assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Isnin, 27 April 2009

Eksklusif: Isu Pemecatan, Imam Ramlang Porigi Akan Ambil Tindakan Saman Ke Atas JAKIM Jika Rayuan Kedua Berhubung Isu Tersebut Di Tolak


KUALA LUMPUR - Bekas Imam Masjid Negara, Ramlang Porigi (foto) akan mengambil tindakan saman keatas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sekiranya rayuan kedua pemecatan beliau ditolak. Jelasnya, setakat ini beliau masih menunggu keputusan dari tempoh rayuan yang akan berakhir Mei depan supaya tindakan pemecatan yang dilakukan keatas beliau pada 20 Januari lalu tidak sah. katanya. Tindakan pemecatan itu diambil dipercayai dengan sebab Ramlang dianggap telah “mencemarkan nama perkhidmatan awam” setelah naik pentas politik dalam kempen Anwar Ibrahim ketika bertanding di Permatang Pauh pada 24 Ogos lalu. “Sekiranya saya masih dipecat setelah rayuan saya ditolak, saya akan mengambil tindakan saman bagi mencabar pemecatan saya,”“Tujuan saya ke pentas itu bukan untuk tujuan politik, tetapi untuk membersihkan nama saya dan nama Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang menabur fitnah jahat,” katanya lagi Jelas Ramlang, tindakan saman itu diambil bagi membersihkan nama beliau dari tuduhan yang diangap mengunakan pentas politik untuk berkempen. Dalam proses rayuan ini, Ramlang yang sudah berkeluarga tidak mendapat apa-apa sumber pendapatan dan hanya mendapat upah dengan mengadakan kelas-kelas agama di beberapa tempat di negeri Selangor. “Selepas tempoh rayuan ini saya akan memikirkan samaada meneruskan kerjaya saya di JAKIM atau menerima tawaran dari mana-mana negeri Pakatan Rakyat terutama Selangor,” katanya lagi.

[PDO agak hairan dengan tindakan JAKIM memecat Imam Ramlang Porigi yang menceritakan perkara sebenar tentang dirinya itu. Tindakan ini juga amat jelas membuktikan bahawa JAKIM memang bertindak berasaskan kepada kepentingan pihak-pihak yang berkenaan sebenarnya. Maka itu kita tidak hairan kenapa Imam Porigi dipecat gara-gara dikatakan berkempen semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh dulu. Walhal beliau terpaksa bercerita perkara yang sebenarnya berlaku ketika majlis sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah itu dulu. Bahkan, PDO juga difahamkan Saiful turut akan menyaman Imam Ramlang selepas beliau mendedahkan perkara tersebut dulu. Maknanya Saiful akan menyaman pihak-pihak yang mempertikaikan dirinya, seolah-olah dalam hal ini dia sahaja yang benar sebenar-benarnya. Jika mahu dibandingkan Saiful dengan Imam Ramlang, lebih baik kita percaya kepada kenyataan Imam terbabit daripada budak Saiful yang lebih banyak memutar belitkan kenyataan serta keterangan beliau berhubung dengan kes liwatnya itu].

Tiada ulasan:

Catat Ulasan