Jamaah

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Selasa, 14 April 2009

Debaran esok: Pilihanraya kecil lagi di Selangor, P.Pinang?

Oleh G.Manimaran

EXCO Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong yang sedang bercuti genap dua bulan hari ini, dijangka akan diterima hasratnya untuk melepaskan jawatan tersebut minggu ini.

Ia merupakan salah isu yang kini diperhalusi oleh pucuk kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan banyak pihak mengatakan bahawa kemungkinan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil.

Bagaimanapun difahamkan, Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan akan mengekalkan jawatan sebagai wakil rakyat buat sementara waktu.

"Umumnya, Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) akan menerima hasrat beliau untuk meletakkan jawatan sebagai Exco, dan bukannya kedua-dua Exco dan ADUN... Wong akan kekal sebagai ADUN Bukit Lanjan," kata sumber kepada mStar Online.

Difahamkan Khalid telah menghadap Sultan Selangor awal pagi semalam.

Lazimnya Menteri Besar akan menemui Sultan Selangor menjelang mesyuarat mingguan Exco yang diadakan setiap Rabu.

Difahamkan, Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor dijadual mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam petang ini.

"Dijangkakan Menteri Besar akan memaklumkan keputusan yang diambil berhubung tawaran Wong untuk meletakkan jawatan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan petang esok (hari ini)," katanya.Jika tidak esok pun, kemungkinan selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Rabu ini pengumuman mengenainya akan dibuat, kata sumber itu lagi.

mStar Online difahamkan dua lagi komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PAS juga pada dasarnya telah bersetuju agar hanya tawaran melepaskan kedudukan Exco diterima, bukannya sebagai ADUN.

"Kemungkinan pilihan raya kecil di Bukit Lanjan masih tipis buat masa sekarang," katanya.

Khalid melanjutkan tempoh cuti Wong yang sebelum ini ditetapkan sehingga 15 Mac lalu sehingga 15 April.

Wong, Ketua Penerangan Wanita PKR, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri itu.

Wong, 37, telah menawarkan untuk meletak kedua-dua jawatan itu berikutan penyebaran gambar separuh bogelnya dalam Internet, tetapi Khalid menasihati beliau agar menagguhkan hasratnya dan pergi bercuti.

Bulan lalu, Khalid tidak menolak kemungkinan pelanjutan tempoh cuti Wong kali ini mungkin yang terakhir sebelum keputusan muktamad mengenai kedudukan kedua-dua jawatan Wong diumumkan.

Beliau menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Khalid pada 17 Februari.

PKR juga berhadapan dengan isu membabitkan penyandang jawatan Exco dan ADUN di utara iaitu Pulau Pinang.

Selepas Mohammad Fairus Khairuddin melepaskan jawatan Exco dan Timbalan Ketua Menteri I berkuat kuasa 8 April lalu, desas-desus kedengaran kemungkinan beliau akan mengosongkan kerusi DUN Penanti.

Sekali lagi, sumber dalaman PKR memberitahu bahawa "pucuk kepimpinan PKR tidak mahu kerusi sendiri itu dikosongkan, sekurang-kurangnya buat masa sekarang."

Dalam pada itu, kelmarin Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, bakal pengganti Timbalan Ketua Menteri 1 dan anggota Exco kerajaan negeri akan diumumkan esok.

Katanya, beliau masih menunggu maklum balas dari Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung calon yang akan dilantik bagi mengisi jawatan itu.

ADUN Batu Maung Abdul Malik Abul Kassim dan ADUN Sungai Bakap Maktar Shapee dilaporkan antara calon pilihan bagi mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1.

Kerusi itu kosong apabila Fairus yang juga ADUN Penanti meletakkan jawatan itu pada 8 April.

Fairus disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah.

Kertas siasatan telah diserahkan ke Bahagian Pendakwaan Jumaat lalu dengan pelbagai spekulasi timbul bahawa beliau kemungkinan akan didakwa esok.

Malam esok, Anwar akan mempengerusikan mesyuarat Biro Politik PKR, yang sudah pasti menjadi tumpuan mengenai nasib Wong, dan kedua-dua kerusi berkenaan iaitu sama ada PKR sanggup mengambil risiko pilihan raya kecil.

Penanti terletak dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh yang kini disandang Anwar sendiri, yang dimenangi menerusi pilihan raya kecil Ogos lalu. / Mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan