
Assalamualakum warahmatullahi wabarokatuh, seluruh anak khariah.
Alhamdulillah, Syukur kehadrat Illahi dengan izin NYA Masjid Ar-Rahmah, Sg. Buaya Rawang, di anugerahkan Masjid Ke 2 TERBAIK (2011) bagi daerah Hulu Selangor oleh JAIS selepas Masjid AS Salam.
Anugerah ALLAH ini adalah berkat usaha yang sedikit dr AJK, tetapi didokong oleh sebilangan besar anak khariah yg sentiasa tanpa jemu2 menyokong n memberi kerjasama yg baik disetiap program yg dijalankan...Yang utamanya moga ALLAH SWT meredhai usaha2 kita memartabatkan rumah ALLAH ini...Ameenn...Ameenn...Ya Rabbal alameenn...
Buat semua yg menyumbang tenaga, wang ringgit, akal fikiran, doa2 kalian hanya ALLAH SWT saja yg dapat membalasnya...baut semua anak khariah...JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA....
Wassalam...
Firman ALLAH SWT
'Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)'.
(Surah Hujurrat Ayat 13)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan