Oleh Abdul Aziz Ismail
ISU penggunaan nama Allah telah menguji tahap pendirian beberapa tokoh politik dan agama tertentu dari parti politik tertentu untuk mempamirkan pendirian yang berbeza. Beberapa tokoh dari parti yang bukan berlatar belakangkan Islam menunjukkan pendirian agak liberal dengan membenarkan penggunaan nama itu dengan tafsiran mereka tersendiri.
Beberapa tokoh agama, ulama dan ketua dari parti yang berlandaskan Islam tidak melarang tetapi memberi amaran supaya diguna pakai di tempat yang sesuai demi mengelak disalah tafsir dan salah pengertian. Sesetengah mereka berpendapat ia boleh dipakai di negeri yang majoriti penduduknya bukan Islam dan ketua pemerintahnya bersetuju penggunaan nama itu sesuai dengan keputusan Mahkamah Tinggi.
Ada juga pemimpin agama yang tidak melarang penggunaan itu di negeri lain tetapi tidak di negeri asalnya sendiri kerana berpegang teguh pada kehendak hukum agama yang sebenar. Majoriti muslim dari banyak NGO dan parti pemerintah bertegas pihak gereja menarik balik penggunanan nama Allah dalam penerbitannya dan seharusnya memahami sentimen umum kebanyakan muslim yang mahukan nama itu ekslusif untuk Islam dan orang Islam.
Gulungan ini berpendangan bukan Islam khususnya kristian tidak boleh menggunakan perkataan dan kalimah itu kerana mereka ada sudah nama Tuhan mereka yang disebut dalam Bible sebagai Lord, God, Jesus dan beberapa nama lagi sejak sekian lama. Mengapa sekarang mahu mengguna kalimah Allah?
Segelintir pemimpin ulama dalam parti Islam sendiri bercanggah pendirian dengan keputusan umum kepimpinan pusat yang menentang keras pengunaan nama itu oleh orang bukan Islam. Tokoh agama dan ulama itu amat arif, disegani ilmunya dan cukup memahami kehendak hukum Islam yang sebenar berkaitan hal itu dan tidak mahu bertolakansur.
Mereka mahukan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung campur tangan dan menggunakan hak baginda sebagai payung agama melarang orang bukan Islam mengguna perkataan Allah dalam mana-mana penerbitan atau upacara keagamaan dalam apa situasi sekalipun. Ini kerana ia bertentangan dengan kehendak hukum Islam dan perintah Allah sebagaimana yang difahami oleh umat Islam yang sebenar. Gulungan ini langsung tidak mahu bertolak ansur dan berpegang kuat kepada perintah agama. Mereka mahu pihak kristian menarik balik penggunakan kalimah Allah dalam apa bentuk penerbitannya dan mendesak Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan kerajaan mengenai keputusan isu secara muktamad.
Dalam situasi yang wujud ini umat Islam di negara ini seolah-olah berada di dua persimpangan jalan. Menurut kehendak hukum agama yang sebenar seperti yang ditafsir oleh ulama berautoriti dan berkelibar atau mengikut kehendak pemimpin Islam berfaham sederhana (liberal) yang ada alasannya sendiri dari kefahaman tafsiran Islamnya yang tersendiri.
Selagi Mahkamah Rayuan belum membuat keputusan resmi tentang kedudukan sebenar pemakaian nama Allah itu, muslim di sini boleh jadi keliru dan mungkin membuat keputusan sendiri-sendiri berdasarkan kefahaman, pertimbangan dan kecenderungan politik mereka.
Pengikut setia dari parti politik tertentu bukan pemerintah boleh menurut pendirian ketua mereka berdasarkan faham politik masing-masing. Jika ketua berfikir penggunaan nama itu wajar dan boleh diterima sesuai dengan kefahaman mereka, pengikut harus menerima keputusan itu sebagai mematuhi kehendak parti walaupun mungkin dalam hati mereka wujud kekeliruan atau ada pendirian sendiri tentang hal itu.
Bagi muslim dari parti Islam yang berpegang teguh dengan hukum dan peraturan Islam hal sebaliknya boleh berlaku. Mereka boleh mengikut pendirian parti dan kehendak ketua yang sudah diputuskan atau mereka boleh mengikut pendirian ulama tegar dalam kelompok partinya sendiri yang tidak bertolak ansur dalam isu itu dan mahukan orang bukan Islam dilarang menggunkan perkataan itu dalam apa situasi dan kondisi.
Setengah pihak berpendapat perbezaan pendirian oleh umat Islam dalam hal itu adalah lumrah dan boleh diterima. Setiap individu ada pandangan yang berbeza mengeni sesuatu isu apatah lagi hal itu didakwa sudah dikaitkan dengan kepentingan politik dan perbezaan ideolgi perjuangan parti masing-masing.
Mereka boleh mendedahkan pendapat yang berbeza mengenai soal agama dan hukum Islam atas dasar tidak selaras dengan kehendak parti pemerintah yang dikatakan sengaja mengwujudkan isu itu untuk kepentingan politik mereka. Dengan kata lain, mereka sengaja mengambil keputusan dan pendirian yang berlainan untuk menunjukkan penentanagan kepada dasar kerajaan dan pada waktu sama cuba memikat hati pengundi orang bukan Islam supaya faham pendirian mereka.
Jika hal demikian berlaku seolah-olah bermakna setiap ahli politik boleh mempamir pendirian yang berbeza pada isu yang berbeza sebagai bantahan kepada apa juga dasar kerajaan walapun ia menyangkut soal hukum agama. Mereka bertindak dengan sengaja untuk menunjukkan protes dan pendirian yang berlainan walaupun dari segi hakikatnya ia sudah menyentuh soal hukum hakam Islam sebenar dan kepatuhan kepada perintah tuhan tanpa kompromi.
Rakyat yang boleh berfikir dan umat Islam berhak bertanya mana yang lebih utama dan perlu diutamakan; di antara kepatuhan kepada hukum agama seperti yang seharusnya mengikut landasan Islam sebenar tanpa tolak ansur atau menurut kehendak parti dan kepentingan politik yang juga perlu diperhatikan dalam konteks perjuangan.
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Selasa, 26 Januari 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan