
KARTIKA bersama suaminya, Mohd Affandi Amir
IPOH: "Saya terharu dan bersyukur apabila melihat Kartika sudah mula membeli beberapa helai tudung dan selendang untuk pemakaian hariannya," kata Shukarnor Abdul Muttalib, bapa model sambilan yang bakal berdepan hukuman sebat selepas mengaku salah meminum arak, Kartika Sari Dewi.
Shukarnor, 60, berkata Kartika kini dilihat seperti menerima suntikan baru dengan memakai tudung selepas pelbagai ujian dan dugaan menimpa anaknya itu.
“Selepas apa yang berlaku ke atas dirinya, saya bersyukur Kartika ingin berubah menjadi wanita dengan imej sopan, berhemah tinggi serta menunjukkan ciri-ciri wanita yang dituntut Islam. Perubahan ini diharap dapat menjadi ikutan wanita di luar sana,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu semalam.
Beliau berkata, perubahan Kartika sememangnya dialu-alukan kerana berasa sudah sampai masa anaknya menukar identiti kepada yang lebih berketrampilan dan menonjolkan imej muslimah.
“Tambahan pula, Kartika sendiri melahirkan rasa insaf atas semua yang berlaku. Saya sebagai bapa menyokong tindakannya untuk menjurus ke arah itu (bertudung),” katanya sambil menambah anaknya itu juga menunjukkan perubahan ketara dari segi pemikiran dan perwatakan.
Berbanding sebelum kejadian itu, katanya, Kartika kini lebih tenang dan cara berfikirnya juga semakin matang, malah apa yang membanggakan ialah anaknya kini menjadi lebih kuat dan tabah serta jarang sekali menunjukkan kesedihan di hadapan keluarga.
“Walaupun saya tahu hatinya berduka, dia tetap mampu tersenyum gembira melalui hidup seharian dengan penuh ceria di samping keluarga serta selalu mengingatkan saya bahawa dirinya reda dengan qada dan qadar Allah,” katanya.
Mengenai perancangan selepas hukuman sebat ke atas anaknya itu selesai, Shukarnor berkata, mereka seke-luarga bersetuju menghantar Kartika mengerjakan umrah dengan harapan jiwa anaknya akan lebih tenang dan kuat untuk menghadapi hari mendatang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan