assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Ahad, 27 September 2009

Ke mana haluan OIC?

Oleh Haris Zalkapli

Pertubuhan Persidangan Islam, yang lebih dikenali dengan singkatan dalam bahasa Inggerisnya, OIC, hari ini memasuki tahun ke 40 penubuhannya. Organisasi yang ditubuhkan pada 25 September, 1969 sebagai reaksi satu tindakan musuh di Palestin itu kini berdepan cabaran yang kritikal, memandangkan isu berhubung Islam yang mendominasi wacana politik dunia hari ini.

Sekitar masa OIC mencecah usia 40 tahun, beberapa negara ahli menjadi tumpuan dalam politik dunia, dengan sebab-sebab yang tidak boleh dibanggakan.

Iraq yang mula menyaksikan pengunduran tentera asing dari wilayahnya masih berdepan serangan-serangan berdarah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Afghanistan dan Pakistan ? yang mendapat perhatian meluas sejurus selepas peristiwa 11 September, 2001 ? menjadi tumpuan dunia ekoran aktiviti Taliban dan al-Qaeda.

Perang saudara masih berlaku di Yaman, dengan saranan gencatan senjata dilaporkan dicabul pada sama seluruh dunia Islam menyambut Aidilfitri. Pada masa sama, dua negara berpengaruh dunia Islam, Arab Saudi dan Iran dilihat terlibat dalam percaturan politik masing-masing untuk menguasai negara itu.

Di Amerika Syarikat, presiden negara itu Barack Obama menjadi orang tengah pertemuan pemimpin Israel Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, yang berakhir tanpa sebarang kemajuan, yang bermakna Israel terus dengan dasar merampas tanah Palestin.

Di Asia Tenggara, hubungan Malaysia dan Indonesia terjejas berhubung aktiviti militan Noordin Mohammad Top, warga negara Malaysia yang didakwa menjadi dalang dalam serangan-serangan teror di Indonesia.

Di semua tempat tersebut, OIC tidak dilihat sebagai memainkan peranan yang sewajarnya sebagai pertubuhan yang dianggotai negara-negara terbabit.

Palestin, isu sentral dalam dunia Islam tidak mengundang reaksi keras daripada OIC dan negara-negara berpengaruh yang menganggotainya.

Dalam banyak kes, isu Palestin ? dan isu-isu lain melibatkan dunia Islam ? dijadikan alat rejim-rejim negara Islam untuk politik domestik dan membina pengaruh serantau, seperti dilakukan Saddam Hussein semasa memerintah Iraq dan pada tahap tertentu, Iran pada masa ini melalui Hari al-Quds.

Hal yang sama berlaku di Malaysia, negara yang parti pemerintahnya sering menggunakan keanggotaan dalam OIC untuk kepentingan politik domestik.

Satu contoh, Malaysia sebagai ahli Majlis Keselamatan PBB semasa penaklukan Kuwait oleh Iraq pada 1990 menyokong sekatan PBB dikenakan terhadap Iraq dan menyokong Resolusi Majlis Keselamatan 678 yang membenarkan Iraq diserang oleh pasukan tentera pelbagai negara diketuai AS.

Lebih 10 tahun selepas itu, ketika Iraq berdepan ancaman serangan kedua diketuai AS, Malaysia yang tidak berada dalam Majlis Keselamatan PBB bersuara lantang mengecam serangan ke atas Iraq.

Pada masa itu juga, pemimpin-pemimpin politik parti pemerintah menyertai demonstrasi antiperang (dan pada masa sama pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang juga mengadakan demonstrasi dihalang dengan keras).

Masalah kredibiliti ini berlaku di hampir semua negara Islam dalam OIC yang politiknya terus dicorakkan oleh persaingan negara-negara berpengaruh dan persaingan kumpulan yang pro-AS seperti Arab Saudi, Turki, dan Mesir dengan kumpulan anti-AS seperti Iran dan Libya.

Abdullah al-Ahsan, profesor sejarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dalam tulisannya di akhbar Turki, Today?s Zaman menjelaskan masalah kredibiliti dan perbezaan kecenderungan politik ini. Beliau menulis, pada 1978 OIC menerima resolusi untuk tidak membenarkan tentera asing ditempatkan di wilayah negara ahli dengan tujuan menjadikan negara ahli lain sebagai sasaran.

Tulisnya, dalam tempoh beberapa tahun, beberapa negara ahli mencabul komitmen itu dan OIC terus hilang kredibiliti sebagai broker keamanan apabila menyokong Iraq dalam perang Iran-Iraq yang bermula pada 1980.

Jelas Abdullah lagi, pada masa kini, beberapa negara anggota OIC membenarkan tentera AS ditempatkan di wilayah mereka.

Semasa bermula perang pertama terhadap Iraq pada awal 1990-an, Arab Saudi membenarkan wilayahnya digunakan untuk menempatkan tentera AS, manakala Turki ? sebuah negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, Nato ? menjadi lokasi satu pangkalan tentera AS yang penting di Asia Barat.

Dalam dunia yang ditakrifkan oleh kuasa dunia sebagai era terorisme global yang mudah dikaitkan dengan Islam, OIC tidak mampu melakukan tindakan yang konkrit, malah tidak bersuara sebagai satu entiti di peringkat antarabangsa.

Malah, beberapa negara mempunyai kepentingan yang lebih utama untuk aktif bersama pertubuhan serantau dan pertubuhan lain yang lebih berpengaruh, seperti Turki dalam Nato dan Kesatuan Eropah, Iran dengan Pertubuhan Kerjasama Shanghai, dan banyak lagi negara lain yang berkepentingan untuk menjaga hubungan dengan sekutu kuasa besar.

OIC perlu dinilai semula dari segala sudut supaya dapat berubah menjadi pertubuhan yang berkredibiliti dan mempunyai keabsahan dalam kalangan negara-negara Islam.

Sebagai pertubuhan yang dianggotai 57 buah negara, OIC mampu bergerak sebagai pertubuhan berpengaruh sekiranya bersatu dalam hal-hal kepentingan bersama.

Cabaran untuk bersetuju tentang kepentingan bersama inilah yang perlu diselesaikan supaya sekurang-kurangnya dalam hal-hal paling penting kepada umat tidak menjadi korban dan diperalatkan untuk kepentingan politik domestik dan serantau. _

Tiada ulasan:

Catat Ulasan