Jamaah

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Khamis, 13 Ogos 2009

Akhirnya Bebas Jua Bekas Menteri nie...

Kasitah Gaddam bebas kes rasuah

Bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan rasuah dan penipuan melibatkan saham milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) pada 1996.

Hakim Suraya Othman memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua pertuduhan untuk membolehkan mahkamah memanggil Kasitah untuk membela diri.

"Berdasarkan pernilaian maksimum terhadap keterangan yang dikemukakan sepanjang kes pendakwaan, intipati penting bagi kedua-dua pertuduhan tidak dibuktikan melalui fakta di mahkamah.

"Dalam keadaan itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya," kata Suraya dalam penghakiman setebal 73 muka surat, lapor Bernama.

Kasitah, 62, yang jelas gembira memberitahu pemberita yang beliau amat lega dan gembira dengan keputusan itu dan akan segera pergi mengunjungi ibunya di Ranau sebelum pergi menunaikan umrah bersama-sama keluarga dan rakannya.

"Saya amat bersyukur kepada Allah dan saya tidak menjangka akan dibebaskan hari ini selepas melalui keperitan ini sejak 2004," katanya sebelum dipeluk oleh anggota keluarga dan isterinya Rosni Ambuting.

Kasitah dituduh menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi LKTNS untuk faedah peribadi dengan mengambil bahagian dalam keputusan untuk meluluskan penjualan 16.8 juta saham Sapi Plantation yang dipegang lembaga itu kepada Briskmark Sdn Bhd.

Beliau turut dituduh memperdayakan LKTNS dengan tidak mendedahkan tawaran oleh PPB Oil Palms untuk memperuntukkan lima saham syarikat itu bagi setiap satu saham Sapi Plantation dalam proses penyenaraian.

Suraya berkata hujahan pihak pendakwaan ialah Kasitah telah merencanakan penjualan saham Sapi kepada Briskmark untuk membayar balik pinjaman banknya sebanyak RM11.5 juta dengan DCB Bank tetapi keterangan pengarah Briskmark Datuk Wasli Mohd Said dan akauntan Vincent Chia mendedahkan RM11.5 juta itu diperoleh daripada keuntungan jualan saham Intra Oil (IOS) milik Kasitah.

Beliau berkata keterangan pegawai bank DCB telah membuktikan berlaku jualan secara tulen saham IOS di mana Chia telah menggunakan keuntungan rahsianya sebanyak lebih RM30 juta dalam transaksi saham PPB Oil Palms untuk membeli saham IOS.

Beliau berkata pihak pendakwaan hanya bergantung kepada keterangan Wasli dan Chia yang dicemari dengan kepentingan peribadi di mana Chia telah menguruskan dua transaksi serentak saham PPB Oil Palm dan IOS dalam membuat keuntungan rahsia itu.

Katanya Chia telah mewakili lima pihak, di mana beliau mewakili Briskmark, pemilik Arkwell Enterprise Ltd, sebagai penasihat kepada firma perakaunan Arthur Anderson, Kasitah dan LKTNS, yang meletakkannya dalam kedudukan serius bagi konflik kepentingan melalui "banyak peranan" yang dimainkannya.

"Saya tidak menemui apa-apa yang mengatakan Vincent Chia ialah rakan subahat. Bagaimanapun, daripada keterangan yang dikumpulkan, adalah jelas bahawa Vincent Chia ialah seorang oportunis yang licik, seorang tanpa prinsip atau rasa bersalah," kata Suraya.

Bagi pertuduhan kedua, katanya hujahan pihak pendakwaan bahawa Kasitah mempunyai pengetahuan mengenai tawaran 5:1 itu dan secara tidak jujur menyembunyikannya pada mesyuarat anggota lembaga pada 22 Oktober 1996, adalah tidak tepat kerana Wasli, bekas pengurus besar LKTNS, telah mengaku yang urusan perniagaan PPB Oil Palms telah dibentangkan pada mesyuarat 4 Mac 1996.

Bagaimanapun, tawaran itu diketepikan untuk memihak kepada dua syarikat bumiputera tempatan pada mesyuarat 22 Okt, 1996, di mana selain Mohd Tahir, seorang lagi anggota lembaga Catherine Yong Shui Han, mengaku bahawa anggota lembaga LKTNS tahu mengenai tawaran 5:1 oleh PBB, katanya.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..
    Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan.. tengok jgn x tengok.. sila
    klik disini.


    Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa.
    wassalam

    BalasPadam