assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Sabtu, 11 Julai 2009

Solat duha sebagai roh rezeki

Email :mohd naim mohd zain
Oleh ZUARIDA MOHYIN

REZEKI melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.

Namun untuk mencapai kenyataan itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan kedudukan yang tinggi bukanlah sesuatu yang dapat membawa serta menjamin keberkatan hidup yang sejati.

Ini membuktikan rezeki yang melimpah tidak menjamin kehidupan yang berkat. Rezeki yang melimpah juga tidak menjamin hidup yang harmoni, bahagia dan tenang.

Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba- Nya. (asy-Syura: 27)

Kita sering melihat orang yang diberi rezeki yang melimpah tetapi menggunakan kekayaan mereka bagi mengingkari Allah, membelanjakan pada jalan sesat dan digunakan bagi mencari tempat di neraka. Bukankah itu kebodohan yang nyata?

Sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya memakan rezeki yang baik dan jangan mengikut jejak syaitan. Sesungguhnya, syaitan adalah musuh yang nyata.

Rezeki yang halal dan berkat dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati. Ia juga dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat duha.

Solat Duha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.

Hal ini telah dijelaskan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Nabi pernah berwasiat kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya melaksanakan solat Duha, solat Witir dan puasa tiga hari dalam setiap tengah bulan..

Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur. (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah)

Pun begitu, kita perlu menyedari bahawa solat duha dilakukan bukan semata-mata mengharapkan rezeki, ia dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Yang pasti, solat duha menambah amal soleh. Malah Allah turut akan mengampunkan dosa-dosa kita, seandainya ia dikerjakan secara istiqamah.

Lantaran itu, kekuatan spiritual yang terdapat dalam solat ini mempengaruhi kepentingan duniawi dan ukhrawi. Secara tidak langsung, ia memenuhi dua aspek iaitu kepentingan bagi kejayaan di dunia dan kebahagiaan

di akhirat kelak.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Nabi Muhammad SAW banyak menganjurkan amalan solat duha ini. Bertepatan dengan seruan itu, PTS Millennia Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif menerbitkan buku berjudul Magnet Rezeki dengan Solat Duha yang telah diterjemahkan daripada buku Menyingkap Mukjizat Shalat Dhuha karya Muhammad Mokhtar.

Buku ini memotivasikan kita agar tidak sahaja kaya wang tetapi pada masa sama membina kekayaan jiwa demi kebahagiaan di sana.

Ia juga membongkar rahsia memperoleh rezeki yang melimpah-ruah melalui wahana solat duha. Ia membuka perspektif baru mengenai rezeki dan kekayaan bagi seorang Muslim.

Disokong dengan bukti-bukti yang menjelaskan bahawa melalui solat duha yang istiqamah, sesiapa sahaja mampu memperoleh rezeki yang berganda dan diberkati.

Penting .Rahsia Solat Awal Waktu

Email : adam husna
Artikel sumbangan dari Pn Asfarilah Yakob & Pn Norpah Ibrahim.

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Khamis, 9 Julai 2009

Siapa yang tak bayar pinjaman TEKUN ?

Email Oleh : Suara N9

Siapa yang gagal menjelaskan hutang RM 225 Juta TEKUN ?
Dari mana sumber pinjaman TEKUN ?
Siarkan saja di akhbar dan laman web siapa yang gagal membayar pinjaman TEKUN ini supaya kita tahu siapa sebenarnya selama ini yang meminjam TEKUN.

Berapa peratus ahli Umno , berapa peratus ahli PAS , berapa peratus ahli PKR dan seterusnya yang buat pinjaman TEKUN ini ?

Berapa peratus Melayu , berapa peratus Cina , berapa peratus India dan seterusnya yang buat pinjaman TEKUN ini ?

Perlukah skim pinjaman TEKUN ditukar ke skim pinjaman 1TTEKUN (SATU TEKUN) ?


************ ********* *******
Peminjam Tekun gagal jelaskan hutang RM225j
Berita Harian 8 Julai 2009

KUALA LUMPUR: Kerajaan menghadapi masalah untuk membiayai pinjaman Tekun Nasional (Tekun) kepada peminjam baru berikutan kegagalan ramai peminjam menjelaskan hutang mereka yang kini berjumlah RM225 juta.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, berkata kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) bagi pinjaman yang dikeluarkan hingga Mei lalu sangat tinggi, iaitu 15 peratus daripada RM1.32 bilion yang diberikan sejak 1999.

Beliau berkata, ia menyukarkan kerajaan memberi pinjaman kerana dana sedia ada tidak mencukupi, manakala permohonan yang diterima setiap tahun meningkat lebih dua kali ganda sehingga ramai yang terpaksa menunggu giliran.

Katanya, jumlah permohonan yang diterima dan sedang dalam pertimbangan adalah 15,687 pemohon membabitkan anggaran pembiayaan sejumlah RM348 juta.

"Kalau peminjam tidak bayar, orang lain tidak boleh mendapat pinjaman sebab ini duit tabung pusingan. Kalau tak bayar macam mana nak pusing.

"Kerajaan beri tambahan dana sebanyak RM100 juta pun tidak boleh menyelesaikan masalah kalau peminjam terus tegar tidak mahu bayar hutang. Saya merayu kepada peminjam ini supaya mengasihani kawan mereka yang mahu buat pinjaman," katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini Kempen Membayar Hutang Tekun Nasional yang dilaksanakan kementerian mulai bulan ini bagi menggalakkan lebih ramai peminjam membayar hutang mereka setiap bulan.

Mengulas lanjut, Noh berkata institusi kredit mikro itu yang memberi pembiayaan kepada hampir 150,000 usahawan, mensasarkan kutipan sebanyak 50 peratus sebulan menerusi kempen ceramah pendidikan dan agama, selain insentif pe-ngurangan dan penjadualan bayaran balik pinjaman.

"Kalau kita dapat kutip 50 peratus dari kempen ini pun sudah cukup baik. Kutipan sekarang sebanyak RM15 juta sebulan dan sasaran kita RM30 juta sebulan daripada pinjaman yang diberikan purata RM40 juta sebulan," katanya.

Rabu, 8 Julai 2009

Kelantan Tidak Berhak Terima Royalti Minyak ?

Posted by AbuJihad
Info Terkini Oleh: puyuh

"Menurut kenyataan Datok Mustafa Mohamed semalam dalam Berita Harian online 7 Julai 2009, Kelantan tidak berhak menerima royalti minyak dan gas asli kerana kawasan carigali tersebut adalah kawasan bertindih antara Malaysia dan Thailand. Seandainya bertindih sekali pun, bukankah keuntungan dikongsi bersama antara Malaysia dan Thailand yang mana Kelantan berhak mendapat royalti dalam bahagian Malaysia tersebut. Berikut adalah gambar peta lokasi tersebut untuk penilaian pembaca TKO.

Peta 1

Peta 2

Senarai ahli jawatankuasa bersama Malaysia Thailand Joint Authority dan pembahagian kawasan penerokaan petroleum dan gas asli antara kedua-dua negara.

Ahli jawatankuasa bersama
Untuk maklumat lanjut, sila layari website ini, http://www.mtja.org/aboutus.php "

Ciri pendidik bertakwa

Oleh Muzdalifah Mokhtadi

SABAN hari ada saja masalah disiplin pelajar. Pengetua atau guru besar banyak membuang masa untuk menyelesaikan masalah disiplin pelajar mereka. Selesai satu masalah akan timbul pula masalah lain.

Anak berusia di antara 10 hingga 15 tahun, khususnya akan sentiasa memerhatikan persekitaran mereka. Contohnya, mereka meneliti tindak-tanduk ibu bapa mereka, program televisyen, perangai manusia di luar rumah seperti jiran, rakan dan guru di sekolah. Tidak ketinggalan gelagat insan di sepanjang perjalanan dari rumah ke sekolah.

Golongan remaja ini sentiasa mencari ‘role model’ atau teladan yang akan mereka ikuti.

Persoalan pertama, adakah anak ini memahami tujuan mereka dilahirkan? Untuk apa dilahirkan dan ke manakah akhirnya hidup mereka? Di manakah peranan ibu bapa sebagai pendidik pertama ?

Adakah anak-anak diberikan garis panduan untuk bekalan sepanjang hidup mereka? Anak-anak tidak selamanya berada di sisi ibu bapa mereka. Ini kerana mereka akan keluar bersama mereka atau melakukan kegiatan seharian lain, seperti bekerja.

Persoalan kedua, adakah guru yang berhadapan dengan murid dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang menjalankan peranan mereka dengan bijaksana? Tidakkah anak-anak ini akan bosan dengan beban kerja sekolah, di samping guru yang kurang berinteraksi dengan muridnya?

Guru yang berkesan dapat menghabiskan sukatan pelajaran dan membantu murid membuat persediaan bagi mencapai kejayaan dalam hidup. Adakah kejayaan hanya dilihat dari keputusan cemerlang dalam peperiksaan? Sekiranya anak itu tidak cemerlang dalam pelajaran adakah mereka akan gagal dalam hidupnya?

Persoalan ketiga, adakah masyarakat prihatin masih lagi wujud?

Bagaimanakah sensitifnya masyarakat untuk menegur anak jiran yang membuat kesalahan. Sikap biarlah anak orang lain yang rosak, asalkan anak kita selamat, perlukah diteruskan?

Sepatutnya kita tidak menyalahkan sesiapa sekiranya anak-anak ini tersalah memilih contoh ‘role model’ mereka.

Usaha berterusan tanpa jemu akan menghasilkan natijah yang baik sama ada melalui peranan ibu bapa, guru atau masyarakat yang memahami tanggungjawab melahirkan pelapis masyarakat cemerlang sama ada dari segi jasmani, rohani atau emosi.

Sebagaimana firman Allah bermaksud: “Beramallah kamu, sesungguhnya Allah akan melihat amal kamu, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara ghaib dan nyata. Maka (Allah) akan memberitahu kamu apa yang kamu kerjakan.” (Surah at-Taubah, ayat 105)

Setiap usaha yang dilaksanakan dengan rasa penuh bertanggungjawab akan menghasilkan insan yang saling menghormati di antara satu sama lain. Ia juga melahirkan rasa kasih sayang dan persaudaraan kental di jiwa orang yang terbabit sama ada anak, ibu bapa, guru atau masyarakat.

Seperti kata Imam Hassan al-Banna: “Berkasih sayanglah sesama kamu dan peliharalah persaudaraan (ukhuwwah) kerana ia rahsia kekuatan dan kemenangan kamu. Hendaklah kamu berterusan dalam demikian, sehingga Allah datangkan kemenangan bagi kamu dan agamamu. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi kemenangan.”

Sebagai seorang pendidik, sama ada ibu,bapa, penjaga, guru atau masyarakat yang prihatin, seharusnya mempunyai ciri seorang pendidik sebenar iaitu:

l Sifat ikhlas terhadap Allah dalam segala amal pendidikan sama ada perintah, larangan, nasihat, perhatian atau hukuman daripada Allah.

Setiap pendidik yang menjalankan tanggungjawab perlu menunjukkan setiap kerja yang dilakukannya hanya kerana Allah.

l Sifat takwa iaitu, bimbang akan seksaan Allah secara rahsia dan terang-terangan. Jika ini diabaikan, maka tiada syak lagi kanak-kanak akan membesar dalam penyelewengan dan dia akan berulang-alik kepada kumpulan perosak dan kejahilan.

l Sifat sayang kepada ilmu pengetahuan iaitu mengetahui dan mengenali dasar pendidikan yang ditunjukkan dalam syariat Islam.

Ini kerana ilmu yang ada dapat membantu meletakkan setiap perkara pada tempatnya.

l Suka memaafkan kerana sifat ini akan menarik anak-anak kepada pendidik dan dengan sebab itu, anak akan menyambut kata-kata dan perintah pendidiknya.

Sifat ini dapat meletakkan manusia di kemuncak adab dan kesempurnaan serta di tingkat tinggi dalam strata sifat budi pekerti.

l Sifat tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak dalam segi keimanan dan kelakuan, membentuknya dalam segi jasmani dan rohani serta menyediakannya dalam segi mental dan sosial.

Pendidik hendaklah selalu bimbang jika dia melalai atau mencuaikan tanggungjawabnya. Ini kerana perbuatan demikian, pasti membuat anak itu akan terjebak ke dalam kerosakan sikit demi sikit dan selangkah demi selangkah.

Tawakkal si anak kecil

Oleh Nu'aman

Abu Faidh Thauban atau yang terkenal dengan nama panggilan Zunnun Al-Mishri adalah seorang ahli Tasawwuf yang besar dari negera Mesir.

Diceritakan bahawa pada suatu hari Zunnun Al-Mishri pergi ke laut untuk menjala ikan untuk menyara hidupnya dengan disertai oleh anak perempuannya yang masih kecil.

Zunnun menebarkan jaringnya, tidak berapa lama kemudian jaring itupun ditariknya. Dia beruntung kerana dapat menangkap seekor ikan. Anak perempuanya yang ikut turun ke laut, menyaksikan bahawa mulut ikan itu bergerak-gerak seperti orang berzikir. Apabila Zunnun menghulurkan tangannya untuk menngambil ikan yang sudah dijangka menjadi rezekinya itu. Tiba-tiba anaknya menghalangnya. Dengan pantas anaknya mengambil ikan yang masih hidup itu dan mencampakkannya ke laut semula. Maka bebaslah ikan itu di alamnya.

Zunnun tidak dapat menghalang perbuatan anaknya itu dan hanya melihat dengan penuh kehairanan.

"Mengapa kau membuang rezeki yang sudah kita perolehi?" Tanya Zunnun kepada anaknya. Anaknya menjawab: "Saya tidak rela makan makhluk yang berzikir kepada Allah".

Zunnun hairan terhadap jawapan anaknya itu kerana setiap ikan yang baru ditangkap sudah tentu bibirnya bergerak-gerak. "Apa yang hendak kia buat?" tanya Zunun lagi.

Anaknya menjawab: "Kita bertawakal kepada Allah semoga Dia memberi kita rezeki benda yang tidak berzikir kepada Allah.

Kedua-duanya pun balik tidak meneruskan kerjanya sebagai penangkap ikan dan mencari kerja lain sambil bertawakal kepada Allah. Setelah bekerja sampai petang, keduanya belum juga mendapatkan sesuatu rezeki untuk dimakan sedangkan perutnya sudah mulai lapar.

Apabila waktu Isya' sudah masuk, tiba-tiba Allah menurunkan hidangan dari langit yang terdiri daripada berbagai jenis makanan, maka makanlah keduanya dari rezeki itu. Keadaan seperti ini berlaku setiap malam dan berlangsung lebih kurang dua belas tahun.

Zunnun menyangka bahawa kurnia dari Allah yang sangat istimewa ini adalah disebabkan dirinya yang sangat rajin beribadah, solat, berpuasa dan berdoa kepada Allah.

Apabila keaadaan ini sudah berlangsung lebih kurang 12 tahun, anak perempuannya yang ikut kelaut sudah meninggal. Ternyata hidangan dari langit tidak turun lagi berikutan kematian anaknya itu. Kini Zunnun menyedari bahawa kurnia Allah yang turun pada keluarganya berupa makanan dari langit itu bukan disebabkan kerana dirinya yang rajin beribadah dan berdoa, tetapi disebabkan kerana ketinggian tawakal anak perempuannya yang sudah meninggal."

ingatlah,kita yang harus mengawal hawa nafsu bukannya nafsu yang mengawal diri kita.INGAT!! !KEANGKUHAN HAWA NAFSU TIADA TOLOK BANDINGNYA.

Sumbangan : Nu'man An-Nabighoh

Jangan melebihkan ISTERI dari IBU

Oleh Luqman Hakim

Kisah Pemuda Alim Yang Menderita Sakaratul Maut Kerana Mengutamakan Isteri Lebih Dari Ibunya

Di zaman Rasullullah s.a.w. ada seorang pemuda yang bernama Alqomah, ia sangat rajin beribadat. Satu hari tiba-tiba ia jatuh sakit yang sangat kuat, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasullullah dan mengatakan suaminya sakit kuat, dan dalam nazak sakaratul maut. Apabila berita ini sampai pada Rasullullah, maka Rasullullah menyuruh BiIal.r.a., AIi.r.a, Salama.r.a. dan Ammar.r.a supaya pergi melihat keadaan Alqomah, dan apabila mereka sampai di rumah Alqomah, sambil membantunya membacakan kalimah La-ilaa-ha­iIIaIIah, tetapi Iidah alqomah tidak dapat menyebutnya.

Ketika para sahabat mendapati bahawa Alqomah pasti akan mati, maka mereka menyuruh BiIaI.r.a supaya memberitahu Rasullullah tentang Alqomah. Apabila Bilal sampai di rumah Rasullullah, maka Bilal menceritakan segala hal yang berlaku di rumah Alqomah.

LaIu Rasullullah bertanya kepada Bilal;

"Wahai Bilal apakah ayah Alqomah masih hidup?" jawab BiIaI.r.a.; "Tidak, ayahnya sudah meninggal, tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya".

Kemudian Rasullullah s.a.w berkata kepada Bilal;

"Pergilah kamu kepada ibunya dan sampaikan salamku, dan katakan padanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia datang berjumpaku, kalau dia tidak dapat berjalan katakan aku akan ke rumahnya".

Maka apabila Bilal sampai di rumah Ibu Alqomah, IaIu ia berkata seperti yang Rasullullah kata kepadanya, maka berkata Ibu Alqomah; "Aku Iebih patut berjumpa Rasullullah".

LaIu ibu Alqomah mengambil tongkat dan terus berjalan menuju ke rumah Rasullullah, sampal di rumah Rasullullah laIu Ia memberi salam dan terus masuk dan duduk di hadapan Rasullullah.

Maka bertanya Nabi s.a.w. kepada ibu Alqomah;"Terangkan kepadaku perkara yang sebenar tentang Alqomah, jika kamu berdusta nescaya akan turun wahyu kepadaku".

Berkata Nabi lagi; "Bagaimana keadaan Alqomah?", jawab ibunya; "Alqomah sangat rajin beribadat, sembahyang, berpuasa dan sangat suka bersedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui banyaknya".

Bertanya Rasullullah; "Bagaimana hubungan kamu dengan dia?", jawab ibunya, "aku murka kepadanya", IaIu Rasullullah bertanya; "Mengapa", jawab ibunya; "Kerana ia Iebih mengutamakan isterinya dari aku dan menurut kata-kata isterinya sehingga ia menentangku".

Maka berkata Rasullullah; "Murka kamu itulah yang telah mengunci Iidahnya dari mengucap La ilaha iIIalIah", kemudian Nabi s.a.w. menyuruh Bilal mencari kayu api utuk membakar Alqomah. Apabila ibu Alqomah mendengar perintah Rasullullah lalu ia bertanya; "Wahai Rasullullah kamu hendak membakar putraku di depan mataku? Bagaimana hatiku dapat menerimanya".

Kemudian berkata Rasullullah s.a.w.; "Wahai ibu Alqomah, siksa Allah itu lebih berat dan kekal, oleh itu jika kamu mahu Allah ampunkan dosa anakmu itu, maka hendaklah kamu mengampuninya, demi Allah yang jiwaku di tangannya, tidak akan berguna sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya".

Maka berkata ibu Alqomah sambil mengangkat kedua tangannya; "Ya Rasullullah, aku persaksikan kepada Allah di langit dan kau ya Rasullullah dan mereka-mereka yang hadir di sini bahawa aku redha pada anakku Alqomah".

Maka Rasullullah mengarahkan Bilal pergi melihat Alqomah sambil berkata; "Pergilah kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat mengucap La ilaha illallah atau tidak". Berkata Rasullullah lagi kepada Bilal; "Aku khuatir, kalau-kalau ibu Alqomah mengucapkan itu semata-mata kerana pada aku dan bukan dan hatinya". Maka apabila Bilal sampai di rumah Alqomah tiba-tiba terdengar suara Alqomah menyebut; "La ilaha illallah". Lalu Bilal masuk sambil berkata; "Wahai semua orang yang berada di sini, ketahuilah sesungguhnya murka ibunya telah menghalang Alqomah dan dapat mengucapkan kalimah La ilaha illallah, kerana redha ibunyalah maka Alqomah dapat menyebut kalimah syahadat". Maka matilah Alqomah pada waktu sebaik sahaja dia mengucap.

Maka Rasullullah s.a.w. pun sampal di rumah Alqomah sambil berkata;"Segeralah mandi dan kafankan lalu disembahyangka oleh Nabi s.a.w. dan sesudah dikuburkan maka berkata Nabi s.a.w. sambil berdiri dekat kubur; "Hai sahabat Muhajirin dan Ansar, barangsiapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka Ia adalah dilaknat oleh Allah s.w.t., dan tidak diterima daripadanya ibadat fardu dan sunatnya.
Luqman Hakim Hj Badaruzaman
Lembaga Jurukur Tanah
Bahagian Teknikal
No. Tel : 03-41085191
No. Faks : 03-41085178
Email : luqman.bz@ljt.org.my