata, “Iman ialah malu, apabila seseorang itu tiada perasaan malu, buatlah apa yang kamu suka.”
Jelas di sini mereka yang tiada iman dan tiada malu mudah melakukan dosa termasuk dosa fitnah dan mengumpat. Allah dalam keadaan itu tidak bertanggungjawab kepada pelakunya, sebaliknya bersedia untuk mencampakkan mereka ke dalam neraka.
Firman Allah, “Fitnah lebih dahsyat daripada pembunuhan” dan dalam ayat lain Allah berfirman, “Fitnah lebih besar dosanya daripada pembunuhan.”
Orang yang melakukan fitnah mengikut ayat di atas lebih dahsyat daripada pembunuhan kerana orang yang kena fitnah akan menderita malu yang berpanjang. Atas kejahatannya itulah maka dosanya lebih besar daripada dosa membunuh. Oleh sebab itu mereka wajar dicampakkan ke dalam neraka.
Sebenarnya seseorang penyebar fitnah jika sebelum bertindak menyebarnya masih ada iman di jiwa, pasti dia sedar akan dosanya, dan dia akan segera menukar fikiran kerana takut dicampakkan ke dalam neraka. Tetapi jika semua itu tidak berlaku maka fitnah akan terus tersebar.
Selain fitnah, mereka turut mengumpat kerana menyangka bahawa mengumpat tidak salah dan tidak berdosa. Ketahuilah, mengumpat dan fitnah sama-sama dosa besar yang amat dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya. Marilah kita mengelakkan diri kita daripada kedua-dua dosa tersebut.
K'jaan S'gor kekalkan jawatan Eli
Sumber malaysiakini
Kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk mengekalkan jawatan Elizabeth Wong sebagai exco kerajaan negeri dan ADUN Bukit Lanjan.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, jika beliau menerima tawaran itu, Elizabeth diminta kembali daripada cuti dan meneruskan perkhidmatannya mulai esok
Katanya, keputusan itu wajar dan adil setelah mengambil pandangan semua pihak dan siasatan polis berhubung kes berkenaan yang juga gagal membuat keputusan yang muktamad.
elizabeth wong and bukit lanjan selangorElizabeth menawarkan diri untuk meletakkan jawatan exco pelancongan, pengguna dan alam sekitar Selangor dan ADUN Bukit Lanjan pada 17 Februari lalu ekoran tersebarnya gambar separuh bogelnya kepada umum.
Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada Sultan Selangor kerana membuat keputusan tidak campur tangan dalam politik dan memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan.
Menurutnya, keputusan tersebut dibuat selepas dibincangkan dalam mesyuarat exco pagi ini.
Katanya, Pakatan Rakyat memandang serius isu moral dan isu peribadi.
Sehubungan itu, katanya, Pakatan akan memastikan kepimpinannya menjunjung prinsip itu.
"Jika ada bukti-bukti kukuh, kita tidak akan beragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya.
"Namun demikian pendirian ini juga harus diimbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseoarang.
"Dan kerajaan negeri amat serius mempertahankan hak ini," katanya dalam sidang akhbar di pejabat hari ini.
Khalid berkata, beliau telah memaklumkan kepada Sultan Selangor pagi tadi mengenai keputusan kerajaan negeri untuk mengekalkan jawatan Elizabeth sebagai exco negeri dan ADUN Bukit Lanjan.
Beliau juga ditanya sama ada Elizabeth ada memberi tanda-tanda akan menerima tawaran tersebut.
"Beliau perlu menerima tawaran tersebut sebelum esok," kata Khalid sambil menambah: "Anda datanglah esok".
Ditanya sama ada ianya keputusan exco kerajaan negeri atau PKR negeri, Khalid menegaskan bahawa ia adalah keputusan kerajaan negeri.
Ditanya sama ada keputusan ini bermakna kerajaan negeri tidak menganggapnya sebagai satu isu moral, Khalid berkata: "Iya, isu moral, tetapi tidak ada kenyataan yang paling sahih. Seseorang itu dianggap tidak bersalah selagi tidak dibuktikan."
Ditanya mengapa keputusan ini berbeza dengan kes yang berlaku di Pulau Pinang yang membabitkan ADUN PKR penanti, Mohammad Fairus Khairuddin yang meletak jawatan walaupun masih dalam siasatan.
Khalid berkata perkara itu berbeza kerana Fairus meletakkan jawatan secara sukarela.
"Elizabeth juga turut menawarkan diri untuk meletak jawatan, jadi kita melihatnya sebagai mangsa dan menawarkan (jawatannya) kembali," katanya.
Sementara itu, Elizabeth pula akan mengeluarkan kenyataan sama ada beliau menerima atau tidak tawaran tersebut.
Akhirnya, Ketua Penerangan Wanita PKR, Elizabeth Wong bersetuju untuk menerima tawaran kerajaan negeri Selangor agar kekal sebagai Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.
"Ini adalah satu keputusan yang berat dalam hidup saya, saya menerima tawaran yang diberikan oleh kerajaan negeri untuk kekalkan jawatan saya," katanya.
Dalam kenyataan dikeluarkan kira-kira pukul 5 petang tadi iaitu empat jam selepas tawaran diberikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Elizabeth berkata:
"Hasrat saya mahu berkhidmat kepada pengundi-pengundi saya dan negeri (Selangor) sebaik yang mungkin dan dengan bantuan dan kerjasama orang ramai, untuk menjadikan negeri ini, negara ini tempat terbaik bagi semua.
"Perjuangan berterusan dan tugas kita baru sahaja bermula," kata beliau dalam kenyataan satu halaman itu. Terdahulu pada sidang media Khalid berkata, keputusan supaya Wong meneruskan khidmatnya itu dibuat dengan mengambil kira pandangan semua pihak.
Rabu, 15 April 2009
Ucapkan dengan tepat...
Ucapan-ucapan mahmudah yang sepatutnya kita amalkan dalam kehidupan seharian. Malangnya, ada antara ucapan-ucapan ini disalah guna oleh orang ramai lantaran terkeliru. Terima kasih kepada pengirim emel dan terima kasih kepada individu yang mengumpulkan maklumat berharga ini.
1 – Perkataan SUBHANALLAH
Ertinya ialah : ” MAHA SUCILAH ALLAH “
Ianya diucapkan tatkala kita melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib . Contohnya tatkala kita melihat orang yang tidak cedera walaupun terlibat di dalam kemalangan .
Tujuan kita mengucapkan “ SUBHANALLAH “ iaitu seolah-olah kita mendidik diri kita : “ Wah ! hebatnya orang itu , tak cedera langsung . Tapi Allah lebih Maha Hebat kerana itu semua tidak akan berlaku melainkan dengan izin Allah Ta’ala “ .
Ianya diucapkan juga apabila kita melihat ada apa-apa perkataan ataupun perbuatan yang menyebabkan seseorang itu syirik kepada Allah . Contohnya kita ucapkan “ SUBHANALLAH “ apabila melihat ada orang yang menyembah berhala-berhala . Di dalam hati kita ketika itu seolah-olah kita berkata : “ Allah Ta’ala Maha Suci dan tiada kena-mengena langsung sebagai Tuhan yang mereka anggap itu “ .
Lihatlah firman Allah Ta’ala berikut :
Ertinya : “ Dialah Allah yang tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah kecuali Dia Yang Maha Berkuasa , Maha Suci , Maha Selamat , Maha Memberi Keamanan , Maha Peneguh , Maha Mulia , Maha Gagah-Perkasa , Maha Besar , Maha Sucilah Allah daripada apa yang mereka sekutukan “ ~ Surah al-Hasyr : ayat 23
Lihat penggunaan “ SUBHANALLAH “ ataupun yang semakna dengannya melalui ayat Al-Quranul Karim di bawah ini :
Ertinya : “ Maha Sucilah Tuhan yang telah memperjalankan hamba-Nya di waktu malam ( Israk ) dari Masjid al-Haram ( di Mekkah al-Mukarramah ) ke Masjid al-Aqsa ( di Palestin ) yang telah Kami berkati sekitarnya , agar Kami menunjukkan kepadanya ( Nabi Muhammad s.a.w ) beberapa tanda kekuasaan Kami . Sesungguhnya Dia ( Allah ) adalah Tuhan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Melihat “ . ~ Surah al-Israk , ayat 1 .
Ya ! , peristiwa Israk-Mikraj adalah satu peristiwa yang ajaib lagi hebat , namun sehebat-hebat peristiwa itu , lebih hebat lagi Tuhan yang telah mengatur dan mencipta peristiwa itu , Tuhan itulah Allah Ta’ala Yang Maha Hebat , Yang Maha Mendengar segala doa Nabi-Nya s.a.w dan tohmahan puak-puak yang tidak mempercayai kisah itu dan Maha Melihat segala-galanya . Dan Maha Sucilah Allah drp segala sifat-sifat yang tidak sepatutnya dilemparkan kepada Dia .
Ucapan “ SUBHANALLAH “ ini juga dikenali sebagai “ TASBIH “ .
2 – Ucapan “ ALHAMDULILLAH “
Ertinya : “ Segala puja-puji hanyalah untuk Allah “ ataupun “ Segala syukur dan terima kasih hanyalah untuk Allah “ .
Ianya diucapkan sebagai puja-pujian dan bersyukur di atas segala nikmat yang Allah Ta’ala berikan kepada kita .
Contoh ayat Al-Quranul Karim yang menerangkan hal ini ialah :
Ertinya : “Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran." Dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan " ~ Surah al-‘Aaraf , ayat 43 .
Ayat di atas menerangkan nikmat yang diperolehi oleh orang-orang yang beriman kelak di hari akhirat iaitu nikmat mendiami syurga yang dijanjikan kepada mereka dahulu . Lihat ! , para penghuni syurga nanti akan mengucapkan “ ALHAMDULILLAH “ sebagai berterima-kasih dan bersyukur di atas ganjaran yang Allah Ta’ala berikan kepada mereka dan disebabkan Allah Ta’ala telah mengutuskan kepada mereka wahyu dan panduan melalui Para Rasul a.s .
Kita juga wajib mengucapkan syukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat sampainya Islam kepada kita dan masih ramai lagi para ulama’ rh , kerana tanpa Islam dan bimbingan para ulama’ rh , tidaklah kita layak masuk ke dalam syurga Allah Ta’ala kelak .
Lihat lagi firman Allah Ta’ala di dalam Surah al-Kahf , ayat pertama :
Ertinya : “ Segala puja-puji hanyalah untuk Allah (Tuhan ) yang telah menurunkan kepada hamba-Nya kitab dan tidak pula Allah ciptakan baginya ada sebarang kebengkokan ( pertentangan dan perselisihan di antara satu ayat dengan ayat yang lain ) “ .
Kita juga wajib bersyukur kepada Allah Ta’ala di atas nikmat adanya kitab Al-Quranul Karim sebagai panduan hidup kita , yang mana tanpanya , pastilah kita tidak akan menemui kebenaran dan kejayaan di dunia dan di akhirat .
Selain itu ianya diucapkan apabila kita dipuji , contohnya apabila orang memuji kita lantaran kejayaan kita , lalu kita pun menjawab : “ Alhamdulillah , saya berjaya “ ( Diucapkan ucapan “ Alhamdulillah “ agar kita tidak lupa bahawa sehebat mana pun usaha kita , ianya tentu tidak akan berjaya jika tidak diizinkan oleh Allah Ta’ala ) .
Ucapan “ ALHAMDULILLAH “ ini juga dikenali sebagai “ TAHMID “ .
3 – Ucapan “ ALLAHU AKBAR “
Ertinya : “ Allah Maha Besar “ .
Ianya diucapkan di dalam beberapa situasi :
1 – Apabila berada di tempat yang tinggi .
2 – Apabila berada di dalam ketakutan .
3 – Sebagai teriakan untuk menakutkan dan menggerunkan musuh-musuh Allah Ta’ala .
4 – Sebagai “ pembakar semangat “ para pejuang Islam .
5 – Ketika azan , takbiratul ihram dan takbir hari raya .
Ucapan ini dikenali juga sebagai “ TAKBIR “ .
4 – Ucapan “ LA ILAHA ILLALLAH “
Ertinya : “ Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak diibadati melainkan Allah “ .
Masyarakat Arab biasanya menyebut kalimah ini apabila melihat sesuatu yang menggerunkan ataupun peristiwa yang mengerikan .
Kalimah ini adalah inti-pati dan dasar ajaran Islam . Silalah melihat kitab-kitab zikir dan wirid yang sahih ( seperti RIYADHUS SOLIHIN oleh Al-Imam an-Nawawi rh ataupun KALIMUT TOIYIB oleh Al-Imam Ibnu Taimiyah rh ) untuk mengetahui fadhilat-fadhilat kalimah Tauhid ini.
Ia dikenali juga dengan gelaran “ TAHLIL “ .
5 – Ucapan “ BISMILLAH “
Ertinya : “ Dengan Nama Allah “
Ucapan ini dikenali sebagai “ BASMALAH “
Dilakukan sebagai menunjukkan adab di antara seseorang hamba dengan Allah Ta’ala ketika melakukan perkara-perkara yang diredhai-Nya .
Ertinya di sini ialah : “ Bismillah “ digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang diredhai oleh Allah Ta’ala sahaja . Seolah-olah tatkala kita membacanya kita turut sama beriktiqad : “ Aku menyebut nama Allah ini supaya kerja yang aku lakukan ini dirahmati dan diberkati oleh-Nya “ .
Adapun jika digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang , maka ia adalah haram bahkan kadang-kadang boleh membawa kepada murtad kerana dianggap menghina kesucian ataupun mempersendakan Allah Ta’ala . Contohnya :
A – Membaca “ Bismillah “ untuk menyembelih binatang-bintang yang tidak disembelih untuk tujuan yang dibenarkan ( seperti untuk mandi safar , untuk “membuka gelanggang silat “ , untuk “ menyemah “ rumah, untuk “ menjamu “ penunggu dan jin dan sebagainya .
B – Membaca “ Bismillah “ untuk melakukan jampi-jampian yang dilarang oleh agama kita .
C – Membaca “ Bismillah “ untuk “ tikam “ nombor ekor , toto dan lumba kuda serta sebarang perjudian .
D – Membaca “ Bismillah “ ( supaya selamat konon-kononnya ) untuk mengintai orang mandi .
E – Membaca “ Bismillah “ untuk makan dan minum apa-apa yang haram .
F – Membaca “ Bismillah “ kuat-kuat ( agar didengar oleh orang ramai ) ketika membuka warong demi melariskan jualan .
6 – Ucapan “ MA SYAALLAH “
Ertinya : “ Apa yang Allah Kehendaki “
Diucapkan ketika melihat apa-apa yang baik dan indah .
Diucapkan juga ketika melihat perkara-perkara yang luar biasa dan hebat ( sama seperti Tasbih )
Tidak boleh digunakan sebagai ucapan tatkala melihat sesuatu yang dilarang , contohnya menyebut “ MA SYA ALLAH “ ketika melihat wanita-wanita yang berpakaianseksi sebab kalimah itu bermakna “ Apa-apa yang Allah kehendaki “ , sedangkan Allah Ta’ala tidak pernah sama-sekali menyuruh wanita-wanita berpakaian seksi di hadapan bukan suaminya . Dan begitu juga tidak boleh mengucapkan kalimah ini tatkala melihatpelakon-pelakon yang seksi-seksi di TV .
Hati-Hati dan fahami baik-baik penggunakan kalimah dan ucapan ini !!! .
Ucapan ini diistilahkan sebagai : “ AL-MASYIAH “
7 – Ucapan “ A’UZUBILLAHI MINASY SYAITONIR RAJIM “
Ertinya : “ Aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam ( terkutuk ) “ .
Diucapkan sebagai memohon perlindungan dan keselamatan kepada Allah Ta’ala daripada segala jenis gangguan , sama ada gangguan syaitan ataupun bala-bencana .
Diucapkan juga sebagai memulakan bacaan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim .
Ucapan ini digelar sebagai “ AT-TA’AWWUDZ “ .
8 – Ucapan “ LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH “
Ertinya : “ Tidak adalah daya-upaya dan kekuatan ( yang sebenar / yang terutama ) melainkan dengan izin ( pertolongan ) Allah “ .
Diucapkan apabila melihat perkara-perkara yang tidak disukai ataupun apabila kita tidak terdaya untuk melakukan sesuatu .
Dan diucapkan apabila kita merasai kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri kita seperti sedang berhadapan dengan jumlah musuh yang lebih ramai daripada pihak kita .
Ucapan ini dikenali sebagai “ AL-HAUQOLAH “ .
9 – Ucapan “ INSYA ALLAH “
Ertinya : “ Jika diizinkan Allah “
Diucapkan apabila kita berjanji untuk menyempurnakan hajat seseorang . Ataupun apabila hati kita berat 70 % untuk memenuhi janji itu maka bolehlah kita menyebut “INSYA-ALLAH “ , tetapi jika kita memang tidak mahu memenuhi hajat itu ataupun hati kita memang berat 70 % untuk tidak memenuhinya , maka tidaklah wajar kitamenggunakan kalimah ini . ~ [ Hasil temuramah di antara Al marhum S.S Dato’ Ishak Baharom , Bekas Mufti Selangor Darul Ehsan dengan salah sebuah majalah di Malaysia ].
Ucapan ini dikenali sebagai “ TAWAKKUL “ ( Tetapi masyarakat Melayu memanggilnya sebagai tawakkal )
10– Ucapan “ BARAKKALLAHU FIK “
Ertinya : “ Semoga Allah memberkati engkau “ .
Diucapkan kepada seseorang yang kita cintai ataupun sebagai doa baginya .
Menurut sunnah ucapan yang seumpama ini diucapkan juga kepada mereka yang baru berkahwin .
Ucapan ini dikenali sebagai “ AT-TABARRUK “ .
11 – Ucapan “ JAZAKALLAHU KHAIRAN “
Ertinya : “ Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan “
Ucapan ini sebagai tanda terima kasih kita pada seseorang .
Boleh juga diucapkan dengan “ JAZAKALLAHU KHAIRAN KATSIRAN “ ( Semoga Allah membalas jasa-baikmu itu dengan kebaikan yang banyak “ .
Boleh juga diucapkan dengan “ JAZAKALLAHU KHAIRAL JAZAK “ ( Semoga Allah membalas jasa-baikmu dengan balasan yang paling baik ) .
Adalah SALAH dan TIDAK BETUL jika sekadar mengucapkan “ JAZAKALLAHU “ ( Semoga Allah membalasmu…) Membalas dengan apa ??? . Ayat ini jadi ayat tergantung ! .
Apabila kita diucapkan sedemikian rupa , maka respon kita pula ialah : “ JAZANA WA IYYAK “ . Erti respon itu ialah : “ Semoga Allah juga membalas ( kebaikan yang kau ucapkan tadi ) kepada kita semua dan juga kepada dirimu “ .
Ianya dikenali sebagai kalimah “ ASY-SYUKR “
12 – Ucapan “ INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN “
Ertinya : “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.
Diucapkan apabila ditimpa sesuatu yang tidak dikehendaki seperti banjir , kemalangan , kecurian dan seumpamanya . ( Walhal orang-orang kita hanya mengucapkannya tatkala mendengar berita kematian seseorang ) .
Firman Allah mengenai ucapan ini : Ertinya : “ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “~ Surah al-Baqarah , ayat 155 .
Ucapan ini dikenali sebagai “ LIL ISTIRJAA’ / TARJIE’“
13 – Ucapan “ HASBUNALLAHU WA NI’MAL WAKIL “
Ertinya : “ Cukuplah bagi kami ini Allah itu sebagai sebaik-baik pelindung / penolong “ .
Diucapkan sebagai tanda kita ini berserah diri dan bergantung harap ( bertawakkal ) kepada Allah Ta’ala semata-mata . Dan ia juga merupakan ucapan “ pembakar “ semangat keberanian orang-orang yang beriman . Contohnya diucapkan tatkala menghadapi serangan musuh.
Firman Allah Ta’ala yang mengisahkan keimanan para sahabat r.a menjelang Perang Badar : Ertinya : Orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul itu apabila dikatakan kepada mereka : "Sesungguhnya manusia ( musyrikin Quraisy ) telah mengumpulkanpasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung “ . ~ Surah Ali ‘Imran , ayat 173 .
Ucapan ini dikenali sebagai “ AL-HASBANA
[ toyu ] Moga sama-sama mendapat manfaatnya!!!. Terima kasih kepada empunya laman sesawang yang menyediakan artikel ini untuk perkongsian bersama.

ORANG BAIK BANYAK LAGI MENGAPA PILIH YANG TAK BAIK?
oleh ArisAwang
"Apa ni Jamil Khir. Anak orang PAS. Tapi join org2 jahat." Itu SMS yang aku terima semalam dari seorang sahabat dari Serawak.
Aku foward mesej itu kepada Hj Mohd Sabu, yang kebetulan baru berlepas balik ke KL setelah menghadiri program Motivasi Rakyat di Dun Kubang Rotan, kerana keluarga Jamil Khir memang kenal rapat dengan Hj Mohd Sabu.
Hj Mohd Sabu balas balik mesej tersebut............ dan aku pun faham. Apa isi mesej tersebut? Rahsia akulah, tak kan nak cerita semua kut.
Aku foward pula mesej tersebut kepada Abang Pie (Abang Ipar) untuk dapat jawapan nak balas semula kepada sahabat dari Serawak kerana keluarga Abang Ipar aku nie memang dengan keluarga Jamil Khir dalam bahasa Kedah kata begulin-begarak (baik sungguh).
Sampai hari ini dia tak jawab lagi.... aku pun tak jawablah lagi mesej di atas kepada sahabat dari Serawak tu sampai hari ini.
Kebimbangan aku.......... harapan semoga tidak menjadilah perkara itu?
Perkara apa pulak?
"Jadi kupang tembaga", kata kata Kak Limah aku yang duduk di Seberang Kota, Kuala Kedah, bila aku beritahu mesej di atas kepadanya, ketika sembang di meja makan selepas balik kuliah pagi Jumaat di surau oleh Ustaz Abd Rahman Saad, dari Insaniah.
"Orang jahat ni akan pakai kita bila dia terdesak, bila dia dah OK, dan silap-silap haribulan kita pulak telajak cakap pasai nak tunjuk kita hebat jahat lebih pada dia, yang akhirnya menyebabkan orang marah kat kita termasuk dengan dia. Maka dia akan terajang kita sampai menugin, itu yang kena kat Anwar Ibrahim dulu dengan Dr. Mahathir, tak kan adik tak ingat", tambah Kak Limah aku sambil mulut menunyah karipap.
Sambungnya lagi, "Lepas itu depa (pemimpin BN) pun tak mahu la kat kita lagi, pasai kita masa tu dah jadi beban kat depa, orang puteh kata lebaliti ka..... akhirnya kupang tembaga la kita...... orang jahat meluat..... orang baik tak percaya.... boleh lah sekupang dua untuk hidup atas dunia ni sementara nak mati."
"Nak nasihat depa jadi baik?" tanya beliau.
Dia jawab sendiri, "Tobat lahum, depa ni nak terima, kita kena sedar kalau depa tu nak Islam sebenar-benarnya memang dah lama depa buat, depa nak guna kita saja, cuba adik tengok mana Firdaus bekas imam masjid negara lani..... mana Hamid Osman..... Mashitah pasai dok segak lagi".
Nak tutup perbualan, aku menyampuk, "Adik nak pi galas mesin rumput nak tebas depan rumah, pasai rumput dah panjang tak dan nak tebas kalut sikit seminggu dua ni."
"Ha.... tak pa.... cuma adik bagi tau la kat Zul Baharom adik Jamil Khir tu kata orang Kuala Kedah tak seronokla abang dia anak orang PAS pi bekawan dengan orang jahat, orang baik banyak lagi awatla pi pilih yang jahat...." menutup bicaranya.
"InsyaAllah, cuma dah lama tak jumpa Zul", jawab aku.

Produk Kecentikan Vs Wanita
Oleh Heart by Eija @ Purple28
Baru-baru ini kita digemparkan dengan kematian seorang wanita ketika menjalani prosedur kecantikan untuk mendapatkan rawatan membuang/menyedut lemak di sebuah klinik di Ampang. Ibu kepada tiga orang anak itu meninggal dunia setelah menerima suntikan semasa menjalani rawatan tersebut.
Sebelum itu juga sering kita dengar beberapa kes yang melibatkan prosedur kecantikan yang lain atau penggunaan kosmetik yang telah menyebabkan kulit menjadi rosak dan teruk.
Kecantikan dari segi wajah dan tubuh untuk kelihatan lebih berseri atau slim seringkali dikaitkan dengan wanita. Obses kepada kecantikan menyebabkan wanita sanggup melakukan apa saja malah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk kelihatan menawan. Tidak kira apa saja produk atau prosedur kecantikan yang mampu menyerlahkan penampilan seseorang, ia pastinya akan laris di pasaran tanpa mengendahkan sama ada produk atau rawatan tersebut boleh memudaratkan individu tersebut. Akhirnya ramai yang menderita sehingga membawa maut. Ini juga menyebabkan para pengusaha kosmetik, mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.
SIBUTRAMINE
Apa tu? Pastinya korang semua tak pernah dengar atau tak tahu apa kebendanye Sibutramine kan? Sibutramine merupakan racun berjadual yang tersenarai di bawah Akta Racun 1952. Makin confuse?
Sibutramine merupakan racun/bahan/ubat yang amat berkesan digunakan untuk rawatan Obesiti. Ia hanya boleh dibekalkan dan diberikan kepada pesakit oleh Ahli Farmasi atau Doktor sahaja kerana hanya ahli professional ini sahaja yang boleh mengendalikan ubat. Penggunaan racun Sibutramine sememangnya diakui boleh mengurangkan berat badan tetapi memberi kesan sampingan seperti kemurungan, halusinasi, cepat marah, rasa berdebar, tekanan emosi, hilang tumpuan, tidak tenteram, resah selain menghadapai risiko kerosakan buah pinggang, tekanan darah tinggi dan sakit jantung sekiranya digunakan tanpa nasihat Ahli Farmasi dan Doktor.
Untuk pengetahuan korang, sekarang ni banyak pengusaha/pengilang ubat-ubat tradisional dan jamu yang mendakwa boleh menguruskan badan ni sengaja mencampurkan racun Sibutramine dalam ubat mereka supaya kesan yang cepat boleh dilihat. Itulah sebabnya kita sering dengar bila makan ubat dalam masa 10 hari pun dah boleh kurus. Sebabnya ia mungkin mengandungi racun Sibutramine atau racun-racun lain yang mempunyai fungsi yang sama. Penggunaan yang lama mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan yang lebih teruk dan mungkin boleh menyebabkan kematian.
HIDROKUINON/ HYDROQUINONE
Hidrokuinon juga merupakan racun berjadual yang tersenarai dalam Akta Racun1952. Ia sebenarnya merupakan bahan peluntur yang kuat yang sering digunakan dalam industri fotografi, getah dan agen aktif untuk melunturkan warna rambut. Ia juga digunakan untuk rawatan pigmentasi oleh pakar kulit.
Walaubagaimanapun, racun hidrokuinon ini juga disalahgunakan oleh orang-orang yang ingin mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan daripada obsesi wanita terhadap kecantikan. Hidrokuinone ditambah ke dalam kosmetik dalam kuantiti yang tinggi supaya kesan pencerahan lebih cepat dan ketara.
Sejenis kosmetik jenis krim malam yang mendakwa boleh memutihkan kulit wajah keluaran sebuah syarikat kecantikan ternama dibatalkan pendaftarannya oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan Malaysia setelah menerima aduan daripada beberapa pengguna yang mendakwa mengalami kesan sampingan selepas menggunakannya. Setelah diuji, produk kosmetik tersebut disahkan mengandungi Hidrokuinon.
Penggunaan hidrokuinon pada peringkat awal menyebabkan kulit menjadi cerah manakala parut dan pigmentasi hilang kerana hidrokuinon menghalang penghasilan Melanin. Melanin ni sebenarnya sel lapisan bawah kulit. Lebih banyak melanin lebih gelap kulit kita. Jadi bila hidrokuinon menghalang penghasilan melanin, maka oleh sebab itulah kulit akan lebih cerah. Faham ke korang?
Apabila melihat kesannya yang memberangsangkan pada kulit iaitu kulit jadi putih berseri, ramai wanita menganggap ia produk yang baik dan terus menggunakannya. Maka disinilah bermulanya masalah dimana Hidrokuinon yang disapu pada kulit akan bertindak balas dengan cahaya matahari dan berlakulah proses pengoksidaan semula.
Proses pengoksidaan semula lebih kurang camnilah. Cuba korang hiris sebiji epal dan biarkan seketika. Selepas beberapa minit, epal akan bertukar menjadi coklat kan? Ini bermakna proses pengoksidaan semila berlaku dan begitulah yang akan terjadi pada kulit kita.
Proses pengoksidaan semula ini akan menghasilkan lebih banyak pigmentasi dan mempercepatkan penuaan. Warna kulit menjadi tidak rata dan timbul kesan tompok hitam. Untuk membetulkan semula keadaan ini, lebih banyak hidrokuinon diperlukan dan proses sama akan berulang.
Pada masa sama, penghasilan melanin akan terhenti. Ketiadaan melanin bermakna kulit hilang daya perlindungannya dan sangat lemah. Ia sangat sensitif pada cahaya matahari dan menyebabkan keradangan, sawan, koma selain menghadapi risiko mendapat kanser kulit.
SUNTIKAN VITAMIN C / COLLAGEN / BOTOX
Trend mendapatkan suntikan Vitamin C/ Collagen / Botox untuk tujuan kecantikan mula popular di negara ini kira-kira tiga tahun lalu selepas beberapa pengamal kecantikan di salun mempromosikan perkhidmatan ini yang dakwa mereka dapat menjadikan kulit lebih cerah, berseri serta melambatkan proses penuaan. Ramai antara wanita yang mengambilnya menderita apabila wajah mereka bernanah, membengkak dan mengeras hingga menyebabkan mereka tidak boleh tersenyum dan mengunyah makanan akibat menggunakan suntikan Vitamin C / Collagen / Botox pada wajah mereka.
Apa yang menjadi kebimbangan adalah keselamatan produk suntikan Vitamin C ini kerana sehingga kini, Kementerian Kesihatan belum dan tidak pernah meluluskan Vitamin C dalam bentuk suntikan. Penggunaan Vitamin C yang berterusan dan terus ke dalam sistem darah boleh menyebabkan risiko kerosakan buah pinggang
Botox pula merupakan sejenis bacteria iaitu colostridium botolinium yang digunakan untuk rawatan kekejangan otot di sekeliling mata, mata juling, kepala teleng, kanak-kanak spastik yang kejang tangan dan kaki. Ia disuntik pada otot muka bagi mengurangkan aktiviti otot muka.
Kini ia digunakan oleh orang-orang yang tidak bertauliah sepeti di salun-salun kecantikan untuk hilangkan kedutan di kawasan dahi dan mata dengan mengurangkan aktiviti otot muka supaya garis-garis halus akan hilang. Walaubagaimanapun, jika ia tersalah suntik ia boleh menyebabkan kulit muka menjadi tidak kenyal dan muka akan kelihatan jatuh. Ia juga boleh menyerang saraf otot-otot pernafasan dan jantung yang akan mengakibatkan fungsinya jantung terhenti dalam tempoh beberapa minit atau jam jika diambil dalam dos yang berlebihan.

Selasa, 14 April 2009
ADUN BN diugut, 10 boikot DUN Terengganu
Posted on Tuesday, April 14 @ 16:03:14 MYT by TokAyah
Sumber malaysiakini
Sepuluh ADUN Barisan Nasional (BN) memulaukan DUN Terengganu pada hari kedua persidangan hari ini selepas beberapa orang daripada mereka menerima ugutan "YB tak sayang nyawa?" malam tadi.
Mereka kini berada di beberapa tempat di negeri itu kerana bimbang keselamatan mereka tidak terjamin, kata ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Tiga ADUN penyokong kerajaan membuat laporan polis tengah malam tadi setelah menerima mesej SMS berbentuk ugutan - dispekulasikan berhubung usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu.
Rosol bagaimanapun menafikan ketidakhadiran 10 ADUN tersebut termasuk beliau sendiri, sebagai langkah menjatuhkan Datuk Ahmad Said seperti diura-urakan sejak minggu lalu.
Selain beliau sendiri, ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh turut membuat laporan polis selepas mendapat mesej SMS ugutan pada jam 11.20 malam tadi.
Mesej yang didakwa dikirim oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri itu antaranya berbunyi "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".
Selain mereka bertiga, turut tidak hadir di sidang DUN pagi ini ialah
Muhammad Ramli Noh (Tepoh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).
Dipercayai, beberapa ADUN BN akan ke Putrajaya untuk mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin berhubung krisis terbaru di negeri itu.
Krisis kepemimpinan menteri besar Terengganu kali ini tercetus genap setahun selepas berlaku perebutan kuasa antara Ahmad - yang disokong oleh istana - dengan Idris, menteri besar waktu itu.
Minggu lalu, Ahmad memberi amaran keras termasuk memecat ADUN BN terbabit jika usul undi tidak percaya dikemukakan dalam sidang dewan minggu ini.
BN menguasai 24 kerusi DUN, sementara PAS pula lapan kerusi.
Sementara itu, Rosol yang juga pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri, memberitahu sidang akhbar pagi ini bahawa selain 10 Adun berkenaan, tiga lagi Adun BN yang menyokong tindakan mereka, tidak menghadiri sidang DUN hari ini.
Bagaimanapun, Berita Harian memetiknya sebagai berkata, ketiga-tiga ADUN tersebut tidak bersama mereka dalam sidang media itu.
Bagaimanapun Bernama melaporkan, selain menteri besar dan 10 exco kerajaan negeri, hanya tiga wakil rakyat BN dalam sesi soal jawab itu.
Tindakan memulaukan dewan itu, lapor agensi berita itu lagi, menyebabkan ia didominasi semua lapan ADUN pembangkang.
Menurut Rosol di sidang media itu, mereka tidak akan hadir persidangan DUN selagi tidak mendapat jaminan keselamatan berikutan ugutan bunuh menerusi SMS itu.
"Kita akan hadir pada hari terakhir sidang dewan esok jika mendapat jaminan keselamatan daripada polis," katanya.

Langgan:
Catatan (Atom)