assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Khamis, 8 April 2010

Pemimpin Munafik Ditempatkan Neraka Ke Tujuh, Iblis Hanya Di Neraka ke Empat

Oleh ramziredang

"Dari segi bahasa, munafiq boleh diartikan sebagai salah satu lubang tempat keluarnya yarbu'(haiwan seperti tikus) dari sarangnya, di mana bila ia dicari dari salah satu lubang maka ia keluar dari lubang yang lain. Atau secara ringkas boleh juga difahami memiliki dua wajah. Secara syara’ berarti menampakkan keIslaman dan kebaikan tetapi menyembunyikan kekufuran dan kejahatan. Dikatakan demikian karena dia masuk pada syari’at dari satu pintu dan keluar dari pintu yang lain

Firman Allah dalam surah al baqarah ayat 204 hingga 206, mafhumNYA:

"Dan di antara manusia itu ada orang yang tutur katanya, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya) dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya kepada kamu. Kemudian apabila dia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah dia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman tanaman dan keturunan( manusia dan binatang); sedang Allah tidak suka kepada kerosakan. Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah" timbullah kesombongannya dengan meneruskan dosa(yang dilakukan itu). Oleh itu padanlah ia neraka jahanam dan demi sesungguhnya. (neraka jahanam itu) adalah seburuk buruk tempat tinggal

Rasullullah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, tentang ciri-ciri orang munafik, yang bermaksud "Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga. jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia ingkar, dan jika dipercayai ia berkhianat”.

Allah membahagikan kelompok manusia di dalam tiga kelompok di dalam alquran iaitu mukmin, kafir dan munafik. Ayat ayat tentang ciri ciri orang mukmin dan kafir hanya diterangkan secara ringkas, tetapi ayat ayat tentang ciri orang munafik disebut secara panjang lebar di dalam alquran. Kenapa golongan munafik dibahaskan secara panjang lebar di dalam alquran dan tidak seringkas huraian tentang orang kafir? Kerana mereka merupakan golongan yang paling berbahaya di dalam masyarakat.

Dalam konteks politik semasa, tindakan menangani pihak lawan sangatlah mudah berbanding menangani orang yang bersifat munafik. Ini kerana mereka memakai jubah hiasan seolah olah ia beriman, membela Islam dan membela rakyat atau menentang musuh tetapi pada sisi yang lain dia mempunyai agenda untuk memenangkan musuh. Dia juga pandai menghias kata kata agar para pengundi percaya dengan segala pembohongannya. Dalam masa yang lain dia merasa gembira dapat menipu pengundi di kawasannya. Dia rela menjual agama demi untuk mendapatkan kepentingan dunia. Dia juga menganggap Allah akan mengampunkan dosa dosanya dengan mudah bila dia meminta ampun. Dia juga merasa Allah bersama sama dengannya kerana kehidupannya senang dan selesa. Padahal dia telah ditipudaya oleh Allah s.w.t. Padahal Allah hanya memperolok-olokkan mereka supaya mereka yakin dengan hasil perbuatan mereka.

Di hari pembalasan Allah ada menggambarkan apa yang akan mereka dapatkan kerana hasil usaha mereka di dalam Alquran surah al hadiid ayat 13 hingga 15 yang bermaksud:

"(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.
(Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): "Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?" Orang-orang yang beriman menjawab: "Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara ugama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).
"Oleh itu, pada hari ini tidak diterima penebus diri dari kamu, dan tidak juga dari orang-orang kafir. Tempat tinggal kamu ialah neraka, nerakalah sahaja penolong kamu, dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu! "

Di satu ketika pertemuan jibril a.s dengan Rasullullah s.a.w, jibril ada memberitahu tentang tingkatan neraka dan para penghuninya. Telah digambarkan oleh jibril orang orang munafik berada di tingkat yang paling dalam iaitu tingkat ketujuh, sedangkan iblis yang jahat menghasut manusiapun hanya berada di tingkat yang ke empat. Suatu gambaran betapa orang munafik sangatlah keji, satu makhluk yang paling jahat dan paling dihina di muka dunia ini.Ia digambarkan lebih hina dan lebih jahat dari iblis, tetapi dia memakai topeng seolah dia mulia dan menyebelahi golongan mukmin.

Maka marilah kita berdoa dan berlindung dari bersifat demikian. Juga marilah kita jauhi diri kita dari orang orang yang bersifat demikian, yang telah jelas dan terang mereka itu ada dikalangan kita hari ini. Perhatikanlah tutur kata dan perbuatan mereka, nescaya dapat kita mengecam mereka berpandukan apa yang telah digariskan oleh hadis Rasullullah s.a.w

1. Bercakap, berceramah, berucap di parlimen atau diinterview wartawan akhbar: dia bohong dan menipu.
2. Apabila berjanji : Dia mungkir, mengingkari janji dan menikam kawannya sendiri.
3. Apabila diberi amanah oleh rakyat dan pengundi: dia mengkhianatinya.

(nota: tulisan di atas diimplementasi dari sudut politik semasa)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan