
He He…
Takut bini ataupun takut pada isteri merupakan satu fenomena di mana seorang laki yang takut pada bini dia. Perasaan takut pada bini timbul apabila bini dia memuncungkan bibir mulutnya sehingga 2-3 inci, atau perasaan takut kena belasah dek bini dia (mungkin sebab bini dia berbadan besar dari dirinya), atau takut kena tidur di luar ruang tamu, atau pun takut muka bininya akan bertukar kepada muka singa betina ataupun takut bininya merajuk.
Mana datangnya istilah takut bini ni, mengikut kajian aku pun tak tahu siapa yang mula-mula mencipta istilah ni tetapi masa aku kecik dulu aku dah tahu istilah ni. Pernah tengok tak movie Tan Sri P.Ramlee cerita Do Re Mi.. masa scene gang mesyuarat tingkap AR Tompel dan Ibrahim Din tu.. AR Tompel menurut semua kehendak bininya hingga A.K.Jailani kata “takut bini rupanya…”
Cerita tu berterusan bila bini A.K.Jailani datang dan menarik telinganya..
Hari ni, aku juga dah berbini macam orang lain yang berbini. Jadi istilah takut bini ni masih ada cuma yang penakut pada bini ni dah tukar kepada sayang bini. Aku pelik juga kenapa orang takut pada bininya, kalau muka bininya macam muka hantu ada ler logiknya jugak kan..
Contoh bila tengah lepak-lepak minum air tengok jam dah pukul 11.00 malam, kita nak blah jer kawan-kawan perli kita ‘takut bini marah la tu’ …
Contoh lagi, bila ada perempuan lain hantar SMS, cepat jer kita delete SMS tu walaupun SMS tu hanyalah SMS berkenaan hal kerja (tak ler termasuk aku, aku berkecuali dalam hal ni heheheh..) Kenapa takut bila bini baca SMS tu?
Aku tak takut bini, dan bini aku pun tak takut aku ha ha ha.. buat apa ler nak takut pada kat dia, atau dia nak takut kat kita kan.
Ada seorang kawan lama, dia kata bukan dia takut pada bini dia tapi dia malas nak dengar bebelan dan leteran biniiiii dia, korang pun sendiri mau ingatlah kalau kaum perempuan ni membebel.. pot pet pot pet dan pot pet so kawan aku ni kena balik awal setiap kali pulang dari kerja.. nak nak kalau bebelan tu diakhiri dengan kata-kata ‘tidur luar ler’ …
Jadi bila aku sendiri tengok nasib kawan-kawan aku ni yang ‘teraniaya’ ni, aku pun berfikir. Lelaki yang takut bini ni salah satunya memang penakut dengan bininya, takut macam .. macam apa eh? Alah memang takut bini lah.. tak berani angkat muka punya depan bini.. hahaha aku terfikir jugak camana dia orang dapat anak eh.. kena sergah jer terus lembik. Ni kalau ada jenis lelaki macam ni, memang memalukan kaum lelaki ler. Kalau terkantoi apa-apa sekalipun memang mati kutu lah.. nampak macam ayam bodo.
Jenis yang lainnya, bukan takut pada bini tapi malas nak dengar orang tu membebel pot pet pot pet dan pot pet.. sebab tu ler ada yang delete SMS perempuan, cover sana sini, dan termasuklah balik awal ke rumah.
Macam aku cakap kat atas tadi, aku tak takut bini...hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan