assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Rabu, 2 Disember 2009

Terjemahan kenyataan Tengku Razaleigh dlm blognya razaleigh.com:

Menghormati perjanjian

Kerajaan Persekutuan telah memberi respon kepada tuntutan Kelantan terhadap sedikit daripada keuntungan carigali petroleum di luar pesisir pantai oleh PETRONAS.

Responnya ini telah melanggar surat dan tujuan perjanjian yang ditandatangani di antara Kerajaan Negeri dengan PETRONAS di bawah Petroleum Development Act.

Perjanjian tersebut telah dibuat menggunakan bahasa yang cukup senang untuk difahami hatta oleh seorang budak sekolah sekalipun, dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Inggeris.

Hak rakyat Kelantan yang termaktub dalam perlembagaan ternyata telah dinafikan. Walau bagaimanapun kenyataan ini telah memberi impak negatif yang melampaui sempadan Kelantan itu sendiri:

1) Ia melanggar satu perjanjian yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Kelantan dengan PETRONAS. Secara implikasinya, ia juga melanggar perjanjian serupa yang telah ditandatangani oleh PETRONAS dengan semua negeri dan menghalang rakyat daripada hak mereka yang telah termaktub dalam perlembagaan.

2) Keengganan Kerajaan Persekutuan untuk mengiktiraf satu tanggungjawab kontrak oleh PETRONAS telah meninggalkan satu persoalan terhadap status pembayaran minyak kepada negeri-negeri pengeluar minyak yang lain. Hak Kerajaan Negeri ke atas 5% keuntungan yang diperolehi daripada perolehan minyak dari mana-mana aktiviti carigali petroleum adalah selari dengan semua hak dan tuntutan negeri-negeri tersebut terhadap carigali minyak yang dilakukan oleh Petronas. Sebagai balasan PETRONAS wajib secara perundangan untuk membayar 5% secara langsung (direct) kepada negeri-negeri tersebut.

3) Sekiranya PETRONAS tidak lagi mengiktiraf tanggungjawab perundangannya untuk membayar negeri-negeri tersebut apa yang telah menjadi hak mereka di bawah Petroleum Development Act, negeri-negeri tersebut secara khususnya Sabah dan Sarawak, akan tertanya-tanya samada perjanjian yang sama antara PETRONAS dengan mereka masih lagi berkuatkuasa ataupun tidak.

4) Kerajaan Persekutuan respon dengan mengatakan bahawa ia akan menggantikan tanggungjawab perundangan PETRONAS di bawah Petroleum Development Act dengan "Wang Ihsan" yang akan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan. Ini akan mendatangkan keraguan yang serius tentang keupayaan Kerajaan Malaysia untuk menghormati dan mematuhi perjanjian kontrak dan undang-undang. Janganlah berkata tentang perlaburan yang mencurah-curah untuk memacu ekonomi kita ke tahap yang lebih tinggi sekiranya kita gagal untuk memahami betapa pentingnya untuk mematuhi tanggungjawab-tanggungjawab kontrak seperti ini.

Saya telah terlibat dan membantu mendraf dan berunding tentang Petroleum Development Act. Sebagai bekas Pengerusi Petronas, saya telah menandatangani perjanjian-perjanjian serupa secara berasingan berkenaan pembayaran-pembayaran ini (bayaran royalti 5%) dengan setiap Menteri Besar kesemua negeri. Saya tetap bertegas bahawa PETRONAS adalah terikat dengan perjanjian-perjanjian tersebut dan Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya mencampuri urusan berkenaan pembayaran tersebut.

Tengku Razaleigh Hamzah

Ahli Parlimen, Gua Musang.

razaleigh.com
(Tengku Razaleigh’s official weblog)

Terjemahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan