assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Sabtu, 2 Mei 2009

ADUN PKR KUALA KURAU DI SERANG


[Laporan oleh Man Saman Kati dari Perakexpress.com]
YB Kuala Kurau, Yunus Jamsari telah di serang.

Sekumpulan penyerang dalam tiga buah kereta telah menyerang kereta YB Yunus dan dilaporkan Pembantu Khas YB Yunus yang dikenali sebagai Pak Nan telah cedera parah di tangan.

Apakah ini bersangkutan dengan berita di bawah ini.

ADUN KUALA KURAU MEMBNERI KETERANGAN PADA SPRM

IPOH:-Satu laporan rasuah telah dilakukan oleh ADUN Kuala Kurau,YB.Yunus Jamahri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) atas usaha pimpinan BN merasuah beliau dengan wang dan jawatan.

Hadir bersama beliau ialah ADUN Pakatan Rakyat, YB. Drs.Khalil Idham Lim(Titi Serong), YB.Chan Ming Kai(Simpang Pulai), YB.Chang Lih Kang (Teja), YB.Leong Mee Meng (Jalong), YB Sum Cheok Leng (Bercham), YB. Sivasubramaniam(Buntong) dan YB. Ramli Tusin (Gunung Semanggol).

Dalam sidang akhbar sebentar tadi, ADUN Kuala Kurau mendedahkan usaha membeli beliau supaya melompat kepada BN bermula sejak minggu PR menang di Perak sehinggalah sebelum BN merampas kuasa di Perak.

Beliau juga mendedahkan tawaran yang diberikan antaranya dengan sogokan wang dari RM3juta hingga RM8 juta. Disamping dengan tawaran kompatmen balak dan jawatan Exco Perak.

Sekat Media Tindakan Tidak Bertamadun


Speaker DUN Perak-Sivakumar - Arahan menyekat wartawan dari membuat liputan sidang DUN Perak pada Khamis depan adalah bersifat 'draconian' dan tidak bertamadun.

Persidangan ini adalah yang pertama kali selepas UMNO BN merompak kuasa dari Pakatan Rakyat pada Februari lepas. Berkemungkinan besar campur tangan SU Kerajaan Negeri yang telah mengeluarkan arahan tersebut. Hakikat yang perlu diketahui umum, perjalanan persidangan DUN adalah terletak dibawah kuasa Speaker.


SU Kerajaan Negeri tiada hak dan kuasa langsung untuk berbuat demikian. Beliau tidak berunding dengan Speaker berkaitan dengan hal ini dan beliau membuat keputusan dengan sewenang-wenanya. Adalah menjadi satu kepelikan apabila kuasa Speaker di pinggirkan sama sekali oleh UMNO BN sedangkan jawatan Speaker Sivakumar masih sah di sisi perlembagaan.

Sebenarnya media bukannya hadir untuk menimbulkan kekecohan dalan DUN. Mereka hanya menjalankan tugas untuk membuat liputan mengenai persidangan tersebut bagi disampaikan kepada rakyat. Rakyat tidak boleh diperdayakan dan diperbodohkan dengan berita berat sebelah oleh media pengampu dan pembodek UMNO BN sahaja.

Difahamkan hanya media UMNO BN sahaja yang dibenarkan untuk membuat liputan persidangan penting DUN Perak pada Khamis depan. Tindakan tersebut bagi mengelak maklumat yang tepat dan benar bocor kepada rakyat jelata. Inilah kaedah yang digunapakai oleh UMNO BN sekian lama bagi menipu dan membohongi rakyat. Tindakan ini hanya menambah luka yang sedia parah yang di cetuskan oleh UMNO BN di negeri Perak. Ternyata pencabulan demi pencabulan pasti akan berlaku lagi pada masa akan datang demi survival politik singkat UMNO BN.

Waheeda: Akhil Hayy akhirnya mengaku..

Oleh Wahida Asrani

Enggan menyembunyikannya lagi, Akhil akhirnya mengaku tentang 'status' mereka itu

SETELAH sekian lama asyik menepis spekulasi dan persoalan ramai tentang hubungan sebenar mereka, penyanyi nasyid dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy akhirnya membuat pengakuan bahawa penyanyi popular, Waheeda adalah isterinya.

Lebih setahun kisah 'panas' mereka hebat diperkatakan. Dalam tempoh itu, banyak juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Waheeda dan Akhil sendiri berikutan isu mereka dikatakan telah berkahwin dan Waheeda menjadi isteri kedua Akhil.

Enggan menyembunyikannya lagi, Akhil akhirnya mengaku tentang 'status'mereka itu.

"Saya ingin membuat pengakuan di sini bahawa Waheeda adalah isteri saya...tetapi hanya di dalam program Cafe Akhil Hayy untuk musim kedua," kata penceramah bebas berusia 39 tahun itu yang ditemui padamajlis pelancaran program itu di Ampang, semalam.

Ternyata 'gimik' yang dibuat oleh Akhil itu agak mengejutkan media yang hadir di majlis tersebut yang rata-ratanya merasakan mereka akan membuat satu 'pengumuman' istimewa di situ apatah lagi bila melihat ibu bapa Waheeda sendiri hadir ke majlis itu bersama anaknya.

Malah, sikap 'sporting' yang dipamerkan oleh Waheeda dan Akhil yang akhirnya sanggup bergambar secara berdua pada majlis itu meyakinkan ramai media bahawa 'pasangan' ini mungkin sudah bersedia untuk 'mendedahkan' status sebenar mereka.

"Saya dah jangka pasti ramai wartawan yang beranggapan sedemikian. Memang benar Waheeda adalah isteri saya, tetapi itu adalah wataknya di dalam program Cafe Akhil Hayy kali ini.

"Waheeda membawakan watak bernama Hani Az-Zahra. Sebenarnya nama Waheeda dicadangkan sendiri oleh pihak Astro Oasis...mungkin mereka melihat kredibilitinya sebagai penyanyi dan pelakon yang menampilkanimej Islamik dan pada masa yang sama, dia turut terlibat denganaktiviti dakwah.

"Waheeda juga merupakan 'facilitator' di Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID)dan sebab itu saya rasa dia memang sesuai untuk turut serta dalam program ini. Kami digabungkan di dalam program inisekadar untuk berdakwah.

"Saya tahu dia mampu bawakan tugasnya dengan baik dan memang dia sendiri tahu apa yang perlu dilakukan terhadap wataknya itu," kata Akhil berceritakan serba-sedikit tentang pembabitan Waheeda di dalamprogram berunsurkan dakwah dalam bentuk santai yang telah pun memulakan siaran pertama musim kedua ini pada Rabu lalu, pukul 7.30 malam di saluran Astro Oasis.

Musim kedua program yang berelemenkan bual bicara dan drama ini bukan saja menampilkan Waheeda, malah mereka turut ditemani oleh bakat baru, Afiq AF5 dan Mimie Haris yang akan turut sama melayan kerenah pelanggan-pelanggan yang hadir di cafe tersebut.

"Ada juga penonton yang memberikan respon berdasarkan musim lalu dan minta kami buatkan lebih 'drama'. Tetapi ini sebenarnya adalah program bual bicara, cuma kita adunkan dalam sedikit bentuk drama.

"Kali ini juga kita turut menjemput tetamu-tetamu yang berjaya di dalam bidang masing-masing seperti Azmil Mustapha, Tan Sri Jins Shamsudin, Datuk Aziz Sattar dan Ustaz Radhi, bekas vokalis kumpulan Melissa.

"Topik-topik yang dibincangkan juga lebih global. Semua idea itu kita bincangkan terlebih dahulu dengan produksi sebab kita kena melihat juga sasaran penonton.

"Berdasarkan musim pertama dulu, memang saya tidak nafikan golongan remaja yang sering mononton program ini. Kalau boleh, kali ini kita mahu kelompok penontonnya lebih luas, tidak hanya kepada remaja sahaja," kata Akhil.

Mengulas mengenai pembabitannya dalam Cafe Akhil Hayy musim kedua ini, kata Waheeda, tindakannya ini bukan sengaja untuk 'mengiyakan' kontroversi yang melandanya dan Akhil, tapi tawaran ini sanggup digalasnya kerana merasakan ini juga merupakan salah satu medium yang baik untuk berdakwah.

"Jika musim pertama dulu, kita saksikan Akhil banyak fokus kepada aspek hukum-hakam, tetapi saya akan kupaskan lebih dari segi psikologi.

"Apapun, saya tidak rasakan pembabitan saya sepatutnya menjadi isu. Kami ni sebenarnya degil sikit...lagi banyak orang bercakap, lagi kami akan buat saja apa yang kami suka," kata Waheeda.

Dalam pada itu, peluang bertemu media itu juga digunakan sebaikn mungkin oleh Akhil dan Waheeda untuk menjelaskan hal sebenar tentang pelbagai spekulasi panas yang melanda diri mereka, termasuklah dikatakan telah bernikah di sebuah kawasan di Selangor pada tahun lalu.

"Benda ini memang tidak akan selesai. Saya pun tidak tahu mengapa hidup saya dilanda tsunami seperti ini. Mereka boleh bercakap apa saja, tetapi kamu nampak ke kami diijabkabulkan?

"Saya hanya berdoa agar kami terus kuat mengharungi perkara ini. Memang selalunya, orang tidak akan nampak yang putih, tetapi sedikit saja kesan hitam itulah yang orang akan nampak dulu," kata Akhil.

Tambah Waheeda pula, "Seteruk mana sebenarnya kes kami ini? Saya mintamaaf kerana mengatakan ini, tapi kenapa artis yang keluarkan kenyataan sebagai contoh, tidak salah berpakaian seksi asalkan dirinya selesa dengan pakaian itu atau kerana rasa dirinya masih muda, tidakdijadikan isu?"

Namun, kata Akhil, dia bagaimanapun redha dengan apa yang melanda hidupnya dan tidak merasakan dirinya telah menjejaskan status 'ustaz'.

"Saya pun tidak pernah merasakan diri saya hebat. Tetapi saya tetap bersyukur kerana orang menggelarkan saya ustaz. Apapun, kita kenalah faham. Walaupun sebagai seorang ustaz, dia juga adalah manusia biasa.

"Mungkin saya juga ada terlepas pandang tentang hal-hal tertentu, tapi apapun, dakwah tetap perlu diteruskan," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan isterinya berikutan kontroversi tersebut, kata Akhil:

"Dia tidak ada masalah. TapiaAsam garam rumahtangga bagi saya adalah peribadi," tuturnya.

Diajukan pula pertanyaan bagaimana boleh timbulnya gosip tentang mereka itu, dalam nada tenang, kata Akhil, dia sendiri tidak pasti bagaimana perkara ini mula menjadi buah mulut ramai dan merebak dengan cepat.

"Isu ini bukan kami yang mulakan. Dan sebab itulah kami tidak berdaya untuk hentikan. Jika diikutkan, saya dan Waheeda mula kenal sejak tahun 2006 ketika terbabit di dalam program Hijrah Remaja di saluran Astro.

"Dari situ saya nampak dia adalah seorang wanita Malaysia yang jumlah sepertinya hanya boleh dibilang dengan jari. Saya lihat dia ni menjaga apa yang perlu dia jaga dan sehingga kini, dia masih seperti itu," kata Akhil.

Akhil tidak berdisiplin?

Tatkala isu kontroversinya dengan Waheeda masih hangat diperkatakan, timbul sebuah lagi perkhabaran yang mengatakan Akhil sering tiba lewat di mana-mana majlis atau program.

Dengan imej yang ditampilkan serta turut menjadi ikon eksklusif Astro Oasis, perkara ini dilihat mampu menjatuhkan reputasinya.

"Ini saya akui mungkin adalah 'bad attitude' saya dan janganlah mencontohi dari aspek ini. Hakikatnya, saya juga manusia biasa dan tidak sempurna," tutur Akhil ringkas sambil menambah adakalanyakelewatan itu berpunca kerana kesibukannya mengadakan ceramah di merata-rata tempat.

Bercerita tentang ikon eksklusif Astro Oasis itu pula, kata Akhil, dia amat terharu dengan tawaran tersebut.

"Ini tanggungjawab yang besar untuk saya galas. Sebelum ini saya hanya banyak berdakwah di kampung-kampung, tapi kali ini sudah mula berdakwah menerusi program-program di kaca televisyen.

"Saya tidak pula merasakan saya adalah ikon, tetapi mungkin perkataan yang sesuai adalah 'idola'. Saya bukanlah idola yang terbaik, tapi mungkin pihak Astro melihat sesuatu mengenai pendekatan yang saya gunakan untuk berdakwah dengan khalayak," katanya. / Mstar

Gila Yang Sebenarnya

Rasulullah pada suatu hari melihat orang mengerumuni sesuatu lalu mendekatinya dan bertanya apakah yang sedang dilihat. Jawab para sahabat mereka melihat orang gila.

Jawab Baginda sebetulnya orang yang dikerumuni itu bukan nya gila yang sebenarnya tetapi "berpenyakit mental" tetapi orang yang "gila" adalah orang yang mementingkan dunia dan lupa kepada akhirat . Kerananya dia dimasukkan neraka, itulah orang yang benar-benar gila.

Sesungguhnya orang yang berpenyakit mental mungkin boleh disembuhkan dan pulih seperti biasa, malah semasa dia sakit kalau melakukan sesuatu tidak dibebankan dosa walaupun melanggar tatasusila agama.

Namun awaslah kepada orang yang betul-betul gila iaitu melakukan kerja-kerja yang memastikan dia masuk neraka Allah.

Speaker DUN Perak: Adakah Siva terima usul pecat diri sendiri ?


Setiausaha Badan Perhubungan MIC Perak, Datuk R. Ganesan mengesahkan yang namanya telah dicalonkan untuk menggantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar daripada Pakatan Rakyat minggu depan.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai itu menjelaskan, beliau telah memberi persetujuan untuk dilantik ke jawatan tersebut apabila DUN bersidang Khamis ini.

Persoalannya adakah usul untuk memecat dirinya sendiri akan diterima oleh Speaker yang masih sah , V. Sivakumar ? pembaca budiman boleh memberi jawapannya sendiri secara jujur. Sedangkan sebelum ini sejarah membukti berapa banyak usul yang dibangkul sampahkan oleh Speaker peringkat DUN dan parlimen.

Beliau mengatakan sudah menandatangani surat persetujuan, dalam keadaan Sepoeker yang ada masih berkuasa. Aneh tapi benar?

Beliau juga merupakan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC dari tahun 2000. Beliau memenangi kerusi DUN Sungkai dengan menewaskan A. Sivanesan dari DAP pada pilihan raya umum 2004.

Usul bertarikh 29 April lepas itu dicadangkan oleh Zambry dan disokong seorang Exco Kudetanya Hamidah Osman.

Sivakumar pada satu sidang akhbar di sini semalam ketika ditanya mengenai usul pelucutan jawatannya, katanya beliau mengakui memang ada usul yang diterima berkaitan perkara itu tetapi menegaskan pihaknya belum membuat apa-apa keputusan lagi. Sambil menegaskan bahawa speaker mempunyai kuasa untuk menerima dan menolak mana-mana usul.

Zambry pada minggu lepas telah mengemukakan usul kepada pejabat Setiausaha DUN Perak untuk pertimbangan Speaker DUN Perak bagi melucutkan jawatannya sendiri yang masih sah seterusnya melantik speaker baru pada persidangan DUN dijadual 7 Mei.

Usul itu yang disokong Hamidah menerusi surat bertarikh 22 April lepas diterima Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri pada 23 April dan diberi notis untuk dibawa pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, DUN Perak ke12 pada tarikh yang ditetapkan itu walaupun belum diputuskan lagi diterima atau ditolak oleh Speaker.

Sepatutunya Agenda sidang yang sampai kepada semua ADUN adalah ditentukan oleh Speaker, tetapi untuk sekian kalinya saya dimaklumkan Speaker dinafikan dalam menentukan agenda sidang termasuklah dalam hal usul yang semacam sudah diterima Sivakumar walaupun belum diputuskan kedudukannya seperti kenyataannya kelmarin.

Abdullah dalam suratnya kepada semua 59 ADUN Perak bertarikh 27 April lalu berkata, sekiranya usul itu diluluskan dalam mesyuarat berkenaan, urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker baru.

Berikutan itu, beliau meminta semua ADUN mengemukakan cadangan bagi memilih Speaker baru menggunakan borang pencalonan yang dikepilkan bersama dengan surat berkenaan.

Nizar pada sidang akhbarnya semalam ketika ditanya mengenai usul untuk melucutkan jawatan Sivakumar, berkata semua ADUN berhak mengemukakan apa saja usul dan terpulang kepada Speaker untuk tindakan seterusnya.

Exco Kanan Perak Pakatan Rakyat yang juga Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham sebelum ini dilaporkan berkata ADUN pakatan Rakyat tidak akan memberi maklum balas terhadap usul tersebut kerana mendakwa notis yang dihantar Abdullah itu tidak sah disebabkan Setiausaha DUN Perak telah digantung tugas oleh Speaker bulan lalu.

Jumaat, 1 Mei 2009

Ujian seorang Ulamak dan pertolongan ALLAH....

Subhanallah....
Anak Sulung Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din Diserang Sakit Jantung Yang Kronik ketika di Abu Dhabi

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dan Isteri berserta seluruh ahli keluarga seramai 43 orang dalam rangka rombongan mengikuti program ziarah ke Syria diikuti dengan Umrah di Mekah dari 24hb Mei 2008 hingga 9hb Jun 2008. Sebelum sampai di Damascus, Syria, kapalterbang yang dinaiki terlebih dahulu transit di Lapangan Terbang Abu Dhabi, UAE. Ketika hendak mendarat di Abu Dhabi, disinilah bermulanya peristiwa yang sangat cemas, genting dan penuh kebimbangan.

Anak sulung Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, Dr. Huda binti Haron (38 Tahun) mengalami serangan sakit jantung ketika kapalterbang hampir hendak mendarat di lapangan terbang Abu Dhabi. Peluh mengalir keluar membasahi seluruh tubuhnya ketika serangan jantung tersebut. Peristiwa ini menyebabkan Dr. Huda terpaksa dirawat dengan rapi selama 16 hari di hospital Abu Dhabi sebelum di pindahkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri di Kuala Lumpur. Yang menemani Dr. Huda ketika disana ialah ibu dan bapanya (Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din dan Kak Jah) serta suaminya Dr. Azlin Azrudin. Ahli keluarga yang lain meneruskan program ziarah ke Syria dan Umrah.

Peristiwa yang berlaku di Abu Dhabi selama 16 hari, diceritakan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din ketika kuliah Perubatan Islam di Darussyifa’ pada 9hb. Jun 2008. Transkrip kisah tersebut adalah seperti berikut;

Saudara dan saudari yang dirahmati oleh Allah sekalian, Alhamdulilah saya serta seluruh ahli keluarga telah selamat pulang ke tanah air pada petang semalam (Ahad, 8hb. Jun 2008), setelah saudara saudari mendapat makluman yang tidak begitu pasti, apa yang sebenarnya yang telah berlaku, dan seorang yang berjumpa dengan saya akan bertanya soal yang sama, apa telah berlaku dan bagaimana kesudahannya, izinkan saya beberapa minit untuk menjelaskan bahawa rombongan umrah kami pada 24hb Mei 2008 yang sepatutnya bermalam satu malam di Abu Dhabi, dalam perjalanan pergi ke Damascus Syria, tiba-tiba anak saya Huda ketika kapalterbang hendak turun (mendarat di lapangan terbang Abu Dhabi) dia kena serangan jantung. Dia tidak boleh bernafas dan badannya basah kuyup macam orang mandi, dan saya tahu bahawa jika begini bermakna jantungnya bermasalah.

Mendarat sahaja kami hendak berkejar ke hospital, tetapi tidak tahu dimana hospital, dan problem nak keluar pula susah kerana tidak ada hotel yang boleh melayan kami dan sebagainya. Kami berada di airport sahaja pun hampir dua jam setengah. Dalam keadaan begitu akhirnya kami boleh keluar pergi ke hotel dan terus ke hospital.

Sampai di emergency ward, tidak ada doktor yang pakar kerana terlalu awal pagi, yang ada on-call doktor sahaja. Pada pukul lapan pagi di hospital baharu konfirm jantung dia bermasalah. Kami tunggu sehingga doktor pakar sampai, ramai doktor pakar yang sampai, kemudian kami dihambat keluar dari bilik itu. Huda dibawa keluar dari bilik emergency menuju ke bilik CCU (Coronary Care Unit).

Di CCU kami tidak dibenarkan masuk, memanglah tidak boleh ada gangguan, doktor kata dalam setengah jam akan bagi tahu. Setengah jam tidak dapat berita, sejam tidak dapat berita, hampir dua jam doktor keluar, apa dia kata “Lucky she can survive”, nasib baik anak hang selamat. Saya masuk tengok dia masih tidak sedar, badan sudah biru sebab oksigen tidak sampai.

Saya cerita ini kerana nak khabar bahawa ada saat-saat kita hilang pergantungan kepada makhluk. Kita terpaksa menghadap Allah ta’ala sahaja dan kepada Dia kita beserah dan mintak pertolongan.

Saya nak ringkaskan sepanjang saya 16 hari di Abu Dhabi, saya tidak pergi ke Mekah, tunggu anak, saat-saat genting cukup banyak. Ini satu saat genting, tetapi Alhamdulillah survive.

Pada pagi itu dia survive kemudian saya balik ke hotel. Pada malam itu ketika di bilik hotel, telepon berbunyi saya angkat, ketika itu jam 2:30 pagi, panggilan dari hospital “come immediately to the hospital, something very urgent”, kami keluar pukul 2:30 pagi nak ke hospital, teksi tidak ada, kereta tidak ada siapa pun tak boleh tolong, mintak tolong dengan orang hotel dia kata “Who I want to call, I don’t have any drivers number”. Suruh panggil Ambulan, orang hotel kata “They don’t come if you not a patient”. Dalam keadaan begitu, Kak Jah pulak nampak sungguh cemas, itulah dalam keadaan genting begitu “Ya Allah hantarlah seseorang yang boleh bantu”. Tidak lama lepas itu ada kereta masuk tetapi bukan teksi, orang biasa datang mungkin ada hal, saya datang berjumpa dengan dia mintak tolong. Saya cerita masalah saya. Nasib juga saya boleh cakap Arab sebab dia tak reti cakap orang putih. Kemudian dia hantar kami ke hospital.

Sampai di hospital dah pukul 4 pagi. Doktor kata dia dah tidak bernafas, doktor dah tidak boleh buat apa-apa dah. Doktor dah habis ikhtiar dah. “Ya Allah....” . Tidak lama kemudian pada subuh pagi tu dia survive semula, dia boleh bernafas balik.

Ringkasnya, dalam saat genting begitu saya balik duduk di hotel, tak lama teringat sangat nak pergi semula ke hospital. Dengan pelbagai masalah yang di hadapi itu saya mintak Allah ta’la sahaja yang tolong, bagaimana pada pagi itu seorang yang saya tidak kenal dari Malaysia datang ke hotel cari saya. Kata dia “Saya datang ni bawa sebuah kereta, ustaz boleh pakai, ini kuncinya”. Nama dia Suraya.

Di Malaysia lama dah saya tak bawak kereta, di sana pulak nak bawak kereta stering dia sebelah kiri, jumpa dengan round-about ikut sebelah kiri belangar habis. Tidak mengapa dah ada kereta, satu malam teringat kat anak, pergi ke hospital. Sampai di hospital tengok katil dia kosong. Siang tadi tu ada seorang meninggal saya tengok, dibungkus dibawa dengan strecher kemudian ditolak, sebelah betul dengan anak saya. Meninggal dunia, konfirm, bungkus dan tolak.

Saya pergi tengok, bilik anak saya katil telah kosong. Nurse pula tidak ada. Dalam gelisah begitu tak tahu nak buat macam mana, datang doktor kata “Don’t panic” dia pun kata “Your Daughter transfered to CCU”. Astaghfirullah!, apasallah hang tak khabar kat aku lagi awal. Pergi ke CCU pulak dia ada di situ. Rupanya kena serangan jantung lagi. Tidak mengapalah.

Pada besok hari pulak, pergi lagi ke hospital, katil yang dia duduk di CCU itu kosong pulak. La illa ha ill Allah! satu demi satu lah. Pergi tanya nurse, nurse itu pulak baru masuk tukar shift, dia kata “I don’t know”. Nurse tu pergi check, dan kata “Transfered to ICU” pulak dah. Pergi ICU pulak tengok dia ada dah. Tak apalah.

Anak saya hanya stable pada tiga hari sebelum balik (iaitu pada 6,7 & 8hb Jun 2008). Boleh bernafas tak pakai mesin, jantung stable. Doktor kata, “Okay with this condition she can fly”.

Doa kawan-kawan semuanya makbul insya’Allah. Tiga hari dia sihat, hari nak balik itu iaitu hari sabtu, rombongan yang pergi ke Mekah itu balik singgah ke Abu Dhabi, kita semua akan balik sekali dengan flight malam itu. Saya dok fikir rombongan yang seramai 40 orang ini nak pergi tengok anak saya di hospital, masuk bilik ICU, tak boleh masuk banyak, sekali hanya dua orang, kalau seorang masuk dua minit, berapa puluh minit nak selesai. Lebih baik bawa dia keluar. Nurse bagi doktor pun benarkan. Naik atas wheel chair tolak keluar. Keluar sahaja, adik-adik dia dah 14 hari tak jumpa, mak sedara dia yang pergi dulu tengok dia dalam keadaan nazak, nampak dia sahaja begitu, depa pakat teriak. Adik-adik dia pakat peluk dia sambil teriak, tak lama kemudian dia collapse. Excited atau terlampau gembira atau macam mana agaknya. Saya tolak semua orang bawa dia masuk balik ke ICU. Ada yang tidak dapat berjumpa. Biru balik, tak bernafas balik, bubuh mesin balik, kami duduk fikir, ini berapa jam lagi nak balik ini. Kalau macam ini memang tak boleh balik.

Astaghfirullah!, menyesal pun ada bagi dia orang tengok, tak apalah. Yang lain pakat pergi tempat lain tinggalkan kami. Hanya berdoa sahaja. Tengahari itu dia boleh bernafas normal, tidak mengapalah maknanya boleh bertolak balik. Naik ambulan.

Tuan-tuan bayangkanlah kita telah prepare elok semua, dah jaga saat akhir jangan bagi dia ada masalah. Saat akhir nak balik jangan bagi dia sesak nafas, bagi dia segar. Allah ta’ala nak uji lagi. Ambulan yang bawa dia tu mampus bila dah dekat nak sampai pesawat dah. Bila ambulan mampus, injin dia mati maka aircond tidak berjalan, bila aircond tidak berjalan dia sesak nafas. Panas berpeluh-peluh balik, nak kata peluh heart attack ke atau peluh kerana panas ke. Tak panas apa cuaca di luar 50 degree. Kalau boleh naik atas kapalterbang ada aircond, tapi tak sampai, tak jauh dah. Sementara itu forklift tak sampai lagi nak angkat dia masuk ke dalam kapalterbang.

La hau la wala kuwa ta illa billah!. Tak apalah, akhirnya last minute, sampai forklift angkat dia naik masuk ke dalam kapal terbang. Bila masuk kapal terbang cepat-cepat pakai gas. Gas itu kita dah prepare dah. Bila pasang gas tidak keluar, La hau la wala kuwa ta illa billah!, dia semakin penat, sukar bernafas. Astaghfrullah!, sampai begitu last minute, kapalterbang dah nak bertolak dah. Naik seorang engineer, rupanya ada button di bawah itu yang depa tidak tahu. Tekan button baru gas keluar.

Tapi kalau nak tahu yang sebelum tu, bila saya sampai di sana kita nak pergi ke Mekah bawa duit Malaysia. Duit Malaysia laku di Mekah, di Abu Dhabi duit Malaysia tidak laku. Depa tak kenal pun. Nak belanja macam mana ni untuk naik teksi, nak bayar dengan apa. Nak makan bayar dengan apa, orang yang kenal tidak ada, nak hidup macam mana. Itulah saya nak kata, tiap-tiap problem yang yang saya berjumpa, kronik macam mana pun “nikmat Allah ke atas kamu kena kamu hargai”, dalam sesak begitu, dalam keadaan tidak ada duit, dirham tidak ada, ada orang yang saya tidak kenal datang berjumpa dengan saya bagi duit cukup untuk belanja yang perlu. Tidak tahu siapa dia, maknanya tidak kenal sebelum ini.

Bila pertengahan masa kami berada di sana baru kami tahu, kami hendak kena belanja untuk membeli mesin itu berharga 10,000 dinar. Nak kena bayar hospital dijangka dalam USD15,000. Tiket Huda sahaja dengan enam seat kita beli termasuk stretcher kita perlukan RM31,000. Bil hotel, kawan saya yang datang duduk dua hari kena RM3000, sehari RM1500, itu untuk satu katil. Saya dua katil selama 15 hari maka duit tidak cukup. Kad ada tetapi dah guna maksimum. Itulah saya kata dengan siapa nak mengadu. Allah hantar orang Malaysia, yang pergi kesana dia dengar kata anak saya bermasalah, dia pergi dengan isteri dia kesana itu yang saya kata tadi yang dua malam tu. Nak balik tinggal duit untuk ustaz belanja, cukup untuk hotel tetapi tidak ada tiket untuk bawa Huda balik.

Seorang pilot telepon bilik saya, Kak Jah jawab, dia kata tiket ustaz dan keluarga untuk balik saya selesaikan. Nak bayar hotel, bayar hospital, sehari sebelum balik, orang Malaysia seorang lagi datang, orang Pulau Pinang. Dia datang semata-mata nak bagi bantuan kepada saya, dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan ke Abu Dhabi pergi jumpa saya di hotel, dia kata “Ustaz ada masalah kan?” saya kata tak ada, tetapi dia kata saya bawa duit ini untuk melepaskan semua masalah. Dia bagi USD20,000.

Itulah saya kata, satu demi satu, bukan kita yang boleh tolong, Allah ta’ala yang bagi pertolongan, Dia yang mengaturkan dan itulah yang saya katakan sampai akhirnya bila saya sampai semalam, selamat sampai ambulan tunggu, doktor tunggu ramai yang bantu saya, sampai ke hospital. Petang tadi (Isnin, 9hb. Jun 2008) dia telah berada dalam ICU, segala masalah yang dihadapi selama ini, boleh dikatakan semua sekali hampir dapat diatasi.

Jantung dia dah stable, buah pinggang dah stable, liver pun stable, enzyme dah turun kepada 133 sekarang, sebelum ini 5104 reading dia punya enzyme, padahal 1000 pun orang boleh mati dah. Sekarang tinggal 133 (Normal enzyme 1 hingga 33 sahaja). Doktor kata mungkin esok (10hb Jun 2008) dia kembali ke normal.

Masih di ICU dan dia sedar sepenuhnya dan keadaan yang sihat wa’afiat pada saya, dan saya syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang telah mendoakan anak saya dan syukur Alhamdulillah saya sampai ke tanah air, anak saya dah berada di hospital Malaysia yang senanglah kita berbicara dengan bahasa kita dan senang kita faham.

Tolonglah berdoa supaya dia sihat seperti sedia kala dan cepat keluar daripada ICU ke wad biasa dan pulang ke rumah dengan segera.

(Kisah di atas telah di edit oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, ketika webmaster melawat Dr. Huda di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 10hb Jun 2008)

Untuk mendengar rakaman kisah ini sila klik di link di bawah ini;

Klik disini untuk mendengar Kisah di Abu Dhabi (MP3) http://www.ahlidarussyifa.org/darussyifa/audio/Dr.HudaDiserangSakitJantung_24Mei2008.mp3

"Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan penghinaan, menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan"

Dedah kezaliman: Bagaimana peranan media Malaysia?

Oleh LanH

Tidak lama dulu ketika aktivis Gerakan Mansuh ISA (GMI) memperhebatkan tekanan agar pemerintah memansuhkan penahanan tanpa bicara,Go to fullsize image sesetengah pemimpin Malaysia mendakwa Amerika Syarikat pun mencontohi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Malaysia dengan memperkenalkan Akta Patriot yang membolehkan seseorang tertuduh ditahan tanpa dibicarakan.

Kini seluruh dunia digemparkan dengan kezaliman penyiasat era Presiden George W Bush yang menggunakan taktik 'melemaskan' tertuduh bagi mendapatkan maklumat. Menurut laporan berita berkenaan, seseorang tertuduh dibaringkan dan dalam keadaan tangan dan kakinya terikat, air akan dicurahkan ke mukanya sehingga dia hampir-hampir lemas. Dalam keadaan tertuduh hampir mati, rahsia mereka dikorek dan pengakuan dibuat.

Di Malaysia tahanan ISA juga pernah mendedahkan pelbagai kezaliman dan penderaan dilakukan ke atas mereka dalam soal siasat. Ada yang dibogelkan dan kemudian didera seperti dipaksa minum air kencing masing-masing manakala sebahagian lain melalui deraan psikologi seperti gangguan tidur dan rehat. Manakala keluarga tahanan mengadu mereka turut diganggu bagi mendatangkan keresahan, ada isteri didesak meminta cerai daripada pasangan masing-masing.

Pendedahan kezaliman ke atas tahanan termasuk di Guantanamo Bay yang dikaitkan dengan apa didakwa terroris Muslim, berjaya dilakukan atau didedahkan media massa. Pendedahan kes penganiayaan menggunakan teknik melemaskan tahanan pada era Bush, begitu memalukan pihak berkuasa Amerika sehinggakan Presiden sekarang, Barack Obama berjanji akan membawa pihak terbabit ke muka pengadilan.

Demikianlah situasi di Amerika dan sesetengah negara dunia Barat. Sekalipun medianya sudah ditintai noda kebebasan melampau, sesetengahnya masih mampu dan peka untuk mendedahkan penyelewengan termasuk oleh pemerintah. Bagi mereka, bukan saja orang awam, pemerintah malah keluarga diraja pun tidak kebal daripada didedahkan penyelewengan dan keburukan masing-masing.

Sempena Hari Kebebasan Akhbar 3 Mei ini, persoalannya bagaimana pula peranan media massa Malaysia dalam menangani penyelewengan dan salah guna kuasa ini? Jika media Amerika tidak keberatan mendedahkan penderaan ke atas tahanan seperti taktik melemaskan itu, apakah media Malaysia bersedia mendedahkan kezaliman di belakang tembok dan besi penjara seperti di kem-kem tahanan mangsa ISA dan kem tahanan pendatang asing?

Berdasarkan perkembangan semasa, media massa arus perdana Malaysia semakin jauh daripada berperanan begitu. Suatu ketika dulu, sesetengah media massa ini begitu dihormati peranannya kerana mampu membawa laporan penyelewengan pemimpin tertinggi, pentadbir dan peneraju organisasi tertentu; tetapi hari ini mereka tidak lebih daripada pelapor, bagaikan burung kakak tua saja, mengiya dan melaporkan saja apa kata sang penguasa.

Peneraju media arus perdana hari ini sebagai orang makan gaji, tidak lebih daripada itu. Cukup bulan dan tahun terima habuan dan bonus, asalkan tuan atasan dipenuhi segala kehendak dan nafsunya, maka tenggelamlah rakyat dalam rintihan berpanjangan. Pendedahan apa yang mahu dilakukan media arus perdana kerana mereka sudah seiring jalan dengan sang penguasa sedangkan dalam sejarah Islam, Khalifah Umar Al-Khattab yang gagah perkasa itu sedia ditegur rakyatnya, hatta dengan pedang sekalipun.

Dalam keadaan sang penguasa sentiasa diiyakan segala tindak-tanduknya, media alternatif yang muncul dalam keterbatasan ruang, dicantas dan ditekan hebat. Pandangan kedua, ketiga dan seterusnya tidak dibenarkan, oleh itu akan berlakulah dalam masyarakat episod berpanjangan 'The Emperor's New Clothes' (Baju Baru Sang Maharaja).

Apa saja tindakan sang penguasa adalah betul, tiada siapa berani menyanggah, hatta Raja (pemimpin tertinggi) berbogel tiada yang berani menegurnya; semuanya berkata: "Raja mengenakan pakaian paling hebat," hakikatnya dia berbogel. Demikianlah yang akan menimpa negara jika pemimpin media massa sudah dikunci mata hatinya! _

Memperkasa sukarelawan dakwah


Oleh MOHD. SYAHRIL ROSDI AHMAD ZAHUDI

Mencari individu untuk melaksanakan tugas secara sukarela bukanlah mudah. Lebih-lebih lagi dalam kegiatan dakwah.

Namun, Islam telah menggariskan bahawa tugas mengajak manusia membuat kebaikan dan meninggalkan maksiat melibatkan setiap individu Muslim.

Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala kebajikan dan melarang melakukan perkara yang keji. Dan mereka yang demikian itu adalah orang yang berjaya. (ali-Imran: 104)

Menyedari hakikat itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Sukarelawan Perkim dari seluruh semenanjung Malaysia.

Seminar itu mendapat kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Islamic Outreach Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM)

Ia dianjurkan untuk memberi ilmu khidmat masyarakat kepada sukarelawan di dalam pembabitan aktiviti dakwah, kebajikan dan pendidikan.

Ini sejajar dengan misi dan visi Perkim iaitu menjadikan ia pertubuhan penggerak dakwah terunggul untuk memberi sokongan kepada institusi Islam di Malaysia dan antarabangsa.

Seminar sehari pada 18 April lalu itu diadakan di Hotel Grand Pacific, Kuala Lumpur. Ia disertai oleh 250 peserta terdiri daripada saudara muslim dan pelajar-pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), UKM dan Pusat Asasi Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Perasmiannya dilakukan oleh Naib Yang Dipertua Perkim, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi.

Naib Pengerusi Islamic Outreach ABIM, Norma Sulaiman membentangkan kertas kerja 'Metodologi Dakwah Pemandu Pelancong Masjid' manakala mantan Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Abdul Razak Kechik pula membentangkan kertas kerja 'Sukarelawan dari Perspektif Islam'.

Seorang lagi pembentang kertas kerja ialah Pengerusi Persatuan Sahabat PPUM, Dr. Dzulkhaini Hussain ('Metodologi Dakwah Ziarah Pesakit').

Pada sebelah petangnya diadakan sesi diskusi dan dialog di antara penceramah dan sukarelawan.

Sesi ini melibatkan tiga modul iaitu 'Ke arah Pembangunan Belia Cemerlang', 'Senario Dakwah Semasa' dan 'Manhaj Dakwah Semasa'.

Ia dikendalikan oleh dua pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah Kepimpinan UKM, Prof. Madya Dr. Zulkepli Abd. Ghani dan Prof. Madya Dr. Ghaffar Don dan Presiden MBM, Azizuddin Ahmad.

Kisah Ibrahim Adham


Ibrahim Adham pernah berkerja disebuah kebun limau dalam tempoh yang agak lama. Suatu hari majikannya meminta dia memetik beberapa biji limau yang manis untuk dimakan.

Alangkah terkejut majikannya bila Ibrahim mengatakan dia tidak tahu mana buah yang manis dan mana yang masam. Berarti selama dia berkerja dia sedikit pun tidak menjamah hak majikannya kerana itu tidak halal katanya.

Inilah sosok tubuh wali Allah yang menjadi contoh kepada semua pekerja sehingga akhir zaman. Dia tidak berani menyentuh hak majikannya walaupun sebiji limau yang kecil sekali nilainya. Ibrahim sedar habuannya tidak lain adalah bakaran api neraka.

Sepatutnya dialah yang mengetahui mana buah yang manis dan mana yang masam, logik akal kita dia akan merasa dan makan hari hari. Tetapi tidak bagi Ibrahim. Dia betul-betul amanah dan tidak merasa walau seulas dari limau majikannya.

IMAN 20 SEN.... Fikir-fikirkanlah.....

Berikut adalah petikan satu cerita yang cikgu petik daripada blog.... Fikir-fikir dan renunglah...... Berapa nilainya harga Iman kita ???

Beberapa bulan lalu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia . Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen..

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut."Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bastersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut."Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... . Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik

Mesteri Segitiga Bermuda


SainsOleh aLFFiaN

Sebenarnya tempat misteri ini bukanlah berbentuk segitiga sebenar, sebab batas-batas dari petunjuk kapal-kapal atau pesawat terbang yang hilang lebih dari bentuk segitiga itu. Segitiga itupun hanya merupakan imaginasi sahaja. Bila kita ambil peta, kita buka di bahagian Amerika Tengah, di sana terdapat banyak kepulauan Hindia Barat.

Untuk mengetahui bagaimana bentuk dari Segitiga Bermuda itu, kita tarik garis dari kota Miami ke kota San Juan di Puerto Rico; dari San Juan ke pulau Bermuda; dan kembali ke Miami di daerah Florida, Amerika. Meskipun sebenarnya misteri Segitiga Bermuda ini “milik” orang Amerika, tak apalah kita turut memperbincangkannya. Sebenarnya tempat semacam ini ada pula di tempat lain, juga di Amerika, iaitu di sebuah danau yang bernama Ontario, bahkan lebih “mengerikan” dari Segitiga Bermuda.

Dari berbagai kesimpulan, jarum kompas dan peralatan pesawat yang hilang selalu mendapat gangguan dan mereka seperti tidak melihat air. Disimpulkan, di dasar laut sana terdapat sebuah medan magnetik yang kuat, yang mampu mengganggu kompas atau menarik kapal itu sampai ke dasar laut.

Tidak cukup bila menghuraikan seluruh peristiwa, dan itu juga tidak menjurus pada penyelesaian. Pelbagai teori serta andaian mengenai Segitiga Bermuda. Mungkin di ruang udaranya terdapat gangguan atmosfera yang berupa “lubang di langit”. Kemungkinan pesawat-pesawat udara telah masuk ke dalamnya serta hilang tanpa dikesan. Dari misteri "Lubang di Langit" ini membentuk sebuah teori tentang adanya semacam perhubungan antara dunia ini dengan dimensi lain. Lubang di Langit tersebut dianggap semacam alat perhubungan seperti di dalam filem Star Trek. Ataukah Lubang di Langit itu UFO? Orang sering menghubungkan hilangnya pesawat kita dengan munculnya UFO. Malah hasilnya hanya pertanyaan tanpa jawapan.

Terdapat sebuah tempat di Segitiga Bermuda yang disebut Tongue of the Ocean atau “Lidah Lautan”. Lidah Lautan mempunyai jurang bawah laut (canyon) Bahama. Banyak yang belum diketahui tentang misteri Segitiga Bermuda. Ada orang menghubungkan misteri Segitiga Bermuda ini dengan misteri lainnya. Misalnya misteri Naga Laut yang pernah muncul di Tanjung Ann, Massachussets AS, pada bulan Ogos 1917. Mungkinkah naga laut ini banyak meminta korban ? Ataukah arus Cromwell di Lautan Pasifik yang menyebabkan adanya gelombang lautan di situ atau angin taufan, gempa bumi di dasar lautan? Tak ada siapa yang tahu.

Kononnya di sekitar kepulauan Bahama terdapat blue hole, yaitu semacam gua lautan. Dulu gua ini memang sungguh ada, tetapi setelah zaman ais berlalu, gua ini terendam. Arus didalamnya sangat kuat dan sering membuat pusaran yang berdaya besar. Banyak kapal-kapal kecil atau manusia yang disedut ke dalam blue hole itu, dan yang anehnya kapal-kapal kecil itu akan muncul kembali ke permukaan laut selang beberapa lama. Tapi yang menimbulkan pertanyaan ialah: Mungkinkah Blue Hole ini mampu menelan kapal besar ke dasar lautan?


Misteri lain yang masih belum terungkap adalah misteri Makhluk Laut Sargasso, yang bukan semata-mata khayalan. Di Lautan Sargasso itu banyak kapal yang tak pernah sampai ke tujuannya dan terkubur di dasar laut itu. Di sana terhimpun kapal-kapal dari berbagai zaman, harta karun, mayat tulang belulang manusia. Luas Laut Misteri Sargasso ini 3650 km untuk panjang dan lebarnya 1825 km, dan di sekelilingnya mengalir arus yang kuat sekali, sehingga membentuk pusaran yang sangat luas yang berputar perlahan-lahan searah jarum jam. Didasar lautnya terdapat pegunungan yang banyak dan mempunyai tebing dan ngarai yang terjal.

Segitiga Bermuda memang menarik, serta ianya juga menakutkan. Konon perairan Karibia merupakan tempat yang banyak menyimpan kejadian-kejadian yang aneh, seperti cahaya-cahaya yang tak jelas asalnya, bayangan-bayangan yang menakutkan, yang keluar masuk permukaan laut, bentuknya tak jelas tapi lebih besar dari ikan paus. Bentuknya seperti obor-obor raksasa dengan warna kulit keputihan dan pernah dilihat oleh dua orang (jadi bukan halusinasi).

“Obor-obor raksasa” tersebut seperti mampu mengganggu jarum kompas dan menyerap tenaga fizik. Mungkin “obor-obor raksasa” itu bukan binatang, melainkan pangkalan UFO yang dapat keluar masuk dari dalam laut. Keanehan lainnya terdapat di pulau Puerto Rico. Suatu pancaran air raksasa yang membentuk cendawan. Lautan itu mempunyai kedalaman sehingga 10 km. Kejadian ini sempat dilihat oleh anak kapal pesawat Boeing 707 pada 11 April 1963. Menurut mereka cendawan air itu mempunyai garis tengah selebar 900-1800 meter dengan ketinggian separuhnya. Mungkin itu adalah percubaan bom nuklear Amerika atau negara lain? Tetapi pihak Amerika tidak membenarkan sebarang percubaan bom nuklear kerana di sana adalah ruang penerbangan. Mungkin ledakan itu berasal dari kapal selam nuklear Thresher yang hilang sehari sebelumnya, tapi lokasi hilangnya kapal selam itu ribuan km dari sana.

Ada sebuah tempat di perairan Boca Raton, yang di sana terdapat sebuah paip bergaris tengah 20 cm. Jelas bukan milik Amerika (untuk lebih lanjut: Orang Bumi). Peristiwa ini dilihat oleh pasangan suami isteri Lloyd Wingfields. Mereka melihat sebuah tiang asap disana, dan ketika kelihatan sebuah paip muncul dari dasar laut yang mengeluarkan asap. Asap tersebut tidak mengeluarkan bau dan ianya berwarna kekuning-kuningan. Mungkinkah paip itu disambungkan dari sumber api di dasar laut? Pangkalan UFO di dasar lautkah yang menyebabkannya?

Lagi pun laut itu cukup dalam, sehingga mereka tak berani menyelam untuk melihat lebih dekat. Mereka juga melihat sebuah helikopter mengalami kerosakan engin dan berusaha mendarat cemas di laut.

Melihat kenyataan-kenyataan dan bukti-bukti yang ada, timbullah berbagai macam bentuk teori yang mungkin bercanggah di antara satu sama lain. Teori-teori yang pernah dikemukakan untuk membuka misteri kehilangan kapal serta pasawat di situ ialah:

Adanya bahaya alam/gempa yang dapat menarik kapal ke dasar laut.
Adanya bermacam-macam arus yang berkumpul di daerah Segitiga Bermuda itu, sehingga mungkin saja arus bawah tiba-tiba berubah ke permukaan dan menyebabkan pusaran air.
Ditemukan Blue Hole, tapi masih diragukan, karena kapal yang besar seperti tanker/kapal induk tak mungkin mampu disedut oleh Blue Hole.
Terjadi gempa yang menyebabkan tanah retak besar dan air membentuk pusaran dan menyedut segala objek ke dalamnya.
Adanya puting beliung atau pusaran angin yang dapat menyebabkan hancurnya sebuah pesawat terbang kerana terhempas.
Ulasan lain, di daerah Kutub Selatan ada sebuah lubang besar yang menghubungkan dunia luar dengan dunia lain (entah benar atau tidak). Pernah ada orang bernama Admiral Bryd, melihat dari kapal terbang ke Barat di kutub selatan sebelah darat menghijau dengan danau yang tak membeku dan binatang liar mirip bison dan melihat seperti manusia-manusia purba. Sebagai ilmuwan Bryd melaporkan pristiwa itu, tapi tak ada yang mempercayainya.

Pernahkah anda mendengar kisah alien abduction yang dialami oleh Herbert Schirmer yang mempunyai pangkalan di pantai Florida (Segitiga Bermuda) dan salah satu kutub bumi? Mungkin tempat itu merupakan pangkalan UFO yang bertujuan jahat?

Apakah pesawat dan kapal yang hilang di segitiga bermuda "ditransfer" ke dimensi lain? Adakah hubungan segitiga bermuda dengan Atlantis? Adakah hubungan dengan "chupacabra" yang dijumpai di Puerto Rico (dekat Segitiga Bermuda)? Dan yang unik adalah, segitiga bermuda cukup dekat dengan peluncuran roket NASA (Florida).

Masjid Dan Politik


Soalan:
Kami berselisih pendapat dalam satu persoalan penting. Ada yang bersetuju dan ada yang membangkang. Masing-masing tidak dapat menerima pendapat orang lain. Kami bersetuju untuk merujuk kepada pihak tuan (yakni Yusof Qardawi), kerana persoalan ini penting, terutamanya pada masa kini. Persoalannya ialah: Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik? Apakah dalil keharusannya, jika hukumnya harus? Atau dalil pengharamannya, jika ia ditegah? Semoga Allah Taala memnberi taufik dan manafaat ilmu tuan kepada umat Islam.

Jawapan Yusof Qardawi:
Masjid: Pusat Dakwah dan Pemerintahan di Zaman Nabi (s.a.w.)
Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) merupakan pusat kegiatan Jamaah Muslimin. Ia bukan setakat tempat beribadat dan sembahyang bahkan sebagai tempat beribadat, markaz ilmu, kelab sastera, parlimen, tempat perkenalan, tempat berkumpulnya rombongan-rombongan yang dating dari seluruh pelusuk Semenanjung Tanah Arab, tempat Rasulullah (s.a.w.) membuat pertemuan dengan mereka dan tempat Rasulullah (s.a.w.) menyampaikan khutbah dan tunjuk ajarnya tentang seluruh kehidupan sama ada urusan keagamaan, kemasyarakatn dan pentadbiran. Di dalam kehidupan Rasulullah (s.a.w.) tidak ada pemisahan di antara urusan agama (mengikut istilah orang sekarang) dan politik. Baginda tidak mempunyai satu tempat yang lain bagi politik dan permasalahannya selain daripada masjid. Masjid di zaman Rasulullah (s.a.w.) adalah markaz dakwah dan politik. Masjid Di Zaman Kegemilangan dan Zaman Kemuduran. Begitu juga di zaman Khulafa Ar Rashidin selepas Rasulullah (s.a.w). Masjid dijadikan sebagai tempat pelbagai aktiviti sama ada aktiviti politik dan sebagainya. Abu Bakar as-Siddiiq menyampaikan ucapan dasarnya yang pertama di masjid. Disinilah beliau menerangkan program politik atau strategi pemerintahannya. Beliau berkata:


“Wahai manusia! Aku dilantik memerintah kamu. Aku bukanlah orang yang paling layak dari kalangan kamu. Jika kamu melihat aku berada di atas jalan yang benar, bantulah aku. Jika aku menyeleweng, perbetulkanlah aku.”


Umar bin al-khattab juga menyampaikan ucapan dasarnya di masjid, beliau berkata:


“Wahai manusia! Sesiapa yang melihat aku menyeleweng, perbetulkan aku!” Lalu seoang makmum berkata: “Demi Allah, jika kami melihat kamu menyeleweng, kami akan memperbetulkannya dengan mata pedang kami!” Umar menjawab: “Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang menjadikan di kalangan rakyat Umar, mereka yang akan membetulkan penyelewengan Umar dengan mata pedangnya.”


Masjid terus berfungsi di zaman sebaik-baik umat ini dan di zaman kegemilangannya. Tetapi ketika luputnya bintang tamadun Islam dan umat Islam menjadi mundur dalam segenap bidang kehidupan, fungsi masjid turut berubah. Masjid hanya dijadikan tempat menunaikan sembahyang sahaja. Khutbah yang diucapkan mati tidak bertenaga. Kerana ia bukan menyampaikan khutbah tetapi membaca khutbah. Tajuknya hanya berligar di sekitar zuhud di dunia, mengingati kematian, fitnah kubur, dan azab akhirat. Oleh kerana itu sewaktu ruh kebangkitan Islam mula meresapi tubuh umat ini, kita dapati sebahagian daripada khatib bercakap tentang permasalahan umat Islam, mengkritik suasana penyelewengan kehidupan umat, khususnya kezaliman pemerintah, kebisuan ulama dan kedinginan cendikiawan. Oleh itu kita dapati, setengah orang berkata: Khatib itu bercakap tentang politik…! Politik Yang Diterima dan Politik Yang Ditolak.

Saya tidak faham, kenapa ketika disebut kalimah ‘politik’, seolah-olah ia merupakan satu kehinaan atau jenayah?! Sedangkan ilmu politik adalah satu cabang ilmu yang paling mulia dan orang yang berkecimpung dalam bidang politik adalah mereka yang memikul satu tugas yang paling mulia. Yang peliknya lagi ialah sebahagian ahli politik sendiri yang bertanya:”Adakah harus menggunakan masjid untuk tujuan politik?” Sedangkan mereka bergelumang dalam politik daripada hujung rambut ke hujung kaki. Politik itu sendiri bukanlah perkara mungkar dan kotor, apabila ia mengikut garisan-garisan yang telah ditetapkan oleh prinsip-prinsip Islam dan berada di dalam lengkaran hukum dan nilai-nilainya.

Politik yang ditolak ialah politik ‘Micheavelli’ yang menyatakan matlamat menghalalkan cara, tidak beriltizam dengan akhlak serta nilai-nilai kebaikan dan mengenepikan halal dan haram. Manakala politik dengan maksud mentadbir urusan seluruh manusia dengan menjaga kepentingan mereka dan menghilangkan keburukan serta menegakkan keadilan di kalangan mereka, makia ia adalah selari dengan agama, bahkan ia adalah sebahagian daripada agama kita, kerana Islam itu adalah aqidah, ibadah, akhlak dan sistem hidup yang lengkap. Risalah masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam yang sebenar tidak dapat digambarkan bahawa ianya boleh dipisahkan daripada politik dengan pengertiannya yang di atas.

Masjid diwujudkan untuk menangani seluruh permasalahan umat Islam dan setiap yang memberi kebaikan dalam urusan agama dan dunia mereka. Melalui masjidlah manusia mempelajari kebenaran, kebaikan, kelebihan di dalam seluruh kehidupan mereka, samada dari segi kerohanian, kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Hal ini dikenali sebagai ‘an-nasiihah’, salah satu kewajiban Islam yang diketahui, di mana Nabi (s.a.w.) menjadikankannya sebagai seluruh agama sebagaiaman di dalam sabdanya yang bermaksud;


“Ad-Deen itu adalah nasihat…” Sahabat bertanya: “Untuk siapa wahai Rasulullah?” Sabdanya: “Bagi Allah, Rasul, Kitab dan Imam Muslimin serta umat Islam seluruhnya.”

Ia juga termasuk dalam konteks berwasiat dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran yang dijadikan oleh al-Quran sebagai syarat untuk mendapat keselamatan daripada kerugian di dunia dan akhirat. Firman Allah bermaksud


*( Al-Asr: 1-3): “Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Ia juga tergolong daripada amar-makruf dan nahi mungkar yang dijadikan oleh Allah Taala sebagai sebab utama kepada kebaikan umat ini. Firman Allah (s.w.t.): Maksudnya:


“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji).” (Ali-Imran: 110).

Allah Taala juga menjadikannya salah satu daripada sifat asasi mukminin dan mukminat. Firman Allah (s.w.t.):Maksudnya:


“ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberikan zakat serta ta’at kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itulah akan diberikan rahmat oleh Allah.”

Di dalam ayat di atas, Allah (s.w.t.) mendahulukan kefardhuan amar makruf dan nahi mungkar daipada kefarduan solat dan zakat, sedangkan kedua-duanya merupakan rukun Islam. Ini menunjukkan kepentingan kefardhuan amar-makruf nahi mungkar. Allah juga memberitakan kepada kita tentang laknat yang menimpa orang yang meninggalkan kewajipan ini di kalangan umat-umat yang terdahulu. FirmanNya: Maksudnya:


“Orang-orang kafir Yahudi dari bani Israel telah dilaknat (di dalam kitab-kitan Zabur dan Injil) melalui lidah nabi Daud dan nabi Isa bin Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri)n dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka lakukan.”

Melalui nasihat, berpesan dengan kebenaran dan amar makruf nahi mungkar, masjid berperanan di dalam memberi pengarahan terhadap urusan pentadbiran umat, memberi kesedaran kepada mereka tentang permasalahan hidup mati mereka dan mendedahkan kepada mereka tentang tipu daya musuh. Semenjak dahulu lagi masjid berperanan meniupkan semangat jihad fi sabilillah dan semangat menentang musuh yang menceroboh. Intifadhah yang diberkati, yang berlaku sekarang di bumi ambiyak ‘Palestin’ bermula dari masjid. Seruan pertamanya bergema dari menara azan. Pada permulaannya kebangkitan ini dinamakan sebagai kebangnkitan masjid. Begitu juga jihad di Afghanistan dan lain lain tempat lagi, masjid mempunyai peranannya yang tidak dapat dinafikan. Saya masih ingat pada tahun 1956 sewaktu permusuhan tiga serangkai ke atas Mesir, saya dijemput oleh Kementerian Wakaf yang menjadi menterinya pada masa itu ialah Syeikh Ahmad al-Baaquri untuk menyampaikan khutbah Jumaat di salah sebuah masjid terbesar di Bandar kaherah untuk menguatkan semangat orang ramai. Walaupiun ketika itu saya tidak dibenarkan berkhutbah, mengajar dan setiap aktiviti yang memberi pengaruh kepada umum., tetapi keadaan darurat ketika itu memaksa mereka meminta pertolongan saya. Kementerian wakaf dan ha ehwal masjid menyeru para khatibnya dari masa ke semasa supaya menyentuh dalam khutbah mereka tajuk-tajuk yang boleh menolong negara mencapai matlamatnya dan melaksanakan polisinya. Seperti bersederhana dalam melakukan penggunaan, menentang keganasan, memerangi pelampau, seruan ke arah kesatuan bangsa, kempen membasmi dadah…semuanya itu adalah dari lubuk politik.

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan ‘tujuan-tujuan politik’ sebagaimana yang terdapat di dalam pertanyaan di atas? Difahami daripada soalan seumpama ini ialah politik pembangkang yang menentang kerajaan. Pada pendapat saya, politik yang berbentuk begini tidaklah ditegah secara mutlak dan tidak juga diharuskan secara mutlak. Yang ditegah ialah menyebut nama-nama orang tertentu dan pendetailan secara terperinci untuk mencerca, menjatuhkan maruah dan memaki hamun. Perkara seumpama ini tidak harus dilakukan di atas mimbar dan tidak harus juga mimbar dipergunakan untuk tujuan memburukkan nama orang dan untuk tujuan fanatik kepartian. Tetapi mimbar boleh digunakan untuk menyebut segala perkara yang melanggar syariat, walaupun ia merupakan polisi kerajaan.

Masjid didirikan untuk meneguhkan syariat Allah bukan untuk meyokong polisi mana-mana kerajaan. Ketika kerajaan bercanggah dengan syariat Allah, maka masjid mesti berada di saf syariat, bukan di saf kerajaan. Tidak harus sama sekali masjid ditegah daripada haknya yang tradisi, logik dan bersejarah ini; iaitu hak memberi kesedaran dan peringatan kepada umat daripada taghut-taghut yang tidak melaksanakan syariat Allah dan meghukumkannya mengikut hawa nafsu mereka atau tuan-tuan mereka yang sedikitpun tidak mempunyai kekuatan ketika berhadapan dxengan kekuatan Allah (s.w.t..)

Di sesetengah negara Islam, kerajaan mengeluarkan enakmen berhubung hukum kekeluargaan yang bercanggah dengan syariat Islam, lalu ulama bangkit menentangnya dan mengkritik di masjid-masjid, kerana media massa yang lain dikuasai oleh kerejaan. Tindakan kerajaan tersebut terhadap ulama-uama yang berani ialah hukum bunuh dan bakar! Perkara ini secara tepatnya berlaku di Somalia. Pemerintah menggunakan masjid sebagai trompet untuk mengembar-gemburkan polisinya. Apabila mereka mahu berdamai dengan Israel, maka mereka mengatakan bahwa perdamaian adalah satu kebaikan berdasarkan firman Allah (s.w.t): Maksudnya:


“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka nengkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah.” (Al-Anfaal: 61)

Ketika hubungan mereka dengan Israel menjadi tegang, maka mereka mengatakan bahawa bangsa Yahudi adalah musuh yang paling ketat kepada orang-orang yang beriman. Perdamaian dengan mereka adalah haram dan khianat. Demikianlah apa yang terjadi. Masjid tidak lagi menjadi lidah yang benar bagi risalah Islam, bahkjan ia menjadi agensi dakyah kepada polisi kerajaan. Keadaan ini menyebabkan masjid hilang fungsi dan pengaruhnya di dalam masyarakat dan dalam waktu yang sama ia juga menjatuhkan kemuliaan ulama dan pendakwah kepada jalan Allah. Kita memohon kepada Allah (s.w.t.) agar memberikan keselamatan kepada agama dan dunia kita

Filem Bohsia papar terlalu banyak unsur negatif

SAYA bakal guru sedih dan kesal kerana sejak akhir-akhir ini penerbitan filem tempatan semakin kerap bertemakan perkara negatif, keji, haram dan songsang. Ia bertentangan dengan identiti rakyat Malaysia yang terkenal dengan adab sopan dan keluhuran budi.

Filem yang diterbitkan mempunyai unsur kelucahan dan keganasan melampau bertentangan dengan budaya, adat dan agama. Filem terbaru yang pada pandangan saya penuh dengan isu panas dan ganas ialah Bohsia.

Pada pandangan pengarah, filem itu bertujuan menunjukkan kepada masyarakat penyakit sosial di kalangan remaja dan seharusnya mereka menjauhi perkara itu. Filem itu mengandungi watak lelaki dan wanita bergaul bebas, melakukan zina dan keganasan seperti bergaduh.

Aksi wanita yang mengghairahkan tentu meningkatkan berahi kebanyakan remaja yang baru mengenal erti kehidupan. Tidak hairan jika ada remaja yang akan menjadikan perlakuan sumbang dan keji dalam filem itu sebagai panduan dan tidak keterlaluan jika dikatakan filem itu ibarat simulator seks dan keganasan.

Tiada hasil yang baik melalui penayangan filem berkenaan tetapi hanyalah kerosakan akhlak muda-mudi di Malaysia. Seseorang yang mempunyai akal sihat dan waras pasti akan dapat melihat kejahilan dan maksud tersirat di sebalik jalan cerita filem berkenaan. Tidakkah kita melihat akhlak muda-mudi di negara Barat seperti Amerika dan United Kingdom yang hancur? Tidakkah kita mahu mengkaji faktor kehancuran akhlak mereka?

Saya mengesyorkan kerajaan terutama Lembaga Penapisan Filem mengharamkan semua filem tempatan atau luar negara yang mengandungi unsur lucah, ganas, keji dan menyentuh sensitiviti keagamaan. Filem ini ibarat barah yang mampu merebak dan jika tiada tindakan keras diambil.

Pedang Allah,
Kuala Lumpur.

My share:
Apa sebenarnya tujuan para penerbit dan pengarah filem sebegini. Adakah tujuan mengangkat gengre hitam dan lucah adalah berpaksikan untuk mendidik masyarakat yang menonton, atau sekadar mengejar keuntungan dengan mempromosikan secara tak lansung kehidupan tidak bermoral ini kepada muda-mudi.

Jika dilihat kepada banyak filem atau drama Melayu pada masa kini, tidak nampak adanya unsur pendidikan di dalam karya-karya itu. Ia hanya sekadar hiburan dan pembikinannya hanya sekadara mendatangkan keuntungan pada karyawan dan lebih masalah kepada masyarakat. Contohnya filem Rempit... sejak filem itu ditayangkan, tidak pernah ada laporan mengatakan kegiatan rempit makin berkurangan. Malah kita disajikan dengan berita mat rempit makin mengganas boleh dikatakan saban hari di akhabar-akhbar utama.

Sekarang ini dijaja pula pula dengan kehidupan cinta sejenis, bohsia, dan bermacam-macam lagi masalah sosial di dalam drama-drama dan filem Melayu. Adakah para karyawan ini ingin menjadi talibarut golongan kafir yang secara halus menjulang dan mempromosi kehidupan tak bermoral kepada para remaja Islam. Yang pasti, karya-karya sebegini, majoriti penontonnya adalah mudi-mudi Melayu, dan jika agenda itu berjaya, yang rosak adalah muda-mudi Melayu.

Para karyawan harus sedar, banyak cara untuk mereka mendidik masyarakat. Bukannya meletakkan gengre hitam sebagai publisiti murahan hasil kerja mereka, dan jalan mudah meraih keuntungan. Peranan mereka amat penting untuk membina anak bangsa, jangan disalah gunakan untuk meraih populariti dan keuntungan semata-mata. Mereka harus melahirkan karya yang bermutu, bukan yang merosakkan... dan sudah sampai masa mereka berkerjasama dengan golongan tertentu seperti ahli agama, atau akademik atau sebagainya untuk melahirkan karya yang betul-betul bersifat mendidik.

Saya ada menyaksikan drama Jepun bertajuk Gira-gira. Walaupun ia memaparkan kehidupan pelayan lelaki atau boleh disamakan GRO, tetapi cara drama itu diangkat menjadikan ia sebuah drama yang banyak nilai dan pengajaran disebaliknya... dan walaupun ia adalah karya berkaitan kehidupan pelayan lelaki yang semestinya banyak dikaitkan dengan kehidpuan sosial, tidak pula saya temui adengan di dalam drama bersiri itu yang bertunjangkan aksi seksi, ganas, atau berbaur lucah. Malah, boleh dikatakan 99 peratus pelakonnya baik lelaki atau wanita memakai pakaian yang cukup sopan...malah jauh lebih sopan jika dibandingkan dengan pakaian yang sering kita lihat pelakon wanita kita pakai di dalam filem-filem atau drama tempatan.

Bukan memuji filem asing sebarangan, tetapi apa yang baik patut diketengahkan dan dikongsi untuk pengajaran bersama. Syamsul harus menonton drama sebegitu itu jika benar beliau ingin menerbitkan filem yang dapat mendidik masyarakat...bukan hanya setakat cakap tak serupa bikin, dan menjadi acuan perosak akhlak.

Amah pijak anak majikan kena 2 tahun

Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dihukum penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, selepas mengaku bersalah menolak, menendang dan memijak anak perempuan majikannya yang berusia tiga tahun, Ogos lalu.

Majistret Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap Reni Neken, 27, dari Kupang, Indonesia, berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, 30 Ogos lalu.

Reni didakwa mencederakan Goh Ceng Yee, 3 tahun, di ruang tamu rumah mangsa di No A2-27-08, Putramas 2 Condo, Jalan Kuching di sini, jam 3.25 hingga 3.40 petang, 28 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa yang dipijak di bahagian perutnya oleh tertuduh sering mengadu kesakitan, namun apabila ditanya punca dia enggan menjawab.

Reni bagaimanapun, hanya memberi alasan mungkin kerana mangsa terlalu banyak mengambil minum ‘yogurt’. Bapa mangsa yang mengesyaki sesuatu kemudian mengambil keputusan untuk memasang video kamera tertutup di ruang tamu rumahnya.
Hasil daripada rakaman itu, ibu bapa mangsa mendapati anak mereka didera dengan teruk dan membuat laporan polis.

Pesakit intai jururawat dalam tandas kena cekup

Oleh Irwan Shafrizan Ismail
irwansha@bharian.com.my

Lelaki tunggu lama untuk rawatan ekori pelatih ke bilik air

KUANTAN: Gara-gara terlalu lama menunggu untuk mendapatkan rawatan, seorang lelaki yang mengalami sakit kulit memasuki tandas wanita di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) di Temerloh, dan mengintai seorang jururawat pelatih membuang air kecil, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, lelaki terbabit dikatakan membongkokkan tubuh dan mengintai jururawat pelatih berusia 21 tahun melalui bawah pintu bilik air, sebelum rakan mangsa melihat kelibat lelaki terbabit dan menjerit meminta tolong.

Suspek yang terkejut dengan jeritan itu kemudian melarikan diri sebelum dikejar dua jururawat pelatih terbabit sehingga ke bilik pengawal keselamatan.

Seorang pengawal keselamatan yang bertugas berjaya menahan suspek sebelum menghubungi polis untuk melaporkan mengenai kejadian itu.

Difahamkan, lelaki berusia 34 tahun dari Mentakab yang sudah berkahwin dikatakan memasuki tandas wanita selepas melihat dua jururawat pelatih memasuki tandas berkenaan.

Seorang daripada jururawat pelatih terbabit berada dalam bilik air, manakala seorang lagi mencuci muka di sinki tanpa menyedari kehadiran suspek.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek sudah dituduh di Mahkamah Majistret Temerloh, kelmarin.

Beliau berkata, suspek yang didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah mengaku tidak bersalah.

Khamis, 30 April 2009

Satu lagi PRK kali ini mungkin Selangor

Belum pun lagi buka gelanggang di Penanti, Bn sakit perut lagi kali ini mungkin PRK akan berlaku di Selangor. che'GuBard tidak mahu komen lagi boleh baca terus pertikan berita dari Malaysiakini di bawah

ADUN Kota Alam Shah ; M Manoharan yang sedang ditahan di bawah ISA, dipercayai sedang menimbang untuk mengosongkan kerusi tersebut, demikian Malaysiakini difahamkan.Satu sumber yang rapat dengan peguam tersebut berkata, beliau semakin kecewa kerana tidak dapat memberi khidmat kepada para pengundinya di DUN tersebut."Beliau juga menyedari bebanan yang ditanggung oleh isterinya yang terpaksa menjadi wakilnya semasa ketiadaannya sekarang," tambah sumber itu."Isterinya, S Pushpaneela (kanan), terpaksa membahagikan masanya antara menjadi empat anak-anak mereka, menjaga firma guamannya dan kawasan
pilihanrayanya.," kata sumber itu lagi.

Manoharan ditahan di bawah ISA pada 13 Disember 2007 bersama empat lagi pemimpin Hindraf.Beliau merupakan penasihat undang-undang Hindraf, yang telah diharamkan oleh kerajaan.Manoharan bertanding atas tiket DAP di DUN Kota Alam Shah, Selangor dalam pilihanraya umum tahun lalu, dan berjaya menewaskan calon BN dari Greakan, Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.

Tak Tahu Nak Bagi Tajuk Apa,Tengok Je Lah...













Dah cuci mata, segar la sikit. So, teruskanlah membaca......!!!

Lelaki dan wanita yang hangat dilaporkan sertai majlis Husam


Oleh Salma Husin
Foto: Reza Taha
KOTA BHARU, 26 April: Wanita dan lelaki yang dikatakan berada di tengah kemelut nampaknya tidak sebagaimana yang dilaporkan oleh media Indonesia. Semalam kedua-dua mereka menyertai majlis menerima menantu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, di kampung Kota, Kota Bharu Kelantan.

Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Kelantan bersama isteri baginda, Cik Puan Temenggong, Monahara Odelia Ponit, telah berkenan untuk berangkat ke rumah anggota exco kerajaan negeri itu kira-kira pukul 1.30 petang semalam.

Baginda hadir pada majlis kesyukuran sempena menyambut menantu pertama Husam dan Datin Rohana Abdul Rahman, iaitu isteri kepada Ahmad Syafi’, 21, Indah Purnama Sari, 19.
Anak sulung kepada pasangan suami isteri itu selamat diijab kabulkan di Banten, Tangrang, Jakarta pada Disember 2008.
Indah Purnamasari anak kedua daripada tujuh orang adik beradik itu merupakan anak kepada pegawai kerajaan di Republik Indonesia, Haji Didin Solahuddin Aep Hasbuna, 46 dan isteri Hajjah T. Fatimah Kamaruddin, 42.

Tengku Temengong kelihatan begitu mesra dan sesekali ketawa riang bersama pada majlis itu.
Baginda bersama isteri sempat meraikan pengantin dan beramah mesra dengan Husam dan isteri selama setengah jam.

Husam ketika memberitahu media berharap pihak tertentu yang cuba memburukkan imej istana khususnya Tengku Temenggong dan Cik Puan Temenggong supaya menghentikan segera tindakan itu.

Menurutnya, lagipun apa yang beliau dapati hubungan mesra antara pasangan terbabit sentiasa wujud sejak mereka berkahwin tahun lalu dan bukan hanya pada hari ini.
"Sebelum ini mereka kelihatan bersama keluar turun ke bawah untuk menghadiri program, jadi tidak timbul lagi ianya berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak tertentu supaya tidak lagi menyebar berita negative terhadap pasangan terbabit.

Tambahnya, biarkan pasangan itu hidup dengan aman dan melayari bahtera rumah tangga mereka tanpa campurtangan pihak tertentu.

Tidak profesional, Wan Ahmad disaran wakili BN di Penanti

Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 30 April (Hrkh) - Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar kenyataan terbaru Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato' Wan Ahmad Wan Omar berhubung kenyataan mengenai isu pengendalian pilihan raya.

Wan Ahmad dalam kenyataan kononnya kecewa dengan pendirian Pakatan Rakyat menolak syor pendekatan baru proses pengendalian pilihan raya.

Sebelum ini SPR bercadang menguatkuasakan beberapa pendekatan baru: menghadkan bilangan penyokong parti politik yang bertanding, menguatkuasakan 'hari bertenang' menjelang proses pengundian dan melarang berkempen memancing undi semasa proses pengundian berlangsung.

"Apa yang sedang dirangka oleh SPR ini, sangat jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di mana-mana negara demokratik di dunia ini.

"AMK percaya bahawa pendekatan ini diilhamkan dalam keadaan lima pilihan raya kecil yang berlangsung sebermula di Permatang Pauh sehinggalah yang terkini di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, menyaksikan BN ditenggelami dengan ribuan penyokong Pakatan Rakyat yang hadir sewaktu penamaan calon," kata Shamsul Iskandar.

Harus diingat bahawa seramai manapun bilangan penyokong yang hadir, ianya bukan satu masalah sekiranya pihak keselamatan bersikap profesional untuk mengawal provokasi melampau daripada mana-mana pihak, tegas Shamsul Iskandar.

Malah terbukti dalam siri-siri pilihan raya kecil sebelum ini, penyokong Pakatan Rakyatlah yang terpaksa berhadapan dengan ugutan dan provokasi melampau oleh samseng upahan yang 'jelas kelihatan' menyokong BN, katanya.

Demikian juga dengan penguatkuasaan larangan memancing undi dan juga pondok panas, ujarnya.

AMK tidak lupa bagaimana pada Pilihan raya Umum 2004, larangan yang sama dikenakan ke atas semua parti politik, tetapi BN dengan angkuh tetap membina pondok panas di kawasan pusat pengundian, ujarnya.

Sehubungan itu, AMK menegaskan Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan menerima alasan kononnya untuk mengelakkan ketegangan dan ketakutan di kalangan pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Pengundi memang akan sukar dan takut untuk mengundi jika dua perkara dihalalkan oleh SPR iaitu kebanjiran pihak polis di seluruh ceruk kawasan dan juga hari pengundian yang jatuh pada hari bekerja, katanya.

Justeru, AMK menolak 'kekecewaan' Wan Ahmad ini yang hanya merendahkan profesionalisme dan imej penjawat awam yang harus bersikap neutral dalam menjalankan amanah.

"Jika Wan Ahmad masih mahu mempertahankan pendekatan yang bersifat kosmetik untuk menjaga imej dan menjamin kemenangan BN, maka wajarlah jika beliau sahaja yang menjadi calon Umno-BN di DUN Penanti kelak," katanya. _

Kita Sayang Membelanjakan Apa yang Menjadi Milik Kita

oleh Ustaz Emran

Bukan Milik Kita
Pernah suatu ketika saya berkata kepada isteri saya, kenapa dia tidak membelanjakan semua duit yang telah saya berikan kepada dia ? Dia menjawab sebab sayang nak belanjakannya kerana bukan senang nak dapat duit.

Lalu saya katakan padanya yang duit itu bukan milik saya tapi “orang” yang bagi untuk dibelanjakan.

Lantas petang itu juga semua duit yang ada padanya dibelanjakan dan dia pun mengatakan kepada saya yang lain kali beritahulah awal-awal yang duit itu orang yang bagi jadi takdelah rasa sayang sangat untuk dibelanjakan.

Semua manusia mempunyai rasa cinta kepada dunia dan apa yang disangka sebagai miliknya. Sayang dan ingin terus memilikinya tanpa mahu merasai kehilangan apa yang disayanginya.
Kerana sikap cinta dunia inilah manusia takut mati apabila dunia terlalu dekat dan mencengkam kehidupannya yang sangat bergantung kepada dunia.

Orang yang merasa bahagia dengan dunia dan merasa cinta kepada apa yang ada di dalamnya seperti manusia, harta, kedudukan, milikkan dan keindahannya akan sangat membenci dan memusuhi akhirat yang akan memusnahkan kesemuanya.

Kerana itulah manusia menangis kerana kematian orang yang disayanginya.

Kerana itulah manusia sedih apabila kehilangan harta yang dikumpulkannya.

Kerana itulah manusia bersifat bakhil dan kedekut kerana terlalu sayangkan apa yang dimilikinya.

Disebabkan itulah mengapa tidak ramai manusia yang sanggup untuk menjadi seorang muslim dan muslimah yang terpaksa mengorbankan seluruh dunia dan segala isinya untuk diserahkan kepada Allah swt.

Harga Sebuah Tauhid ialah Seluruh Kehidupan

Apabila Rasulullah berdiri di kaki bukit Al-Safa dan berkata kepada kaumnya : “Apakah kalian akan mebenarkan aku jika aku memberitahu kalian bahawa di belakang bukit ini terdapat musuh berkuda yang akan menyerang kalian ?” Maka dijawab oleh mereka semua dengan mengatakan bahawa mereka akan mempercayai baginda dan dalam riwayat tambahan disebut oleh mereka bahawa “kami tidak mengenali engkau melainkan sebagai seorang yang dipercayai” maka lalu baginda rasulullah pun menyeru kaumnya dengan berkata : “Maka sesungguhnya aku ini ialah utusan yang mengingatkan kamu dengan azab yang pedih” lalu tiba-tiba disampuk oleh bapa saudaranya Abu Lahab : “Apakah hanya kerana ini engkau menghimpunkan kami ? Maka celakalah engkau” lalu turunlah wahyu Allah yang disebut sebagai Surah Al-Masad. (Hadis sahih riwayat Bukhari no. 1394).

MENGAPA KAUM MUSYRIKIN MENOLAK DAKWAH RASULULLAH ?

Apakah hanya disebabkan oleh beberapa ratus buah patung ? Sentimental terhadap nenek moyang dan adat orang-orang terdahulu ? Ataukah penolakkan itu disebabkan Rasulullah berhasrat merebut jawatan pemerintah dan ketua daripada Abu Sufyan dan bapa-bapa saudaranya ?

Mari kita lihat dalam lipatan sejarah bahawa sebelum Abu Sufyan memeluk Islam, dia pernah ditanya oleh Raja Rumawi Timur, Hiraklius (Hiraqla) tentang peribadi Nabi Muhammad shalallahu alaihi wa sallam (dialog ini dilakukan di Illia, Syam, di depan para pembesar dan pendeta nasrani setelah perjanjian Hudaibiyyah antara Nabi dan kaum musyrikin, pada tahun ke-6 Hijrah). Hiraklius bertanya: “Apakah seruannya (Muhammad) kepada kamu ? ” Jawab Abu Sufyan: “Dia berkata kepada kami, ‘Sembahlah Allah semata-mata, jangan menyekutukan Allah dengan sesuatu pun. Tinggalkan sembahan nenek moyang kamu'. Dia juga mengajak kami sembahyang, memberi sedekah, menjaga maruah diri dan menjaga hubungan persaudaraan." (Sahih Bukhari, Darul Ma’rifah, Beirut, Libanon, bab Kaifa kana Bad’u Al Wahyi ila Rasulillah, juz 1, halaman 8. Sahih Muslim, bab Kitabun Nabi ila Hiraqla Yad’uhu ilal Islam, juz 2, halaman 90-91, dari Abdullah bin Abbas).

Setelah Muhammad bin Abdullah diangkat menjadi Nabi dan Rasul terakhir untuk menyampaikan wahyu Allah kepada manusia, baginda pernah ditawari oleh pihak penguasa Quraisy untuk menjadi raja yang memegang kekuasaan dalam masyarakat Mekah, di samping kedudukan harta dan kedudukan mulia (As Sirah An Nabawiyyah, Ibnu Hisyam, juz 1, halaman 293, Daarul Ma’rifah, Beirut)

Rupa-rupanya sudah terjawab oleh Al-Quran dan As-Sunnah dan suluhan sejarah.

Bahawa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu ialah supaya masyarakat Arab menjauhi syirik dan mentauhidkan Allah swt di dalam seluruh kehidupan mereka dan menyerahkan hidup dan mati mereka hanya kepada Allah.

Persis seperti Firman-Nya :
إِنِ الْحُكْمُ إِلاَّ لِّلهِ َأمَرَ َألاَّ تَعْبُدُوْا إِلاَّ إِيَّاهُ َذلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ
Maksudnya: “Kekuasaan dan pemerintahan itu adalah kepunyaan Allah Dia [Allah] memperintahkan kamu sekalian jangan mengabdikan diri kepada yang lain daripada-Nya [Allah]. Itulah agama yang lurus.” (Yusuf: 40)

Supaya setiap amal perbuatan mereka, kerja dan usaha mereka hanya dilakukan bagi memenuhi tuntutan beribadah kepada Allah swt.

Wajarlah baginda ditentang !

Seseorang datang dan muncul di kalangan kita lalu menyeru kita supaya mengeluarkan harta kita, mengorbankan nyawa kita dan menyerahkan anak-anak kita ke jalan Allah dan mengambil semuanya apa yang menjadi milikan kita dan diberikan semuanya kepada Allah dan demi mendapat keredhaan Allah sehingga menjadikan kita tidak mempunyai apa-apa lagi maka bukankah orang seperti ini wajar ditentang ?

Firman Allah swt yang bermaksud :
Maksudnya: “Oleh kerana itu, maka hendaklah orang-orang yang menukar kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat [iaitu orang mukmin yang mengutamakan kebahagiaan hidup akhirat atas hidup dunia ini] berperang di jalan Allah. [kerana] Barangsiapa yang berperang di jalan Allah lalu terbunuh [syahid] atau beroleh kemenangan, maka kelak Kami akan berikan kepadanya pahala yang besar. Dan mengapakah kamu tidak mahu berperang di jalan Allah dan membela orang-orang yang lemah baik laki-laki, wanita-wanita dan anak-anak yang selalu berdoa dengan berkata “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau”, orang-orang yang beriman itu berperang di jalan Allah, dan orang-orang yang kafir pula berperang di jalan taghut [syaitan] sebab itu perangilah kawan-kawan syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah.” (An - Nisaa': 74-76)

Salah faham terhadap dakwah Tauhid Ini

Apakah dakwah tauhid ini mengajak manusia semuanya untuk bermalas-malasan dan tidak berusaha membangunkan dunia dan mencari nafkah rezeki sebaliknya hanya dimasjid beribadah setiap masa tanpa mempedulikan urusan dunia ?

Salah, sebaliknya golongan yang memahami tauhid inilah yang gigih berusaha mencari kemanfaatan dunia dan membangunkan dunia segagah mungkin untuk digunakan pada jalan Allah swt.

Perbezaan yang wujud ialah terdapat segolongan manusia hanya mencari harta kekayaan untuk kesenangan hidup mereka di dunia sebaliknya golongan yang bertauhid berusaha mengumpulkan kekayaan dan kemewahan untuk dibelanjakan di jalan Allah sebagai kegunaan mereka di hari akhirat.

Firman Allah swt yang bermaksud : “ Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai . Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali-Imran : 92)

Akhirat ialah matlamat golongan yang bertauhid, dunia ini hanyalah sebagai tempat persinggahan sementara dan segala harta dan tenaga yang ada digunakan sepenuhnya untuk akhirat.

Apabila menyedari dunia ini hanyalah pinjaman Bukan Milik Kita

Saya memberitahu isteri saya bahawa duit yang ada padanya sebelum ini yang sudah dibelanjakan oleh dia itu ialah duit hasil gaji saya yang telah diberikan oleh majikan saya.

Dia terkejut dan kaget.

Kemudian saya jelaskan lagi, duit itu memang bukan milik saya. Sebelum itu ianya di tangan majikan dan sebelum itu juga duit itu pernah berada pada orang lain sebelum majikan saya.

Kesimpulannya duit itu tidak pernah menjadi milik saya atau sesiapa pun sebaliknya bertukar tangan di antara manusia kerana semuanya TUNDUK dan MENERIMA sebuah peraturan yang dinamakan “SISTEM KEWANGAN” dan andai terjadi apa-apa kepada sistem atau peraturan ini misalnya berlaku peperangan, inflasi atau kejadian yang menjejaskan nilai mata wang boleh jadi duit kertas yang ditangan saya ini menjadi tidak bernilai dan tidak dikehendaki oleh sesiapa pun atau tidak laku untuk ditukar dengan apa barang sekalipun.

Lalu bukankah ketika waktu itu kita akan sedar sebenarnya kita tidak memiliki harta apa-apa ?

Bagaimanakah pula dengan rumah ? isteri saya bertanya, kemudian bagaimanakah pula dengan tanah dan pakaian dan kenderaan ?

Saya menjawab : “Andai kita sudah mati, kita sudah tidak memiliki semua itu lagi bukan ?” Bermakna Allah boleh sahaja mematikan kita sebelum sempat menikmati segala apa yang kita sangka sebagai kepunyaan kita kerana hakikatnya segala sesuatu itu kepunyaan Allah.

Apakah kita mempunyai wanita ? sekiranya wanita itu boleh dimatikan, ditimpa kemalangan atau kecelakaan bila-bila masa dan kemudian menjadi mayat kaku yang membusuk ? Wanita itu milik Allah.

Apakah kita mengaku mempunyai harta dan wang sedangkan semuanya itu boleh dicuri, hilang, atau kemudian hancur luluh oleh segala macam peristiwa dan kejadian ?

Lupakah kita akan kisah seorang kawan yang mempunyai satu ringgit dan seorang yang lain mempunyai seribu ringgit ?

Ketika orang yang mempunyai wang seribu ringgit itu berbangga dengan jumlah wangnya yang lebih banyak daripada kawannya lantas kemudian dia ditimpa kemalangan dan terpaksa membelanjakan wang untuk merawat luka dan membeli ubat lalu wangnya yang berjumlah seribu itu hangus dibelanjakan sehingga tinggal cuma beberapa sen.

Sedangkan kawannya masih tetap memiliki wang seringgit.

Duit ialah alat, janganlah menjadi seperti kera yang mendapat bunga. Sebaliknya gunakan alat itu sebaik-baiknya untuk mencapai matlamat sebenar iaitu akhirat.

Bukan Milik Kita, Perlu disedari di dalam Kehidupan

Menyedari misi, matlamat dan jalan menuju Allah swt yang jelas daripada Al-Quran dan As-Sunnah tidak bermakna kita akan terselamat daripada goncangan hati dan ujian berbisa yang diatur sebagai bunga dan perhiasan kepada jalan menuju Allah.

Cuma ujian itu dengan rahmat dan izin Allah akan dapat dihadapi dan akan dapat memaksa diri untuk mengharungi kerana menyakini bahawa jalan itu wajib dilalui untuk menuju Allah swt.

Apabila melalui jalan yang lurus, kita akan melihat pula mereka dan golongan lain yang melalui jalan yang membengkang-bengkok di setiap perselisihan dan pertemuan kehidupan namun lama-kelamaan mereka akan mejauh dan menghilang sayup menuju jalan-jalan yang tak diketahui arah tujuan.

Di setiap perselisihan kadang-kadang kita bertemu dengan pelbagai manusia, ada yang kita suka dan ada pula yang kita cinta.

Apabila mencintai maka kita mahu memiliki, seketika itu juga kita harus berhati-hati agar kita tidak meninggalkan jalan yang lurus kerana mahu mengikuti orang yang kita cintai kerana hendak memilikinya agar kita tidak terpesong dan terikut jalan yang bengkok itu menuju pengakhiran yang tidak pasti.

Usahakan membawa orang yang dikasihi ke jalan yang lurus, andai gagal dan tidak dapat diusahakan maka perlulah disedari jalan lurus itu sangat jauh dan perjalanan masih perlu diteruskan.

Lalu ketahui dunia ini hanyalah pinjaman dan Bukan Milik Kita.