Artikel Oleh: merong
"Perjuangan untuk menegakkan kebenaran teramat susah untuk untuk dilaksanakan kerana itulah ganjaran untuk mereka yang berusaha menegakkan kebenaran tinggi nilainya di sisi Allah. Malah ganjaran adalah berlipat ganda disisi Allah untuk mereka yang sanggup meletakkan jiwa mereka semata mata untuk memperjuangkan kebenaran.
Bagaimanapun pejuangan untuk menegakkan kebenaran tanpa keikhlasan walaupun sanggup mempertaruhkan jiwa, disisi Allah mereka itu tetap tidak berada di jalan yang lurus. Ini semuanya sudah termaktub di dalam Al Quran.
Berdasarkan kefahaman inilah kita meyakini semua amalan yang menuju kearah kebaikkan adalah mulia disisi Allah tetapi amalan itu perlulah (ikhlas ) perjuanagn tanpa mengharapkan pujian atau ganjaran di dunia di atas pengorbanan itu.
Persoalan disini apakah yang dinamakan ikhlas itu. Susah sangat ka untuk mencapai tahap ikhlas didalam amalan? Jawapannya memang Ya. Jika begitu jawapannya apakah cara atau jalan untuk kita berusaha untuk mencapai keikhlasan didalam amalan kebaikkan kita.
Ikhlas terletak di hati dan susah untuk kita menilainya . Ada perkara dapat dinilai dengan mata kasar tetapi banyak perkara hanya Allah yang mengetahui. Tetapi Allah sudah menjelaskan didalam AlQuran bahawa hati yang kotor dan keji adalah punca keatas semua halangan untuk mencapai sifat ikhlas. Kotor dan Keji yang bagaimana ? Kotor dan keji kerana mempunyai sifat sombong, dengki, dendam, kikir, kedekut dan tamak. Sifat-sifat sebegini mudah untuk mata kasar dan akal manusia untuk menilainya. Jadi adalah tidak mustahil untuk kita menilai keikhlasan seseorang.
Jadi fahamlah kita manusia yang mempunyai hati yang kotor sememangnya manusia yang tidak ikhlas walaupun di dunia ini beliau melakukan banyak kebaikkan. Kerana kebaikkan tanpa keikhlasan, disisi Allah tetap tidak berada di jalan yang lurus.
Dari kontek hakikat kejadian…. sifat sombong bermula dengan Iblis/Azazil/Lucifer yang tidak mahu sujud kepada Adam di atas suruhan Allah s.w.t. Sebelum itu Iblis adalah penghulu segala malaikat dan di setiap saat dan ketika Iblis sentiasa berzikir ribuan tahun kepada Allah s.w.t. Namun apa yang terjadi kepada Iblis yang bertaraf Pengulu Malaikat tersebut. Lantaran sifat sombong itu Allah s.w.t telah menghapuskan semua amalan baik beliau dan darjatnya disisi Allah s.w.t lantas di usir malah dilaknat oleh Allah s.w.t. Hisablah diri kita yang belum tentu bertaraf malaikat tetapi mempunyai sifat sombong….apalah sangat nilai kita disisi Allah.
Begitu juga sifat dengki khianat bermula dengan sifat Iblis. Dengki kerana Allah s.w.t menjadikan Adam/manusia sebagai khalifah di bumi walhal sebelum itu Iblis yang di ambil oleh malaikat dari bumi untuk diasuh dan dinaik tarafkan sehingga ke tahap Penguhulu tidak dijadikan khalifah di Bumi. Dengan adanya sifat dengki Iblis, lahirlah sifat dendam lantas Iblis memohon dari Allah untuk menyesatkan keturunan Adam agar mereka juga mengikuti beliau sebagai makhluk yang dilaknat diatas sifat sombong Iblis bersama sama di Neraka Jahanam. Nauzubillah
Sifat dengki yang kedua berlaku kepada Qabil yang tidak puas hati beristerikan, isteri yang tidak cantik. Dengkinya beliau kepada Habil sehingga membawa kepada sifat kedekut yang membuat beliau memberi persembahan yang tidak berkualiti lantas di tolak oleh Allah s.w.t . Pemberian Qabil itu jelas tidak ikhlas disisi Allah s.w.t. Lantas Allah s.w.t menerima persembahan Habil yang berkualiti dan menunjukkan keikhlasan itu.
Bagaimana pula dengan sifat tamak. Nabi Adam a.s yang telah sempurna sifat kejadian dan disempurnakan segala keperluan beliau bersama Hawa di “Syurga”. Namun diatas hasutan Iblis sifat tamak mengusai Nabi Adam a.s sehinggakan walau dengan segala kesempurnaan yang ada, beliau masih menginginkan “Khuldi” Di atas sifat inilah Nabi Adam dan Hawa di usir dari syurga….namun di atas sifat kenabian beliau Nabi Adam telah bertaubat kepada Allah maka bermulalah kehidupan manusia di dunia yang fana’ ini.
Jadi jelas disini di dalam apa jua masalah yang berlaku didunia dari dahulu atau sekarang semuanya berpunca daripada kejadian dan sifat di atas. Itulah hakikatnya. Samada kita manusia yang rajin melakukan kebaikkan seperti Iblis atau kita orang yang banyak berilmu seperti juga Iblis. Tetapi lantaran sifat sifat yang keji dan kotor itu menguasai diri kita…semua amalan kebaikkan itu tertolak disisi Allah s.w.t.
Di Ulangi…wujudnya sifat tersebut di dalam diri kita, telah mencerminkan segala kebaikkan kita dilakukan bukan atas sifat IKHLAS. Amalan tanpa IKHLAS adalah tertolak. Itulah HAQ Allah s.w.t.
Banyak perkara sudah terungkai dengan kefahaman sejarah ini seperti yang tertulis didalam Al Quran. Tidak perlulah mendabik dada secara Nampak atau Tersembunyi sekiranya kita bergelar Datuk/Prof/Dr/Uztaz/Menteri/Engineer/Doktor. Ilmu Iblis itu lebih banyak dari kita semua malah taraf/pangkat Iblis itu pada satu ketika lebih hebat daripada malaikat. Perkara pokoknya adalah berusaha untuk menjadi insan yang IKHLAS kepada Allah s.w.t didalam melakukan semua kebaikan/perjuangan di dunia ini dan disamping itu setiap masa yang ada berusahalah mencari ilmu sehingga mati.
Janganlah dengan sekelumit ilmu yang kita ada dan faham, kita sudah mendabik dada yang kitalah manusia terpandai di Bumi ini. Dan janganlah dengan sekelumit ilmu yang kita ada, kita bangga yang kita sahaja yang betul, orang lain semua salah. Janganlah mentang mentang kita baru mengenal perjuangan yang benar terus kita nampak orang lain semuanya salah. Pokoknya Ilmu dan Amalan tanpa keihlasan tidak ada apa maknanya di sisi Allah s.w.t.
Semoga Allah menjaga hati kita bersih dari segala sifat yang kotor. Semoga setiap ilmu yang kita ada dapat memberi munafaat dan bukan membawa mudarat keatas diri kita. Wallahualam.
Renungan : Pernahkah kita merasa cukup rimas untuk hidup dikalangan manusia yang tidak IKHLAS ?"
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Isnin, 10 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan