
Orang yang aibkan wanita dengan tuduhan zina mesti akui pembohongan depan khalayak
SEBELUM ini saya melakukan dosa berzina dan menuduh perempuan baik berzina. Saya benar-benar menyesal. Bagaimana caranya untuk saya bertaubat?
Johari, Pahang
Jawapan:
Untuk pengetahuan, saudara sudah melakukan dua dosa besar. Justeru saudara wajib bertaubat. Dosa pertama yang saudara nyatakan ialah zina. Orang yang melakukan maksiat seperti ini hendaklah bertaubat kepada Allah, berasa menyesal, memohon ampun kepada-Nya, dan bertekad sepenuhnya iaitu tidak mengulanginya lagi selama-lamanya.
Sebahagian ulama mengetatkan syarat untuk maksiat ini dengan berkata: "Dia wajib menemui keluarga yang dizinanya dan meminta maaf kepadanya kerana ini berhubungan dengan hak hamba (manusia), oleh kerana itu, ia harus meminta maaf kepada mereka mengenai hak mereka." Maksudnya, bahawa lelaki yang berzina harus pergi kepada keluarga wanita yang dizinanya sebagai contoh dengan mengatakan: "Saya telah berzina dengan isteri atau anak anda, oleh kerana itu maafkanlah dan ampunilah saya."
Menurut pertimbangan akal, hal ini tidak mungkin terjadi, kerana keluarga itu akan membunuhnya atau mengambil tindakan yang bermacam-macam terhadapnya. Justeru, muhaqiq menetapkan bahawa bertaubat daripada zina cukup dilakukan seseorang terhadap Tuhannya. Apabila ia bertaubat, kembali jalan yang benar, menyesal perbuatannya, dan beristighfar memohon ampun kepada Allah, maka diharapkan Allah akan mengampuninya dan memaafkannya
Oleh Ustaz Zahazan Mohamed
makasih info ni
BalasPadam