Oleh Dinsman
Malam itu saya diajak seorang kawan, Qosim, untuk ikut bersama dengannya berjumpa kawan lamanya sambil makan malam di sebuah restoran terkenal di Kota Bharu. Saya ikut saja tanpa bertanya latar belakang siapakah kawannya itu, selain diberitahu dia seorang ketua jabatan kerajaan persekutuan di Kelantan.
Rupa-rupanya mereka mempunyai hubungan yang sangat rapat. Bukan sahaja pernah bekerja dalam satu jabatan di luar Kelantan, malah kenal baik pula dengan isteri dan anak masing-masing. Kawannya itu pun turut membawa isteri dan seorang anak perempuannya bersama. Maka rancaklah mereka berbual, kerana lama tak berjumpa. Bercakap mengenai kawan-kawan yang pernah bekerja dalam jabatan yang sama, yang rupa-rupanya dikenali juga oleh isterinya. Mungkin isterinya juga pernah bekerja di jabatan yang sama, tak tahulah. Dan berdasarkan perbualan mereka, tahulah saya yang mereka pernah bekerja di beberapa negeri seperti Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan. Dan akhirnya, seperti lazimnya, tentulah kawan saya ini akan bertanya – bagaimana kerja di sini, seronokkah atau tidak (berbanding dengan di negeri-negeri lain)? Ya, inilah yang menarik perhatian saya. Tanpa dijangka sama sekali. Kerana percakapan kami strictly mengenai hubungan persahabatan, tanpa sedikit pun menyentuh soal politik atau isu-isu semasa, hingga saya diam-diam membuat rumusan di dalam diri bahawa orang ini betul-betul profesional dan teknikal. Memang pun dia seorang profesional yang bertugas dalam lapangan dan jabatan yang melibatkan hal-hal teknikal. Namun khidmat mereka adalah khidmat untuk rakyat tanpa mengira kaum atau golongan. Makanya apabila dia menjawab soalan Qosim tadi, dan jawapannya begitu spontan dan selamba, saya amat tertarik dengan jawapannya. “Seronok kerja di sini. Tak ada masalah. Senang banyak berbanding dengan kerja di tempat-tempat lain sebelum ni.” Itu mukadimahnya, yang menarik perhatian saya. Dan tentulah saya seperti tak sabar-sabar menantikan penjelasannya, tetapi segan hendak bertanya. Namun dengan spontan dan selamba juga dia meneruskan jawapannya, tanpa menunjukkan apa-apa kecenderungan politik. Strictly professional nampaknya. “Memanglah, kalau dari segi peruntukan tu memang ada masalah. Abang pun tahu, kerajaan pusat banyak menyekat peruntukan untuk negeri Kelantan. Tetapi itu tak bagi masalah kepada saya,” katanya, dengan membahasakan ‘abang’ kepada Qosim. Dan dia terus bercerita, selamba dan spontan: “Orang-orang di sini faham. Mereka ini masyarakat yang bersyukur. Kalau ada projek yang tak dapat dibuat pun, mereka terima, dan mereka ajak pula kita berdoa. ‘Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah membukakan rezeki kita.’ Selalu mereka cakap begitu.” Itu yang menarik perhatian saya – ungkapan bahawa “mereka ini masyarakat yang bersyukur”. Seingat saya inilah pertama kali saya mendengar orang menyifatkan atau melabelkan masyarakat Kelantan sebagai “masyarakat yang bersyukur”. Ah, waktu itu saya pun melimpah-limpah rasa bersyukur di dalam diri. Biarlah apa pun perbalahan yang sedang berlaku di luar sana, khasnya di kawasan pilihan raya kecil Permatang Pasir, dengan segala tuduhan-tuduhan liar terhadap Tok Guru Nik Aziz, mengatakan dia ekstrim dan menyelewengkan fahaman agama dan sebagainya, namun di sini sekarang saya sedang mendengar satu ungkapan yang sangat tinggi nilainya. Ungkapan itu bukan diucapkan oleh orang politik atau orang berkepentingan politik, atau orang yang mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu, tetapi diucapkan oleh seorang pegawai tinggi kerajaan persekutuan, kepada seorang kawan lamanya, yang sekadar berceritakan hal dirinya dan suasana kerjanya. “Dan yang paling pentingnya,” katanya lagi, bercerita kepada Qosim, “kerja di sini paling tak ada stress. Kalau di negeri lain, bila ada menteri nak datang, atau exco nak datang, kita kena pastikan orang ramai akan hadir. Kalau tak, kita kena marah. Di sini tak ada itu semua. Exco hadirkah, atau Menteri Besar hadirkah, macam itu saja. Tak ada tekanan langsung. Kita buat kerja kita macam biasa.” Katanya lagi, “Campur tangan politik tak ada di sini. Exco nak melobi, nak minta itu ini, tak ada. Kita buat kerja kita betul-betul cara professional.” Dan ini disokong pula oleh isterinya, yang menceritakan perihal perubahan pada diri suaminya. “Nampak dia kerja lebih releks dan enjoy di sini,” katanya. Hanya kemudian baru saya tahu rupa-rupanya mereka suami isteri itu bukan orang Kelantan. Sekarang mereka tinggal di Kelantan ialah kerana kerja. Beberapa tahun lagi akan pencen. Maka mereka sedang berfikir samada hendak terus menetap di Kelantan atau balik ke Perak, atau ke Kedah, kampung asal mereka. “Sesekali terfikir untuk terus menetap di sini,” kata si suami. “Menjadi sebahagian daripada masyarakat yang bersyukur.” Ya, masyarakat yang bersyukur, atau umat yang bersyukur, adalah suatu keadaan masyarakat atau umat yang hampir kepada yang sempurna, atau yang ideal. Seperti sebuah Utopia. Sesuatu yang hanya diimpikan kewujudannya. Tetapi baru malam tadi saya mendengarnya diucapkan secara real oleh seorang pegawai tadbir kerajaan yang berpengalaman. Tidakkah ini suatu berita yang sangat menggembirakan? Dan ini bukannya suatu yang terjadi dengan sendirinya, atau terjadi secara kebetulan. Ini adalah suatu pencapaian, hasil daripada kepimpinan dan suatu sistem pentadbiran yang lain, bukan sistem pentadbiran arus perdana yang banyak dikenali umum itu. Memang ini bukan suatu pengiktirafan yang dibuat sebagai hasil suatu kajian terhadap masyarakat Kelantan baru dibawah kepimpinan ulamak Tok Guru Nik Aziz. Tetapi sekurang-kurangnya ini adalah suatu cetusan pemikiran atau tanggapan yang genuine, dan bukan yang direka-reka atau diada-adakan kerana tujuan tertentu.
(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 0136362408)
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Sabtu, 26 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan