assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Selasa, 13 Julai 2010

Hukum Tawasul dgn Nabi

Oleh : Akhisalman

Allah telah menyebut perkataan Wasilah dua kali dlm al-Quran; iaitu ayat 35 surah al-Maidah dan ayat ayat 57 surah Al-Isra. Tawassul dengan Nabi s.a.w ialah berdoa kepada tuhan dengan kemuliaan Nabi s.a.w. Sperti kita berkata: Ya Allah aku meminta dengan kemulian Nabi supaya engkau .....(sebutkan hajat).

Ulama telah bersepakat berkenaan dgn pengharusan bertawasul dgn Nabi; bahkan ianya disunatkan; tanpa ada membezakan tawasul pd Nabi ketika baginda hidup atau pun setelah baginda wafat. Hukum ini telah disepakati ulama terdahulu melainkan Ibnu Taimiah yg hanya membenarkan tawasul pd Nabi ketika baginda hidup sahaja.

Dalil2 pengharusan ialah seperti berikut:

1. Firman Allah:Maksudnya:

((ياأيها الذين أمنوا اتقوا الله وابتغوا إليه الوسيلة))

Wahai org2 yg beriman hendaklah kamu bertakwa kpd Allah dan carilah perkara2 yg mendekat kamu kpdnya. (Al-Maidah: 35)

Diantara perkara yg mendekatkan dr pd Nabi ialah bertawassul pd Nabi.

2. Firman Allah:

((ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جاءوك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدوا الله توابا رحيما))

Maksudnya: Dan sekiranya mereka datang berjumpa dgn mu(Nabi) setelah mana mereka menzalimi diri mereka; lantas mereka meminta ampun pd Allah dan Rasul turut meminta ampun terhadap dosa2 mereka; nescaya mereka akan dapati Allah maha penerima taubat dan maha mengasihani. (An-Nisa: 64)

Dlm ayat ini menunjukkan kpd bertawasul dgn Rasul ketika memnta ampun pd Allah. Perkara ini berterusan walaupun setelah kewafatan Nabi.

3. Hadis Nabi:Sesungguhnya seorng lelaki yg buta telah berjumpa dgn Nabi dan berkata: "Berdoalah supaya Allah menyembuhkan penyakit ku ini" Nabi bersabda: Jika kamu nak aku doakan; aku doakan dan jika kamu nak bersabar; sabar itu lebih baik buat mu." Dia berkata: "Doalah hai Nabi" Maka Nabi menyuruhnya supaya mengambil wuduk dgn sempurna dan berdoa: "
اللهم إني أسألك وأتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة ، يا محمد إني توجهت بك إلى ربي في حاجتي هذه لتقضى لي، الاهم فشفه في
Hadis Sahih yg diriwayatkan oleh Hakim dan Tirmizi.
Hadis ini dgn jelas menunjukkan kpd meminta pd Allah dgn bertawassul dgn Nabi.

4. Kisah Khalifah Mansur brsama Imam Malik.

Khalifah kedua bg khilafah 'Abbasiah; khalifah Mansur telah bertanya kpd Imam Malik: "Adakah aku berdoa sambil mengadap kiblat atau mengadap maqam Rasul?" Imam Malik menjawab: "mengapa perlu kamu berpaling dr Baginda Rasul, sedangkan dialah wasilah (perantaraan) kamu dan juga wasilah Bapa kamu Nabi Adam s.a.w ketika di hari kiamat? Mengadaplah ke kubur Nabi dan minta syafaat pd Allah dgn berkat kemulian Nabi; nescaya Allah akan memberi akan menolongmu"

5. Persepakatan ulama terdahulu terhadap pengharusan tawassul selepas kewafatannnya; malahan ianya disunatkan.

Dr Ali Jumaah Mufti Mesir telah berkata: "Drpada semua dalil2 yg jelas dr Al-Quran dan Sunnah; Pr ulama dr Mazhab yg empat dan lainnya telah bersepakat pd sunatnya bertawassul pd Nabi ketika baginda hidup dan juga setelah kewafatannya."

Soal Jawab Agama 2...

Ini adalah jawapan bg soalan-soalan yg dikemukakan pd saya untuk dimuat di Info Mansurah.

1. Apakah hukum meniru dalam peperiksaan?

Hukum meniru adalah peperiksaan adalah haram kerana ia mengkhianati amanah dan menipu org Islam lain. Tidak amanah adalah suatu perkara yg dilarang sama sekali. Firman Allah:Maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyampaikan amanah kepada org yg berhak mendapat amanah tersebut."(An-Nisa: 58)
Firman Allah:"Wahai org2 yg beriman; janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasulnya, dan jangan mengkhianati amanah sesama kamu sedangkan kamu mengetahui" (al-Anfal: 27)
Begitu juga dgn menipu org2 Islam adalah amat dilarang sama sekali. Ini berdasarkan Hadis berikut:

Nabi masuk sebuah pasar dan lalu di sebuah gerai yg menjual makanan. Penjual tersebut meletakkan sebahagian makanan yg basah di bawah(spy tak dilihat oleh org lain). Nabi bertanya: Apakah ini? Peniaga td menjawab: "terkena hujan" Baginda bersabda: "

((من غشنا فليس منا))

"Sesiapa yg menipu kami (org2 Islam) maka bukan bukan di jalan kami yg sempurna"

Tidak boleh meniru kerna alasan sudah menghafal tetapi tak masuk apa yg kita hafal. Adakah boleh kita mencuri dgn alasan kita tak berjaya mendapat kerjaya yg kita impikan sedangkan ada kerja lain. Begitu juga dgn periksa; kalau kita tak berjaya dan tak memperolehi kerja yg setaraf dgn sijil peperiksaan tersebut bukan bermakna tidak ada kerja yg lain yg halal.

2. Bagaimana Pandangan Islam terhadap golongan yg menjuzuk2kan Islam?

-Islam datang dlm keadaan yg sempurna; menyeliputi semua aspek dm kehidupan. Firman Allah s.w.t: "Pada hari ini telah sempurna agamamu.."(Al-Anam: 3)

-Islam menyuruh kita semua beramal dgn Secara kseluruhnnya: Firman Allah "Wahai org2 yg beriman hendaklah kamu masuk ke dlm Islam secara keseluruhnnya" (Al-Baqarah: 208)

-Allah menemplak org2 yg mengambil sebahagian apa yg diturunkan dan menolak yg lainya. Firman Allah: "Apakah kamu beriman dgn sebahagian kitab dan engkar dgn sebahagian yg lain; Balasan org yg melakukannya adalah kehinaan di dunia dan azab yg bersangatan pedih pd hari kiamat."(Al-Baqarah: 85)

-Sekiranya sesorg Muslim itu menolak sebahagian ajaran Islam yg qatie sprti keimanan pd Allah, Rasul, kewajipan solat dll secara iktikad maka dia kafir. Adapun jika dia beriman pd semua yg wajib dipercayai dan beriktikad kewajipan pd amalan yg qatie sperti solat, zakat dan lain-lain tetapi dia meninggalkan amaln ini maka dia fasik dan berdosa besar.

-Mengambil sebhagian apa yg Allah turunkan dan mengingkari yg lainnya dgn beralasankan ingin mengambil jalan tengah adalah satu jenayah yg besar sekali. Firman Allah: "Sesungguhnya org2 yg mengingkari Allah dan rasul2nya dan hendak membezakan diantara Allah dan rasul2nya dan berkata "kami beriman dgn sebahagian rasul dan mengingkari sebahagian yg lain" dan mereka hendak mengambil jalan tengah dalm beriman dgn rasul2. Mereka adalah org2 yg benar2 kafir; dan kami sediakan bg mereka azab yg menghina mereka"(Ani-Nisa: 150,151).

3. Berapakah cara2 solat jamak dan qasar dan Bagaimanakah solat jamak dan solat qasar serta syarat2nya?

Soalan ini sangat luas dan umum. Solat qasar ialah memendekkan solat yg jenis empat rakaat spt Isya' kpd dua rakaat. Syarat2nya adalah seperti berikut:
1. Safar yg jauh; 90 km atau lebih.
2. Safar yg bukan maksiat. Mazhab Hanafi membenarkan qasar bg safar maksiat.
3. Melepasi bangunan2 yg ada di tempat kediamnnya atau pintu gerbang.
4. Hendakalah org yg musafir mempunyai destinasi tertentu.
5. Tidak berimamkan org yg solat sempurna.
6. Hendaklah niat qasar ketika takbiratul ihram bg mazhab Syafie dan Hambali. Cukup niat pd solat yg mula2 dilakukan dlm safarnya bg mazhab maliki. Cukup niat musafir sebelum solat utk sah solat qasar bg mazahab Hanafi.
7. Berkekalan safarnya hingga berakhirnya solat.

Solat jamak yg diharuskan utk musafir ada dua:
A. Solat jamak Taqdim. Jamak takdim adalah melakukan solat Asar di waktu Zuhur dan Isya di waktu Magrib. Syarat2 jamak taqdim adalah:
1. Niat jamak ketika dlm solat (tidak kira awal, tengah atau hujung)
2. Hendaklah mendahului solat Zuhur atau maghrib.
3. Berturut2 diantara dua solat.
4. Dlm keadaan musafir dr awal solat pertama sehingga awal solat yg kedua.
5. Yakin adanya waktu pertama ketika memulakan solat kedua. Syarat2 ni yg disepakati oleh Mazhab Syafie dan hambali.
6. Syarat 1 hingga 4 bg solat qasar.
B. Solat Jamak takhir: Solat Magrib dilakukan waktu Isya dan solat Zuhur diwaktu Asar . Syarat2nya ialah:
1. Niat Jamak pd waktu solat yg pertama.
2. Sentiasa dlm keadaan musafir sehingga masuk waktu ke dua.
rujukan jawapan ke tiga: Al-Wajiz Fil Feqhil Islami oleh Dr Wahbah Zuhaili...BAiti Jannati...5.52..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan