

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Bismillahir rahmanir rohim.
Bandar yang terpinggir ini sekali lagi dilanda fenomena pelik, 'mari berkawal' tema yang sedang panas ditaja oleh beberapa pihak BSB. Mana satu nak pilih ni??? fening.... 'Bila terhantuk baru terngadah' itulah peninggalan nenek moyang yang tepat dan sebati dalam Masyarakat khususnya Melayu. Peti surat kita diasak dengan jemputan kemajlis taklimat (baguslah tu)terselit juga sumbangan RM... itu biasa 'ada duit semua boleh jadi'
Minta maaf cakap masa jenayah pecah rumah sedang berluasa 2 tahun lalu tak lah sebegini hebat promosi berkawal ni... Yang pastinya Kembongjasari, Kembangjasari dan beberapa sari lagi kita bergerak secara berjemaah bermula di Surau mengumpul anak khariah sendiri berkawal disetiap lorong tak pulak minta RM... atau ada tajaan dari mana2 pihak termasuklah K.. yang popular dengan peruntukan tu. Antara sari2 yang berkawal tu kita ada coodination bila berlaku sesuatu jenayah atau maksiat. Siap bina pondok sendiri dari poket penghuni lorong masing2 nampak hasilnya (dengar2 ada yang berminat ambil gambar dan claim itu dia yang punya usaha, bawa keatas untuk apa Wallahualam kita tak layan khabar angin lantaklah ALLAH ada).


Amalan kami selama ni, bila nak buat persatuan atau pertubuhan yang melibatkan anak khariah dan dana2 tertentu, pemilihan pimpinan mestilah telus yang dilantik dalam mesyuarat anak khariah, lepas tu kalau ada peruntukkan maklumkan berapa apa yang di belanja dan berapa bakinya. Baru datang keikhlasan untuk kita memberi kerjasama bak kata orang, kita buat sesuatu mesti jelas duduk perkara jangan jadi macam keldai atau lembu apa yang di bubuh di belakang terus dibawa tak kira rumput ker, kain ker, najis ker asal suruh jalan, jalan..


Ustaz kata walaupun orang yang zalim suruh buat pekara baik kita kena ikut... betul tapi kita ada pilihan lain, kecuali masa tu, agama kita atau nyawa kita dan keluarga teramcam itu cerita lain macam Saddam Husain walaupun jahat bila diancam kafir laknat berdosa kita tak menyahut seruan FIssabilillah...
Rasanya itu saja yang nak kongsi, baik juga ada yang peringat.. dulu kan dah kena beberapakali ingat eeee lupa ni.. bila nasi dah jadi bubur.... lu.. pikir la sendiri... Tepuk dada tanya IMAN...
Wallahu'alam
Sekian, Jazakallhu khairan kathiro.
FIKIR ITU PELITA HATI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan