assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Selasa, 5 Januari 2010

1001 Keajaiban Al-Qur'an

Marilah kita sama-sama berkongsi info mengenai Kalamullah yang Agung, iaitu tentang Keajaiban yang terkandung di dalam Al-Qur'an.

Saya mulakan dahulu untuk posting pertama thread ini. Di alu-alukan tambahan info dari para forumers DD sekalian.

وَإِنَّهُ ۥ لَتَنزِيلُ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
سُوۡرَةُ الشُّعَرَاء
(١٩٢)

"Sesungguhnya (al-Qur'an) ini adalah wahyu yang diturunkan oleh Tuhan semesta alam. (Surah As-Syu'ara : 192)

Mukjizat Saintifik Al-Qur'an
Pengenalan

14 abad lalu, Allah s.w.t telah menurunkan kitab suci Al-Qur'an kepada umat manusia sebagai sebuah kitab panduan serta menyeru manusia agar berpegang kepada kitab ini sebagai jalan untuk mendapatkan kebenaran.

(Surah Al-Qalam : 52) Bermula saat ia diwahyukan sehingga ke saat pengadilan kelak, kitab suci ini akan kekal sebagai satu-satunya panduan bagi umat manusia.

Uslub bahasa yang tiada tandingan di dalam Al-Qur'an termasuk mutiara hikmah di dalamnya adalah bukti yang amat jelas bahawa ia adalah Kalamullah. Selain itu, ia mengandungi pelbagai ciri-ciri keajaiban yang sekaligus membuktikannya sebagai wahyu kudus dari Tuhan.

Salah satu dari ciri-ciri ini ialah kenyataan bahawa sejumlah kebenaran saintifik yang hanya mampu disingkap melalui kemajuan teknologi di abad ke - 20 ini sebenarnya telah pun diungkapkan di dalam Al-Qur'an 1400 tahun dahulu.

Sudah tentu Al-Qur'an bukan sebuah kitab sains. Tetapi, sejumlah fakta saintifik yang dinyatakan dengan begitu jelas dan tepat di dalam kandungan surahnya hanya mampu disingkap melalui kecanggihan teknologi mutakhir abad - 20 dan 21 ini.

Semua fakta ini tidak diketahui di saat Al-Qur'an diwahyukan dan jelas hal ini adalah bukti bahawa Al-Qur'an adalah Kalamullah s.w.t. Untuk memahami keajaiban saintifik Al-Qur'an, pertamanya kita lihat tahap kemajuan sains di waktu kitab suci ini diturunkan.

Pada abad ke - 7, ketika Al-Qur'an diwahyukan, masyarakat Arab telah memiliki pelbagai kepercayaan khurafat dan yang tidak berasas berhubung dengan pelbagai isu saintifik.

Kedaifan peralatan teknologi untuk menyelidiki alam semesta dan bumi menyebabkan mereka mempercayai legenda dan mitos yang diwariskan dari generasi ke generasi, sebagai contoh mereka mendakwa bahawa gunung-ganang berfungsi sebagai penongkat langit, mereka percaya bahawa bumi adalah datar dan bahawa di sana terdapat gunung-gunung yang tinggi terletak di setiap penghujungnya.

Mereka menyangkakan bahawa gunung-gunung ini adalah tiang yang menyebabkan langit berbentuk kubah di ruang angkasa. Tetapi, semua kepercayaan khurafat ini telah ditolak oleh Al-Qur'an.

Dalam Surah As-Shaad ayat ke - 2 dinyatakan : Dialah yang meninggikan langit-langit tanpa sebarang sokongan. Ayat ini sekaligus membatalkan kepercayaan bahawa langit yang berada di atas adalah akibat sokongan gunung-ganang.

Dalam banyak subjek lain, sejumlah besar fakta yang signifikan telah dinyatakan ketika tidak seorang pun yang mengetahuinya.

Al-Qur'an yang diturunkan ketika umat manusia hanya mempunyai sedikit pengetahuan yang menyentuh disiplin seperti fizik, astronomi atau biologi, pada asasnya mengandungi fakta mengenai pelbagai subjek seperti penciptaan alam semesta, manusia, struktur atmosfera dan keseimbangan di dalamnya yang menyokong aktiviti kehidupan di atas muka bumi.

Kewujudan Alam Semesta

Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat berikut;

"Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi."
(Surah al-An'aam : 101)

Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah sebuah fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari. Seperti kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini menyimpulkan bahawa alam semesta, bersama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui sebuah letupan besar yang terjadi ketika masa-sifar.

Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari alam tiada sebagai melalui sebuah letupan titik tunggal. Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang benda yang wujud.

Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau masa dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semua ini sebenarnya telah diciptakan secara serentak. Fakta ini, yang baru berjaya diketahui melalui kajian yang dijalankan di dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.

Teori Big Bang

Bumi terkini

Nota ***

Alat pengesan sensitif di satelit angkasa COBE yang dilancarkan oleh NASA pada tahun 1992, telah mengesan adanya kesan bukti fenomena Big Bang. Penemuan ini menjadi bukti bagi Teori Big Bang yang merupakan penjelasan saintifik mengenai fakta bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan.

Pengembangan Alam Semesta

Dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu di saat pengetahuan tentang astronomi masih primitif, fakta mengenai fenomena pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;
وَٱلسَّمَآءَ بَنَيۡنَـٰهَا بِأَيۡيْدٍ۬ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ ٤٧
سُوۡرَةُ الذّاریَات

"Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya." (Surah az-Dzariyat : 47)

Perkataan "langit" yang dinyatakan dalam ayat di atas digunakan dalam banyak ayat yang bermaksud ruang angkasa dan alam semesta. Di sini sekali lagi, perkataan tersebut digunakan dengan maksud yang sama dan merujuk kepada alam semesta yang mengembang. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan di dalam bidang sains hari ini.

Sehingga penghujung abad ke-20, pandangan yang paling masyhur dalam dunia sains ialah bahawa "alam semesta bersifat konstan (statik) dan telah wujud sejak azali".

Kajian, pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui pelbagai infranstruktur teknologi moden pada hakikatnya telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara konstan.

Seawal abad ke-20, seorang ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium, George Le' maitre telah membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang berterusan dan ia adalah berkembang.

Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengumumkan bahawa bebintang dan seluruh galaksi bergerak menjauhi antara satu sama secara berterusan.

Teleskop gergasi Edwin Hubble

Edwin Hubble

Sebuah alam semesta di mana seluruh objek di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi antara satu sama lain jelas menggambarkan pengembangan alam semsta itu.

Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah dijelaskan dalam Al-Qur'an ketika ia masih belum pernah diketahui oleh sesiapa.

Ini adalah kerana Al-Qur'an adalah Kalam Allah s.w.t. Maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.



Nota ***

Bermula saat letupan Big Bang, alam semesta secara konstan berkembang pada kelajuan yang besar. Para saintis membandingkan pengembangan alam semesta kepada permukaan sebiji belon yang di tiup kembang.

Pemisahan Langit Dan Bumi

Sepotong ayat lain mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut ;

أَوَلَمۡ يَرَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَنَّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ ڪَانَتَا رَتۡقً۬ا فَفَتَقۡنَـٰهُمَا‌ۖ وَجَعَلۡنَا مِنَ ٱلۡمَآءِ كُلَّ شَىۡءٍ حَىٍّ‌ۖ أَفَلَا يُؤۡمِنُونَ
(٣٠)
سُوۡرَةُ الاٴنبیَاء

"Apakah orang-orang yang tidak beriman itu tidak melihat bahawa langit dan bumi itu dahulunya berpadu (satu unit ciptaan) lalu Kami pisahkan antara keduanya. Dan Kami jadikan dari air segala benda hidup. Tidakkah mereka beriman?"
(Surah Al-Anbiya : 30)

Kalimah "ratq' diertikan sebagai jahitan yang bermaksud "dicantum bersama, disebatikan" dalam kamus bahasa Arab. Ia digunakan untuk merujuk dua intipati berbeza yang membina sesuatu yang padu.

Frasa "Kami pisahkan" adalah perkataan "fataq' di dalam bahasa Arab dan menggambarkan mewujudkan dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur yang dicantum atau disebatikan bersama.

Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh dari frasa ini. Perhatikan juga sejenak ayat ini dengan menyimpan pemahaman di dalam minda ; Di dalam ayat tersebut, langit dan bumi pada statusnya pertamanya adalah berbentuk "ratq".

Keduanya dipisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu daripada yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila kita membayangkan saat pertama terjadinya fenomena Big Bang, kita dapat melihat bahawa keseluruhan misteri alam semesta dipadatkan di dalam sebuah titik tunggal.

Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi yang ketika itu belum diciptakan adalah berada dalam situasi cantuman atau sesuatu yang padu. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar sekaligus menghuraikan seluruh materialnya.



Nota ***

Gambar menunjukkan kejadian Big Bang, yang mendedahkan bahawa Tuhan menciptakan alam semesta dari alam tiada. Big Bang adalah sebuah teori yang telah dibuktikan dengan bukti-bukti saintifik. Sekalipun setengah saintis cuba untuk mengembangkan teori-teori yang bertentangan dengan Big Bang, bukti-bukti saintifik yang ada menyebabkan teori Big Bang lebih diterima oleh masyarakat saintifik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan