assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Selasa, 28 April 2009

Hero Yang Tidak Ada Kuasa


Posted on Tuesday, April 28 @ 06:00:00 MYT by Paktam

Oleh Mohd Sayuti Omar
KETERUJAAN dan minat orang ramai kepada Menteri Besar Rakyat Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin bukan saja dari kalangan ahli Pas diperingkat cawangan di Gua Musang ataupun Pas kawasan di Kuala Lumpur, tetapi ia juga turut menarik minat seroang professor di universiti tempatan.


Bagaiamana ahli Pas bawahan menerima Nizar sebagai hero begitulah juga professor berkenaan menerima Nizar sebagai pemuka baru dalam persada politik, khasnya politik Pas. Malahan professor itu lebih "ke depan" lagi meramalkan Nizar layak untuk jadi presiden Pas di masa akan datang. Dengan aset semulajadi yang ada kepada bekas MB Perak itu, kata profesor berkenaan Nizarlah type presiden Pas yang sebenarnya. Nampaknya professor mengkagumi penampilan Nizar!
Saya tidak terkejut kalau ahli Pas mula mengkultus Nizar Jamaluddin selepas meletusnya krisis politik tempoyak di Perak. Keberaniannya untuk turun ke gelanggang menjadi penentang utama kepada kehilangan kerajaannya (jawatan MB dan kerajaan Pakatan Perak) boleh ditabik lebih dari dua kali.

Calang-calang orang yang berani untuk melakukan apa yang Nizar lakukan. Senario yang berlaku di Perak itu bukan saja dengan UBN tetapi dengan Istana, dengan Raja Perak sendiri, dengan Sultan Azlan Shah. Nizar berjaya membawa semula watak-watak dalam cerita Melayu klasik seperti Jebat, ataupun watak-watak penentang kolonial di zaman moden seperti Tok Saga, Mat Kilau, Tok Janggut dan sebagainya.

Nizar seorang berani dan begitu yakin dengan apa yang dilakukannya. Berani kerana kebenaran. Dan yakin dia akan menang di hujung harinya kelak. Atas kapasiti dan budi itulah maka kini beliau menjadi pujaan ramai. Kegemilangannya di Perak menenggerhanakan seribu tokoh lain. Kalau Panglima Bukit Gantang masih hidup dan berlawan dengannya, panglima itu juga akan kalah di bandingkan dengan populariti Nizar. Mungkin orang Cina tidak ada menyokong Panglima Bukit Gantang, tetapi ada Cina yang menjulang keberanian Nizar.

opulariti Nizar juga mengatasi segala yang lain. Buktinya, dia kini mula mendapat pencalonan dari kawasan Pas untuk menakhtai jawatan Naib Presiden. Bererti kemunculan Nizar dalam sekelip mata bukan saja menyusahkan UBN Perak, menganggui tidur orang-orang dalam Istana di Kuala Kangsar, tetapi turut mencuri peluang tokoh Pas yang hendak bertanding jawatan Naib Presiden.

Saya mengira kalau Nizar menerima pencalonan dia akan menang dengan undi tertinggi. Nampaknya fenomena dalam hiburan turut berjangkit ke dalam politik, di mana orang popular mudah mendapat sokongan dan akan menguasai parti. Apa yang berlaku ke atas Asmawi Ani (Mawi) akan berlaku ke atas Nizar Jamaluddin. Kalau kerajaan Kelantan juga terliur mengundang Mawi apa lagi dengan ahli bawahan yang muda nampak kepada objek-objek yang aneh dan mudah memantulkan cahaya.

Tetapi apakah ada yang sedar di sebalik kehebatan Nizar ini bahawa cara Nizar itu tidak ubah seperti Pak Kadok yang menang sorak kampung tergadai? Nizar menjadi pujaan tetapi kuasa hilang! Nizar disokong oleh rakyat namun jawatan tidak ada? Inilah perkara yang perlu ahli Pas khasnya kena menilai dan merenungi ke atas tindak tanduk Nizar.

Ditimbulkan ini bukan bermakna menolak kehebatan Nizar, tetapi apakah maknanya dari konteks politik kalau kita menang, mendapat kepercayaan rakyat tetapi kuasa tidak ada dan masalah itu akan berlarutan dan menjadi satu liabaliti pula kepada masa depan Pas dengan pihak lain.

Ada sesuatu yang Nizar atau orang yang mengkaguminya mempelajari dan mengesan natijah dari konteks politik dengan apa yang berlaku. Pada saya Nizar seharusnya lebih bijaksana meletakkan keberanian dan popularitinya. Beliau tidak seharusnya berani membuta tuli seperti mana yang berlaku kini. Kesannya kini sudah mula dirasai akibat kerana kurang bijak itu Pas Perak kehilangan seorang berbakat besar sepertinya. Tidak mungkin lagi Nizar akan dapat kembali ke jawatan MB selagi Raja Perak yang ada kini masih menjadi raja.

Hakikatnya untuk melahirkan seorang Nizar lagi di Perak bukan mudah. Mungkin 20 tahun lagi belum terjamin. Sayangnya kelahiran Nizar itu tidak dibentuk dan dijagai serapi mungkin yang mana ianya bersifat sementara saja. Pemimpin yang lahir dari krisis biasanya sekejap saja auranya. Pemimpin yang sejati ialah yang lahir secara nature dan mempunyai track record perkhidmatan yang gemilang dan dapat diperhatikan rakyat.

Bila teringat Nizar maka teringatlah saya juga kepada bekas MB Terengganu Idris Jusoh di negeri penyu menangis itu. Idris Jusoh juga macam Pak Kadok, parti menang tetapi tidak dapat jadi MB. Idris Jusoh juga seorang yang bijak, tidak 'cap ayam', tetap 'cap lembu' jika dibandingkan dengan MB Terengganu kini, Ahmad Said yang dilabelkan sebagai tidak ada kelas. Tetapi apa sudah yang berlaku kini. Orang 'cap ayam' menjadi MB, manakala orang 'cap lembu' melopong mulut jaja kekuatan ke sana ke mari.

Tidak ada guna kalau cerdik tetapi tidak ada kuasa dan menyusahkan parti. Idris Jusoh bukan main lagi hebat, berani melawan Sultan Terengganu. Sampai ada orang yang menyokongnya menaikkan sepanduk berbunyi; Natang Raja. Rakyat UBN pun bertepok tangan memberi sokongan, menjulang Idris bagaikan Panglima Hitam yang berjaya membunuh 40 lanun di lautan Cina selatan.

Hebat! Bagaimana pun istana tidak ikhtiraf keberanian itu. Apalah gunanya kalau istana tidak iktiraf, maka apa yang dilakukan itu sia-sia saja. Apakah kita cukup untuk melihat keberanian itu sekadar dicatat dalam sejarah? Apa hasilnya yang kita dapat dari kehebatan yang begitu? Tidak ada apa kecuali kita terus haus dan merasa terkilan dengan apa yang berlaku.

baik bagi Nizar maupun Idris Jusoh keduanya mereka sudah tidak ada lagi dalam lipatan jiwa istana di Perak dan Terengganu. Kecualilah ada wali yang turun dari langit mendoakan untuk mereka sehingga membuka kamar hati Raja atau Sultan menerima mereka balik. Harapan itu sangat mustahil sekali ianya tidak ubah seperti mengharap hujan naik ke langit.

usteru dalam hal ini Idris Jusoh masih bernasib baik kerana menteri besar Terengganu adalah kumpulan yang sama dengannya. Idris boleh perbetulkan kesilapan yang dilakukan dengan merendah diri menerima Ahmad Said sebagai MB. Saya rasa Ahmad Said masih bersedia untuk membuka pintu taubat kepada Idris Jusoh. Sebaliknya Nizar tidak mungkin kerana Zambry Abdul Kadir dari kumpulan lain.
Ingatlah, kemenangan tidak akan dicapai dengan keberanian semata-mata, sebaliknya kemenangan akan diraih apabila ia disusuli dengan ketulusan dan kebijaksanaan. [wm.kl. 5:20 pm 26/04/09]
http://msomelayu.blogspot.com/

4 ulasan:

  1. emm bleh tahan satu info yang mnarik.. natural

    BalasPadam
  2. betul-betul...setuju. biar berdiri atas pagar tak taksub / membabi buta sokong mana2 ind/parti yang endingnya menyusahkan rakaya dan diri sendiri....

    BalasPadam
  3. satu kesalahan yang amat amat besar jika kita membandingkan antara Nizar dengan Idris Jusuh. Idris Jusuh lebih hina kerana telah dikhianati oleh saudara dalam partinya sendiri, tetapi Nizar telah dirompak dan dirampas kuasanya oleh lanun bacul atau pondan. Kita biarkan kuasa rakyat yang tentukanya. BUBAR DUN

    BalasPadam
  4. bila anwar ibrahim maksum tu cakap pasal lompat parti si bodoh ni tak cakap pulak anwar ibrahim maksum tu lanun bacul atau pondan tapi anwar tu lah pejuang keadilan. satu dunia anwar ibrahim maksum tu tipu pasal 16 september sampai presiden pas yang islamik tu pun kena tipu jugak. masa tu si bodoh ni tak cakap pulak pasal kuasa rakyat dan biarkan rakyat tentukan. bila adun bota masuk pakatan rakyat nizar kata itu demokrasi tapi bila 3 adun keluar pakatan dan sokong BN tu tak betul dan rampas kuasa serta tak islamik. sudahlah..............cukuplah..........jangan jadi macam nik aziz yang cakap berbelit-belit, bila lantik menantu dia, dia kata kroni tu sunnah nabi pulak....

    BalasPadam