assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Selasa, 5 Mei 2009

Kepimpinan Adalah Taklif


Menghampiri tarikh Muktamar PAS Pusat ini , suhu atau bahang pemilihan kepimpinan baru semakin terasa malah menusuk ke isi dalam . Harapnya gerhana ini segera berlalu kerana saya percaya segala persilangan yang berlaku masih dalam sangkar Fastabiqul Khairaat . [ berlumba - lumba untuk berbuat kebaikan ]

Kerana semua sedia memahami melalui skima pentarbiyahan yang diambil dari usrah atau tamrin selama ini bahawa kepimpinan adalah [ taklif ] tanggungjawab .

Bukan calang - calang orang atau bukan kepalang ilmu yang dimiliki bagi mereka yang bersedia menawar diri untuk diberi amanah kepimpinan dalam parti . Sementelah pula semua mengetahui bagaimana jawatan dan kepimpinan dalam parti ini tidaklah bergaji bahkan ada yang sanggup meninggalkan tawaran gaji yang lumayan untuk berjuang sampai mati .

Walau tidak kita nafi kemungkinan ada mereka yang tidak ikhlas dalam perlumbaan ini dengan menjadikan kepentingan diri , pengaruh dan survival politik sebagai perkiraan utama tetapi tiada siapa yang boleh kita hukum melainkan kita serahkan mereka kepada Allah swt . Saya yakin dan percaya bahawa Allah swt akan memelihara jamaah ini dari segala unsur yang salah dan negatif .

Tahniah dan Takziah kepada semua Pimpinan bagi sessi 2009/11

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah dan jua takziah secara serentak kepada semua saff pimpinan baru atau yang kekal dari sessi lalu untuk memimpin parti di pelbagai peringkat . Bemula dari cawangan , kawasan , dewan - dewan dan pusat yang disempurnakan pemilihan kepimpinannya pada awal june nanti .

Siapa pun mereka yang telah diamanah untuk memimpin parti ini [ PAS ] , ulama' , profesional atau aktivis , mereka semua adalah gandingan mantap untuk membangunkan parti tanpa syak kepada peranan mereka .

Tahniah saya ucapkan kerana mereka diberikan kepercayaan oleh ahli dan mereka mempunyai ruang terbaik bagi berbakti kepada perjuangan Islam ini sekaligus berpeluang memeliharanya dari segala elemen yang meruntuhkan perjuangan dan melunturkan daya juang .

Takziah pula saya ucapkan kerana amanah ini satu beban yang akan dipertanggungjawabkan ke atas kita . Tentunya beban ini akan merampas sebahagian besar masa , wang ringgit dan tenaga kita . Apa yang paling membimbangkan ialah amanah ini akan dihitung dan dipersoalkan kelak diakhirat oleh Allah swt .

Selamat bertugas semoga Allah swt bersama kita dengan iringan taufiq dan hidayahNya , memacu parti mendepani cabaran baru yang tentunya semakin mencabar sekaligus mengkaji ruang - ruang baru yang bermanafaat untuk memecah kebuntuan pendekatan kita yang terikat dengan simpulan aktiviti tradisi .

Kepimpinan yang Layak

Kematangan para perwakilan tentu sahaja menjadi sandaran jamaah untuk memilih saff kepimpinan yang bakal menerajuinya kelak . Terpilih bukan bermakna kita yang paling hebat sementara tersingkir pula bukan kerana kita tidak berguna . Sebaliknya pemilihan adalah agihan tugas dan kerja untuk disandang oleh hanya beberapa orang dari hampir sejuta ahli jamaah . Realiti ini tentu sahaja memahamkan kita bahawa pasti ada mereka yang terpilih dan ada pula yang tersingkir . Kerana parti tidak menyediakan sejuta jawatan untuk sejuta ahlinya .

Nokhtah ini meletakkan kita tenang menghadapi pemilihan kepimpinan jamaah biarpun ada ruang kempen dan sebahagiaannya turun melobi bahkan sekali sekala kedengaran riuh rendah di bawah bagai orang sedang berbalah . Biasalah , orang kampung nak kenduri , hiruk pikuk dibuatnya sehingga sesekali dengar seperti mereka sedang bergaduh tetapi hanya riuh mulut dan cepat tangan membuatkan suasana demikian .

Habis kenduri tu nanti insyaallah , sepi dan tenanglah suasana seperti sedia kala . Cuma pengantin terpaksalah bekerja keras sikit untuk mencuci pinggan mangkuk serta periuk kuali yang ditinggalkan . Kalau malas dan penat sikit - sikit pun , kenalah tunjuk rajin depan bapa mertua . Begitulah adab - adab orang lama

Begitulah pemimpin yang dipilih kelak , selepas muktamar nanti ada tugas besar menanti mereka . Penting sekali untuk mereka ialah kembali merapatkan saff yang mungkin sedikit renggang dan menenangkan keadaan dengan kembali mengambil fokus perjuangan tanpa menolah ke kanan dan kiri untuk menilai kamu dulu dari kem mana ? dan kamu pula dari kumpulan mana ? dan kamu yang ini dari line mana ?

Kem kita satu iaitu PAS . Kumpulan kita satu iaitu kumpulan pejuang . Line kita satu iaitu jihad fi sabilillah .

Adapun kumpulan yang macam - macam istilah hari ini saya kira seperti kumpulan basuh pinggan , kumpulan menyedia dan menambah makanan , kumpulan penyambut tetamu dan kumpulan berbual untuk menceriakan suasana namun semuanya untuk menjayakan majlis kenduri tadi . Habis kenduri nanti kumpulan tu akan bubar dengan sendirinya . Setuju tak ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan