Oleh Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my
SHAH ALAM: Raja Pop, Jamal Abdillah mengakui ada melakukan hubungan kelamin dengan isterinya selepas dua hari melafazkan cerai dua tahun lalu, tetapi tidak berniat untuk merujuk semula dengan wanita itu.
Jamal Abdillah atau nama sebenar Jamal Ubaidillah Ali, 49, sebagai defendan memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, bahawa dia melakukan hubungan kelamin itu selepas berbaik dengan isterinya, Fatimatuzahra Samad, 26.
“Ketika melakukan hubungan kelamin itu, saya berusaha untuk merapatkan hubungan lebih baik untuk anak, tetapi apa yang nampak adalah tidak berjaya.
“Itu memang niat saya yang utama, tetapi apabila saya minta isteri menjaga anak hasil perkahwinan saya terdahulu, saya rasa usaha saya untuk berbaik tidak berhasil,” katanya ketika menjawab soal balas peguam syarie isterinya yang juga plaintif, Hairunnajmi Najmuddin berhubung pengesahan lafaz cerai pada 15 Mei 2007.
Dia yang juga Juara Bintang RTM 1979 turut menyatakan lafaz cerai itu dibuat jam 10 pagi ketika dalam kereta yang dipandu isterinya dalam perjalanan menuju ke sebuah hotel.
HAIRUNNAJMI: Adakah hubungan kelamin itu untuk berbaik semula?
JAMAL: Memang itu niat utama, tetapi gagal selepas saya meninggalkan anak hasil perkahwinan terdahulu untuk berbaik dengannya (Fatimatuzahra).
HAIRUNNAJMI: Kamu ada niat untuk rujuk semula dengan plaintif?
JAMAL: Saya tidak kata hendak baik dengan dia (Fatimatuzahra). Hubungan kelamin itu adalah usaha saya untuk berbaik dengannya dan juga memberi peluang untuknya menjaga anak hasil perkahwinan terdahulu bagi memastikan hubungan berjalan lancar untuk keluarga ini.
HAIRUNNAJMI: Ketika berbaik dengan plaintif. Ada awak mengatakan perkataan boleh menunjukkan kamu ingin berbaik dengan isteri?
JAMAL: Perbuatan saja tanpa dengan perkataan. Tetapi di dalam hati ada niat untuk menyatukan keluarga ini.
HAIRUNNAJMI: Jadi, maksud berbaik macam mana?
JAMAL: Niat saya untuk menyatukan keluarga...yang lebih penting adakah plaintif boleh jaga anak. Saya bimbang jika kembali dengannya, apa yang akan berlaku pada anak hasil daripada perkahwinan terdahulu. Saya cuba rapatkan anak itu dengan tinggal bersama dan lihat apa kesan yang saya dapat.
HAIRUNNAJMI: Kamu ada atau tidak memberitahu plaintif tujuan menghantar anak berkenaan?
JAMAL: Saya hantar saja tanpa kata tujuannya.
Penyanyi itu tidak bersetuju dengan kenyataan isterinya yang mendakwa dia kelihatan seperti ‘tidak normal’ ketika melafazkan cerai itu.
Selain itu, Jamal Abdillah yang tidak diwakili peguam turut menyatakan dia tidak mempunyai niat untuk rujuk kembali ketika bersama dengan isterinya apabila menjawab soalan Hakim Syarie Drs Atras Mohamed Zin.
Jamal berkahwin dengan Fatimatuzahra pada Disember 2005 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Zaki Yamani, 2.
Dia turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Osama Yamani, 5, hasil perkahwinan dengan isteri kedua, Noraina Yusof.
Fatimatuzahra dalam keterangannya pula berkata, dia terkejut apabila Jamal tiba-tiba melafazkan cerai itu ketika berada di dalam kereta 15 Mei 2007.
HAIRUNNAJMI: Dalam 20 minit berada dalam kereta, defendan tiba-tiba melafazkan cerai itu?
FATIMATUZAHRA: Ya.
HAIRUNNAJMI: Bagaimana lafaz itu dibuat?
FATIMATUZAHRA: Jamal Abdillah berkata ‘aku ceraikan kau dengan talak satu.’
HAIRUNNAJMI: Adakah defendan mabuk?
FATIMATUZAHRA: Dia kelihatan bukan seperti orang normal (biasa) ketika melafazkan cerai itu.
HAIRUNNAJMI: Selepas lafaz itu, ada defendan rujuk dengan kamu?
FATIMATUZAHRA: Tiada.
HAIRUNNAJMI: Ada kamu melakukan hubungan kelamin dengan defendan selepas lafaz cerai itu?
FATIMATUZAHRA: Ada. Dua hari selepas kejadian.
HAIRUNNAJMI: Sebelum melakukan hubungan kelamin, ada defendan mengatakan perkataan yang difahami untuk rujuk semula.
FATIMATUZAHRA: Tiada.
HAIRUNNAJMI: Selepas hubungan itu, kamu masih hidup sebagai suami isteri?
FATIMATUZAHRA: Tidak.
Mahkamah menetapkan 23 Jun depan untuk keputusan pengesahan lafaz cerai itu.
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan