Assalamualikum warahmatullahi wabarokatuh,
Fikrah makhluk Allah bernama manusia bersahabat atau berjamaah merupakan tuntutan hidup yang wajib didalam dairi kehidupan ini. Kalimah 'insan' itu sendiri di adaptasi dari "anisa-ya'nasu" bererti orang yang suka berjinak-jinak dengan orang lain.
Diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi, daripada Abdullah Bin Umar radhiyallahu 'anhuma(putra Sayyidina Umar Al-Khattab)bersabda Baginda Rasullullah S.A.W. "Sebaik-baik sahabat itu ialah orang yang paling baik akhlaknya terhadap sahabatnya". (Ruj. Kitab 40 Hadits Akhlak Mulia ms 38)
Adab berjamaah/bersahabat sifat2 mulia mestilah menjadi tunjang dalam melayari erti persahabatan yang akhir keredhaan ALLAH jua yang ditagih. Kerana didalam berjamaah itulah adanya perbincangan, perancangan, perlaksanaan, perselisihan, tolong menolong dll. Kesemua itu semestinya duduk diatas dasar taqwa (kerana ALLAH), jangan sekali2 berteras kegiatan maksiat.
Imam Al-Ghazali ada mengariskan 2 perkara tatacara bersahabat
a)Memilih sahabat
b) Hak2 sahabat.
a) Memilih sahabat
1. Orang yang berakal(beriman)lwn Kejahilan mengurang pahala dan memudaratkan kita.
2. Baik Akhlaknya lwn Jahat perangai tak mengawal amarah dan nafsu syahawat.
3. Soleh lwn Fasik takut bala Allah terkena tempias dan hilang benci kapada maksiat.
4. Pemurah lwn Tamak Dunia racun yang boleh membunuh dan merubah perangai.
5. Orang Benar lwn Pendusta menipu dan pengadu dhomba resipi mereka.
b) Hak2 Sahabat
Persahabatan umpama tangan kanan dan kiri saling memerlukan
1. Hadiah/pertolongan mesti yang terbaik/yang di sayangi
2. Menolong sebelum diminta pertolongan
3. Menyimpan rahsia
4. Menutup keaiban
5. Tidak menyampai celaan orang terhadapnya.
6. Meyampaikan perkara yang baik terhadapnya.
7. Menjadi pendengar yang baik bila ia bercakap
8. Elak berbantah2
9. Memanggil dengan nama yang baik
10. Memuji sahabat kepada sahabat yang lain
11. Berterima kasih atas kebaikannya terhadap kita
12. Menegah apabila sahabat kita diumpat
13. Bila memberi nasihat penuh hikmah/berlembut
14. Memaafkan kesilapannya
15. Berdoa yang baik2 untuk sahabat
16. Mengekalkan silaturrahim/ambil berat pada keluarganya walaupun ia telah meninggal
17. Meringankan beban sahabat samada keluarga atau kerja Jamaah (Surau/Parti)
18. Merasai suka duka, susah senang bersama2
19. Perasaan zahir dan batin mestilah sama terhadap sahabat
20. Memberi salam
21. Luaskan tempat duduk dalam sesuatu majlis sekira ia terlewat
22. Menghantar sehingga pintu rumah/kenderaan bila ia menziarahi kita.
23. Diam ketika sahabat bercakap.
Dalam kategori mana kita memuliakan sahabat kita bertepatan dengan sunnah dan adab yang di nukilkan oleh para ambia kita. "TEPUK DADA TANYA IMAN"
Wallahualam.
Yang baik dari ALLAH yang salah atas kelemahan saya dengNn keizinanNYA
Wassalam.
*dititip dari kuliah Maghrib Ustaz Naim setiap malam Isnin di Al-Ikhwan semua dijemput hadir
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Selasa, 20 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan