assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 16 Oktober 2009

Pilihan Raya Kecil: Andaikata saya kata...“mara!!!” di Bagan Pinang

Oleh Zukri Aksah

“Jika saya kata ...mara... nescaya mereka mara tetapi memandadangkan strategi kita elakkan provokasi, saya kata kepada mereka (Pemuda PAS)...undur...maka mereka undur,” cerita Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan .Beliau menceritakan pendekatan yang beliau ambil dalam pilihan raya itu selepas berdepan dengan provokasi kasi para juru kempen Umno iaitu elakkan provokasi.


Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang telah berakhir pada Ahad, 11 Oktober yang lalu dengan kemenangan berpihak kepada BN. Pilihanraya kecil ini juga telah menyaksikan berlakunya beberapa insiden pergaduhan dan kekasaran yang tidak diingini.

Bagi Nasrudin, yang telah merasai dan melalui pengalaman berpilihanraya, sama ada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil sejak 1985 lagi, Bagan Pinang adalah paling bersejarah baginya kerana menjadi medan pilihanraya yang paling kotor dan tercemar akibat aksi-aksi ganas dan provokasi melampau.

Ujar Nasrudin, ia tidak menghairankan jika berlaku dua puluh atau tiga puluh tahun dahulu, seperti banyak diceritakan oleh veteran-veteran politik kepadanya, kerana ketika itu tahap pendidikan politik sememangnya rendah. Tetapi keluh Nasrudin, amatlah malang selepas setengah abad merdeka dengan kebanyakan rakyatnya berpendidikan, apatah lagi dengan kewujudan universiti dan graduan yang melata, tahap pendidikan politik rakyat Malaysia masih sama seperti dahulu. Sepatah kata Nasrudin, kita masih menggunakan hujah kekuatan, bukan kekuatan hujah.

Bagi pihak PAS, Nasrudin amat berharap yang partinya akan dapat melakukan sesuatu selepas ini dalam menghindari sebarang keganasan dari berlaku sewaktu pilihanraya. Kepada lawannya, iaitu Umno dan BN, Nasrudin sempat menyeru, selaku parti pemerintah, mereka sepatutnya mampu bertindak secara lebih positif dalam menyediakan medan politik yang lebih tenang, aman, sejahtera dan harmoni.

Nasrudin tegas dengan komitmennya untuk menyediakan satu suasana politik yang lebih matang, berhemah dan berhikmah, maka ahli-ahli PAS selepas ini akan sentiasa diingatkan supaya mengelakkan diri dari terpengaruh dengan sebarang bentuk provokasi.

Nasrudin memahami yang ini tidak mudah, bahkan lebih sukar dari menahan diri untuk tidak mencetus provokasi. Lalu Nasrudin mengakui ada segelintir petugas PAS yang terpengaruh dengan asakan provokasi dan bertindak-balas. Namun secara keseluruhannya Nasrudin begitu berbangga dengan majoriti petugas PAS yang sentiasa mematuhi arahan pimpinan biarpun dalam keadaan yang tegang. Kelat wajah mereka bila diminta berundur, tetapi mereka berundur juga. Petugas yang sama yang Nasrudin percaya kalau diminta mara, nescaya mereka akan mara tanpa takut sebarang mara bahaya.

Untuk mengelak dari keadaan ini berulang lagi pada masa hadapan, semua pihak ujar Nasrudin, sama ada dari BN atau dari Pakatan Rakyat harus mengambil Bagan Pinang sebagai bahan muhasabah bagi dinilai secara bijak dan terperinci. Keamanan yang kita ingini setiap kali munculnya pilihanraya tidak akan tercapai seandainya pihak-pihak yang terlibat tidak mendepaninya secara matang, tambah Nasrudin lagi.

Keperluan ini, terang Nasrudin amatlah penting, lebih-lebih kepada PAS sebagai sebuah parti yang berteraskan Islam. Akhlak Islam haram untuk dipertaruhkan semata-mata hanya mahu memenangi sebuah pilihanraya.

Mengulas tentang kalah-menang dan pergaduhan di Bagan Pinang, Nasrudin merumuskan kemenangan yang didasari kekerasan adalah kemenangan yang tidak bermoral, sebaliknya kekalahan akibat penindasan dan penganiayaan adalah kalah yang bergaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan