
Artikelberat66 writes "
Menepati kehendak Penanti sekiranya telahan Dr Mansor Othman menjadi kenyataan sebagai calon ejen Perubahan Baru DUN Penanti N12. Dr Mansor sememangnya layak dan menepati kehendak dan kriteria yang diperlukan Penanti untuk mengisi kekosongan.
Pengalaman kami bekerjasama beberapa kali sebelum ini bersama Dr Mansor selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti KeADILan Rakyat Negeri Pulau Pinang ini mengukuhkan lagi kepercayaan dan sokongan kami bahawa beliau memang dan patut disokong.
Gerak kerja dan komitmen serta kesabaran Dr Mansor terutama di dalam menghadapi suasana yang banyak menguji kesabaran dan menduga keikhlasan meletakkan beliau sebagai calon yang sebaiknya dan berkemampuan untuk mengisi hasrat dan harap Penanti. Apa lagi yang nak diharapkan daripada Dr Mansor yang ternyata memiliki kredibiliti dan kualiti di tahap tertinggi. Penantian Penanti bakal dipenuhi bila diumumkan nanti dan jawapan sudah ada, pilihan sudah jelas dan hanya tunggu masa untuk memangkahnya saja pada 31.5.2009.
Kami dari jauh turut merasa berbangga dan sudah tentu seluruh warga Penanti akan merasa jauh lebih bertuah dan dihargai daripada kami kerana dianugerahkan Pakatan Rakyat dengan calon yang MAMPU memikul tugas terutama di dalam menyusun atur dan melaksanakan wadah perjuangan rakyat bersandarkan garis panduan dan kehendak perjuangan parti dengan penuh komited dan keinsafan.
Pemilihan bekas pensyarah ini juga akan sudah tentu menambah yakin Penanti kerana peribadi Dr mansor yang sudah diketahui sebagai seorang pemimpin rendah diri serta mesra masyarakat dan bukan spesis pemimpin yang suka mendahulukan diri. Jawapan kepada segala persoalan yang dinanti kini bakal terjawab untuk Penanti. Bersedialah untuk berubah untuk menambah satu lagi koleksi kemenangan rakyat dalam musim kemenangan kini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan