assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Sabtu, 2 Januari 2010

Jangan ambil gula, makan lebih papadom !

Oleh : albanjari
Hari ini dunia merayakan 1 Januari 2010. Ada yang merayakan dengan sujud kepada Allah swt. Ada sebahagian pula merayakannya dengan menanam azam baru. Ada juga yang sejak malam semalam, terus tak sedar diri kerana mabuk di pub kerana meraikan kehadiran tahun baru. Tak kurang juga brutalnya, jika ada pula yang meraikan malam tahun baru dengan berzina., nauzubillah. Jika berlaku biarlah bukan di bumi Malaysia. Bumi yang ditabalkan sebagai bumi 'hadhari' suatu masa lalu. Jika dilihat dari senarai khutbah jumaat hari ini, banyak dikisarkan tentang kisah mendepani tahun baru dengan azam ketaqwaan. Mantap teks yang dihulurkan kepada tok-tok imam masjid.

Namun teks paling jelas yang diberikan oleh Kerajaan 1Malaysia pada tahun baru 2010 kepada hamba rakyatnya lebih hebat dari teks yg dihulurkan kepada tok2 imam masjid, si pembaca khutbah. Teks dan mesejnyalebih mengegarkan ! Harga gula naik 20 sen sekilo mulai hari ini. Tahniah kita ucapkan kepada KPDNKK.

"..Apalah dengan kenaikan 20 sen sekilo tu ! Sikit pun tak membebankan..! Lain laa..kalau naik RM200 hinggit sekilo. Itu betul kena 'hangin'.." luah seorang wanita yang masih tidak berlaki bila ditanyakan tentang kenaikan harga gula ketika beliau datang melawat 'rakyat'nya di sebuah klub-klab. Kebetulan pula dia datang bersama rakannya yang cukup bergaya memandu salah satu dari koleksi 'proton saga'nya. Itu kepada yang berduit berkepuk-kepuk.

Hello ! Soalnya semua rakyat Malaysia ni banyak duit berkepok-kepok ker ? Bagaimana dengan rakyat seperti cerita ini dan cerita ini ? Setiap kupang begitu berharga bagi mereka-mereka ini.

sumber : sioloon.com

Yang menghairankan, apa lagi yang tak cukup-cukup bagi golongan2 kapitalis gula ini ? Setiap tahun mengaut untung berbillion-billion. Bukan kupang-kulang ? Tak cukupkah ? Jika alasan dengan kenaikan harga mentah gula di pasaran dunia mahu dijadikan alasan, bagaimana dengan kisah penurunan harga pasaran masa lalu, adakah harga gula turut dikurangkan ? Tidak bukan..!

sumber : web rasmi

Rujuk kepada apa tok menteri ini cakap dahulu, "..Trend harga barang, ia ikut kenaikan harga minyak. Harga komoditi seperti tepung dan gula di pasaran dunia kini turun bila harga minyak dunia turun.." merujuk kepada isu penurunan minyak zaman 'hadhari' setahun yang lalu. Minyak dunia turun 3 kali, harga gula berapa kali turun..? Turun dari lori memang la berkali-kali, tapi adilkah kepada pengguna ketika itu kerana harga gula kekal tidak turun. Alasan songsang !

Dan skrip itu kembali diulang-ulang. Dasar kapitalis ! Itu pasal Islam mengharamkan sistem kapitalis ini kepada manusia. Maka bersedialah untuk hamba rakyat tahun ini, jika benarlah apa yg dikatakan melalui huraian 'ayat-ayat' dari kitab KPDNKK bahawa 'tsunami' kenaikan harga barang-barang lain mungkin tidak akan dapat ditahan-tahan lagi demi memberi lagi kekayaan kepada kapitalis-kapitalis.

Igauan buruk buat kerajaan Najib. Mesej dari rakyat akan lebih terserlah tahun ini ! Sinonim benar apa dikata orang, BN itu merujuk kepada 'Barang Naik'. Isu ini jika betul diuruskan oleh Pakatan Rakyat, dengan dibantu pula oleh gejuis-gejuis blog pasti dapat diledakkan kepada 'sasaran'nya dengan cukup berkesan. Bersedialah untuk jatuh pada PRU13 ! Rakyat miskin mengeluh, poket kami kian lumpuh ! Ayuh rakyat, bangkitlah dengan ampuh, tolak BN ! Kita biarkan 'mereka' pula yang mengeluh.

(*) jangan ada pulak menteri 'bangang' cakap lepas ini, jangan guna 'gula' berlebihan, garam takpa..! Jangan makan 'roti' makan jer 'papadom'. Ia baik utk kesihatan ! Piirraaa..!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan