
Tuesday, 24 March 2009 01:13
Bukit Gantang – Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin diisytiharkan sebagai calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat bertanding dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang.
Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengisytiharkan Nizar sebagai calon dalam majlis yang dihadiri puluhan ribu penyokong Pakatan Rakyat di Padang Taman Kota Jaya disini semalam.
Sebelum perisytiharan tersebut, Dato’ Seri Hadi berkata UMNO dan Barisan adalah parti yang telah dilanda penyakit rasuah.
Katanya perkara tersebut telah didedahkan sendiri oleh pemimpim-pemimpinnya, bukan oleh pihak lain.
Oleh itu katanya, pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang adalah penting bagi membuktikan rakyat menolak pemimpin yang mengamalkan rasuah dengan menolak UMNO/BN dan memilih.
Nizar dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepadanya bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang.
Beliau berjanji akan meneruskan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Allahyarham Haji Roslan Shaharum sekiranya diberi mandat oleh rakyat.http://buletinonline.net/images/stories/berita2/majlisisytiharcalonp.059.jpg
Namun begitu, suasana tenang dan aman Majlis Perisytiharan Calon semalam menjadi tegang apabila pihak polis simpanan persekutuan (FRU) mengepung dan menghampiri pentas serta cuba menghentikan majlis tersebut.
Walaupun polis telah mengeluarkan permit bagi Majlis itu diadakan sehingga jam 12 tengahmalam, namun pegawai polis menjadi jurucakap tersebut mengatakan “tidak dibenarkan ceramah politik, hanya dibenarkan isytihar calon”.
Walaupun begitu, Dato’ Seri Tuan Guru Presiden terus berceramah tanpa menghiraukan kehadiran pihak polis sehingga perisytiharan selesai dengan bacaan doa pada jam 11 malam.
Turut berucap adalah wakil-wakil parti komponen Pakatan Rakyat DAP diwakili oleh Timbalan Setiausaha Pusat, Dato’ Ngeh merangkap Pengerusi DAP Perak manakala PKR diwakili olh Timbalan Presiden Azmin Ali.
Turut hadir adalah semua pimpinan PAS Pusat dan PAS Negeri Perak (Gambar - Dari kiri Setiausaha Agong, Dato' Kamarudin, Ketua Penerangan Dato'Mahfudz, Ketua Pengarah Pilihanraya Dato' Mustafa Ali dan Pengarah Operasi PRK Bukit Gantang Hj Asmuni Awi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan