assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Selasa, 28 April 2009

Berhati-hati selsema babi

KL: Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak swine flu atau selesema babi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata kementerian akan bekerjasama dengan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan penduduk awam di negara ini.

Selain itu, Dr Mohd Ismail berkata semua pengamal perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes mempunyai tanda atau gejala "influenza-like illness" atau "severe pneumonia" dan pernah melawat Mexico, California atau Texas selepas 17 April lalu, diminta untuk memaklumkan kepada pejabat kesihatan daerah terdekat dengan serta merta untuk tindakan pencegahan dan kawalan.

"Kementerian juga membuat saringan tanda jangkitan swine flu di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California atau Texas selepas 17 April lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kenyataan akhbar juga akan dikeluarkan dari semasa ke semasa situasi wabak selesema itu untuk maklumat orang awam dan langkah kawalan serta pencegahan yang diambil kerajaan.

Beliau berkata sehingga kini pihak WHO memaklumkan bahawa tiada sebarang tindakan sekatan dari segi kesihatan, perjalanan dan perdagangan yang perlu dilakukan oleh setiap negara bagi perlindungan kesihatan antarabangsa susulan daripada kejadian ini.

Dr Mohd Ismail turut menasihatkan masyarakat supaya mematuhi nasihat-nasihat yang diberikan oleh kerajaan dan maklumat lanjut berkaitan dengan wabak swine-flu ini boleh didapati menerusi talian 03-88810200 atau 03-88810300 atau layari laman web www.moh.gov.my.

Terdahulu, bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Forum "Etika dan Profesionalisme: Peranan Pendidikan Ortodontik Pasca Siswazah Sepenuh Masa" di sini, beliau berkata orang ramai diminta tidak risau serta panik dengan situasi yang berlaku di negara Amerika Latin itu.

"Jangan risau dan panik dengan situasi ini, kerajaan bersedia menghadapi situasi sebegini sebagaimana berlakunya kejadian Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan kita akan mengambil beberapa tindakan segera," katanya.

Sementara itu, di GUANGZHOU, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata rakyat Malaysia tidak dihalang daripada melawat Mexico tetapi dinasihatkan supaya berhati-hati.

"Saya memang nasihatkan macam tu, kecuali mereka terpaksa ke Mexico kerana kerja, untuk tunggu sekejap sehingga keadaan itu stabil," katanya kepada pemberita selepas sesi pasaran pelancongan hari ini.

Setakat ini, wabak baru selesema babi di Mexico telah meragut 62 nyawa dan WHO mengesahkan bahawa kematian disebabkan oleh virus H1N1 yang tidak pernah dikesan sebelum ini yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia.

Laporan terbaru agensi berita asing menyebut bahawa selesema babi itu telah menular ke Amerika Syarikat dan WHO bimbang ia mungkin merebak ke seluruh dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan