assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Isnin, 11 Januari 2010

Mana dia patriotisme bila Petronas taja Mercedes GP?

Oleh: Shirzad Lifeboat

Cerita-cerita tentang ‘racing’ ini memang sedap didengar. Walaupun hampir seluruh dunia sukan permotoran tahu pemandu Jarno Truli, 35 tahun hanya pernah memenangi satu sahaja perlumbaan(di Grand Prix Monaca 2004 yang turut menyaksikan Michael Schumacher dihukum turun 10 petak ke bawah kerana menukar enjin),sekali sahaja berjaya menduduki petak pertama dan hanya sekali sahaja mencatatkan masa terpantas di sepanjang kerjayanya dalam sukan lumba kerata Formula One, namun pihak pembuat keputusan peringkat tertinggi masih mahu Trulli menggalas cabaran sulung ‘kerajaan’ Malaysia dalam siri perlumbaan F1.

Sekiranya ada objektif yang dihasratkan oleh kerajaan menerusi pembabitan Malaysia dalam sukan ini, maka pertama sekali jiwa patrotisme haruslah lahir bukan sahaja di kalangan peminat sukan tetapi juga pemimpin sendiri.

Malangnya ini tidak dilihat sebagai sesuatu yang ketara dalam pentadbiran dan proses membuat keputusan kritis mengenai perjalanan Lotus F1 Malaysia. Sepatutnya kita meletakkan pemandu kita sendiri, Fairuz Fauzy sebagai pemandu pertama dan Heikki Kovalainen, 28 tahun (mula berlumba pada tahun 2007, menang sekali dan empat kali memenangi petak pertama), sebagai pemandu kedua

Walaupun Kovalainen lebih berpengalaman tetapi demi patriotisme, Fairuzlah sepatutnya menjadi pemandu kedua dan, sekiranya perlu mengambil Trulli kerana tidak ada pemandu lain, maka jadikan sahaja pemandu Itali yang boleh dianggap sudah sampai ke usia pencen itu sebagai pemandu uji atau pemandu ketiga.

Benar Fairuz tidak memiliki pengalaman sebagaimana Trulli tetapi harus diingat sukan lumba kereta bukan macam bermain catur di mana pengalaman adalah penting. Ini sukan yang harus digalas oleh orang muda yang berstamina tinggi.

Sejarah sukan lumba kereta Formula One menyaksikan ramai pemandu yang tidak berpengalaman berlumba menemangi perlumbaan atau malahan juga menjadi juara dalam masa lima musim mereka membabitkan diri dalam perlumbaan. Mudah sahaja menyebut nama Lewis Hamilton yang menjadi juara seawal tahun kedua pembabitannya dalam sukan itu dan Fernando Alonso pada tahun kelima atau malah pemandu Brazil Emerson Fittipaldi yang menjadi juara sebanyak dua kali dalam masa lima musim pertama pembabitannya selaku pemandu Formula One.

Walaupun ramai rakyat Malaysia yang mengikuti sukan permotoran ini tetapi hanya sedikit sahaja bilangannya, jika adapun yang bersetuju dengan keputusan kerajaan (berserta penajanya) membabitkan diri dalam sukan yang boleh dianggap termahal di dunia.

Ramai yang tahu jika menangpun setakat nama Malaysia disebut sahaja tetapi manfaat lain yang bakal diperolehi masih amat kabur.

Namun jika mereka menyokong pasukan Lotus F1Malaysia, ini tidak bermakna mereka menyokong keputusan kerajaan. Sokongan mereka hanyalah sokongan patriotik kerana ia membabitkan negara. Dalam pada itu ramai juga yang merasa malu dengan pembabitan Malaysia ini dalam semua aspek. Hampir semua syarikat, termasuk syarikat yang dikaitkan dengan sesebuah negara hanya menjadi penaja untuk pasukan F1 sahaja. Tetapi anehnya Malaysia pula menaja dua pasukan.

Sementara AirAsia menaja Lotus F1Malaysia, khabarnya persetujuan telahpun dicapai agar Petronas menjadi penaja kepada pasukan Mercedes GP.

Khabarnya lagi keputusan tersebut adalah merupakan satu keputusan yang penuh kontroversi kerana pada mulanya Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican yang dianggap oleh sesetengah sebagai seorang yang patriotik, enggan membuat keputusan menaja GP telah lebih berminat menaja pasukan Malaysia.

Namun, keputusan yang tidak patriotik itu katanya dibuat dengan campur tangan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Alasan yang diberikan adalah bahawa keputusan menaja Pasukan Mercedes GP yang bakal menyaksikan kepulangan Michael Schumacher itu adalah satu keputusan perniagaan kerana ia dapat mempromosikan minyak pelincir Petronas.

Sementara alasan itu mungkin benar, persoalannya apakah Petronas sebagai konglomerat carigali minyak benar-benar mengharapkan pulangan utama dari pengeluran minyak pelincir ini. Dan ia membuatkan ramai bertanya berapakan kadar sumbangan jualan minyak pelincir Petronas kepada perolehan dan seterusnya keuntungan tahunan syarikat minyak negara itu.

Ramai merasakan keputusan menaja pasukan Mercedes GP dan bukannya Lotus F1 Malaysia adalah amat tidak patriotik. Adalah difahami bahawa pasukan Lotus F1 Malaysia memohon sebanyak RM297 dari Petronas justeru keputusan menaja pasukan lain itu meletakkan tekanan kewangan kepada Pasukan Lotus F1 Malaysia.

Kalangan industri sukan F1 pula berpendapat antara pasukan yang memiliki sumber kewangan tidak terhad adalah pasukan Mercedes GP dan Scuderia Ferrari. Tetapi sekiranya Petronas turut terlibat dalam pasukan F1 Malaysia, maka pasukan itu juga berkemampuan mendapatkan sumber kewangan tidak terhad selain daripada kerana turut ditaja oleh kerajaan.

Justeru sekiranya Malaysia mahu benar-benar meraih sesuatu melalui pembabitannya dalam sukan ini, sudah tentu salurkan sahaja wang penajaan dari Petronas itu untuk pasukan rumah (home team) dan dengan dana besar kita boleh mempelawa mungkin Schumacher untuk dijadikan pemandu pertama dan Fairuz sebagai pemandu kedua.

Dengan keparakan rekabentuk casis dan badan dari Lotus (yang satu ketika dulu pernah berkali-kali menjuari sukan F1 baik untuk kategori pelumba mahupun pembuat), maka kebarangkalian untuk memenangi perlumbaan malah untuk menjadi juara dalam masa lima musim adalah besar. Dengan demikian Petronas masih boleh mempromosikan produknya, pemandu tempatan dapat menimba pengalaman dari lagenda sukan berkenaan (bukannya pemandu yang sehingga hampir bersara pun hanya pernah memenangi perlumbaan tunggal).

Adalah agak malang pembuat keputusan tidak melihat hal ini. Akhirnya kita yakin, pasukan F1 Malaysia akan berkubur seperti yang dialami oleh puluhan pasukan lain setelah kita membazirkan berbilion ringgit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan