from Cendawan MALAYA by kulatlapok
Tindakan Sister in Islam menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan disini untuk semakan dan menangguhkan perlaksanaan hukum terhadap hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewii Sukarno adalah tindakan yang secara tidak langsung cuba menentang perlaksanaan hukum syariah di negara ini sekali gus menyekat sebarang hukuman jenayah berlandaskan syariah dikuatkuasakan di negara ini..
Perjuangan SIS sejak penubuhannya telah banyak megelirukan pemahaman rakyat Islam negara ini yang sering mempertikaikan hukumhakam yang telah termaktub dalam Al-Quran. Perjuangannya yang berlandaskan fahaman liberal itu lebih melihat bahawa Islam adalah soal peribadi dan tidak berkait dengan soal negara dan undang-undang telah menjadi latarbelakang fikiran SIS.
Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan perlu menolak sebarang semakan yang dibuat oleh mana2 pertubuhan yang cuba mempersoalkan bidangkuasa mahkamah syariah. Tindakan SIS ini jika tidak dihalang ianya tidaK lebih seperti anai-anai yang lambat laun akan merosakan pemikiran umat Islam di negara ini. Sepatutnya SIS atau mana2 pertubuhan atas nama Islam perlulah berusaha memelihara kesucian agama dan nama Islam itu sendiri bukan mempersoalkannya apatah lagi jika menghinanya. Wallahuaalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan