assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Selasa, 25 Ogos 2009

Pegawai masjid S'gor boleh tangkap pesalah serta-merta

Jimadie Shah Othman
Ogos 25, 09
1:55pm
Penguatkuasaan enakmen syariah di Selangor melalui dasar baru membenarkan pegawai masjid untuk menahan orang Islam yang minum arak dan tidak berpuasa "boleh dimulakan pada bila-bila masa" selepas menerima kad kuasa jabatan agama.

Seorang imam yang diberikan kuasa itu berkata, taklimat berkaitan prosedur dan kaedah penahanan pelaku kedua-dua kesalahan tersebut diadakan semalam.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, imam 2 Masjid Jalan Kebun, Klang, Mohd Hafiz Mohd Hussain berkata, dalam taklimat sehari di Masjid Negeri di Shah Alam, kesemua imam dimaklumkan mengenai pendekatan baru itu.

"Kita juga diberitahu, kad kuasa telah siap dan boleh diambil pada bila-bila masa sahaja di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya.

Exco hal-ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali semalam mengumumkan nazir, imam, bilal dan siak di lebih 370 masjid di negeri berkenaan diberikan surat kuasa untuk membantu menguatkuasa Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Surat kuasa itu dilaporkan telah diberikan dua minggu lepas.

Kesalahan yang diberi penekanan untuk dibanteras pada bulan Ramadhan ini antaranya makan, minum dan menghisap rokok di khalayak ramai - kesalahan bawah Seksyen 19 enakmen tersebut.

Malaysiakini difahamkan, pentadbir masjid berkaitan turut diberikan hak menguatkuasakan kesemua kesalahan mengikut Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, termasuk menasihati, menegur dan menangkap penzina, pelacur dan pasangan berkhalwat.

Sebelum ini, penguatkuasa agama negeri-negeri diberikan kuasa menahan pasangan berkhalwat melalui peruntukan Badan Amar Makruf Nahi Munkar (Badar) di peringkat nasional.

Menurut sumber, penerangan berhubung prosedur dan kaedah penguatkuasaannya telah diterangkan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri dalam sesi “Taklimat Khas Kesalahan Minuman yang Memabukkan dan Tidak Menghormati Ramadan” semalam.

Sejak diberikan mandat itu dua minggu lalu, butiran penguatkuasaan enakmen itu setakat ini masih belum diperolehi.

Pentadbir di surau yang dinaiktarafkan sebagai masjid belum diberikan kuasa itu setakat ini, tambah sumber itu.

Dr Hasan dipetik berkata pegawai masjid yang mempunyai surat kuasa itu bagaimanapun tidak boleh menahan pesalah tetapi hanya mengambil butiran diri dan jenis kesalahan serta barang kes untuk diserah kepada pegawai penguatkuasa agama untuk tindakan lanjut.

Pegawai masjid juga boleh menangkap orang Islam yang meminum arak tetapi perlu menyerahkan mereka kepada polis atau pegawai penguatkuasa agama.

Sementara itu, imam 1 di Masjid Jamek, Puchong Perdana, Mohd Zainal Khamis berkata, beliau tidak bersetuju dengan pemberian kuasa tersebut kepada imam, bilal dan siak masjid.

“Tidak boleh, kalau pukul 2, 3 pagi hendak tangkap orang, pukul 6 kita hendak imamkan solat Subuh lagi,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau mencadangkan kuasa tersebut diberikan kepada pihak pengurusan masjid seperti setiausaha atau bendahari, selain memberi tambahan elaun kepada pihak terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan