Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Hidup damai dan selesa idaman setiap individu dalam masyarakat, perkara sebegini tidak akan tercapai selagi sesaorang itu tidak mempunyai jiran yang baik. Aklak jiran kita sangat besar fungsi dalam membentuk masyarakat yang sejahtera berlandaskan Syariat Islam.
Hadith Nabi Rasulullah Shallallahu'alaiwassalam daripada Abu Syuraih al-Khuza'i radhiallahu'anhu, sabda Baginda Nabi S.A.W. : "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berbuat baik terhadap jirannya".
Hadits Riwayat Muslim. (ruj. Kitab 40 Hadits Akhlah Mulia m.s 36)
Namun begitu Islam mengaris etika atau adap menurut Syariat Islam.
Perkara seharusnya yang dilakukan adalah.
1. Tolong menolong pekara yang baik 'amar ma'arof nahi mungkar'
2. Nasihat menasihat perkara yang baik (agama).
3. Ziarah menziarahi bersesuaian masa dengan tujuan yang baik.
4. Menjaga kepentingan bersama.
5. Mengajak atau turut bersama solat berjamaah (Muslimin) dan majlis2 ilmu (agama)di surau2 atau masjid.
Perkara yang menimbulkan kegelisahan jiran wajib di elakkan
1. Membiarkan jiran berlapar / dalam kesusahan
2. Mengadu dhomba atau membuka aib jiran.(lihat pembawa berita)
3. Menerima berita tanpa menapis dan bertidak sebagai hakim menjatuh hukuman.
4. Memperlekehkan jiran diatas ilmu yang di kutip dari majlis2 ilmu atas faktur tidak sealiran fikrah dan termakan fitnah dan hasutan.
Sekiranya kita ingin menjadi sebagai pendamai kepada sesuatu pertelingkahan antara jiran, terlebih dahulu maklumat kedua belah pihak mestilah di perolehi dan pertimbangan secara solat Istikarah mestilah dilakukan bagi mengelak penginayaan terhadap jiran yang dituduh dan turut menyumbang dosa kepada kita.
Pengertian bermasyarakat (berjiran) juga tidak semesti dengan menghabiskan waktu bersembang hari2 tanpa mengira waktu, tempat dan topik perbualan terutamanya bagi kaum muslimah. Adalah menjadi tanggungjawap para suami bagi membimbing para Isteri mendapat ilmu agama untuk menjadi panduan meraka terutamanya yang tidak berkerjaya, meraka ini terdedah kepaad setuasi yang di nukilkan disini.
Pertembungan begini antara haq dan yang batil yang diperbincang ini sering terjadi kepada insan2 yang ingin mencari keredhaan Allah S.W.T. dan cuba membentuk Masyarakat menurut Syariat Islam. Bila dijemput hadir kesurau dan majlis ilmu sentiasa diberi alasan dan sekiranya menerima berita yang melibatkan aib orang yang meyeru kebaikan terus di terima dan di hamburkan konon nya mereka juara masyarakat kitalah yang anti masyarakat.
Namun begitu kami menyeru diri sendiri dan masyarakat am nya, sekiranya ini berlaku kepada kita muhasabah diri, lihat kekurangan diri dan selebihnya biar Allah yang menentukannya.
Akhir kata kami redha sekiranya seluruh alam membeci kami, tetapi Allah meredhai kami, dari seluruh alam merehdai kami, tetapi Allah tidak meredhai kami.
Yang baik itu dari Allah yang salah atas kelemahan kami dengan izin Allah.
Jazakallah.....
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Isnin, 19 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan