Oleh Lanh
DALAM Surah Al-Baqarah ayat 197 dinyatakan masa untuk mengerjakan ibadat haji adalah beberapa bulan yang termaklum (dari 1 Syawal, Zulkaedah hingga sebelum terbit fajar pagi hari ke-10 Zulhijah).
Kini bulan Zulhijah pantas meninggalkan kita dan insya-Allah pada 7 Disember (1 Muharam) nanti akan bermula tahun baru Hijrah 1432. Jemaah haji mulai berbondong-bondong meninggalkan Tanah Suci Makkah dan Madinah, malah ada yang sudah berada di tanah air
Diucapkan selamat kembali kepada mereka, semoga dikurniakan haji mabrur yang balasannya tiada lain, kecuali syurga.
Apabila berada di tanah air, kenangan jemaah bergegas dan berpusu-pusu menyertai solat waktu di Masjidilharam dan Masjid Nabawi pasti sukar dilupakan. Demikian juga kenangan ke masjid pertama didirikan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Masjid Quba’ pasti sentiasa dalam ingatan. Berkenaan masjid ini, Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah ayat 108, bermaksud: “Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa (Masjid Quba’) sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya.”
Sewajarnyalah kebiasaan jemaah haji bergegas ke Masjidilharam dan Masjid Nabawi untuk solat waktu berjemaah dilanjutkan ketika berada di tanah air. Ini kerana ada banyak kelebihan jika seseorang dapat solat berjemaah di masjid termasuk bersegera ke sana. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari menyebut: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang maksudnya; “Jika sekiranya manusia mengetahui betapa besarnya kelebihan datang awal ke masjid untuk solat fardu berjemaah, nescaya mereka akan berlumba-lumba melakukannya.”
Apa diharapkan keghairahan ke masjid ini dapat dikekalkan insan bergelar haji. Mereka perlu mengekalkan momentum segera ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah pada setiap waktu. Malah ada ganjaran istimewa menanti seorang ‘kaki masjid’ sehingga ada sebuah hadis Rasululullah s.a.w. menyebut mereka adalah salah satu daripada tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah SWT pada hari kiamat nanti.
Alhamdulillah, masjid-masjid di negara kita cukup indah dan mempunyai nama yang indah pula. Ada dinamakan mengikut nama sahabat Rasulullah s.a.w. seperti Masjid Abu Bakar As-Sidiq, Masjid Uthman Ibn Affan, Masjid Abu Ubaidullah Al-Jarrah dan Masjid Amru Al As, tak kurang juga dinamakan berdasarkan unsur kebaikan dalam bahasa Arab seperti Masjid An-Nur, Masjid Al-Hidayah dan Masjid At-Takwa.
Ada pula masjid dinamakan berdasarkan status, lokasi atau kampung di mana ia didirikan seperti Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Kampung Alai dan Masjid Jamek Kampung Baru. Ada pula nama masjid berdasarkan tokoh tempatan yang melakukan sumbangan besar terhadap pembinaan masjid seperti Masjid Al-Bukhary dan Masjid Abdul Wahab.
Berhampiran kediaman penulis, pada 8 Januari 2010, Masjid Jamek Kampung Duyong telah ditukarkan namanya kepada Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah. Mungkin pembesar negeri Melaka melihat ada daya penarik termasuk dari segi nilaian sejarah dan komersial bagi mengabdikan nama Hang Tuah pada masjid yang terletak tidak jauh daripada Perigi Hang Tuah itu, tetapi pada pandangan penulis yang daif ini, ada pertimbangan lain perlu difikirkan.
Sejak pertukaran nama itu, sudah dua kali penulis saksikan kejadian ‘amukan’ di masjid itu. Kali pertama membabitkan seorang lelaki yang marahkan anaknya ketika jemaah sedang solat Isyak manakala yang kedua membabitkan seorang wanita yang merempuh masuk dewan solat ketika majlis tazkirah.
Baru-baru ini juga ketika jemaah sedang sujud ketika solat maghrib, sekeping papan siling panjang jatuh, nyaris menghempap jemaah saf pertama dan imam dalam jarak lima kaki. Semua perkara, hakikatnya adalah ketentuan Illahi tetapi manusia diminta beriktihar bagi memanfaatkan yang baik dan menjauhkan diri daripada perkara buruk.
Penulis pernah bertanyakan seorang ustaz mengenai nama Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah itu dan kejadian kurang menyenangkan seperti berlaku kes amukan. Beliau berkata mungkin namanya kurang serasi, mereka yang beriya-iya memilih dan mengabdikan nama Laksamana Hang Tuah pada masjid itu perlu membuat kajian dan memastikan bahawa tokoh itu benar-benar seorang Islam yang taat dan telah melakukan sumbangan besar kepada Islam.
Janganlah hendaknya tokoh yang namanya yang diabadikan pada masjid itu pemaksiat dan melakukan penyelewengan terhadap agama kerana ini boleh mencemarkan nama rumah Allah itu sendiri.
Ustaz itu mengambil contoh, seorang bapa mahu menamakan anaknya Abdul Rahim tetapi kesilapan anggota polis, beliau menuliskan di surat beranak Abdul Jahim yang membawa maksud Hamba Neraka (Jahim adalah salah satu daripada tujuh neraka). Malang sungguh sepanjang hayat kehidupan lelaki itu kurang tenteram, akhirnya nama itu telah ditukar walaupun dia terpaksa menempoh pelbagai kesukaran berhadapan dengan Jabatan Pendaftaran Negara.
Watak Hang Tuah yang diuar-uarkan sebagai panglima dan laksamana terhebat orang Melayu dengan kata-kata masyhurnya ‘Tak Akan Melayu Hilang Di Dunia’ tidak dapat disahkan dari segi keagamaannya. Malah ada yang menyatakan Hang Tuah adalah legenda saja, seorang manusia biasa yang kisahnya digembar-gemburkan bagi mengangkat martabat dan kedudukan bangsa Melayu.
Ada kajian lain menyatakan, Hang Tuah dan tiga sahabatnya itu adalah orang Cina yang mengikuti rombongan Puteri Hang Li Poh ke Melaka dengan nama Hang Too Ah (Hang Tuah), Hang Jee Fatt (Hang Jebat), Hang Lee Ker (Hang Lekir) dan Hang Lee Kiew (Hang Lekiu) ataupun anak cucu mereka. Cuma Hang Kasturi berciri Melayu, mungkin dia satu-satunya Melayu dalam kumpulan lima sahabat itu.
Kini terpulanglah kepada masing-masing untuk menilai sama ada nama Laksamana Hang Tuah sesuai untuk diabadikan pada sesebuah masjid atau tidak. Namun takwalah sewajarnya menjadi pilihan, kerana atas dasar inilah Masjid Quba’ didirikan Rasulullah s.a.w.
http://lanh14.blogspot.com
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Ahad, 28 November 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan